Category Archives: Tip Motivasi

Bila orang kata TAK BOLEH! Part 2

Interesting question daripada zul semalam:

Saya ada terbaca dua pendapat mengenai apa yang kita mahukan:

Pendapat 1: Elakkan daripada memberitahu kepada orang lain agar mereka tidak memperlekehkan impian-impian kita. Atau dalam perbincangan di sini, orang akan kata TAK BOLEH. Jadi, untuk elakkan mendengar kata-kata negatif tu, jangan beritahu orang apa impian kita.

Pendapat 2: Beritahu pada orang lain. Tujuannya agar kita bermotivasi atau ada “tekanan” untuk mencapai impian tersebut. Kalau tak tercapai, “˜malu”™lah sebab dah cakap macam-macam.

So, pada pandangan Abg Irfan sendiri, cara mana satukah yang paling bagus? Atau melihat pada keadaan juga?

Pendapat saya:

“Beritahu pada orang lain. Tujuannya agar kita bermotivasi atau ada “tekanan” untuk mencapai impian tersebut. Kalau tak tercapai, “˜malu”™lah sebab dah cakap macam-macam.”

Sebabnya, bukan sekadar memberi tekanan & malu kepada kita sahaja, malah proses berkongsikan idea kita dengan orang lain juga boleh mengembangkan idea tersebut menjadi idea yang lebih baik. Sebagai tambahan, bila dengar yang “tak boleh” kita boleh tahu sebab apa dan sudut pendapat sesetengah orang kata “tak boleh”

Contoh daripada semalam:

  • Tak boleh! Usahawan Internet tidak mempunyai tempat di media sebab Internet banyak yang dilihat negatif”…. penyelesaiannya, saya jadikan strategi dan approach media dengan kesan-kesan positif perniagaan internet
  • Tak boleh! Suara saya halus/perlahan sangat untuk TV & radio” … penyelesaiannya saya pelajari teknik-teknik komunikasi berkesan supaya memenuhi citarasa media.
  • “Tak boleh! Workshop Jutawan Internet tidak akan berjaya punya sebab terlalu mahal untuk “orang kita”” … penyelesainnya saya timbulkan kesedaran kepada orang ramai bahawa “orang kita” bukannya corot sangat- ramai yang berpendapatan agak baik dan sanggup melabur untuk ilmu. suatu yang membanggakan orang2 kita!

So, bila kita kongsikan idea kita dengan orang lain, kita juga dapat belajar dari orang lain walaupun orang lain bersikap negatif. Kita positifkan balik 😉

Kalau kita simpan idea sendiri! takut2 kita pula yang syok sendiri dengan idea tersebut.

Bila orang kata TAK BOLEH!

Bila orang kata TAK BOLEH, anda katakan BOLEH!

Teringat saya 3 tahun lepas ketika buku saya baru keluar di pasaran, dan orang ramai belum lagi mengenali saya, saya memasang cita-cita untuk sering keluar TV/Radio/majalah dan menjalankan seminar serata Malaysia.

Bila saya beritahu orang, ini jawapannya:

  • Tak boleh… Usahawan Internet tidak mempunyai tempat di media sebab Internet banyak yang dilihat negatif
  • Tak boleh… Suara saya halus/perlahan sangat untuk TV & radio (ini orang media yang kata!)
  • Tak boleh… Workshop Jutawan Internet tidak akan berjaya punya sebab terlalu mahal untuk “orang kita”

Dan seribu satu lagi “Tak boleh”. Sekiranya saya makan hati dengan semua “tak boleh” yang dilemparkan, sudah pasti, tidak lah saya berada di mana saya kini.

Dalam psikologi manusia, ia adalah lebih mudah melihat yang negatif (TAK BOLEH) terlebih dahulu daripada positif (BOLEH). Oleh itu, sekiranya anda tunjukkan idea anda kepada orang lain, ianya amat mudah mendapat jawapan “Tak boleh” berbanding dengan “BOLEH!”

Tanggungjawab anda adalah, tak kira apa orang kata, anda tetap perlu fikirkan “BOLEH!”. Bagaimana pula pengalaman anda? 

Buku terbaru Irfan Khairi- Nota Jutawan!

Sempena tahun baru Maal Hijrah, saya mulakan dengan pelancaran buku terbaru saya- Nota Jutawan: Nota Motivasi!

Bagi penggemar Tip-Satu-Minit, ini kiranya satu koleksi tip-tip Motivasi saya di pakej kan dalam keadaan yang lebih menarik- dipenuhi gambar-gambar bewarna pada setiap muka surat… dan juga Nota Jutawan adalah hard-cover. Kalau baling pun, tak rosak… juga disertakan quotes dan kata-kata semangat untuk membangunkan motivasi diri anda.

nota-jutawan2.jpg

Mulai tahun ni juga, seperti saya pernah sebut sebelum ini, saya mulakan rebranding diri saya dalam buku-buku/cd dan juga bahan ilmiah yang lain dengan “Irfan Khairi” sahaja untuk mengelakkan kekeliruan antara saya dan pakar motivator yang lain di mana “Dr” saya adalah dalam bidang perniagaan, bukan phd seperti pakar motivasi yang lain. Rujuk rebranding saya di sini…

So, no more “Dr” ya lepas ni 😉

Amat sesuai disimpan sebagai koleksi, tinggal dalam kereta, jadi coffee table book, hadiah untuk yang tersayang… kiranya apa sajalah 🙂 Seperti anda sedia maklum, cara pembacaannya juga dalam bentuk nota-nota pendek dan bukan dibaca macam buku biasa. Jadi, boleh la di bawa ke mana-mana untuk santapan minda jutawan anda 😉 Memang cool buku ni dengan pendekatan berbeza berbanding buku2 motivasi yang kini berada di pasaran, especially untuk generasi baru… cool habis!

Bila ianya berada di pasaran? Saya diberitahu oleh penerbit, Telaga Biru ianya sudah berada di pasaran. Bila ia akan berada online? Insyaallah minggu hadapan! Berapa harganya… ops, saya pun tak tahu lagi!

Insyaallah tahun ini, lebih banyak produk-produk Irfan Khairi Sdn Bhd akan berada di pasaran!

Tip hari ini: Don’t be afraid to be different! Pendekatan saya sejak tahun lepas adalah berbeza dengan pakar2 lain. Perbezaan menjadikan anda unik. Sering kita takut hendak jadi unik kerana “orang lain tak buat, kita pun tak buat”. Sekiranya itu pemikiran kita, maka, kita akan sentiasa dalam kepompong kesederhanaan. Break out- be different!

Amacam, ok tak cover buku ni?

ps: Malam ini tiada “Jutawan bersama Irfan Khairi” di Radio24 oleh kerana dipindahkan ke hari dan waktu baru yang LEBIH RAMAI PENDENGAR! Nanti saya umumkan…

Pendapatan sederhana

Minggu lepas, saya berkesempatan bersama Dato Dr Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai, Chef Li– penulis buku “Jutawan Senyap”. Sudah lama saya nak berjumpa Chef Li, minggu lepas, rezeki saya dapat bersamnya dalam program “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”

Agak menarik dalam buku Jutawan Senyap, ia menyebut tentang ukuran “kesederhanaan” di Malaysia pada pendapatnya iaitu…

Pendapatan antara RM15,000-RM20,000

Mungkin tanggapan pertama anda adalah… RM15,000 sederhana? Kalau RM1,500 okay lah jugak! 🙂

Cuba fikirkan sejenak.

Sekiranya anda menganggap RM2,000 atau RM3,000 sebagai sederhana, tidakkah itu menghadkan kejayaan anda? Sekiranya anda meletakkan RM10,000 atau RM20,000 tidakkah ia akan memberi satu benchmark yang baru untuk anda?

Di Malaysia sudah ramai yang berpendapatan lebih dari RM15,000MEMANG RAMAI! dari golongan koprat, profesional dan juga ahli perniagaan. Lebih ramainya adalah ahli perniagaan!

Mulai hari ini, letakkan satu bench mark baru dalam minda anda- anggap bahawa pendapatan sederhana adalah RM15,000 di Malaysia!

Sekarang, tidakkan anda rasa anda perlu berusaha lagi? 😉

Sepintas lalu 2007…

Sempena tahun baru ni, agak-agaknya matlamat 2007 anda tercapai atau tidak?

Mudahan semuanya tercapai!

Sepintas lalu 2007 bersama saya…

Januari 2007…

Produk RahsiaInternet dikeluarkan, 101 Cara Promosi, mendedahkan cara-cara promosikan perniagaan Internet anda. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut

Februari & March 2007

Saya kira bulan sibuk saya bersama media TV… antaranya mengendalikan siri motivasi Get Set Go RTM, menjadi tetamu jemputan Gedik Santai TV3, menjadi tetamu selibriti program Aura Rasa RTM dan sudah tentunya sibuk dengan shooting rancangan Realiti TV popular, Nescafe KickStart di TV3- saya sebagai judge!

April 2007

Secara rasmi, saya telah menjadi artis Telaga Biru! Amat bermakna bagi saya oleh kerana ramai pakar motivasi yang saya sanjungi adalah artis telaga biru- termasuk Dato Dr Fadzilah Kamsah! Kempen promosi saya bersama telaga biru akan bermula awal 2008… insyaallah Januari 2008 dengan pelancaran 2 produk baru!

May 2007

Bulan May beberapa aktiviti telah berjalan serentak! Pertama, bermulanya yaysan saya sendiri, iaitu Yayasan Ilham Budi. Insyaallah tahun 2008 kami akan mengadakan pelancaran yayasan tersebut!

Dalam waktu yang sama juga, CD Audio saya pertama telah dilancarkan, Wang & Anda “Jejak Jutawan”. Jualan yang amat hebat CD tersebut, sehingga habis di pasaran di hujung 2007… belum kesempatan untuk kami ulang cetak. Cadangnya akan di lancarkan kembali pada awal 2008 bersama buku terbaru saya (dari telaga biru!)

… dan sebut tentang buku, bulan ini juga buku pertama saya, “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” menerima Gold Award di Pesta Buku PWTC!

June 2007

Saya dijemput untuk mengendalikan Sidang Perancangan kewangan Berita Harian, Singapura 2007. Acara yang berprestij dihadiri oleh lebih 700 peserta. Talk saya berkenaan dengan perniagaan Internet dan antara penceramah yang turut mendapat slot adalah penceramah antarabangsa, Adam Khoo.

Julai 2007

Pertama kalinya Workshop Jutawan Internet melebarkan sayap ke negara jiran, Singapore! Workshop Jutawan Internet mendapat sambutan yang amat hebat di Kuala Lumpur sejak 2005, kini, mendapat tempat di Singapura pula. Insyaallah, bulan ini, Workshop Jutawan Internet akan mula dijalankan di Brunei pula!

Bagi anda di KL, ikuti Workshop Jutawan Internet, klik di sini! 🙂

August 2007

Gerak Usahawan 2007- Program Gerak Usahawan Nasional di PWTC tahun ini memaparkan saya sebagai salah seorang penceramah untuk sesi “Mulakan perniagaan Internet dari Rumah”. Gerak Usahawan dilancarkan oleh Perdana Menteri kita, Pak Lah.

September 2007

Astro Awani, sebuah saluran baru Astro telah bermula dan mereka telah mengambil saya sebagai salah seorang personaliti untuk megendalikan sebuah segmen WW- Wanita & Wang, segmen motivasi kewangan dan perniagaan. Ikuti secara langsung pada jam 11.50am setiap hari Khamis.

October 2007

Alhamdulillah, rezeki menyebelahi saya lagi… saya menjadi peneraju program Radio24, Bernama di 93.9FM bertajuk “Jutawan bersama Irfan Khairi”. Program bual bicara saya bersama ikon-ikon jutawan tempatan!

Atas sokongan semua, kini, “Jutawan!” adalah antara top rated radio shows di Radio 24 sehingga beberapa kali terpaksa bertukar slot untuk memenuhi prime time- kini Jutawan di siarkan pada 7pm setiap Jumaat. Tetapi, ada ura-ura ia akan di bawa pada hari Rabu oleh kerana hari Rabu adalah hari paling ramai pendengar radio!

November 2007

Matlamat untuk saya menjadi duta bagi sebuah syarikat tercapai! J & C Pacific telah mengumumkan saya sebagai Duta MIBO (Malaysian Independent Business Ownership). Sebelum ini ada juga beberapa syarikat menghampiri saya untuk menjadi duta, tetapi, terpaksa ditolak oleh kerana tidak berkesesuaian dengan jenama saya.

Program perniagaan MIBO menarik minat saya & saya bersetuju untuk menjadi duta MIBO!

Disember 2007…

Disember 2007 apa yang berlaku? sudah tentu, mulakan perancangan 2008!

Berbagai-bagai matlamat 2008 telah saya buat untuk diimplementasikan. Insyaallah 2008 saya akan cuba mencapai lebih banyak matlamat saya… melihat 2007, memang macam-macam tercapai… agaknya bagaimana 2008 saya akan capai lebih?

Tunggu dan lihat! 😉

Tip hari ini, senaraikan semua pencapaian anda tahun 2007, dan bandingkan… bagaimana anda boleh mencapai lebih kejayaan dari tahun lepas? Saya mengambil masa untuk menulis semua ini untuk tatapan anda, saya pasti anda juga bleh meluangkan sedikit masa untuk mengimbas semula tahun 2007 anda kan?

Orang yang berjaya adalah mereka yang menjadikan hari ini lebih baik dari semalam. Oleh itu, jika dikumpulkan, orang yang berjaya adalah mereka yang menjadikan tahun ini 2008 lebih baik dari tahun lepas 2007. Goodbye 2007… Hello 2008!

Jadikan 2008 JAUH LEBIH BAIK dari 2007 untuk diri anda sendiri- pasti anda akan mendapat kejayaan dan kekayaan yang berlipat kali ganda 🙂

Jutawan! bersama jutawan muda ICT

Hari ini saya bersama seorang jutawan muda- Nadhir Abdul Rahman! memang muda… lagi muda dari saya tu! 🙂 Pemilik sebuah syarikat MSC status di Cyberjaya: StarFusion Sdn Bhd.

Hari ni, saya terlupa bawak camera pula ke studio Radio24… tak dapat lah bergambar dengan Nadhir 🙁 jadi, ni gambar daripada newspaper cutting Nadhir ketika memenangi anugerah berprestij “Young Entreprenur Award DPPMS 2006 di Singapore…

nadhir.jpg

Banyak tips yang diberikan oleh Nadhir tadi, terutama dalam bidang ICT. Nadhir seorang yang amat dynamic dan excellent dalam softskills. Satu tip dari Nadhir tadi adalah, dengan SKILL dan EXPERTISE sahaja tidak mencukupi untuk berjaya dalam perniagaan.

Apa yang lebih penting adalah SOFT SKILLS! Terutama dalam bidang ICT.

Cerita yang menarik yang dikongsikan oleh Nadhir tadi adalah, pada awal penglibatannya dalam perniagaan, beliau hanya ada $2,000 sahaja dalam pocket. Dan cara memulakan perniagaan adalan membeli printer second-hand dan cetak sendiri brochure-brochure perniagaan. Kemudian, beliau sendiri menghantar dari rumah ke rumah brochure tersebut!

Tip saya & Nadhir hari ini adalah, untuk menjadi usahawan yang berjaya, pada peringkat awal, tak perlu lah glamer-glamer 🙂 Roll up your sleeves and get your hands dirty! Anda perlu lakukan leg-work ketika awal penglibatan… habuan anda akan terima di masa hadapan 🙂

Dulu Nadhir hantar sendiri brochure-brochure yang dicetak sendiri guna printer second hand… kini mempunyai aset berjuta! 🙂 Respect!

Selamat Hari Raya Aidiladha – pengorbanan

Ingin mengucapkan pelawat setia Tip Satu Minit:

Selamat menyambut hari raya Aidiladha! Dengan ingatan tulus ikhlas! Juga jangan lupa membayar zakat & bersihkan harta perniagaan anda… dah nak masuk hujung tahun ni 😉

Dalam mencapai apa sahaja kejayaan, sudah pasti terdapatnya pengorbanan– tak kira, korbankan masa, korbankan tenaga dan juga korbankan wang ringgit 🙂 Dalam mencapai apa sahaja yang berbaloi, sudah pasti terdapatnya sejenis pengorbanan.

Tip sempena hari raya korban!

Salam muhibah!

Anda baca lagi tak?

read.jpgTip mudah pagi Isnin ini…

Saya pasti anda rajin membaca buku-buku motivasi, perniagaan & kewangan. Tetapi, anda ulang baca tak?

Sering kali saya akan baca sebuah buku itu 2-3 kali dan dapati, selepas membaca kali kedua, ada banyak tip-tip dan points yang saya terlepas pandang. Lagi banyak idea-idea baru akan datang apabila mengulangi bacaan buku.

Contohnya, anda perasan tak sekiranya anda menonton wayang/movie kali ke-dua, anda akan lebih memahami cerita dan lebih memahami dialog-dialog dan plot cerita tersebut. Ini kerana, kali ke-dua akan menenangkan anda dan anda bersedia dengan apa yang bakal akan terjadi. Oleh itu, anda boleh fokus pada dialog-dialog dengan lebih terperinci.

Begitu juga apabila membaca. Kali pertama, anda tidak tahu isi kandungan buku tersebut. Tetapi apabila kali kedua, anda sedia maklum isikandungan buku tersbeut, minda anda akan lebih terbuka dengan idea-idea baru dan strategi-strategi baru yang didedahkan!

So, apa kata anda ulang baca buku-buku yang sedia dalam koleksi anda hari ini!

Jutawan! bersama Abang Abu

Bagi yang mengikuti program radio saya malam tadi, sudah pasti teruja dengan tetamu jemputan “Jutawan! bersama Irfan Khairi”- Abang Abu!

Mungkin ramai tak kenal Abang Abu di Malaysia, tapi Abang Abu memang cukup terkenal di Singapura! Famous Abang Abu ni… bukan setakat hebat berniaga sahaja (berbagai bagai perniagaan!)… berlakon pun dia jugak di Singapura 🙂

abu_irfan_poster_small2.jpg

Abang Abu adalah insan yang bertaggungjawab membawa Workshop Jutawan Internet ke Singapura. So, saya amat berterima kasih pada Abang Abu. Tapi apa yang lebih menarik mengenai Abang Abu adalah sikapnya yang sentiasa positif dan sedia menerima dan berkongsi idea!

Setiap kali saya ke Singapura, pasti saya akan dapat idea baru perniagaan, dan bersama-sama Abang Abu akan melancarkannya! Kalau 5 kali ke Singapura, maknanya ada 5 idea baru lah yang akan kami usahakan. The ideal business partner!

Satu tip dari Abang Abu semalam yang saya ingin kongsikan hari ini kepada anda adalah…

Semua orang perlukan ABU! 🙂

Eh, bukan maksudnya semua perlukan Abang Abu (but not a bad idea juga :))… tetapi maksud ABU adalah…

  • A – Always
  • B – Beleive in…
  • U – You!

Berpegang pada konsep A-B-U, setiap kali saya dapat idea baru, saya akan terus melancarkannya sebab saya percaya ia akan menjadi!

Bagi mereka yang terlepas rancangan Jutawan semalam, don’t worry, insyaallah rakaman akan disediakan tak lama lagi- di Malaysia dan juga Singapura! Salah satu tembual yang anda MESTI ikuti!

Kepakaran & kemahiran tidak mencukupi

Sekiranya anda mempunyai kepakaran dan kemahiran, tetapi anda tidak mempunyai kemahuan dan disiplin untuk mengasahkan kepakaran tersebut dan memasarkannya, kepakaran dan kemahiran tersebut tidak akan dapat membantu kekayaan anda.

Sering saya beri contoh di Workshop Jutawan Interenet bahawa, saya ni bukannya hebat sangat dalam merekacipta (designing). Lagi ramai muda-mudi di Malaysia yang lagi hebat dari saya dalam bidang designing.

Tetapi, saya mempunyai ilmu dalam memasarkan rekacipta saya.

Lihat sahaja penyanyi seperti Mawi. Adakah tiada penyayi lain yang lagi baik daripadanya? Sudah tentu ada, tetapi, pihak ASTRO mempunyai pengetahuan strategi dalam memasarkan Mawi.

Bagaimana pula dengan pelakon terkenal Rosyam Nor. Adakah pelakon lain lebih hebat dari Rosyam? Mungkin, ada… tetapi hanya duduk di rumah dan tidak memasarkan kemahiran lakonannya.

Mempunyai kepakaran dan kemahiran sahaja tidak mencukupi. Anda perlu tahu cara untuk memasarkan kepakaran & kemahiran anda. Dalami ilmu pemasaran supaya kepakaran dan kemahiran anda dapat memberi pulangan tertinggi kepada diri anda.

Satu cara dalam mempelajari kaedah memasarkan kemahiran dan kepakaran anda adalah dengan banyak membaca buku biografi ikon-ikon yang berjaya dalam bidang masing-masing untuk mempelajari bagaimana mereka memasarkan kepakaran & kemahiran mereka! 🙂

ps: Sekiranya anda mempunyai kepakaran & kemahiran & ingin memasarkannya melalui Internet, Workshop Jutawan Internet telah di buka pendaftarannya! Klik di sini untuk maklumat lanjut.