Category Archives: Tip Motivasi

Berani lantang bersuara

“Speak your mind!”

Dalam perniagaan (dan juga hidup) adakalanya kita takut hendak bercakap dan berkongsikan idea atau pendapat kita. Sekiranya dalam meeting, atau perjumpaan, sesetngah daripada kita lebih suka berdiam sahaja dan tidak bercakap langsung.

Walaupun ada sesuatu hendak dikatakan, tetapi, biar sahaja terbuku di hati… simpan dalam πŸ™‚

Sebab apa? Sebab “malu” nanti kita tersilap kata…. atau malu nanti apa pula orang cakap tentang idea kita… atau takut apa yang kita nak cakap tidak dapat diterima ramai.

Sekiranya anda begitu, berikut adalah tips untuk lantang bersuara:

  1. Ketahui apa yang anda hendak cakap
  2. Lantang bersuara apa yang anda hendak katakan dengan jelas dan penuh yakin
  3. Ketahui bahawa setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing

Sekiranya terdapat pihak yang tidak setuju dengan apa yang anda katakan, tak mengapa- expect it! Kerana mereka juga mengikut langkah 1-2-3 di atas. Jangan takut sekiranya dikritik- untuk berjaya, SEMUA orang akan dikritik apabila melahirkan apa sahaja idea.

Masalahnya adalah apabila kita TIDAK berkata dan bercakap kerana TAKUT kena kritik! πŸ™‚

Passion is more important than brains & talent

Ada istilah ni yang berbunya:

Passion is more important than brains & talent

Maksudnya, passion (keghairahan/minat) adalah lagi penting daripada kebijaksanaan & bakat. Sememangnya saya setuju oleh kerana terdapat 2 jenis orang yang saya sering jumpa:

Jenis pertama, adalah mereka ada banyak idea. Idea pun hebat-hebat belaka, takde yang tak hebat πŸ™‚ Tetapi, sekadar idea sahaja dan tersimpan dalam kepala. Mungkin “idea perniagaan” atau apa sahaja, tetapi, hanya sekadar tersimpan dalam fikiran dan tidak melakukan apa pun untuk mereliasasikan apa di kepala.

Jenis kedua pula, mempunyai banyak idea. Idea pun tak kurangnya hebat. tetapi, mereka mempunyai passion/keghairahan/minat dalam diri sendiri untuk melihat idea tersebut terhasil. Dengan passion, sesuatu idea itu akan menghasil. Tetapi, tanpa passion, itulah dianya… tersimpan dalam kepala sahaja.

Alhamdulillah, saya fikir diri saya adalah yang ke-dua. Saya memang banyak idea… dan saya terus implementasikannya kerana mempunyai passion/keghairahan atas segala idea.

Nasihat saya, sekiranya anda tergolong dalam golongan yang pertama tu, sekiranya anda mempunyai idea- katalah your next big idea, apa kata anda terus kan sahaja implementasikannya. Dengan terus memulakan sesuatu idea, ia kaan memberi momentum dan passion kepada anda.

Jangan hanya simpan di kepala sahaja kerana, diberi beberapa hari… beberapa minggu, beberapa bulan… hilanglah segala idea dan passion keatas idea tersebut! πŸ™‚

Selamat bercuti!
=====

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, sertai Workshop Perniagaan Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Bagaiamana nak tahu passion?

Selalu saya sebut berulang kali, kita patut buat apa yang kita suka… apa yang kita minat… apa yang kita passionate in. Infact, baru-barru ni, saya menonton talk show Oprah, katanya:

84% antara kita tidak suka kerja yang kita lakukan! 84% of the people hate their jobs!

Menakutkan juga angka ni… tapi bila dilihat sekeliling, memang ada betulnya sebab ramai yang terperangkap dalam kerja yang mereka tidak suka. Masuk hari Isnin, dah mengeluh… menunggu hari Jumaat untuk cuti πŸ™‚

Satu soalan yang sering saya ditanya di blog IrfanKhairi.com ini, bagaimanakah nak tahu apakah passion kita?

So, untuk membantu, berikut beberapa soalan atau checklist… what is your true passion!

  • Sekiranya anda boleh lakukan sesuatu kerja pilihan anda, apakah kerja nya?
  • Apa yang anda seronok dan gembira lakukan sehingga anda tak sedar masa berlalu?
  • Apa yang anda akan lakukan dengan suka hati, walaupun tidak menerima bayaran?
  • Apa yang anda lakukan untuk memuaskan hati anda?
  • Apa yang anda lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang terbaik?
  • Sekiranya anda boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda minat, siapakah dia nya?
  • Aktiviti apa yang anda rasa mudah/senang untuk anda lakukan dan susah untuk orang lain?

(Checklist ini daripada buku Think Big oleh Donald Trump)

So, check balik list di atas dan tanya pada diri sendiri. Adakah anda lakukan apa yang anda minat? Adakah kerja seharian anda adalah passion anda?

Mudahan kita tidak menjadi antara statistik 84% daripada mereka yang hate their jobs!

=========

Satu option untuk kita melakukan apa yang kita minat dan suka adalah memulakan perniagaan berkaitan dengan minat kita. Dan ini, saya selalu tekankan dalam all my talks.
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, sertai workshop perniagaan Internet yang saya jalankan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

So, anda boleh mulakan azam baru memulakan perniagaan Internet mengikut passion dan minat anda πŸ™‚

Cita-cita Obama sejak sekolah rendah!

obama.jpgMungkin semua dah tau, prez US baru Barack Obama. Saya suka baca biografi-biografi orang yang berjaya, dan antara banyak-banyak info yan gmenarik mengenai Obama, adalah, beliau telah bercita-cita untuk menjadi president ketika di bangku sekolah lagi. Sekolah rendah!

Ketika Obama bersekolah rendah di Indonesia, seperti kita masa di sekolah rendah kita perlu tulis, bila besar nanti nak jadi apa. Standard lah, jawapan saya masa kecil dulu, Polis, Bomba, Askar… dan budak2 perempuan pula Pembaca berita, Pramugari & Cikgu πŸ™‚ begitu juga rakan2 Obama yang lain…

Tapi, bagi Barack Obama, cita-citanya sejak sekolah rendah adalah menjadi “PRESIDENT”! πŸ™‚

Kalau seseorang boleh berpegang kepada cita-cita sejak sekolah rendah lagi dan mencapainya sehingga kini, apa lagi kita yang dah besar pandai- pastinya boleh mempunyai cita-cita & mencapainya!

Lagu sebagai menaikkan motivasi & beri inspirasi

I’m sure anda pun tahu bahawa elemen elemen seni seperti lagu, art, theater, lakonan dan sebagainya boleh memberi impak motivasi dan inspirasi kepada kita. Mungkin pernah terjadi!

Tip satu minit hari ni: I suggest anda dengar lagu-lagu berbentuk motivasi dan selami liriknya sekali πŸ™‚ Antara lagu yang sering kita dengar…

  • Fikirkan boleh! (Metropolitan)
  • Gemuruh (Faizal tahir)
  • I believe I can Fly (R. Kelly)
  • Faith of The Heart (Russell Watson – Start Trek Enterprise soundtrack)
  • We Are The Champions (Queen)

Baru baru ini saya berpeluang berjumpa komposer Zul Mahat dan juga Johan Nawawi kerana mereka hadir memberi sokongan persembahan band saya di majlis pelancaran Impian hari Sabtu lepas (sebenarnya mereka nak tengok Hujan di Planet Hollywood, tapi sempat meluangkan masa melihat kami juga!)

Untuk memendekkan cerita panjang… sekarang ni saya, razzi rahman & muz dalam proses merakam album single! Yes, Zul mahat akan buat lagu dan saya akan menulis lirik. Performed by our very own band.

razzising1.jpg
Razzi Rahman, myself & Capt Muz

*Dengar-dengar cerita, rakaman akan di buat di studio M.Nasir, Luncai Emas*

Harapannya, lagu ni akan menjadi antara lagu-lagu “motivasi” seperti di atas. Jangan main-main… IK lepas ni ada album! Baru la artist πŸ˜‰

So, khas untuk anda… sebahagian lirik yang saya telah tulis (nanti saya kasi dengar melody juga ok?)

Looking back
To the times I had
I never knew I’d come this far away
So here I am
Not turning back again
A dream I had before seems so close to me…

I will fight
Everytime I fall
And one night
You’ll see me standing tall…

I’m reaching for the sky
I’ll raise the stakes, I’ll make mistakes,
But I do it my own way…

I’m reaching for the stars
I’m not afraid, I will not break,
No matter what they say to me….

Tu je buat masa ni… yang lain secret! πŸ™‚ Also, saya tulis lagu in English dulu… yang BM pun insyaallah ada.

razzising2.jpg
Persembahan “Gemuruh” versi akustik di JW Marriot!


So, watch out untuk project saya yang ini. It will be fun! Dan semestinya… lagu berbentuk ROCK!

Anda ada tak lagu2 yang motivasi favourite?

10 orang terkaya Malaysia rugi berbillion

Baru-baru ni saya baca akhbar The Edge dan artikel yang menarik dan tertarik minat saya menceritakan tentang 10 orang terkaya di malasyia rugi hampir RM20billion (on paper) secara keseluruhan akibat krisis ekonomi sejak beberapa minggu lepas.

Nama-nama termasuk Robert Kuok, Lim Goh Tong Family, Tan Sri Mokhtar Bukhari dan lain-lain…

Bayangkan, 10 orang terkaya Malaysia kerugian RM20billion… BILLION. Bukan million tu!

So, siapa kata kalau ada duit banyak, tiada masalah? πŸ™‚
Jadi, bagi kita yang dalam krisis kewangan, beringat-ingat selalu dan bersyukur dengan apa yang ada. Bukan bermaksud takde wang masalah… ada wang pun, masalah lain pun datang juga. Tapi, ia bergantung kepada diri sendiri bagaimana reaksi kita kepada sesuatu masalah.

Tahukah anda Donald Trump pernah rugi & hutang berbillion, kemudian dengan usaha dan bijak melihat peluang, beliau dapat kembali and made billions more?Β 

Bagi 10 orang terkaya di Malaysia, saya pasti mereka tidak akan duduk diam, tetapi akan cari peluang-peluang lain untuk dapatkan kembali RM20billion tersebut walaupun dalam keadaan krisis ekonomi. Kita bagaimana?

Bakat semulajadi mungkin tak menjadi

Seminggu juga Tip Satu minit cuti. Raya sakan πŸ™‚ So, apa kata kita sambung kembali Tip Satu Minit.

Hari ni saya nak sebut tentang “Bakat Semulajadi”.

  • Bila kita tengok Tiger Woods, kita kata beliau mempunyai bakat semulajadi dalam bermain golf.
  • Bila kita tengok Siti Nurhaliza, kita kata beliau mempunyai bakat semulajadi dalam nyanyian.
  • Bila tengok IK, ada yang kata saya mempunyai bakat semulajadi dalam perniagaan.

Sememangnya bakat, adalah pemberian Allah swt, tetapi, bakat yang tidak diasah adalah sia-sia.

  • Tiger Woods mengambil masa berjam-jam setiap hari berlatih bermain golf, walaupun sedia mempunyai bakat
  • Dato Siti Nurhaliza juga berlatih dan mempelajari teknik-teknik nyanyian untuk jadi lebih hebat
  • Saya juga mengambil masa berjam-jam membaca dan melakukan research dalam bidang perniagaan

Bakat tanpa diasah hanyalah sia-sia. Pastinya semua orang mempunya bakat… atau bakat semulajadi. Tetapi, adakah semua orang mengasah bakat masing-masing supaya bakat tersebut menjadi hebat? Sekiranya sesuatu bakat tidak diasah, maka itulah satu kerugian yang amat sangat. Maka, bakat pun tak menjadi.

Ketahui bahawa kita sendiri mencipta bakat dalam diri dengan banyak-banyak berlatih dan mempelajari ilmu dalam sesuatu bidang tersebut. Mula asah bakat anda sekarang! πŸ™‚

ps: IK juga berbakat makan lemang, rendang & London Almond! πŸ™‚

Zaman teknologi… masih terkejar masa

Hari ini saya ada persoalan yang nak dibawa berbincang… nak tahu pendapat anda.

Zaman sekarang, zaman teknologi, berbagai-bagai kemudahan teknologi digunakan untuk memudahkan manusia– seperti Internet, segala maklumat dihujung hari! handphone, dalam poket je boleh hubungi sesiapa… dah ada email. hantar email terus je, tak perlu tunggu beberapa hari untuk tunggu surat sampai. Ada video conferencing… tak perlu pergi meeting bersemuka. menjimatkan masa… mesin fax, pc, blueberry, pda, wireless internet, 3G, GPRS, Astro pun ada boleh mendapat berita dari seluruh dunia… semuanya memudahkan pengguna. Dan mempercepatkan segala urusan. tak begitu?

Tetapi, persoalannya, mengapa dengan penambahan begitu banyak rekaan-rekaan canggih yang bertujuan untuk mempercepatkan urusan manusia, kita masih lagi kelam kabut tak cukup masa? Segala-galanya masih mengejar masa… lebih teruk dari sebelum ciptaan-ciptaan ini?

Kalau di bandingkan dengan dolu-dolu… bila kurangnya penciptaan canggih manggih ni, seperti masa agak relax sikit. Ni, bila ada ciptaan canggih, yang sepatutnya mengurangkan kerja & masa kita… tetapi, kenapa masih kita terkejar-kejarkan masa lebih teruk dari zaman dulu?

Hmmm…. πŸ˜‰ Apa pendapat anda?

Perniagaan produk informasi & motivasi diri

Pagi tadi di WW, Wanita & Wang saya dapat berkongsikan sedikit mengenai menjual produk informasi di Internet. Ada beberapa tip mencipta produk informasi yang terhangat di pasaran di atas! Klik button play di atas untuk lmenonton. *Tip: tekan play, kemudian tekan pause. Apabila loading bar dah penuh, tekan play semula untuk memastikan klip tak tersekat-sekat macam Astro bila hujan*

Sedikit tambahan di sini, dalam klip saya sebut tentang “being in the driver seat” dan “menjadi own boss”… salah satu episod Wanita & Wang saya beri beberapa perbezaan minda kaya dan minda miskin. So, nak elaborate sikit di sini…

Ini kerana, tidak seperti menjual “produk” yang sudah sedia ada di pasaran di Internet, untuk meghasilkan produk informasi sendiri, perlukan usaha dan komitmen yang lebih tinggi. Kalau nak jual produk, kita boleh dapatkan produk dari pemborong, dan jual semula online.

Tetapi, kalau nak hasilkan produk informasi sendiri, perlu sit down and get to it! Perlu menulis dan menyusun produk anda untuk jadikannya terhangat di pasaran. Oleh sebab itulah perlu mempunyai MINDA KAYA untuk membuat keputusan dan memberi komitmen.

MINDA KAYA sebagai perumpamaan, perlu berada di “driver seat”. Seorang yang membuat keputusan hala tuju diri sendiri. Mereka ini jenis yang tak perlu di suruh untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan diri. Contohnya, dalam perbincangan di atas, maksudnya dengan inisiatif sendiri mencari masa dan mencipta produk informasi sendiri.

So, minda kaya mempunyai prinsip diri yang teguh untuk melakukan sesuatu tanpa perlu didesak orang- in other words, dengan inisiatif sendiri. Menganggap diri sebagai boss, dan tiada boss di atas diri sendiri.

Bila menganggap kita adalah boss kepada diri sendiri, tanggungjawab kita untuk melakukan apa sahaja untuk menjadi bebas kewangan. Dengan keputusan dan pilihan sendiri, mengambil masa dan memberi dedikasi mungkin satu bulan untuk menghasilkan produk informasi sendiri.

MINDA MISKIN pula adalah apabila kita umpama “penumpang” sahaja. Kita biar orang lain yang ambil keputusan untuk diri kita. Kita lihat orang lain buat sesuatu yang menguntungkan (tak semestinya wang), kita tak tentu akan ikut. Kita bersikap tunggu dan lihat. Selagi tidak didesak atau tidak di suruh, kita tidak lakukan sesuatu yang kita sendiri tahu memberi pulangan. Dalam erti kata lain, tidak dapat membuat keputusan dan memberi komitmen kepada diri sendiri. Mudahan dijauhkan minda miskin dari kita.

So, jangan lupa klik PLAY pada klip di atas untuk mengikuti perbincangan menjadi usahawan informasi. Dan aplikasikan MINDA KAYA anda hari ini πŸ™‚

(*Note: Maksud saya minda kaya dan minda miskin, bukan orang kaya dan orang miskin. Tetapi, MINDA kaya dan MINDA miskin)

Workshop Perniagaan InternetΒ – klik di sini

Upah atau beri hadiah kepada diri sendiri

gift.jpgSekiranya anda sudah bekerja keras, dan mencapai matlamat-matlamat anda (tak kira kecil atau besar), berhenti sebentar dan upah diri sendiri- reward yourself!

Sering kali apabila kita terlalu kerja keras dalam mengejar cita-cita, kita tidak berkesempatan untuk mengupah diri sendiri for a job well done. Kita terus kerja, dan kerja… ini terutamanya bagi mereka yang sudah berumah tangga kerana bekerja untuk kebahagiaan keluarga… tanpa memikirkan keadaan diri sendiri.

Dengan tidak mengupah diri sendiri, ia akan mengurangkan tenaga dan semangat kita. Mengupah atau menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri terutamanya sesuatu yang menarik minat kita sendiri memberi kesan motivasi supaya terus berusaha!

Bayangkan sekiranya sukan Olympic, para atlit tidak diberi pingat atau sebarang ganjaran. Agaknya mereka akan terus bersaing atau tidak? πŸ™‚

Jadi ingat… jangan terus kerja / usaha sahaja… berhenti & pat yourself on the back. Hadiahkan sesuatu kepada diri!

ps: Bila upahkan diri sendiri perlu berpada-pada juga… jangan capai matlamat mengumpul RM10,000, terus pergi beli home cinema RM8,000 pulak! πŸ˜‰