Category Archives: Tip Motivasi

Kalau gagal, gagal dan gagal, bila nak berhenti?

Semalam berlangsungnya Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan yang diadakan di Berjaya Time Square Convention Center. Insyaallah nanti-nanti saya postkan gambar2 di sini… belum sempat dapatkannya lagi.

Antara speaker yang terlibat adalah saya, Azman Ching, Billi Lim, Chef Li dan Abang Abu. It was a great event dan banyak maklumat dan tips di kongsikan di konvensyen jutawan pertama ini.

Satu tip yang saya dapat dari Billi Lim, Failure Guru ingin saya kongsikan bersama. Ketika sesi soal jawab, beliau ditanya…

Bila nak tahu sama ada kita patut berhenti dari melakukan sesuatu akibat kegagalan demi kegagalan dilalui…

Jawapan Billi adalah (lebih kurang sebab saya x pandai ikut cara cakap Billi)

Lu aaa… kalau sudah gagal lor… salah siapa? salah lu lor…. kalau sudah cuba… benda yang sama… 5 kali, gagal gagal gagal… maksudnya, lu yang salah… lu tak belajar dari itu kesilapan lor. kalau lima kali sudah gagal… maksudnya, satu, lu tak belajar dari kesilapan. dua, mungkin keadaan buat lu gagal, dan ketiga, industri itu, bukan untuk lu…

so, cari industri lain lor… betul tak betul??? (trademark billi)

Dari fahaman saya, maksudnya, kalau anda dah cuba 5 kali dalam sesuatu industri, tetapi, tetap gagal… anda perlu salahkan diri sendiri dulu kerana, kegagalan ertinya tidak belajar dari kesilapan. Tetapi, sekiranya sudah habis ikhtiar, tetapi tetap gagal juga… ertinya, perniagaan yang anda lakukan, bukanlah yang sesuai untuk anda.

Jadi, 5 kali boleh dikatakan sebagai tanda untuk anda usaha sedaya upaya, belajar dari kesilapan, tambahkan ilmu seberapa banyak yang mungkin… TETAPI, sekiranya GAGAL juga…

Maka, industri/perniagaan yang anda lakukan itu bukanlah untuk anda. So, apa kata anda cuba perniagaan/industri lain…

* Harapnya betul la terjemahan saya apa yang Billi cakap πŸ˜‰

Anyway, Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan was great. Dapat saya berjumpa dengan dua mentor saya yang dah lama tak jumpa, Billi Lim & Chef Li!

ps: saya nak tekan kan… kalau gagal, dan kita tak belajar dari kegagalan dan tak cari ilmu untuk menjayakan kegagalan tersebut, ianya adalah 100% salah kita!

pps: bergurau je ya Billi. Saya & Billi memang suka bergurau… kalau anda pernah dengar ceramahnya, pasti tau Billi ni memang kelakar…

Jutawan-jutawan The Millionaire Mind

mm.jpgDr Thomas Stanley, penulis buku The Millionaire Mind telah melakukan survey di kalangan beribu-ribu jutawan. Survey yang saya ingin kongsikan ini pasti menarik minat anda. Surveynya adalah…

Apakah faktor-faktor kejayaan seorang jutawan? Berikut adalah jawapan mengikut turutan top 10…

  1. Being honest with all people
  2. Being well discipline
  3. Getting along with others
  4. Having a supportive spouse (husband/wife)Β (penting ni! no.4 πŸ™‚ )
  5. Working harder than most people
  6. Loving my carreer / business
  7. Having strong leadership qualities
  8. Having a very competitive spirit / personality
  9. Being very well organized
  10. Having the ability to sell my ideas / products

Dari pengalaman saya sendiri, memang tepat faktor-faktor yang disebutkan di atas.

Adakah anda memiliki faktor-faktor ini? Yang mana antara faktor ini yang anda kekurangan? (bagi yang belum berumah tangga, no.4 tak kira… mungkin perlu keluarga yang supportive!)

Temubual IK bersama Personal Money Magazine

Baru-baru ini saya ditemubual oleh majalah Personal Money. Insyaallah akan keluar bulan depan sebagai cover story.

pmmag.gif

Berikut salah satu soalan (dan jawapan) yang diberikan ketika temubual πŸ˜‰

Personal Money: In your opinion, what distinguishes you from other non-millionaires youth? How do you do things differently?

IK: I think its “a good start”. I wouldn”β„’t say I work harder than others, or work longer hours than others! but a good start of having a goal at the age of 18, and reaching it at the age of 25.

It”β„’s like a rocket where you need full power & intense power to lift of from the earth. Once the rocket is out at the atmosphere, gravity will do the rest.

I too listen to music, go to the movies, watch DVD’s and go out. No different from other youths, but starting early, realizing how important it is to have a goal, and working towards the goal gives me an upper hand.

Starting early and giving all you got at the beginning really helps. I would say “a good start” is how I do it differently.


Kesimpulannya:
Mula awal… kalau belum mula lagi, mula sekarang, Tiada masa untuk berlengah-lengah lagi sekiranya ingin mencapai kejayaan. So, do it now πŸ˜‰

So, jangan lepaskan majalah Personal Money daripada Edge bulan hadapan… bukan saya sorang je di cover, tetapi ada bersama 5 jutawan lain dari latar belakang yang berlainan. C u there!

Pakar-pakar dalam membuat keputusan

Pernahkah anda dalam keadaan perlu membuat keputusan? Mungkin dalam perniagaan, kewaangan atau kehidupan seharian. Namun, anda menghadapi jalan buntu apabila ingin melakukan keputusan tersebut…

Sering kali ini terjadi kepada saya πŸ™‚

Terdapat satu teknik membuat keputusan yang ditunjukkan di dalam buku classic “Think & Grow Rich” tulisan Napolean Hill. Ramai orang yang berjaya termasuk Henry Ford, J Paul Getty dan Abraham Lincoln (semua orang lama-lama sebab buku classic) menggunakan cara ini. Saya sendiri juga menggunakan cara ini.

Caranya adalah untuk anda bayangkan anda mempunyai sekumpulan pembuat keputusan. Kumpulan tersebut terdiri daripada idola anda atau pakar- pakar industri masing-masing.

Bayangkan ketika anda buntu membuat keputusan, anda merujuk kepada kumpulan “imaginasi” anda. Anda boleh meletakkan sesiapa sahaja anda inginkan di dalam kumpulan anda.

Mungkin anda boleh bertanya…

  • “Sekiranya Bill Gates ingin mencipta produk baru,produk berkonsep apa yang akan diciptakan?”
  • “Sekiranya Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai wang sebegini, di mana beliau akan menyumbang kepada masyarakat?”
  • “Sekiranya Jamie Oliver diberi peluang memulakan rancangan TV baru, bagaimanakah konsepnya?”

Siapa teka bahawa soalan-soalan di atas adalah soalan yang saya tanya, memang betul pun πŸ™‚

Yang bestnya, cara ini amat efektif! Ia membantu kita membuat keputusan dengan lebih tepat.

Mengapa perlu fokus

Fokus adalah amat penting kerana kita boleh beri tumpuan 100% tenaga, usaha & kemampuan kita kepada sesuatu keadaan sahaja.

Bayangkan matahari yang terik… tentu la panas kan, kadangkala sampai kita tak tahan dengan kepanasannya…

magnify.jpg

Bayangkan pula kita mempunyai magnifying glass (kanta pembesar) dan gunakannya untuk menumpukan cahaya matahari kepada satu titik fokus.

Apa yang terjadi?

Fokus tersebut akan membuatkan kepanasan cahaya tersebut berganda sehingga boleh menyebabkan haba & api…

Dengan memberi tumpuan tenaga, usaha dan kemampuan kita pada satu titik fokus, tak kira kerja, perniagaan, atau hidup kita akan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan dengan lebih cepat dan mudah.

Ramai antara kita hilang fokus dalam hidup, itu yang menyebabkan matlamat kita tersasar.

Lepas ni, harapnya kita fikirkan magnifying glass & kesannya apabila fokus… harapan takde lagi kita hilang fokus πŸ˜‰

Selamat bercuti & menyambut hari kemerdekaan!

Teman hidup yang memahami

The Millionaire Mind adalah buku tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dilakukannya keatas beratus-ratus jutawan. Menurut surveynya didapati “Having a supportive spouse” adalah dikalangan top 5 faktor-faktor kejayaan seorang jutawan!

Pepatah mat salleh mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman.

Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar.

Pesanan saya…

  • Bagi anda yang merupakan isteri kepada suami yang memburu kejayaan hebat, berikan 110% sokongan!
  • Bagi anda yang merupakan suami kepada isteri yang memburu kejayaan hebat, berikan 110% sokongan! (Walaupun keadaan ini agak sukar bagi sesetengah kaum lelaki)
  • Bagi anda yang masih bujang trang-tang-tang… cari pasangan yang benar-benar memahami matlamat anda yang besar itu. Sekiranya sebelum kahwin x faham… maka, dah kawin nanti pun tetap tak faham-faham πŸ˜‰

Antara pembaca blog ini mungkin pernah berjumpa dengan isteri saya, Shaz ketika Workshop Jutawan Internet. No doubt Shaz berikan 110% sokongan untuk mencapai kejayaan… walaupun ketika kami duduk flat kecil tiada bilik 8 tahun dulu!

Dan hari ini, genap 8 tahun wedding anniversary kami, dan dikurniakan 4 cahaya mata πŸ˜‰

wedding.jpg
Gambar kahwin 8 tahun dulu…. πŸ™‚

Beri sokongan kepada pasangan hidup anda. Bukan sokongan ala kadar sahaja, tetapi 110% sokongan dengan penuh keghairahan (passion) πŸ˜‰ Baru la pasangan hidup kita takkan gagal…

Siapa di dalam bulatan kenalan anda?

Ada kata yang berbunyi, sekiranya anda tidak mangambil dadah, tetapi anda berkawan dengan mereka yang mengambil dadah, lambat laun anda juga turut akan mengambil dadah. Sekiranya anda tidak minum arak, tetapi anda sentiasa bersama mereka yang minum arak, lambat laun, anda juga akan minum arak (hendaknya anda dijauhkan dari dua contoh negatif ini!)

Namun begitu, ianya adalah benar. Anda akan turut menjadi sama seperti bulatan kenalan anda! Berkenalan dengan usahawan-usahawan berjaya sentiasa dapatkan nasihat dari mereka yang berjaya di dalam industri anda. Cuba luangkan banyak masa anda bersama mereka yang bergelar jutawan.

Lambat laun, anda juga akan mencapai seperti mereka! Itulah kekuatan sesuatu bulatan kenalan. Ia akan membentukkan anda menjadi seperti bulatan kenalan tersebut.

Peribahasa mat salleh “If you want to soar with the eagles, you should not flock with the turkeys!” (Sekiranya anda ingin terbang gagah seperti sang helang, anda jangan menyertai kumpulan ayam belanda!)

Adakah anda seorang genius?

Menurut Brian Tracy International, genius mempunyai 3 perwatakan. Adakah anda seorang genius?

einstein.jpg
Albert Einstein juga menggunakan 3 kaedah ini πŸ™‚
  1. Seorang genius akan fokus kepada satu kerja/satu masalah/ satu isu dalam satu masa. Dengan memberi tumpuan 100% dan fokus yang amat tinggi pada kerja yang perlu dilakukan, seluruh tenaga dapat didedikasikan untuk menjayakan sesuatu. Lebih hebat kita fokus kepada sesuatu isu dengan tumpuan yang amat tajam, lebih hebat & kreatif kita akan mencapai sesuatu matlamat itu.
  2. Seorang genius mempunyai kaedah dan cara yang sistematik untuk menangani sesuatu isu/masalah/ kerja. In other words, mempunyai perancangan yang rapi– sering kali menulisnya atas kertas setiap langkah mengikut prioriti. Mereka juga mengambil masa untuk duduk dan mencerminkan keadaan semasa dengan tepat supaya ketahui sesuatu titik permulaan. Mereka perlu tahu point A untuk sampai ke point B.
  3. Seorang genius mempunyai minda yang terbuka dan sedia menerima idea-idea baru. Tidak menutupkan fikirannya. Sering kali bertanyakan soalan “What if…” dan mengundang berbagai-bagai input dan jawapan untuk menghasilkan sesuatu.

Sebagai manusia kita juga perlu mengamalkan daya pemikiran seorang genius dengan mengikuti 3 langkah mudah di atas πŸ™‚ So, lepas ni, boleh ramai-ramai jadi insan yang genius & usahawan genius πŸ˜‰

ps: Saya akan ke KB, Kelantan esok untuk menjalankan Workshop Jutawan Internet pada hari Sabtu 25hb ini.

pps: Siri Laporan X pertama: Cara Memusnahkan Pesaing Anda mendapat sambutan yang hebat. Sekiranya anda belum lagi membacanya, boleh klik di sini.

Mengejar matlamat bagaikan mendayung sampan

Baru-baru ini saya berpeluang bersama-sama mentor Jutawan Dato Dr Azman Ching, selama 3 hari 2 malam di Janda Baik, mengendalikan Business School Boot Camp bersama Peoplepreneur Business Community. Memang happening! Terlalu banyak yang hendak saya kongsikan pengalaman di sana, tapi, sebaiknya anda mengalami pengalaman itu sendiri.

Satu tip yang saya ingin kongsikan dari mentor jutawan Azman Ching, adalah mengenai usaha dalam mencapai matlamat. Memang banyak dah artikel mengenai matlamat saya kongsikan, tetapi, apa salahnya kita dengar inetrpretasi Azman Ching pula…

sampan.gif

Matlamat ni, kita bayangkan seperti kita sedang mendayung sampan di tengah lautan. Di mana, kita boleh lihat satu pulau yang berhampiran. Kita dayung dengan kuat untuk menghala ke pulau tersebut. Dayung memang kuat, maklumlah, kita sorang-sorang je mendayung.

Tiba-tiba, datang ombak… menolak sampan kita ke arah lain. kita lawan ombak tersebut dengan menambahkan lagi kekuatan mendayung. Tetapi, ombak menolak lagi… lagi kuat kita dayung ke arah pulau itu, makin kuat pula ombak menolak kita ke arah lain…

Sampai satu tahap, kita give up… and kata… alamak, susahnya nak capai pulau yang tu… takpe lah. kita ikut je ombak ni dan cuba cari pulau lain pula yang lebih mudah.

Tanpa mengetahui bahawa, nanti ke arah pulau yang baru, pastinya ada juga ombak yang akan menghalang dan membawa kita ke arah yang lain…. dan lain… dan lain…

Memang ini sering terjadi. Matlamat yang kita lihat sememangnya jelas. Saya percaya anda yang membaca, anda mempunyai matlamat hidup dan kewangan yang jelas. Tetapi, akibat “ombak” yang sering menganggu kita dalam mencapai matlamat tersebut, sering kali, kita terbawa kearah yang lain… sehingga tak tercapai satu pun matlamat kita yang boleh dibanggakan.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut teknik menetapkan matlamat perniagaanΒ  anda dan juga bagaimana hendak mencapai apa sahaja matlamat kewangan anda, pada hari Rabu ini, jam 8-11 malam, Peoplepreneur Community akan mengendalikan seminar percuma bersama Dr Azman Ching dan juga saya sendiri.

Speaker undangan: Dato Dr Azman Ching & Irfan Khairi
Kelolaan Peoplepreneur Community
Tarikh: Rabu, 15hb Julai 2009
Waktu: 8.00mlm – 11.00mlm
Tempat: Cititel Hotel, Midvalley
Masuk: PERCUMA

Menjadi juara, pulangan berganda

race.jpgSetiap masa, juara mendapat pulangan berkali ganda berbanding tempat ke-dua.

Contohnya, dalam perlumbaan lumba lari, juara mendapat RM10,000, mana kala tempat ke-dua mendapat RM5,000.

Adakah ia bermaksud juara perlumbaan tersebut adalah 2 kali ganda lebih laju dari yang mendapat tempat ke dua? Semestinya tidak. Mungkin, hanya lebih laju pada masa satu saat sahaja! Tetapi, pulangan berganda 2 kali ganda.

Begitu juga dalam hidup harian dan perniagaan. Sekiranya kita menjadi juara bidang kita, pulangannya adalah berganda berbanding dengan pesaing kita yang ditempat kedua… ketiga… dan lain-lain.

Misi anda dalam hidup sekiranya untuk mendapat pulangan berganda adalah untuk menjadi juara dalam bidang anda. Tidak semestinya anda hebat berkali-kali ganda berbanding dengan pesaing anda. Pada hanya kehebatan melebihi pesaing anda sedikit sahaja, pulangan pun boleh berganda πŸ™‚

Jadilah juara dalam bidang anda sendiri!