Category Archives: Tip Motivasi

Apakah 5 kekuatan anda?

Beberapa hari lepas ketika rakaman siri “Temu Bual” di Astro, salah satu soalan yang diajukan kepada saya adalah, apakah 5 kekuatan saya yang membawa saya kepada kejayaan.

tbual1.jpg
Siri “Temu Bual” di Astro

Jawapan saya adalah:

1. Fokus

Mempunyai daya fokus yang kuat. Apabila menetapkan matlamat, saya memberi fokus yang amat hebat kepada matlamat tersebut. Perkara-perkara lain yang tidak membawa kepada pencapaian matlamat itu akan menjadi sebagai “gangguan”…

2. Mencari ilmu

Saya agak rajin mencari ilmu dengan cara membaca dan juga bertanya pada mereka yang lebih pakar…

3: Bijak mencari peluang

Saya banyak berfikir dan mencari peluang. Setiap hari saya akan fikirkan beberapa idea perniagaan. Bila tidak ada benda nak buat, saya akan fikir peluang-peluang menambahkan pendapatan…

4: Kreatif

Bukan sahaja kreatif dari segi rekacipta, tetapi, kreatif dalam cara pendekatan. Saya sering mencari idea-idea baru dalam pendekatan perniagaan atau konsep. Sebagai contoh, menggunakan pendekatan “Tip Satu Minit” untuk blog.

5: Kesabaran

Untuk berjaya, sememangnya terdapat banyak cabaran. Cabaran dalam perniagaan, cabaran dalam usaha, tak lupa juga cabaran dari segi mental apaila terdapat segelintir dikeliling kita cuba menjatuhkan dan melemahkan usaha kita…

Senaraikan apakah kekuatan anda dan asahkan kekuatan tersebut supaya ianya dapat memberi pulangan kepada anda. Amat penting untuk mengetahui kekuatan kita supaya kita dapat mengasahkannya dan praktiskan kekuatan-kekuatan tersebut.

Sememangnya kita sering dengar untuk kita fokus kepada kekuatan kita. Tetapi, pernah tak kita berhenti seketika dan menyenaraikan apakah kekuatan-kekuatan kita? 🙂 Setelah identify kekuatan kita, lagi mudah untuk kita gunakan kekuatan kita itu.

Melakukan kerja susah atau mudah?

Mereka yang berjaya melakukan kerja-kerja yang susah. Mereka yang tidak berjaya melakukan kerja-kerja yang mudah.

Mengapa hanya 2% sahaja di kalangan kita mencapai kejayaan yang cemerlang? Ini kerana 2% itu sanggup melakukan kerja-kerja yang susah.

Nak berjaya dengan cemerlangnya, bukanlah suatu perkara yang mudah. Kalau mudah, mungkin 98% yang mencapai kejayaan yang cemerlang. Tetapi, fakta sedihnya, hanya 2% sahaja dalam industri masing-masing mencapai kejayaan cemerlang.

Bagi mereka yang berjaya, mereka sanggup melakukan kerja yang susah. Mereka tahu, kerja itu susah, leceh, dan banyak tetapi, mereka lakukan juga.

Kerja yang susah pula menjadi senang sekiranya kita benar-benar minat dengan kerja tersebut. Sebab itulah, dalam apa sahaja kita lakukan, seperti perniagaan, pastikan kita benar-benar minat dalam perniagaan itu. Maka, menjalankan perniagaan tersebut akan dilihat seperti mudah (walaupun susah)

So, jom lakukan kerja2 yang susah 😉

Rezeki berlimpah-limpah “abundant”

Konsep “abundant” seringkali di paparkan dalam buku-buku motivasi barat. Ertinya, banyak, berlebihan, berlimpah-limpah dan sewaktu dengannya.

Ianya amat penting untuk melihat bahawa semua rezeki yang ada di dunia ini adalah banyak dan unlimited.

Ramai yang mempunyai konsep yang SALAH iaitu memikirkan rezeki adalah terhad. Di ibaratkan seperti anda mempunyai kek. Dan bila anda makan satu slice kek tu, maka, kurang satu pecahan. Kalau anda bagi kawan anda makan satu lagi slice, makin kurang pecahan. Lagi ramai yang makan kek kita tu, makin kurang sehingga kek tu habis. Maka, tiada siapa, termasuk anda boleh merasa dah kek yang habis…

Sebenarnya rezeki adalah berlimpah-limpah di dunia ni dan tak habis (unlimited). Rezeki pula bukan sahaja wang atau harta, tetapi, rezeki termasuk ilmu, pengetahuan, kenalan, kasih sayang, dan macam-macam lagi.

Ertinya, kalau ada ilmu, kongsi ilmu dengan orang lain. Kalau ada wang, sedekah dan berikan zakat. Kalau ada pelanggan, kongsikan dengan usahawan-usahawan lain. Rezeki kita tidak akan habis, malah akan bertambah-tambah berpuluh dan beratus kali ganda lagi.

Lihat rezeki dunia ini melimpah-limpah, dan rezeki juga akan melimpah-limpah datang kepada kita 😉

p1000136.jpg
IK setiap Ahad 7.30am TV1, Hujung Minggu Malaysia

Mulai semalam (Ahad) insyaallah saya akan bertemu anda setiap minggu di TV1 jam 7.30 pagi untuk segmen bersama saya topik kewangan, motivasi & perniagaan di Hujung Minggu Malaysia. Tip di atas adalah sedikit ekstrak dari segmen semalam 😉

Otak yang lesu

carbreak.gif

Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?

Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.

Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.

Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.

Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.

Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!

Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!

Satu idea sahaja

Saya pernah berbual dengan kawan saya (berbangsa Cina) yang merupakan seorang agent insurans yang sangat berjaya. Namun begitu, dirinya tidak pandai membaca / bercakap bahasa Inggeris.

Dalam berbual dengannya, saya amat tertarik dengan satu idea yang digunakannya dalam mendapat pelanggan kerana ianya amat unik sekali. Saya tanya dari mana dia mendapat idea tersebut?

Katanya dari buku “Blue Ocean Strategy”. Saya sendiri pernah membaca buku tersebut dan memang saya akui, idea tersebut datang dari buku yang dinyatakan. Tetapi, yang saya peliknya, bagaimana dia dapat membaca buku tersebut sedangkan buku itu agak advance dan dia tak reti berbahasa Inggeris. Jadi, saya pun tanya.

Jawapannya: Saya hanya baca sikit sahaja buku tu, dan ambil satu idea sahaja untuk saya implementasikan.

Pengajaran: Dengan hanya satu idea sahaja, diimplementasikan dengan betul, ia dapat mengubah haluan perniagaan anda! Idea boleh dapat dari mana-mana, tetapi, terpulang kepada individu untuk mengimplementasikannya dengan berkesan!

Ada pula yang membaca beberapa buah buku, tetapi langsung tidak mengimplementasikan walaupun satu idea. Mereka ini adalah dikalangan orang2 yang rugi…

Outsider’s Edge – kejayaan mereka yang tersisih

outsider.jpgSaya ada baca buku ini yang agak menarik “The Outsider’s Edge” oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tesisih dan mereka yang gagal… lagi mudah mencapai kejayaan!

Dalam buku tersbeut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. Kalau nak tengok contoh terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire.

Jawapannya- the Outsider’s Edge.

Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.

Dari perkataan “Outsider” menunjukkan mereka yang “diluar”…

Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh berjaya juga akhirnya.

Bagi diri saya juga, apa yang memotivasikan saya untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet adalah kegagalan saya 10 tahun lalu di mana saya hanya mendapat 3 pelanggan selama setahun. Bila terasa diri tersisih, atau gagal, maka, di situ timbul semangat luar biasa untuk berjaya.

Kalau kita belum mencapai kejayaan cemerlang, mungkin juga kerana kita belum pernah gagal-segagal-gagalnya yang memaksa kita ke dalam keadaan Outsider’s Edge untuk timbulkan semangat luar biasa!

ps: Klik di sini sekiranya anda ingin menyertai Workshop Jutawan Internet.

Kalau tak buat… berdosa

Sedikit posting santai hari ni, nak kongsikan kisah saya & kenalan saya yang tak asing (bukan makhluk asing) Abang Abu. Kalau anda sering mengikuti blog ni, pastinya anda kenal dah dengan Abang Abu terutamanya yang menyertai konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan bulan lepas.


Saya & Abang Abu di Jom Heboh 2009

Saya & Abang Abu dah kenal lama dah…  hampir 3 tahun. Abang Abu juga adalah business partner saya di Singapura. Setiap kali berjumpa, pastinya kami kongsikan idea-idea perniagaan dan strategi perniagaan. Abang Abu memang saya respect sebab banyak idea-idea yang kreatif dihasilkannya seperti Simpan Challenge.

Satu quote yang saya & Abang Abu amalkan adalah (saya punya favorite quote bila jumpa Abang Abu)…

Abang Abu… kalau kita tak buat- BERDOSA!

Haaa… apa maksud quote saya tu?

Setiap kali berjumpa Abang Abu kami akan bincang idea-idea baru, strategi perniagaan baru, kaedah terkini dan sebagainya dalam menjalankan perniagaan. Dan, tiap kali kalau ada idea yang kita dapat, saya akan kata “Kalau kita tak buat berdosa!”

Maka, lepas tu… pastinya apa yang dibincangkan akan di lakukan sehingga berjaya (atau gagal… janji buat kan?)!

You see, bagi saya, ilmu yang TIDAK DIAMALKAN adalah sia-sia sahaja. Dan perkara yang sia-sia adalah berdosa bukan?

Allah SWT amat murka pada mereka yang berbicara dan dalami ilmu, tetapi tidak mengamalkannya.

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kemurkaan di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan”. (As-Shaff:2-3)

So, itulah maksud saya & Abang Abu. Kalau kita punyai idea, kalau kita punyai ilmu, kalau kita punyai niat, kalau kita punyai matlamat, kalau kita punyai kehendak…. TETAPI, kita tak amalkan, tak lakukan dan tak meneruskan, maka….

KALAU KITA TAK BUAT… BERDOSA!

Dan kita termasuk saya yang banyak membaca blog ini, buku-buku ilmiah yang lain, atau sertai kursus dan majlis ilmu yang lain… kalau tak amalkan apa yang diajar, berdosa tak? 😉

Renung-renungkan & selamat beramal (pinjam dari guru saya Prof Izzi… kena lagukan sikit)

Kuasa “Tambah Kosong” – Fikir besar dalam perniagaan

Satu konsep yang ingin saya perkenalkan kepada anda, iaitu kuasa “Tambah Kosong”

Apa maksudnya?

Dalam perniagaan (ataupun hidupan harian), sudah tentunya kita mempunyai matlamat. Contohnya, berapa ramai kita hendak berjumpa prospek hari ini? Berapa ramai kita hendak pelanggan minggu ini? Berapa banyak keuntungan kita inginkan bulan ini?

Sebagai contoh:

  • Dalam perniagaan MLM, hari ni kita nak jumpa 3 orang prospek
  • Dalam perniagaan spa, minggu ini kita inginkan 20 pelanggan
  • Dalam perniagaan Internet, bulan ini kita inginkan keuntungan RM4,000

Ok… itu matlamat kita. Sememangnya ianya amat penting untuk kita mempunyai matlamat. Tetapi, apa kata kita aplikasikan kuasa “Tambah Kosong” pada apa sahaja matlamat kita. Ertinya, tambah satu (atau dua) kosong pada hujung angka matlamat kita. Jadi…

  • Fikirkan dalam perniagaan MLM, hari ini bukan 3 prospek menjadi matlamat kita, tetapi 30!
  • Fikirkan dalam perniagaan spa, minggu ini bukan kita inginkan 20 pelanggan, tetapi 200!
  • Fikirkan dalam perniagaan Internet, bulan ini bukan kita inginkan RM4,000, tetapi keuntungan RM40,000!

Dengan menambahkan kosong pada angka matlamat anda, anda menggandakan lagi matlamat anda supaya ianya menjadi besar. Minda anda juga akan menjadi lebih kreatif untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.

Bila besar matlamat kita, maka besarlah pencapaian kita. Shoot for the stars, if you miss, you will still get the moon!

Hebatkan kuasa “Tambah Kosong”? 🙂

Sanggup kah anda?

Pastinya semua orang mengenali Jackie Chan– ikon Asia yang paling popular di mata dunia. Saya sendiri pun minat aksi-aksinya.

Tapi, tahukah anda, sebelum Jackie Chan popular, beliau berusaha untuk mempelajari Tae Kwando, Judo, Wing Chung dan seni mempertahankan diri yang lain selama 18 jam setiap hari?

Pernah dengar nama Lance Armstrong? Cancer survivor yang memenangi Tour De France berkali-kali. Tahukah anda selepas beliau pulih dari kanser, beliau hanya mempunyai 2 matlamat dalam hidupnya- iaitu memenangi Tour De France, dan membesarkan anaknya dengan sihat.

Setiap hari, dari pagi hingga malam, beliau berlatih untuk memenangi Tour De France dan tidak melakukan benda lain. Ditulis dalam bukunya “Anything else was secondary and an unnecessary distraction”

Dan siapa tidak mendapat inspirasi dari ratu squash Nicole David. Dalam laporan pernah mengatakan beliau berlatih lebih dari 8 jam setiap hari.

Lihat kembali industri kita sendiri. Sanggupkah kita mengikut jejak langkah ikon-ikon ini yang kesemuanya kini multi-millionaire? No short cut to success, tapi masih lagi ramai ingatkan boleh jadi kaya dengan cepat & mudah.

Ketika saya mengejar impian saya, saya cuma tidur 3-4 jam setiap hari!  🙂

Masalah “perfectionist” dalam perniagaan

Mungkin anda mengenali seorang yang “perfectionist”, iaitu, kalau nak melakukan apa-apa, perlu lakukannya 100% perfect. Mungkin juga anda adalah seorang perfectionist.

Masalahnya dengan perfectionist adalah, ianya akan mengambil masa yang lama untuk melakukan sesuatu, mungkin juga tak mulakan langsung. Kerana ingin menjadikannya 100% sempurna. All perfect.

perfect.jpg

Tidak salahnya menjadi perfectionist sekiranya terbukti ia telah banyak membantu anda. Tetapi, sekiranya menjadi seorang perfectionist hanya melewat-lewatkan sesuatu kerja, atau langsung tidak mulakan sesuatu perniagaan kerana nak pastikan semuanya PERFECT atau SEMPURNA, maka, di situ timbulnya masalah.

Saya ada mengenali seorang kawan saya ni, dari duluuuu lagi nak mulakan perniagaan. Tetapi, dari dulu sampai kini, masih mencari ilmu, masih research, masih survey… sampai makan masa bertahun-tahun tak mulakan perniagaan… sebab dengan alasan, tak cukup ilmu lagi untuk mulakan perniagaan. Dirinya inginkan ilmu sepenuhnya & sempurna sebelum mulakan perniagaan.

Pastinya itu adalah kesilapan yang besar, kerana ILMU tidak akan CUKUP. Kalau belajar ilmu baru, sudah tentunya ada lagi ilmu lain yang belum belajar.

Nasihat saya, tak perlu jadi seorang “perfectionist” sekiranya ia hanya melewatkan matlamat kita. Sesuatu yang sempurna bagi kita (contoh: produk) mungkin belum lagi sempurna untuk orang lain (contoh: pelanggan). Go ALL OUT sementara motivasi dan momentum anda miliki. Cari ilmu dan juga perbaiki perniagaan kita along the way. Tak perlu tunggu sampai segala-galanya 100% perfect!