Category Archives: Tip Motivasi

Kadang kala di atas, kadang kala di bawah

Lumrah hidup, adakalanya di atas, ada kalanya di bawah. Terlalu banyak kisah kegagalan dan kejayaan bersilih ganti, itu lah lumrah hidup. Bila di atas, adakalanya jatuh ke bawah. Bila di bawah, hanya ke atas sahaja kita perlu tuju.

roda.jpg

Adakalanya kita pernah mengalami kejayaan tidak kira dalam hidup, karier atau keluarga. Adakalanya juga kita pernah jatuh  tersungkir dalam apa sahaja. Memang benar apa yang dikatakan sebagai hidup umpama roda, kadang di atas, kadang di bawah.

Tidak kira di mana kita berada, atas atau bawah, syukur dan redha dengan keadaan kita. Bila di atas, banyak2 bersyukur dan terus pertahankan tempat kita di atas. Kalau di bawah, redha dan terus berusaha untuk putarkan roda ke atas semula. Sebab yang atas boleh jatuh, yang bawah boleh naik 😉

Menjadi bintang

Masa saya sekolah dulu, seperti ramai remaja, kita minat dengan celebrity barat. Salah satu sebab utama saya memulakan perjalanan saya untuk mengejar kejayaan adalah inspirasi yang saya terima melalui bintang-bintang ini.

Bila menyelidik latar belakang celebrity yang terkenal, amat menakjubkan apabila mendapati…

  • Brad Pitt pernah menjadi penghantar peti sejuk
  • Jim Carrey pernah menjadi janitor
  • Jerry Seinfeld pernah menjadi jurujual mentol
  • Robbin Williams pernah menjual ais krim
  • Denzel Washington pernah menjadi tukang membawa sampah (garbage man)
  • Mariah Carrey pernah bekerja sebagai peneliti topi (cek topi rosak atau tidak sebelum dijual)
  • Jack Nicholson pernah bekerja sebagai membahagi/megurus surat
  • Ashton Kutcher pernah bekerja sebagai pencuci lantai (eh… macam saya je!)

Mudah-mudahan remaja zaman kini melihat idola-idola stars bukan sekadar mereka handsome atau cantik atau pandai berlakon, tetapi, mereka telah berusaha daripada bawah sehingga menjadi bintang yang kita kenali pada hari ini.

Tiada siapa yang dilahirkan terus menjadi bintang! 🙂

ps: Mungkin sebab saya minat bintang-bintang hollywood masa kecil dulu, secara tidak langsung (sub-concious) membawa diri saya ke arah media & penyiaran. hmmm?

Jaga kesihatan diri – ada duit, tapi badan tak sihat!

Tip kali ini lain sikit… iaitu untuk jaga kesihatan. Untuk mengingatkan anda dan diri saya sendiri juga.

exercise.jpg

Perasan tak kalau kita tengok TV documentary mat salleh, ramai jutawan-jutawan barat dikalangan mereka yang berumur. Namun, walaupun berumur, masih lagi kuat dan sihat melancong, ke sana kemari, naik sports car, bawak yatch dan sebagainya.

Cara pemakanan & lifestyle orang barat secara langsung mempengaruhi kesihatan mereka. Berbeza dengan masyarakat kita- perlu lebih berhati-hati dengan kesihatan.

Nanti, kalau rezeki menyebelahi kita, ada duit banyak, tetapi kesihatan tidak menentu (keluar masuk hospital), tak dapat kita “enjoy” pulangan dari usaha kita selama ini!

Pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh Irfan Khairi Sdn Bhd 🙂

Sikap penentu segala

Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah SIKAP atau attitude.

attitude1.jpg

Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya.

Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.

Mereka yang berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang sukar, penting & memberi pulangan. Manakala mereka yang tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang mudah, tidak penting & sentiasa untuk release stress.

5 tip motivasi @ Facebook Irfan Khairi

Untuk jadi kreatif, fikir seperti kanak2. kanak2 tidak meletakkan had dalam fikiran mereka. kita yang dewasa akan selalu fikir- boleh ke berjaya? nanti apa orang kata kalau kita berjaya? kalau buat camni boleh tak? Kanak2 tidak meletakkan had, sebab tu kanak2 kreatif!

Hargai diri kita sendiri. Bila kita menghargai diri, kita akan dapat melihat potensi diri kita. Yakin bahawa we are great and can do great things with great results. Keyakinan dalam diri sendiri adalah kunci utama kejayaan!

Bila ada yang tidak menyokong usaha kita untuk berjaya, berbanyak bersabar. tambahan lagi mereka yang rapat dengan kita. sekiranya anda ada kenalan, ahli keluarga, suami atau isteri yang berusaha untuk berjaya- berikan sokongan yang terhebat sekali. ianya adalah pemberian yang tidak ternilai! rezeki pastinya berganda dengan sokongan orang tersayang. 😉

Have fun! senyum selalu! tak perlu lah serious sangat dalam hidup. bila kita gembira & berseronok melakukan apa yang kita suka, insyaallah rezeki akan berganda datang kepada kita 😉

Ada kalanya, terdapat kata2 negatif orang lain diberikan pada kita. apa anda perlu buat? buat tak tau sahaja… TAKDE MAKNANYA. apa yang penting, jangan sampai kata2 negatif itu memasuki diri kita sendiri sehingga kita percayakannya dan mula ragu2 kebolehan sendiri!

Join me di Facebook http://www.facebook.com/irfankhairi.fb dan ‘Share’ artikel ini di facebook anda! 😉 -ik

Carta The Millionaire Mind Top 20

Buku laris di pasaran, “The Millionaire’s Mind” tulisan Dr Thomas Stanley melakukan survey/research pada jutawan2 di US. Faktor-faktor Jutawan mengikut turutan oleh Dr. Thomas Stanley adalah…

  1. Being honest with all people
  2. Being well discipline
  3. Getting along with others
  4. Having a supportive spouse (husband/wife)
  5. Working harder than most people
  6. Loving my carreer / business
  7. Having strong leadership qualities
  8. Having a very competitive spirit / personality
  9. Being very well organized
  10. Having the ability to sell my ideas / products
  11. Making wise investments
  12. Seeing opportunities other do not see
  13. Being my own boss
  14. Willing to take financial risk given the right return
  15. Having good mentors
  16. Having the urge to be well respected
  17. Investing in own business
  18. Finding profitable niche
  19. Having extraordinary energy
  20. Being physically fit

Apa pendapat anda mengenai senarai ini? bagi saya, alhmadulillah kesemuanya saya ada. Kekuatan utama pada saya sekiranya pilih 5 sahaja adalah:

  1. Being honest with all people
  2. Having a supportive spouse
  3. Working harder than most people
  4. Loving my carreer / business
  5. Seeing opportunities other do not see

Sekiranya anda boleh memilih 5 sahaja daripada senarai ini yang merupakan kekuatan utama anda, apakah dia?

Kesitemewaan diri sendiri

  • Einstein was 4 years old before he could speak.
  • Iassc Newton did poorly in grade school and was considered “unpromising. “
  • When Thomas Edison was a youngster, his teacher told him he was too stupid to learn anything. He was counseled to go into a field where he might succeed by virtue of his pleasant personality. Thomas Edison adalah pencipta lampu mentol.
  • F.W. Woolworth got a job in a dry goods store when he was 21, but his boss would not permit him to wait on customers because he “didn’t have enough sense to close a sale.” Kini, Woolworth adalah pasaraya ternama di UK
  • Michael Jordan was cut from his high school basketball team.
  • A newspaper editor fired Walt Disney because he “lacked imagination and had no original ideas.”
  • Winston Churchill failed the 6th grade and had to repeat it because he did not complete the tests that were required for promotion.
  • Babe Ruth struck out 1,300 times, a major league record. (Babe Ruth ketika itu adalah pemain baseball yang paling banyak melakukan home-run)

A person may make mistakes, but is not a failure until he or she starts blaming someone else. We must believe in ourselves, and somewhere along the road of life we will meet someone who sees greatness in us and lets us know it.

Kadangkala amat sukar untuk kita melihat keistemewaan yang ada pada diri sendiri. Selalunya, orang lain yang akan dapat melihat keistemewaan kita. Sama seperti anda sering melihat keistemewaan yang ada pada orang lain dan tidak pada anda.

Jangan segan bertanya dengan orang lain, rakan-rakan atau keluarga. Atau, anda juga boleh mendapatkan “hint” dari cara orang lain mendampingi anda. Dimanakah keistemewaan yang ada pada anda?

5 tip motivasi dari Facebook Irfan Khairi

Minggu lepas saya kumpulkan 5 tip Kewangan daripada FB saya untuk tatapan blog di sini. Kali ni, saya kumpulkan 5 tip motivasi pula!
Bagi anda yang belum join FB saya, rajin-rajin lah klik “LIKE” di sini oleh kerana setiap hari saya berikan tip motivasi & tip kewangan ;)

Berikut adalah antara 5 tip motivasi TOP di facebook saya (berdasarkan LIKES) ;) :

Untuk murah rezeki, setiap pagi, petang, siang, malam say: THANK YOU ALLAH!

Buat apa yang kita minat. buat apa yang kita cinta. kalau kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion) kita tak akan rasa penat, bosan dan letih. Kerja siang malam pun kita rasa best. tidur pun excited nak bangun sebab nak buat kerja. masa buat kerja, tak rasa pun masa berlalu!

Sekiranya segalanya tidak seperti kita mahu, atau ditimpa malang, atau masalah yang besar, atau berada di dalam satu krisis, berhenti sebentar dan yakin pada diri sendiri bahawa segala-galanya ada hikmahnya. dalam apa pun keadaan yang sukar, pastinya ada penyelesaiannya dan seringkali kita akan menjadi in…san yang lebih kuat & hebat selepas melalui kesukaran tersebut!

Untuk BERJAYA, kita perlu melatih minda kita untuk melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita. untuk GAGAL, kita perlu melihat halangan-halangan yang ada di depan kita!

Kita akan jadi seperti orang yang disekeliling kita. jika kita hendak berjaya, berkawan dengan orang-orang berminda positif. Jika kita hendak gagal, berkawan dengan orang-orang berminda negatif. Hadis pun ada menyebut umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. Bertemankan tukang besi…, akan terkena percikan api

Semoga dapat memanfaatkan anda! Sekiranya anda belum sertai saya di FACEBOOK, boleh sertai sekarang di http://www.facebook.com/irfankhairi.fb Jumpa di sana!

Sekiranya anda berada di Kuala Terengganu atau Kuantan, sertai saya hujung minggu ini. Saya akan berada di KUALA TERENGGAN. Grand Continental Hotel, Sabtu 30hb Oktober, 2.00 petang – 6.00 petang & KUANTAN. Grand Continental Hotel Ahad 31hb Oktober, 2.00 petang – 6.00 petang sempena jelajah satu Malaysia Anda Layak Berjaya mengendalikan “Bicara Santai”. Sekiranya anda ingin sertai secara percuma, hantarkan SMS kepada 017-3935 364 “LOKASI (seperti di atas) “. Penyertaan adalah percuma!

Hargai otak kita – ubah suara dalaman

mindpower.jpg

Otak kita mengandungi lebih dari 100 billion sel. Ianya lebih hebat daripada komputer yang paling hebat yang pernah diciptakan. Hargai otak kita dan gunakan dengan sempurna. Saintis mengatakan, kebanyakan manusia hanya menggunakan 2% sahaja daripada kehebatan otak kita. Dan masih banyak lagi ruang yang belum lagi diterokai.

Ramai antara kita yang mengalami masalah low self esteem, di mana mengatakan kita ni tak sehebat orang lain, orang lain lagi hebat dari kita dan kita tak mampu melakukan sesuatu yang hebat.

Selagi kita memiliki masalah self esteem ini, dan sabotaj diri kita sendiri dengan kata-kata negatif ini, selagi itu, kita tidak dapat mencungkil keupayaan sebenar otak kita.

Jadi, langkah pertama adalah, ubah suara-suara yang terdapat DALAM DIRI KITA SENDIRI. Bukan suara orang lain pun. Sering kali, ianya adalah suara kita sendiri yang meng-sabotaj dan mengatakan kita tidak boleh.

Hargai otak kita. Apa yang kita fikirkan dalam otak kita adalah apa yang kita akan hasilkan luaran kita.