Category Archives: Tip Motivasi

8 Langkah Gerenti Berjaya dalam Perniagaan! (Bahagian 1)

Apakah kunci kejayaan dalam perniagaan? Saya telah menjalankan perniagaan selama lebih 14 tahun dan turut membantu usahawan-usahawan dalam membina perniagaan. Telah banyak juga melihat jatuh bangun perniagaan – orang lain, dan juga diri sendiri. Berikut adalah 8 kunci kejayaan perniagaan yang MESTI anda ikuti untuk pastikan perniagaan anda Berjaya :-

1. Buat kerana minat yang amat mendalam!

Semestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan. TETAPI, jangan jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukan perniagaan kerana MINAT. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga MINAT pada prospek menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!

Minat akan membuatkan kita suka pada apa yang kita lakukan. Alangkah “best”nya sekiranya kita menjana pendapatan menerusi perniagaan dengan melakukan apa yang kita suka? Sekiranya kita suka bidang sukan lasak, maka jadikan sukan lasak sebagai perniagaan. Sekiranya kita suka bidang fesyen, maka bidang fesyen patut dijadikan konsep perniagaan kita.

Namun harus ingat, bahawa minat pada sesuatu bidang sahaja tidak mencukupi tanpa adanya minat dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang perniagaan akan memberi motivasi kepada kita untuk terus belajar selok belok perniagaan. Pelajari strategi dan teknik perniagaan untuk memastikan perniagaan yang kita minat dapat terus maju pada tahun-tahun yang akan datang.

2. Fokus, Fokus, dan FOKUS!

Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal perniagaan.

Jadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, ‘Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!’

Jangan bimbang, bukan anda saja yang merasainya begitu. Ramai usahawan yang baru-baru terlibat di dalam perniagaan akan berpendapat sedemikian.

Sebenarnya, ini terjadi kerana kurang keyakinan dan tidak fokus. Anda hanya perlu fokus dan teruskan usaha anda. Usaha dengan lebih gigih lagi dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya. Jangan cepat-cepat menukar perniagaan lain.

3. Tambahkan prospek melalui promosi, promosi dan PROMOSI!

prospek

Tanpa promosi, perniagaan akan gagal. Itu sahaja! Perniagaan yang tidak melakukan promosi tidak akan mendapat prospek. Dan usaha menambahkan prospek adalah langkah pertama dalam mendapatkan jualan. Lebih ramai prospek yang kita perolehi, lebih besar kemungkinannya perniagaan kita akan berjaya.

Usaha mendapatkan prospek adalah melalui promosi dan pengiklanan. Promosi dan pengiklanan perlu dilakukan secara berterusan- setiap hari. Sekiranya kita berhenti melakukan sebarang promosi perniagaan, mungkin kita akan dapat lihat penurunan jumlah prospek berkurangan dalam minggu atau bulan yang akan datang. Begitu juga usaha promosi anda hari ini, mungkin hanya akan melihat prospek bertambah, minggu atau bulan yang akan datang.

4. Rancang dan atur perniagaan anda.

Setelah promosi dijalankan secara berturutan, semakin hari semakin ramai pelanggan anda, semakin banyak tanggungjawab anda. Di waktu ini, perancangan yang teliti, teratur dan jelas, boleh memberi anda kelebihan.

Tuliskan semua, rancangan anda agar anda dapat melihat “progress” perniagaan anda setakat ini. Jangan terus-terusan menerima pelanggan tanpa sebarang catatan. Ini amat penting untuk anda memiliki sebuah perniagaan yang boleh bertahan lama. Anda mesti ada fail-fail stok, jualan, perbelanjaan, keluar masuk wang ringgit. Semua ini akan menentukan kejayaan atau kegagalan anda dalam menguruskan sebuah perniagaan.

 

[Bersambung di “8 Langkah Gerenti Berjaya dalam Perniagaan! (Bahagian 2)”]

 

Bagaimana Caranya Untuk MAINTAIN MOTIVASI Kita? #TanyaIK

Bukankah mudah sekiranya setiap kali momentum kita untuk berjaya setiap kali di tahap tertinggi. Tidak kira apa terjadi, semangat tetap tinggi dan kuat, dan momentum untuk berjaya dapat diteruskan.

Namun hakikatnya, tidak semudah itu. Adakalanya momentum akan turun, semangat akan pudar. Bak kata pepatah, seperti “Hangat-hangat tahi ayam”.

Bagaimana caranya untuk maintain momentum kita supaya terus bersemangat untuk mencapai kejayaan? 

Dalam klip #Tanya IK kali ini, saya menjawab persoalan ini yang seringkali ditanya…

Sekiranya anda menjalankan perniagaan dan mendapati ianya sukar untuk maintain motivasi anda, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya. Program 4-6 bulan ini akan membantu para usahawan bukan sahaja dengan teknik dan strategi perniagaan Inetrnet terkini, tetapi juga dari segi bantuan dan bimbingan selama 6 bulan bersama pelatih-pelatih bertauliah perniagaan Internet. Lawati http://www.OpenEdu.com.my sekarang untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda menjalankan ernia

10 faktor Menjadi Jutawan! (Bahagian 2)

[Bersambung dari “10 faktor  Menjadi Jutawan! (Bahagian 1)”]

5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Kebanyakan orang menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70 jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai tahap jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.

4. Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong

pasangan

Pepatah mengatakan bahawa, “behind every succesful man, there is a woman.” Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri mahupun keluarga. sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.

3. Mudah mesra dengan orang lain

84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada di sekelilingnya, iaitu orang lain. Untuk mencapai tahap jutawan, kita perlukan bantuan daripada orang lain juga. Mempunyai personaliti mudah mesra dengan orang lain jua akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang sekeliling terhadap diri kita. Ini dapat membantu kita dalam melebarkan rangkaian kenalan kita dengan lebih luas dan jauh lagi.

2. Berdisiplin

Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah “boss”. Menjadi seorang “boss” perlu disiplin yang tinggi disebabkan kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contoh, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaannya sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sekiranya jutawan banyak berehat dan bersantai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya apabila tinggi pendapatan, maka lebih banyak pula tanggungjawab terhadap karier dan perniagaan. Maka faktor disiplin diri, pastinya adalah salah satu faktor utama untuk menjadi seorang jutawan, demi memastikan segalanya berjalan secara berterusan.

1. Jujur dengan semua orang

Sifat jujur adalah sifat yang sangat terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka di sekeliling kita, tak kira sama ada keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan. Jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan. Mungkin ada yang tidak berlaku jujur namun tetap menjadi jutawan. Tetapi selalunya, jutawan yang tiada kejujuran, tidak akan bertahan lama, akhirnya dia akan jatuh jua.

Bagaimana dengan faktor-faktor yang tersenarai di atas? Adakah anda memiliki mana-mana satu faktor yang dikemukakan? ADA?? Jika ada, Alhamdulillah! Jadi diharapkan anda mengamalkannya selalu, praktikkan setiap masa dan jadikan ia satu kemestian. Insya-Allah, jika berterusan, bermakna anda telah berada di jalan untuk menuju ke arah menjadi seorang jutawan sedikit masa lagi. Langkah seterusnya adalah untuk mulakan perniagaan…

Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan melalui Internet, tetapi menghadapi masalah tidak tahu dimana hendak mula, tiada sokongan dan bantuan, tiada kawan-kawan yang sama2 menjalankan perniagaan Internet membantu, tiada keyakinan diri untuk mulakan perniagaan, sedang menjalankan perniagaan kini, tetapi keuntuungan tidak seberapa. Mungkin anda akan berminat dengan Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial yang dikendalikan oleh Jutawan Internet,Irfan Khairi. Program 4-6 bulan ini telah membantu ramai usahwan2 yang bermula dari kosong sehingga menjana pendapatan di Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut, mana tahu, anda juga boleh memulakan perniagaan anda sendiri tidak lama lagi…

 

10 faktor Menjadi Jutawan! (Bahagian 1)

Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan ke atas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh…

10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya daripada bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam kalangan orang yang bijak berkomunikasi, terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

9. Cekap dalam pengurusan

pengurusan

Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Seringkali ia memerlukan bantuan orang lain. Jadi, salah satu faktor untuk menjadi jutawan, anda perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala kerja  berjalan dengan lancar.

8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Kebiasaannya untuk mencapai suatu kejayaan, kita perlu bersaing – sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga korporat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa. Faktor ini juga cukup penting untuk memastikan diri anda boleh menjadi jutawan.

7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada di kedudukan teratas dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers,” mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita kerana ia merupakan faktor kepimpinan yang berkualiti untuk memastikan seseorang mampu menjadi jutawan.

6. Mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.

[Bersambung di “10 faktor  Menjadi Jutawan! (Bahagian 2)”]

Mindset Kerja Dari Rumah

Memulakan perniagaan dan kerja dari rumah bagi mereka yang belum berpengalaman berniaga merupakan satu langkah yang besar. Walaupun perniagaan bermula dari rumah, untuk berjaya, seseorang itu perlu benar-benar serius dan memberi dedikasi sepenuhnya kepada perniagaan yang dijalankan.

kerja-dari-rumah

[PENGUMUMAN: Ingin kerja dari rumah? Mulakan perniagaan Internet anda sendiri bersama kami di OpenEdu.com.my. Program 6 bulan separuh masa bersama Pakar Perniagaan Internet #1, Irfan Khairi]

Sebelum memulakan perniagaan, bukan sekadar kita perlu melengkapkan peralatan dan strategi untuk berniaga, kita juga turut perlu melengkapkan mindset kita  untuk berjaya. Berikut adalah antara Mindset yang perlu ada untuk berniaga dari rumah.

  1. Ketahui dan fahami sebab musabab anda ingin memulakan perniagaan. Pastinya menjalankan perniagaan, tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan membantu diri, keluarga dan juga agama. Mungkin bunyinya agak mementingkan diri, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa, memulakan perniagaan perlu bermatlamatkan keuntungan!Untuk mendapatkan untung dalam perniagaan, bukanlah perkara yang mudah. Untuk berjaya, memerlukan strategi yang terbaik. 90% perniagaan gagal dalam tahun pertama sahaja beroperasi. Selebihnya, akan memasuki tahun kedua. Dalam jumlah itu pula, separuh akan bungkus dan gulung tikar.Sebabnya? Tidak mendapat keuntungan! Fahami bahawa, tujuan anda berniaga adalah untuk mendapat keuntungan, dan keuntungan hanya akan datang apabila anda mengaplikasikan ilmu dan strategi perniagaan dengan betul. Lengkapkan minda anda dengan ilmu perniagaan ini.
  2. Kerja dari rumah, ada juga dugaannya. Katil sedang memanggil, sofa sedang memujuk dan TV mengsajikan rancangan-rancangan menarik!Memulakan perniagaan akan menjadikan anda majikan atau boss! Anda adalah majikan anda. Dan ini memerlukan disiplin yang amat tinggi. Tanpa disiplin, pastinya kita akan terleka dengan kemudahan yang ada di rumah.Kini anda tidak lagi bekerja 9 hingga 5 petang. Oleh itu, waktu tersebut sudah menjadi waktu kerja baru anda. Walaupun dari rumah, hasilkan jadual yang terperinci dan tepat untuk anda ikuti- tetapkan masa rehat, makan, minum, solat seperti mana anda lakukan di tempat kerja. Hasilkan jadual seperti di sekolah dulu, di mana waktu tertentu digunakan untuk melakukan aktiviti perniagaan tertentu.Tanpa disiplin yang tegar, pastinya bekerja dari rumah hanya menjadi mimpi- terutamanya bila katil memanggil! 😉
  3. Ketahui kekuatan dan KELEMAHAN anda! Memang sering saya menyebut, memulakan perniagaan, perlu mengikut minat, kebolehan dan kekuatan kita. Namun, jangan lupa pula dengan KELEMAHAN kita. Pandai bermain gitar, tidak bermakna pandai berniaga gitar. Pandai memasak, tidak bermakna pandai berniaga masakan. Pandai berfesyen, tidak bermakna pandai menjual pakaian.Dalam apa yang kita lakukan, fikirkan juga kelemahan yang ada pada kita. Berniaga dari rumah, sering kali dilakukan seorang diri. Tiada orang akan menganggu kita. Dalam waktu yang sama juga, tiada siapa yang akan menegur kita tentang kelemahan yang ada.Oleh itu, mindset yang kita perlu adalah lebih kritikal untuk melihat kelemahan diri sendiri. Dalam mencapai apa sahaja matlamat, kelemahan kita akan melambatkan kita mencapainya. Jangan sahaja melihat kekuatan, tetapi, lihat juga kelemahan.

Memulakan perniagaan dari rumah, adalah perkara yang amat saya syorkan kepada anda. Bukan sahaja peluang pulanganya kalau betul caranya, adalah lumayan. Tetapi, berniaga dari rumah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan oleh kerana masa kita lebih banyak kerja di rumah bersama keluarga tercinta!

 

Rezeki perniagaan bila berpagi-pagi

Hadis menyebut…

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”

pagi.jpg

Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!

Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.

Salah satu kunci kejayaan adalah bangun awal. Ramai dapati sukar untuk bangun awal pagi, ubatnya adalah tidur lebih awal – walaupun 30 minit lebih awal akan membantu.

Tidak perlu melihat ikon-ikon luar seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey yang mulakan aktiviti untuk perniagaan mereka di awal pagi, hadis telah sedia menyebut:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Pemakanan sihat menjaga kewangan dan motivasi

Apa yang kita makan akan menjadi sebahagian dari diri kita sendiri. Pemakanan yang seimbang dan sihat bukan sahaja akan menjaga kesihatan kita, malah, menjaga kesihatan juga menjadikan kita lebih bersemangat, bermotivasi di samping menjimatkan kewangan kita.

  1. Menjaga berat badan yang sihat – bergantung kepada jantina, umur, dan ketinggian, manusia mempunyai berat badan yang ideal. Berat badan yang berlebihan akan menambahkan peluang mendapat penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, dan diabetes. Terkurang berat badan pula juga terdedah kepada osteoporosis, haid tidak teratur bagi wanita, dan masalah penyakit lain. Klik di sini untuk mengira berat badan ideal anda.
  2. Makan dalam sukatan yang kecil – dengan memakan dalam sukatan yang lebih kecil, ianya lebih mudah untuk kita memakan makanan yang kita mahu, disamping menjaga kesihatan. Pernah saya menemubual pakar kesihatan, Kevin Zahri mekenani sukatan nasi terbaik untuk kita, jawapannya adalah, sekali makan, jumlah nasi terbaik adalah sebesar sebelah tangan kita yang digenggam (bukan dua belah!) 😉
  3. Tambahkan gandum, buah-buahan dan juga sayur-sayuran dalam diet anda – kumpulan makanan ini adalah kategori makanan yang sihat. Sekiranya diet harian anda tidak mengandungi kumpulan ini, pastikan anda menukarkannya.

Menjaga pemakanan adalah menjaga kesihatan, dan menjaga kesihatan adalah menjaga kewangan dan menambahkan semangat kita. Sekiranya kita rasa diri kita tidak bermotivasi dan sentiasa penat tidak bersemangat- lihat kembali menu pemakanan harian kita. Mungkin masalahnya di situ!

Litness Plus Collegen

litt.jpg

Amalkan juga mengambil produk kesihatan seperti sarang burung, madu lebah dan kurma. Saya juga merupakan duta kepada produk keusahawanan bumiputera Litness- minuman sarang burung (bercampur madu dan kurma merah) yang berfungsi untuk menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh. AG Hazira kini mencari pengedar dan juga stokis untuk produk sarang burung “Litness”. Litness adalah produk sarang burung bumiputera yang kini mempunyai permintaan yang amat tinggi di pasaran. Untuk maklumat lanjut menjadi agen atau pengedar (modal serendah RM500), hubungi 019-3012877 / 019-2232877

43,200 minit untuk melangsaikan matlamat!

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan terakhir tahun 2011!

Wow… macam roller coaster tahun ini. Kebanyakan daripada matlamat tahun 2011 saya sudah pun tercapai- alhamdulillah. Ada yang belum tercapai, tapi, insyaallah akan dilaksanakan pada bulan Disember, sebelum masuk 2012 🙂

Bagaimana pula dengan anda? Sudahkah anda melaksanakan matlamat 2011 anda? Sekiranya belum, masih belum terlewat lagi… masih ada 1 bulan untuk melangsaikannya!

time.jpg

Ada juga sesetengah orang matlamat 2010 yang dibawa ke 2011 belum lagi dilaksanakan… terpaksa bawa ke 2012. Nasihat saya, sekiranya ini terjadi kepada anda, maka matlamat anda itu terlalu besar untuk dicapai. Kecilkan sedikit matlamat tersebut supaya ia dalam lingkungan “boleh” dicapai.

Pesanan Azizi Ali, tetapkan matlamat “at the edge of fantasy, but in the realms of reality!”

Walaupun tinggal 1 bulan lagi untuk tahun 2012, saya tidak akan duduk diam 🙂 Ada 2-3 matlamat yang belum tercapai dan akan saya langsaikan sebelum masuk 2012! Anda juga, apa kata jangan tunggu 2012 dan bawa ke hadapan matlamat anda. Ada 1 bulan lagi… sama juga dengan 30 hari… sama dengan 720 jam… sama dengan 43,200 minit! Kan banyak masa tu… jangan rugikan masa anda 😉

Gagal dalam perniagaan… FRUSTNYA!

falling.jpg
Mengapa kita jatuh?

Baru-baru ni ada kenalan saya memberithu beliau terpaksa menutup perniagaannya. Memang sedih… siapa tak sedih bila perniagaan yang diusahakan gagal bukan? Apa nasihat saya?

  • Kegagalan perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki datang dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan anda yang ingin berniaga, tatapi, sememang hakikatnya. Jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal. Atau perniagaan kedua. Atau perniagaan ketiga pun gagal… atau perniagaan ke empat… ke lima… ke enam… dan seterusnya! Janji jangan berputus asa oleh kerana sekiranya rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti
  • Gagal selepas berusaha tak mengapa. Jangan gagal sebelum berusaha! Ertinya, tidak mengambil langkah pertama kerana “takut”. Sebabkan takut kegagalan, kita tak mulakan perniagaan. Tetapi, kalau berniaga dan kita gagal pula, ianya bukan satu masalah. Malahan, dalam kegagalan tersebut pastinya kita telah pelajari suatu yang amat penting. Satu ilmu yang tidak boleh di beli dari mana-mana… cuma dari pengalaman!
  • Pastinya ada hikmah sebalik kegagalan tersebut. Yakin bahawa bila pintu rezeki tertutup, pasti ada tingkap lain terbuka. Mungkin rezeki kita bukan pada perniagaan itu. Mungkin pula rezeki kita dalam perniagaan lain. Apa pun, segala apa yang terjadi, pastinya terdapat hikmah yang lebih baik disebalik kegagalan tersebut.

Teringat saya filem The Dark Knight. Bruce Wayne (masa kecik) bertanya, “Why do we fall?”, dan jawapan yang dia dapat adalah “Because we can learn to pick ourselves up again!”

So, don’t worry. Be happy… tak mengapa untuk frust. Biasalah, siapa tak frust cita2 yang kita idamkan belum kecapaian. Tetapi, apa yang penting bukanlah kegagalan tersebut, tetapi, bagamana kita bangun selepas kegagalan.

Saya sendiri pernah gagal dalam perniagaan Internet ketika awal penglibatan saya dalam bidang ini. Tetapi, dengan mengingati petua-petua di atas, perniagaan yang gagal kemudiannya beransur mencapai kejayaan, syukur Alhamdulillah. Untuk berjaya dalam Perniagaan Internet bukan sahaja memerlukan teknik dan strategi yang betul, tetapi juga dedikasi dan sikap yang betul.

*Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan anda sendiri di Internet, dan memerlukan teknik, strategi dan juga bimbingan & sokongan dari kami, sertai lebih seribu usahawan Internet yang berjaya melalui program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Dengan dedikasi dan sikap yang betul, anda juga boleh menjalankan perniagaan yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Sijil-sijil di dinding – pembakar semangat

Selalu saya ke klinik, hospital, pejabat doktor, pastinya di bilik doktor specialist tersebut berbagai-bagai sijil didalam frame. Sijil-sijil pencapaian/penddikan tersebut adalah untuk berikan keyakinan kepada pesakit/pelanggan (doktor juga buat bisnes ya) doktor tersebut.

Selain daripada itu, sijil-sijil yang dalam frame juga membantu menaikkan semangat dan motivasi doktor tersebut atas pencapaiannya sebelum ini!

 certwall.jpg

Satu teknik motivasi adalah dengan kita mengingatkan kembali pencapaian-pencapaian kita sebelum ini. Apa yang kita boleh buat adalah, framekan sijil-sijil pencapaian kita dan letak di dinding tempat kita boleh lihat. Atau sediakan rak untuk letakkan pingat atau pemberian penghargaan kita.

Tak kira la, tak semestinya sijil pendidikan dan pencapaian yang tinggi sahaja. Kalau dulu-dulu kita menang pertandingan lumba lari… mewarna… tulisan khat, atau apa sahaja pencapaian mengikut peringkat umur kita, ia boleh dijadikan pembakar semangat bahawa satu masa dulu, kita pun boleh mencapainya. Why not now?

ps: Teknik ini jga boleh digunakan untuk gambar-gambar pencapaian kita atau apa sahaja sebagai peringatan yang kita pernah mengalaminya! 😉