Category Archives: Tip Motivasi

3 Cara mengelak melengah-lengahkan masa!

 

 

Orang kata masa itu emas. Tetapi, sebenarnya masa adlaah lebih berharga dari emas kerana masa yang terlepas, kita tidak akan dapat kembali.

Adakalanya kita mendapat idea untuk memulakan perniagaan, tetapi, “melengah-lengahkan masa” pula. Mungkin kita mahu melakukan sesuatu strategi perniagaan, tetapi fikir untuk “tunggu dulu”. Memang niat hendak melakukan sesuatu dan tahu sesuatu tersebut dapat membantu diri dan keluarga, tetapi terasa “malas” lah….

Memang biasa kita terjumpa keadaan sebegini. Mat salleh sebutkannya sebagai procrastination. Secara perlahan-lahan, keadaan melengah-lengahkan masa ini sebenarnya membunuh motivasi kita tanpa disedari. Setiap kali ingin melakukan sesuatu, ada sahaja alasan untuk melengah-lengahkan masa

Masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Sering kali dilihat, mereka yang berjaya adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana, masa telah memainkan peranan dalam mengumpulkan kejayan.

Bagaimanapula rahsia mencapai kejayaan cemerlang di usia yang muda? Jawapannya adalah pengurusan masa yang bijak!

elak masa

Berikut adalah ringkasan 3 tip yang saya sampaikan:

  1. Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan cekap. Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini… esok… minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.
  2. Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya. Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.
  3. Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk yang akan terjadi sekiranya kerja yang kita ingin lakukan tidak siap. Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi “mengelakkan kesengsaraan” adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih cekap.

Menjimat masa adalah amat penting kerana masa yang terlepas… kita tidak akan jumpa kembali! Sekiraya selama ini anda terasa seperti melengah-lengahkan masa dalam melakukan sesuatu yang penting, fikirkan “It’s NOW or NEVER”. Takut melengahkan sehari menjadi seminggu, seminggu menjadi sebulan, sebulan menjadi setahun dan akhirnya…. langsung tidak lakukan!

*Sekiranya anda ingin memulakan dan menjalankan perniagaan Internet, tetapi masih melengah-lengahkan masa untuk mempelajari teknik dan strategi yang betul, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, sebuah program 6 bulan yang akan membantu dan membimbing anda memulakan dan menjalankan perniagaan Internet anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Aie/ Cik Jay di 03-77292277 dan jangan berlengah lagi. Pengambilan terbaru kini bermula. 

 

Hangat-hangat tahi ayam… cara mengelaknya?

Kita semua pernah dengar peri bahasa tu kan? dan ada kalanya, kita juga terjerat dalam keadaan “hangat-hangat tahi ayam”.

Pada mulanya, semangat berkobar-kobar nak lakukan “sesuatu”. Motivasi pun tinggi! Semangat tinggi! Bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan.

Alih-alih, 2-3 hari atau 2-3 minggu atau 2-3 bulan kemudian, habis semua lentur. Motivasi, semangat dan keyakinan hilang…

Bagaimana caranya untuk maintain dan meneruskan sesuatu motivasi?

Cara saya adalah dengan melakukan “sesuatu” tersebut  setiap hari. Jangan lakukan sedikit sahaja, atau cukup syarat sahaja, tetapi lakukan bersungguh-sungguh setiap hari. Ini akan menambahkan momentum anda.

The trick is, jangan biarkan satu hari berlalu tanpa anda melakukan perkara tersebut kerana ini akan mengurangkan momentum anda.

 

Katalah anda ingin memulakan perniagaan Internet. Setiap hari, lakukan sesuatu supaya anda lebih dekat dalam mencapai matlamat anda tersebut. Tak kira sama ada membaca mengenai perniagaan Internet, memperbaiki idea perniagaan internet anda, membeli web hosting dan domain name untuk perniagaan Internet dan sebagainya. Setiap hari MESTI ada sesuatu yang anda lakukan untuk perniagaan Internet.

Sememangnya pada tahap permulaan memerlukan paksaan. Setiap hari selama 2 hingga 3 minggu perlu lakukan sesuatu itu tanpa putus. Apa yang akan terjadi adalah, makin hari, ia akan menjadi tabiat anda. Dan apabila menjadi tabiat, maka, tidak lagi perlu dipaksa dan momentum akan ada setiap hari InsyaAllah.

Aplikasi cara ini untuk apa sahaja yang anda ingin lakukan. Kebanyakan kita sering mengalami penyakit hangat-hangat tahi ayam ini. Dan ianya adalah amat merugikan apabila momentum kita hilang.

Keep the momentum going!

Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan Internet untuk menjana pendapatan tambahan, sertai Program Intensif 6 bulan Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial untuk memberi momentum keusahawanan kepada anda. Program yang terbukti melahirkan ramai usahawan Internet Malaysia ini kini dibuka untuk pengambilan seterusnya bermula minggu hadapan. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk keterangan lanjut.

Banyak sangat idea… nak lakukan yang mana?

 

 

Sebagai seorang usahawan (atau bakal usahawan) pastinya kita sering mendapat pelbagai idea dan ingin melakukan banyak perkara. Keadaan ini adalah petanda bahawa anda mempunyai minda seorang usahawan – tahniah!

Namun, keadaan ini juga ada kelemahannya kerana kita ingin melakukan banyak perkara, sehingga satu perkara pun tak menjadi. Masalah juga tu!

Masalah seorang usahawan adakalanya bukan kerana terhad atau kurang idea untuk dilakukan. Tetapi, masalah juga apabila terlalu banyak idea dan terlalu banyak yang ingin dilakukan sehingga tidak fokus. Semuanya nak buat namun, semuanya separuh jalan.

Kata Confucius (bukan konfius), “A man who chases two rabbits catches none”

arnab

Peribahasa Melayu pula berbunyi “Yang dikejar tak dapat, yang di kandung berciciran”. Fokus kepada usaha yang anda ingin lakukan atau matlamat yang ingin anda capai. Sering saya mendengar cerita, seseorang itu mempunyai pelbagai idea… berpuluh-puluh idea perniagaan. Kesemuanya membuat dirinya teruja/excited.

Tetapi, masalahnya adalah tidak fokus! Bertahun-tahun berlalu, tanpa satu pun idea perniagaan tersebut terlaksana.

Latih diri sendiri untuk memberi fokus supaya dapat memberi lebih banyak tumpuan dan tenaga pada sesuatu perkara sahaja. Memang akan terasa sukarKadang-kala saya juga terjerat dalam keadaan ini. terlalu banyak idea untuk diimplementasikan, sehingga satu pun tak menjadi diimplimentasikan oleh kerana tidak memberi fokus.

Jadi, benar apa kata Confucius. Kalau kejar dua arnab, nanti satu pun tak dapat! peringatan untuk saya sendiri juga 🙂

Anda mempunyai banyak idea perniagaan tetapi satu pun masih belum menjadi? Program Intensif 6-bulan Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan membantu anda memberi fokus dan tumpuan kepada idea perniagaan anda dari mula sehingga terbinanya perniagaan yang boleh menjana pendapatan.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, dapatkan maklumat di sini oleh kerana pengambilan terbaru kini dibuka. Tempat adalah terhad untuk memberi tumpuan dan suasana pembelajaran yang lebih ideal.

 

Perniagaan… adakah ianya senang atau susah?

Soalan cepu gangsa:

Menjalankan perniagaan, senang ke, susah?

  • Bagi mereka yang belum lagi memulakan perniagaan, ramai yang fikir perniagaan tu senang
  • Bagi mereka yang baru menjalankan perniagaan, ramai yang fikirkan perniagaan tu SUSAH
  • Bagi mereka yang dah berpengalaman dalam perniagaan, mereka rasakan perniagaan itu senang

Sama ada perniagaan itu senang atau susah, bergantung kepada tahap keadaan kita. Bila kita belum lagi memulakan perniagaan, kita lihat seperti perniagaan ini senang. Kerana kita belum lagi “merasa” perniagaan. Kita sekadar melihat kisah-kisah orang berjaya dalam perniagaan.

mudah-susah

Bila kita BARU mulakan perniagaan, baru kita rasa perniagaan tu susah. Kerana sebelum ni kita kaitkan perniagaan dengan keuntungan sahaja. Tak pula fikir tentang perlu promosi, perlu menjaga pelanggan, perlu lakukan accounting, perlu handle staff, perlu fikirkan kaedah dan strategi untuk bersaing dengan pesaing yang begitu ramai!

Bila kita dah setahun dua berpengalaman dalam perniagaan, baru kita rasa perniagaan tu senang kembali kerana kita dah biasa dengan perniagaan & belajar selok belok perniagaan sepanjang pengalaman kita 😉

Masalahnya, ramai yang give up atau berputus asa sebelum sampai tahap perniagaan itu senang kembali. Dalam masa setahun, apabila melalui kesukaran perniagaan, ramai yang gulung tikar kerana tak tahan… betapa susahnya menjalankan perniagaan!

Ingin memulakan perniagaan di Internet? Sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program 6-bulan khusus untuk usahawan, bakal usahawan dan suri rumah. Pengambilan terbaru kini di buka dan tempat semakin terhad. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay / Cik Aie di 03-77292277.

 

kaya miskin

Yang kaya menjadi semakin kaya… yang sederhana?

Yang kaya menjadi semakin kaya kerana… mereka tahu apa yang diperlukan atau ciri-ciri/prinsip-prinsip yang perlu dipegang untuk berjaya. Mereka mempunyai mindset untuk berjaya. Dengan pengetahuan ini, mereka hanya mengulangi benda yang sama berkali-kali, bertahun-tahun untuk menambahkan lagi pendapatan.

Yang miskin menjadi semakin miskin apabila… tidak menjumpai ciri-ciri atau prinsip menjadi kaya. Jadi, kemungkinan mengulangi perkara yang sama di dalam comfort zone mereka. Mereka tidak mempunyai mindset untuk menambahkan kejayaan & kekayaan.

kaya miskin

Yang kaya menjadi semakin kaya kerana… Mempunyai pendapatan yang tinggi, oleh itu, simpanan dan pelaburan juga tinggi. Contoh, pendapatan RM20,000 sebulan, sekirnaya menggunakan RM10,000 sebulan, masih lagi boleh menyimpan atau melaburkan RM10,000 setiap bulan. Sekiranya dilaburkan dalam ASB pun, jumlah itu akan menjadi lebih dari RM1 juta dalam masa kurang dari 6 tahun sahaja! Bagi yang berpendapatan RM30,000 pula, sekiranya dapat melabur RM20,000 setiap bulan, dalam masa 3 tahun sahaja, dapat mengumpul 1 juta!

Yang miskin akan menjadi semakin miskin… oleh kerana bekerja kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Tiada ruang untuk menyimpan atau melabur. Dalam masa bertahun, tahun, tiada pulangan pelaburan.

PENGUMUMAN: Program 6 bulan bersama Irfan Khairi, pakar perniagaan Internet #1 Malaysia kini di buka untuk pengambilan seterusnya. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sebelum tempat dipenuhi!

Yang kaya akan menjadi semakin kaya kerana… yang kaya dapat menarik dan network dengan golongan kaya dan berjaya. Seseorang akan menjadi seperti bulatan kenalan mereka. Apabila bulatan kenalan adalah antara yang kaya dan berjaya, ia akan secara langsung menjadikan yang kaya lebih kaya oleh kerana peluang-peluang perniagaan melalui network mereka yang berjaya yang semakin besar.

Yang miskin akan menjadi semakin miskin… apabila bulatan kenalan adalah terhad kepada lingkungan yang sama. Tidak dapat melihat peluang perniagaan, dan tidak dapat peluang network yang luas dikalangan mereka berjaya.

Juga, apabila masa berlalu, inflasi akan menyebabkan harga barangan & perkhidmatan bertambah. Ini akan mengakibatkan jurang kekayaan semakin jauh oleh kerana harga barangan yang bertambah tidak effect pada mereka yang berada.

Namun perlu di ingat, yang kaya, boleh menjadi miskin dengan sekelip mata dengan ketentuan Ilahi. Yang miskin juga boleh menjadi kaya dengan usaha & keredhaanNya.

Yang sederhana?

Mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan strategy orang-orang kaya, atau strategy mereka yang miskin. Pilihan diri masing-masing. Tepuk dada, tanya selera! 🙂

Sekiranya anda merancang untuk menjana pendapatan melalui berniaga di Internet, pastikan anda dilengkapi dengan teknik dan strategi yang digunakan oleh ramai usahawan-usahawan Internet yang berjaya.

Sertai Program Intensif 6 bulan bersama Irfan Khairi untuk mempelajari A-Z teknik dan strategi perniagaan di Internet- bermula dengan memilih produk dan perkhidmatan terbaik untuk anda jual di Internet! Klik di sini untuk maklumat lanjut sebelum tempat dipenuhi sekali lagi.

Bagaimana usahawan berjaya berfikir?

Dalam perniagaan perlukah seorang usahawan itu berani? Mereka yang berjaya dalam perniagaan, adakah mereka tak takut gagal & 100% positif sahaja? Dalam perniagaan, adakah segalanya mudah bagi mereka yang sudah hebat?

Jawapannya: Tidak, tidak & tidak!

Dari pengalaman saya berkawan dengan usahawan-usahawan berjaya, isunya bukanlah “keberanian”. Sememangnya ada rasa gemuruh bila nak mulakan perniagaan, atau menyusun strategi perniagaan baru, atau melakukan teknik baru dalam perniagaan. tetapi, mereka lakukan sahaja anyway. It’s not about being brave, it’s about just doing it!

usahawan-berjaya

PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah mendapat sambutan yang amat hebat. Pengambilan terbaru dibuka kini atas permintaan ramai. Klik untuk maklumat lanjut oleh kerana tempat sering dipenuhi dengan pantas.

Usahawan tak takut gagal? 100% positif…. sudah pastinya tidak. Pastinya semua usahawan TAKUT GAGAL. Takut kepada kegagalan ini lah memberi motivasi untuk lebih banyak berusaha dan dalami ilmu perniagaan. Menjadi kreatif dalam merancang strategi2 perniagaan baru. 100% keyakinan sememangnya perlu, tetapi, hakikatnya mereka sering memberi ruang untuk kegagalan DIMANA strategi “back-up” juga disediakan… bak kata lain, Plan-B.

Adakah perniagaan mudah bagi mereka yang hebat? I think not… sekiranya anda lihat sekeliling juga terdapat ramai usahawan-usahawan yang selalu stress bukan? Semestinya, kerja untuk di lakukan adalah banyak dan bukan mudah. Tetapi, itulah kunci nya, mereka yang ingin berjaya akan memilih dan lakukan perkara yang susah- mereka tahu, rasa dan faham ianya susah, tetapi, mereka lakukan juga.

Kuncinya adalah, perasaan & keadaan usahawan yang berjaya dibandingkan dengan orang ramai adalah sama sahaja. Cuma, mereka berpegang kepada konsep Nike: Just Do It! 🙂

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, abaikan perasaan-perasaan yang ada dalam fikiran seperti takut, tidak yakin & fikir susah. Sememangnya perasaan itu sering bermain dalam kepala setiap usahawan diluar sana, tetapi, kita pilih sendiri untuk abaikan sahaja 😉

*****
Sekiranya anda ingin menjadi usahawan yang berjaya, bukan sahaja cara pemikiran, tetapi, teknik dan strategi perniagaan adalah amat penting untuk membawa perniagaan anda bersaing di kalangan pesaing-pesaing yang muncul bak cendawan selepas hujan kini.

Untuk teknik, strategi, bantuan dan bimbingan selama 6 bulan dalam memulakan perniagaan Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama pakar perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk pengambilan terdekat. Tempat adalah amat terhad.

Sudah bekerja keras tapi… tak berjaya juga!

Sering saya dengar keluhan ini:

Saya dah kerja keras setahun dua… tapi sampai hari ni tak berjaya juga!

Untuk menjawab keadaan ini sekiranya anda tergolong dalam keadaan ini, saya ingin ibaratkan sebagai kerja “pemecah batu”.

Zaman-zaman dulu, kalau nak pecahkan batu, perlu lakukan manually. Zaman sekarang guna machine… tapi, kita lihat zaman dulu lah ye.

kerja-keras

So, zaman dulu, untuk memecah batu, perlu lakukan manually. Dengan penukul besar, pekerja perlu bertalu-talu mengetuk batu tersebut. Ketuk 10 kali… macam tu juga rupa batu tu. Ketuk 50 kali, macam tu juga rupa batu tu. Tak pecah pecah… ketuk 100 kali pun, tak pecah juga…

Tetapi, ketuk kali yang entah keberapa, terus batu tersebut pecah berkecai!

Walaupun, kesemua ketukan tersebut adalah pada kekuatan yang sama, maksudnya, bukan ketukan yang terakhir itu kuat daripada yang lain- semua sama kekuatan sahaja. Lambat laun, batu tersebut akan berpecah berkecai dengan satu ketukan sahaja- yang entah keberapa. Tetapi, ia akan mustahil pecah tanpa pukulan-pukulan sebelumnya!

Kejayaan anda juga perlu diibaratkan sebegitu. Kesemua usaha anda akan diambil kira- walaupun tak nampak dilihat kejayaannya atau pulangannya pada zahirnya, tetapi, ia perlu diteruskan secara konsisten sehingga anda jumpa “pukulan” terakhir tersebut! Pukulan terakhir tersebut akan menunjukkan hasil daripada kesemua uasaha-usaha anda sebelum ini.

******

Begitu juga dalam perniagaan. Sememangnya usaha yang berterusan diperlukan untuk mencapai kejayaan perniagaan. Tiada istilah “cepat kaya” dalam perniagaan – dari pengalaman saya sendiri dan juga rakan2 usahawan lain yang berjaya, tiada yang cepat kaya.

Untuk berjaya dalam perniagaan Internet, pastinya ilmu, strategi dan teknik perlu diaplikasikan dengan dengan teratur dan penuh kesabaran untuk berjaya. Program Intensif 6-bulan Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, telah berjaya membantu ramai ushawan Internet dalam memulakan dan menjayakan perniagaan Internet mereka. Sekiranya anda ingin menyertai pengambilan seterusnya, klik di sini untuk maklumat lanjut.

10 Tip Jutawan Ghairah! (Bahagian 1)

Sering kali kita dinasihatkan untuk lakukan apa yang kita minat. Lakukan apa yang kita ghairah (passion)! Tetapi, mengapa? Mengapa kita perlu lakukan apa yang kita minat? Mengapa kita perlu lakukan karier yang kita sangat-sangat minat?

Apa kata kita lihat dari sudut lain pula. Mengapa pula kita hendak lakukan sesuatu yang kita tidak minat?

Dalam mencapai kekayaan dan kebahagian dalam hidup, ianya amat penting untuk kita lakukan apa yang kita minat. Mulakan perniagaan yang kita mempunyai keghairahan dalam bidang tersebut.

Untuk berjaya dengan cemerlang, jarang sekali kita akan jumpa seseorang yang melakukan apa yang mereka tidak minat. Pastinya usahawan jutawan yang kita kenali, semua mempunyai keghairahan dalam perniagaan masing masing.

bill gates

Teringat saya kisah Bill Gates, salah seorang manusia paling kaya di dunia pernah berkata bahawa: “Kalau saya tidak mendapat walaupun satu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komputer!”. Menunjukkan betapa ghairahnya Bill Gates dalam bidang mencipta perisian komputer.

“Kalau saya tidak mendapat walaupun satu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komputer!”. – Bill Gates

Kemudian, kita boleh lihat pengasas Dell Computers pula, Michael Dell yang menjadi bllionaire pada umur 30-an. Dell pernah menceritakan bahawa “Ketika saya di sekolah menengah, saya membina komputer untuk rakan-rakan secara percuma. Kerana membina komputer adalah minat saya!”. Tidak dapat di nafikan lagi, keghairahan dan minat Michael Dell juga membawanya kepada status billionaire seperti Bill Gates.

Dan, pastinya semua mengenali Donald Trump, yang sememangnya mempunyai minat dan keghairahan pada bangunan-bangunan indah sejak kecil lagi. Kini, menjadi tycoon hartanah dengan berbagai-bagai bangunan mewah serata dunia dalam portfolionya!

Lihatlah bagaimana billionaires dunia ini melakukan apa yang menjadi minat mereka yang mendalam, melakukan sesuatu yang membuatkan mereka merasa ghairah melakukannya.

Itulah juga langkah-langkah untuk menjadi Jutawan, kita harus mempunyai keghairahan di dalam apa yang kita usahakan. Di sini saya senaraikan 10 tip langkah jutawan ghairah untuk anda perhatikan dan lihat jika ianya pernah anda rasai di dalam hidup anda.

[Bersambung di “10 Tip Jutawan Ghairah! (Bahagian 2)”]

8 Senaman Minda Untuk Berjaya! (Bahagian 1)

Kejayaan bermula dari minda. Minda yang positif akan memberi aksi yang positif. Sekiranya aksi yang kita lakukan tidak membawa kepada kejayaan, maka, kita perlu berbalik kepada minda. Terdapat 8 senaman minda yang perlu kita lakukan dalam mempersiapkan minda kita ke arah aksi yang positif.

senaman minda

  1. Fikirkan masa hadapan

Mereka yang berjaya mempunyai visi dan sering memikirkan masa hadapan.  Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan visi yang positif di masa hadapan. Kurangkan fikir tentang apa sahaja yang sudah lepas, sama ada kejayaan ataupun kegagalan lepas oleh kerana ia tidak lagi relevan.

Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang? Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda positif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini.

  1. Punyai matlamat dalam minda

Miliki matlamat yang jelas setiap kali dalam minda. Memikirkan masa hadapan sering kali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.

Adakah anda mempunyai matlamat hidup? Sekiranya ada, tahniah oleh kerana anda adalah antara 2% yang punyai matlamat hidup. Sekiranya tidak, maka, dapatkan pen dan kertas serta tuliskan dengan  spesifik  apa, bila dan bagaimana anda ingin mencapai matlamat anda.

IKLAN: Sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial dan mulakan perniagaan Internet anda bersama pakar perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Program separuh masa, khusus untuk usahawan, bakal usahawan dan suri rumah! 

  1. Komitmen kepada kecemerlangan

Berikan komitmen kepada kecemerlangan. Mereka yang berjaya sering memikirkan cara untuk menjadi hebat dalam industri mereka. Walaupun, belum mencapai kecemerlangan, fikirkan ke arah itu. Dalam apa sahaja industri sekalipun, telah terdapat mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Tidak kira apa pun bidang anda, lakukan penyelidikan keatas mereka dan ketahui teknik dan strategi yang telah digunakan. Beri komitmen kepada minda anda bahawa untuk berjaya, kecemerlangan perlu diutamakan- dan kecemerlangan memerlukan ilmu. Apabila minda hebat,  kejayaan pun pastinya hebat!

  1. Fokuskan kepada penyelesaian

Mereka yang berjaya memikirkan keputusan dan penyelesaian, dan bukannya masalah. Latihkan minda anda untuk memikirkan keputusan yang ingin dikecapi dan jauhkan dari segala pemikiran yang negatif.

Pemikiran negatif akan membunuh semangat kita. Suara-suara negatif dalam dan juga di luar diri kita akan menjatuhkan motivasi dan membuatkan kita fikirkan masalah. Dalam apa sahaja usaha kita, pastinya akan bertembung dengan pelbagai masalah. Fokuskan  minda kita kepada penyelesaiannya.

[Bersambung di “8 Senaman Minda Untuk Berjaya! (Bahagian 2)”]

8 Langkah Gerenti Berjaya dalam Perniagaan! (Bahagian 2)

[Bersambung dari “8 Langkah Gerenti Berjaya dalam Perniagaan! (Bahagian 1)”]

5. Gandakan nilai pertukaran prospek kepada pelanggan

Sekiranya langkah pertama dalam melakukan jualan adalah menambahkan prospek, langkah seterusnya adalah mengubahkan prospek menjadi pembeli. Di sini, jenama perniagaan anda adalah amat penting. Dalam konteks ini, maksud saya – jenama dari segi keyakinan dan kredibiliti perniagaan anda di mata prospek anda bukannya barangan berjenama.

Apabila prospek anda yakin pada jenama perniagaan anda akan dapat menyelesaikan masalah mereka, maka ini akan menghasilkan jualan! Pelajari teknik dan strategi dalam mengubahkan prospek kepada pembeli dan tambahkan nilai pertukaran prospek kepada pelanggan supaya dapat meningkatkan lagi bilangan pengguna.

6. Tambahkan Jualan

tingkatkan jualan

Apabila kita di restoran burger francais, selepas membuat pesanan burger, jurujual di kaunter akan bertanyakan “Abang mahu tambah fries?”. “Boleh juga!” jawab kita. Maka, restoran tersebut mendapat untung tambahan dari jualan fries tersebut, mungkin 30sen. 30sen mungkin kecil sahaja dilihat sebegitu, tetapi, nilai kecil itu boleh menjadi beribu atau beratus ribu jika melihat pada seluruh cawangan  serata dunia!

Fikirkan jualan tambahan yang anda boleh lakukan dalam perniagaan. Ada tak produk atau perkhidmatan lain yang boleh ditambah untuk ditawarkan kepada pelanggan anda? Ingat, untung yang kecil akan menjadi untung yang besar sekiranya dilakukan berulang-ulang kali.

7. Ulang, ulang dan ULANG!

Sebenarnya, kos untuk mendapatkan pelanggan baru adalah lebih tinggi daripada mendapat pelanggan sedia ada. Ertinya, ianya lebih murah dan mudah untuk mendapatkan pelanggan kita membeli daripada kita berulang kali untuk mencari dan mendapatkan pelanggan baru.

Jangan sia-siakan pelanggan-pelanggan kita dan jangan lupakan mereka. Mereka adalah punca pendapatan sesuatu perniagaan untuk masa-masa yang akan datang- jadikan mereka pelanggan berulang.

Zaman pertanian, perindustrian, informasi sudah berlalu. Kini, adalah zaman komunikasi. Pelajari kaedah komunikasi berkesan dalam membina hubungan dengan pelanggan-pelanggan sedia ada untuk keuntungan masa depan.

8. Kurangkan kos perniagaan

Dalam perniagaan, kewangan adalah nadi. Pastikan kitaran kewangan kita terjaga dengan penuh teliti. Begitu banyak perniagaan mengalami kegagalan oleh kerana tidak teliti dan tidak berjimat dalam kos perniagaan.

Pastinya anda telah dengar kisah perniagaan yang belum apa pun lagi, terus bermula dengan kereta besar, ofis serba hebat, bangunan besar, dan akhirnya berita seterusnya yang kita dengar pula adalah perniagaan tersebut mengalami kegagalan!

Ini yang akan terjadi sekiranya kita tidak menjaga kos perniagaan kita. Pastikan perbelanjaan perniagaan adalah kurang daripada pendapatan perniagaan kita. Jangan pula perbelanjaan lebih daripada pendapatan- gulung tikarlah jawabnya!