Category Archives: Tip Motivasi

Apakah langkah ANDA seterusnya?

Ramai yang menangguh-nangguhkan melakukan sesuatu kerana terlalu banyak berfikir langkah-langkah yang akan datang tak menentu. Biar saya jelaskan…

Mungkin, nak memulakan perniagaan Internet, tetapi fikir kalau pelanggan minta refund macam mana? kalau nak promote menerusi search engine, macam mana? kalau nak buat blog untuk promote produk macam mana?

TETAPI, bila ditanya… nak jual apa di Internet? Jawapannya… “belum tau lagi!”

Langkah pertama pun masih belum buat, mengapa pula hendak fikirkan langkah 7, 8, dan 9?

Sememangnya perancangan penting- tetapi, perancangan yang melewat-lewatkan kerja sendiri, hanya memudaratkan diri. Kita dok fikirkan langkah-langkah yang jauh ke hadapan, sedangkan, langkah awal, langkah asas, langkah pertama kita tak buat pun lagi. Bukan sahaja untuk perniagaan Internet ya… untuk apa sahaja.

Pakar psikologi mengatakan, keadaan ini terjadi apabila seseorang itu “sengaja” tidak mahu meletakkan tanggungjawab pada diri sendiri. Jadi, mencipta alasan-alasan yang jauh kehadapan untuk menangguhkan kerja.

Bagaimana hendak menangani ini?

Apa kata anda ibaratkan anda seperti memandu kereta. Dari Johor, ke KL… (dari mana-mana pun takpe, nanti bukan orang Johor kecik hati pula :))

Ok, anda dari Johor ke KL, dan anda memandu pada malam hari. Just say, lampu-lampu kat highway tiada, dan hanya lampu kereta anda sahaja menyuluhi jalan. Apa yang anda nampak? Adakah anda nampak 100 kilometer di hadapan? Adakah anda nampak 10km di hadapan? Adakah anda nampak 1km di hadapan?

taknampakjalan

Sudah tentunya tidak! Lampu anda hanya menyuluh lebih kurang 50-100 meter dihadapan sahaja bukan?

Tetapi, adakah anda meneruskan perjalanan, walaupun anda tak dapat melihat 1km… 10km… 100km akan datang?

Sudah tentunya ya! kerana anda yakin, lambat laun anda akan sampai KL juga, walaupun apa yang anda perlu lakukan adalah, sampai sahaja yang 100 meter pertama itu terlebih dahulu, dan 100 meter yang seterusnya anda akan dapat lihat!

Sama juga dengan melakukan sesuatu, jangan terlalu risau sangat langkah 7, 8, 9 dan seterusnya sekiranya ia hanya melewat-lewatkan langkah pertama anda memulakan sesuatu! Mulakan lagkah pertama, dan langkah-langkah seterusnya akan menjadi lebih terang! Jadi seperti memandu kereta di malam hari 🙂 Zoom!

*** Sekiranya anda masih tertunda-tunda ingin memulakan perniagaan, apa kata ambil langkah pertama anda bersama kami di Porgram Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia. Saya dan juga pelatih-pelatih bertauliah IKSB ingin sangat langkah bersama anda di alam perniagaan online! Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

kena kritik

Anda pernah kena kritik? Ini adalah apa yang anda patut lakukan…

Kita masyarakat Malaysia agak sensitif apabila dikritik. Bila dikritik sahaja, sering kita hendak melenting dan membalas balik. Kalau tidak pun, apabila dikritik, semangat dan motivasi diri hilang! Maksud saya adalah kritikan berunsur negatif…

Sememangnya semua yang ingin kejayaan dan mengejar kejayaan tidak akan lari daripada dikritik- SEMUANYA! Termasuk diri saya sendiri 🙂

Namun, apabila dikritik negatif, jauhkan dari melenting, membalas atau menjatuhkan motivasi dan semangat anda. Apa yang sering saya lakukan dan apa yang anda patut lakukan adalah…

kenakritik

[PENGUMUMAN: Sertai program perniagaan Internet yang telah berjaya melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia! Klik di sini utnuk maklumat lanjut]

Tanya, siapa yang mengkritik? Apakah niat mereka? Apakah permata yang dapat dicungkil?

  1. Adakah yang mengritik berpengalaman?
    Contoh, sekiranya keluarga anda mengkritik anda memulakan perniagaan (sering kali saya dengar masalah ini), tanya pada diri sendiri.Adakah keluarga anda berpengalaman untuk mengkritik dalam bidang ini? Adakah mereka menjalankan perniagaan yang berjaya? Sering kali keluarga yang mengkritik sekiranya anda ingin memulakan perniagaan adalah mereka tidak pernah memulakan perniagaan.Oleh itu, kritikan mereka tidak harus menjatuhkan semangat anda. Dalam erti kata lain, mereka tidak berpengalaman memberi kritikan dalam bidang ini.Mungkin juga kritikan mereka adalah akibat pengalaman daripada gagal dalam perniagaan sebelum ini. Oleh itu, anda perlu mempertimbangkan kritikan tersebut.
  2. Apakah niat kritikan tersebut
    Sekiranya anda sedang sibuk mengejar kejayaan, dan seseorang (yang anda tidak kenali) menghantar email mengkritik anda (ini pun masalah saya sering dengar), tanya pada diri sendiri adakah mereka berpengalaman dan berkelulusan memberi kritikan dan apakah niat mereka?Selalunya, yang menghantar email, anda tidak akan mengetahui qualification mereka, oleh itu, di situ sahaja anda boleh ambil keputusan untuk mengabaikan kritikan tersebut.Sekiranya kritikan adalah melulu dan negatif, mungkin niat mereka hendak menjatuhkan semangat anda supaya anda berhenti daripada berusaha- sering terjadi apabila sesetengah pihak iri hati dengan kejayaan anda. Jadi, usah di layan.
  3. Cari permata di dalam kritikan
    Dalam apa sahaja kritikan, terdapat permata yang boleh memotivasikan anda. Sekiranya kritikan adalah seperti contoh (1) di atas, maka, gunakan kritikan tersebut untuk anda pelajari lebih mendalam tentang perniagaan supaya anda dapat menjadi hebat dalam perniagaan dan buktikan pada keluarga bahawa memulakan perniagaan adalah pilihan anda yang tepat!Sekiranya seperti contoh (2) di atas, gunakannya sebagai satu pembakar semangat anda atau “survival instict” di mana ia akan memotivasikan anda lebih  banyak lagi. Ingat, sekiranya anda di kritik, menunjukkan anda sedang keluar dari kepompong kesederhanaan!

Kita tidak boleh mengawal kritikan orang lain terhadap kita. Tetapi, ianya terpulang pada kita untuk menerimanya atau tidak atas 3 pertimbangan di atas. Anda pertimbangkan sendiri- pilihannya di tangan anda!

… pernah saya tulis sebelum ini untuk anda maafkan sahaja mereka yang mengkritik anda. Tidak perlu balas 🙂 Maafkan sahaja kerana ianya akan menghilangkan rasa marah anda, dan teruskan usaha anda untuk menjadi seorang insan yang cemerlang, gemilang & terbilang!

*** Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Hanya beberapa tempat kosong sahaja. Klik di sini sekarang untuk maklumat lanjut dan pendaftaran!

magnet rezeki

3 Cara Untuk Jadi “Magnet” Rezeki…

Orang yang berjaya, akan menarik orang yang berjaya yang lain menghampiri mereka seperti magnet.

Pernah saya menulis tip mengenai “success breed success”. Ini adalah sebabnya…

Apabila seseorang itu berjaya, mereka akan dapat menarik orang-orang berjaya yang lain menjadi bulatan kenalan. Oleh sebab kita akan menjadi seperti orang-orang disekeliling kita, maka, seseorang itu akan bertambah kejayaannya oleh kerana dapat “associate” dengan mereka berjaya yang lain.

Kejayaan pertama adalah yang paling sukar. Tetapi, sekali anda mencapai kejayaan yang pertama, kejayaan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya akan menjadi semakin mudah oleh kerana kejayaan adalah seperti magnet!

magnetrezeki

ANTARA 3 cara menjadi “magnet” rezeki:

1. Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha termasuk dalam kandungan Hadith Rasulullah s.a.w sebagai amalan yang digalakkan untuk diamalkan. Mengikut kajian, Solat Sunat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi hari mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri.

Individu yang sentiasa mengamalkan Solat sunat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan mampu menjadi “magnet rezeki.” Rezeki akan lebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah).

2. Banyakkan Bersedekah

Percayalah bahawa semakin banyak kita bersedekah, semakin Allah menambahkan rezeki kita. Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri di mana ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima. Maka, jangan takut atau kedekut untuk bersedekah (mengikut kemampuan).

Lagipun, belum pernah kita terdengar orang muflis sebab bersedekah.

Pegang prinsip bersedekah umpama menabung untuk saham akhirat nanti. Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti. Bersedekahlah dengan tulus ikhlas tanpa mengungkit-ungkit dan jauhkan diri dari bersedekah untuk mendapat nama. Peganglah prinsip “tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.”

3. Berdoa Bersungguh-sungguh Diwaktu Mustajab Berdoa

Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan dan usaha yang telah dilakukan haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakal kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya. Terdapat masa dan ketika di mana ia dikatakan waktu yang amat mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah:

  • Doa orang yang teraniaya
  • Doa selepas solat 5 waktu
  • Doa waktu antara 2 khutbah Jumaat
  • Doa waktu solat dhuha
  • Doa diwaktu berjemaah
  • Doa seorang ibu
  • Doa ketika sedang sujud

Gunakanlah sebaik-baiknya senjata orang Mukmin ini. Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan setiap doa kita supaya hidup lebih diberkati. Apabila hidup kita diberkati, maka mudahlah rezeki mengalir kepada kita. Insya-Allah.

*** Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini dibuka. Daftar sekarang sebelum anda terlepas. Tempat adalah amat terhad untuk program yang telah melahirkan paling ramai usahawan online di Malaysia ini! Klik di sini atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

jangan malu

Bodoh sombong kerana tidak bertanya?

Dalam apa sahaja anda lakukan, banyak bertanya untuk mendalami sesuatu bidang yang bukan kepakaran anda. Bertanya adalah short-cut untuk memperolehi ilmu dari pakar! Bukan sahaja bertanya akan menambahkan ilmu anda, malah, ia merapatkan anda dengan mereka di sekeliling anda yang anda suka bertanya kepada, dan memudahkan komunikasi.

Orang yang anda tanya juga akan rasa dihargai dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda berjaya dengan membantu anda dari segi berkongsi ilmu/pengalaman.

jangantanya

Tidak kira tahap mana kepakaran anda, anda masih perlu menuntut ilmu. Dan cara termudah dan terpantas adalah dengan bertanya!

Terdapat pepatah Cina berbunyi: “He who asks a question is a fool for five minutes; he who does not ask a question remains a fool forever.” – Chinese proverb

Maksudnya, adalah, siapa yang bertanya soalan mungkin terasa seperti tidak tahu selama 5 minit sahaja. Tetapi siapa yang TIDAK bertanya soalan, dia tidak akan tahu sampai bila-bila.

Sehingga kini saya masih lagi menuntut ilmu dan menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan, Internet dan kejayaan dengan banyak bertanya. Bertanya memudahkan pembelajaran oleh kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dengan apa yang ingin anda cari.

Entah kenapa, seringkali, bila seseorang itu ingin bertanya, beliau merasakan dirinya amat rendah. Akhirnya, beliau tidak bertanya dan simpan sendiri segala persoalanan. Mungkin dengan bertanya soalan, terasa kita bodoh kerana tidak tahu. Maka, jawapannya adalah kita mempunyai masalah ego kerana tidak mahu mengaku tidak tahu.

Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu. Dengan ilmu tersebut, kita boleh kembangkannya dan mengaplikasikannya dengan cara tersendiri. Daripada saya buta-blog, kini blog mendapat sambutan hebat. Semua daripada sikap bertanya.

Jangan malu dalam bertanya, sekiranya malu bertanya, maka anda sendiri yang akan rugi!

*** Konsep yang diketengahkan di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial adalah pembelajaran secara interaktif di mana peserta sering bertanyakan soalan-soalan untuk membantu memulakan perniagaan dan dan mengembangkan perniagaan Internet mereka. Klik di sini untuk ketahui dengan lebih lanjut program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia!

Adakah matlamat anda betul?

Salah satu soalan penting anda perlu tanya pada diri sendiri adalah “Adakah saya memanjat tangga kejayaan yang betul?”

Sering terjadi dikalangan kita, kita berusaha sedaya upaya dengan tidak putus asa memanjat tangga kejayaan. Tetapi, apabila sampai puncak tangga tersebut, baru kita sedar… tangga kejayaan yang kita panjat adalah tangga yang salah.

Selama ini, matlamat kita salah!

tangga-kejayaan

Di sini lah terjadinya keadaan seseorang yang berjaya pada zahirnya, tetapi, sebenarnya terperangkap di dalam kejayaan tersebut sehingga terpaksa mengabaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang lain.

Tetapkan matlamat anda terlebih dahulu… tangga kejayaan yang mana satu perlu anda panjat? Usah memburu kejayaan yang hasilnya tidak bermakna kepada anda sendiri. 😉

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk menambahkan pendapatan anda 2-3 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Ia tidak mustahil, tetapi kurang realistik untuk tetapkan.

Tetapi, matlamat untuk menambahkan pendapatan anda sebanyak 20%-30% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

*** Sekiranya anda bermatlamatkan untuk memulakan perniagaan Internet atau mengembangkan perniagaan sedia ada anda melalui Internet, sertai program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di MalaysiaProgram Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya, akan membantu usahawan dan bakal usahawan separuh masa dalam menjalankan perniagaan Internet dari rumah. Lawati www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk keterangan lanjut.

beri fokus

Kerja tertunda kerana sukar untuk fokus? Ini caranya…

Ramai menghadapi masalah tak fokus. Bererti, pada satu masa, macam-macam nak dibuatkan, sampai satu pun tak jalan. Masalah besar juga.

Ada laporan mengatakan manusia mempunyai 50,000 – 60,000 fikiran / thoughts perday. Oleh kerana terlalu banyak yang difikirkan dalam kepala kita, tu yang terjadinya terlalu banyak perkara kita hendak lakukan, kerana apa yang kita fikir, adalah apa yang kita akan buat. Dan bila terlalu banyak difikiran, maka, kita hilang fokus.

So nak buat macam mana?

berifokus

[PENGUMUMAN: Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini di buka untuk pengambilan. Klik di sini sebelum dipenuhi]

Permudahkan hidup kita. Simplify your life. Gunakan kertas dan pen untuk menulis apa yang anda perlu lakukan hari ini. Aksi menulis apa yang kita hendak lakukan bagaikan mengeluarkan buah fikiran kita ke kertas- suatu yang berbentuk nyata, dan boleh dipegang.

Fokuskan kepada apa yang anda tulis sahaja. Pada kertas tersebut, sebolehnya hanya mengandungi 3 kerja besar yang perlu anda lakukan hari ini. 3 kerja sederhana dan 3 kerja kecil untuk hari ini.

Rancangkan dan jadualkan hari anda. Kerana 10 minit merancang hari akan menjimat berjam-jam hari anda oleh kerana anda melakukan perancangan untuk lebih fokus.

Dalam pengurusan masa, sekiranya anda mempunyai banyak tugasan yang perlu di lakukan dalam sehari, yang mana patut anda mulakan dulu?

Pakar pengurusan masa berpendapat bahawa anda patut mulakan tugasan yang paling BESAR dan paling SUSAH terlebih dahulu. Lakukannya di awal pagi sebelum melakukan tugasan-tugasan yang lebih kecil.

Hakikatnya, lebih ramai yang suka melakukan dan menyiapkan kerja-kerja kecil sehingga siap terlebih dahulu sebelum memulakan kerja yang besar.

Kebaikan memulakan kerja yang susah dahulu di awal pagi adalah, kebanyakan insan paling produktif di awal hari berbanding dengan lewat. Sekiranya kerja besar dilakukan pada lewat hari, produktif menurun dan masa yang diambil untuk menyiapkan kerja besar tersebut berganda-ganda!

Saya sendiri sering mengikuti petua ini dan mendapati produktiviti bertambah. Anda patut mencubanya! 🙂

***Sekiranya anda masih tertunda-tunda ingin memulakan perniagaan Internet kerana sering hilang fokus, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program ini bukan sahaja membantu anda memulakan perniagaan Internet, tetapi juga membantu dan membimbing anda supaya lebih fokus untuk mereliasasikan impian anda untuk menjalankan perniagaan dari rumah. Untuk maklumat lanjut, lawati www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay 03-77292277. Pengambilan terbaru bermula dan tempat adalah terhad.

Sertai program yang telah melahirkan paling ramai usahawan online di Malaysia!

Kalau kongsi ilmu, apa yang kita dapat?

Ramai yang bertanyakan kepada saya, saya memberi tip-tip perniagaan dan kejayaan setiap hari,

“Tidak takutkah sehingga kehabisan ilmu apabila semua didedahkan?” ada juga yang kata “Dah jadi jutawan, mesti ada rahsia-rahsia lain yang tidak diberitahu. Kalau beritahu, nanti orang akan tiru cara anda dan bersaing dengan anda!”

Jawapannya adalah, ilmu perniagaan dan kejayaan tidak akan habis! Lagi banyak kita berikan dan dedahkan, lebih banyak idea-idea baru yang kita akan dapat.

kongsikong

[PENGUMUMAN: Pelajari ilmu perniagaan Internet bersama Pakar Perniagaan Internet #1, Irfan Khairi. Program yang melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia!]

Apabila kita berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja, perbuatan menyampaikan ilmu tersebut akan membuka minda kita kepada lebih banyak ilmu lagi. Ia akan menjadikan kita lebih berfikiran kreatif dalam memperbaiki ilmu yang sedia ada pada kita.

Jangan takut untuk berkongsi ilmu (mungkin sebab takut pesaing akan meniru anda). Ini adalah kerana, dengan berbuat demikian, ia akan menyempitkan lagi ilmu yang dimiliki dan mebantutkan perkembangan ilmu tersebut untuk mencapai lebih kejayaan.

Tetapkan matlamat anda untuk menjadi jutawan bukan kerana wang ringgit dan kemewahan semata. Tetapi, tetapkan matlamat anda untuk memperolehi ilmu dan pengalaman yang ditimba dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut.

Wang berjuta boleh habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Tetapi ilmu dan pengalaman tidak akan hilang.

Kata seorang pakar perniagaan dan jutawan, “Perniagaan bernilai berjuta yang anda bina boleh musnah dalam sekelip mata. Tetapi, dengan ilmu dan pengalaman yang anda ada, anda boleh melintas ke seberang jalan, dan membina empayar perniagaan baru yang boleh menjana berjuta ringgit lagi.”

Betapa benar kata-kata itu. Itulah sebabnya anda mungkin pernah dengar jutawan-jutawan yang gagal dalam perniagaan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, kemudian, membina empayar perniagaan baru yang kemudiannya meraih berjuta-juta lagi- Ilmu dan pengalaman tidak hilang!

**Sekiranya anda ingin mendalami dan pelajari ilmu memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan di Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya. Program separuh masa ini terbaik untuk anda yang baru ingin memulakan perniagaan melalui Internet. Layari www.OpenEdu.com.my untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk tempah tempat anda hari ini.

Maaf… saya tak cukup masa

“Tak cukup masa”… “sibuk sangat”

Mungkin itulah alasan yang paling ketara sekali di zaman ini.

Anda pernah tak guna alasan ini? 🙂 Saya pernah! Walaupun so far rasanya saya belum jadikannya alasan untuk terlepas menulis di Facebook dan blog saya- walaupun sememangnya saya sibuk 🙂

Apa sahaja kerja yang kita lakukan memerlukan masa. Tak kira kerja apa. Dengan itu, memang kita tidak boleh lari dengan masa.

tak-cukup-masa

Satu strategy saya dalam menguruskan masa saya adalah strategy 10/90.

Strategy ini mengatakan, kita perlu menggunakan 10% daripada masa kita untuk merancang masa kita, dan ini akan menjimatkan 90% daripada masa kita dalam mencapai sesuatu matlamat (jangka panjang atau jangka pendek).

Adakah anda merancang masa anda? Maksud saya, benar-benar merancang sehingga mengambil masa 30 minit-1 jam hanya untuk merancang masa? 🙂

Kalau tidak, anda perlu mulakan merancang masa anda 10% untuk menjimatkan 90%!

Berhenti dari menggunakan perkataan “Tak cukup masa” atau “sibuk sangat” dari penggunaan anda. Dengan cara ini sahaja, anda akan MENCARI MASA dan tidak menjadikannya alasan!

Ingin memulakan perniagaan yang menguntungkan dari rumah? Mulakan perniagaan anda sendiri dengan bantuan kami di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program 6 bulan yang berjaya melahirkan paling ramai usahawan online di Malaysia! Sertai saya, Irfan Khairi di www.OpenEdu.com.my

Mengapa tiada motivasi dan keyakinan diri?

Salah satu kunci kejayaan adalah yakin dengan diri kita sendiri. Namun, masalahnya, ramai juga yang tidak mempunyai keyakinan diri.

Pertama sekali, berkeyakinan tinggi bukan bermaksud perlu menjadi riak, sombong atau dilihat takbur. Keyakinan diri ertinya dalam diri sendiri mempunyai perasaan yakin. Tidak perlu pula “over confident” sehingga menunjuk-nunjuk dan memberi persepsi yang negatif pula kepada orang lain.

Berkeyakinan tinggi adalah perasaan “saya boleh” dalam diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara itu. Bezannya dengan mereka yang tidak yakin adalah, mereka yang tidak yakin akan teagak-agak melakukan suatu, fikir diri tidak layak menghasilkan sesuatu, sering fikir gagal, berasa malu untuk melakukan sesuatu itu, walaupun ianya dapat membantu diri sendiri mencapai kejayaan.

takyakin2

Mengapa tidak mempunyai keyakinan diri?

Mungkin diri kita tidak pernah mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan. Oleh itu, dalam diri kita sendiri fikirkan kita tidak layak mencapai kejayaan. Bila fikir tidak layak, di situlah keyakinan diri pun terganggu. Tiada keyakinan diri, maka usaha juga tidak bersungguh, dan sekali lagi tidak akan berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan. Maka, kitaran pun akan berulang sekali lagi!

Walaupun tidak pernah mencapai kejayaan yang membanggakan, fikirkan there’s always a first time for everything!

Mengapa tidak mempunyai keyakinan diri?

Mungkin kita pernah gagal sebelum ini. Dan kegagalan lepas masih lagi menghantui diri kita. Kita akan terasa takut gagal dan pisang berbuah dua kali. Kalau dulu gagal, nanti gagal lagi. Apa yang lagi menakutkan adalah lebih tekanan untuk buktikan orang keliling bahawa kali ini kita akan berjaya. Kalau gagal juga, malu muka nak sorok di mana!? Kalau gagal juga, ini lah peluang terakhir dan selepas ini tidak lagi akan mencuba!

Walaupun pernah gagal, perlu ingat, itu adalah langkah-langkah awal kesemua orang yang berjaya hari ini. Bukan hanya gagal sekali, tetapi setelah gagal berkali-kali, baru akan terjumpa kejayaan. Tingkatkan keyakinan diri dengan memahami untuk berjaya, gagal berkali-kali itu adalah perkara biasa!

Mengapa tidak mempunyai keyakinan diri?

Mungkin selalu melihat kegagalan orang sekeliling, kisah-kisah kesusahan orang lain, atau mungkin juga terdapat suara-suara negatif luaran dari orang lain yang tidak menyokong kita. Hati mahu lakukan tetapi, pengalaman sekeliling dan luaran membuatkan kita hilang keyakinan diri. Kalau orang lain gagal, kita pun akan gagal. Kalau orang lain kata kita akan gagal, betul lah tu. Kalau perniagaan mereka tidak menjadi, kita lakukan pun pasti tidak akan jadi.

Abaikan anasir-anasir luaran. Untuk berjaya kita tidak boleh puaskan hati semua pihak. Beri fokus kepada diri sendiri. Kejayaan yang ingin kita capai adalah untuk diri dan keluarga kita. Bukan untuk orang lain.

Buangkan rasa tiada keyakinan diri jauh jauh. Kerana sesiapa sahaja, termasuk ANDA layak, mampu dan pastinya boleh berjaya! 

* Antara sebab tidak yakin adalah kurangnya ilmu dalam sesuatu perkara itu. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan tetapi tidak yakin, mungkin perlu menambahkan ilmu dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan keyakinan diri anda.  Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah berjaya membantu ramai usahawan memulakan perniagaan mereka yang pertama. Klik di sini untuk maklumat lanjut pengambilan terbaru!

3 Cara PERmudahkan kejayaan anda…

Ada tak cara untuk berjaya dengan mudah? Sememangnya tidak ada. Namun, walaupun tiada cara untuk mencapai kejayaan dengan mudah, pastinya ada cara-cara untuk PERmudahkan kejayaan kita.

Cara-cara ini adalah cara terbukti berkesan yang dilakukan oleh ramai insan-insan yang berjaya.

Pertama: Perhati dan ikut cara orang berjaya

Dalam kejayaan, bak kata mat Salleh, kita tidak perlu “re-invent the wheel”. Kata Melayu pula, kita tak perlu ciptakan sekali lagi roda. Roda telah dicipta. Maka, tak guna nak ciptakan sekali lagi bukan? Tetapi maksud sebenar “wheel” atau “roda” di sini bermaksud kitaran atau cara-cara yang dilakukan oleh seseorang itu.

Pelajari dan teliti usaha, teknik, srategi, semangat, sikap, cara, kaedah, dan apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang berjaya selagi ianya tidak melanggar batas-batas agama.

Ianya dikatakan menurut penyelidikan Dr Thomas Stanley, orang yang sangat-sangat berjaya dalam bidang mereka bekerja dan berusaha 70-80 jam seminggu. Sekiranya dilihat di sini sahaja, jumlah ini adalah jauh lebih dari bekerja 9 pagi hingga 5 petang. Adakah kita berusaha sedemikian?

cara-mudah

[PENGUMUMAN: Hanya beberapa hari sahaja lagi, pengambilan terbaru untuk Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan bermula. Klik di sini untuk maklumat lanjut program sebelum tempat dipenuhi]

Kedua: Bergaul dengan orang-orang berjaya

Kelilingi diri anda dengan mereka yang bermotivasi tinggi, bersemangat, berjaya, berfikiran positif, mempunyai matlamat dan visi, dan seumpamanya. Sekali lagi, bak kata mat Salleh, “If you want to soar like an eagle, you must not flock with the turkeys”. Banyak pula kata mat Salleh kali ini 😉 Maksudnya adalah, “Kalau hendak terbang setinggi helang yang gah, jangan pula sentiasa bersama ayam belanda di tanah”.

Kenali bulatan kenalan baru. Berjumpa dan berkenalan dengan orang-orang yang disebutkan diatas. Ianya seumpama pergi ke gym. Kalau di rumah, melakukan senaman seorang diri mungkin kurang semangat dan tenaga. Tetpi, apabila pergi ke gym, melihat ramai sedang bersenam, berpeluh tanpa henti, ia seakan memberi semangat kepada diri kita sendiri pula untuk turut sama bersenam, berpeluh tanpa henti!

Kenali dan dampingan bulatan kenalan yang dapat memberi semangat kepada anda untuk berjaya, dan bukannya menjatuhkan semangat anda.

Ketiga: Jadikan usaha sebagai tabiat

Konsisten dalam usaha anda. Tidak semestinya anda berusaha sekeras mungkin untuk sesuatu masa yang tertentu. Apa yang penting adalah konsisten dalam usaha yang dilakukan. Apabila konsisten, ia akan menjadi tabiat dalam diri kita sendiri.

Seperti perlumbaan kura-kura dan si arnab, arnab yang sebegitu laju tetap kalah oleh kerana berhenti ditengah jalan untuk tidur. Si kura-kura menang kerana konsisten selalu sehingga ke akhirnya.

Melakukan usaha dengan pantas, dan bersemangat sememangnya penting. Tetapi, ianya tidak akan menjadi sekiranya tidak konsisten. Kalau nak berusaha dengan pantas, keras, & bersemangat, boleh, tetapi biarlah konsisten dan dilakukan setiap hari.

Sediakan jadual mingguan untuk diri anda sendiri dan senaraikan matlamat yang anda ingin capai setiap hari dalam seminggu. Jadual mingguan ini akan menjadikan and alebih teratur dan konsisten dalam usaha anda. Jadikan tabiat untuk sentiasa merancang minggu anda dengan usaha-usaha yang anda perlu lakukan, dan lakukannya!

Sememangnya, untuk berjaya tiada cara yang mudah. Kalau ada yang kata boleh berjaya dengan mudah, tipu la tu. Namun, pastinya ada cara-cara untuk PERMUDAHKAN kejayaan anda.

* Pengambilan terbaru untuk Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan bermula. Sekiranya anda berminat untuk menjalankan perniagaan di Internet dan memerlukan bantuan dan juga bimbingan, layari www.OpenEdu.com.my untuk melihat sama ada program ini dapat membantu anda. Program 6 bulan ini memberi module yang terbukti berjaya, belajar bersama-sama rakan sekelas baru, serta memberi bantuan dan bimbingan selama 6 bulan. Klik di sini untuk maklumat lanjut. atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini.