Ramai yang tertunggu-tunggu sejak awal minggu ini lagi tentang “Mentor Jutawan”, tak perlu tunggu lagi kerana kali ini, Mentor Jutawan boleh didapatkan sempena soft launch 😉
Mengapa soft launch dan bukan full launch? Nanti saya cerita kan… sebelum tu, saya nak kongsikan kisah “Mentor Jutawan” terlebih dahulu…
Mentor Jutawan adalah produk digital, atau e-book. Ianya adalah koleksi transkripsi terpilih temubual saya dengan 8 ikon-ikon jutawan Malaysia.
Idea ini datang daripada sebuah buku yang pernah saya baca bertajuk “Conversation with Millionaires” oleh Mike Litman. “Conversation with Millionaires” telah menjadi buku best seller.
Sedikit mengenai Mike Litman, beliau adalah pakar motivasi jutawan yang mempunyai rancangan radionya tersendiri bernama “The Mike Litman Show” di mana Mike menemubual ikon-ikon jutawan USA termasuk Robert Kiyosaki, Jack Canfield, Mark Victor Hanson, Robert Allen, Jim Rohn, Jim McCan, Jay Conrad Levinson dan ramai lagi.
Sounds familiar? Ya betul… itu lah cetusan idea program radio saya “Jutawan Bersama Irfan Khairi” di Radio24 daripada tahun lepas sehingga beberapa bulan lepas yang kini tamat musim pertama (menunggu musim kedua sekiranya ada rezeki).
Jadi, “Mentor Jutawan” adalah transkripsi temubual bersama 8 ikon jutawan Malaysia termasuk:
- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
- Azizi Ali (Jurulatih Jutawan)
- Chef Li (Jutawan Senyap)
- Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
- Billi Lim (Jutawan Berani Gagal)
- Dato’ Hussamuddin (Pengasas Kumpulan Karangkraf)
- Abang Abu (Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapore)
- IK (Jutawan Internet ) ditemubual oleh Nizal Mohammad
Ebook ini memuatkan motivasi, inspirasi, strategi, yang terbukti untuk mempercepatkan anda menuju jalan kebebasan kewangan. Bayangkan hanya satu idea dan mutiara daripada mereka dapat melipat kali gandakan kewangan anda!
Sejak awal minggu ini, ramai yang tertunggu-tunggu program affiliate, tetapi bagi saya, informasi yang dikongsikan oleh jutawan-jutawan ini nilainya jauh lebih tinggi daripada program affiliatenya! 🙂
So, kini tiba masanya untuk “soft launch” dan anda boleh jadi antara yang pertama mendapatkan strategi ikon-ikon jutawan ini. Mengapa soft launch dan tak terus launch je?
- Kami memerlukan testimonial untuk ebook ini. Sebab belum ada pembaca, maka, tiadalah testimonial. Pembeli terawal ketika soft launch akan diberi peluang untuk menulis testimonial. So, testimonial yang terpilih akan dimasukkan di muka surat jualan nanti. Saya expect “Mentor Jutawan’ akan jadi hot (maklumlah, nama-nama hebat terlibat), so, bagi yang memberi testimonial, dapat lah mempromosikan laman mereka melalui link di muka surat Mentor Jutawan. Testimonial terpilih sahaja!
= - Kami memberi peluang kepada yang berminat untuk menyertai program affiliate terawal untuk mendapatkan ebook ini, dan baca terlebih dahulu. Untuk membuat “good review” memakan masa sedikit. Seperti saya sebutkan dalam posting sebelum ini, cara terbaik untuk promosikan program affiliate adalah melalui review. So, dengan memiliki ebook ini awal, anda boleh baca and review siap-siap dulu dan menyusun strategi untuk menjadi affiliate. Bila program affiliate ini launch 100% insyaallah hujung minggu ini, anda boleh terus promote dengan review yang dah siap! Maknanya, lepas beli, jangan promote lagi… sebab program affiliate hanya akan diaktifkan dalam 2-3 hari lagi.
= - Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan ilmu daripada mentor-mentor jutawan ini, dan tidak berniat untuk menyertai program affiliate atau memberi testimonial, kami tak mahu melengahkan lagi keluarkan ebook ini. Time is money, jadi, sekiranya anda inginkan maklumat hebat secepat mungkin dan tak mahu menunggu program affiliate dan laman siap dibina, maka, anda boleh dapatkan sekarang!
So, itulah 3 sebab soft launch ini.
Tanpa melengahkan masa lagi, pesanan untuk ebook “Mentor Jutawan” kini dibuka. Jadilah antara pembaca terawal mengetahui MINDA, STRATEGI dan RAHSIA MENTOR JUTAWAN anda! 😉
Updated: Dapatkan di sini (full launch)