Semalam (Ahad) saya keluar TV dua kali. Sekali jam 11 pagi untuk siaran live Nescafe Kick-Start final TV3. Dan sekali lagi jam 5 petang untuk rancangan Gedik Santai TV3 (rakaman). Di bawah beberapa screen shots bagi mereka yang terlepas…
Kick-Start Final berjalan dengan lancar bermula 11 pagi. Tahniah kepada pemenang Joo Nee memenangi RM150,000 (+RM30,000). Juga tahniah kepada finalist yang lain Derek, Ninie & Ashveen juga telah memenangi RM30,000 untuk memulakan (kickstart) impian masing-masing. Saya percaya Derek, Ninie & Ashveen walaupun tak menang the grand prize, akan terus mencapai cita-cita mereka dengan semangat & sikap mereka tunjukkan. Kalau ikutkan saya, saya nak keempat-empatnya menang. Satu yang saya takkan lupa adalah janji mereka berempat untuk terus mengejar impian mereka. So, I am looking forward to Malaysian 1st Yoga Magazine (with CD) “HatiYoga”, Legal Aid Mobile Clinic and also Malaysian bred opera & carnatic singer.
Bagi saya, tidak kira siapa yang menang, kesemuanya mempunyai kekuatan tersendiri dan saya amat gembira & bangga dengan usaha & outcome keempat-empat peserta yang ditunjukkan. Technically, tiada yang kalah oleh kerana kesemuanya dapat memulakan dan meneruskan impian mereka dengan wang tajaan RM30,000 (banyak tu) 🙂
Beberapa pihak saya ingin mengucapkan terima kasih (not in any order), firstly Nescafe/Nestle oleh kerana sponsor such a great program and also memberi peluang kepada saya jadi judge untuk season-3 ini. Popiah Pictures crew (production house) for being very professional- mudah bekerja dengan mereka (a shout out to Ping, Director and Anne, producer, congratulations on the new baby boy) and also giving me the opportunity to share the experience with you all. My fellow judges Weng Keong & Azah for making the whole experience a fun experience. Cheryl Samad- great host! It was great to get to know so many amazing people throught the whole experience. Also the participants! Ashveen, Derek, Ninie, Sam, Joo Nee, Salwa, Deja and Shawn.
Tip Satu Minit:
Sebenarnya kita tidak perlu menang any competition untuk capai impian kita. Sememangnya, kalau ada wang RM, boleh membantu. Tetapi, yang lebih penting adalah semangat & usaha. Ilmu dan pengalaman memainkan peranan yang amat penting untuk mencapai apa sahaja cita-cita.
Next, pada pukul 5 petang pula rancangan Gedik Santai ditayangkan. A very fun program! Rakaman telah dilakukan bulan lepas. Topik yang diperbincangkan adalah “High Mentainance”. Host, Kak Engku & Shira dan tetamu lain adalah Syafinaz & Zahida Rafiq (high mentainance) dan saya (low mentainance). Terima kasih kepada TV3 atas jemputan tersebut.
Sebenarnya nothing wrong dengan high mentainance. Ianya bergantung kepada industri… dalam Gedik Santai saya sebut:
Takkan saya yang kerja depan komputer di rumah nak melaram. Nanti apa pula orang rumah kata… buang tabiat ke ni? 🙂
Certain industries memerlukan high mentainance- seperti hiburan, perniagaan dan banyak lagi. Pakaian kita akan menggambarkan personality kita. Saya selalu pakai simple adalah kerana personality saya yang agak simple. Tip Satu Minit:
Ada masanya kita perlu high mentainance untuk memenuhi keadaan. Sebagai contoh, apabila saya ingin bertemu dan berunding dengan orang-orang penting, saya perlu juga pakai coat & tie. Tak boleh la saya pakai sweater yang ada hood macam di Nescafe KickStart! Macam budak nakal je, nak buat business macam mana? 🙂
Insyaallah akan datang ada beberapa lagi appearance saya di TV. Saya akan announcekan bila tiba masa.