Category Archives: Highlight!

Pelancaran saluran baru: ASTRO AWANI

Hari ini saya menjadi personality astro!

awanilogo.gifPagi tadi berlangsungnya pelancaran sebuah saluran baru di astro, iaitu AWANI. Sebuah saluran yang khas untuk berita, informasi dan isu semasa yang akan bermula siaran pada hari Khamis 6hb September ini. Astro AWANI: “Gerbang Dunia Kita”

Astro membuka saluran baru dan memberi peluang saya mengendalikan satu segmen tip-tip kewangan peribadi melalui rancangan “WW – Wacana Wanita” yang di hostkan oleh Dang Suria. Saya sebagai host diberi slot khas setiap minggu yang diberi nama…

…”WW- Bersama Dr Irfan Khairi”. Konsep segmen saya adalah seperti album motivasi pertama saya, “Wang & Anda”. (bukan Tip Satu Minit seperti anda menyangka!)

onair.jpg
Personality-personality Astro Awani

Majlis pelancaran berlangsung pagi tadi pukul 11 pagi di Palace of Golden Horses. Berikut, adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk  pembaca Tip Satu Minit. Sekiranya ingin maklumat lanjut, insyaallah malam ini di berita Astro, akan terdapat liputan.

Susulan daripada mesej saya semalam…

Coverage akan dilakukan oleh media
Sudah pasti, liputan meluas akan dibuat oleh media! Astro melancarkan saluran baru.

Mungkin satu lagi berita baik untuk usahawan-usahawan Internet :)
Seperti saya kata, tiada kena mengena secara langsung dengan industri Internet, tetapi, dengan saya di dalam industri media, sedikit sebanyak dapat mempromosikan perniagaan Internet yang sebenar secara tidak langsung (bukan skim-skim cepat kaya online!). Mana tahu, lepas ini usahawan Internet lain akan menyusuli? 🙂

Salah satu matlamat saya tercapai!
Salah satu matlamat saya tahun ini adalah mengendalikan segmen saya sendiri! (sebenarnya rancangan TV, tetapi, segmen TV is a good start!)

vshape.jpg
Personality-personality Astro Awani

Dengan “WW- Bersama Irfan Khairi”, saya berpeluang berkongsikan tip-tip kewangan peribadi dan psikologi kewangan. Dalam kata lain, “Wang & Anda”

Pelancaran “sesuatu” yang menggegarkan ESOK!

Pengumuman mengenai satu pelancaran yang akan di adakan esok.

Pelancaran apa? Perlu tunggu esok! 🙂

Mungkin anda terfikir pelancaran Cayalah!com? Bukan!

Yang pastinya…

  • Coverage akan dilakukan oleh media
  • Mungkin satu lagi berita baik untuk usahawan-usahawan Internet 🙂
  • Salah satu matlamat saya tercapai!

Nak tahu pelancaran apa, perlu masuk Tip Satu Minit esok. Jawabnya, dapat lagi lah saya ucapan tahniah dari anda 😉

*Tip bonus: Dalam mempromosi atau mengumumkan sesuatu yang baru, ciptakan tanda tanya seperti yang saya lakukan di atas. Orang ramai akan menunggu dan terfikir-fikir, apakah pelancaran esok? Boleh di aplikasikan kepada pelancaran perniagaan juga…

Agak-agaknya pelancaran apa ya? Sesiapa yang pertama memberi jawapan yang tepat dapat hadiah!

Gerak Usahawan Nasional 2007- Part 2

 

hadirin.jpg

Alhamdulillah Gerak Usahawan 2007 tadi berjalan dengan lancar. Hadirin usahawan & bakal usahawan ada juga 700-800 orang! Wow… banyaknya. Semoga semuanya dapat manfaat daripada talk saya 🙂

Antara yang menarik terjadi:

  • Sesi saya dimulakan lewat sedikit 4.00pm (sepatutnya 3.30pm)oleh kerana sesi-sesi sebelum saya terlewat. Namun, ramai sanggup menunggu dengan penuh sabar sesi saya… sesi penutup! Terima kasih atas sokongan semua 🙂
  • Full house dewan besar tu sampai ramai yang perlu berdiri untuk masa 1 jam setengah!
  • Sebuah klip berita TV9 dimainkan menunjukkan kejayaan perniagaan Internet oleh salah seorang peserta Workshop Jutawan Internet. Menjual produk Halal dari Kelantan ke seluruh dunia!
  • Bersemangat membuat pesembahan punya pasal, saya sampai berdiri atas meja VIP! Nasib baik VIPnya takde!
  • Lepas talk, berpeluang berjumpa bakal-bakal usahawan yang bersemangat! 🙂

iks.jpg

Juga, sesi bersama saya tadi di siarkan di TV3 Buletin Utama 🙂 Saya pun tak sempat tengok sebab masih dalam kereta on the way balik rumah dari PWTC! Terima kasih kepada TV3

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Gerak Usahawan 2007 semoga ia dapat manfaatkan masyarakat Malaysia tentang Keusahawanan Kerjaya Pilihan.

Bagi mereka yang tak berkesempatan menyaksikan persembahan saya semalam, esok saya akan tulis sedikit tips yang saya kongsikan kepada lebih 700 peserta gerak Usahawan 🙂

Jumpa lagi!

ps: Workshop Jutawan Internet Hanya 3 tempat kosong.

Luar majalah, dalam majalah

compile-mag.jpgBulan ini saya menjadi cover majalah perniagaan Apprentice– edisi merdeka! Best jadi cover majalah ni untuk publisiti, yang  tak bestnya adalah masa time nak beli majalah di kedai mamak, nanti mamak tu jeling-jeling saya 🙂

Berita baik juga, bekas peserta Workshop Jutawan Internet, juga ada menulis untuk majalah ini, Irwan Dahnil. Namanya ada tertulis di bawah nama Azizi Ali dan atas nama Billi Lim. Keep up the good work!

Tip hari ini…

Membeli iklan di dalam majalah adalah salah satu cara promosi. Apa yang baiknya mengenai iklan di majalah adalah, anda mendapat market yang targeted.

  • Ini kerana, setiap majalah mempunyai golongan pembacanya yang setia. Berdasarkan tema majalah tersebut seperti perniagaan, laman rumah, memancing, silat, keluarga, wanita, lelaki, kereta dan sebagainya… pengiklan dapat mengsasarkan iklan tepat pada pasaran yang ingin ditumpukan, tidak seperti surat khabar yang lebih bersifat umum.
  • Majalah juga sering dijadikan koleksi untuk beberapa lamanya oleh kerana amat jarang orang membuang majalah (tidak seperti surat khabar). Selagi majalah di simpan, selagi itu juga iklan anda akan terkandung dalam majalah itu.
  • Ilklan di dalam majalah adalah murah berbanding iklan akhbar, tv & radio. Murah + Tepat pada sasaran = Cara Promosi yang kos efektif!

Fikirkan sasaran pengguna perniagaan anda dan senaraikan apakah majalah-majalah di kedai yang menepati sasaran anda.

Up to date, sudah 3 majalah saya menjadi cover. Lepas ni, boleh la apply kat majalah Vogue jadi model pulak 🙂 Teringat pula time gambar saya keluar dalam filem Nana Tanjung!

ps: Workshop Jutawan Internet. Signup & pelajari strategi menguasai pasaran Internet Malaysia untuk industri anda seperti bekas-bekas peserta Workshop. Layari http://www.rahsiainternet.com/workshop untuk pendaftaran.

Workshop Jutawan Internet International, why not!?

Semalam berlangsungnya Workshop Jutawan Internet di Singapura pertama. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar dengan lebih 50 peserta.

Sejurus selepas Workshop, saya ditemuramah pula oleh Radio Singapore International, MediaCorp Radio dan untuk menyampaikan mesej perniagaan Internet kepada pendengar Singapura, Brunei & Indonesia.

Melihat permintaan ilmu perniagaan Internet yang tinggi di luar Malaysia juga, insyaallah Workshop Jutawan Internet akan memasuki pasaran Brunei tidak lama lagi. Workshop di Singapura kedua pula akan diadakan pada bulan hadapan 8hb September November (sebelum puasa!). Tu pun dah penuh! Bagi yang nak join juga, perlu tunggu selepas raya nanti.

Seronok saya melihat teman-teman di Singapura juga turut bersemangat dalam memulakan perniagaan Internet seperti di Malaysia juga.

Special thanks to Abang Abu, Thomas & team NowAsia!

Tip satu minit…

Sesetengah orang akan tanya, “mengapa ini… mengapa itu”, yang akan menjadi alasan. Anda perlu kata MENGAPA TIDAK!? dan teruskan mencapai kejayaan, demi kejayaan untuk diri anda!

Worshop Jutawan Internet International? Mengapa tidak! Why not! 🙂

Bagi yang tidak mahu melepaskan, Workshop Jutawan Internet di Kuala Lumpur, tempat semakin terhad! Pelajari cara memulakan perniagaan Internet yang menguntungkan dalam masa 7 hari 🙂 Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Rakaman pilot “Tip Irfan Khairi”

Hampir satu tahun lalu saya ada menulis ura-ura mengenai “Tip Satu Minit Menjadi Program TV?” Malangnya, ura-ura pada ketika itu tidak menjadi 🙁 takde rezeki! Kerana terdapat masalah teknikal sedikit dengan production company yang memberi proposal tersebut… lagi pun, ura-ura sahaja masa tu- belum masuk studio penggambaran pun.

Tetapi, berita terbaru untuk pembaca Tip Satu Minit, saya tak mahu meletakkan harapan anda tinggi sangat sebab perancangan tahun lepas tak menjadi, tetapi, perkembangan terbaru…

Hari ini saya menjalankan satu penggambaran pilot untuk Astro! Saya mengendalikan satu segmen khas memberi Tip – tapi bukan satu minit… sebab diberi dalam 6-7 minit. mungkin “Tip Irfan Khairi” (belum tetapkan nama segmen lagi). Pilot maksudnya rakaman pertama. Sekiranya tiada aral melintang dan pihak Astro setuju, maka, segmen saya akan menjadi segmen tetap setiap minggu 🙂

brief.jpg   

…Gambar di atas, breifing oleh Mr Kam
Gambar di bawah, di set…

set.jpg

Sekiranya semua berjalan lancar, ia merupakan suatu yang baru untuk industri Internet Malaysia!- Pertama kali (?) blog menjadi segmen di TV. Mana lah tahu lepas ni boleh saya kendalikan program macam Aznil ke, AC ke, Kak Nita ke! 

Kalau ada rezeki kali ini! Jadi, doa-doakanlah orait? Cayalah! <"” boleh jadi trademark saya kat TV ni  🙂

Irfan Khairi as seen on TV

ikww.jpgHari ini saya dijemput sebagai tetamu undangan sebuah program TV baru untuk Astro- Wacana Wanita. Yea!

A women’s talk talk show dikendalikan oleh host berpengalaman, Dang Suria. Dang Suria juga sebagai producer Wacana Wanita.

Satu perkara yang terdetik di fikiran saya ketika shooting tadi adalah, saya teringat salah satu appearance terawal saya di TV, iaitu pada tahun lepas “Usik-Usik bersama Chef Wan”. Kalau anda ingat, ia adalah ketika saya ditemuramah bersama Siti Nurhaliza…

Ketika penggambaran Wacana Wanita tadi, terdapat 3 tetamu jemputan, seorang pakar motivasi (Dr. Rubiah), seorang lagi fashion consultant (tak ingat nama!) dan saya sendiri.

Ketika sebelum penggambaran, tetamu fashion consultant tu ketahui saya sering juga menjadi jemputan di TV dan beliau meminta tips dari saya oleh kerana kini dirinya tengah nervous! Boleh nampak jugalah kerisauannya…

Tersenyum saya teringat ketika menjadi tetamu di Usik-Usik Chef Wan tahun lepas, saya juga turut rasa nervous dan gelisah- sampai nampak di muka!. Sehingga Siti Nurhaliza di backstage yang menasihatkan saya untuk “relax sikit & bertenang”.

Tip hari ini…

There’s always a first time! Sekiranya anda ingin melakukan sesuatu, dan takut-takut, atau nervous, atau gelisah- JANGAN RISAU. Memang anda perlu melalui itu semua. Memang perasaan itu akan dilalui oleh setiap orang. Melakukan sesuatu yang baru adalah diluar zon selesa seseorang.

Apabila sesuatu yang baru itu dilakukan berulang kali, anda akan berjaya mencipta satu zon selesa baru. Lama kelamaan, anda tidak lagi akan merasa takut, nervous, gelisah & risau!

Sekali lagi, terima kasih kepada media-media yang tak jemu memanggil saya. Kali ini, my thanks to Astro! Saya rasa Astro suka saya kut, dah 2-3 kali dah panggil saya ni 😉 Also, terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong!

ps: Ada lagi berita baik yang saya nak kongsikan dengan pembaca Tip Satu Minit mengenai saya & Astro. Tapi, “biarlah rahsia” dulu. Nanti banyak sangat pulak good news dalam masa seminggu…. 🙂

Berita Terkini: Workshop Jutawan Internet melebarkan sayap :)

Berita terkini: Atas permintaan yang tidak di sangka-sangka, kini Workshop Jutawan Internet dijalankan di Singapura!

Belum sempat saya sebut di Tip Satu Minit & juga Newsletter Rahsia Internet, Workshop Jutawan Internet pertama yang bakal diadakan di Singapura pada 18hb Ogos 2007 sudah penuh- fullhouse!

Permintaan yang tinggi telah membuka satu lagi Workshop Jutawan Internet di Singapura pada 8hb September 2007.

Tip: Sekiranya anda ingin melebarkan sayap perniagaan offline anda ke negara lain, dapatkan strategic partner dalam memudahkan perjalanan anda. Irfan Khairi Sdn Bhd telah memulakan partnership dengan Now Asia PLC di Singapura.

Dengan mempunyai partnership di negara lain, memudahkan segala urusan undang-undang perniagaan sesebuah negara tersebut 🙂

Alhamdulillah, permintaan yang tinggi di Malaysia (bulan ini sahaja, Krew Rahsia Internet telah menjalankan 3 Workshop Jutawan Internet!- macam goreng pisang panas), kini permintaan yang tinggi di Singapura pula. Seronok saya melihat lebih ramai memberi peluang kepada saya untuk menunjukkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah.

Sekiranya ada rezeki, Workshop Jutawan Internet akan diadakan di Brunei & Indonesia pula 😉 Terima kasih atas kepercayaan & sokongan anda semua sejak 2 tahun lepas! Tanpa supporters, siapalah saya 🙂

ps: Workshop Jutawan Internet Ahad lepas berjalan dengan lancar! Terima kasih kepada peserta-peserta & all the best. Hubungi kami sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan (Bantuan & Bimbingan 1 tahun).

Sehari di Singapura “Think & Grow Rich”

pointing.jpgSemalam berlangsungnya Sidang Perancangan Kewangan Berita Harian 2007 di Singapura dianjurkan meja Ekoniaga Berita Harian bersama SSA Consulting Group dan ditaja oleh Maybank. Full house! 700 peserta menyertai dan sidang kali ini menerima penyertaan yang paling ramai berbanding sebelum ini.

Sesi saya mengenai perniagaan Internet went well. Alhamdulillah ramai yang terbuka minda mengenai Perniagaan Internet. Sesi saya adalah sebagai pengenalan kepada perniagaan Internet.

Di booth juga tak putus-putus membeli buku & produk RahsiaInternet.com sampai SOLD OUT!. Amat berbesar hati dapat bertemu dengan semua. Tidak pernah saya menyangka begitu ramai di Singapura juga turut mengenali saya 🙂

Memang seronok saya kendalikan sesi saya. Enjoy habis 🙂 Moga peserta juga turut enjoy!

Tview.jpgip hari ini, daripada talk saya semalam is, untuk kita sering bayangkan dan visualize keadaan kita kini sudah kaya tidak kira keadaan kewangan kita kini. “Think & Grow Rich” adalah tema sidang kali ini. Daripada itu, saya kongsikan pengalaman saya bagaimana ketika berumur 18 tahun saya sudah bayangkan keadaan saya yang kaya raya- walaupun saya tidak! 🙂

Whatever you dwell upon, will grow

all.jpgSebab itu, sekiranya anda sering risau mengenai masalah kewangan, makin banyak masalah kewangan akan datang kepada anda. Sekiranya anda risau anda tidak dapat melaksanakan tugas anda dengan sempurna, biasanya tugas anda akan menjadi tidak sempurna.

Jadi, why not anda fikirkan keadaan anda yang sudah kaya-raya. Anda pasti akan dapat lihat dunia dari sudut yang berbeza dan dapat melihat betapa banyak peluang memperolehi pendapatan yang tinggi di mana-mana sahaja.

panel.jpgMengapa yang kaya menjadi makin kaya, dan miskin menjadi miskin?

Antara sebabnya adalah yang kaya sering memikirkan kekayaan mereka. Manakala yang miskin sering risaukan kemiskinan mereka. Think Rich, Grow Rich!

Terima kasih kepada pihak penganjur Sidang Perancangan Kewangan BH 2007 di Singapura! Kalau ada rezeki kita jumpa lagi…

Gerak Usahawan 2007 & Think and Grow Rich

2 big events yang melibatkan saya dalam masa terdekat ini saya ingin kongsikan…

gu2.gif

Berita baik bagi usahawan dan juga bakal usahawan. MECD akan menjalankan program GERAK USAHAWAN NASIONAL 2007 di PWTC

Juga, berita baik untuk usahawan & bakal usahawan Internet, kali ini, MECD memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan satu sesi. Ini menunjukkan bahawa badan kerajaan juga kini memberi peluang dan mempromosikan perniagaan Internet kepada orang ramai 🙂

Tarikh: 25 – 26 Ogos
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur
Di Rasmikan: Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi

Sebagai tambahan, pada hari Ahad ini, saya akan berada di Singapura untuk mengendalikan satu sesi talk mengenai perniagaan Internet dalam seminar “THINK & GROW RICH” yang dikendalikan oleh Berita Harian Singapore.

SIDANG PERANCANGAN KEWANGAN BH 2007
Tajuk: Think & Grow Rich
Tarikh: 15hb July 2007
Tempat: Raffles City Convention Centre
Speaker: Christina Chia, Adam Khoo & Irfan Khairi

Makin hari, makin banyak badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan turut membantu dalam mempromosikan perniagaan Internet.

Jemputan saya memberi talk mengenai perniagaan Internet dan kekayaan, saya lihat dapat menambahkan kepercayaan orang ramai dalam perniagaan Internet terutama di Malaysia.

Terima kasih atas sokongan anda! 🙂

Tip hari ini:

Dalam Cara Promosi 101, salah satu cara mempromosikan perniagaan anda adalah dengan menyewa gerai- seperti di shopping complex ataupun tapak pameran.

Konvensyen seperti Gerak Usahawan & Think & Grow Rich merupakan tempat mengumpul orang ramai terutama usahawan atau bakal usahawan. Sekiranya pasaran anda mengsasarkan gologan ini, gerai / booth dapat disewa.

Melalui menjual melalui gerai atau booth di konvensyen seperti ini  adalah strategi yang baik oleh kerana peserta yang menghadiri dalam keadaan emosi yang “highly motivated”/ bersemangat dan sering kali akan membeli sesuatu sebagai buah tangan alang-alang menghadiri konvensyen 🙂