Sempena tahun baru ni, agak-agaknya matlamat 2007 anda tercapai atau tidak?
Mudahan semuanya tercapai!
Sepintas lalu 2007 bersama saya…
Januari 2007…
Produk RahsiaInternet dikeluarkan, 101 Cara Promosi, mendedahkan cara-cara promosikan perniagaan Internet anda. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut
Februari & March 2007
Saya kira bulan sibuk saya bersama media TV… antaranya mengendalikan siri motivasi Get Set Go RTM, menjadi tetamu jemputan Gedik Santai TV3, menjadi tetamu selibriti program Aura Rasa RTM dan sudah tentunya sibuk dengan shooting rancangan Realiti TV popular, Nescafe KickStart di TV3- saya sebagai judge!
April 2007
Secara rasmi, saya telah menjadi artis Telaga Biru! Amat bermakna bagi saya oleh kerana ramai pakar motivasi yang saya sanjungi adalah artis telaga biru- termasuk Dato Dr Fadzilah Kamsah! Kempen promosi saya bersama telaga biru akan bermula awal 2008… insyaallah Januari 2008 dengan pelancaran 2 produk baru!
May 2007
Bulan May beberapa aktiviti telah berjalan serentak! Pertama, bermulanya yaysan saya sendiri, iaitu Yayasan Ilham Budi. Insyaallah tahun 2008 kami akan mengadakan pelancaran yayasan tersebut!
Dalam waktu yang sama juga, CD Audio saya pertama telah dilancarkan, Wang & Anda “Jejak Jutawan”. Jualan yang amat hebat CD tersebut, sehingga habis di pasaran di hujung 2007… belum kesempatan untuk kami ulang cetak. Cadangnya akan di lancarkan kembali pada awal 2008 bersama buku terbaru saya (dari telaga biru!)
… dan sebut tentang buku, bulan ini juga buku pertama saya, “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” menerima Gold Award di Pesta Buku PWTC!
June 2007
Saya dijemput untuk mengendalikan Sidang Perancangan kewangan Berita Harian, Singapura 2007. Acara yang berprestij dihadiri oleh lebih 700 peserta. Talk saya berkenaan dengan perniagaan Internet dan antara penceramah yang turut mendapat slot adalah penceramah antarabangsa, Adam Khoo.
Julai 2007
Pertama kalinya Workshop Jutawan Internet melebarkan sayap ke negara jiran, Singapore! Workshop Jutawan Internet mendapat sambutan yang amat hebat di Kuala Lumpur sejak 2005, kini, mendapat tempat di Singapura pula. Insyaallah, bulan ini, Workshop Jutawan Internet akan mula dijalankan di Brunei pula!
Bagi anda di KL, ikuti Workshop Jutawan Internet, klik di sini! 🙂
August 2007
Gerak Usahawan 2007- Program Gerak Usahawan Nasional di PWTC tahun ini memaparkan saya sebagai salah seorang penceramah untuk sesi “Mulakan perniagaan Internet dari Rumah”. Gerak Usahawan dilancarkan oleh Perdana Menteri kita, Pak Lah.
September 2007
Astro Awani, sebuah saluran baru Astro telah bermula dan mereka telah mengambil saya sebagai salah seorang personaliti untuk megendalikan sebuah segmen WW- Wanita & Wang, segmen motivasi kewangan dan perniagaan. Ikuti secara langsung pada jam 11.50am setiap hari Khamis.
October 2007
Alhamdulillah, rezeki menyebelahi saya lagi… saya menjadi peneraju program Radio24, Bernama di 93.9FM bertajuk “Jutawan bersama Irfan Khairi”. Program bual bicara saya bersama ikon-ikon jutawan tempatan!
Atas sokongan semua, kini, “Jutawan!” adalah antara top rated radio shows di Radio 24 sehingga beberapa kali terpaksa bertukar slot untuk memenuhi prime time- kini Jutawan di siarkan pada 7pm setiap Jumaat. Tetapi, ada ura-ura ia akan di bawa pada hari Rabu oleh kerana hari Rabu adalah hari paling ramai pendengar radio!
November 2007
Matlamat untuk saya menjadi duta bagi sebuah syarikat tercapai! J & C Pacific telah mengumumkan saya sebagai Duta MIBO (Malaysian Independent Business Ownership). Sebelum ini ada juga beberapa syarikat menghampiri saya untuk menjadi duta, tetapi, terpaksa ditolak oleh kerana tidak berkesesuaian dengan jenama saya.
Program perniagaan MIBO menarik minat saya & saya bersetuju untuk menjadi duta MIBO!
Disember 2007…
Disember 2007 apa yang berlaku? sudah tentu, mulakan perancangan 2008!
Berbagai-bagai matlamat 2008 telah saya buat untuk diimplementasikan. Insyaallah 2008 saya akan cuba mencapai lebih banyak matlamat saya… melihat 2007, memang macam-macam tercapai… agaknya bagaimana 2008 saya akan capai lebih?
Tunggu dan lihat! 😉
Tip hari ini, senaraikan semua pencapaian anda tahun 2007, dan bandingkan… bagaimana anda boleh mencapai lebih kejayaan dari tahun lepas? Saya mengambil masa untuk menulis semua ini untuk tatapan anda, saya pasti anda juga bleh meluangkan sedikit masa untuk mengimbas semula tahun 2007 anda kan?
Orang yang berjaya adalah mereka yang menjadikan hari ini lebih baik dari semalam. Oleh itu, jika dikumpulkan, orang yang berjaya adalah mereka yang menjadikan tahun ini 2008 lebih baik dari tahun lepas 2007. Goodbye 2007… Hello 2008!
Jadikan 2008 JAUH LEBIH BAIK dari 2007 untuk diri anda sendiri- pasti anda akan mendapat kejayaan dan kekayaan yang berlipat kali ganda 🙂