Category Archives: Highlight!

Selamat datang September 2006

Pejam celik, pejam celik, sudah masuk bulan September. Tip satu minit masuk bulan baru, cuti sehari untuk buat rujukan tip-tip pada bulan Ogos. Klik di sini untuk membaca kesemua tip bulan Ogos…

Ok, hari ni, apakata anda kongsikan serba sedikit mengenai diri anda untuk tatapan pembaca-pembaca lain. Kiranya kita buka komen-komen hari ini untuk “networking”. Networking adalah salah satu konsep penting dalam apa jua perniagaan untuk meluaskan pasaran.

Ramai yang telah maklum tentang diri saya, infact dalam akhbar New Straits Times semalam juga ada menceritakan pencapaian saya (Merdeka Special Edition) bertajuk “Young, Internet-Savvy and …”.
Sedikit maklumat tentang diri saya yang saya fikir ramai tidak tahu: Irfan Khairi tu adalah nama saya. Ramai yang ingat “Khairi” tu nama ayah saya- maknanya bukanlah Irfan bin Khairi!. Nama penuh saya adalah Noor Irfan Khairi. Untuk tujuan promosi, saya gunakan Irfan Khairi sahaja (Nama glamer!) Sekarang, anda tahu! 🙂

Apa kata hari ini anda ceritakan sedikit sebanyak mengenai diri anda supaya sama sama saling mengenali di Komuniti Tip Satu Minit ini. (Yang dah lama atau tak pernah tinggalkan komen juga kena join!)

Salam berkenalan!

Irfan Khairi – film star?

Jangan nak mimpi la film star! jadi host kira ok la lagi 🙂

Hari ini saya menjalankan shooting untuk satu program TV motivasi & perniagaan (gambar) – kali ini menjadi host untuk beberapa rancangan. Program apa? Tunggu!. 🙂

Berbeza sedikit dengan peranan ketika menjadi motivator jemputan “Menjana Impian” TV9 (By the way, menjana Impian sudah bermula di TV9)

Seperti selalu, saya amat berbesar hati apabila menerima sebarang jemputan dan diberi peluang berbagai pihak untuk sampaikan mesej-mesej pembangunan diri & perniagaan melalui media. Terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak!

Ingin berkongsi tip hari ini, iaitu menulis matlamat (lagi!). Salah satu matlamat bertulis saya untuk tahun ini adalah untuk menjadi host rancangan TV. Alhamdulillah, tercapai hari ini.

Ramai yang masih lagi ragu-ragu dengan menulis matlamat. Apa tidaknya, kajian mengatakan 98% orang dewasa TIDAK menulis matlamat. 3 sebab utama mengapa seseorang tidak menetapkan matlamat menurut kajian:

1. Tidak tahu cara menetapkan matlamat kerana tidak pernah didedahkan.

2. Tidak percaya MENULIS matlamat memberi faedah. Kebanyakan kata mereka “fikir” sahaja matlamat dan tidak menulis.

3. Takut menetapkan & menulis matlamat oleh kerana takut tidak akan dicapai.

Salah satu cara efektif menetapkan matlamat di panggil “Public declaration”. Ia bermaksud, mengumumkan pada orang ramai.

Public declaration dalam matlamat adalah amat efektif. Salah satu public declaration saya adalah tahun lepas di dalam majalah Maskulin (keluaran Julai) yang mengatakan matlamat saya adalah menjadi ikon perniagaan Internet di Malaysia. Insyaallah, kini sudah tercapai!

Apa kata kita buat satu latihan secara real-time. Macam Reality TV la ni!

Apa kata, anda klik pada “comment”, dan tulis 5 matlamat anda yang anda ingin capai sebelum berakhirnya 2006. Kira, matlamat jangka pendek (4 bulan sahaja).

Nanti hujung tahun, kita tengok, efektif atau tidak menulis matlamat secara Public declaration- semua orang di Internet boleh melihat matlamat anda!.
Harapnya sesiapa yang serius sahaja menulis. Kalau tak serius, matlamat tidak akan tercapai. Have fun & good luck!

Program TV “Menjana Impian”

Semalam agak menarik bagi saya- saya dijemput sebagai motivator untuk satu sesi program TV baru “Menjana Impian” terbitan TV9 yang akan disiarkan bulan hadapan. Ucapan tahniah saya kepada TV9 oleh kerana menghasilkan program yang berteraskan kejayaan & motivasi yang amat kurang di TV kini.

Menjana Impian adalah reality TV di mana 16 peserta muda (dari serata Malaysia termasuk luar bandar) di ambil untuk bertanding merebut biasiswa bernilai RM50,000. According to the producer Mr Jafni, program ni macam “The Scholar”, cuma the scholar test IQ, Menjana Impian test pada “soft skills” pelajar-pelajar.

Gambar kenangan: baju merah – peserta, baju orange – producer Bro Jafni, dua di belakang – host, baju biru – hero 🙂

Saya berpeluang bersama pelajar-pelajar (tinggal 8 sahaja tadi) selama 1 jam memberi  beberapa tip (Tip Satu Jam… bukan satu minit 🙂 ) berkaitan dengan kejayaan dan perniagaan.

Antara soalan saya kepada pelajar-pelajar adalah…

“Mengapa mereka yang berjaya dalam perniagaan (jutawan-jutawan) adalah mereka dalam golongan 40-an, 50-an, 60-an? Kenapa tidak ramai pemuda-pemuda yang berjaya dalam perniagaan menjadi jutawan? Bagaimana untuk menjadi berjaya pada usia yang muda?”

Soalan ini saya tujukan kepada pembaca tip satu minit juga. Klik pada comment, dan berikan pendapat. Esok saya akan berikan jawapan saya (dan pelajar) dan juga beberapa tip bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan pada usia yang muda!

Bagi mereka yang tidak pernah tinggalkan comment, atau dah lama tak tinggalkan comment, digalakkan turut serta supaya sama-sama dapat manfaat!

Seronok dapat jumpa anak2 muda yang bercita-cita tinggi! 🙂

“Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet”

Begitu bunyinya tajuk artikel di dalam majalah I (majalah Islamik) terbitan Karangkraf bulan ini.

Bulan ini majalah I interview saya mengenai peluang perniagaan Internet untuk usahawan Muslim. Satu perkara yang saya tekankan dan ingin berkongsi dengan pembaca Tip Satu Minit adalah…

Terlalu banyak ruang-ruang kosong di pasaran (gaps in the market) untuk produk dan perkhidmatan yang berteraskan Islam di Internet. Ini adalah kerana tidak ramai usahawan Internet Islam yang mengambil peluang tersebut. Kita di Malaysia yang mempunyai kemudahan Internet yang mencukupi patut mengambil peluang ini dalam meniagakan produk-produk berteraskan Islam untuk pasaran Malaysia ataupun sedunia.

Lihat sahaja dikeliling kita- dikedai-kedai buku Islam, banyak buku-buku Islamiah yang bagus, namun, tidak dijual di Internet. Ketika saya berada di PWTC beberapa bulan lalu untuk pesta buku, sambil bersiar-siar terlihat banyak produk Malaysia yang tidak di jual di Internet seperti al-Quran digital, Ensiklopedia Sains Al-Quran, CD-CD ceramah agama dan sebagainya.

Kadangkala, peluang perniagaan di hadapan kita, tidak kita nampak 🙂 Mudah-mudahan, sambil menjalankan perniagaan, boleh berdakwah.

Maklumat tambahan: Salah satu peserta Workshop Jutawan Internet telah mengambil peluang ini memasarkan produk berteraskan Islam ke seluruh dunia. Laman webnya, www.halalgelatine.com kini mendapat pesanan dari negara-negara luar di samping itu, pemiliknya juga telah dipilih menjadi jurucakap rasmi bagi produk Halalgel! Workshop Jutawan Internet bukan sahaja membantu peserta mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet sahaja, tetapi konsep yang ditunjukkan turut membantu kejayaan bukan Internet juga. 🙂

Erti kejayaan?

Malam tadi Usik-Usik Chef Wan di TV9 disiarkan temubual Chef Wan bersama saya, Siti Nurhaliza & Cik Azlina (pengasas D’Nevachee) bertajuk “Anak Melayu Jutawan”.

Salah satu soalan yang menarik minat saya dari Chef Wan kepada kami adalah:

“Apakah erti kejayaan?”

Untuk berjaya dalam kehidupan, kewangan dan perniagaan, anda perlu tahu erti kejayaan. Bagi anda, apakah erti kejayaan?

Mari kita berkongsi tip!

ps: Siapa tahu jawapan saya kepada soalan itu?