Semalam selamat tiba di France! Tetapi, ni baru sempat online.
Terima kasih atas sokongan anda atas post saya sebelum ini. Saya baca kesemuanya tetapi tak sempat nak membalas setiap satu.
Sebenarnya, bagi saya untuk mencapai apa yang saya capai bukan perkara mudah. Memang perlu hard & smart work! Hendak bercerita sedikit…
Ketika di Birmingham tempoh hari, saya ada melawat 2 tempat yang agak istemewa:
- Rumah lama saya ketika saya masih bekerja sepenuh masa (selepas grad). Gambar rumah saya ada ambil tetapi esok lusa baru dapat post kan di sini. Rumah saya tu (flat sebenarnya) kecil sahaja… in fact, kecil sangat sehingga tiada bilik- tidur pun di ruang tamu. Flat kos rendah di Malaysia pun 2-3 kali lagi besar dari flat saya tu. Tetapi di situlah saya menjalankan perniagaan Internet saya.
- Rumah seorang kaya di depan flat saya. Rumahnya besar sangat- bunglow tiga tingkat… tetapi, siapa pemiliknya, saya tak pernah kenal. Saya selalu bayangkan pemiliknya seorang businessman. Tiap-tiap hari saya berangan di flat kecil saya, satu hari nanti saya pasti akan capai seperti orang ini.
Alhamdulillah, berkat doa dan usaha, banyak berubah sejak 8 tahun lalu!
*tip* Fikirkan keadaan anda kini, dan fikirkan apa yang ingin anda capai pada masa hadapan. Fikirkan hidup anda kini dan hidup ideal anda. Lebih banyak anda berfikir, lebih mudah untuk anda motivasikan diri anda untuk mencapai hidup ideal anda tidak kira apa keadaan anda sekarang!
ps: kadang kala kita akan rasa malu untuk fikir hidup yang ideal sekiranya hidup kita amat kebelakang. Tetapi, malu jenis inilah yang merugikan. 🙂