Category Archives: irfan@TV

IK di Al Kulliyyah, TV3 sempena Hari Belia

Ok, sempena hari Jumaat mulia ini, saya bagi tip melalui Al-Kulliyyah la ya… ikuti sesi saya di Al Kulliyyah tajuk “Kreatif berakhlak” di clip YouTube di bawah…

http://www.youtube.com/watch?v=PB7U094kS38

Some take away points:

1. Dalam perniagaan tidak boleh menipu. Kita perlu fikir keuntungan jangkamasa panjang, dan bukan jangka masa pendek. Untuk bersaing dengan pesaing, kita perlu berbeza dengan pesaing kita. Bukan menipu untuk bersaing!

2. Zaman-zaman belia muda mudi ni la minda kita paling kreatif! Oleh itu rebut peluang sementara minda kita masih dalam keadaan optimum dan dinamik.

3. 98% peratus belia-belia kita tidak mempunyai matlamat. Matlamat adalah langkah pertama dalam mencapai sebarang kejayaan. Langkah kedua? dapatkan ILMU yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut!

4. Kita perlu mempunyai “perspektif masa” yang lama. Bererti, lebih lama kita dapat gambarkan masa depan kita jauh kehadapan, lebih hebat dan mudah untuk kita mencapai kejayaan!

Bottom line…

Ilmu tu penting. Wahyu pertama juga menekankan kepentingan ILMU dan dalam Al-Quran ILMU disebut sehingga 750 dalam berbagai-bagai cara…

*sorry saya cakap laju sikit sebab nak mengejar masa. 140km sejam!*

ps: Event saya pada bulan ini terdekat adalah Workshop Jutawan Internet, bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah. Klik untuk maklumat lanjut.

Razzi.muz.ik di MHI TV3

Sempena cuti ni, kita pun cuti dari “Tip satu minit” dan berhibur kejap πŸ™‚ Bagi yang termiss MHI Khamis lepas, Razzi.muz.ik menjadi artis undangan MHI. So, ini performance kami untuk lagu “Selamanya”

Hampir sebulan “Selamanya” release, banyak komen2 positif yang kami terima, mengatakan lagu ni mengingatkan kita pada zaman2 dulu… teringat friends and families. Alhamdulillah, matlamat Razzi.muz.ik tercapai untuk menyampaikan mesej menghargai orang tersayang, kenalan dan keluarga kita πŸ™‚

Terima kasih kepada MHI kerana mengundang, Fenda and the producers. Also, friends Abby Fana & Fedtri for the cool interview.

So bagi anda yang tak pernah tengok saya main guitar electric… here it is!

Part 1: Selamanya…

Part 2: Interview I

In life, takleh la kita business 100% sahaja… or work 100% sahaja. At times, perlu juga take a break… buat sesuatu yang kita suka. Muzik (dan DVD) adalah cara saya menghiburkan diri. Some businessman suka main golf, suka memancing, suka travelling… atau apa sahaja. Terpulang kepada minat masing-masing.

Kalau nak baca more about Razzi.muz.ik, dapatkan majalah MASKULIN FEB 2009. Ada cerita mengenai kami bertiga… gambar glamer pun ada. Ha ha πŸ™‚

Enjoy the holiday!

ps: Happy Chinese New year to Chinese friends!

Bersama Irfan Khairi siri 01 @ WW Astro Awani

Khamis baru ini berlangsungnya segmen saya “Bersama Irfan Khairi” siri 01 @ WW, Astro Awani bersama Dang Suria, Linawati & Zul. Untuk siri 01 ini, 4 soalan telah dipilih dan di jawab. Semoga anda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan!

Soalan kali ini merangkumi:

  • Bagaimana menjadikan hasil tulisan sebagai pendapatan
  • Menjadikan taska sebagai perniagaan
  • Tip motivasi untuk usahawan sempena ekonomi down
  • Jurugambar ingin menggunakan Internet menambahkan pelanggan

Semoga dapat membantu, bukan sekadar penanya soalan sahaja, tetapi semuanya yang berminat dalam perniagaan πŸ™‚

Sekiranya anda mempunyai soalan untuk saya berikan jawapan di WW Astro Awani (Channel 501) – juga akan diletakkan di YouTube, sila tinggalkan soalan anda di bawah πŸ™‚

Untuk memudahkan soalan anda dipilih supaya dijawab di ruangan “Bersama Irfan Khairi”, pastikan ikuti langkah dibawah…

Contoh soalan yang kurang baik:

Bagaimana hendak memulakan perniagaan dari rumah?

Contoh soalan yang baik:

Saya seorang ibu yang ingin memulakan perniagaan dari rumah untuk menampung 2 orang anak. Minat saya adalah dalam bidang masakan. Bagaimana boleh saya ubahkan minat ini menjadi perniagaan? (Soalan yang spesifik dan lengkap akan dipilih)
-Siti Salmah, Skudai (Jangan lupa taruh nama & tempat!)

Menambahkan pelanggan perkhidmatan anda

Hujung minggu ini buat pertama kali saya akan kendalikan Workshop Mini (separuh hari) Pelanggan Tanpa Had. Khamis lepas, saya ada kongsi beberapa tip di WW Astro Awani mengenai bagaiamna ANDA boleh menambahkan prospek dan pelanggan perkhidmatan anda dengan menggunakan Internet sahaja.

Berikut adalah klip dari You Tube saya dah upload πŸ™‚

Sedikit maklumat tambahan susulan tip2 saya di atas:

1: Saya mention blog boleh menambahkan prospek sehingga 300-400 (atau lebih) prospek sehari. Tetapi, hakikatnya kebanyakan blog diluar sana pelawat tidak sampai 50 orang pun sehari. Jadi, blog masih perlu dipromosikan!

2: Laman web social networking seperti Facebook boleh menjadi platform menambahkan pelanggan. TETAPI, 90% yang menggunakan facebook untuk menambahkan pelanggan melakukan kesilapan, sehingga ianya menjatuhkan kredibiliti mereka sendiri, dan bukan menambahkan kredibiliti. Kredibiliti apabila jatuh, ianya amat sukar untuk naikkan semula.

3: Suka saya ulang kembali 4 perkara penting dalam mendapatkan prospek dan pelanggan untuk perkhidmatan kita: Tambahkan kredibiliti >> Tambahkan keyakinan >> Bina perhubungan >> Promosi perkhidmatan

Sekiranya anda menjalankan perkhidmatan dan ingin ketahui strategi bagaimana anda boleh menambahkan bilangan prospek dan pelanggan anda setiap hari (tanpa had!), kita jumpa di Workshop Mini Pelanggan Tanpa Had pada hari Sabtu, 8hb November ini.

Tajuk: Pelanggan Tanpa Had
Tarikh: 8hb November 2008
Waktu: 8.45-1.00
Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur

Perniagaan produk informasi & motivasi diri

Pagi tadi di WW, Wanita & Wang saya dapat berkongsikan sedikit mengenai menjual produk informasi di Internet. Ada beberapa tip mencipta produk informasi yang terhangat di pasaran di atas! Klik button play di atas untuk lmenonton. *Tip: tekan play, kemudian tekan pause. Apabila loading bar dah penuh, tekan play semula untuk memastikan klip tak tersekat-sekat macam Astro bila hujan*

Sedikit tambahan di sini, dalam klip saya sebut tentang “being in the driver seat” dan “menjadi own boss”… salah satu episod Wanita & Wang saya beri beberapa perbezaan minda kaya dan minda miskin. So, nak elaborate sikit di sini…

Ini kerana, tidak seperti menjual “produk” yang sudah sedia ada di pasaran di Internet, untuk meghasilkan produk informasi sendiri, perlukan usaha dan komitmen yang lebih tinggi. Kalau nak jual produk, kita boleh dapatkan produk dari pemborong, dan jual semula online.

Tetapi, kalau nak hasilkan produk informasi sendiri, perlu sit down and get to it! Perlu menulis dan menyusun produk anda untuk jadikannya terhangat di pasaran. Oleh sebab itulah perlu mempunyai MINDA KAYA untuk membuat keputusan dan memberi komitmen.

MINDA KAYA sebagai perumpamaan, perlu berada di “driver seat”. Seorang yang membuat keputusan hala tuju diri sendiri. Mereka ini jenis yang tak perlu di suruh untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan diri. Contohnya, dalam perbincangan di atas, maksudnya dengan inisiatif sendiri mencari masa dan mencipta produk informasi sendiri.

So, minda kaya mempunyai prinsip diri yang teguh untuk melakukan sesuatu tanpa perlu didesak orang- in other words, dengan inisiatif sendiri. Menganggap diri sebagai boss, dan tiada boss di atas diri sendiri.

Bila menganggap kita adalah boss kepada diri sendiri, tanggungjawab kita untuk melakukan apa sahaja untuk menjadi bebas kewangan. Dengan keputusan dan pilihan sendiri, mengambil masa dan memberi dedikasi mungkin satu bulan untuk menghasilkan produk informasi sendiri.

MINDA MISKIN pula adalah apabila kita umpama “penumpang” sahaja. Kita biar orang lain yang ambil keputusan untuk diri kita. Kita lihat orang lain buat sesuatu yang menguntungkan (tak semestinya wang), kita tak tentu akan ikut. Kita bersikap tunggu dan lihat. Selagi tidak didesak atau tidak di suruh, kita tidak lakukan sesuatu yang kita sendiri tahu memberi pulangan. Dalam erti kata lain, tidak dapat membuat keputusan dan memberi komitmen kepada diri sendiri. Mudahan dijauhkan minda miskin dari kita.

So, jangan lupa klik PLAY pada klip di atas untuk mengikuti perbincangan menjadi usahawan informasi. Dan aplikasikan MINDA KAYA anda hari ini πŸ™‚

(*Note: Maksud saya minda kaya dan minda miskin, bukan orang kaya dan orang miskin. Tetapi, MINDA kaya dan MINDA miskin)

Workshop Perniagaan InternetΒ – klik di sini

Perniagaan Internet di Malaysia Hari Ini (MHI)

Bagi yang terlepas MHI di TV3 ketika Mazidol Sidek interview saya, berikut adalah interview tersebut sudah diuploadkan di YouTube. Interview kali ini ada tip-tip perniagaan Internet especially bagi mereka yang masih baru dalam perniagaan Internet.

Selamat menonton!

*Tip YouTube: tekan play, kemudian, tekan pause. Tunggu loading bar habis load (dalam 5 minit), kemudian baru tekan play balik untuk pastikan klip tak tersekat-sekat macam Astro bila hujan turun πŸ˜‰

Bahagian 1: 8 minit

Bahagian 2: 9 minit

Workshop Jutawan InternetΒ akan dijalankan dalam masa terdekat ini. Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet, dijemput sertai kami. Klik di sini!Β Atas permintaan ramai, kami juga akan ke Singapore.

IK @ “Keluarga di 9”, TV9

Hari ini, apa kata kita menonton TV sama2…

Minggu lalu saya dijemput sebagai tetamu program talk show “Keluarga di 9”, TV9 yang diacarakan oleh the talented Benjy. Hari ni, tip-tip diletakkan di dalam klip-klip video di bawah πŸ˜‰

Kiranya inilah first time saya letakkan keseluruhan rancangan dalam YouTube. Setiap klip dalam lingkungan 10 minit. Jadi, bila free, dijemput menonton “Keluarga di 9” secara online…

Interview kali ini agak berlainan oleh kerana Benjy tidak menekan mengenai perniagaan Internet, tetapi lebih kepada lifestyle saya dan juga mindset untuk berjaya.

*Tip YouTube: Tekan PLAY, kemudian tekan PAUSE. Tunggu sehingga loading bar separuh jalan, kemudian, baru tekan PLAY semula untuk memastikan video berjalan dengan lancar (lebih kurang 5 minit). Tonton satu-satu… jangan tekan play ketiga-tiga pula! πŸ˜‰

Selamat menonton!

Bahagian pertama…

Bahagian kedua…

Bahagian ketiga…

Terima kasih kepada TV9 dan juga Benjy for conducting a great interview. Santai and fast paced!

Video di atas membincangkan “mindset” untuk berjaya, tiada berkenaan dengan Perniagaan Internet. Untuk perniagaan Internet, sertaiΒ Workshop Jutawan Internet. Jumpa di sana!

Kegagalan dan pilihan- tip dari 2 judge

Tip kali ni saya nak pinjam tip 2 kenalan judge saya untuk anda. Saya letakkan bawah tip motivasi & perniagaan kerana ada 2 nasihat yang saya kira amat berguna dari 2 judge Nescafe Kickstart hari Ahad lepas. Dengar betul-betul nasihat from judge Azah Yasmin (3R) dan Weng Keong. Walaupun, nasihat tersebut untuk perserta, tapi, ianya adalah amat baik untuk kita fikirkan sekali!

Azah sebut tentang “kegagalan” (motivasi) dan Weng Keong sebut tentang “pilihan” (perniagaan).

On another note, tahniah to Laloque kerana menang. Juga I am very proud and happy of finalist, Razaisyam. Definitely akan jadi director yang dikenali Malaysia.

Insyaallah, kita jumpa lagi di nescafe Kickstart musim ke-5 tahun depan!

ps: Tip “YouTube”, tekan pause terlebih dahulu. Bila loading bar dah banyak, then baru tekan play. Dengan cara ini, video akan lebih smooth dan tak tersekat-sekat.

IK dulu dan kini di TV

Saja-saja untuk tatapan anda…

Pertama kali keluar di TV, tahun 2005 di Selamat pagi Malaysia ketika buku “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” baru di lancarkan…

Lihat betapa gementarnya saya! πŸ™‚

Baru-baru ini keluar di “TemuJanji” Astro Awani bersama Amir Mahmood Razak.

Nampak perbezaan tak? bagi saya, banyak perbezaan. Jauh lebih yakin!

Tip hari ini, there’s always a first time dalam apa sahaja! First time tu lah yang akan membawa kita lebih jauh. Kalau takde first time, takde lah apa pun pencapaian.

Itulah pertama kali saya keluar TV di Selamat Pagi Malaysia 3 tahun lalu bersama Syed Munawar…

Baru-baru ini, saya merupakan “judge” dalam Nescafe Kick-start di siarkan di TV3 setiap hari Ahad jam 11.30pagi. Ini adalah musim kedua saya sebagai judge. Sudah 2 episod berlalu- saya sendiri tidak berkesempatan melihat. Ada orang kata, saya agak tegas di Kick-start! Ye ke? πŸ™‚

Pengumuman: 3 aktiviti IKSB bulan ini…

Pengumuman:

1: Taklimat percuma MIBO discovery bersama ikon jutawan, Dr Azman Ching (penasihat MIBO) & Irfan Khairi (duta MIBO). MIBO (Malaysian Independant Business Ownership) adalah program keusahawan untuk melahirkan usahawan-usahawan ICT terutama yang ingin menjalankan perniagaan dari rumah (SOHO).

Tajuk: MIBO Discovery (Masuk adalah percuma)
Penyampai: Dato Azman Ching & Irfan Khairi
Tempat: Hilton KL Sentral, Kuala Lumpur
Waktu: 8.00pm – 10.00pm
Tarikh: Khamis 13hb March 2008 (ESOK!)

Datang beramai-ramai taklimat PERCUMA ini untuk mengetahui apa yang digembar-gemburkan mengenai MIBO, sebuah program keusahawanan yang mendapat sokongan Persatuan Usahawan Muda Malaysia dan Kementerian Belia & Sukan. tak perlu daftar… jumpa terus di Hilton, KL Sentral ! πŸ˜‰

Nota: Tiba di Hilton KL Sentral, lihat papan tanda “J & C Pacific – MIBO discovery” untuk ketahui dewan taklimat. Datang awal supaya dapat duduk di depan!

==========================

2: Program NizalTalk! oleh pengacara terkenal, Nizal Mohammad. Pelajari teknik komunikasi efektif! 80% kejayaan perniagaan adalah dalam komunikasi. Bagi anda yang terlibat dalam perniagaan atau ingin melibatkan diri dalam perniagaan, pastikan anda ketahui bagaimana hendak berkomunikasi dengan efektif. Program satu hari yang menghiburkan- pasti anda tidak kering gusi πŸ™‚

Tajuk: NizalTalk!
Penyampai: Nizal Mohammad
Tempat: De’Palma, Ampang.
Waktu: 9.00am – 6.00pm
Tarikh: Sabtu 15hb March 2008 (SABTU INI!)

Nota: Program NizalTalk! hanya dijalankan 3 bulan sekali sahaja. Program seterusnya, mungkin pada bulan Julai. Jangan lepaskan program yang ini!

==========================

3: Workshop Jutawan Internet, Irfan Khairi. Pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah dalam masa 7 hari. Klip video temubual Dangsuria & IK mengenai Workshop Jutawan Internet di bawah…

Tajuk: Workshop Jutawan Internet
Penyampai: Irfan Khairi
Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur
Waktu: 9.00am – 6.30pm
Tarikh: Sabtu 22hb March 2008 (SABTU DEPAN!)

Untuk pendaftaran, sila ke http://www.rahsiainternet.com/workshop.

Jangan lepaskan peluang program-program IKSB! Jumpa di sana πŸ™‚