Soalan favourite yang sering orang ramai tanya saya ketika buat talks (atau jumpa tepi jalan!) adalah…
Masalah utama saya adalah tidak mempunyai keyakinan diri…
Memang itulah soalan yang PALING RAMAI tanya. Kadang-kadang sekali buat talk, 4-5 peserta lepas talk akan sebut tentang mereka tidak yakin dengan diri sendiri kepada saya. Saya pun beri kan beberapa tip (nanti saya kongsikan di sini) 🙂
Tak yakin dengan diri sendiri, low self esteem, tidak percayakan diri sendiri dan sebagainya. Semuanya lebih kurang sama sahaja.
Hari ini saya nak tanya pendapat anda pula. Mengapa kita tidak punyai keyakinan diri berbanding dengan orang lain yang berjaya? Apa yang buat kita tak yakin dengan diri sendiri? Sekiranya anda dulu tak yakin dengan diri sendiri, kini dah yakin dengan diri sendiri… apa kata anda kongsikan pengalaman. Apa yang anda lakukan untuk membina keyakinan diri anda?
Mari bincang-bincang 🙂