Category Archives: Bincang-bincang

7 Salah Anggap Mengenai Dubai

Sedar-sedar sudah 3 tahun saya berulang alik dari Kuala Lumpur dan Dubai menjalankan perniagaan di sini, dan sebagai rumah ke-dua di Dubai. Menjalankan perniagaan global, memang ada cabarannya, kejap di Kuala Lumpur, kemudian semula ke Dubai, namun apakah hidup tanpa cabaran bukan? Cabaran akan membuatkan kita menjadi insan yang lebih kuat!

3 tahun di Dubai, semakin serasi saya dengan bandaraya dan negara timur tengah ini yang terkenal dengan kemewahan, kekayaan dan glamour!

Tetapi, banyak juga perkara yang saya salah anggap sebelum saya berhijrah ke Dubai. Dan lebih saya mengenali negara UAE, dan bandaraya Dubai, lebih saya fahami.

Bagi anda yang ingin datang ke Dubai untuk bercuti, atau bekerja atau mulakan perniagaan, apa kata saya bantu anda kongsikan antara 7 salah anggap saya mengenai Dubai, UAE sebelum ini…

1. Ingatkan ramai orang Arab, perlu berbahasa Arab

Sebelum saya memulakan perniagaan di Dubai 3 tahun yang lalu, saya ingat, Dubai dipenuhi ramai orang Arab. Maklumlah, nama pun negara Arab!

Tetapi tanggapan saya salah. Tercari-cari jua waktu permulaan mana orang Arab berjubah dan berpurdah?

Sebenarnya, lebih kurang 90% populasi Dubai adalah expat. Ya, bukan orang tempatan tetapi orang dari luar negara. Bayangkan, setiap 10 orang yang kita jumpa di luar, 9 adalah orang bukan Arab dan hanya seorang orang Arab.

Dubai adalah bandaraya international, kalau ke mana-mana anda pergi anda akan jumpa pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Orang Arab, tersangatlah kurang.

3 tahun lepas, sebelum memulakan perniagaan di sini, saya belajar bahasa Arab. Konon-kononnya, ianya penting untuk perniagaan. Namun, realitinya adalah English adalah bahasa pengantara utama di sini. Maka, kelas bahasa Arab saya pun entah ke mana! 🙂

2. Negara yang sangat panas

Negara timur tengah memang terkenal dengan padang pasir, tiada tumbuhan, tiada hujan dan cuaca yang panas!

Dulu-dulu di sekolah, saya tidak pandai geografi, dan pendapat saya juga sama. Sememangnya ada betulnya, UAE adalah negara yang panas, namun, ianya bermusim. Musim panas ada, musim sejuk juga ada.

Musim sejuk di Dubai, boleh hingga 7 darjah celcius di waktu-waktu tertentu. Namun musim panas di dubai pula boleh mencecah 50 darjah celcius pun boleh!

Ketika musim panas (Julai-September), sekolah pun tutup dan cuti. Perniagaan di Dubai perlahan sedikit. Ketika ini, ramai yang ke luar negara, bercuti atau pulang ke negara asal. Ya, ketika ini tersangatlah panas. Ada yang kata macam “oven”!

Tetapi, ianya tidak menjadi masalah oleh kerana bandaraya Dubai bersedia untuk keadaan ini. Segala-galanya adalah indoors. Dari shopping, hiburan, tempat makan semuanya ada air-cond. Sehingga hendak pergi ski juga adalah indoor! Siapa nak pergi ski di Timur Tengah, boleh datang Dubai…

Nak ski di dubai pun boleh! Indoor ski terbesar di dunia!

3. Mahal!!!

Pastinya inilah tanggapan pertama ramai mengenai Dubai. Dubai adalah mahal! Saya juga berfikir begitu sebelum ini. Tak 100% salah. Tetapi, biar saya kongsikan dari segi context.

Ramai antara kita mungkin pergi ke Dubai untuk bercuti. Dan apabila kita bercuti, kita hanya mempunyai masa yang terhad seminggu, dua atau kurang. Dan waktu ini, kita akan melawat tempat-tempat menarik di Dubai.

Maklumlah, nama pun tempat pelancong. Di tempat-tempat ini pastinya barangan mahal. Seperti di Burj Khalifa, banggunan tertinggi di Dunai. Makan nasi goreng di food court Dubai Mall (connected to Burj Khalifa) pun boleh cecah RM50+. Itu pun baru food court!

Tapi bukan hari-hari kita akan makan di Burj Khalifa bukan? Samalah konsepnya, di KL pun ada restoran mewah dan mahal, bukan hari-hari hendak makan di sana.

Di Dubai, apabila kita sudah biasa, sebenarnya kedai mamak pun ada. Nak makan roti canai dan teh tarik (cuma mereka tak tarik) dalam harga RM2-4 pun boleh dapat.

Kalau nak diikutkan bandaraya mahal, negara jiran kita Singapore adalah jauh lebih mahal dari Dubai!

Top 10 bandaraya termahal di dunia. Yang tersenarai mengikut turutan paling mahal…

1. Singapore
2. Paris
3. Hong Kong
4. Zurich
5. Geneva
6. Osaka
7. Seoul
8. Copenhagen
9. New York
10. Los Angeles

(Dubai tak tersenarai pun dalam top 10!)

Tapi betul, kos of living di Dubai adalah lebih mahal dari Malaysia.

4. Orang ramai kaya raya

Ya, Dubai terkenal sebagai bandaraya mewah. Bila dah mewah, ramai la orang kaya raya. Tetapi, seperti tempat lain, bukannya semua orang kaya sahaja. Pastinya ada yang kaya, ada yang sederhana, ada yang bekerja dengan pendapatan kurang RM1,000 pun ramai juga!

Oleh kerana ramai di Dubai adalah expat, mereka yang berhijrah ke Dubai sama ada untuk bekerja atau memulakan perniagaan, boleh dikatakan pendapatan mereka sudah stable sebelum mengambil keputusan untuk pindah ke sini.

Dalam masa yang sama juga, mereka dari negara-negara yang berpendapatan rendah, datang ke Dubai untuk bekerja walaupun berpendapatan rendah, namun masih lagi tinggi berbanding dengan mata wang negara mereka.

Secara rata-rata, orang tempatan (orang Arab) di sini, memang kaya raya. Ramai expat yang berpindah ke sini yang mendapat kerja di syarikat antarabangsa multimillion juga boleh dikatakan hidup senang dan mewah. Sebagai perniagaan, oleh kerana gaya hidup yang tinggi dan disposable income yang tinggi, pemilik perniagaan yang berjaya juga boleh dikatakan orang kaya.

Tetapi ramai (boleh dikatakan jauh lebih ramai) yang hidup sederhana dan tak kurang juga hidup di bawah paras kemiskinan di Dubai, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah yang hidup di bandaraya yang mahal. Pastinya mereka tidak tinggal di kawasan mewah Dubai, tetapi di kawasan luar bandaraya Dubai yang lebih affordable.

Seperti di serata dunia, ramai perlu bekerja keras untuk menampung gaya hidup sendiri.

5. Polis bawa kereta Ferrari, Lambo, Porsche dan Mazeratti

Jujurnya pertama kali saya tiba di Dubai beberapa tahun lepas, ini yang saya cari! Mana taknya, sering menjadi viral di Internet, kereta polis adalah kereta sports seperti Ferrari, Lambo, Porsche dan Mazeratti.

Beberapa hari berlalu, tak jumpa pun! Seminggu dua kemudian, tak nampak pun! Yang nampak adalah kereta polis Toyota. Mana sports car kereta polis?

Kemudian baru saya tahu, TAK SEMUA kereta polis adalah sports car. Patutlah jarang nampak. Malah yang sports car hanyalah sebilangan kecil sahaja. Sekali sekala ada la ternampak. Tapi kebanyakan kereta polis bukanlah kereta sports.

Bagi saya, kereta sports polis hanyalah sekadar “show” sahaja di Dubai di tempat-tempat tertentu, lebih-lebih lagi di kawasan pelancongan. Mana taknya, kadar jenayah di Dubai adalah sangat-sangat rendah, hampir kosong (ini antara sebab saya suka Dubai!). Tak de guna pun kereta sports untuk kejar penjenayah…

Namun, di Dubai memang ramai memiliki kereta sports. Boleh dikatakan setiap street dan junction, selalunya pastinya ada kereta sports di jalan raya.

Tak lah banyak sampai macam ni. Ni hanya ketika pertunjukan kereta sports di Dubai 🙂

*Nota: Terlanjur cakap mengenai kereta di Dubai, Uber, paling busuk adalah kereta Lexus. Tak boleh kurang dari Lexus- yang ni memang boleh nampak merata-rata tempat.

6. Ramai orang kaya miliki harimau!

Sini satu lagi ‘viral’ yang terjadi. Gambar orang Dubai yang memiliki harimau!

Buatnya Cheetah tu NGAPPP kepala pemandu tu baru tahu...

Sekali lagi, setahu saya mungkin seorang dua kot yang ada pet harimau. Atau 3-4 orang. Saya pun tak pasti. Dan antara sebabnya adalah UAE membenarkan pemilikan haiwan exotic (kebanyakan negara melarang). Jadi, memang betul pun, orang-orang kaya Dubai yang terlebih kaya raya dan tak tahu nak belanja duit ke mana, mungkin bela lah harimau seekor dua.

Tetapi ianya bukanlah kebiasaan. Yang saya tahu, adalah kerabat ruler of Dubai yang mempunyai ruang/sangkar haiwan-haiwan exotic dia rumahnya…. oh, bukan rumah, tapi palace! (boleh di lihat dari jalan raya)

7. Susah untuk dapat kerja di Dubai atau mulakan perniagaan di Dubai!

Dan soalan cepu emasnya… adakah mudah untuk dapat kerja di Dubai atau mulakan perniagaan di Dubai?

Jawapannya, nak kata susah, tak susah. Nak kata senang… boleh juga!

Oleh kerana poin saya yang (1) di atas, lebih urang 90% populasi UAE/Dubai adalah expat, iaitu orang-rang dari negara lain. Bukan orang tempatan. Oleh sebab itu, ekonomi Dubai digerakkan oleh orang luar (seperti saya). Tanpa orang luar, pastinya ekonomi Dubai tidak booming seperti kini.

Oleh sebab itu, kerajaan UAE mempermudahkan juga orang luar negara untuk mendapatkan kerja di Dubai, serta mempermudahkan juga perniagaan bermula di Dubai.

Namun oleh kerana poin saya yang ke (3), persepsi dan juga realiti bahawa kos hidup di Dubai adalah mahal dibandingkan dengan banyak negara lain (termasuk Malaysia), ia menyukarkan juga mereka yang ingin kerja di sini dan menjalankan perniagaan di sini.

Dari segi kerja, dan sebagai perbandingan, pemandu teksi boleh menjana pendapatan bulanan RM5,000-RM6,000 di sini. Tetapi, oleh kerana kos hidup yang lebih tinggi, boleh dikatakan kesemua pemandu teksi yang saya jumpa dan berbual mengatakan mereka tidak dapat bawa ahli keluarga mereka (isteri dan anak-anak) ke Dubai dan terpaksa tinggalkan mereka di negara asal (Pakistan, India atau Bangladesh). Bertahun-tahun terpaksa berjauhan dari mereka. Dan ini adalah perkara yang sangat biasa di Dubai.

Bagi perniagaan pula, jangan lupa poin saya yang ke (2). Dubai mempunyai musim panas yang tersangatlah panas. Banyak aktiviti perniagaan perlahan ketika ini. Usahawan berpengalaman pesan pada saya, di Dubai perlu membuat business plan 9 bulan. Bukan 12 bulan. Oleh kerana 3 bulan itu, perniagaan agak slow. Oleh itu, perniagaan perlu bersiap sedia untuk keadaan ini.

Pendek kata, itulah 7 Salah Anggap saya mengenai Dubai sebelum saya memulakan perniagaan di sini. Mana tahu, ada rezeki anda datang melawat atau kembangkan perniagaan anda ke Dubai pula satu hari nanti. Memang best!

Hebat dalam industri tidak semestinya hebat berniaga

Walaupun saya sering cadangkan untuk seseorang itu lakukan apa yang mereka minat atau kepakaran masing-masing menjadi perniagaan, perlu diketahui juga, minat & kepakaran sahaja tidak mencukupi.

  • Seseorang yang hebat menjahit, tidak semestinya akan hebat dalam perniagaan menjahit.
  • Seseorang chef hebat tidak semestinya akan berjaya membangunkan perniagaan restauran
  • Seorang yang hebat bermain piano tidak semestinya akan jadi usahawan piano hebat

Salah tanggap perkara di atas ni lah yang menyebabkan banyak perniagaan tidak berjaya. Jadi, apa sebenarnya yang penting?

Kali ni nak tanya pembaca setia Tip Satu Minit pula untuk jawapan 🙂 apa pendapat anda? Kongsikan di sini!

IK ambil tindakan undang-undang

Pernah tengok tak cerita “You Don’t Mess With The Zohan”? Well, kali ni, versi lain pula: “You Don’t Mess With The Irfan” 🙂

Susulan kes mengenai SPAMMERS menggunakan nama saya dalam email mempromosikan skim buat duit di Internet…

Laporan kepada polis telah dilakukan dan siasatan sedang dijalankan. Dalam kes sebegini, pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi.


Metro Ahad Hari ini 28hb Disember 2008. Page 2.

Berita terkini: Identiti dan maklumat peribadi seperti lokasi dan tempat pekerjaan pihak terbabit telah dikenalpasti. Tindakan akan dijalankan.

Pihak media juga mengambil berat kes ini, bagi yang membeli Metro Ahad hari ini, buka mukasurat 2.

Berikut adalah antara sebab mengapa tindakan undang-undang mesti saya lakukan:-

  1. Email sebegini yang mempergunakan nama saya telah menjatuhkan kredibiliti saya sebagai pakar perniagaan Internet kerana melibatkan saya dengan skim-skim piramid sebegitu. Sebagai seorang pakar perniagaan Internet dan perunding perniagaan Internet, salahguna nama sebegini adalah satu “fitnah” yang mencemarkan dan menjatuhkan nama, imej dan maruah saya.
  2. Sebagai seorang motivator di IPT-IPT tempatan, email sebegini juga mencemarkan kredibiliti saya sebagai pakar motivasi dan penceramah bebas. Menyamarkan nama saya di dalam email menganggu kredibiliti saya sebagai seorang motivator kepada generasi-generasi muda. Oleh yang demikian, ianya adalah perkara yang saya pandang amat serius.
  3. Dengan menyamarkan nama saya, dan bertujuan mengaburkan mata orang ramai yang kurang pengetahuan perniagaan Internet untuk turut serta skim buat duit sebegini. Ianya adalah satu tipu muslihat untuk melariskan jualan kepada skim cepat kaya yang diri saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat.
  4. Penyebaran email sebegini menjatuhkan jenama saya di mata pelanggan korporat yang melantik saya atau bakal melantik saya sebagai duta perniagaan mereka. Sekali lagi, pencemaran sebegini akan merugikan pihak saya dalam memperolehi peluang-peluang menjadi duta untuk masa yang akan datang. Oleh yang demikian, langkah yang tegas mesti dilakukan.
  5. Pihak yang menggunakan nama saya dikatakan telah mendapat keuntungan melebihi RM20,000. Wang tersebut adalah hasil daripada penipuan, maka, ia dikira sebagai kegiatan jenayah siber. Sebarang jenayah siber adalah tanggungjawab bersama untuk dibawa ke muka pengadilan.
  6. Sebagai seorang di dalam industri perniagaan Internet, dan sering dilihat sebagai “ikon” perniagaan Internet Malaysia, sekiranaya saya tidak melaporkan dan mengambil tindakan undang-undang, maka ia hanya menjatuhkan martabat perniagaan Internet di Malaysia. Makin ramai orang tidak akan percayakan industri perniagaan Internet. Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas, ia akan menunjukkan kesungguhan industri ini dalam mencegah dan membenteras skim-skim buat duit sebegini.
  7. Sekiranya saya tidak mengambil tindakan undang-undang, lepas ni, semakin menjadi-jadilah dengan sewenang-wenangnya sesiapa sahaja akan mempergunakan nama saya untuk kepentingan masing-masing. Jadi, untuk melindungi diri saya sendiri dan juga rakan-rakan usahawan Internet yang lain atas segala tuduhan di masa yang akan datang, tindakan undang-undang mesti dilakukan.
  8. Dan yang penting sekali adalah, tindakan undang-undang di ambil supaya tiada lagi orang ramai tertipu dengan skim-skim sebegini di Malaysia dan rakyat Malaysia lebih mengetahui tentang kesalahan skim sebegini!

Perkara sebegini telah terjadi pada saya sejak tahun 2005 lagi dan setiap kali ia terjadi, saya akan mengambil tindakan undang-undang.

Nanti, insyaallah saya akan jelaskan di sini kepada anda bagaimana hendak melakukan tindakan undang-undang sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi pada anda pula. Tak kiralah sama ada nama digunakan, orang ciplak ebook anda, or orang lakukan fitnah keatas anda di Internet. Semua ini adalah penting untuk melindungi kredibiliti sesiapa sahaja terutamanya dalam bidang perniagaan.


Biarlah ini menjadi amaran bukan sahaja kepada mereka yang saja ingin mengambil kesempatan atas nama saya sahaja, tetapi sesiapa sahaja yang mengendalikan tipu helah di Internet. Jangan fikirkan pihak berkuasa tidak dapat mencari anda.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

DON’T MESS WITH THE IRFAN 🙂

ps: Apa pendapat anda mengenai tindakan undang-undang ini

pps: Sesiapa yang mendapat email spam yang menggunakan nama saya, kalau masih tersimpan dalam trash/spam/inbox masing-masing, boleh forwardkan kepada info@rahsiainternet.com  🙂
ppps: Sekiranya anda mempunyai blog, tersangat dialu-alukan untuk anda link ke posting ini supaya lebih ramai akan tahu apa akan terjadi dan akibatnya sekiranya menyalahgunakan Internet! 🙂

Email SPAM menggunakan nama “Irfan Khairi”

*TERKINI: INDIVIDU / SYARIKAT YANG TELAH MENGGUNAKAN NAMA SAYA TELAHPUN DIKENAL PASTI DAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEDANG DIJALANKAN. JANGAN DISANGKA PIHAK BERKUASA TIDAK DAPAT MENCARI PESALAH SIBER YANG HANYA MENYOROK DISEBALIK EMAIL “ANONYMOUS” SAHAJA. DENGAN KEMUDAHAN CANGGIH ZAMAN INI, TIADA MASALAH UNTUK MENCARI PESALAH SIBER DI MANA SAHAJA. SEMOGA KISAH INI MENJADI AMARAN DAN PERINGATAN PADA MEREKA YANG MELAKUKAN KESALAHAN/JENAYAH SIBER*

Sejak kebelakangan ini berlaku penyebaran email SPAM di Internet menggunakan nama saya sebagai penghantar email mempromosikan skim membina jaringan networks sambil mendapat pendapatan.

Harapnya, anda TIDAK MEMPERCAYAI email sedemikian oleh kerana saya tidak pernah pun melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan anda mencari network atau downline melalui Internet.

Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.rahsiainternet.com/penting.htm untuk kes-kes yang sering berlaku yang menggunakan nama saya.

Sering kali juga saya mengambil tindakan undang-undang untuk menangani isu ini dan pemilik perniagaan akan dikenakan tindakan.

Contoh email spam yang menggunakan nama saya:

====================

From: irfan khairi
Sent: Tuesday, December 23, 2008 8:52:29 PM
Subject: ((BARU)) RM50 JE.SETIAP HARI DAPAT RM300 – RM1000

Salam
Terlebih dahulu saya ingin mohon maaf atas kehadiran  email ini.Hanya sekadar untuk berkongsi sahaja.
Sekiranya anda tidak ingin menerima email ini lagi sila sekat email irfan121212@gmail.com

Setiap hari saya mengutip purata RM300 – RM1000 sehari terus ke Akaun Maybank saya.
sila lihat bukti bayaran terkini 22/12/08 dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

saya baru je join pada 6/12/2008 dah dapat RM17,700.00 (lihat id mentor dalam xxxxx)

klik disini untuk lihat bukti

klik sini utk daftar

Tertekan dengan masalah kewangan yang membelengu diri, saya nekad untuk mencuba menyertai xxxxx melalui emel yang dihantar oleh seorang kenalan memandangkan risikonya amat rendah (iatu modal Cuma RM50)
Pada hari pertama saya Join saya dapat SMS dari upline yang menyatakan dia telah menyusun downline dibawah ID saya dan saya menyemak akaun maybank saya. Alhamdulillah, hari pertama sahaja saya dah balik modal!!!!
Kini saya tidak lagi teragak – agak nak berbelanja takut bajet lari, hutang JPA masa saya belajar dulu pun dah dapat saya settlekan.
Bila dah macam ni, Barulah saya Terfikir Mengapa Irfan Khairi sukakan perniagaan Internet!
Ia betul2 Menjadi dan Memang Internet Sungguh berkuasa!
So, kepada Anda yang berminat untuk menyertai kami di xxxxx untuk cari duit lebih, sila aktifkan akaun anda segera melalui laman web berikut:

Selepas anda membuat pendaftaran dan mengaktifkan ID anda, secara automatik saya akan dapat tahu anda berada dibawah group saya melalui e-mail yang dihantar oleh Admin
xxxxx.
DALAM RANGKAIAN SAYA,
(ANDA DIBERI PILIHAN)
PLAN A – JADI NETWORKER YANG AKTIF SEPERTI SAYA
ANDA AKAN MENJANA SEHINGGA RM51,900 BAGI SATU AKAUN
PLAN B – “˜SLEEPING PARTNERS”™
JOINT DAN DUDUK DIAM-DIAM, TAPI MASIH BOLEH DAPAT INCOME..BIAR SAYA YANG CARIKAN DOWNLINES UNTUK ANDA.
SETIAP HARI SAYA MENERIMA PURATA 6 ““ 10 PENYERTAAN BARU UNTUK DISUSUN DAN DIATUR. IA BERGANTUNG SECEPAT MANA ANDA BERTINDAK UNTUK MENDAFTAR DAN SAYA AKAN SUSUNKAN DIBAWAH ID ANDA UNTUK SEGERA ANDA BALIK MODAL DAN BINA NETWORK ANDA.

(Nota: Sesiapa yang menyertai group kami juga akan diberikan cara bagaimana untuk mendapatkan BERIBU – RIBU e-mail list bagi mempromosikan ID anda melalui Yahoo Groups)
PILIHAN DI TANGAN ANDA!!!!
KELEBIHAN
1. New babies. Biz ini TIDAK akan menjadi TEPU!!!! (klik FAQ web untuk detail)
2. Spilover (Limpahan keluar). Dengan formula (SLEEPING PARTNERS) ini, tanpa menaja tapi masih boleh dapat income.
SETIAP HARI, BERPULUH – PULUH orang di SELURUH NEGARA join ekoleksi.com. ( cuba lihat disebelah kiri web xxxxx bhgn ‘Latest Member’ tiap- tiap jam ada sahaja penyertaan baru yang masuk.). Jangan tunggu ramai orang dah masuk baru nak aktifkan ID, kerana bila network dah jd besar dan berkembang ID anda akan terkebawah!!!
“Dunia bisnes internet, baik yang berupa penjualan produk ataupun perkhidmatan adalah suatu yang baru dalam budaya bisnes kebanyakan bangsa didunia. Masyarakat di negara kita juga kurang faham, menjadi takut dan bimbang untuk berurusan bisnes melalui internet. Kita tidak perlu menunggu orang lain untuk merintis jalan melaksanakan bisnes internet. Anda perlu mengambil inisiatif, melangkah terus menguasai dan memahaminya dan keyakinan serta tindakan positif, anda akan berjaya kelak. Dunia adalah pasaran. Pasaran dunia memberi dimensi baru dalam bisnes internet.”
Robert Kiyosaki: “orang terkaya di dunia membina network, tapi orang lain hanya mencari kerja.”

====================

Semoga anda tidak percaya email-email sebegini dan pesan-pesanan kepada kenalan anda yang terima email sebegini.

Actually saya pun percaya, pembaca-pembaca tip Satu Minit, semuanya tahu kalau email macam tu bukan dari saya :)

Selalu yang tertipu dengan benda-benda camni adalah orang yang takde latar belakang Internet dan juga tidak kenal saya. Mereka yang mudah tertipu juga yang sering percaya buat duit ni senang! :)

Jadi golongan yang mudah tertipu sebegini pastinya bukan pembaca Tip Satu Minit kan?

Sebab-sebab saya mengambil tindakan undang-undang:

1. Email sebegini yang mempergunakan nama saya telah menjatuhkan kredibiliti saya sebagai pakar perniagaan Internet kerana melibatkan saya dengan skim-skim piramid sebegitu. Sebagai seorang pakar perniagaan Internet dan perunding perniagaan Internet, salahguna nama sebegini adalah satu “fitnah” yang mencemarkan dan menjatuhkan nama, imej dan maruah saya.

2. Sebagai seorang motivator di IPT-IPT tempatan, email sebegini juga mencemarkan kredibiliti saya sebagai pakar motivasi dan penceramah bebas. Menyamarkan nama saya di dalam email menganggu kredibiliti saya sebagai seorang motivator kepada generasi-generasi muda. Oleh yang demikian, ianya adalah perkara yang saya pandang amat serius.

3. Dengan menyamarkan nama saya, dan bertujuan mengaburkan mata orang ramai yang kurang pengetahuan perniagaan Internet untuk turut serta skim buat duit sebegini. Ianya adalah satu tipu muslihat untuk melariskan jualan kepada skim cepat kaya yang diri saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat.

4. Penyebaran email sebegini menjatuhkan jenama saya di mata pelanggan koporat yang melantik saya atau bakal melantik saya sebagai duta perniagaan mereka. Sekali lagi, pencemaran sebegini akan merugikan pihak saya dalam memperolehi peluang-peluang menjadi duta untuk masa yang akan datang. Oleh yang demikian, langkah yang tegas mesti dilakukan.

5. Pihak yang menggunakan nama saya dikatakan telah mendapat keuntungan melebihi RM20,000. Wang tersebut adalah hasil daripada penipuan, maka, ia dikira sebagai kegiatan jenayah siber. Sebarang jenayah siber adalah tanggungjawab bersama untuk dibawa ke muka pengadilan.

6: Sebagai seorang di dalam industri perniagaan Internet, dan sering dilihat sebagai “ikon” perniagaan Internet Malaysia, sekiranaya saya tidak melaporkan dan mengambil tindakan undang-undang, maka ia hanya menjatuhkan martabat perniagaan Internet di Malaysia. Makin ramai orang tidak akan percayakan industri perniagaan Internet. Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas, ia akan menunjukkan kesungguhan industri ini dalam mencegah dan membenteras skim-skim buat duit sebegini.

7: Sekiranya saya tidak mengambil tindakan undang-undang, lepas ni, semakin menjadi-jadilah dengan sewenang-wenangnya sesiapa sahaja akan mempergunakan nama saya untuk kepentingan masing-masing. Jadi, untuk melindungi diri saya sendiri dan juga rakan-rakan usahawan Internet yang lain atas segala tuduhan di masa yang akan datang, tindakan undang-undang mesti dilakukan.

8: Dan yang penting sekali adalah, tindakan undang-undang di ambil supaya tiada lagi orang ramai tertipu dengan skim-skim sebegini di Malaysia dan rakyat Malaysia lebih mengetahui tentang kesalahan skim sebegini!

Luck atau Hard work?

Kejayaan seseorang itu adakah ianya kerana luck (nasib) atau hadrwork (berusaha keras)?

Hari ni kita bincang-bincang sedikit, kerana ianya penting…

  • Contoh seperti ikon2 bilionaire saya sebut semalam, adakah mereka semuanya ber”nasib baik” kerana mencapai status kejayaan berbillion?
  • Lihat juga Bill Gates… adakah Bill Gates ber”nasib baik” kerana menciptakan software yang hampir seluruh dunia menggunakannya?
  • Kisah Donald Trump saya kongsikan post yang lepas, adakah Mr Trump bernasib buruk kerana rugi 1 billion, dan nasib baik pula kerana berjaya memperolehi berbillion billion selepas itu?

So, what is it actually? LUCK atau HARDWORK?

Ianya penting kerana ia akan memberi perspektif kepada kita. If we really think it’s luck all the way, then, itu lah yang kita akan tunggu dan harapkan. If we really think it’s hardwork, maka, itulah yang kita akan lakukan.

Atau is it memang ada orang yang betul2 lucky dalam mencapai kejayaan… macam menang lottery? Apa pendapat anda? 🙂

ps: Bagi yang akan attend Workshop Jutawan Internet Ahad ni, see you soon!

Also, bagi mereka yang confirm RSVP untuk launching saya sebagai duta Impian, U-Mobile… jumpa anda esok pada jam 3.00petang!

Ada tak sesiapa yang nak juga datang ke launching esok 3.00pm @ JW Marriott, tetapi tak sempat reserve tempat? Kalau ada, email info@rahsiainternet.com and kita tengok ada tak lagi tempat kosong…

Pendapat anda mengenai speaker

Hari ini saya nak minta pendapat anda & berbincang sedikit…

As many of you know, saya seorang speaker (bukan “speaker” macam kotak pembesar suara tu! :)). Dan saya sering mengendalikan talks seluruh malaysia dan ada kalanya luar Malaysia.

Nak katakan saya ni “pakar motivasi”, atau “trainer”, atau “motivator”, atau “pensyarah”, atau “penceramah” saya rasa bukan. Sebab most of the time, saya kongsikan pengalaman saya sahaja. So, saya tak tahu lah saya di kategori yang mana.

Anyway, soalan saya adalah tak kira apa yang anda panggil, dalam seorang “speaker”, apakah ciri-ciri yang membuat anda suka melihat/mendengar/tertarik/tak boring/tumpukan sepenuh tumpuan dan sebagainya? Jadi…

What makes a good keynote speaker?

Pendapat anda amat dihargai supaya boleh saya implementasikannya! tak lupa juga, bagi mereka yang berminat untuk menjadi speaker, boleh mempelajari melalui perbincangan ini apa yang diperlukan untuk menjadi seorang speaker yang hebat 😉

ps: bagi anda yang pernah melihat saya buat talk, pasti dah tau gaya & cara saya.

pps: sekiranya anda inginkan saya untuk buat talk untuk majlis anda (kecuali majlis perkahwinan), boleh hubungi krew saya di sini. 

Zaman teknologi… masih terkejar masa

Hari ini saya ada persoalan yang nak dibawa berbincang… nak tahu pendapat anda.

Zaman sekarang, zaman teknologi, berbagai-bagai kemudahan teknologi digunakan untuk memudahkan manusia– seperti Internet, segala maklumat dihujung hari! handphone, dalam poket je boleh hubungi sesiapa… dah ada email. hantar email terus je, tak perlu tunggu beberapa hari untuk tunggu surat sampai. Ada video conferencing… tak perlu pergi meeting bersemuka. menjimatkan masa… mesin fax, pc, blueberry, pda, wireless internet, 3G, GPRS, Astro pun ada boleh mendapat berita dari seluruh dunia… semuanya memudahkan pengguna. Dan mempercepatkan segala urusan. tak begitu?

Tetapi, persoalannya, mengapa dengan penambahan begitu banyak rekaan-rekaan canggih yang bertujuan untuk mempercepatkan urusan manusia, kita masih lagi kelam kabut tak cukup masa? Segala-galanya masih mengejar masa… lebih teruk dari sebelum ciptaan-ciptaan ini?

Kalau di bandingkan dengan dolu-dolu… bila kurangnya penciptaan canggih manggih ni, seperti masa agak relax sikit. Ni, bila ada ciptaan canggih, yang sepatutnya mengurangkan kerja & masa kita… tetapi, kenapa masih kita terkejar-kejarkan masa lebih teruk dari zaman dulu?

Hmmm…. 😉 Apa pendapat anda?

Perbelanjaan membesarkan anak

Hari ini di WW “Wanita & Wang” Astro Awani saya menjemput Abang Abu (ikon Mentor Jutawan) untuk membincangkan mengenai “kos/perbelanjaan membesarkan anak” bersama pengacara, Dangsuria, Linawati & Zul (baru!)- kini WW sudah berformat baru, bukan lagi one-on-one interview, tetapi perbincangan 360 darjah- which is great!. Episod kali ini, keseluruhannya membincangkan topik berkenaan.

 

all.jpg
Set baru & konsep baru WW, “Wanita & Wang”, Astro Awani

 

Quite an interesting topik, dan saya nak bawa perbincangan ke sini kerana saya rasa amat bermanfaat topik ini diperbincangkan- especially untuk yang sudah mempunyai cahaya mata, terutamanya dalam keadaan harga-harga yang naik.

  • Adakah mahal perbelanjaan membesarkan anak? Apakah antaranya perbelanjaannya?
  • Perbelanjaan membesarkan anak paling tinggi adalah dalam “pendidikan”. Apakah langkah-langkah anda?
  • Apakah tips-tips dalam mengurangkan beban dalam perbelanjaan membesarkan anak?

 

ik.jpg
IK suka dengan konsep baru!

 

aa.jpg
Abang Abu, ikon Mentor Jutawan

Saya & Abang Abu memberi pendapat yang sama iaitu untuk menanam sikap mendidik anak-anak mengenai wang pada usia muda. Kerana pada usia muda, anak-anak lagi mudah tangkap isu mengenai wang kalau ianya diperbincangkan. Cuma, masalahnya, ibubapa kurang bincangkan wang dengan anak-anak mereka… so, daripada persoalan di atas, macam mana nak menangani ini juga?

Mari bincang!… oh ya, tip-tip dan pendapat dari abang2 & kakak2 yang dah senior (anak2 dah besar) pun highly appreciated! 🙂

Antara minat, passion dan wang

Thank you for all the birthday wish! Cinta Strawberry pun dah balik ke rumah… so, it’s back to work everybody! 🙂

Sebut tentang “kerja”, ada beberapa perkara yang kita selalu dengar:

  1. Buat kerja yang kita suka (passionate), so, ia tidak menjadi satu kerja…
  2. Mulakan perniagaan kerana minat… bukan kerana duit. Duit akan datang kemudian…
  3. Kalau takde / tak tahu minat dalam apa-apa bidang macam mana nak mulakan perniagaan?

How true is it? Betul ke 3 kenyataan di atas?

Mungkin ada yang kata:

  1. Tak semestinya kita lakukan apa yang kita minat… asalkan kita mula sahaja!
  2. Kalau keadaan kewangan sedang tertekan, sudah pasti kita lakukan kerana duit dulu… bukan minat!
  3. Saya tak tau minat apa… atau terlalu banyak minat… macam mana nak mula? Tak boleh mula ke?

Apa pendapat anda pula? Kali ini sesi “bincang-bincang”… perbincangan ilmiah 😉

Buku yang mengubah anda?

Hari ini kita bincang-bincang sikit sambil berkongsi / recommend buku.

Antara buku yang banyak membantu saya adalah:

ikbooks.jpg
  • “Think and Grow Rich oleh Napolean Hill”
    Menunjukkan bagaimana hendak menggunakan kuasa minda dalam mencapai kekayaan. Quote penting dari buku ini yang saya sering pegang “Whatever the mind can conceive, the body can achieve!”. Mungkin buku pertama saya baca mengenai kekayaan.
  • “Rich Dad Poor Dad & Cash Flow Quadrant oleh Robert Kiyosaki”
    Seperti ramai kita, antara buku terawal saya miliki tentang ASAS kekayaan kepada saya. Ia mengajar saya the “smart” way untuk memperolehi kekayaan dan memiliki perniagaan.
  • “Blue Ocean Strategy oleh Kim & Mauborgne”
    Apabila memulakan sebarang perniagaan, buku inilah yang menjadi “partner” saya… Mengajar untuk menjadikan perniagaan kita unik supaya kita tidak perlu bersaing dengan pesaing-pesaing sedia ada. Highly recommended bagi yang ingin memulakan perniagaan. Tapi, kandungannya agak advance!

So, ini antara buku-buku yang saya highly recommend- kalau anda belum baca, MESTI baca! Banyak lagi bukusaya… Buat permulaan, cukup di atas. Apa kata anda recommend beberapa buku dalam koleksi anda- also, tulis lah sedikit maklumat so, dapat manfaat ramai!

Tip: Kalau dah baca buku di atas, jangan baca sekali je… baca beberapa kali!