Pagi tadi saya mendapat surat jemputan sebagai panel program TV anjuran Kementerian Belia dan Sukan “Generasi Y” yang akan disiarkan pada Ahad ini RTM1, 12pm (secara langsung). Tajuk perbualan talk show kali ini adalah “Pengangguran: Budaya atau Krisis”
Apabila terima sahaja surat jemputan, yang pertama keluar di fikiran saya adalah:
Sekiranya graduan-graduan yang menganggur membuka fikiran dan memulakan perniagaan, serta tidak bergantung kepada mencari kerja makan gaji sahaja… maka, kuranglah masalah pengangguran di Malaysia 🙂
Topik kali ini lain sikit kerana saya ingin meminta pendapat anda berkenaan dengan pengangguran.
Apa yang pertama sekali keluar di fikiran anda? salah siapa mereka menganggur? Salah diri sendiri yang memilih? Kurang kualiti dan kepakaran? Salah majikan yang dikriminasi? majikan yang tidak mahu beri peluang? atau apa sahaja…
Kali ini saya ingin dengar pendapat anda.
ps: In fact, ketika saya bersetuju menjadi duta MIBO, saya memikirkan jumlah pengangguran graduan-graduan kita yang menyedihkanlah, saya bersetuju untuk menjadi jurucakap MIBO supaya lebih ramai terbuka minda menjadi usahwan-usahawan ICT. Di bawah saya sertakan maklumat MIBO (klik more). Tetapi, sebelum baca tu, minta pendapat anda mengenai pengangguran terlebih dahulu 😉
==================
Apa itu MIBO?
MIBO bermaksud “Malaysian Independent Business Ownership” atau “Program Keusahawanan Berdikari Malaysia”
Dengan menyertai MIBO, anda akan menjadi PEMILIK PERNIAGAAN dan anda boleh menjalankan perniagaan tersebut secara kecil-kecilan dari rumah anda atau dari sebuah kedai- pilihannya ditangan anda.
Apakah perniagaan MIBO?
Perniagaan MIBO membolehkan anda menjual semula produk-produk ICT dan kewangan berjenama hebat di Malaysia,buat masa ini termasuk:
- ASTRO
- STREAMYX
- MAXIS
- IZZI 4G
- TM SMART CALL
- J & C PACIFIC VOIP
- MBF CREDIT CARD
Bagaimana MIBO berbeza dengan program keusahawan ICT yang lain?
Kekuatan MIBO terletak pada ssstem komisyen dimana ia membayar komisyen PENUH kepada pemilik perniagaan- iaitu ANDA. Tidak seperti agen-agen produk dan perkhidmatan ICT secara konvensional di mana komisyen dipotong untuk bayaran pengedar dan agen.
Contoh: secara konvensional, agen Streamyx menerima 150% komisyen. Tetapi, pemilik perniagaan MIBO menerima 240% komisyen. (100% komisyen
diberi terus kepada anda tanpa dibahagikan kepada orang tengah lain).
Apakah manfaat kepada saya?
- Produk dan perkhidmatan di bawah MIBO adalah berjenama hebat di Malaysia dan sedia mempunyai permintaan yang tinggi. Menjual sesuatu yang sedia dikenali adalah jauh lebih mudah berbanding dengan menjual sesuatu yang tidak popular.
- Tidak seperti program keusahawanan ICT lain, sistem komisyen penuh akan memberi komisyen yang tertinggi kepada pemilik perniagaan MIBO. Ini membolehkan anda memaksimakan keuntungan perniagaan anda.
- Dengan MIBO, perniagaan anda mempunyai bukan satu sahaja, tetapi berbagai-bagai produk dan perkhidmatan jenama utama Malaysia. Ini memberi anda aliran pendapatan berganda. (Multiple streams of income)
- Antara produk dan perkhidmatan MIBO memberi pulangan berulang. Pulangan berulang memberi anda keuntungan setiap bulan dengan hanya melakukan kerja satu kali sahaja. (Residual income)
- Untuk mendapat hak reseller secara individu kesemua produk dan perkhidmatan di atas, modal yang diperlukan adalah beratus ribu ringgit. Melalui MIBO, anda boleh memulakan perniagaan ICT dengan modal yang amat rendah.
Saya ingin mengetahui lebih lanjut, bagaimana?
Ada banyak lagi manfaat yang anda akan terima melalui MIBO, tetapi, tak muat ditulis disini. Sekiranya anda ingin tahu maklumat lanjut, taklimat MIBO PERCUMA akan diadakan di:
Tempat: Hilton, KL Sentral
Tarikh: Selasa 29hb April, 2008
Waktu: 8.00pm-10.00pm
Penyampai: Mr Allen, Dato Dr Azman Ching (mewakili Persatuan Usahawan-Usahawan Muda Malaysia) & IK
*MIBO juga bukan untuk penganggur sahaja! kalau bukan penganggur tetapi ingin memulakan perniagaan pun boleh turut serta 😉
==================
*ingat ya, topik ni bukan berkenaan dengan MIBO. Soalan MIBO tidak akan dijawab di sini… (perlu hadir taklimat, dan tanyalah apa sahaja!) topik ini berkenaan dengan pendapat anda mengenai pengangguran 🙂
Sila beri pendapat…
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Pengangguran – Satu Krisis besar: Cari punca dan buatlah pencegahan. Dunia hari ini sapa lambat, habis lah tak makan.
Peranan Kerajaan
Sistem pendidikan hari ini perlu diubahsuai supaya dapat melahirkan manusia yang berani menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.
Byk teori je tapi tak ada praktikal yg menjurus kepada kehidupan masa depan. budak pun tak tau kenapa dia perlu belajar mpelajaran yang diajar di sekolah. keluar universiti pun kekadang tak tau nak buat surat rasmi, tak tau nak buat kertas kerja, guna komputer pun lintang pukang… ini hasil dari pendidikan masa kini. tak beri kemahiran yang jelas kepada pelajar. macam saya ni mmg ulat buku. ibu bapa suruh belajar tuk jadi orang pandai. semua periksa saya ok…tapi saya tak byk kawan. sosial tak pandai. kerja kampung lagi la… memasak tak tau… salah siapa???? saya ke salah? pendidikan yang salah kot sebab kemahiran asas saya untuk hidup hanya teori je… praktikal nya tak ada. ini baru kemahiran diri saya tak reti…. so tukar la sistem yang ada tu supaya generasi masa kini dan masa depan boleh berdikari bila keluar dari bangku sekolah. biarpun tak pandai tapi mereka cukup bekalan. tak ada masalah pengangguran kan sebab semua orang dah pandai jaga diri masing2.
Peranan IbuBapa
tanamkan setiap hari kepada anak2 bahawa belajar itu untuk menjadikan mereka bebas untuk memilih masa depan yang cemerlang…bukan untuk mendapat kerja yang baik dalam kerajaan. kalau senang pulak jadi cikgu. banyak cuti. ini yg ditanamkan oleh mak bapak sekarang. Orang cina dulu kata kat anak2 – belajar betul2 supaya dah besar jangan jadi pencacai najis. hari ini orang cina kata kat anak dia orang – belajar betul2 supaya dah besar jangan jadi cikgu….?????
Mak bapa manjakan anak. apa yang dia orang nak semua di bagi. kat rumah tak pernah ajar berdikari. semua pakai orang gaji. dah manja. bila besar tak tau nak buat apa. tak dapat kerja tak apalah coz mak bapak boleh tanggung.
Anak buat salah kat sekolah, mak bapak dah mengamuk. tak puas hati dengan cikgu… dulu dia sekolah cikgu rotan dia tak berani mengadu. hari ini anak kena rotan, cari lawyer nak saman. tu sebab anak dulu berjaya. anak sekarang habuk pun tak ada…sapa salah tu?
Dulu saya kecik ikut abang mandi sungai, panjat pokok, lastik burung… dah macam jantan. mak bapak marah tapi dia macam tak berapa kisah sangat. sebab dia tau anak dia akan belajar dari kesilapan yang dia buat. Hari ini, anak nak panjat pokok . . heh belum sempat cakap dah kena cubit. so tak ada pengalaman la… dan tak taupun mcmana rasa. bila besar apa jadi…jadi orang penakut… itu baru satu contoh.
Anak tak hormat coz mak bapak dok lepak. anak pun sama lepak. lagipun ada mak bapak ni tak kisah anak nak kerja apa pun. sebab dia orang pun tak pernah usaha.
Mak bapak tak timbulkan kesedaran kepda anak untuk jadi manusia yang berdikari, tabah dan berani… generasi hari ini sangat lemah dalaman. mcmna nak cari kerja. apatah lagi nak jadi jutawan..
Alhamdulilah ada orang yang nak bantu jadikan ramai jutawan di Malaysia terutama di kalangan orang melayu. saya bangga sangat. saya akan jadi orang yang pertama untuk memberi bantuan sekadar kemampuan saya asalkan generasi kita berubah…menjadi generasi negara maju… maju pemikiran, akhlak, sahsiah, emosi dan jasmani. Insyaallah
Kalau IK tanya pasal Bahasa Inggeris tu, dukacita saya beritahu bahawa majoriti dari mereka itu sudah gagal. Keadaan ini terlalu ketara semasa sesi temuduga dan kebolehan ini adalah satu kriteria yang amat penting.
Syarikat pun tak harap cakap English sampai senget2 mulut dan terpercik air liur. Cukup sekadar simple English. Tapi itupun ‘out’. Dari lepasan universiti tempatan pulak tu! Kalau dari level Kolej, hancur terus.
Faktanya ialah syarikat yang tak perlu guna English dalam urusan harian adalah amat sedikit. Jadi, peluang terhad.
Ingin juga saya tekankan bahawa mereka yang fasih berbahasa English memang telah berkebolehan sejak dari bangku sekolah lagi.
waah, memang banyak input-input bernas dari anda semua. saya pun setuju degan pendapat semua- terutama graduan2 kita ni lemah dari segi soft skills terutama komunikasi. komunikasi menunjukkan keyakinan diri.
sebagai majikan, pasti mereka akan ambil “the best”, jadi, dari mata majikan, memang majikan akan memilih kerana graduan akan menentukan untung ruginya syarikat.
-IK
ps: insyaallah lepas ini saya akan buka kategori baru di blog ini “Bincang-bincang”… topik seperti topik ini supaya boleh bertukar2 fikiran 🙂
Salamz,
Pengangguran wujud kerana mentaliti orang kita yang terlalu taksub dengan ‘paper qualifications’ dan mengejar status.
Kekadang anak-anak nak ceburi perniagaan dilarang oleh ibu-bapa kerana mereka lebih suka anak-anak mereka menjadi ‘professionals’ seperti doktor, engineer dan lawyer. Jarang sekali kedengaran ibubapa yang menyeru anak-anak menjadi usahawan.
Bila anak-anak ini menjadi dewasa, mentaliti mereka pun begitu juga – kerana dah lama sangat diseru berkerjaya makan gaji, hinggakan bila disebut tentang berniaga sendiri atau jadi usahawan, ramai yang akan mencebik bibir dan memandang rendah. Ataupun tidak yakin mereka dapat jalankan sesebuah perniagaan.
Dari kecil lagi, anak-anak harus dididik agar menjadi lebih business-minded dan bukan sekadar pandai dalam pelajaran.
Tengok contoh Donald Trump, anak-anaknya dididik bukan hanya untuk pandai dalam akademik tetapi untuk mempunyai good business acumen.
Bahasa tidak menjadi masalah. Ramai orang di China dan Japan tidak tahu berbahasa Inggeris tetapi boleh berjaya di arena perniagaan antarabangsa.
Yang penting, bagi mereka yang baru graduate, jangan putus asa jika masih belum mendapat kerja ‘makan gaji’. Mungkin ia satu cabaran bagi mereka untuk cuba sesuatu yang berlainan dari konvensional – seperti membuka perniagaan mereka sendiri.
banyak yg orang tak perasan… salah satu faktor sebenarnya majikan suka kepada wanita-wanita cantik yg nak mohon kerja..yg lain tu faktor/pilihan ke-2,3 dan 4. tak payah buka file.. ” esok datang kerja yer,8;30am!”
itulah majikan atau orang yg memilih pekerja zaman sekarang, he,he.
Bro amat-amat bersetuju dengan FARUQI aka penulis terkenal kita saudara Jeniri Amir.
(Sila baca posting nya di komen no 45)
We have to see in a bigger picture. Don’t simply say anything out of anger or emotions. Jeniri have given us a very good point, for us to have some faith on each other and have some respect for Malays. Well said brother! 😉
Masyarakat kita pertama sekali tiada hala tuju yang jelas dlm kehidupan. Mereka berasakan terlalu selesa ‘comfort zone’. Jadi,bila tamat belajar mereka ingat majikan cari mereka, tetapi zaman sekarang ni pekerja yang perlu cari majikan atau dia sendiri yang memulakan nya dahulu (buat bisnes/buka syarikat).
Diharapkan sistem pendidikan di negara kita dpt dirombak supaya dpt menjadi keluaran pelajar-pelajar kita lebih proaktif, berinisiatif, kreatif dan inovatif. Jadi ini semua mesti lah bermula dari rumah kemudian sistem pendidikan kita juga perlu seiring dengan yang berada di luar negara yang menekankan ciri-ciri yang disebutkan tadi.
Saya sokong pendapat Nurul Hamizah tetapi jgnlah orang ramai di luar sana sensitif dengan topik ini.Terima dgn hati terbuka & buat perubahan.
naziehah…
menarik info tu… boleh bagi emel address… nak tanya mcm2 ni… boleh?
Nantikan eBook Panduan Menguasai Bahasa Inggeris dari saya… 🙂
selewat-lewatnya pada Jun 2008. InsyaAllah…
Hai IK
Pada pendapat sy masalah pengangguran yg sebenarnya berpunca dari sikap dan mentaliti orang kita sendiri. Mereka ini lebih suka berada dalam “keadaan selesa” aka “COMFORT ZONE” spt yg diperkatakan oleh Hafiz Banting.
Dalam keadaan sekarang, sistem pendidikan seharusnya mengajar mereka dengan ilmu-ilmu perniagaan agar ia akan menjadi satu bekalan apabila menceburkan diri dlm bidang perniagaan.
Maaf sekali lagi kerana menganggu, memetik apa yang dikata oleh Razzi Rahman, saya sebenarnya bukan Jeniri Amir, tetapi anak kepada Jeniri Amir, Faruqi Jeniri, takut ayah saya hairan baca komen kat page I.Khairi, “Bila masa ayah post komen ni?” haha, sorry. Anyway thanks bro Razzi Rahman untuk komen saya yang tidak seberapa itu.
admin http://www.jeniriamir.com
Ooppss…silap. Funny! Hahaha i thought saudara Jeniri sendiri yg post. Eh anak dia pun hebat juga menulis lah kalau cam tu 😉
PENGANGGURAN!hmm…pada saya perkara ni memang disebabkn mindset orang kita dari zaman dulu lagi.Mcm org2 tua dulu kate..makan gaji,keje ngan gomen barulah selamat.Memang selamat,tapi time zaman dulula.Zaman sekarang ni graduan dh makin ramai berbanding dulu.So,kenelah buka minda sekarang.Think Out Of The Box!Buat Bisnes sendiri..ramaikan usahawan melayu kita.Tgk kaum lain,mereka lebih suka create bisnes sendiri p makan gaji.
Tp apa-apa pun,tepuk dada tanya selera.
Kalau hendak seribu daya kan?
🙂
Saya setuju dengan pendapat2 rakan2 yg lain. Walau apa pun alasannya semua bergantung pada diri dan usaha masing2 serta paling utama keizinan dari Allah S.W.T dlm apapun tindakan2 dan usaha2 kita. Jgn terlalu merendah2kan bangsa sendiri kerana masih banyak nilai2 yg baik dlm diri bangsa kita.
p/s : sentiasa lihat org2 yg lebih susah kerana dgn itu kita akan merasa bersyukur dan berusaha dgn lebih kuat untuk memajukan diri.
Assalamualaikum saudara Irfan Khairi,
Tahniah kerana usaha gigih saudara diizinkan oleh Allah S.W.T hingga saudara mencapai apa yg saudara impikan. Mungkin kejayaan anda sebenarnya adalah alasan untuk anda menjalankan tugas sebagai khalifah Allah untuk membantu rakan2 sebangsa dan seagama lain yg sedang dan akan berusaha untuk memajukan diri dan keluarga masing2. Setiap yg Allah takdirkan ada hikmat yg tersendiri..mungkin itulah hikmat dan alasannya kenapa anda ditakdirkan berada ditahap dan kedudukan sekarang…
Assalamualikum IK, banyak rungutan yang didengari akibat pemasalahan graduan mengganggur, saya juga tidak terlepas daripadanya, pada usia menjengah 27 tahun saya masih gagal mencari pekerjaan walaupun pernah bekerja kontrak sebagai kerani selama dua tahun di syarikat swasta, saya kembali menjadi penganggur, walaupun segan untuk memberitahu sebab saya menganggur saya harus juga berkongsi dengan anda semua. Antara sebabnya adalah kerana mempunyai sakit sinusitis kronik ia telah menyebabkan nafas saya berbau agak teruk yang menyebabkan kesukaran saya mencari pekerjaan kerana halangan komunikasi, perkara tersebut menyebabkan keyakinan diri saya menurun. Saya juga agak tertekan membaca komentar para pembaca menyatakan graduan memilih kerja kerana malas, ego & sebagainya, tetapi tidakah kita teringat bahawa tidak semuanya graduan yang keluar dari U mempunyai kesihatan yang baik mungkin ditimpa sakit. Bukan alasan sakit disini menyebabkan saya mengeluarkan alasan tidak dapat kerja tetapi majikan tidak akan mengambil kerja para graduan yang mengalami masalah kesihatan. Justeru bersyukurlah graduan yang sihat keran peluang anda amat cerah untuk bekerja dalam apa-apa sektor. Sekian
Salam IK & semua,
Hangat topik ni.. nak tambah pendapat sket, walaupun agak lewat dah.
Pada pendapat saya, tak boleh salahkan penganggur, gomen, ataupun majikan berkenaan dgn perkara ini. Setiap entiti ini mempunyai “argument” mereka tersendiri. Kalau dok argue mana salah mana betul, sampai ke akhir hayat takkan selesai masalah ini.
Maka dengan itu, saya mencadangkan satu benda sahaja utk penganggur2 ini – ubah mindset, cari kerja sampai dapat. Kalau tak ada pekerjaan yang “setimpal” dengan sijil/ijazah yang anda ada, cari kerja lain dahulu sementara waktu.
Akhir sekali, nak coretkan sikit kata2 pujangga:
“Dunia” ini tidak akan berubah untuk keselesaan “Kita”, TETAPI “Kita” boleh mengubah “Dunia” untuk menjadi lebih selesa utk “Kita”.
Terima kasih kerana sudi membaca komen saya ini!
Hi semua,
Saya nak tambah sikit kat sini, seperti yang kita semua maklum, fenomena pengangguran yang ada sekarang adalah disebabkan peluang untuk mendapat kerja yang sukar disamping hanya memikirkan zon selamat. Baru-baru ini saya ada mendengar TPM kita dalam ucapan beliau ada menyebut “zaman keluar universiti cari kerja sudah berlalu,sekarang adalah zaman keluar universiti CIPTA kerja bukan cari kerja lagi”.
Bagai mencipta kerja ni saya rasa bidang perniagaan adalah salah satu punca atau sumber di mana para graduan tidak mengharapkan kerja makan gaji lagi. Jika sebut perniagaan ni kita kebanyakan orang Melayu ini agak alergi sikit, tak suka untuk berniaga, puncanya mungkin kita sudah terbiasa dengan trend makan gaji. Mungkin telah diserapkan sejak zaman penjajah lagi melalui dasar Pecah dan Perintah agaknya fenomena ini sukar untuk kita atasi. Tetapi berniaga ni bukan semudah macam kita sebut pula…. Hanya orang yang dalam kategori tertentu sahaja yang mampu untuk mengharungi ranjau duri bidang perniagaan ini… Antara orang yang mampu melalui semua rintangan itu sehingga kini ialah IK kita ini, syabas saya ucapakan, setelah berjaya IK kini mula berkongsi rahsia kejayaan melalui penulisan dan seminar, saya rasa jika ramai orang yang berfikiran macam IK , sedikit masa lagi alergi terhadap bidang perniagaan ini dapat dibendung…..
http://www.mizemall.com
Sudah sampai masanya Malaysia tidak mendirikan lebih banyak universiti yg berbentuk hands-on dan graduatenya ialah mereka yang who can do such jobs rather tahn producing somebody yg keluaq pastu keyakinan diri takde and hope for the best tapi one who does not prepare for the worst..
Banyak negara dah buat benda camni JEPUN,GERMANY,KOREA macam apprenticeship those who come out with flying colours go to the top yang poor performence ada back up plan utk diaorang asah skill baru kirta boleh maju…competition jadi high dan skilled workers pun ramai bukan setakat teori aje…..DONALD TRUMP pun buka satu ONLINE UNIVERSITY..sapa2 yg nak kena bayar pastu jaminannya..their own survival skill…the harder they do i he higher the pays…
CAMTU je rasanya kalau nak ajar bebudak skang…MACAM AKADEMI TV3 tu..tp saya dah lama tak dengar cita dier..mgkn utk org dalam saja kut…tak dibuka kpd awam.
Salam sejahtera semua. Just to share sikit, maaf kalu ada yg tersasul…Sebab menganggur? I lihat dari sudut konsep hidup yg diutarakan oleh Dr.Stephen R.Covey (The 8th Habits) iaitu Inside-Out & Outside-In, secara ringkasnya hidup ini dibahagikan pada 4 Quotions berikut:
1. SQ (Spiritual Quotion) – Rohani
2. EQ (Emotional Quotion) – Emosi
3. IQ (Interligent Quotion) – Minda
4. PQ (Physical Quotion) – Badan
Outside-in (Luar ke dalam) = PQ -> IQ -> EQ -> SQ, manakala Inside-out sebaliknya.
Maka sebab menganggur ialah individu tersebut mengamalkan hidup Outside-in…secara ringkasnya nafsu (tuntutan Badan – PQ) mendominasi hidup.
Bagaimana supaya hidup ini berciri Inside-Out? Layari http://www.imageku.com. Ulasan: OKU (orang kurang upaya) dlm website itu adalah terdiri drpd mereka yg mengalami kecacatan yg berat (tidak mampu bergerak dengan mudah walau untuk makan minum atau ke tandas). Namun Rohani (SQ) mereka menyemai rasa syukur atas takdir ilahi & percaya akan setiap kejadian pasti ada rahmat-NYA. Maka mereka tidak putus asa & tiada alasan untuk mereka menjadi penganggur. Fikir-fikirkanlah…
interesting subject… and the answer for me lies within ourself… WHAT DO YOU WANT?
Saya suka sangat tentang ini terima kasih saje saya berminat sangat
Salam sejahtera buat diri dan rakyat malaysia. Saya setuju benar dengan komen teman yang terdahulu. Cuma nak tambah. Ironi, pelik ramai penganggur khusus rakyat negara kita, khususul khusus bangsa M. Nak kate tak da peluang kerja, rasanya tak mungkin. Buktinyadah angka jutaan warga asing membanjiri dan rebut peluang kerja di sektor pembinaan, perladangan,perkilangan , perkhidmatan dan dll. Mereka nampak negara kita ini subur tempat mendapat rezeki.
Satu lagi mind rakyat perlu diubah. Nak hidup perlu berusaha. Semua bersetuju dengan maksud dpd maksud al Hadith 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan. So kita perlu lengkapkan diri dengan ilmu perniagaan. Bertahun tahun makan gaji, kenapa tak nampak punca rezeki yang banyak ni.. So jom langkah ke hadapan. Jom join bangkit, jangan bermalas…
This post help me a lot. My problem solved. Great effort and i appreciated that.
saya mencadangkan agar sistem ekonomi kita haruslah di mulakan dengan bismillah dan di akhiri dengan alhamdulillah dan selawat ke atas nabi.kita juga harus memberi al fatihah kepada setiap pelanggan….selain itu kita perlu melebihkan timbangan terutama kepada golongan yang kurang berkemampuan dan penuggang motosikal…sekian..tq…jagan mare..AL FATIHAH…
salam semua,
saya memang suka dari perkataan “penganggur” terutama yang berlaku di negara kita malaysia. Mengapa mereka memilih kehidupan pengangguran di sbbkan atas dasar perkataan takut. Betul ni apa yang saya katakan, takut nak cuba cth setiap permulaan mereka takut, malu, segan, malas, tidak berani, tapi nak kaya. walhal manusia penuh dengan ilmu. pemikiran sahaja berbeza, cuba kita kira berapa ramai yang tidak mengambil spm pada tahun 2000>2007.
salah satu faktor dimana mereka suka melepak sepanjang malam dan membuat perkara-perkara buang masa. bukan saya nak salahkan mereka tapi mengapa mereka menjadi seperti itu? ini yang menyebabkan pengangguran di malaysia makin bertambah, menjadi isu yang besar semakin ramai juga yang masuk dan keluar u tapi ada juga yang u-turn balik…
kita hidup di zaman yang penuh pendidikan tidak jauh beza pada zaman firaun. mereka juga pintar dari kita
“jadi kita banyak membuang masa”
MASA ADALAH SUMBER DAYA INSAN
Hargailah segala yang ada di setiap penjuru di muka bumi ini!
sekian terima kasih
wasalam,
Kepada siswazah kalau nak minta keje please lah dress up properly. Janganlah berpakaian ala-ala nak pergi kuliah terutama masa time interview. Terutamanya interview swasta sangat mementingkan penampilan. Malangnya, ramai siswazah, pergi interview pakai baju kurung bunga-bunga, tudung bawal RM10, pastu muka tak bermekap tanpa bedak dan lipstik. Nampak sangat ‘nerd’ dan tak meyakinkan. Come on lah, u nak memasuki alam pekerjaan bukan lagi alam remaja riang di universiti. Disarankan kamu memakai kot atau blazer semasa interview. Kot murah pun takpe tetapi sebenarnya ia nampak lebih professional berbanding berbaju kurung. Sekian, daripada pekerja swasta.