Walaupun saya sering cadangkan untuk seseorang itu lakukan apa yang mereka minat atau kepakaran masing-masing menjadi perniagaan, perlu diketahui juga, minat & kepakaran sahaja tidak mencukupi.
- Seseorang yang hebat menjahit, tidak semestinya akan hebat dalam perniagaan menjahit.
- Seseorang chef hebat tidak semestinya akan berjaya membangunkan perniagaan restauran
- Seorang yang hebat bermain piano tidak semestinya akan jadi usahawan piano hebat
Salah tanggap perkara di atas ni lah yang menyebabkan banyak perniagaan tidak berjaya. Jadi, apa sebenarnya yang penting?
Kali ni nak tanya pembaca setia Tip Satu Minit pula untuk jawapan 🙂 apa pendapat anda? Kongsikan di sini!
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Pandangan yang kadang2 betul:
1. Penilaian umum terhadap produk. contoh: Memang kita pandai membuat roti jala yang sedap (orang kampung panggil chef) sehingga dipuji jiran depan dan belakang. kita perlu tahu, adakah jiran kita itu pernah menjadi pengadil juru rasa dalam acara pertandingan membuat roti jala yang sedap. Bermakna, produk yang kita hasilkan itu belum cukup bagus selagi tidak dicuba atau dinilai oleh mereka yang profesional. (lebih kurang syok sendiri)
Pandangan sebenar..
2. Kemahiran tanpa kemahiran berniaga. ramai penulis bestseller buku atau novel tidak membuka syarikat buku mereka sendiri. Walaupun perkara itu boleh menguntungkannya. Dia tidak mampu untuk menjual produk sendiri kerana kurang satu lagi kemahiran, iaitu berniaga. Jadi bakat dan pengetahuan untuk berniaga juga penting selain dari kemahiran yang ada.
Orang yang tiada kemahiran dalam apa yang dijual, tapi memang pandai berniaga boleh untung dengan banyak berbeza dengan mereka yang punya kemahiran dalam pelbagai bidang tapi tidak pandai berniaga. Jadi seorang penjahit perlu pergi ke kursus perniagaan untuk menjahit kemas kemahirannya yang ada lubang-lubang itu (kekurangannya) jika mahu serius dalam perniagaan menjahit..
kalau dah hebat dalam sesuatu bidang, untuk menarik orang membeli adalah lebih mudah. contoh tgk chef wan. Ramai syarikat2 perniagaan pemakanan mengunakan khidmatnye.
laris selalu.
IK dan Rakan Tip 1 Minit,
MINAT BERNIAGA adalah jawapan utama kepada persoalan tersebut.
Ini kerana jika kita tiada kepakaran dalam sesuatu bidang perniagaan itu, kita akan belajar asasnya…
Kemudian kita akan dapatkan idea untuk mengusahakannya..
Kemudian kita boleh gajikan mereka yang pakar dalam sesuatu bidang perniagaan yang kita ceburi itu untuk perniagaan kita.
Contohnya, perniagaan menjahit! Kita boleh gajikan dan dapatkan tukang jahit terhandal di sekitar tempat kita untuk bekerja dengan kita!
Perniagaan restoran pula kita boleh gajikan chef terulung untuk memasak hidangan terbaik untuk restoran kita.
Apa yang penting ialah MINAT BERNIAGA dan Pengurusan Perniagaan yang betul!
Salam Kekayaan,
THINKERICH
Orang yang hebat dalam sesuatu industri tidak semestinya berjaya dalam perniagaan. Kadangkala perniagaannya hanyalah “gitu-gitu” aje. Senang cerita “cukup makan” kalau dibandingkan dengan pesaing-pesaing yang lain dalam industri yang sama.
Bagi saya, antara sebabnya mungkin adalah kerana;
1) Tidak fokus, maka dia
2) tidak yakin, atau
3) terlalu yakin bahawa dia hebat, maka dia
4) tidak mempromosi secara berterusan,jadi
5) tiadalah orang bercerita ttg bisnesnya, dan akhirnya
6) bisnes itu jadi bisnes “syok sendiri”
Boleh diterima ke jawapan ni? Rasanya pelbagai cara promosi dan yang berterusan memang amat penting dalam perniagaan untuk perniagaan tu jadi hebat dan berjaya.
Saya rasa selain minat, paling penting kita mesti ada skill menguruskan perniagaan cth. berurusan dgn. customer, mencari supplier yg. boleh bg. harga rendah dgn. kualiti yg. bagus, mencari pasaran, menguruskan kewangan dll. Kalau kita hanya minat & pandai masak tp takde skill berbisnes, kita sesuai menjadi chef shj. kpd. seorang pengusaha restoran. Tp kalu terer masak & terer skill uruskan bisnes, baru le boleh buka restoran sendiri. Sebab, kalu serahkan 100% pengurusan kpd. org lain & kita ambil untung shj, saya rasa besar risikonya sbb 100% bergantung pd. org lain. kalu tiba2 org tu lari, kita tersungkur. Betul ke IK?
1. saya rasa.. bagus berguru dulu.. dengan mereka yang pernah gagal.. mereka nii banyak pengalaman..
2. berani gagal.. sebab bisnes nii.. gagal tu memang dah pasti.. tapi sebagai usahawan.. kita kena pikir macam mana supaya tak gagal.. pastu boleh buat untung pulak
3. carik sifu yang dah berjaya.. rujuk dengan mereka.. pelajari teknik
Ini adalah dilema antara kepakaran teknikal dan kepakaran perniagaan. Seseorang yang mempunyai kepakaran teknikal boleh berjaya dalam perniagaan, cuma mereka perlu sedar bahawa kepakaran perniagaan dan pengurusan adalah berbeza dan perlu dipelajari, sama seperti apabila mereka mempelajari kemahiran teknikal dulu.
Buku E-Myth Revisited yang membincangkan tentang perniagaan kecil banyak menyentuh tentang dilema ini.
Risalah Labur Niaga
Jawapannya – ilmu perniagaan 🙂
Setiap kepakaran industri harus dilengkapi dengan ilmu perniagaan. Ini kerana kepakaran industri hanya bermaksud seseorang itu sangat, sangat bagus dalam melakukan apa yang dilakukan.
Tanpa ilmu perniagaan, kepakaran industri tidak dapat disalurkan menjadi pendapatan lumayan 😉
BAGI SAYA MUDAH JER…DON’T MAKE TO TECHNICAL.
YOU MUST HAVE ‘PASSION’ ON WHATEVER U R DOING.
‘KEGHAIRAHAN’ ATAU ‘KETERUJAAN’ DLM BEKERJA ATAU BERNIAGA.
salam…
minat + idea + usaha + praktik + rebut peluang + doa = berjaya. insyaALLAH
Minat tidak sama berniaga. Kepakaran tanpa ilmu perniagaan tidak menjanjikan kejayaan. Contohnya kita pakar masak tetapi tidak pandai memasarkannya dan malu-malu kucing pula mengatakan masakan kita sedap. Walau sedap bagaimana sekalipun tentu susah mendapat pelanggan kerana orang tidak tahu.
Jika kita minat dan pakar dalam bidang kita, untuk ceburi bisness kita perlu ada ilmu bisnes, sikap yang betul, perlu idea dan kejujuran untuk memastikan minat kita mendatangkan keuntungan.
Minat pada sesuatu memang boleh jadikan perniagaan. Tetapi untuk menjayakannya sebagai satu perniagaan….perlulah….
Belajar ilmu perniagaan…untuk belajar ilmu perniagaan, perlulah minat dengan perniagaan.
Baru boleh belajar.Klau tak minat dalam perniagaan memang sukar untuk belajar ilmu perniagaan…
Penting ada minat, ada kemahuan…dan mahu belajar…
minat,kepakaran ialah bende yang berbeza.setuju dengan IK.
betul tu. minat dan kepakaran dalam sesuatu bidang sahaja tak mencukupi.
kena bersedia belajar pasal the whole business operation.
marketing. pricing. promotion. sales. product development. operation. etc
Ok, pada pandangan saya pula, sekiranya minat dan kepakaran sudah ada tapi tidak juga mencukupi maka dia perlu juga mengetahui asas-asas perniagaan dari A-Z.
Senang cerita kena tau selok belok perniagaan juga. Setiap perniagaan ada perinsip-perinsip yang tersendiri.
Belajar & terus belajar 😉
wahh..macam-macam jawapan ade kat sini…
PASSION mungkin jawapan paling tepat!
kepakaran yang ada pada diri kita tidak semestinya akan menjelmakan kehebatan kita dlm berniaga………………..
kita mestilah mempunyai jati diri yg kukuh utk bersaing dan memperbaiki kelemahan kita di dlm berniaga…………
dari situ akan timbul keseimbangan di antara kepakaran n kehebatan berniaga………….
jadi ape yg kita buat akan sentiasa terarah kepada kecemerlangan………….
Salam semua!
Seseorang yang ingin berjaya dalam sesuatu bidang mesti ada ilmu. Ilmu berkenaan perniagaan dan bidang yang dipilihnya.. 🙂
2)Minat(kecenderungan) dan bakat. Ada perkara yang kita minat tidak semestinya membawa hasil sekiranya tiada bakat.
Sebabnya minat tanpa bakat akan membuat seseorang itu mudah jemu sebab apa yang ingin dihasilkan itu selalu tak menjadi. So, kesan bakat itu melalui orang yg terdekat 🙂
http://www.glowglokal.com/blog
Bagi mereka yang mempunyai skill, dalami ilmu berniaga. InsyaAllah akan berjaya dalam perniagaan.
Bakat berniaga boleh diasah, jangan persiakan bakat yang ada.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum,
Sekadar pandangan saya. Hebat dalam industri bukan penentu mutlak dalam kejayaan dalam perniagaan.
Ilmu juga penting sebab tanpa ilmu pengurusan dalam perniagaan. Perniagaan tidak akan berkembang maju secepat orang yang ada ilmu perniagaan.
Salam sukses,
Bagi saya jawapannya ialah:
Minat(passion)berniaga+Ilmu berniaga+Kemahiran berniaga=Usahawan yang cemerlang
Betul tak 🙂
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
betul tu. memang ramai kat luar sana yang power dalam certain niche, tp bila start bisnes gunak kepakaran yang ada.. kantoi dan terbantut di tgh jalan..
sebab utama mungkin takde perancangan yang betul2 teliti dan serius.. ramai yg fokus kat short term punya profit dan abaikan long term plan..
lagi satu hati mesti mau ikhlas dan buat apa2 dengan niat yang baik.. insyaAllah akan bertahan lebih lama
🙂
Salam,
Saya setuju dengan pendapat IK. Berdasarkan pengalaman saya, apabila sudah menceburi bidang perniagaan, minat tu dah jadi perkara kedua. Yang lebih penting adalah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu perniagaan dan berusaha untuk berjaya.
Semuanya perlukan KEPAKARAN. Dah pakar dlm bidang jahitan, masakan, muzik, kena jugalah dalami ilmu perniagaan utk jadi pakar perniagaan pulak. Pendek kata, apa jua yg cuba kita lakukan, perlu dengan ilmu di dada. Klu belum cukp banyak pun ilmu tu, boleh juga mulakan dulu, dan teruskan belajar along the way. Kalau nak tunggu sampai jadi pakar dulu baru nak mula berniaga pun payah jugak laa… Satunya bila/berapa lama nak jadi pakar, dan kedua, takut2 lama sangat masa yg kita ambil… akhirnya hilang momentum dan semangat nak mulakan perniagaan. Atau pun, idea hebat yg kita ada diambil orang…. Jangan tunggu lama-lama… 😉
salam…
saya setuju ngn IK. tetapi setiap perniagaan perlukan kesabaran. especially bila nak menguruskan perniagaan.its not easy without ilmu tul tak. minat is another big thing.although it comes second, some people kene pupuk lebih lagi. saya antara org yang made mistake of not planning my bisnes that well…have alot to learn more.
IK, u’re coming to UTeM melaka rite.sya keje kat utem. really looking forward to meet u in person..hope to c u here.
ya betul.. saya sangat bersetuju dengan post ni.. tapi kita boleh develop lagi skills perniagaan tu
kemahiran satu anugerah Allah SWT. Tapi kita kena ingat Allah itu adil. Makanya, kemahiran itu juga boleh diajar, dipelajari dipraktikkan, diasah dan diusaha sehingga ia menjadi satu kemahiran jitu dalam diri kita. Contoh simple: kemahiran membaca, kita semua satu ketika dulu masa kecil memang BUTA HURUF tapi sebab mak bapak hantar pegi sekolah berbelas-belas tahun kita dilatih atau diPAKSA membaca makanya hari ini kita dapat membaca dengan baik dan bukan itu sahaja kita turut dapat menjadikan skill membaca ini sebagai satu cara menimba ilmu perniagaan dengan membaca tips IK tiap-tiap hari. Amacam betul tak?
Pndapat sya… 20/80
20 adalah kepakaran kita dlm sesuatu bidang..
80 ilmu business,pengalaman,skill untuk mnjalankan sesuatu perniagaan..
sebagai cnth..sy pernah ke kedai printing(milik Cina) untuk mbuat kad..design mereka tidak sehebat mn..ttp mereka mesra pelanggan,pastas,pantual ramai pelanggan di kedai ini..Berbanding di kdai satu lg(Bumiputra)mereka mempunyai idea yg bernas dlm bentuk design serta brangan yg berkualiti..ttp sgt kurang dr segi customer service,sukar untuk senyum,terlalu berkeras dgn pelanggan,tidak menepati janji..amat kurang sekali customer di kedai ini..
so…btol lah ckp IK
setiap orang ade lbh dan ad kurg..tp x slh kalo kite belajar..sbb tu hidup ni perlu ad ilmu!…kalo ade ilmu,yg x pandai pon leh jd pandai..tol x??
kita tgk KFC n McD. mknn bukn sedp sgt, kita msk kt rmh confirm lg sedp. tp diaorg pndai pncing tang iklan, mainn bdk2, letk tmn mainn bab pengurusn, perkhidmtn pelnggn, pemasaran jgn ckpla. it’s al abt mngemnt skills, business skills, communication skills. ILMU tu pnting sgt2. klu blh msuk dlm silibus skolh smua yg diatas, cth ajar bdk2 Cashflow 101, pengurusn kewngn yg paling asaspun jdla, jnji kita dh dedhkn ank2 skrg pd ‘survival skills’ utk msa depan diaorg. I believe in beginning at the end.
persoalannya bukan berapa hebat kita menjahit,bukan berapa hebat kita memasak,bukan berapa hebat kita main piano,
TETAPI BAGAIMANA KITA JUAL PERNIAGAAN KITA..
cth:
1)hebat menjahit tapi tak hebat NIAGAKAN DAN PROMOSI jahihat sendiri..
2)hebat memasak tapi tak hebat NIAGAKAN DAN PROMOSIKAN masakan sendiri..
3)hebat main piano tapi tak tahu NIAGAKAN DAN PROMOSI kehebatan sendiri..
mcm irfan khairi pandai jual diri dia dengan kehebatan yang dia ada..cayalah IK!!!
from
KHAIRI MOSS..next millionaire on earth..
Sebagai orang yang pernah merentasi 7 buah lautan dan sampai di 16 buah negara asing serta mempelajari daripada lebih 100 buku-buku bisnes, pengurusan kewangan dan motivasi saya nak kongsi sedikit ilmu kat tuan-tuan semua:
” Bisnes memang perlukan MODAL,, ILMU PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, BAKAT, MINAT dan sebagainya sepertimana yang tuan-tuan bagi tahu tapi YANG PALING UTAMA adalah MESTI SERASI dengan DIRI TUAN ”
” Jutawan Hartanah Azizi Ali berjaya dalam bisnes hartanah kerana beliau SERASI dengan hartanah ”
” Pakar Motivasi Berasaskan Pengalaman dan Teladan DR HM Tuah Iskandar Al Haj mampu memberikan motivasi hebat kepada orang ramai kerana beliau SERASI dengan motivasi ”
” Pakar Pengurusan Kewangan Shamsuddin Abd Kadir berjaya membantu ramai orang menyelesaikan masalah kewangan dan hutang kerana beliau SERASI dengan pengurusan wang ”
” Jutawan Internet Kita Sendiri iaitu Irfan Khairi berjaya membantu ramai orang kerana beliau SERASI dengan internet ”
Ini pada pandangan sayalah. Jika ada salah silap terutama Ifran Khairi sendiri saya minta maaflah…
Untuk makluman juga, kesemua nama-nama hebat yang saya sebut di atas merupakan idola-idola saya dan mereka banyak membantu kejayaan saya selama ini walaupun mereka mungkin tak kenal saya..
– SAILOR MAN
salam
~tonjolkan diri anda…
~wujudkan dlm pemikiran prospek anda, “anda hebat”
~wujud kan ‘brand’ dlm diri anda
~Fokus pada satu kepakaran
amen
Bakat manusia dianugerahkan Allah ada dua jenis. satu bakat semulajadi yg Allah beri secara istimewa jadi xperlu praktik. Dan satu lagi bakat yang kena asah. Perlu praktik dan belajar.
Apa yang saya tau, satu je.
Orang yang pandai ambil peluang, meniaga. Orang yang tak pandai ambil peluang, mengajar. Dua-dua ada ilmu, lain sikit je.
salam, saya pun ader produk, tp x pandai nk promosikan…mcm mana yer…nk belajar tp x tau mcm mana nk mulakan…hrp ada yg sudi jawab soalan saya…tq.
salam..sy sgt setuju dengan pendapat irfan khairi.sy ada saudara rapat yg hebat dalam pidato,mempunyai network yang hebat dan kuat dengan tokoh2 politik negara,tetapi masih tidak berjaya dalam perniagaan walaupun sudah diusia agak senja.Kemudian saya membandingkan beliau dengan usahawan2 jutawan senyap yang lain yang hebat tetapi tidak pernah dikenali pun maka ternyata beliau jauh ketingggalan.Orang selalu mengatakan bahawasanya,produk yang berkualiti,kemudiannya pemasaran yang berkesan adalah perkara pertama dalam perniagaan tetapi itu sebenanrnya perkara yang kedua dan boleh jd produk adalah perkara kedua,ketiga dan sebagainya.Sebagai individu yang telah menceburi bidang perniagaan ini,maka saya telah memahami bahawasanya perkara yang pertama sekali dalam perniagaan adalah strategi.Jeneral askar adalah pakar dalam strategi perang dan bukan nya pakar dalam aspek teknikal. Maka dapat lah disimpulkan bahasanya berjaya atau gagal perang atau pun sesuatu perniagaan adalah bergantung kepada strategi yang kite buat dan laksanakan.Produk dan pemasaran akan menjadi perkara yang kedua selepas startegi.Contoh nya,setelah kita membuat analisa daripada maklumat yang kita dapat(spt survey market),maka kita akan dapat memikirkan produk yang sesuai,target pasaran kita,pesaing2 kita,bilakah masa untuk memulakan perniagaan,dimana lokasi yang sesuai utk kita jadikan dan harga yang sepatutnya.itu adalah semua strategi yang akan menentukan kejayaan perniagaan kita.tq
Setuju dengan kata-kata IK yang ini.. Terima kasih! Sungguh bermotivasi. 🙂
Setuju dengan IK, sekiranya kita pakar sekalipun dalam bidang kita, kita perlu ada ilmu untuk berniaga jika mahu berniaga. Kerana kita mungkin belum tahu bagaimana mahu mempromosikan, mengiklankan & ‘marketing’ produk kita tu… contoh: org yang pandai buat kek yang sangat sedap belum tentu dapat pelanggan & menjual keknya jika dia tak tahu nak promosikan produknya, sehingga orang sekelilingnya pun tak tahu yang dia sedang menjalankan perniagaan kek!…business adalah satu bidang lain dari bidang yang kita telah pakar itu dan tidak boleh lari dari promosi…sekian