Buku yang mengubah anda?

Hari ini kita bincang-bincang sikit sambil berkongsi / recommend buku.

Antara buku yang banyak membantu saya adalah:

ikbooks.jpg
  • “Think and Grow Rich oleh Napolean Hill”
    Menunjukkan bagaimana hendak menggunakan kuasa minda dalam mencapai kekayaan. Quote penting dari buku ini yang saya sering pegang “Whatever the mind can conceive, the body can achieve!”. Mungkin buku pertama saya baca mengenai kekayaan.
  • “Rich Dad Poor Dad & Cash Flow Quadrant oleh Robert Kiyosaki”
    Seperti ramai kita, antara buku terawal saya miliki tentang ASAS kekayaan kepada saya. Ia mengajar saya the “smart” way untuk memperolehi kekayaan dan memiliki perniagaan.
  • “Blue Ocean Strategy oleh Kim & Mauborgne”
    Apabila memulakan sebarang perniagaan, buku inilah yang menjadi “partner” saya… Mengajar untuk menjadikan perniagaan kita unik supaya kita tidak perlu bersaing dengan pesaing-pesaing sedia ada. Highly recommended bagi yang ingin memulakan perniagaan. Tapi, kandungannya agak advance!

So, ini antara buku-buku yang saya highly recommend- kalau anda belum baca, MESTI baca! Banyak lagi bukusaya… Buat permulaan, cukup di atas. Apa kata anda recommend beberapa buku dalam koleksi anda- also, tulis lah sedikit maklumat so, dapat manfaat ramai!

Tip: Kalau dah baca buku di atas, jangan baca sekali je… baca beberapa kali!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

42 thoughts on “Buku yang mengubah anda?

  1. salam,
    saya pun ada buku nak di kongsikan juga, andai kata bermanafaat untuk semua :-
    1) BERGURU KEPADA ALLAH penulis Abu Sangkan – untuk memantapkan kerohanian dan emosi kearah mengenal diri.
    2) 7 KAEDAH SEMANGAT KEJAYAAN, PANDUAN PRAKTIK UNTUK TERCAPAINYA CITA-CITA ANDA penulis Sharina – buku yang perlu diamalkan oleh setiap individu yang ingin berjaya, kadang2 kejayaan bukan terletak kepada satu faktor tertentu, di dalam buku ni ada 7 kaedah yang perlu dijadikan amalan dan saya telah mengamalkannya, sungguh luar biasa hebat.
    sekarang, 2 buku ni dah 10 ke 11 kali saya ulang, kemana-mana pun saya akan baca 2 buku ini untuk membuat ulangkaji dan kearah menambahbaikkan diri sendiri, seperti yang IK sarankan, setiap malam 1 jam saya baca buku ni, kadang2 petang sambil ngeteh, yang penting hidup ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh allah, amin.

  2. Buku yang banyak membantu saya adalah buku Rich dad poor dad. Lepas tu game cashflow 101 yang di asaskan oleh Robert Tiyosaki gak. Banyak benda boleh belajar dari buku dan game nii

    Lepas tu web teknik pelaburan oleh http://www.pie2020.com Macam mana nak invest dalam pelaburan hartanah. Ia juga terangkan konsep OD, refinance, cagar dan lain-lain

  3. Buku yang best pernah saya baca adalah
    “Berani Kaya, Berani Takwa” oleh Anis Sirsaeba. Buku ini memberi jawapan yang memuaskan terhadap salah faham ramai orang Islam tentang kekayaan dan cara2 untuk mencapai kekayaan dalam Islam yang benar2 praktikal. Rating: 5 Bintang.

  4. Buku yang saya recommend : Think Big and Kick Ass in Business and Life oleh Donald Trump and Bill Zanker . Harga Rm80 . Buku ini sangat memberi inspirasi kepada mereka yang memburu impian yang dihajatkan. Buku ini padat dgn tip-tip bagaimana untuk berjaya dlm kehidupan ini.Disamping itu setiap tip diselitkan kisah mereka yang kita boleh ambil tauladan melaluinya. Dua Tokoh terkemuka berkongsi idea rahsia mencapai impian .
    http://www.amazon.com/Think-BIG-Kick-Business-Life/dp/0061547832

  5. Dare to fail, by Billi Lim… Buku ini sgt2 memberi kesan kpd sy, terutama dlm perkara yg melibatkn kegagalan..

  6. Antara buku yang mengubah pandangan saya ialah buku-buku yang dihasilkan oleh Chef Li. Terutamanya bukunya yang pertama Menjejaki Jutawan Senyap. Bukunya membuka minda saya untuk memulakan perniagaan.

  7. Satu-satunya buku yang mengekalkan jiwa saya untuk terus buat business ialah Menjejaki Jutawan Senyap (Dr. Rusly). Selepas tu baca pula buku-buku dia yang lain. Sehari dua dah habis. Memang semangat giler lepas baca buku2 dia. Idea2 bisnes kecil mencurah-curah masuk sampai tak terbuat. :p

    Buku-buku dia lah yang pertama kali dalam hidup saya saya baca sampai habis. Al maklum, masa sekolah dulu saya bukan jenis ulat buku. Berkepit dengan buku ada la.

    Dan sudah semestinya yang terus menambah momentum saya dalam ebiz ialah buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar. Siapa ya penulis buku tu? 😀

  8. Buku Think and Grow Rich pun ada keluaran BM..cuba cari..warna coklat if tk salah

    Ada lagi satu buku yang bagus…tulisan Adam Khoo dari Singapore..Design Your Mind, Design Your Destiny..ada dalam versi BM, edaran PTS 🙂 Harap membantu

  9. Saya suka buku “Secret of Self-Made Millionaires” by Adam Khoo. Membuka minda saya bhw byk ruang actually nak cari duit. Juga buku2 Azizi Ali especially “mXe”,byk cite ttg experience azizi try perkara2 mencabar & travel merata tpt (saya suka travelling-tp x dpt travel skrg coz x ckp duit) & ditulis dgn gaya santai & kelakar.nak cari buku “blue ocean strategy” pulak.RJJIT dah khatam dah,byk kali.

  10. Salam!

    Seingat saya buku pertama saya yang bersangkut paut dgn memberi inspirasi dan semangat bertajuk HERE’S HELP! by M.R. KOPMEYER. Yang menariknya bila buka je buku tu dapat dibaca ayat ni ‘When You Bought This Book, You Bought Stock In Yourself’, the best investment you can make is in YOU. Sinilah saya memula kenal istilah minda sedar, minda bawah sedar, kaedah imaginasi…..

    Membina Imaginasi Cemerlang oleh Dr. HM Tuah Iskandar. Masa ni dah faham pentingnya motivasi. Tajuk buku pun straight and forward je. Buku ni memang bagus. Menyentuh tentang aset-aset penting pada diri kita iaitu otak, minda dan akal berserta kemahiran2nya. Penjelasan tentang kuasa minda khalifah bumi ni (manusia). Penulisnya menandakan minda sedar dgn smiley hitam dan minda bawah sedar dgn smiley putih. Unik je masa memula baca tu.

    “Hakadha Haddathana al-Zaman” dlm bahasa kita bermaksud ‘Beginilah Zaman Memotivasikan Kita’ tulisan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni. Dah tentu saya baca versi BM. Diantara yang menyentuh dan mendalam bila saya fikirkan. M/S 51. Izinkan saya salinkan di sini:

    —Saya melihat bahawa kita semua selalu berusaha untuk mengumpul harta kekayaan, kita semua sgt takut terhadap apa yang disebut fakir, mata kita tidak pernah dipuaskan oleh apa pun, padahal sebahagian besar harta kekayaan yang kita cari dan kumpulkan tidak kita makan. Jika seseorang yang berakal mahu sedikit berfikir dan merenung, maka ia akan sedar bahawa sebenarnya sepotong roti sudah cukup baginya untuk menghilangkan rasa lapar.

    Ada juga disebut: — Jika keadaan kita sihat dan lingkungan aman, maka makanan yang paling sederhana sekali pun sudah cukup untuk kita. Oleh kerana itu jangan kamu terlalu menyiksa diri, menghabiskan tenaga dan fikiran hanya untuk mencari dan menumpuk harta duniawi, hiduplah secara wajar, sederhana dan apa adanya. Jika kamu hidup tanpa dibebani hutang, maka kamu adalah termasuk orang yang sangat berbahagia. Seseorang yang hidup wajar, sederhana dan apa adanya, maka ia tidak akan hidup susah, kerana ia tidak pernah dibebani dan tersiksa dengan perasaan selalu berhajat kepada sesuatu yang lebih—

    Sekali lalu mungkin ayat ni macam ada unsur memperlahankan langkah untuk maju ke hadapan. Berlainan dengan motivasi orang putih. Islam pasti bukan begitu. Namun pada saya ini adalah frasa peringatan dari penulisnya bukan gugatan jauh sekali ancaman.

    Penulis yang satu ni selalu menyentuh tentang kerohanian dalam tlisannya dan buku famousnya dan best seller ialah ‘La Tahzan’- Jangan Bersedih.

    Kenang-kenang semula trend pembacaan saya berubah dari zaman sekolah hingga ini. Dulu berkepit dengan buku2 cerita tulisan Khadijah Hashim. Sakan habis waktu tu. Now trend membaca pun dah berubah. Tua dah rasanya……..

    Wassalam

  11. sudah tentu RJJIT!

    saya seorang ibu dan selalu mahukan yg terbaik utk anak2 saya. lantas saya memilih buku2 parenting & child development. terlalu banyak utk dikongsikan disini,,lain kali ye

    satu lagi, buku kesihatan, saya akan baca apa sahaja yg didepan mata tentang kesihatan. saya juga manage to lose 3kg drpd berat badan, hasil dari membaca buku2 kesihatan

  12. Saya baca buku The Secret. Motivasi yg terkandung dlm buku tersebut betul2 memberi perubahan kpd saya. Daripada xde duit nak beli kamera DSLR, kini saya dah pun berjaya membelinya siap dgn lensesnya sekali. Cuba lah.
    Pernah nampak buku Rich Dad Poor Dad, tp x baca pun. Thanx for recommending and maybe esok sy gi beli dan baca. hehehehe!!

    p/s: nice meeting u yesterday at cititel midvalley. The talk was awesome. kalau nak pakai fotografer, contact la saya. Huhuhu…

  13. Salah satu buku yang banyak membantu saya dalam perniagaan ialah – E-Myth Revisited. Buku ini menerangkan mengenai kepentingan sistem perniagaan supaya kita dapat memperbesarkan perniagaan kita dan mengelakkan kita dari bekerja di dalam perniagaan sendiri. Highly recommended!

  14. buku yang memberi motivasi kepada saya Nota Jutawan Nota Motivasi..

    lepas baca buku ni sy tetapkan matlamat sy sejak 4 bulan yg lalu dan beberapa hari aje sy akan ke seminar internet..

    maybe bro IK boleh membuat satu ebook yang mengisahkan keempat-empat buku yg bro IK katakan di atas dengan perubahan bro lakukan, boleh strategi bro diimplementasikan oleh peminat bro.. 😉

  15. Salam semua,

    saya dah membaca buku ‘Rich Dad Poor Dad’.
    Buku tu memang interesting dan membuka minda saya yang selama ini yang ada dlam mind-set saya asyik nk kerja makan gaji jer..

    Mengenai buku ‘Blue Ocean Strategy’ saya belum habis baca lagi,kalau nak tahu pasal sinopsisnya
    bolehlah lawati blog saya…http://shukor.wordpress.com

    Sinopsis tu ada kat page ‘Motivasi Jutawan’.
    Semoga ia memberi sedikit gambaran mengenai buku tersebut.TQ

  16. Salam..

    Bagi saya, buku yang membuka 100% minda saya mengenai perniagaan ialah buku Menjejaki Jutawan Senyap. Dengan buku beliau, minda saya terus cintakan perniagaan.

    Saya tersedar terus. Banyak yang saya pelajari daripada buku tersebut. Dan buku tulisan Chef Li kesemuanya saya miliki.

    Kemudian saya tertarik dengan buku yang bertajuk ‘Learn From Successfull Entrepreneurships’. Buku ini mempunyai 2 volume. Terdapat 80 kisah usahawan terhebat dunia dan juga termasuk daripada Malaysia.

    Buku ini menceritakan kisah bagaimana individu2 ini berjaya. Bagaimana mereka bermula. Prinsip yang mereka amalkan. Antara tokoh yang ada ialah Bill Gates, Warren Buffet, Charles Yang (Yahoo) dan Malaysia pula Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Lim Goh Tong dan ramai lagi.

    Dan last sekali buku IK la 🙂

  17. Saya promosi buku bertajuk the sphere of silent..saya tak mahu ulas..carila kat midvaley or klcc punye kedai buku ke..ditulis oleh Dato’Vijay Eswaran..Managing Director Qi(Quest International)..nak tau lebih lanjut mengenai dia..layari http://www.vijayeswaran.com selamat membaca;)

  18. Buku yang telah mengubah kehidupan saya:

    “Bagaimana Hendak Mendapat Kawan, Dan Mempengaruhi Seseorang.” oleh Dale Carnegie

  19. drpd 4 buku yang IK suggest, saya baru ada 1. Rich Dad Poor Dad. Yang 3 lagi tu dah penah nampak kat MPH, tapi cam blum tergerak hati nak beli n baca. Hm lepas ni kena beli n baca jgk nih… 🙂

    Ok, buku yang telah mengubah hidup saya ialah Membina Imaginasi Cemerlang tulisan HM Tuah Iskandar. Asalnya buku ini saya pinjam dari rakan saya. Entah mengapa pada satu hari tu, sebelum saya pulang cuti semester, saya terasa seperti ada satu suara yang mengarahkan saya untuk meminjam dan membaca buku ini. Dan selepas saya membacanya, wahh! buku ini sangat hebat!

    Buku ini telah mendorong saya untuk mengubah diri saya. Juga, ia telah membuahkan rasa cinta saya terhadap buku, terutamanya buku motivasi dan perniagaan.

    Buku-buku lain yang saya syorkan ialah Menjejaki Jutawan Senyap oleh Chef Li, Berani Gagal oleh Billi Lim, Jutawan Ekstrem oleh Azizi Ali dan terbaru , Psikologi Menjual oleh Brian Tracy (versi BM)

  20. ada gak beberapa buku yang saya nak baca dari recommendation kawan2 di sini.

    buku melayu, takde particular favourite. saya rasa banyak yang bagus2.. termasuk Chef Li, HM Tuah, Azizi Ali, DDFK also tak lupa Dato Maznah, Iron Lady (buku motivasi Melayu pertama yang saya beli)

  21. Iron Lady ini mempunyai cerita yang menarik. Saya cadangkan Tuan baca buku-buku ini.

    1. 50 Kisah Usahawan Wanita oleh Puan Norlela Zubir. Ia merupakan temuramah Puan Norlela bersama 50 usahawan wanita di Malaysia termasuk Iron Lady

    2. Memulakan Bisnes Sendiri oleh Puan Ainon Mohd. Buku bisnes yang memberi kejutan kepada industri buku. Ia menceritakan 1001 cara usahawan Malaysia ditipu dari hierarki atas ke bawah. Berdasarkan rekod-rekod mereka yang mengalaminya. Satu-satunya buku yang dikateogrikan sebagai buku bisnes bagaimana hendak elak ditipu.

    3. Jika Tuan sudi, bolehlah mengkritik dan mengulas buku yang menjadi eksperimentasi mendokumentasikan ilmu bisnes tempatan, iaitu Rahsia Bisnes Mamak. Buku pertama yang menceritakan bisnes India Muslim di Malaysia. Mohon doa Tuan agar sekuelnya berjaya. Ia ditulis bersama oleh Muhammad Faisal Sharbbudin, anak keluarga bisnes India Muslim.

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.zamrimohamad.com

  22. Ketika Cinta Bertasbih by Habiburrahman el-Shirazi, Islamic novel.
    Buku Capt.Azizi Ali sudah terkenal dan akan sentiasa menusuk kalbu pembaca.
    Frankly speaking, IK sendiri telah merubah saya.
    WoW!

  23. Yes, I’ve recently thought about it and just found out how important books actually are.

    Some of the books that have helped me:-

    I am a big fan of Adam Khoo. I think IK knows him too.

    May try the following:

    – Master Your Mind, Design Your Destiny
    – Secrets of Self Made Millionaires
    – Patterns of Excellence

    The above are my favourites!

    Hope it helps.

    Clement Chee
    http://www.The-Excellence-Blog.com

  24. sebut fasal buku ni memang best..
    buku yang paling saya minat ialah BERFIKIR DAN BERJIWA BESAR oleh Dr. D.J Scwartz..

    kalau anda ingin menjadi orang yang
    ‘luar biasa’ saya cadangkan buku ini..

    tak sabar rasanya nak jadi orang kaya hehe..

    satu lagi kalau nak jadi JUTAWAN dalam apa-apa bidang sekali pun tidak dapat tidak kita perlu membaca..

    cuba fikirkan jika anda telah membaca 100 buah buku berkaitan perniagaan internet..
    (jangan lupa aplikasikanya)..
    “ADAKAH ANDA TIDAK AKAN BERJAYA”

    berani gagal dan berani untuk berjaya…
    rrrrredah jeeeee…..(AF)
    just do it….

    ANDA HANYA GAGAL APABILA BERHENTI MENCUBA…
    anda tidak akan rugi jika melabur untuk ilmu…

    apa yang penting anda perlu ada keinginan yang membara untuk menjadi jutawan, dan nyalakan KEINGINAN ANDA SETIAP HARI…

    K, kte jumpa lagi lain kali,,,,

    daaa………

  25. Owh, sorry .. saya terlambat sedikit.

    Buku yang saya baca, one book that mengubah di peringkat permulaan sekali adalah Membina Imaginasi Cemerlang.

    Sminggu lepas habis baca buku tu, saya tiba-tiba terjumpa ngan buku IK, Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar. Time jumpa buku tu, umur saya dah 25 tahun!

    Kemudian, saya ditemukan dengan buku-buku Anthony Robbins, terutama Notes From A Friend, Unleash The Power Within dan Awaken The Giant Within.

    Tiap kali terlihat buku tulisan IK, naik semangat dibuatnya. Page yang saya suka baca berkali-kali adalah di bahagian belakang, part motivasi tu.

    Semua koleksi buku saya dah ada 315 buah. Saya nak baca lebih lagi, tambah ilmu supaya saya leh share lebih banyak ilmu ngan lebih ramai orang!

    -Shueqry-

  26. Salam,

    Baru-baru ini saya terjumpa satu buku kewangan yang agak bagus dan sesuai untuk rakyat malaysia iaitu “Top Money Tips For Malaysian” by KCLau published by True Wealth Sdn Bhd

    Highly recommend this book ^_^”

  27. Salam,

    Boleh sesiapa bantu kerana saya hendak mencari pengedar yang masih lagi menjual buku yang berjudul “Berfikir dan Berjiwa Besar” versi BM.

    Sila email kan pada saya.TQ

  28. saya nk carik buku blue ocean strategy tapi saya tk jumpa buku tu tapi apa-apa pun saya mendapat banyak inspirasi dalam buku abg irfan khairi memang best saya tidur pun sentiasa kepet buku tu,,,,,hu..hu.

  29. Tengkiu Tuan IK.

    Saya Baru beli anda baru jerk habis baca buku
    Rich Dad Poor Dad Versi Terjemahan Bahasa melayu PTS Banyak Gak Sumber maklumat yang membantu saya lebih bermotivasi dan berusaha memantapkan ekonomi sendiri..

    Paling best Pengarang Buku Ni saya rase dia seorang yang kelako gak sebab banyak yang saya bace dari buku beliau mengelikan hati tapi bermotivasi cam bab chicken Little hehe…korang carila kat kedai buku Popular or MPH rm21.00 jer

    Sekarang nak cari Buku Strategi Laut Biru dulu penah baca member punya tapi xsempat katam hehe..terjemah bahasa melayu gak Nilai buku tu rase rm60 keatas kot

    Kalau Boleh Nak Baca Semua Yang Tuan Ik kita Cadangkan Terjemahan Bahasa Melayu

    Almaklum BI xfasih sangat kalau ada mudah kita permudahkan betul tak..=)

    Semoga Anda Kaya Dan Berjaya!

    http://facebook.com/fyruzdeparfume

  30. Saya baru je beli buku Rish Dad Poor Dad versi Bahasa Melayu. Memang bagus dan menarik banyak ilmu saya dapat dlm buku tu. Tak rugi kalau beli buku-buku ilmiah utk kelangsungan kehidupan kita.

  31. buku TERBAIK….

    1. Think & Grow Rich by Napolleon Hill
    2. How To Win Friends & Influence People by Dale Carnegie
    3. The Magic Of Thinking Big by Dr. David J. Swartz
    4. Rich Dad & Poor Dad by Robert Kiyosaki
    5. The 7 Habits Of Highly Effective People by Stephen Covey
    6. The Unlimited Power by Anthony Robbins
    7. Life Without Limits by Nick Vujicic

Leave a Reply

Your email address will not be published.