Antara minat, passion dan wang

Thank you for all the birthday wish! Cinta Strawberry pun dah balik ke rumah… so, it’s back to work everybody! 🙂

Sebut tentang “kerja”, ada beberapa perkara yang kita selalu dengar:

  1. Buat kerja yang kita suka (passionate), so, ia tidak menjadi satu kerja…
  2. Mulakan perniagaan kerana minat… bukan kerana duit. Duit akan datang kemudian…
  3. Kalau takde / tak tahu minat dalam apa-apa bidang macam mana nak mulakan perniagaan?

How true is it? Betul ke 3 kenyataan di atas?

Mungkin ada yang kata:

  1. Tak semestinya kita lakukan apa yang kita minat… asalkan kita mula sahaja!
  2. Kalau keadaan kewangan sedang tertekan, sudah pasti kita lakukan kerana duit dulu… bukan minat!
  3. Saya tak tau minat apa… atau terlalu banyak minat… macam mana nak mula? Tak boleh mula ke?

Apa pendapat anda pula? Kali ini sesi “bincang-bincang”… perbincangan ilmiah 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

55 thoughts on “Antara minat, passion dan wang

  1. Memang satu situasi yang ideal untuk lakukan apa yang kita minat (passionate) dan dalam masa yang sama dapat duit dari kerja tersebut.

    Oleh itu, kita perlu salurkan minat kita itu ke arah jalan yang boleh membawa pulangan kepada kita. Mestilah kreatif dalam proses ini.

  2. Asslamualaikum Abg Irfan..

    Thanks for new topic today..!

    Bagi saya,sume yang kita selalu dengar tu, adalah perkara biasa dah bg masyrakat kita.

    Sumenye b’gantung pada mentality seseorang tu,samada nak berniaga atau tidak..?

  3. Salam Ik n Friends…

    Pendapat saya. Jika tiada duit untuk memulakan apa pun tak jadi.. Pasti stuck..

    Apa pun jika sesuatu yang kita lakukan kerana minat jika tidak mendapat wang kita akan teruskan juga. Jika buat kerana wang dan hasilnya tidak kunjung tiba..

    Pasti akan berhenti di pertengahan jalan.. Macam post-post saudara IK yang lepas persekitaran yang berada dalam ‘zon selesa’ akan membuat kita berada dalam ‘zon selesa’ mereka.

    Itulah serba sedikit dari saya. Betul ker.. 🙂 Apa pun itu pandangan saya..

    p/s: Congrate for get a cute baby girlz.. 🙂

  4. Betul tu kalu dah minat,Duit kita akan tolak tepi dulu,tapi kalu benda yang kita buat minat+duit dapat..kan lagi gumbira hati ini..

  5. Buat pengetahuan IK saya berminat sangat dengan bakery terutama cup cake..Pendapat IK boleh tak jika saya buat perniagaan cup cake melalui internet?

  6. salam…
    ini mnjadi permasalahan saya dari mula lgi.
    saya tidak tahu minat dan kadang2 saya rasa saya minat macam2 tapi xde yg khusus.
    semua sy buat sekadar cukup2 makan.
    main gitar sekadar boleh petik2.
    main bola sekadar riadah waktu petang.
    bermain game bila ada kelapangan.
    tapi yg sy tahu sy minat ialah ingin membuka perniagaan. =)

    http://wordsofsaramsak.blogspot.com

  7. Salam IK.Sekarang pun kita tengok, kerja yang kita ada sekarang belum tentu kerja yang kita minat tapi sebab memang terpaksa cari kerja, redah jelah dulu. Pada yang tak tau minat apa lak, mustahil takde langsung benda yang anda minat,at least mesti ada, cuba try brainstorm kata orang.kalau takde, boleh cuba belajar atau amik kursus.yang penting adalah bertindak dan mulakan sekarang…

  8. Saya sangat setuju dengan kenyataan no 1. Jika kita buat kerja kerana minat… kurang tekanan dan lebih bersungguh-sungguh.
    Tapi yang no 2 tu kena bincang lebih mendalam sikit. Kalau dah nama perniagaan tu maknanya ada hubungan dengan duit juga. Ada untung/rugi……

  9. Satu kisah benar yang saya pernah lihat di TV ttg seorang jutawan Malaysia, dia dapat 1st million dengan menjual pembaris yg multi-functional.

    Persoalannya:

    Adakah dia minat dengan pembaris? Jwpnnya: Tidak

    Adakah dia minat dengan industri pendidikan? Jawapannya: Tidak juga

    Tapi, dia mulakan perniagaan pembaris kerana dia lihat belum ada orang yg tampil menjual produk sebegitu. Sedangkan,ia sangat diperlukan oleh pelajar2 sekolah dan universiti pada waktu itu.

    Daripada kisah ini,saya berpendapat, kalau ada permintaan, di situ ada peluang perniagaan.

    Apabila produk/servis yang kita niagakan, boleh menyelesaikan masalah orang lain..InsyaAllah,jualannya mesti BOOM!

    Lebih2 lagi kalau kita lah satu-satunya orang yang menjual produk yg menyelesaikan masalah tersebut. Gerenti akan jadi terhangat di pasaran.

    Kesimpulan yang boleh saya pelajari dari kisah tadi, kita tidak semestinya minat pada produk kita (pada mulanya),tetapi untuk memulakan perniagaan, kita mesti berminat untuk menolong orang lain.

    “Allah akan menolong hambanya, selagi mana hamba itu membantu saudaranya” (al-hadis)

  10. tough nyew perbincangan kali inie..

    hingga kini saya masih stuck nak mulakan perniagaan internet..seriouly tak tahu nak mula kan dengan ape..ade gaks uat mcm IK katekan…list down 20 perkara or perniagaan tuh..but then it’s stuck mcm tuh jew..sya list down kan 20 minat sy la tuh…tp saya masih tidak nampak market or demand for minat2 saya tuh…

    saya berminat dgn perniagaan tapi saya tak tahu nak mulakan dgn ape…

    adakah ini tandanya saya perlu berhenti ke arah perniagaan kerana tidak bersedia sepenuh nya??

  11. IK & Friends,

    Sekadar pandangan peribadi..

    1.Minat menghasilkan duit.
    2.Duit melahirkan minat.

    Kedua-duanya pun sama. Kepada setiap ahli perniagaan besar mahu pun kecil, fokus utama mereka adalah peluang melipat gandakan kewangan. Sama ada peluang itu adalah minat mereka atau pun tidak, yang penting hasil yang mereka perolehi daripada apa yang mereka lakukan.

    Sebagai contoh :-
    Perniagaan jualan langsung memerlukan anda berjumpa dan mempromosikan jenama dan produk jualan kepada orang ramai.Situasi ini menyebabkan anda sering menjadi bahan ejekan orang ramai. Ada juga yang segelintirnya mempersenda-sendakan produk yang anda jual. Pasti anda akan berasa malu. Cuba tanya diri anda, siapa suka kerja ini? Dalam 20 org mungkin 1 org sahaja sanggup menyahut cabaran ini.

    Namun, andai kita fikir secara positif, apa yang bakal anda perolehi sekiranya anda berjaya menempuh cabaran ini? antaranya:-

    1.Kekuatan psikologi.
    2.Kemahiran komunikasi.
    3.Pengalaman mengendalikan situasi.
    4.Kesabaran yang tinggi.
    5.Peningkatan intelektual.
    6.Keazaman yang semakin meningkat.
    7.Kenalan yang ramai.

    Benfits yang sebeginilah secara tak langsungnya mendatangkan sumber kewangan kepada anda. Dengan apa yang telah anda lalui, anda lebih berkeyakina menjual jenama dan produk anda. Anda juga boleh menulis buku berkongsi rahsia bagaimana anda berjaya melakukannya. Dan banyak lagi yang boleh anda lakukan. Semuanya bermula dengan apa yang anda ‘tidak suka’.

    Kesimpulannya, setiap apa yang anda lakukan haruslah berterusan. Jangan putus asa dengan halangan dan cabaran yang mendatang. Anda perlu yakin, setiap usaha yang kita lakukan dengan ikhlas pasti disediakan ganjaran baginya dari Yang Maha Esa. All da best!!

  12. Salam
    Saya lebih kurang ecahz laa..malah dah hadiri Workshop IK 2 thn lepas tapi masih belum bermula. macamana ya Irfan..nak kena attend refresher course ke..?

  13. Ramai berminat untuk berniaga tapi tak tahu nak berniaga apa!Kekadang kita berminat nak buat sesuatu tapi sasuatu itu pulak dah ramai orang buat/berniaga, jadi bolehlah ke aku buat bisnes ni? Jalan ke bisnes ni nanti?

    Banyak perkara yang perlu kita fikirkan!Mungkin kita boleh laksanakan bisnes itu dengan mengadaptasikan kreativiti bisnes ini dimana orang lain belum lakukan.Dari situ timbulnya originality bisnes ini nanti.

    Yang penting, peluang yang ada didepan mata jangan dilepaskan walaupun kurng berminat sebab minat itu boleh dipupuk kemudian nanti.

    http://www.asasteguh.com

  14. Salam,

    1. Memang shok buat apa yang kita suka sebagai kerja kita. Tapi kadang-kadang tu terpaksa buat kerja tu walaupun tak minat, tapi lama kelamaan minat mungkin akan berputik. Kalau tak kenal, maka tak cinta
    2. Saya kurang percaya yang seseorang tu akan memulakan perniagaan kerana minat sahaja. Mesti ada kemahuan kewangan yang akan menarik sesorang terlibat dalam perniagaan. Ada juga yang terpaksa berniaga sebab perlukan duit 🙂
    3. Saya percaya yang setiap orang ada minat masing-masing, cuma seseorang itu tak sedar apa yang dia minat, tu yang jadi tak tau tu. Mungkin perlu dapatkan pandangan atau tunjuk ajar dari mentor untuk mengenali apa yang diminati.

    Sekadar berkongsi pendapat.

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  15. Memang betul ZulBM. Saya sependapat dengan anda. Tidak boleh dinafikan kebanyakan peluang bisnes cukup besar untuk menjana pendapatan. Perbezaannya di sini,cuma konsep perniagaan tersebut. Setiap bisnes ada pasang-surutnya. Yang ini kita kena hadapi. Dalam bisnes, kita kena bersabar, jgn terburu-buru & the most important is jgn sesekali give up. Nothing is too late.

    “Usaha tangga kejayaan”

    Bisnes TDTone

  16. Kerja atau perniagaan dalam bidang yang kita tidak minat membuatkan usaha kita itu tidak ikhlas dan terpaksa. Kalau dah terpaksa sudah tentu mutu kerja/perniagaan di tahap yang kurang memuaskan atau tidak memuaskan langsung……ARB Dagang

  17. Minat!
    Saya mula agak sukar juga untuk mencari apa yang saya minat untuk memulakan perniagaan. Saya berhenti kerja dan berniat untuk mulakan perniagaan tetapi tidak pasti apa yang ingin dibuat. Saya memang minat berkaitan bayi dan ibu mengandung, bersalin. Memang banyak membaca perkara berkaitan ini, sebab saya seorang ibu dan mempunyai anak-anak yang membesar. Jadi saya cuba ceburi bidang berkaitan ini, secara sedikit demi sedikit minat makin berkembang.

    Begitu juga dengan internet. Saya minat berkaitan intenet tetapi kurang ilmu mengenainya. Saya dapati saya semakin mencari ilmu untuk tambah pengetahuan perkara yang saya suka dan berminat.

    Pelbagai masalah timbul, masalah bekalan produk tiada masa saya sedang berpantang bersalin, syarikat pos yang bermasalah asyik bertukar, tak tau mengenai internet keluar macam-macam yang saya tak faham, pc down kene serang virus dan pelbagai lagi. Pening kepala, namun saya minat dengan apa yang saya buat. Saya cari jalan untuk betulkan dan belajar mana yang boleh. Alhamdulillah tiada lagi masalah berkenaan. Cuma ketika terjadi memang kena bersabar.

    Berbeza jika dapat peluang seperti jual pembaris tu. Kadang kita tak nampak peluang begitu jadi kita kena create peluang. Untuk create peluang boleh mula dengan minat kita.

    Duit?

    Tipu kalau saya berniaga tak minat duit. Cuma saya tak lah terus berhajat nak untung cepat dan banyak. Dan penting diingat duit kita dapat ada bahagian hak-hak untuk orang/golongan tertentu. Sedekah dan zakat.

    Bermula dari kecil di rumah jual bengkung orang bersalin dengan pc lama yang duk rosak, tetiba terpadam sendiri, kini saya dah buka kedai dan ada pekerja tetap sendiri.

    Minat yang sedikit boleh dipupuk. Syaratnya jangan cari seribu alasan/dalih tapi cari seribu daya/usaha. Mulakan minat tu, dan bila dah bermula jangan pandang belakang lagi atau cari alasan susah untuk berjaya.

    ni serba sedikit pendapat saya.

  18. tahniah ik…cun baby mcm namanya juga…

    minat, passion dan wang….

    jika ketiga tiga item ini diselaraskan
    ia mamu menjadikan seseorang itu memasuki alam perniagaan tanpa disedari….

    contoh

    shah minat sangat dengan hobi mengumpul ayam serama…then datang seorng lagi peminat ayam serama menawarkan untuk membeli ayam serama pada harga yang menarik…

    kes disini tanpa disedari oleh shah dia telah terlibat dengan alam perniagaan..

    saya minat ikan..saya jual ikan..dan perkhidmatan mengenai ikan…dan ia mendatangkan wang kepada sy..

    minat —-> passion —–> wang

  19. Memang betul…buat kerja yang kita suka kerana ia akan sentiasa membuatkan motivasi kita tidak menurun.So,secara tak langsung tidak menjadi beban kepada diri sendiri.

    Jika nk berjaya di dalam perniagaan,anda tentukan satu bidang yang anda minat. Apa yang kita minat tak semestinya orang lain minat. TAPI, bukan bermaksud anda terus buat apa yang anda minat itu. Sebaliknya, tentukan pula apa ‘permintaan’ pasaran yang berkaitan dengan minat anda tersebut.

  20. Dalam dunia moden yang penuh kecanggihan ni,semuanya memerlukan duit.Bagi mereka yang berasal dari keluarga berada mungkin wang bukan keutamaan dan memilih passionate dan minat daripada wang.

    Tapi sebaliknya bagi mereka yang berasal dari golongan kurang berada.Wang adalah motivasi paling utama.

    http://blog.joerzoe.com

  21. ahah!saya ingat sorang wartawan pernah temuramah David Teoh untuk tahu kejayaan dia..dia ckap

    “tipu kalau orang cakap dia buat sesuatu kerja serba minat semata2“..

    David Teoh cakap kalo seseorang tu minat sekalipun mesti dia nak duit sekali masuk..David ckp dia memang minat buat filem pada masa yg sama dia gembira sebab dia dapat untung..kalau minat tapi duit tak masuk buat apa.

    saya setuju jugaklah dengan David cakap..kalo kita buat apa yg kita minat tapi tak kisah duit tak masuk xle gak..lainlah kita ni kaya raya mcm Bill Gates ke…soal duit tak pening…

    http://www.batikofmalaysia.com

  22. asalam….IK SAYA PUN TENGAH PENING NAK MULAKAN PERNIAGAAN APA/

    BILA ADA JE IDEA YANG TERLINTAS….DAH ADA PULA ORG YANG BUAT BISNES TU….

    ADUH….MCM MANA NIE?

  23. Salam IK,

    Terima Kasih kerana sekali membuka minda saya dan keep me learn..

    Ape yang saya nampak ttg 3 perkara diatas, passionate, minat dan xtahu nak buat ape, ini yang sering terjadi kepada segelintir org dan diri saya sendiri.

    Ape yang saya sarankan adalah lakukan 3 iaitu kita passionate, minat dan fokus.Sebenarnya kita perlukan fokus dlm ape jua perkara yang kita lakukan xkira passion atau minat, kita mestilah sentiasa bijak melihat peluang dlm setiap perkara yg dilakukan, kerana ini ianya m’dorong kita kepada 1 matlamat.

    Peluang berada disetiap perkara t’pulang pd kita merebutnya, bukan tggu ianya dtg menggolek atau melayang.Dunia ini menjanjikan berjuta peluang samada anda minat,passion dan lakukannya sekarang rezeki dan wang akan dtg pada kita, p’kerjaan tanpa modal dan modal kecil juga boleh dijayakan sekiranya kita bijak m’lihat dan rebut peluang, asalkan “DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN”…

    Jangan bazirkan masa, setiap perniagaan, perkerjaan yg halal menjanjikan rezeki yg m’limpah ruah,jgn cuai, leka dan terpedaya.

    (JALAN PASTI ADA MESTI ADA CARA)
    samada passionate,minat dan peluang dpn anda, anda pilih lah sendiri! FOKUS beb..

  24. Salam, bagi saya yang penting minat dan permintaan pasaran, minat saja x cukup kalau x ada permintaan pasaran…kedua-duanya sangat penting

  25. Jika salah satu dah ada, sudah kira OK dan kalau ada kedua-duanya lagi bagus, tetapi kalau Ketiga-tiga ada sekaligus…ianya cukup bagus…Minat , Passion & Wang.. semuanya faktor yang mampu membawa anda ke dunia kekayaan.

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

    http://www.PemikirKaya.com

  26. Salam semua…

    Subjek ni mmg menarik utk kita bincang2 kan, timbang2 kan… Saya tertarik ngan komen Amalia.. Dlm bisnes, minat semata2 tak cukup. Kena ada ilmu dan strategi yg berkesan dan cari niche pasaran yg belum diisi oleh org lain. Klu dah ada org yg cater for that segment of market pun… kita masih boleh join in, dgn syarat kena be creative and innovative..
    Kreatif = mcm mana nak buatkan produk/servis kita lebih menarik berbanding dgn yg sedia ada

    Inovatif = ambil idea yg sedia ada dan ubah/tambah sedikit utk memberi nilai tambah kpd produk/perkhidmatan kita

    Ok, back to our discussion:
    MINAT = perlu ada dlm apa jua yg kita nak kerjakan. Tanpa minat, tiada kesungguhan utk terus mara dan menjayakan bisnes yg diceburi/yg telah dimulakan

    DUIT = perkara yg menjadi tunggak sesbuah bisnes. Sapa yg meniaga nak rugi? Klu camtu… baik jgn bukak bisnes, tapi just bagi/sedekah je… pahala pun dapat. Klu jalankan perniagaan atas dasar minat sahaja, tapi tak mendatangkan keuntungan iaitu duit, lama2 minat kita akan pudar… dan akhirnya boleh terus padam! Jgn krn kita minat sesuatu benda tu, kita terus terjun menjalankan bisnes tu tanpa selidik dulu permintaan, keadaan pasaran, persaingan etc. Sudahnya jadilah kita cuma syok sendiri dgn apa yg kita buat…

    So, kesimpulannya… MINAT + ILMU perlu ada utk mejayakan sesuatu perniagaan. Kemudian barulah DUIT menyusul…

  27. Akum Dr sy mohd hadri bin mazlan,berumur 22 tahun, sepanjang ini saya byk membaca artikel dari dr irfan..dan saya banyak juga membaca buku2 motivasi tentang kekayaan,saya memulakan matlamat dan minat dalam bis pada umur 18 tahun..dan ternyata apa yg dr cakap tentang subconciusmind amat berkesan…saya dapat lihat dari hari ke hari bunga2 kajayaan dan kekayaan datang dalam hidup saya sedikit demi sedikit..sebelum ini saya tidak mempunyai apa2..tetapi kini dr saya mampu tersenyum,bibit2 kejayaan talah menampakkan dirinya..saya kini mempunyai sebuah Gallery batik(batik merbok sdn bhd) di sungai petani kedah..walaupun saya baru berusia 22 tahun..memiliki perniagaan ini adalah amat membagakan..dan bukan semua org muda dapat lakukan..ketika usia muda kesemua anak2 muda hanyut dalam keseronokkan..saya telah bersusah payah membina kekayaan sedikit demi sedikit..saya kini menjadi usahawan batik dalam bidang fashion..apa yg saya boleh katakan sini ialah kita nak berjaya kita perlu mampunyai pemikiran yg BESAR..dan jgn sesekali lupa menggunakan subconciusmind anda.dan pada 22.23 dan 24 saya akan menganjurkan kursus mencanting batik dan menjadi usahawan batik..kepada sesiapa yg berminat boleh lah email kpd saya batiknusantara@gmail.com untuk keterangan lanjut

  28. salam kengkawan..
    saya setuju dengan topic IK, tapi mungkin beruntung kepada mereka yang dapat reconize passionate dan minat diorang, tambahan bagi mereka yang mempunyai minat yang boleh buat duit!
    mcm saya ni, smpai skrang sya masih lagi mencari2 apa passionate saya..(yang boleh buat duit ler) sbg contoh, klik la blog saya,saya tak tau blog saya ni apa sebenarnya.. saya hanya buat blog ni sebagai langkah pertama untuk nak jadi Work-Home-Parent, seperti saranan IK,sampai sekarang pun saya masih blur, memikirkan apakah minat saya yang boleh buat duit, dan apakah passionate saya yang boleh buat duit di Internet.. yang penting, apa yang saya tah, saya minat surf internet, tgk la, sampai skra pun saya tak tidur lagi sebab byk nak belajar(maklumlah baru abis workshop IK)so.. dlm kepala ni, berlegar2 idea yang nak dijual, tapi bila pk pro n kontra nya, ha.. tu yang terbantut tu..kena pk skop market, dan kena pk USP nak buat..
    so ..tak tahu la…

    aida6907.blogspot.com

  29. Assalamualaikum…

    Dalam hidup setiap sesuatu ada pasangannya. Minat lawannya bosan. Passion(ghairah) lawannya tidak hairan dan wang (alat penting kehidupan)akan jadi kurang penting atas sebab-sebab tertentu. Sebagai manusia setiap seorang, Insyaallah akan merasa kedua-dua suasana untuk ketiga-ketiga perkara tersebut.

    Setuju dengan Amalia. Saya memandang niat adalah menjadi keutamaan dalam memastikan kita istiqamah (tetap berterusan) terhadap minat, passion kita tu. Niat yang mulia dan tulus bakal melahirkan suatu yang kreatif, baru dan fresh yang dapat memberi kebaikan pada ummah.

    Contoh, cerita pembaris tu, niatnya adalah untuk memudahkan pelajar-pelajar sekolah dan universiti. Masyaallah! bayangkan, memang selayaknya mendapat kejayaan kerana usaha itu sungguh murni. Diketahui, Allah membalas perbuatan kita berdasarkan niat dan disertai dengan cara dan amalan yang lurus lagi benar. Islam itu indah.

    Tentang wang. Memang wang penting untuk memulakan sesuatu, terutama perniagaan. Di sini ikutlah kemampuan. Modal kecil, mulalah kecil-kecilan. Disertai niat Lillah hi Taala, minat mendalam, passion yang menggunung dan istiqamah pasti mendatangkan wang yang lumayan pada pengusahanya.

    Salam dari Adilla.

  30. banyak betul pendapat bernas 🙂

    Dulu saya passionate dalam bidang seni/grafik. Kini passion dalam bidang “educating” pula…

    Seems passion boleh berubah.

    Passion datang dari minat… dan minat semestinya kita tahu boleh berubah kan?

    mengenai “duit” pula, bagi saya it’s a bonus… buat apa yang kita passionate, dan duit akan menyusul. bila buat perkara yang passionate, kita tak terkilan kalau gagal pun… sebab yang dituju adalah kegembiraan hati, bukan angka RM.

    Namun begitu, dulu-dulu ketika zaman saya tak ada duit, ada juga a certain degree saya lakukan kerana “wang”. Tetapi, masih lagi melakukan passion + wang.

    I guess kembali kepada teori Maslow… kita kena penuhi yang asas dahulu, dan yang asas memerlukan wang. tak begitu?
    -IK

    ps: dalam Ebook Mentor Jutawan saya ada kongsikan tentang kegagalan perniagaan Internet saya yang pertama. Tapi, saya tak terkilan, kerana melakukan apa yang saya suka/passion 🙂

  31. Salam semua..

    Berbalik kpd hukum perniagaan yg asas.. Setiap matlamat perniagaan adalah menjana keuntungan/duit..

    Setiap peniaga berniaga adalah sebab inginkan keuntungan. Peniaga yg hanya bersandarkan pd minat semata tanpa fikirkan keuntungan/duit bukan berniaga tapi melakukan hobi (Minatwan/Hobiwan bukan usahawan) 🙂 Kalu bernasib baik dpt untung, dan jika keuntungan yg diperolehi menaikkan semangat utk jana lebih lagi untung, baru boleh dipanggil usahawan.

    Org yg mula berniaga adalah org yg nampak peluang/keuntungan dahulu. Minat adalah no. 2.. Ada yg tak minat bisnes tp sebab dia sedar ada pulangan keuntungan dia pilih berniaga. Otak bisnes!

    Bagi saya kedua2 elemen duit dan minat bisa membawa seseorang terjebak ke dalam bidang usahawan. Bergantung pd setiap individu nampak yg mana dulu. Mungkin org yg nampak duit dulu lebih mudah berjaya drp yg mulakan kerana minat.

    Perniagaan yg sesuai/terbaik utk kita jalankan ialah perniagaan yg kita mahir/pakar, minat dan mampu memberi pulangan & menjana keuntungan.

    Hafiz
    http://www.reseller.senang-online.om
    Promosi Broadband MERDEKA 2008

  32. Salam,

    Saya rasa at least kena ada sedikit minat untuk memulakan sesuatu, dan along the way minat itu boleh dipupuk…

    Soal Duit?Duit bukan segala-galanya..but NOW hampir semuanya memerlukan duit…

    So,terpulang kepada individu untuk balance it out…

  33. Salam,

    Saya rasa at least sedikit minat penting untuk memulakan sesuatu perniagaan,and along the way minat itu boleh dipupuk…

    Duit?Duit bukanlah segalanya,but NOW hampir segalanya perlukan duit…

    So, terpulang kepada individu to balance out these two things.

    http://all-about-loose-weight

  34. saya rasa kita kena ikut situasi masing-masing… kekadang kita terdesak nak cari duit. takkan masa tu kita tehegeh2 nak cari benda yang kita minat jgk…

    mcm yg berlaku pada saya sekarang. gf dah mtk putus sbb tgk saya mcm tak serius utk memiliki dia. dia nak kawen cepat. takkan saya nak cari lg benda yg saya minat utk cari duit kawen. pendek kata skrg ni saya akan belasah saja bisnes2 yg halal yg boleh bagi saya duit…

  35. Perbincangan yang menarik sekali!

    Bagi saya, minat itu penting dalam kerja. Bukan kepada usahawan saja. Kalau tak minat,hati tertekan, resah gelisah – macam mana nak gembira? Sakit pun senang datang.

    Passion pulak, level tinggi sikit drpd minat. Sbb passion lah kebanyakan orang berjaya mengecap kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan. Passion ni mcm api yang sentiasa menghangatkan kehidupan dan menjadikan lebih ceria! Sama juga mcm passion dalam rumahtangga ;). (mcm IK yang anak dah 4 comel2 seme, mesti sbb passion dalam marriage yg masih hebat!).

    Wang ini adalah alat untuk kita capai matlamat. Matlamat nak kenyang, alatnya wang untuk beli makanan. Matlamat nak tidur lena, alatnya juga wang untuk beli katil dan tilam empuk. Terpulang kepada masing2 mcm mana nak guna wang untuk capai matlamat tersendiri. Yang pasti, matlamat akhir setiap orang, tentunya bukan wang semata2.

    Tapi untuk jalankan bisnes, bagi saya yang memulakan atas dasar passion, memang menyeronokkan! Walau mcm2 cabaran, tohmahan dan kata kejian, tp kalau sudah passion itu menyala – lebih mudah nak atasi semua.

    Saya juga setuju dengan kata IK, passion itu mmg berubah2. Passion saya juga berubah mengikut usia, cita2, dan penambahan ilmu.

    Yang pasti, saya sentiasa mengikut passion dalam memulakan perniagaan. Paling tidak pun, minat. Kalau buat kerja yang tak minat, usahkan nak untung – siap pun belum tentu! :P.

  36. Salam IK,
    Pada pendapat saya…memang dengan ada passionate dan minat , kita tidak akan cepat putus asa di dalam perniagaan tetapi bagaimana sekiranya kita memerlukan wang untuk menampung hidup keluarga! Kalau setakat passionate dan minat, itu sekadar perniagaan untuk hobi sahaja, ala-ala bukak butik sebab seronok tengok baju-baju berjenama.
    Keseimbangan antara ketiganya penting untuk menjadi usahawan yang bijak tetapibagi saya yang menguntungkan akan menjadi pilihan saya.
    Sekadar pendangan.

  37. walau apa pun, saya recommend semua melakukan apa yang mereka suka & passionate 🙂 kalau di lihat orang2 terkaya di dunia, top 10, kesemuanya menyebut tentang “passion” dalam kerjaya mereka.

    jadi, bukan lagi rahsia “passion” adalah amat penting dalam membina kekayaan…

    -ik

  38. Assalamualaikum,

    Saya akui “passion” amat penting dalam melakukan kerja atau perniagaan.Tapi di sini saya ingin kecilkan skop kepada golongan ibu tungal. Ini sekadar pendapat dan pemerhatian saya terhadap golongan ini.

    Ramai ibu tungal lebih berminat berniaga berbanding bekerja di sykt swasta atau kerajaan. Mungkin ini disebabkan faktor umur atau pendidikan atau mungkin pengalaman mereka atau mereka ada anak kecil yang perlu mereka jaga dirumah.

    Ada juga di kalangan mereka, asalnya sorg suri rumah dan terpaksa mencari nafkah untuk anak2 setelah ketiadaan suami.

    So, passion dan minat mungkin tiada pada mereka.
    Mereka berniaga kerana ingin menyara anak2 mereka.Tapi lama kelamaan minat itu datang dengan sendiri, Sehingga mereka membuka sykt atau kedai dan menjadi usahawah yang berjaya.

    – Ini sekadar pendapat saya sahaja.

  39. Saya ada beberapa perkara yang menarik untuk dikongsi:

    1)Situasi 1 – Mmg selalunya kita buat sesuatu tu kerana tanggungjawab atau terpaksa atau paksarela mulanya…tetapi bila kita terima amanah itu dan menjayakannya dengan niat jujur dan ikhlas dan buat yang terbaik, minat atau “passion” akan timbul. Makin lama, makin seronok atau berkembang minat dan peluang perniagaan itu walaupun mulanya kita memang “zero” tentang bidang tu (ini kes klasik terutama pada mereka yang terpaksa berdepan dengan keadaan hidup susah/sempit/tragedi – seperti kebanyakan ibu-ibu tunggal yang berjaya dalam bisnes) atau kepada mereka yang putus tempat bergantung hidup kerana kematian ibubapa semasa kecil sebelum terpaksa “terjun” ke alam perniagaan.

    2)Situasi 2 – Kita buat apa yang kita minat, ini bonuslah…. Tak terasa segala halangan yang dihadapi kerana ada “passion” pada perkara tersebut. Macam kalau seseorang tu dah sayang orang, orang yang dia minati tu menyampah kat dia macamana pun takpe, sanggup sabar (sampailah minat tu hilang….barulah apa saja yang dibuat dah jadi tak betul..)

    3)Situasi 3 (a spin off situasi 2)- Kita memang minat, tetapi mungkin kerana masa boleh mengubah minat kita (bak IK ada mention kat atas) atau sebab bila minat (yang bermula sebagai hobi dah jadi too “commercialized” sampai “too money oriented” dan yang turut sama involve dalam perniagaan kita itu tersasar dari niat awal dan “tak share the same vision lagi”, perkara yang pernah jadi “passion” kita, dah tak menjadi “passion” lagi, (dan perniagaan pun boleh slacking dan “go down hill”, ini bahaya…)

    4)Situasi 4 – Peluang ada, permintaan sangat banyak…..duit dok masuk,( minat boleh dipupuk melalui penambahan ilmu).

    5)Situasi 5 – Peluang ada, permintaan sangat banyak dan duit bergolek2 masuk, tapi tak minat…jadi kepuasan tak ada…..(tapi kita boleh ambik orang yang kita percaya untuk uruskan perniagaan kita ini..) dan jadikannya salah satu multiple streams of income kita (betul ke IK?), dan kita teruskan lah cari apa yang kita minat dan “make money from it”

    Ini penelitian saya…..saja2 nak share…

  40. antara minat dan passion saya letak passion dulu. contohnya org yang buat pelaburan2 haram dulu, semuanya bermula dengan passion dgn wang. so, mereka akan sentiasa ghairah mencari org mencarri downline walaupun benda yg mereka buat itu tak betul…

  41. bila ada passion kita dah tak kesah untuk kerja lebih masa…saya pernah buat promosi hantar brosure pagi2 walaupun terpaksa bangun pada 4 pagi..walaupun mengantuk..tetapi desire yg membakar dalam diri…membuatkan hilang segala letih dan mengantuk

  42. Meminjam kata-kata seorang motivator bisness..” tidak ada satu standard yang perlu diikuti bagaimana dan bila seseorang itu harus bermula, yang pasti dia harus bermula…”

    Jadi samada minat,passion atau wang yang menjadi sandaran atau gabungan mana2 unsur ini ,kita harus ‘mula’ berniaga(bagi yang belum pernah buat apa2 jenis bisnes)

    Hanya dengan ‘mula’ berniaga kita akan tahu adakah ‘dunia bisnes’ sesuai untuk kita atau kita lebih sesuai kerja makan gaji sahaja DAHULU…

    (sambil cari2 peluang baru/lain yang sesuai,kaji sebab2 kegagalan dan perbaiki kelemahan,kumpul modal,tambah ilmu dll..itupun kalau belum give up nak niaga! Tentu kawan2 biasa dengarkan,learning curve orang Melayu lebih panjang!)

    Semua orang ingin jadi kaya,hampir 100% jalan kepada kekayaan adalah dengan buat bisnes,malangnya bukan semua orang boleh buat bisnes sampai jadi kaya.

  43. Antara minat, passion dan wang….
    Kita kena ada sebab yang kuat untuk membuat sesuatu perniagaan itu,saya dalam industri networking nampak ramai orang kita yang cepat berputus asa dengan pelbagai alasan , tp ada jugak yg berjaya.

    Mereka yg berjaya kebanyakkannya bermula dengan zero, x banyak songeh,mereka yang berjaya & sudah bergelar jutawan mempunyai passion & istiqamah yang kuat, seperti kata org berjaya “nak berjaya ikut cakap orang berjaya’nak gagal ikut suka kao ler”

  44. Saya ada sorang kakak yang memang suka memasak dan saya pula suka sangat merasa masakannya, telah mula berniaga atas sokongan saya & keluarga. Setelah itu,saya sarankan beliau buat a/c perniagaannya setiap hari. Skg ni beliau beritahu saya, pendapatan bersihnya RM400/seminggu(oklah untuk beliau). Now, saya happy sebab beliau sudah tahu dimana silapnya sebelum ni. Dia mampu tersenyum dan bersemangat pula untuk membuka kedai makan sendiri. Semua ni kerana minat sudah datang. Yang penting saya masih dapat makan free!

  45. Rezeki seseorang itu bergantung kepada apa yang dia minat. Dalam minat itu ada rezeki. Tuhan sudah menentukan rezeki dan periuk nasi seseorang. Kerja dalam dunia ni sebenarnya tidak ada. Cari rezeki dgn minat je yang ada. Bukankah Allah swt sudah katakan dlm Quran yg Dia menciptakan kita manusia hanya utk menyembah Dia. Mane ade Allah kata yang Dia cipta manusia supaya manusia ni kerja kuat kumpul duit byk2.

  46. saya mmg berminat nak mulakan perniagaan tp saya tak tau mcmane nak mulakan.fikiran saya tengah blur skrg.tak tau nak buat ape…..

Leave a Reply

Your email address will not be published.