Siapakah dulu mereka ini? Dari manakah mereka datang dan bagaimana pula mereka boleh jadi orang-orang yang paling berjaya di dunia? Inilah yang perlu kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Dengarlah ayat-ayat yang dikatakan, fahamilah setiap apa yang disampaikan dan jadikan ia motivasi anda untuk terus melangkah dengan lebih jauh.
Bukan mudah, bukan semuanya indah. Setiap dari mereka yang berjaya, pasti pernah melalui kegagalan dan kegagalan lagi dan lagi. Yang penting, adakah kita mahu berputus asa? Atau bangkit dengan bersemangat dan tidak putus asa untuk terus mencuba dan cuba sehingga kita mencapai sebuah kejayaan. Itulah mesej yang hendak disampaikan!
ikhlas,
Irfan Khairi.