All posts by Razzi Rahman

About Razzi Rahman

CEO Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) - Sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Lawati : www.openedu.com.my

Anda pernah buat ni, ingat tak?

 

 

Saya yakin semua di antara kita pernah melakukannya, betul tak? Bagaimana zaman dulu-dulu, begitu mudah sekali permainan yang kita main. Tak perlu ‘toys’ mahal-mahal, tak perlu komputer games. Permainan simple macam ni pun cukup bermakna dan menggembirakan kita kan.

Begitulah masa telah berlalu, dan berbagai cara orang cuba untuk membawa yang dulu bersama yang baru, untuk mencuit hati penonton agar dapat mengimbau kembali kenangan terindah masa kecil-kecil dulu. Dalam masa yang sama, menggabungkan pula dengan elemen moden supaya ianya bertambah menarik dan menghiburkan. Cuba kita fikir-fikirkan, apa yang boleh kita gabungkan dalam bisnes kita agar ia menjadi unik dan lebih memikat hati pelanggan kita. Pastinya jika kita dapat cari elemen itu, perniagaan kita akan berjaya dan meninggal jauh pesaing-pesaing kita.

Kisah benar yang berlaku di selatan Thai…

 

 

Kisah ini adalah kisah benar tentang satu pasukan bola yang mula ditubuhkan dalam tahun 1986 di sebuah kampung terapung, di selatan Thailand. Perumahan di sini semuanya dibina di atas air, di mana tempat yang langsung tidak mempunyai tanah ini dipanggil “Koh Panyee”.
Kanak-kanak di sini suka menonton perlawanan bola sepak tetapi, tak ada tempat untuk bermain jauh sekali untuk berlatih bola…

Apa yang terjadi seterusnya, adalah satu keajaiban semulajadi dari sebuah keinginan yang jitu yang anda tidak mungkin akan terbayang mereka boleh melakukannya. Jom layan…

Benda pelik ini boleh buat anda berjalan atas air

 

 

Bolehkah anda berjalan di atas air? Sudah tentu tak boleh kan, tetapi promosi yang di bawa oleh Mach by Hong Leong Bank di Kuala Lumpur ini sangat unik. Kerana ia telah memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk merasai bagaimana jika kita boleh berjalan di atas air. Tetapi hati-hati… anda masih boleh tenggelam!

Namun keunikan lapisan 8,000 liter ‘non-newtonian fluid’ membolehkan kita seolah-olah berjalan di atas air. Ini adalah satu cara menaikkan jenama dan promosi yang cukup hebat dan boleh mengundang ramai masyarakt setempat untuk menyertainya.

Idea kreatif siapa ni?

 

 

Pelik-pelik keistimewaan manusia ni kan. Sampai boleh buat begini, sesuatu yang tak terfikir oleh kita. Sememangnya kreativiti datang dengan berbagai cara. Penyampaian kepada masyarakat juga digunakan dengan berbagai cara demi untuk ‘capture’ atau menangkap emosi yang melihat. Apabila emosi tersentuh, pastinya apa yang hendak disampaikan akan membuatkan ianya amat bermakna!

Cuba bayangkan cara dan teknik yang digunakan ini, kita salurkan ke dalam perniagaan kita, pastinya ia akan bertambah menarik dan sudah tentulah akan menambahkan juga pelanggan kita.

20 ciptaan terbaru yang anda takkan terfikir

20 ciptaan terbaru yang anda takkan terfikir…

 

 

Ramai ‘Inventor’ yang sudah menjadi jutawan. Dengan hanya dengan mencipta berbagai-bagai benda yang tak terfikir oleh kita, tetapi cukup berguna untuk masyarakat. Walaupun ianya ‘simple’ sahaja, tetapi jika ia tidak pernah dicipta oleh orang lain, pastinya ciptaan anda itu akan mendapat perhatian syarikat-syarikat pengeluar. Apatah lagi apabila ianya mendapat perhatian ramai.

Jom layan video ini yang memaparkan 20 ciptaan terbaru, yang digunakan di dalam rumah kita saja. Saya pasti anda akan terkejut melihat betapa mudahnya ciptaan-ciptaan ini, tetapi amat berguna untuk semua.

Iklan paling kreatif di ‘Tengah Dunia’

 

 

Dalam penjenamaan, perniagaan, perusahawan, kita perlu jadi KREATIF! Dengan kreativiti apa yang kita bawa, pasti juga akan membawa kelainan. Apabila ianya lain dari yang lain, pelanggan akan mudah ingat produk kita, servis kita atau apa sahaja yang kita promosikan.

Sebab itulah apa yang dilakukan oleh Air New Zealand ini, sememangnya amat kreatif dengan mengambil Peter Jackson, Director Film ‘Middle Earth’ Lord of Rings dan The Hobbit, untuk mencipta kelainan di dalam pengaturcaraan prosidur keselamatan di dalam kapal terbang. Cara ini, ianya akan menarik perhatian masyarakat di seluruh dunia, serta peminat-peminat filem itu yang berjuta-juta ramainya. Malah cara ini juga akan membuatkan setiap pelanggan akan mengingati dengan mudah, penerbangan berjenama, Air New Zealand. Jom layan…

Bagaimana 300 pound lemak ini boleh hilang?

 

 

Bolehkah lelaki yang ‘overweight’ ini dapat menghilangkan berat badannya yang beratus-ratus kilo itu? Jika boleh bagaimanakah caranya?

Pastinya video ini boleh memberi inspirasi kepada anda yang ingin untuk hilangkan berat badan. Kerana apabila saya sendiri menontonnya dan melihat betapa gemuk dan besarnya lelaki ini, saya berkata, “Tak mungkin dia dapat menghilangkan berat badannya itu setelah berumur 40 tahun!”

Tetapi apa yang berlaku seterusnya, anda sendiri tidak akan dapat membayangkannya… Tetapi bagi saya, ianya boleh kita kaitkan dengan cara untuk berjaya mencapai apa sahaja impian, …hanya satu perkataan yang patut diingati, ‘MINDSET’ …jom layan!

Anda pasti menangis tengok apa lelaki ni lalui

 

 

Kesungguhan dengan semangat jitu, amat susah dicari. Pendirian diri yang tidak mahu mengalah sebelum berjuang juga bukan semua orang memilikinya. Sesungguhnya, bukan senang untuk tidak berputus asa apatah lagi apabila anda dilanda bencana pula.

Namun, jika anda punya kemahuan yang tinggi, ingin mencapai cita-cita dan impian anda yang telah lama anda idam-idamkan, sebenarnya anda boleh mencapainya. Tambahan pula jika ada kaum keluarga sendiri yang turut menyokong dan memberi semangat, pasti anda akan berjaya seperti lelaki di dalam video ini… Jom Layan!

Boleh ‘terbakor’ mendengar apa dia cakap…

 

 


Jika anda rasa ‘down’, jika anda selalu dihina, dikeji, langsung tidak dihormati… apakah yang perlu anda cari untuk mengubah nasib anda itu?

Jika anda selalu gagal dan gagal lagi dan lagi… apa pula yang perlu anda lakukan untuk kembali bangkit bersemangat waja, tanpa ada rasa ingin putus asa, malah begitu mahu cuba dan cuba lagi sehingga anda berjaya?

Pastinya apa yang akan anda saksi dan dengarkan ini boleh menjawab kesemua jawapan yang bergelumang dalam jiwa anda itu… Jom layan!

Cara paling ‘CRAZY’ buat ayah menangis!

 

 

20 tahun dulu, seorang ayah telah menjual kereta kesayangannya demi menampung kesempitan hidup. Walau kereta itu adalah satu-satunya kereta yang menjadi kemegahan beliau, namun oleh kerana kemiskinan dan mencari sesuap nasi, beliau terpaksa bergelut dengan tekanan hidup. Lalu kereta itu terpaksa dijualnya.

Tanpa dia sangka, anak-anaknya yang ketika itu masih kecil lagi, sebenarnya memahami akan pengorbanan ayah mereka. Mereka amat kenal sangat dengan minat serta keinginan ayahnya ini. Seterusnya, apa yang mereka lakukan dan balas balik jasa seorang ayah, adalah satu cara penghargaan yang cukup ‘crazy’ yang orang lain tak mungkin sanggup lakukan dan pastinya tak mungkin dapat mencapainya… Jom layan!