All posts by Razzi Rahman

About Razzi Rahman

CEO Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) - Sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Lawati : www.openedu.com.my

Dunia ‘MINI’ terbesar di dunia!

 

 

Sangat kreatif itu sajalah yang dapat kita lihat di dalam video ini. Bagaikan satu pengembaraan dengan pemandangan jalan melalui miniatur Wonderland, berbagai model pengangkutan yang terbesar di dunia. Pembinaan mini replika pertama di dunia ini, menampilkan pemandangan sebenar dari Hamburg, Bavaria, Scandinavia, Amerika dan negara-negara serta bandar-bandar lain betul-betul mengikut seperti dari Google Maps.

Pastinya pembinaan seperti ini memakan masa yang lama dan ketekunan yang jitu. Malah, penciptanya tentulah perlu benar-benar mengambil kira secara terperinci untuk meniru semula keadaan dunia sebenar bandar-bandar, jalan-jalan, struktur kedudukan tanah, salji, air dan pengangkutan seperti keretapi, kapal, kapal terbang yang dibina secara miniatur ini. Kemudian mencipta pula sebuah kereta kecil yang membawa kamera untuk mengambil gambar dari sudut perjalanan sebenar… WOW! Sungguh hebat sekali, bagai tak percaya ianya boleh dibina begitu sekali. Anda harus menontonnya untuk mempercayainya.

Sungguh memberi inspirasi apa yang telah mereka bina ini. Inilah yang dikatakan, keinginan dan fokus yang tinggi. Kita harus mempunyai keinginan sebegini untuk berjaya.

Selepas 30 tahun, jasa pakcik ini dibalas

 

 

Perbelanjaan untuk rawatan sesuatu penyakit kronik bukanlah murah, ia memerlukan banyak wang untuk kos ubat-ubatan, pembedahan dan sebagainya. Jadi, apabila wanita ini menerima bil hospital ayahnya yang telah jatuh sakit, begitu mahal sekali, beliau teramat sedih kerana tidak tahu bagaimana mahu membayarnya. Sehingga beliau terpaksa menjual rumahnya untuk mendapatkan wang. Waktu-waktu beginilah kita memerlukan wang dan kekayaan itu seperti begitu penting apabila kita melihat dari sudut keperluan hidup.

Namun, syukurlah di dalam kes wanita dan ayahnya ini, dulu-dulu ayahnya pernah membantu seorang kanak-kanak sewaktu budak itu mencuri. Tanpa disangka-sangka 30 tahun kemudian, budak ini pula telah membalas jasa baik si ayah wanita itu dengan menyelesaikan kos rawatannya. Jom kita tengok video yang cukup menyayat hati ini.

Cara TNT membuat pemasaran yang kreatif

 

 

Untuk mempromosikan sebuah saluran baru berkualiti tinggi, TNT di TV Belgium, syarikat ini telah mengubahkan sebuah bandar menjadi sebuah drama lakonan secara ‘LIVE’. Dengan meletakkan sebuah butang merah dan papan tanda yang tertulis, “Push to add drama” ianya telah menarik ramai orang untuk menekan butang itu yang mana akan berlangsunglah drama di depan-depan orang ramai.

Sungguh kreatif cara ini untuk memasarkan saluran TNT itu. Sesuatu yang jarang-jarang orang mahu fikirkan untuk melakukannya. Dalam perniagaan sebenarnya inilah yang kita perlu lakukan. “KELAINAN!” …lakukan sesuatu yang lain dari yang lain, perniagaan anda akan naik lebih jauh dari kesemua pesaing anda.

Kisah Jackie Chan berlawan dengan Bruce Lee

 

 

Kenangan bersama insan yang kita suka atau yang kita puja dan agung-agungkan pasti akan kita ingat sampai bila-bila. Itulah kenangan manis dan mungkin menjadi kisah hidup yang paling disukai untuk dikongsikan bersama. Begitu juga dengan Jackie Chan aktor tersohor HongKong ini yang begitu teruja menceritakan kisah dan pengalaman beliau yang menarik dan menggelikan hati, apabila beliau bertarung dengan Bruce Lee di dalam sebuah filem di awal usia mudanya.

Bagaimana dengan anda? Pasti ada kisah-kisah lama dan terindah yang tak dapat dilupakan betul kan? Moga cerita dan pengalaman itu dapat memberi inspirasi kepada kita untuk meneruskan perjalanan ini yang penuh dengan onak dan duri. Apalah gunanya hidup ini jika tidak ada kisah dan cerita yang boleh memberi sedikit senyuman di wajah kita sendiri.

Dengan kata-kata kita boleh mengubah dunia…

 

 

Video ini telah membuktikan bagaimana sedikit perubahan dari segi cara penggunaan kata-kata dan ayat yang lebih bermakna, ternyata lebih disukai masyarakat. Ayat dan kata-kata tak perlulah nak ‘POWER’ sangat. Cukuplah sekadar boleh membuatkan orang tergerak di hati mereka, apa yang anda rasai itu sama seperti yang mereka juga pernah lalui atau pernah juga rasai dulu.

Perkara inilah yang lebih bermakna dan boleh mengubah persepsi masyarakat. Jangan menulis stail ‘robotik’ sebaliknya menulislah dari hati dan perasaan yang sebagaimana anda rasakan, lalu semua orang yang membaca juga nanti akan dapat merasa apa yang anda rasa. Especially apabila anda di dalam perniagaan yang perlu menulis kata-kata untuk menarik pelanggan, gunalah ayat-ayat simple tetapi boleh menusuk di jiwa, InsyaAllah kata-kata anda akan lebih memberi kejayaan.

Permintaan terakhir budak kecil naik Pink Lamborghini

 

 

Sewaktu anda menonton video kisah Emilia ini, beliau sudah tiada. Setelah sekian lama bertarung dengan kanser, akhirnya beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Namun, sebelum pemergiannya…Rays of Sunshine Children’s Charity telah memenuhi permintaan terakhir beliau iaitu menaiki kereta Lamborghini yang berwarna pink bersama Richard Hammond, pengacara BBC rancangan Top Gear!

Terimakasih kepada Richard Hammond, HR Owen and Yiannimize, dari Rays of Sunshine Children’s Charity yang telah menrealisasikan hasrat dan impian Emilia. Satu impian yang jarang-jarang dimiliki oleh seorang budak kecil, setabah Emilia yang memberi banyak inspirasi kepada seluruh dunia.

Seorang ayah rela menipu demi maruah anaknya…

 

Pengorbanan seorang ayah sememangnya tak dapat nak dibanding-bandingkan. Cubalah lihat di dalam video ini, seorang ayah yang rela berkorban apa sahaja demi anaknya, termasuklah menjaga imej dan maruah anaknya yang masih kecil. Pasti niat di hatinya adalah untuk memberi segala-gala kebahagiaan kepada anaknya. Tak mahu anaknya digelar anak si miskin. Mungkin juga tak mahu anaknya menanggung malu dengan kekurangan dan kesempitan hidup keluarganya.

Namun kadang-kadang tu, tak terdaya dek kederat, tak mampu untuk memiliki. Jadi terpaksalah buat apa saja kerja siang malam, susah payah hanya untuk sekadar sesuap nasi. Minta jauhlah kan, dari berada di dalam situasi begini. Semoga kita semua mengambil pengajaran dari video ini dan berusaha dengan tekun untuk berjaya!

Takutnya lihat wajah gadis ini…

 

 

Statistik telah menunjukkan, kemalangan jalan raya adalah yang paling tinggi di dunia. Dan jalan raya pula adalah keperluan kita. Setiap hari memang kita akan guna jalan raya. Namun menggunakannya itu tidak salah dan tidak merbahaya, tetapi apabila menggunakan jalan raya dengan cara yang salah dan melanggar undang-undang itu yang membuatkan ia amat merbahaya.

Lihatlah saja apa yang telah terjadi kepada gadis ini. Alasannya adalah semua orang melakukannya, jadi dia fikir ianya adalah satu kebiasan jadi dia pun melakukannya jugalah. Tetapi… tengoklah apa yang dia dapat akibat menjawab sms (pesanan ringkas) dari emaknya sendiri. Menyesal sudah tidak berguna lagi… Ibunya juga turut menyesal kerana menghantar sms kepada anaknya walaupun dia tahu anaknya sedang membawa kereta.

Melihat dan membalas khidmat pesanan ringkas di handphone kita adalah benda mudah, nama pun ringkas… TETAPI ia bukan bermaksud kena lihat sekarang atau kena jawab sekarang! Berhentilah kereta dulu kalau emergency. Atau biarlah kita sampai di destinasi dulu, barulah kita menjawabnya. Pesanan saya sama-samalah kita menjaga keselamatan dengan mengelak dari ‘MEMANDU SAMBIL SMS’

“Eee…lembik macam pompuan!”

 

 

Oops… hati-hati mengata kaum wanita, jangan sampai termakan kata-kata sendiri. Kata-kata yang positif akan membuat orang di sekeliling kita berubah positif. Kata-kata negatif pula pastinya akan membuatkan dia merasa kecewa.

Namun, kadang-kadang apa yang orang ramai anggap, sebenarnya tidak semestinya betul. Video ini boleh memberi memberi kesedaran kepada kita semua, yang tidak kira apa yang orang katakan kepada kita yang penting apa yang kita rasakan. Kalau kita boleh beri sehabis baik, kita tunjukkan dan berikan sehabis baik.

Jangan kerana orang kata kita lemah, lalu kita jadi lemah. Dan masyarakat pula, janganlah terlalu suka mengata dan menjatuhkan ‘kaum yang lemah’ kerana mereka belum tentu selemah yang anda sangka!

Apa reaksi anda jika saya kata anda cantik?

 

 

Pernahkah anda perhatikan REAKSI seseorang apabila dia diberi pujian? Sungguh mengkagumkan sebenarnya, tambah-tambah lagi bila pujian itu adalah mengatakan yang anda cantik!

Satu eksperimen sosial yang secara tidak sengaja telah berlaku di sebuah sekolah performing arts di Chicago. Asal-asalnya adalah untuk membuat temuramah biasa, tetapi ianya bertukar menjadi luar biasa apabila setiap orang mempunyai reaksi yang sungguh menarik sekali. Cubalah anda perhatikan dari mula sampai habis setiap orang yang ditemuramah ini.

Apa yang boleh kita katakan di sini… berkata baik, memberi pujian, gambarkan yang tercantik tentang diri seseorang, boleh mengubah situasi itu dan boleh memberi sebuah senyuman. Apa kata gunakan cara ini dalam kehidupan seharian kita, juga untuk hubungan dengan pelanggan, pasti kita akan lebih disukai nanti.