All posts by Razzi Rahman

About Razzi Rahman

CEO Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) - Sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Lawati : www.openedu.com.my

Kenangan semasa kecil amat bermakna…

Hanya dengan menemui sesuatu yang tersimpan dari zaman kanak-kanak dulu telah mengimbau kembali, kenangan manis bersama sahabat lama. Teknologi terkini pula, begitu mudah untuk menghubung kembali perhubungan yang telah terputus sekian lama.

Samada anda mahu atau tidak mahu sahaja untuk menghubungi semula sahabat lama anda atau kenalan lama. Dalam cerita ini, pakcik ini memilih untuk bertemu kembali sahabat semasa kanak-kanak beliau, dan saat itu berakhir dengan cukup bermakna sekali… boleh mengalir air mata dan terasa sebak di dada. Anda tak mahu hubungi teman lama anda?

 

Lontaran basketball yang mencatat Rekod Dunia

Satu lagi pencapaian bertaraf rekod dunia dicipta di Tasmania’s Gordon Dam yang mempunyai ketinggian 126.5m (415 kaki tinggi) – Satu usaha yang diluar minda biasa kita. Takkan kita boleh terfikir nak menyumbat bola kerangjang ke dalam lubangnya setinggi ini, takkan masuk punyalah kan…

Tetapi bagi mereka yang percaya, mereka boleh melakukannya… mereka tidak mudah untuk putus asa dan mencuba terus mencuba hingga berjaya. Dan selebihnya, ianya menjadi sejarah! Giler tapi benar!

 

Impian untuk terbang sehebat IRON MAN bukan satu khayalan lagi…

WOW!…saya pun nak merasa ni, terasa bahang kehebatan ‘JETMAN DUBAI’ ni…wahh, siapa yang tidak mahu terbangg seolah-olah seperti gaya ala-ala Iron Man gitu.

Inilah apabila seseorang benar-benar memegang impiannya dan bersungguh-sungguh mengusahakannya, ia boleh menjadi kenyataan! Lihatlah video ini, impian dia untuk terbang bukan satu khayalan lagi. Mana pernah kita terfikir untuk terbang sebegini mudah dan menghiburkan dan AWESOME! Melihatkan teknologi penerbangan yang dibawakan oleh Jetman Dubai ini, saya melihat masa depan dunia kita nanti akan bertambah menakjubkan!

 

Buatkan yang BIASA menjadi LUAR BIASA!

Di dalam persembahan yang menakjubkan ini, apa yang dapat kita lihat di sebaliknya hanyalah satu tarian rutin ballet komtemporari yang biasa sahaja, seperti tarian-tarian yang selalu dipertonjolkan. Namun apa yang membezakan mereka adalah kreativiti dan idea yang telah dikombinasikan dengan teknologi baru, sehingga mempamerkan satu pertunjukan tarian ala masa depan yang cukup unik dan memukau!

Di dalam perniagaan, jika kita dapat idea yang BIASA, tukarkan menjadi LUAR BIASA, pasti perniagaan kita juga akan memukau dan terkenal ke seluruh dunia. Cuma nak dapatkan idea bernas itu bukanlah satu perkara mudah. Tapi jangan putus asa, teruskan mencari kelainan itu.

Performamce & Choreography oleh :Saya Watatani , Maki Yokoyama
Director : Nobuyuki Hanabusa
Animator : Seiya Ishii , Nobuyuki Hanabusa
Music : Nobuyuki Hanabusa

 

Bagaimanakah kanak-kanak melihat bila bermain?

Mula-mula bila kita melihat video ini, berbagai perkara yang kita akan fikirkan. Nampak cute pun ada, kelakar pun ada dengan gelagat kanak-kanak ini. Kesemuanya dengan cara masing-masing yang sebenarnya tak terfikir oleh kita.

Apa yang dilakukan oleh syarikat Barbie ini, cukup menarik! Mereka menunjukkan apa yang sebenarnya dilihat atau difikirkan oleh kanak-kanak setiap kali mereka bermain seharian. Imaginasi kanak-kanak sesungguhnya, lebih jauh dari kita apabila tiada batas atau halangan buat mereka. Tidak seperti orang dewasa yang selalu akan fikirkan dugaan, halangan dan cabaran.

Kadang-kadang kita juga harus berfikir dan bertindak seperti kanak-kanak, supaya apa yang kita hajati tidak terhalang dan mudah dikecapi. Namun, janganlah sampai melanggar undang-undang 😛

 

Kanak-kanak jurulatih SADO!

Kanak-kanak di dalam video ini cukup memberi inspirasi kepada kita kan, bayangkan sekecil itu sudah bijak menjadi jurulatih ‘Workout’ sado! Malah kanak-kanak yang berasal dari Jamaica ini juga bercita-cita tinggi untuk menjadi pelumba lari negaranya.

Sebenarnya inilah salah satu cara untuk membawa anak-anak kita berjaya di kemudian hari, iaitu dengan memulakan apa yang diminatinya sedari awal-awal lagi. Dengan cara ini, anak-anak kita akan lebih berdisiplin, fokus dan mempunyai arah tuju. Apabila dewasa kelak, dengan pendedahan sebegini dan latihan seawal ini, beliau bukan saja boleh berjaya sebagai jurulatih, atau pelumba lari, walau apa saja bidang yang diceburinya, beliau pasti akan berjaya.

 

Hari mengingati jasa Daddy anda…

Sebagai seorang ayah, yang selalu meyayangi anaknya, menjaga dengan sepenuh perhatian, sentiasa mahu memberi segala-gala kesenangan dan kasih sayang, pasti akan merasa amat gembira, sekiranya apabila anaknya telah besar panjang, anak-anaknya mengingatinya pula dengan membalas kembali segala jasa ibu dan ayahnya yang telah bersusah payah membesarkan mereka.

Ingatlah dulu-dulu sewaktu kita masih kecil, siapakah yang akan datang kepada kita bila kita panggil? Bila kita besar sedikit, siapakah dia yang datang membantu kita masa kita dalam ketakutan? Bila kita muda remaja, kita terlibat dalam kesusahan, siapa yang datang membantu? Bila kita sudah dewasa, tetapi terpaksa melalui keperitan hidup, bukankah ayah dan ibu yang tetap mahu membantu kita dan sentiasa ingin berada di sisi dalam susah dan senang?

hargailah ‘Daddy’ anda, papa, ayah, abah atau apa sahaja panggilan anda kepadanya, ingatilah dia…

Sesungguhnya, kejayaan seseorang juga berkait rapat dengan pendirian diri dalam soal kekeluargaan. Konsep membalas jasa ayah ini pula, sememangnya boleh mempengaruhi cara kita melayani pelanggan dan menghormati mereka. Dari sinilah, kita akan mudah disukai dan diingati. InsyaAllah kita sama-sama mengamalkan sikap menghormati dan memperingati jasa ibu dan bapa kita. Kerana nescaya, nanti semua orang di sekeliling kita juga akan turut melakukannya perkara yang sama kepada kita.

 

Adakah manusia hari ini masih ada rasa simpati?

Siapa tak mahu beli baju murah-murah! Kalau boleh yang cantik, bermutu, tapi murah lagi-lagilah mahu dibelinya. Namun, sedarkah kita siapa yang membuat baju murah itu? Yang kita tahu hanyalah fesyen terkini, yang cantik dan menarik serta selesa untuk dipakai, betul kan?

Sekiranya kita tahu dari mana asalnya baju itu, di mana kilangnya, siapa yang bekerja di kilang itu, adakah kita masih mahu membeli baju itu, atau melakukan sebaliknya? Sosial eksperimen ini telah membuktikan, bahawa dengan menayangkan apa yang berlaku sebenar di sebalik pembuatan T Shirt berharga 2 Euro ini sebelum mereka membuat belian, telah mengubahkan segala-galanya.

Mesej dari anak di bumi kepada ayah di angkasa!

Di dalam apa jua perkara, IDEA adalah segala-galanya. Ianya boleh ada idea hebat, besar, tapi mungkin tak menarik mana dan tidak disukai ramai. Ia juga boleh ada idea yang simple sahaja tetapi boleh menjadi besar dan hebat serta dikagumi ramai. Sebagai contoh :-

Idea dari syarikat Hyundai ini cukup bermakna dan lain dari yang lain. Mereka telah menggunakan 11 buah kereta Hyundai Genesis, untuk membuat jejak garisan tayar kereta itu menjadikan ia satu mesej gergasi yang boleh dilihat diangkasa!

Projek ini bermula dengan adik Stephanie dari Houston yang merindui bapanya, seorang angkasawan yang bekerja di International Space Station. Dari mesej yang ditulis Stephanie ini, 11 Hyundai Genesis, telah dibawa merentasi padang pasir yang luas semata-mata untuk menyampaikan pesanan kepada bapa Stephanie yang berada di angkasa…

Sungguh terharu result nya… sehingga projek mesej ke angkasa ini telah secara resmi mendapat nama di Guinness World of Records sebagai “The largest tire track image”

Itulah yang dikatakan IDEA yang simple tetapi HEBAT!

 

Kedai ini tidak pakai pekerja langsung…

Anda pasti akan bertanya, “Bolehkah kita membuka kedai runcit tanpa menjaganya, tanpa ada pekerja yang menerima duit dan menjual barangan di dalam kedai itu?”

Jawapannya, “Memang boleh!” – Sebuah kedai kecil serbanika (A grocery store) di pekan Swedish telah membuktikannya bahawa, sememangnya kita tidak perlu untuk memiliki pekerja untuk menjaganya. Kedai ini 100% hanya mengharapkan Smart Phone App semata-mata, di mana setiap pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi ke dalam telefon pintar mereka.

Kemudian, dari membuka pintu kedai, sehinggalah kepada membayar barang yang dibeli, semuanya dilakukan dengan menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar itu. Setiap pergerakan atau tindakan yang dilakukan boleh dijejak.

Terfikir juga kepada kita kan, tidak akan berlaku kecuriankah nanti? Dan bolehkah ianya dilakukan di Malaysia? Sedangkan kedai yang dijaga pemilik sendiri bersama ada 3-4 orang penjual pun boleh ada kecurian kan… Semuanya kembali kepada sikap dan keperibadian diri kita sendiri…