All posts by Irfan Khairi

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Pernah tak rasa takut nak lakukan sesuatu?

Pernah tak rasa takut nak lakukan sesuatu?

Saya sendiri pernah. Setiap kali jumpa bakal client baru, setiap kali mencuba teknik dan strategi perniagaan baru, setiap kali ingin mulakan perniagaan baru, pastinya saya juga akan terasa “takut”. Ketika melebarkan saya perniagaan hingga ke Dubai, UAE kini juga saya rasa takut pada permulaannya.

Irfan Khairi @ Dubai Marina

Sama juga seperti ketika saya menulis buku saya yang pertama, takut orang tak beli. Ketika pertama kali ingin mengendalikan seminar saya pada tahun 2005, takut orang tak datang sehingga saya tak tidur malam. Pertama kali berhadapan dengan orang ramai juga gemuruh dan takut untuk bercakap.

Tetapi, itulah tabiat manusia semula jadi. Kita akan rasa takut pada sesuatu yang kita tidak pernah lakukan. Kita akan takut melakukan sesuatu yang baru. Kita akan sentiasa risau “apa akan jadi?”

Namun tidak kiralah takut macam mana pun saya rasa, saya tetap lakukan juga.

Ketakutan selalunya adalah pada sesuatu yang kita tidak tahu. Fear of the unknown. Dan secara logiknya, kita tidak perlu takut pada sesuatu yang belum lagi terjadi bukan?

Tak mengapa sekiranya anda rasa takut. Ia adalah normal.

Tetapi jangan jadikan ketakutan itu penghalang untuk anda mengambil lankah dalam mencapai kejayaan anda.

Takut macam mana pun, perlu harungi juga.

-Irfan Khairi
Dubai, UAE

Saya juga TIDAK YAKIN!

Sepertimana anda tahu, perniagaan saya sejak tahun lepas telah bermula di Dubai, UAE. Sedar tak sedar sudah lebih setahun menjalankan perniagaan di sini dan sedar tak sedar, atas doa dan sokongan anda, Alhamdulillah perniagaan saya terus berkembang.

Semalam tiba masanya untuk saya mencari pejabat BARU di Dubai untuk mengembangkan lagi perniagaan sedia ada!

InshaAllah, lokasi ini di Internet City, Dubai akan menjadi pejabat baru saya…


Walaupun mungkin anda lihat perniagaan saya berkembang sepanjang kerier saya sebagai seorang usahawan global kini, tetapi ingin saya lakukan sedikit pengakuan…

Saya sendiri juga TIDAK YAKIN dengan kebolehan saya satu ketika dulu!

Beberapa tahun lalu, terfikir untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara, SAYA RASA TAKUT!

Beberapa tahun lalu, terfikir untuk mulakan perniagaan baru dari kosong di tempat orang tidak mengenali saya, SAYA RASA RISAU!

Beberapa tahun lalu, terfikir untuk mula partner dengan orang-orang luar negara dan bukan lagi orang Malaysia, SAYA TERAGAK-AGAK!

Namun, inilah sebenarnya hakikat yang berlaku.

Orang yang berjaya juga akan terasa perasaan tidak yakin, perasaan rasa takut, perasaan risau, perasaan teragak-agak dalam memulakan sesuatu. Tetapi kuncinya adalah…

KITA TETAP LAKUKAN JUGA!

Jangan fikir saya dan ramai lagi usahawan berjaya di luar sana 100% berkeyakinan dalam apa yang dilakukan. Pastinya ada sedikit rasa tidak yakin, risau, takut, teragak-agak dan sebagainya.

Kita juga manusia dan perasaan-perasaan ini adalah biasa dalam diri manusia. Tetapi, walaupun dilanda perasaan begitu…

KITA TETAP LAKUKAN JUGA!

Dan itulah kuncinya.

Kerana sekiranya dilayan perasaan takut, tak yakin, ragu-ragu ini, sampai bila pun kita tidak akan berkembang dan mencapai tahap yang lebih tinggi potensi diri sendiri.

Pada, 29 Oktober 2017, saya akan mulakan pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Di mana saya dan pelatih-pelatih pakar saya dapat membantu anda sepanjang 9 bulan dan lebih memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda.

Sekiranya kisah saya di atas, memberi sedikit inspirasi kepada anda jika anda merasakan diri tidak yakin, ragu-ragu, takut, dan sebagainya, apa kata anda…

LAKUKAN SAHAJA!

Mungkin anda terfikir hendak memulakan perniagaan di Internet, namun “sesuatu” menghalang anda? InshaAllah dalam program 9 bulan ini saya dapat membantu anda. Program akan bermula tak lama lagi dan tempat TERHAD dan sering dipenuhi.

Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Juga, suka saya ingatkan bahawa, ini adalah kali TERAKHIR pengambilan pada harga yang di tawarkan oleh kerana mulai bulan hadapan, yuran program ini akan dinaikkan oleh kerana kos pengendalian yang semakin meningkat. Oleh itu, pastikan anda daftar untuk pengambilan bulan ini!

Kita jumpa di sana dan jangan lagi menunda-nunda. Sekiranya saya menunda-nunda dalam perniagaan, tidaklah perniagaan saya dapat berkembang sehingga hari ini…

Klik di sini sekarang.

Irfan Khairi
Dubai, UAE

Cara meningkatkan harga produk atau perkhidmatan anda?

Baru-baru ini saya mendapat soalan dari peserta Akademi 5 Angka (www.5angka.com) berbunyi…

Apakah caranya untuk meningkatkan harga produk atau perkhidmatan perniagaan yang di jalankan, tanpa mengurangkan pelanggan?

Jawapan saya adalah, meningkatkan harga berkaitan dengan PERSEPSI.
Apakah maksud saya?

Sekiranya persepsi pelanggan terhadap perniagaan anda adalah bernilai tinggi, maka, anda boleh meletakkan harga yang lebih tinggi. Tetapi sekiranya persepsi terhadap perniagaan anda adalah bernilai rendah, maka pelanggan akan membayar pada harga yang rendah.

Salah satu cara paling mudah untuk meningkatkan PERSEPSI pelanggan terhadap perniagaan anda adalah dari segi reka cipta dan penjenamaan.

Saya pernah berbual dengan seorang usahawan berjaya yang menjual tali leher. Katanya, tali leher yang dijual sama sahaja. Tetapi, ia dijual dengan 2 cara.

Cara pertama, tali leher dijual tanpa kotak. Hanya disangkut pada penyangkut.

Cara kedua, tali leher dijual dengan kotak yang kelihatan cantik dan bermutu tinggi. Sekali lagi, isi kotak tersebut adalah tali leher yang sama (design berlainan).

Apa yang dilakukan adalah, harga tali leher berkotak yang kelihatan prestij itu, walaupun jenis yang sama, diletakkan pada harga dua kali ganda lebih tinggi berbandingkan dengan tali leher tidak berkotak.

Namun, kos kotak tersebut adalah sangat kecil sahaja.

Itulah yang dimaksudkan dengan PERSEPSI.

Persepsi orang terhadap tali leher berkotak adalah nilainya lebih tinggi berbanding dengan tali leher tidak berkotak.

Dalam konteks yang sama, untuk perniagaan di Internet, sama juga perihalnya. Cara meningkatkan harga dan menarik lebih ramai pembeli, adalah dengan cara rekacipta yang lebih profesional dan menarik lagi.

Di sini, saya ingin membantu anda yang menjalankan perniagaan atau merancang menjalankan perniagaan di Internet untuk menjadikan jenama anda lebih menarik dan mempunyai persepsi nilai yang lebih tinggi.

Perkhidmatan “JENAMAA” adalah bertujuan memberi perniagaan anda kelihatan lebih profesional dan menarik supaya persepsi nilainya adalah lebih tinggi.

Berikut adalah sebut harga untuk perkhidmatan JENAMAA, dan kali ini kami memberi diskaun tawaran istimewa seperti di bawah.

Untuk menempah sila berikan maklumat anda dengan menghubungi 0377292277 (waktu pejabat) atau email tempahan anda kepada : marinin@iksbmail.com

Namun, tawaran ini akan tamat pada hari JUMAAT 13hb Oktober sahaja. Oleh itu, sekiranya anda ingin bantuan kami dan nasihat saya sendiri dalam membina persepsi perniagaan anda, pastikan anda melakukan pesanan sekarang.

Tidak lagi perlu bersaing pada harga yang rendah apabila persepsi nilai perniagaan anda adalah lebih tinggi!

Khusus bagi peminat bercucuk tanam/tumbuh-tumbuhan, satu temubual yang MESTI anda dengar…

Khusus bagi peminat bercucuk tanam/tumbuh-tumbuhan, satu temubual yang MESTI anda dengar bersama Dr Rokiah Hassan, pengasas BioGuard.

Temubual bersama Dr Rokiah mengenai cara menjaga tanaman. Kalau anda ada masalah tanaman, ada sedikit perkhidmatan konsultasi percuma akan diberikan di hujung temubual ini…

IK: Assalamualaikum saya Irfan Khairi dan saya sangat bertuah hari ini dapat bersama pengasas BioGuard daripada BioSense, Dr. Rokiah di sebelah saya.  BioGuard adalah racun serangga yang mesra alam di mana tagline-nya adalah Safe and Save. Jadi, saya nak kongsikan sedikit mengenai produk BioGuard ini.

Saya nak tanya Dr. Rokiah, macam mana asal usul idea BioGuard ini bermula? Bila ia bermula? Dan bagaimana tercetusnya idea nak buat produk ini.

Dr. Rokiah: Bermula sebenarnya saya pergi ke Amsterdam, masa itu mereka buat fluoride conference yang mana the whole world scientist dan researcher  semua datang tunjukkan produk – produk yang baru dikeluarkan. Normally mereka akan buat every 10 years, so a lot of things mereka akan share.

Actually di European, penanaman mereka is on organic base, organic farming, maka lebih selamat. In fact kita yang jauh ketinggalan. Masa itu saya ada kesempatan pergi ke ladang di France, dia tunjukkan bagaimana cara dia tanam menggunakan organik. In fact dia tanya kepada saya, dia kata setahu saya di tropical country ada satu tumbuhan sebenarnya yang boleh you ekstrak jadikan pesticides. Saya pun rasa terkejut, macam mana dia boleh tahu sedangkan saya pun tidak tahu. Lepas itu, when I came back, saya pergi satu instituition to check whether apa yang dia cakap itu ada atau tidak. It’s actually mereka sedang develop dan mereka tidak tahu ada permintaan atau tidak.

Bagi saya Alhamdulillah, saya jumpa sesuatu yang bagus dan pasaran yang berbeza. From that actually saya nampak ada potensi dan kami sama – sama develop.

IK: How long ago? Masa mula – mula dulu?

Dr. Rokiah: Lama sangat masa itu, 2001 masa itu saya just nak fikirkan idea bagaimana untuk commercialize. Actually produk ini tidak boleh over time you nak keluarkan produk yang baru, kena kaji banyak perkara. Especially pesticides, normally orang akan associate bahan kimia, merbahaya. Bukan bahaya kepada alam sekitar sahaja, juga kepada manusia dan sebagainya.

Kita kena ambil tahu apa kesannya kita gunakan bahan ini nanti, selamat atau tidak atau selamat pada waktu sekarang atau selamat jangka masa panjang. Banyak perkara yang perlu difikirkan, that’s why ambil masa.

IK: In the making, berapa tahun sebenarnya daripada idea sampai produk siap?

Dr. Rokiah: I would say dalam 5 years produk ini sudah nampak sesuai digunakan. Tetapi kita nak dapatkan pesticides ini sebenarnya pest ini banyak range. Daripada awal seed sudah kena rawat sehingga tuai. After tuai juga kena ada rawatan. Sebab itu kita kena fokus nak produce produk, nak target yang mana? Jangan terlalu broad sebab tidak effektif.

IK: More focus, more target specific yang diperlukan?

Dr. Rokiah: Even though kita sudah nampak ini sesuai untuk pesticides, tetapi what kind of pest yang you nak target? Sebab itu produk BioGuard ini bila disembur kepada tumbuhan, kenapa ia hanya serang kepada serangga sahaja? Kenapa tidak merbahaya kepada seperti contoh rama – rama atau predator yang lain. Kenapa tidak merosakkan tanaman? Kaedah – kaedah ini kita kena ambil kira. Tidak boleh simply letak dan jual.

IK: Maknanya produk ini sudah melalui ujian – ujian keselamatan, kajian dan sebagainya barulah boleh keluar ke pasaran? Prosesnya panjang but sangat – sangat diperlukan oleh kerana to make sure produk ini sangat berkualiti dan effektif untuk petani – petani. Not just petani, juga kepada pengguna. Boleh terangkan sedikit tentang tagline Safe and Save?

Dr. Rokiah: Saya suka nak share berkenaan dengan safe (keselamatan). Orang sekarang risau kalau terkena chronic disease because of due to makanan. Orang sakit sebab pemakanan yang tidak sihat.

Over time kita dengar makan banyak benda yang kita tidak perasan. Actually sisa baki dari bahan kimia duduk dalam badan kita dan akan aktifkan sel dalam badan kita menjadi kanser, buah pinggang tidak berfungsi, ada blockage dan sebagainya. Bioguard come out dengan satu pendekatan yang selamat kepada orang yang menggunakannya. Katakan pekebun yang sembur BioGuard, kalau dia terkena BioGuard tiada masalah, kepada orang yang makan tanaman itu, sisa BioGuard tiada. Contohnya sembur BioGuard hari ini ke tanaman seperti cili atau tomato, in fact sebelah petang atau hari berikutnya sudah boleh tuai.

Jika tidak menggunakan racun serangga organik, agak sukar mencuci tanaman yang sudah dituai. Terpaksa rendam tanaman dengan garam dan sebagainya

IK: Saya nak trackback sedikit dari apa yang Dr kata. Tadi Dr kata Malaysia lambat sikit, kalau di barat, organik sudah diterima ramai. Apa yang Dr. Rokiah sebutkan, ianya sangat penting. The safety of the petani dan juga orang yang makan makanan tersebut. Kenapa kita ketinggalan keretapi? Kenapa di Overseas mereka sudah lebih tahu tentang ini dan bukan kita di Malaysia?

Dr. Rokiah: Saya rasa mungkin advanced technology juga. Because to produce antibact ingredient daripada tumbuhan it’s very costly and very technical. Katakan in order to you get the antibact ingredient untuk 1 kilogram, actually kena ekstrak dalam 1 tan dan very huge sumber bahan mentah, kemudian bagaimana nak dapatkan bahan yang betul – betul selamat di dalam tumbuhan tersebut. Ia memerlukan mesin, HPLC dan macam – macam lagi. Maybe kita belum ready.

IK: Advance dari segi teknologi. How about dari segi knowing atau kesedaran?

Dr. Rokiah: Ramai yang sudah sedar berkenaan organik, tetapi kemungkinan the availability of the product, knowledge not as much as seperti apa yang ada di Europe. Lifestyle mereka memang sudah ke arah itu. Kita belum lagi dan baru nak mencuba, kita masih menunggu orang lain lakukan baru kita lakukan. Tapi sekarang Alhamdulillah sudah ada.

IK: Kesedaran yang kita nampak sekarang sudah ada, which is good. Tadi kita sudah tekankan Safe iaitu keselamatan. Let’s start for the Save iaitu jimat pula.

Dr. Rokiah: I would say persepsi orang towards organik ini mahal. Even kalau kita beli barang seperti sayur atau buah di super market, ia akan diletakkan dibahagian lain kerana mahal. Tetapi sebenarnya kos yang sampai ke super market itu mahal kerana ada orang tengah, transportation dan macam – macam lagi.

IK: Mahal berapa peratus? Berapa beza harga sayur non – organic dan organic?

Dr. Rokiah: Ada 2 kategori, ada orang gunakan organik, tapi tidak 100% organik. Orang yang boleh claimed organik ini adalah orang yang diberi certificate oleh Jabatan Pertanian. Jika ada persijilan tersebut, maka orang tersebut boleh call produk itu as organic. Harga pula depend, ada yang up to 30% to 50% higher. Which is not bad. Kalau you rasa apa yang you makan selamat, spend lebih sikit dan you rasa selamat jangka masa panjang, why not?

Yang menjimatkan pula kepada farmers. Saya suka nak share dengan farmers especially users. Kita akan makan apa yang farmers tanam, no choice, farmers jual dan kita beli. Farmers akan fikir juga, kalau dia tukar kepada organik, apa yang effect kepada mereka? Pertama, Kos. Kalau saya bercakap tentang produk saya BioGuard, ia sebenarnya cheaper sebab you hanya perlukan tidak sampai setengah liter dan boleh sembur untuk the whole one hectare kebun sayur.

IK: Boleh explain sedikit how much BioGuard ini.

Dr. Rokiah: Untuk 1 liter, portion tidak sampai separuh. Boleh sembur whole one hectare equal to dua setengah ekar tanah dan ianya besar. Harga 1 liter RM80.00 bersamaan spend RM40.00 untuk satu hektar dan ianya sangat berbaloi. Kelebihan lain BioGuard ini, normally masalah farmers adalah bukan sahaja serangga yang menyerang tumbuhan, tetapi mempunyai masalah dengan kulat. Ianya akan menyerang serentak. BioGuard mampu menyelesaikan keduanya fungicide dan pesticides. Maksudnya ia akan mengawal kulat dan juga ia akan mengawal serangga. Beli satu produk boleh cure 2 perkara. Ianya sangat menjimatkan.

IK: Bagaimana jimat dari segi tanah itu? Adakah BioGuard elok untuk jangka masa panjang berbanding bahan kimia lain?

Dr. Rokiah: Bagusnya BioGuard, ia tidak perlu terlalu memulihkan tanah. Sebab ia tidak akan membunuh bakteria, ia tidak akan membunuh mikroorganisma yang baik dalam tanah. Mikroroganisma yang duduk dalam tanah saling memerlukan dengan tumbuhan. Kalau tumbuhan hidup bagus, mikroroganisma akan hidup dengan baik dan membiak dengan lagi banyak. Ia akan menjadikan tanah subur, ia akan membuat rongga pernafasan untuk akar – akar tumbuhan.

IK: Kita sudah jimat dari segi kawalan serangga dan kulat dan tanah. User pula jimat dari segi apa?

Dr. Rokiah: Bagi saya user  itu adalah orang yang membeli dan bukan farmers. Seperti home gardeners, kuantiti guna sangat sedikit, contohnya ukuran 1 penutup botol BioGuard hanya guna setengah dari penutup dan campurkan dengan 1 liter air, goncang dan spray. Produk BioGuard boleh bertahan hingga 2 tahun dengan syarat letak dalam suhu bilik. 1 botol boleh bertahan 2 tahun jika tidak banyak tumbuhan.

IK: Kalau user yang smallest scale, guna Bioguard 250ml. Saiz botol besar usually guna untuk biggest scale dan berharga RM75. Yang kecil pula berharga RM20.

I think sudah banyak sangat info yang saya dapat dan hopefully penonton – penonton juga faham mengenai BioGuard. Kadang – kadang isteri saya tanam tanaman di belakang rumah and then nampak tompok putih – putih di daun dan kita tidak tahu apa itu. Memang daun itu warna putih atau jangkitan.

Kalau penonton – penonton rasa ada masalah dengan tumbuhan – tumbuhan mereka, adakah boleh mereka ambil gambar dan Whatsapp kepada Dr. Rokiah and your team, supaya you can give proper advice apa masalahnya dan bagaimana cara menangani?

Dr. Rokiah: Saya sangat mengalu – alukan dan lagi baik. Senang kita nampak apa simptomnya dan apa penyakitnya so kita boleh address issue dan bagaimana cara menjaga tanamannya itu.

IK: Apa kata kalau anda ada tanaman dan nak tahu apa masalah tanaman anda, just ambil your phone, ambil gambar dan Whatsapp kepada 019-6222360 dan In Sha Allah Dr. Rokiah dan team akan bantu anda dan menjelaskan apa sebenarnya masalah yang berlaku dan bagaimana cara menangani masalah tersebut. Seperti penyakit, kalau kita dapat detect awal – awal, lagi mudah untuk ubati.

Pesanan Dr. Rokiah kepada pendengar – pendengar di internet?

Dr. Rokiah: Saya sangat berharap user di luar sana, bertukarlah sekarang kepada organik dan gunakan BioGuard yang selamat dan jimat.

IK: Jangan lupa ambil gambar dan Whatsapp ke nombor 019-6222360 dan In Sha Allah Dr. Rokiah and team daripada BioGuard akan bantu anda. Jangan ambil gambar jauh – jauh, ambil dekat – dekat sampai nampak tanda, kesan dan sebagainya dan In Sha Allah Biosense boleh bantu.

Untuk mendapatkan BioGuard atau ingin menjadi agent BioGuard, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Assalamualaikum dan terima kasih kepada anda yang menonton. In Sha Allah kita berjumpa lagi.

Pertemuan dengan Dato Dr Fadzilah Kamsah – motivasi ketika Ramadhan!

Pada awal Ramadhan, saya bertemu dengan guru & mentor saya. Siapa lagi kalau tak lain tak bukan, Dato Dr Fadzilah Kamsah. Sejak di kolej lagi saya sering mengikuti beliau. Pernah juga di “paksa” pergi ke ceramahnya ketika di UITM.

Pertemuan kami dianjurkan oleh Inspire Cafe.

Dalam pertemuan ini, kami berbual mengenai perniagaan Inspire Cafe terbaru iaitu Green Tea Moringa, dan juga petua-petua ketika bulan Ramadhan. Klik pada video di bawah untuk saksikan perbualan kami yang lucu pun ada, berinformasi pun ada!

Apabila berjumpa dengan seorang motivator, pastinya soalan saya adalah mengenai bagaimana caranya untuk motivasikan diri ketika Ramadhan. Dan jawapan Dato Dr Fadzilah Kamsah sangat-sangat lengkap.

Apa kata saksikan video pertemuan kami ini dimana saya telah lakukan rakaman ketika LIVE bersama pakar motivasi #1 Malaysia, Dato Dr Fadzilah Kamsah dan ketahui bagaimana caranya meningkatkan motivasi ketika bulan Ramadhan.

 

10 Tip bila anda ‘TERBANG’

Sebagai usahawan global, pastinya saya sering mengembara serata dunia. Kalau sebagai rujukan frequent flyer Emirates, saya di tahap “Gold” menandakan selang beberapa minggu pastinya saya akan menaiki kapal terbang Emirates. Ini pun tak termasuk syarikat penerbangan lain di mana pada bulan ini sahaja 2 kali perlu menaiki Malaysia Airlines.

Sejak 3-4 tahun lepas, sering mengembara serata dunia untuk perniagaan

Sejak beberapa tahun yang lepas, dalam berpuluh kali menaiki kapal terbang mengembara ke serata dunia, di sini saya ingin berikan 10 tips atau petua yang saya kutip untuk manfaat anda pula!

1. Jet Lag

Sekiranya kita mengembara jauh, di zon waktu yang berbeza banyak, sering kali kita akan terkena dengan keadaan jet lag. Iaitu, waktu kita masih mengikuti waktu negara asal. Contohnya, kalau ke London, tengah-tengah malam di sana, kita masih segar bugar oleh kerana Malaysia sudah siang!

Apa yang saya sering lakukan adalah, di awal penerbangan, setkan jam pada waktu negara destinasi. Selalunya, penumpang hanya akan set waktu apabila tiba di destinasi.

Apabila waktu telah disetkan pada waktu destinasi, cuba ubah corak tidur anda mengikut waktu destinasi. Beberapa jam di dalam penerbangan sedikit sebanyak dapat membantu anda adjust kepada zon masa negara destinasi. Sekiranya mengantuk ketika zon destinasi masih siang, apa kata baca buku atau menonton movie untuk paksa diri tidak tidur sambil menunggu waktu tidur destinasi.

2. Keadaan diri yang duduk sahaja

Beruntung sekiranya kita mampu Business Class atau First Class di mana boleh tidur berbaring!

Tetapi bagi kita yang di kelas Ekonomi, keselesaannya tidaklah seperti Business Class atau First Class. Jadi adakalanya, akan terasa sakit-sakit badan.

Tip saya adalah untuk sentiasa melakukan stretching ketika duduk. stretching tangan, tengkuk, badan dan juga kaki. Sekali sekala, bangun dan berjalan sedikit terutamanya untuk penerbangan yang memakan masa yang lama.

Aktiviti stretching, bangun dan berjalan ini akan membuatkan badan kita semakin segar.

3. Udara yang kering

Bawa lotion atau krim ke dalam pesawat. Jangan lupa, tidak boleh bawa lebih 100gram! Bekas yang kecil sudah memadai.

Sering sapukan krim pada tangan, kaki, muka dan badan supaya kulit tidak kering.Tambahan bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif (seperti saya), maka lotion dan krim adalah sahabat utama supaya kulit rasa lembut dan kelihatan segar.

… macam iklan krim kulit pula. Kalau ada perniagaan ingin saya jadi duta boleh hubungi CEO saya Razzi Rahman di 03 77292277 (serious ni) 🙂

4. Badan pun kering…

Oleh itu, minum banyak air. Jangan segan silu minta anak kapal minuman. Kadang kala, saya minta dua gelas sekali air minuman supaya sentiasa hydrated.

Mini bar di dalam A380 Emirates. Jemput minum!

Badan akan rasa lebih bertenaga dan segar bila mengambil banyak air terutamanya di udara.

5. Pakai pakaian yang selesa

Dulu-dulu bila naik kapal terbang kita bayangkan orang pakai pakaian yang smart, cantik, lawa, macam business man dan sebagainya.

Tapi kini, travelling naik kapal terbang dah biasa. So, tak perlu lah melaram. Tetapi, pakai pakaian yang selesa. Terutamanya travelling yang lama dalam kapal terbang, kalau selesa pakai track bottom, seluar 3 quaters pun ok bagi lelaki.

Pakaian yang membuatkan kita cukup merasa selesa akan memudahkan lagi untuk kita terus nyenyak tidur.

6. Gunakan Air miles

Sekiranya anda seperti saya yang banyak travel menggunakan kapal terbang, pilih syarikat penerbangan kegemaran anda dan gunakan syarikat tersebut selagi boleh.

Saya sering menggunakan perkhidmatan Emirates Airlines untuk ke negara-negara yang melepasi Timur Tengah dari Malaysia, dan menggunakan Malaysia Airlines untuk negara-negara sebelum Timur Tengah dari Malaysia.

Mata ganjaran yang dikumpulkan (Kini GOLD) bersama Emirates, memberi saya pelbagai kemudahan seperti Business Class Lounge (walaupun tiket Ekonomi), pilihan tempat duduk tanpa had, upgrade ke Business Class dan First Class percuma, dan pelbagai lagi tawaran.

Begini lah rupanya bilik air First Class Emirates…

Jadi, gunakan kemudahan air miles syarikat penerbangan pilihan anda sebaik mungkin!

*Sekiranya anda ingin tahu cara menjana pendapatan 5 angka supaya anda juga boleh turut mengembara dan melawat serata dunia, klik di sini!

7. Hoodie dan Headphones!

Memanglah, kalau lihat ini cara pakaian remaja kini. Tetapi, tujuan utama memakai hoodie dan headphones dalam kapal terbang adalah apabila kita mahu sedikit privacy atau tidur dengan lebih selesa, sarungkan hoodie, dan pakai headphones (walaupun tidak mainkan lagu apa-apa!)

Hoodie dapat menutup sebahagian dari kepala/muka untuk mudah tidur sekiranya cahaya lampu menerangi muka, manakala headphones (noice canceling) pula akan mengurangkan bunyi enjin kapal terbang dan suara perbualan penumpang yang lain. Dalam kapal terbang saya sering tidur nyenyak macam bayi selama 5-6 jam tanpa gangguan!

Hoodie and headphones. Pakaian seragam saya ketika travelling.

Menggunakan headphones sendiri juga mempunyai kelebihan oleh kerana anda boleh terus menonton movie sehingga kapal terbang berhenti setelah mendarat. Sekiranya menggunakan headphones penerbangan yang diberikan, ia akan diambil semula 45 minit sebelum mendarat.

Tip tambahan: Dan kalau tak minat dengan hoodie dan headphones, dapatkan eye mask dan ear plugs pun boleh 😉

8. Elakkan memilih tempat duduk yang…

Apabila booking tiket penerbangan, dan anda dibolehkan memilih tempat duduk anda, elakkan dari memilih tempat paling belakang sekali atau paling depan sekali dalam satu-satu kabin (ramai memilih paling belakang/depan oleh kerana inginkan privacy).

Ruang paling depan kabin dan paling belakang kabin seringkali adalah ruang tandas. Apa yang kita inginkan privacy, sekiranya tersilap pilih, ruang inilah yang akan selalu orang beratur dan keluar masuk tandas berdekatan dengan anda- tak lupa bunyi flush dan aroma yang kurang enak!

Pilih tempat ditengah-tengah kabin untuk lebih “selamat”. Anda boleh juga merujuk laman web www.SeatGuru.com dan masukkan penerbangan anda untuk merujuk tempat duduk terbaik untuk di pilih.

9. Kurangkan hand luggage sekiranya boleh

Minimakan barangan hand luggage anda ke atas pesawat. Kalau boleh, kesemua barang anda check in sahaja dan hanya bawa beg kecil sebagai hand luggage – apa yang perlu ketika penerbangan sahaja.

Ini akan memudahkan lagi pergerakan anda di lapangan terbang sebelum dan selepas penerbangan. Mengusung dan mengangkat beg di lapangan terbang juga akan menambahkan penat badan. Juga, apabila kurang hand luggage, maka kurang barangan di bawah tempat duduk di hadapan anda. Maka, lebih banyak ruang kaki!

10. Bawa buku!

Dan akhir sekali, jangan lupa bawa buku! Ambil peluang di atas kapal terbang untuk membaca. Saya sendiri sering tidur sahaja ketika dalam kapal terbang, tapi sekiranya tidak boleh tidur, saya akan membaca sampai mata penat dan boleh tidur.

Sekurang-kurangnya bawa guidebook negara destinasi untuk pelajari lagi bukan sahaja tempat-tempat menarik yang boleh di lawat, tetapi juga kebudayaan, orang, dan sedikit sebanyak bahasa negara destinasi. Jadikan masa terluang dalam kapal terbang sebagai masa belajar.

Sesetengah penerbangan mempunyai Internet. Boleh juga gunakan Internet untuk bacaan anda.

Mudah-mudahan dengan 10 tips ini, sedikit sebanyak dapat memberi tips kepada anda untuk trip penerbangan anda yang seterusnya!

PS: Syukur Ahamdullillah, apabila saya tahu cara menjana pendapatan 5 angka dengan memotivasikan minda, mengurus kewangan dan membina jenama perniagaan, ia membolehkan saya mengembara dan melawat serata dunia. Sekiranya anda bermatlamatkan menjana pendapatan 5 angka, klik di sini untuk Akademi 5 Angka. Sebuah program online baru dari saya untuk anda!

Motivasi Moringa #3: Cara FOKUS!

Untuk mencapai apa sahaja cita-cita anda, fokus adalah sangat penting. Assalamualaikum saya Irfan Khairi, selamat datang ke siri Motivasi Moringa.

Adakalanya kita fikir kita perlukan berbagai-bagai benda. Tetapi apa yang kita takut, kita lakukan terlalu banyak, nanti satu pun tidak tercapai. Sebab itulah kata – kata Confucius mengatakan bahawa kalau kita kejar dua arnab, nanti satu pun tidak dapat. Itu yang kita tidak mahu.

Oleh itu untuk mencapai apa sahaja cita – cita anda, fokus adalah sangat – sangat penting. Seperti mana kanta pembesar yang dapat menumpukan cahaya matahari tertumpu kepada satu titik yang menghasilkan api, begitulah fokus memberikan kepada anda. Fokus akan memberikan anda lebih banyak energy, lebih banyak semangat, lebih banyak tenaga kepada apa yang anda ingin lakukan.

Jangan cuba melakukan banyak perkara pada waktu yang sama. Tetapi anda perlu uruskan diri anda supaya anda sendiri dapat fokus dalam melakukan sesuatu itu.

Siri ini ditaja oleh Inspire Cafe, pengeluar produk minuman Green Tea Moringa.

Motivasi Moringa #2 : Satu Cara Tingkatkan Keyakinan Diri

Adakalanya kita akan rasa kurang keyakinan diri. Dari manakah datangnya perasaan kurang keyakinan diri ini?

Sebenarnya, apabila keterampilan kita kurang meyakinkan, kita juga akan rasa kurang keyakinan diri. Mat Saleh kata don’t judge a book by it’s cover, tetapi manusia akan tetap melakukan juga. Mereka akan melihat keterampilan seseorang itu dan mereka akan mendapat keyakinan daripada apa yang mereka pandang.

Oleh itu untuk anda mendapat keyakinan diri, anda kena meningkatkan lagi keterampilan anda supaya anda kelihatan ceria, bersemangat dan juga berpakaian menarik. Apabila anda melakukan ini, keyakinan diri juga akan meningkat.

Bagaimana untuk bermula? Mulakan dengan senyuman sahaja. Apabila kita senyum, ia akan memberi keyakinan kepada diri kita sendiri, ia akan memberi keyakinan kepada orang lain dan lebih penting lagi keyakinan ini akan membuatkan anda rasa seperti anda tidak boleh dihentikan dalam mencapai apa sahaja yang anda mahu.

Siri ini ditaja oleh Inspire Cafe, pengeluar produk minuman Green Tea Moringa.

Motivasi Moringa #1: Kenapa Kita Tak Bermotivasi?

Ramai yang berfikir kurangnya motivasi dari minda yang lemah. Assalamualaikum saya Irfan Khairi. Selamat datang ke Motivasi Moringa.

Sebenarnya kurangnya motivasi tidak semestinya oleh kerana minda kita lemah. Seringkali juga kurang motivasi datang dari badan yang lemah. Oleh itu apa yang kita perlu lakukan adalah, kita kena jaga pemakanan kita, jaga minuman kita dan juga jaga senaman kita.

Apabila badan kita sihat, tubuh kita sihat, di situlah sebenarnya akan datang motivasi yang lebih sihat lagi. Kalau seringkali kita rasa lemah sahaja badan, kita rasa malas, bukan maksudnya kita tidak bermotivasi, tetapi sering kali disebabkan badan kita yang lemah.

Jadi bila kita kuatkan lagi badan kita, dengan menjaga pemakanan, minuman dan juga senaman, itulah minda kita akan menjadi lebih cergas, diri kita akan lebih bermotivasi dan akan memberi momentum kepada kita untuk mencapai apa sahaja cita-cita yang kita impikan.

Siri ini ditaja oleh Inspire Cafe, pengeluar produk minuman Green Tea Moringa.

9 Sebab Mengapa Saya Suka Dubai…

Sekiranya anda ingin bawa perniagaan anda ke peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi ke Dubai, pada bulan November ini, saya akan kendalikan satu lawatan Packaged Tour di Dubai yang dinamakan “Destinasi Dubai”. Pakej percutian ini, untuk individu atau keluarga bukan sahaja akan membawa anda ke tempat-tempat menarik di Dubai, tetapi juga akan diadakan sesi khas bersama saya kongsikan strategi cara bagaimana anda juga boleh membawa perniagaan anda ke Dubai! Klik di sini untuk pakej percutian khas DestinasiDubai.com dan jumpa anda di Dubai!

*********

Ketika saya menulis ini, saya berada di villa saya di Dubai. Kini, saya menjalankan program perniagaan Internet saya di dua benua. Menjalankan Open Education Malaysia, di pusat latihan saya di Mutiara Damansara, serta IK Institute of Business di Dubai. Setiap bulan saya akan berulang-alik Dubai-Malaysia untuk bersama peserta-peserta program saya di dua benua!

Pada perkongsian saya yang lepas, saya telah kongsikan tentang hijrah saya ke Dubai. Kali ini, saya ingin kongsikan pula 9 sebab mengapa saya suka DUBAI. Mana tahu, ada rezeki berjumpa dengan anda di sini pula…

1. Bandar yang canggih tetapi azan di mana sahaja

Dubai adalah bandaraya yang sangat canggih. Mana tidaknya, kita pun pernah nampak di sinilah banggunan tertinggi di dunia, hotel termewah di dunia, taman tema indoor terbesar di dunia, kereta polis mewah seperti lamborghini dan ferrari dan pelbagai lagi kecanggihan dunia.

Namun, apa yang menariknya adalah, ketika masuk waktu solat, seruan azan akan dilaungkan di mana-mana sahaja. Di kesemua pusat membeli belah, lapangan terbang, taman tema, dimestikan memainkan seruan azan setiap kali. Di Dubai juga terdapat lebih 1,000 masjid, disesetengah tempat, dari satu masjid boleh nampak masjid yang lain.

2. Pendapatan purata adalah RM21,000

Mengikut laporan majalah Business Gulf, pendapatan purata di UAE adalah RM21,000 sebulan. Di Dubai, ianya adalah lebih tinggi ada laporan mengatakan lebih RM45,000. Di bandingkan dengan Malaysia RM4,500.

Oleh kerana pendapatan yang tinggi ini, ia membuka peluang perniagaan untuk usahawan seperti saya oleh kerana disposable income di Dubai adalah tinggi. Memudahkan lagi keputusan membuat belian pada harga yang tinggi.

Ada juga yang kata, memang pendapatan di Dubai adalah tinggi oleh kerana kos hidup di Dubai juga mahal. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat, dan saya akan kelaskan selepas ini…

3. Dubai MAHAL? Tak semestinya…

Ramai yang fikirkan kos hidup di Dubai adalah tinggi. Ada benarnya, tetapi ini adalah jika anda melihat kos hidup yang mewah. Tentunya mahal. Pergi ke hotel atau pusat membeli belah 5 bintang memanglah mahal. Pergi beli belah di tempat-tempat pelancongan pastinya mahal. Pada mulanya, saya pun tak tahu. Tetapi, sekiranya kita tahu di mana perlu membeli barang, di mana perlu makan, dan amalkan gaya hidup bijak belanja, Dubai tidaklah mahal seperti mana yang kita fikirkan.

Sebagai contoh…

  • Minum teh dan roti canai di kedai mamak harga dalam lingkungan RM4.00
  • Makan nasi goreng cina di Chinese restaurant (3 pinggan) dalam RM20.00
  • Mc Donalds punya meal (burger + fries + air) dalam RM14.00

Ok… saya akui, mahal sedikit berbanding dengan Malaysia, tetapi mahal dalam 10-15% sahaja. Jangan lupa, bandingkan dengan pendapatan purata yang disebutkan sebelum ini yang 5-10 kali ganda dari Malaysia. Tapi tak lupa pula ada juga yang lebih murah di sini…

Maksud saya, tak perlu makan di tempat-tempat mahal. Banyak juga tempat yang murah jika kita tahu dan pandai cari.

Petrol adalah murah di Dubai (walaupun tak banyak stesen minyak)

Kereta Jaguar 2 pintu ini berharga RM250,000 di Dubai. Di Malaysia harganya adalah RM900,000. Hampir 4 kali ganda!

Kereta adalah murah di Dubai. Contoh, Jaguar F Type Coupe berharga RM250,000 di Dubai, tetapi di Malaysia RM900,000. Tak masuk akal juga harga kereta berbeza sebegini. Sebab itu di Dubai polis pun gunakan kereta mewah!

Juga di sini tiada GST. Jadi barangan tidak menjadi mahal 🙂

4. Komuniti orang luar (Expat)

Salah satu keputusan perniagaan yang membuatkan saya memilih Dubai sebagai pusat perniagaan saya adalah kerana komuniti expat di sini. Sebenarnya, di Dubai, hanya dalam lingkungan 15% sahaja orang Arab. Jalan ke mana sahaja bukan mudah melihat orang Arab (melainkan di tempat2 mewah!) lebih ramai orang dari negara lain yang mengambil keputusan tinggal di Dubai seperti mereka dari barat, Eropah, Asia, Russia dan lain-lain.

Malahan pelanggan consulting saya, bukan orang Arab pun. Kebanyakan mereka adalah orang Eropah. Dan apabila saya berjaya dapat meningkatkan jualan untuk perniagaan mereka dan mereka berpuas hati dengan hasil kerja consulting yang saya lakukan, maka, mereka akan recommend saya kepada kenalan mereka di Eropah dan serata dunia lain. Secara instant, perniagaan saya mencapai tahap global dengan lebih pantas!

5. Dubai di tengah-tengah dunia

Tak kira di mana pun kita berada pastinya kita di tengah dunia! 😉 Tetapi sekiranya kita melihat peta dunia, sememangnya Dubai merupakan lokasi yang sangat strategik dari segi logistik untuk ke mana sahaja serata dunia. Tidak kira untuk menjalankan perniagaan global, ataupun bagi yang berminat untuk melancong, Dubai adalah lokasi yang sangat strategik.

Pertama kali melihat peta ini di dalam majalah kapal terbang Emirates membuka mata dan minda saya kepada peluang perniagaan global di Dubai

Infrastruktur pengangkutan udara di Dubai juga adalah antara yang paling canggih di Dunia membuatkan travelling ke serata dunia lebih mudah dan pantas seperti mana diperlukan untuk perniagaan saya.

6. Undang-undang yang ketat!

Bagi mereka yang suka melanggar undang-undang, harapnya bukan anda yang sedang membaca ini! Dubai BUKANLAH tempat untuk mereka.

Di UAE, undang-undang adalah sangat ketat. Sebagai contoh, bawa kereta melebihi speed limit akan kena saman RM1,000+ dan tak boleh lagi di kurangkan. Perniagaan yang memberi “cek tendang” akan dipenjarakan. 3 kali di penjara, akan di buang negara. Penjenayah pastinya akan dikenakan hukuman yang sangat berat (sedangkan beri cek tendang pun akan dipenjarakan, apatah lagi mencuri dan menyamun).

Dan ini juga membawa saya ke point seterusnya…

7. Dubai adalah SELAMAT!

Laporan World Economic Forum 2017 baru-baru ini melaporkan UAE adalah negara ke-2 yang paling selamat di Dunia. Pertama adalah Finland. Malaysia di tangga ke berapa? Saya pun tak tahu kerana WEF hanya menyenaraikan top 20 sahaja dan Malaysia tiada dalam senarai 🙁

Rumah di sini tidak perlu memasang gril oleh kerana tiada kes kecurian berlaku. Ada juga mereka yang tidak mengunci pun pintu rumah. Pernah beberapa kali saya tertinggal barang di dalam teksi, di pusat membeli belah, dan di kawasan awam. Setiap kali, barangan tersebut dapat kembali!

Pernah saya membeli jam tangan untuk isteri dan tertinggal di dalam Tram (macam LRT). Tak sampai 1 jam kemudian, pihak pengangkutan itu menelefon saya mengatakan saya tertinggal jam tangan dan mereka akan pegang sehingga saya ambil semula! Pernah tertinggal kamera di dalam teksi juga dan ia telah dilembalikan. Oh satu lagi… di Dubai, boleh tinggalkan laptop dalam kereta. Kalau di Malaysia saya tak berani 😉

Kes gangster, pukul, samun, pembunuhan, rompakan sangat-sangat kurang kita dengar di Dubai. Wanita boleh berjalan seorang diri di waktu malam tanpa rasa takut.

8. Banyak tarikan hiburan… dan ilmu!

Bagi mereka yang minat dengan hiburan, Dubai juga merupakan pusat hiburan. Bagi saya, yang minat dengan menonton movies, Dubai sering mendapat lawatan dari artis-artis antarabangsa. Baru-baru ini, Will Smith melawat Dubai untuk mempromosikan movienya. Boleh dikatakan setiap miggu ada sahaja aktiviti hiburan antarabangsa. Tak silap saya beberapa hari lagi Justin Beiber pula menjalankan concertnya di sini.

Juga sering diadakan pesta-pesta yang pelbagai untuk mereka yang ingin berhibur. Bukan lah saya, tetapi bagi orang lain.

Saya lebih berminat oleh kerana bukan sahaja hiburan, tetapi acara-acara dunia yang berkaitan dengan perniagaan juga sering di bawa ke Dubai seperti Global Islamic Economic Summit saya tak lepas 2 tahun berturut-turut. Tahun ini akan diadakan pada hujung tahun. Sekiranya anda usahawan dan ingin membawa perniagaan anda ke peringkat global, acara ini anda mesti hadir! InshaAllah boleh jumpa saya nanti 😉

9. Tiada cukai. Tax free. Free zone!

Dan cakap mengenai perniagaan, inilah antara punca utama saya memulakan perniagaan di Dubai. Tiada cukai perniagaan!

Dubai membuka kawasan-kawasan yang dikenali sebagai “Free Zone” di mana untuk mengalakkan usahawan-usahawan global menjalankan perniagaan. Termasuklah saya! Sebagai perniagaan, sememangnya merupakan satu kelebihan dan kemudahan sekiranya tidak membayar cukai. Maklumah, kos perniagaan pun dah tinggi, apa lagi sekiranya dikenakan 25% cukai perniagaan bukan?

Apabila menjalankan perniagaan saya di sini, IK Institute of Business dan juga perniagaan consulting dan syarikat software saya, saya mendapat pelepasan cukai. Tidak dinafikan, apabila tidak perlu membayar cukai, maka untung adalah lebih lagi. Dan bila untung lebih, lebih banyaklah dapat kita menyimpan dan memberi kepada keluarga dan gaya hidup.

Perniagaan mana suka membayar cukai bukan? 😉

Jadi,  inilah antara 9 sebab mengapa saya suka kan Dubai dan memilih untuk menjalankan perniagaan dan berpindah ke sini…

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, InshaAllah masih akan berulang-alik ke Malaysia untuk menjalankan program perniagaan Internet saya di sana.

Tidak kira di mana sahaja kita berada di dunia, kini, dunia umpama semakin kecil. Perniagaan boleh dijalankan di mana-mana sahaja. Mudahan dari perkongsian saya kali ini, dapat membuka minda anda bukan sahaja mengenai Dubai, tetapi minda dari segi betapa luasnya rezeki Allah swt di mana sesiapa sahaja boleh mendapatkannya sekiranya mereka mahu dan berusaha.

Apa yang penting, ianya bermula dari minda. Sekiranya minda mengatakan anda boleh, maka saya pasti anda juga boleh mencapai apa sahaja yang anda impikan!

Sekiranya anda ingin bawa perniagaan anda ke peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi ke Dubai, pada bulan November ini, saya akan kendalikan satu lawatan Packaged Tour di Dubai yang dinamakan “Destinasi Dubai”. Pakej percutian ini, untuk individu atau keluarga bukan sahaja akan membawa anda ke tempat-tempat menarik di Dubai, tetapi juga akan diadakan sesi khas bersama saya kongsikan strategi cara bagaimana anda juga boleh membawa perniagaan anda ke Dubai!

Sekiranya anda berminat untuk mengembangkan sayap perniagaan anda ke peringkat antarabangsa, apa kata jadikan Dubai sebagai DESTINASI.

Klik di sini untuk pakej percutian khas DestinasiDubai.com dan jumpa anda di Dubai!