All posts by Irfan Khairi

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

3 nasihat kepada usahawan dalam keadaan ekonomi kini…

Sejak pertengahan tahun ini, sering saya lihat peniaga-peniaga terpaksa tutup kedai. Bukan sahaja perniagaan kecil-kecilan, tetapi juga perniagaan yang telah bertapak beberapa tahun juga mendapai sukarnya dunia perniagaan kini. Apabila bertanya, ramai pemilik kedai berkeluh tentang keadaan ekonomi dan juga GST yang dikenakan telah menyukarkan perniagaan.

Dalam keadaan ekonomi kini, pengguna pula semakin berjaga-jaga dengan perbelanjaan. Kuasa pembeli semakin kurang oleh kerana barangan semakin mahal. Tidak kira peniaga atau pengguna, kedua-duanya akan terasa kesan ekonomi kini.
3 pesanan kepada peniaga dan usahawan kini…

3-nasihat-usahawan-kini

1. Work hard and fast
Dalam keadaan ekonomi kini, tidak mampu lagi untuk bergerak perlahan. Perlu bergerak pantas. Tiada lagi istilah “Work smart not hard” oleh kerana dalam kejayaan, pastinya usaha yang keras diperlukan.

Saya yakin ramai yang berusaha keras untuk perniagaan untuk mendapatkan prospek, dan cuba mengubahkan prospek menjadi pembeli. Tetapi, adakah berusaha dengan pantas? Ertinya, kalau dulu mungkin mencari 3-4 prospek sehari. Tetapi kini tidak lagi, perlu lebih pantas mencari 6-7 prospek sehari.

Pantas juga pada mempelajari ilmu-ilmu baru. Ilmu yang sedia ada tidak mencukupi. Ilmu yang diamalkan selama ini, akan membawa kita ke tahap ini sahaja. Tetapi ilmu dan strategi perniagaan baru yang diamalkan dengan pantas pastinya akan membawa perniagaan kita ke hadapan lagi.

Miliki ilmu sahaja tidak berguna sekiranya tidak mengamalkan ilmu tersebut. Fikirkan ilmu-ilmu perniagaan yang telah kita pelajari. Adakah kita mengamalkannya? Ataupun memberi alasan “sibuk” dan “tidak cukup masa?”

2. Engage with your customers
Kini, dengan pilihan yang pelbagai, usahawan perlu lebih berinteraksi dan engage bersama prospek dan pelanggan. Dulu-dulu, iklan sehala seperti di TV, radio, akhbar, brochure sudah memadai untuk mendapatkan pelanggan. Namun kini tidak lagi.

Di zaman teknologi dan informasi kini, usahawan perlu lebih berinteraksi dengan pelanggan dan bina hubungan bersama pelanggan. Membina jenama kini adalah dengan menzahirkan hubungan antara perniagaan dan pelanggan.

Tidak kira berapa ramai followers di Facebook atau Instagram anda miliki, sekiranya tiada engagement atau interaksi, maka tidak berguna juga. Kini, anda perlu lebih banyak memberi sebelum anda menerima. Beri bantuan, beri content, beri maklumat sebelum anda terima wang dari pelanggan.

Tanya pada diri sendiri, adakah anda membantu prospek anda SEBELUM anda menjual produk dan perkhidmatan anda? Sekiranya anda hanya cuba menjual tanpa membantu, disitulah silapnya. Kini, teknik hard selling sudah tidak menjadi. Fikirkan soft selling.

3. Never give up!
Dalam keadaan kesukaran perniagaan, pastinya terdetik untuk putus asa. Sekiranya putus asa, maka sama sahaja senasib perniagaan kita dan perniagaan lain yang terpaksa tutup dan gulung tikar.

Putus asa dibolehkan sekiranya benar-benar tiada jalan lain dan anda sudah berusaha sedaya upaya. Yang sedihnya, apabila mendapat keluhan usahawan mereka ingin putus asa, saya lihat terlalu banyak lagi perkara yang mereka tidak lakukan dalam perniagaan.

Tidak berusaha sepenuhnya dan memberi pelbagai alasan seperti tidak cukup masa, tidak tahu cara, sibuk dengan perkara lain, tiada modal, pesaing cuba jatuhkan dan seribu satu lagi alasan. Zaman ekonomi yang menganggu keusahawanan kini, alasan sudah tidak boleh lagi diberi kerana alasan akan membawa kemusnahan. Tidak kira apa pun alasan, cari penyelesaiannya dan lakukan dengan bersungguh dan pantas.

Dalam perniagaan saya juga sejak GST, sememangnya jatuh jualan sebanyak 10-20%. Tetapi bagaimana caranya untuk tingkatkan semula?

Jawapannya adalah saya perlu lebih berusaha dan produktiviti syarikat perlu meningkat 20% lagi untuk tingkatkan jualan semula! Tiada alasan oleh kerana tanggungjawab kita sebagai usahawan adalah untuk mencari penyelesaian…

keunikan

Cara menjual barangan yang sama dengan pesaing di Internet

Bina jenama diri menggunakan Facebook

Langkah pertama apabila menjual sesuatu produk yang sama sahaja dikalangan pesaing-pesaing yang lain adalah dengan membina jenama diri kita sendiri.

Apabila produk sama, jenama diri kita sebagai usahawan atau penjual dapat membezakan kita dikalangan pesaing. Manusia sedia ada dengan personaliti, gaya dan cara yang berbeza.

Gunakan platform media sosial seperti Facebook untuk membantu sasaran pasaran kita dengan berkongsikan maklumat melalui teks, imej, video dan juga link yang berkaitan dengan industri yang dijalankan dan ini akan dapat membantu dalam membina jenama diri kita sendiri.

keunikan

Beri nilai tambahan seperti ebook

Beri nilai tambahan yang pesaing tidak berikan. Mungkin perkhidmatan tambahan atau produk tambahan. Sebaiknya sesuatu yang tidak menggunakan kos pada pihak kita.

Contoh terbaik adalah dengan memberi ebook percuma yang berkaitan dengan produk yang dijual. Sebagai contoh, sekiranya produk yang dijual adalan produk kesihatan, maka, kita boleh menghasilkan ebook ringkas percuma bertajuk “15 Kaedah Menurunkan Berat Badan” untuk pelanggan kita.

Apabila memberi nilai tambah seperti ebook percuma, pelanggan akan lebih berminat dan memudahkan keputusan membeli dari kita dan bukan dari pesaing.

Gunakan teknik yang berbeza seperti video marketing

Sekiranya ramai pesaing menjual produk yang sama, buka mata pada ruang dan peluang di mana pesaing kurang menggunakan sesuatu platform pemasaran.

Sebagai contoh, sekiranya terlalu ramai pesaing menggunakan media seperti Facebook atau Instagram dalam promosi, apa kata kita berubah kepada penggunaan pemasaran video di YouTube atau menulis di blog untuk membezakan diri kita dan pesaing.

Mungkin ramai masih belum menggunakan pemasaran video atau blog dalam industri kita, oleh itu, menjadikan platform yang lain daripada kebiasaan akan memberi kelebihan kepada kita.

Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah membantu ramai usahawan Internet mencapai kejayaan perniagaan online. Bermula dengan tiada idea perniagaan, sehingga memulakan perniagaan dan menjana pendapatan di Internet.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan Internet anda sendiri, sertai saya selama 6+ bulan secara part-time di Open Education Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. Pengambilan terbaru bermula tidak lama sahaja lagi!

*Program ini boleh diikuti secara bersemuka di kelas (Mutiara Damansara) atau secara 100% atas talian sekiranya anda berada jauh dari Kuala Lumpur.

 

tukang cuci

Coretan di Dubai…

Setiba Dubai jam 430 pagi tadi selepas 7 jam dalam penerbangan, dari lapangan terbang antarabangsa Dubai, terus pemandu limo menghantar saya ke apartment yang terletak berhampiran dengan Irfan Khairi Institute of Business Dubai. Sememangnya saya suka mengambil flight malam, kerana apabila tiba di Dubai pagi, boleh lah saya terus ke meeting dan appointment selepas refresh sebentar di apartment.

Di sini, saya tinggal di service suite apartment, di mana perkhidmatannya adalah seperti hotel. Setibanya di lobby apartment tersebut dalam jam 5.30 pagi, mata saya tertumpu pada seorang pekerja pencuci di lobby tersebut. Pekerja tersebut, datang dari Filipina sedang ‘buffer’ lantai untuk mengilatkannya dengan mesin buffer lantai. Cukup dengan pakaian seragam syarikat pencuci serta alat-alat cucian yang lain ditepinya.

Fikiran saya terbawa saya ke 18 tahun yang lalu…

18 tahun lalu, begitulah keadaan saya. Ketika saya belajar di UK, saya tidak mempunyai duit yang cukup untuk mendalami dua ilmu yang cukup saya minat- iaitu ilmu motivasi dan ilmu perniagaan. Walaupun ditaja kerajaan, tajaan tersebut Alhamdulillah hanya cukup untuk yuran universiti, tempat tinggal dan makan minum.

Untuk mendalami ilmu motivasi dan perniagaan, sememangnya diluar skop pembelajaran universiti. Oleh itu, saya perlu mencari wang lebih untuk mencari ilmu tambahan ini. Apakah caranya? Ya, saya bekerja sebagai seorang tukang cuci atau ‘cleaner’ selama 2 tahun sambil belajar.

cuci

Pada masa itu, setiap hari selepas solat subuh, saya akan berjalan lebih kurang 3km ke supermarket di mana saya bekerja sebagai cleaner setiap hari sebelum kuliah universiti bermula jam 10 pagi. Saya masih ingat, pada tahun pertama tidak dibenarkan cuti sehari pun.

Bekerja sebagai cleaner selama dua tahun, mengajar saya pelbagai perkara. Maklumlah, kita sebagai tukang cuci akan dipandang sebagai tukang cuci sahaja- pendatang luar pula tu. Kena marah dan tengking oleh supervisor adalah perkara biasa. Tetapi, terpaksa tahan juga oleh kerana ingin mencari wang untuk menambahkan ilmu.

Dua tahun saya bekerja sebagai cleaner tetapi itulah dua tahun yang paling banyak mengajar saya tentang erti kesabaran dengan karenah orang, sabar dalam mencari ilmu, sabar dalam berusaha. Untuk berjaya, kita akan bertemu pelbagai karenah manusia. Untuk berjaya, kita perlu mencari ilmu. Dan untuk berjaya juga, pastinya ilmu sahaja tidak cukup sekiranya tidak berusaha.

Pagi ini, melihat pencuci dari Filipina yang sedang mengilatkan lantai, teringat saya 18 tahun lalu, saya juga pernah dalam keadaan itu. Sebelum memasuki lif apartment, saya senyum dan menegurnya “Hi, how are you?”. Dan pencuci tersebut pun balas senyuman dan bertanya “Fine, have a good day sir!”. Pintu lif tertutup sambil dirinya terus memberi senyuman lagi pada saya.

Dalam hidup, kita tidak tahu di mana kita akan berada setahun akan datang, 5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang atau 15 tahun akan datang. 5 tahun selepas saya menjadi tukang cuci, Alhamdulillah saya berjaya mencapai pendapatan RM1,000,000 dari perniagaan Internet. 10 tahun selepas menjadi seorang tukang cuci, Alhamdulillah dapat mendidik dan juga memberi inspirasi kepada orang ramai di Malaysia dan melahirkan paling ramai usahawan-usahwan Internet berjaya di Malaysia. Hari ini, 18 tahun selepas menjadi seorang pencuci, Alhamdulillah tertubuhnya Irfan Khairi Institute of Business Dubai yang kini on track, untuk menjadi business school Internet #1 di Asia dan Dunia.

Jika ditanya pada saya, apakah rahsia kejayaan? Jawapannya ada dalam pengalaman yang saya kongsikan hari ni. Kejayaan perlu mempunyai kesabaran. Kejayaan perlu mempunyai ilmu. Kejayaan juga perlu diusahakan. There is no short cut. Tak kira di mana diri kita berada satu masa dulu, masa depan kita adalah di tangan diri kita sendiri. Bukan orang lain.

Sentiasa rendah diri, tetapi jangan pandang rendah pada diri sendiri. Potensi diri sendiri kita sendiri tidak tahu sekiranya kita tidak terus berusaha mengejar matlamat. Bagaimana hendak mencungkil potensi diri? Mulakan dengan matlamat dan berusaha mencapainya dengan ilmu. Anda akan lebih mengenali potensi sebenar dalam perjalanan tersebut. Ianya bukanlah satu sasaran, tetapi satu perjalanan yang akan membentuk dan memperbaiki diri sendiri.

Hargai segala pengalaman yang kita miliki, tidak kira susah atau senang. Buangkan perasaan ego dan hormati semua insan. Sentiasa berdoa kepada yang Esa supaya apa yang kita usahakan diperkenankan dan bersyukur selalu kerana bersyukur itu akan membuka pelbagai pintu rezeki yang kita tidak sangka-sangkakan. InshaAllah.

Moga perkongsian saya yang agak panjang kali ini memberi manfaat kepada anda, dan saya doakan anda juga akan mencapai apa sahaja matlamat anda satu hari nanti!

Irfan Khairi
Palm Jumeirah
Dubai, UAE

PS: Sekiranya anda ingin sertai program saya, tak perlu datang sampai ke Dubai 😉 kerana yang di Dubai adalah untuk peserta antarabangsa sahaja. Jika di Malaysia, dapatkan maklumat lajut di www.OpenEducation.com.myuntuk program 6 bulan bersama saya membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi. Boleh juga hubungi 03-77292277.

 

dubai talk irfan khairi

Popularkan perniagaan menggunakan iklan yang lebih efektif dan PERCUMA!

Beberapa hari lepas saya baru pulang dari Dubai atas jemputan memberi talk di sana mengenai perniagaan Internet. Alhamdulillah, ianya mendapat sambutan yang hebat dengan peserta-peserta dari serata dunia.

Suka saya ambil peluang ini untuk kongsikan kepada anda antara 3 tip perniagaan yang saya sampaikan melalui talk saya tersebut. Zaman kini berubah, kaedah pemasaran perniagaan juga perlu berubah tidak lagi seperti 5-10 tahun yang lalu…

dubaitalk montage

1. Popularkan perniagaan anda

Sikap manusia suka pada sesuatu yang popular. Dalam pemasaran ianya dikenali sebagai ‘Social Proof’, di mana, apa yang popular dan menjadi pilihan ramai akan lebih mudah terjual.

Perniagaan yang popular akan mudah diingati, menjadi pilihan pembeli serta meningkatkan kesetiaan pembeli.

Bukan sahaja selebriti dapat mempopularkan perniagaan mereka (tentunya lebih mudah bagi selebriti), tetapi, sebenarnya sesiapa sahaja dapat membina populariti perniagaan dengan menggunakan teknik dan strategi membina jenama.

2. Iklan kini kurang efektif

Zaman ini pengiklanan secara direct/langsung adalah kurang efektif. Ini kerana, terlalu banyak pengiklanan yang dilakukan oleh terlalu banyak perniagaan.

Orang ramai semakin lali (imune) dengan pengiklanan sebegini. Seperti kita juga, akan sering skip dan tidak endahkan iklan-iklan.

Kini, cara yang lebih efektif adalah pengiklanan yang tidak langsung melalui mesej-mesej disebalik maklumat dan informasi yang disampaikan.

3. Promosi percuma adalah lebih efektif

Kini, kos pengiklanan adalah semakin mahal. Tambahan pengiklanan secara langsung adalah kurang efektif pula.

Bak kata “The best things are free” juga boleh diaplikasikan dalam perniagaan di mana promosi percuma seperti ‘content marketing’ adalah berjangka panjang dan percuma untuk dilakukan.

Zaman berubah. Kaedah pemasaran juga perlu berubah. Terutamanya perniagaan yang kurang mempunyai modal dalam promosi, perlu pelajari cara dan kaedah pemasaran yang percuma, tetapi amat berkesan!

*Ketiga-tiga tip ini juga dibincangkan dan disampaikan dengan lebih mendalam di program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

[PENGUMUMAN] Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan bermula tidak lama sahaja lagi! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk berbincang.

Program ini juga boleh diikuti 100% secara online sekiranya anda jauh dari Kuala Lumpur. Klik di sini.

 

Apa usahawan baru TIDAK LAKUKAN

Memulakan perniagaan tentunya sesuatu yang agak teruja. Lebih-lebih lagi bagi usahawan yang baru. Namun, usahawan baru mungkin kurangnya pengalaman dalam perniagaan dan terlepas pandang beberapa perkara penting sebelum memulakan perniagaan.

tak laku

Berikut adalah 3 perkara yang sering ditinggalkan oleh usahawan baru, tetapi amat-amat penting bagi usahawan yang berpengalaman!

1. Apabila merancang, ramalkan keuntungan yang kurang dan perbelanjaan yang lebih

Sering kali apabila memulakan perniagaan kita akan melakukan ramalan perbelanjaan dan keuntungan. Selalunya ramalan perbelanjaan yang dilakukan adalah rendah manakala ramalan keuntungan pula adalah tinggi.

Bagi mereka yang berpengalaman dalam perniagaan tentunya tahu pelbagai masalah yang tidak diduga akan muncul. Ramalan bukan sahaja perlu realistik, tetapi juga diberi ruang sekiranya ramalan tidak menjadi benar terutamanya tersasar.

CARA: Teruja dalam memulakan perniagaan sentiasa membuatkan kita fikir perbelanjaan adalah rendah dan untung adalah tinggi. Perlu berhati-hati terutamanya usahawan yang baru!

2. Sentiasa selidik dan analisa pasaran

Penyelidikan dan analisa pasaran adalah sesuatu yang agak membosankan. Mana taknya, iabukan lah aktiviti yang dapat lihat dek mata menjana keuntungan. Tidak seperti pemasaran atau berjumpa dengan pelanggan.

Namun, penyelidikan dan analisa pasaran adalah amat penting khususnya untuk perniagaan baru. Lihat sahaja perniagaan besar-besaran yang sanggup melaburkan jumlah wang yang besar untuk melakukan pelbagai penyelidikan dan analisa.

CARA: Perniagaan kecil-kecilan, walaupun tidak perlu melaburkan wang yang besar, namun sekurang-kurangnya perlu melaburkan masa dalam penyelidikan dan analisa supaya dapat mengenal pasti sasaran pasaran dan perbaiki sebarang kelemahan perniagaan.

3. Tambahkan ilmu akan menambahkan pendapatan

Terlalu ramai usahawan baru hanya terus terjun dalam bidang perniagaan tanpa ilmu perniagaan. Akhirnya, mengeluh mengatakan sukar untuk mendapat pelanggan, sukar untuk bersaing, sukar mendapat keuntungan tinggi dan seribu satu lagi alasan termasuk keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan.

Cara untuk berjaya dalam perniagaan adalah dengan menambahkan ilmu perniagaan. Lihat sahaja perniagaan yang hebat atau pesaing anda yang hebat. Mengapakah perniagaan mereka terus berkembang maju walaupun melalui cabaran yang sama?

CARA: Jawapannya adalah mereka mempunyai ilmu perniagaan yang lebih. Jangan hanya terjun dalam bidang perniagaan tanpa ilmu, cari ilmu terlebih dahulu untuk menambahkan pendapatan perniagaan.

Tidak lama lagi akan bermula pengambilan terbaru bersama saya Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program 6 bulan+ separuh masa yang akan memabantu anda dari A hingga Z perniagaan Internet.

Tempat adalah eksklusif dan terhad, sekiranya anda berminat, klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran atau hubungi 03-77292277 bercakap dengan Cik Jay.

Program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia!

ontable

 

Risiko perniagaan Internet?

Semua perniagaan mempunyai risiko. Sekurang-kurangnya kalau bukan risiko dari segi kewangan, risiko dari segi masa yang diluangkan juga sekiranya perniagaan tidak menjadi.

Usahawan perlu berani menghadapi risiko, namun, bukan menghadapi risiko membuta, tetapi juga perlu mempertimbangkan berbagai-bagai perkara sebelum mengambil risiko (calculated risk).

Perniagaan Internet juga tidak lari daripada menghadapi risiko. Namun, oleh kerana kos untuk memulakan perniagaan Internet adalah jauh lebih rendah daripada perniagaan yang memerlukan premis, risiko dapat dikurangkan terutamanya dari segi kos premis, sewa, renovation, overhead kedai dan lain-lain.

3 risiko

Antara risiko perniagaan Internet adalah…

1. Pesaingan yang tinggi

Oleh kerana kos memulakan perniagaan Internet adalah rendah (lower barrier to entry), pesaing juga akan mudah memulakan perniagaan yang sama. Kini, dengan hanya mempunyai Facebook sahaja, sesiapa sahaja boleh memulakan pernaagaan di Internet.

Peniaga Internet perlu tahu teknik dan strategi cara menangani pesaing di Internet terutamanya dalam keadaan pesaing akan tumbuh bak cendawan selepas hujan.

2. Teknologi Internet silih berganti

Teknologi Internet berkembang dengan pantas. Sebagai contoh, satu tahun yang lepas iklan tidak boleh diletakkan di Instagram. Kini, usahawan boleh meletakkan iklan di Instagram. Satu tahun yang lepas, live broadcasting belum lagi wujud di Facebook. Kini, setiap minggu saya menggunakan Facebook Live broadcasting untuk #TanyaIKLive.

Oleh kerana teknologi Internet silih berganti, ia juga merupakan risiko terutamanya untuk usahawan Internet yang tidak terkini dan up to date.

3. Risiko tidak mendapat sebarang pendapatan

Tentunya kegagalan perniagaan adalah risiko tersendri. Tidak semua perniagaan Internet akan terus berjaya. Juga terdapat pelbagai sebab kegagalan perniagaan, dan yang paling penting adalah ilmu dalam strategi perniagaan dan pemasaran media sosial di Internet.

Untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan Internet, usahawan perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kaedah pemasaran perniagaan Internet seperti pemasaran Facebook, SEO, pemasaran email, laman web, blog dan lain-lain.

Dengan mengetahui lebih banyak kaedah, maka, lebih banyak cara boleh digunakan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet di samping mengelakkan sebarang risiko perniagaan online!

Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah membantu ramai usahawan Internet mencapai kejayaan perniagaan online. Bermula dengan tiada idea perniagaan, sehingga memulakan perniagaan dan menjana pendapatan di Internet.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan Internet anda sendiri, sertai saya selama 6+ bulan secara part-time di Open Education Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. Pengambilan terbaru bermula tidak lama sahaja lagi!

*Program ini boleh diikuti secara bersemuka di kelas (Mutiara Damansara) atau secara 100% atas talian sekiranya anda berada jauh dari Kuala Lumpur.

girls

 

Mini Preview – Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial

 

 

Bagi anda yang tidak dapat menyertai sesi Mini preview Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial malam tadi bertempat di Pusat Latihan saya @ruang di Mutiara Damansara, pada malam tadi, saya melakukan LIVE broadcasting kepada lebih 7,300 penonton dari rumah. Sesi secara langsung tersebut telah saya rakamkan untuk tatapan anda di bawah. Berikut saya kongsikan tentang program ini yang telah melahirkan ramai usahawan Internet berjaya di Malaysia!

Sekiranya anda ingin menyertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial yang akan bermula pada 23 April ini, dapatkan maklumat lanjut dan lakukan pendaftaran di sini. Hanya beberapa tempat kosong sahaja tinggal!

“Tunggu dan lihat” dalam perniagaan hanya merugikan…

Rata-rata ramai yang ingin memulakan perniagaan di Internet untuk menjana pendapatan tambahan. Mana taknya, dengan kos hidup yang semakin meningkat, pendapatan tambahan pastinya dapat membantu diri dan keluarga.

Namun, kejayaan tidak akan jatuh ke riba tanpa usaha. Usaha pula perlu dengan teknik dan cara yang betul untuk mendapat pulangan.

tunggu lihat

Sikap tunggu dan lihat

Masih ramai yang tidak menggunakan pemasaran email, masih ramai tidak menggunakan pemasaran YouTube, masih ramai tidak menggunakan pemasaran di blog… dan banyak lagi

Apa yang ramai gunakan adalah Facebook dan Instagram. Bila ramai yang gunakan, maka, makin bertambah-tambah ramai lagi yang akan mempromosikan perniagaan mereka di Facebook dan Instagram. Hanya kerana melihat ramai usahawan dan pesaing menggunakan Facebook dan Instagram.

Disini akan timbul masalah “tunggu dan lihat” iaitu sekiranya melihat pesaing atau usahawan lain tidak lakukannya, maka, kita pun tidak melakukannya. Nanti apabila pesaing lakukan, baru kita akan terkejar-kejar ingin lakukan yang sama.

Mengikut-ikut perniagaan lain

Sikap mengikut-ikut perniagaan yang lain sudah biasa kita lihat. Contoh, apabila ramai melakukan perniagaan X, makin ramai akan mulakan perniagaan X (gantikan X dengan apa sahaja jenis perniagaan).

Apa yang terjadi adalah, makin ramai yang akan bersaing dalam industri yang sama. Maka makin sukar untuk mendapat keuntungan.

Lakukan sesuatu yang pesaing kurang lakukan!

Begitu juga dalam pemasaran. Makin ramai menggunakan sesuatu kaedah promosi, maka makin ramai yang akan turut sama menggunakan kaedah yang sama mengakibatkan makin sukar mendapat jualan oleh kerana pesaingan menggunakan kaedah tersebut terlalu ramai.

Untuk berjaya dalam perniagaan Internet, jangan hanya tunggu dan lihat. Tetapi lakukan kaedah-kaedah promosi baru yang mungkin pesaing belum lakukan. Sekiranya anda lakukan ini, maka, pasaran anda semakin luas di kala pesaingan pula semakin rendah.

Bukankah itu yang kita mahu dalam perniagaan kita?

*Sekiranya anda ingin pelajari dan aplikasi lebih banyak kaedah pemasaran Internet yang efektif dan berkos rendah untuk memulakan perniagaan  anda, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program 6+ bulan bersama saya ini akan memberi anda daya saingan yang hebat dalam perniagaan untuk bersaing dikalangan pesaing-pesaing sedia ada kini yang ramai.

Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. Pengambilan akan bermula tidak lama sahaja lagi! Cepat sebelum pesaing anda mendapat pasaran yang lebih besar lagi. Jangan hanya tunggu dan lihat!

girls

 

tambah pendapatan

Langkah 3P untuk pendapatan tambahan online

Saya dijemput ke Wanita Hari Ini, TV3 untuk berkongsikan mengenai menjana pendapatan tambahan, satu usaha yang di cadangkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dalam menggalakkan pendapatan tambahan.

3p
Sekiranya anda terlepas, konsep 3P (Produk, Platform dan Promosi) yang saya kongsikan, berikut adalah ringkasannya.
 

P – Produk

Dalam memulakan perniagaan Intternet, pastinya memerlukan produk atau perkhidmatan untuk dijual. Terutamanya sekiranya perniagaan yang ingin dimulakan adalah perniagaan sambilan, terbaik memulakan perniagaan yang berdasarkan minat atau hobi.
Apa taknya, dah balik pejabat mungkin penat-penat, tiba masanya untuk melakukan sesuatu yang boleh memberi kepuasan kepada diri sendiri, bukan sahaja pada wang. Jadi, P yang pertama adalah dapatkan produk dan perkhidmatan mengikut minat (atau hobi).
 

P – Platform

Untuk memulakan perniagaan sambilan cara mudah adalah, gunakan platform yang anda sedia ketahui.
Contoh, mungkin anda biasa menggunakan Facebook, dan juga membaca blog (seperti blog ini). Dua contoh itu sahaja dapat memberi gambaran bahawa ilmu menggunakan perisian ini, anda sudah ada. Cuma, bagaimana hendak menjadikan kedua perisian yang kita biasa gunakan ini untuk berniaga…

P – Promosi

Pelajari strategi dan teknik promosi platform yang anda pilih. Tanpa teknik dan strategi yang betul, pastinya sukar mendapat pelanggan.
Ramai yang bertanyakan saya, bahawa mereka telah menggunakan facebook, instagram dan lain-lain tetapi masih sukar mendapat pelanggan.
Jawapannya adalah mudah. Teknik dan strategi promosi yang digunakan adalah tidak efektif. Malah ada yang hanya menjatuhkan kredibiliti perniagaan sendiri oleh kerana melakukan teknik yang tidak beretika (tanpa disedari)
Itulah formula 3P yang saya kongsikan semalam di Wanita Hari Ini, TV3.
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan sambilan di Internet, program Intensif dan Strategi Media Sosial akan membantu anda dalam setiap langkah 3P di atas. Sekiranya anda ingin jadikan saya sebagai mentor perniagaan anda, pengambilan terbaru 2016 telah dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
ontable
Selain dari kelas bersemuka, program ini juga boleh diikuti secara 100% online sekiranya anda tinggal jauh dari Kuala Lumpur. Klik di sini.
tuamuda

Waktu terbaik memulakan perniagaan?

Bilakah waktu terbaik untuk memulakan perniagaan? Adakah terlewat oleh kerana umur kian meningkat dan rasa “sudah tua”. Ataupun terawal apabila masih lagi muda-mudi tanpa pengalaman dan ilmu?

tuamuda

ALASAN “DAH TUA…”

Tahukah anda Colenel Saunders, pengasas KFC hanya memulakan perniagaan KFC nya ketika berumur 62 tahun? Terlanjur sebut KFC, kalau Kita sebut McDonalds pula, pengasasnya memulakan pada umur 52 tahun. Adakah keadaan umur “tua” perlu menjadi alasan? Semestinya tidak.

Ini kerana, jadikan umur tersebut sebagai kekuatan dalam menjayakan perniagaan, seperti:

  • Umur yang mencecah 50-an atau 60-an pastinya berbagai pengalaman yang pernah dilalui dari dulu hingga kini dalam sesuatu bidang. Pengalaman ini boleh membantu dalam menjayakan perniagaan. Teknik dan strategi boleh dipelajari, tetapi pengalaman di dada adalah sesuatu yang sangat berharga!
  • Tidak kira umur 40 tahun, 50 tahun atau 60 tahun, pastinya kita melalui hidup dan telah menjalinkan kenalan dengan lebih ramai orang. Mereka semua ini boleh menjadi network anda dalam membantu perniagaan anda. Pastinya networking adalah penting dalam perniagaan!
  • Bila kita sedar kita agak lewat memulakan perniagaan, secara automatik kita akan berasa untuk lebih berhati-hati. Keadaan ini adalah satu kekuatan untuk perniagaan oleh kerana setiap langkah yang diambil dalam memulakan dan menjalankan perniagaan akan diatur dengan lebih rapi! Tidak seperti darah muda yang mungkin akan lebih berani menghadapi risiko dan adakalanya memakan diri sendiri…

ALASAN “MASIH LAGI MUDA…”

Darah muda adakalanya boleh memakan diri sendiri apabila tidak berhati-hati. Tetapi, memulakan penriagaan di usia muda mempunyai banyak kelebihannya tersendiri!

Saya memulakan perniagaan ketika berumur 20 tahun. Pastinya melalui beberapa kegagalan. Hanya ketika 25 tahun berjaya mencapai kejayaan meraih RM1,000,000 keuntungan pertama dalam perniagaan Internet.

  • Memulakan perniagaan pada usia muda memberi kelebihan masa. Pastinya kita akan jumpa kegagalan, tetapi oleh kerana muda mudi mempunyai banyak masa untuk melalui kegagalan demi kegagalan, maka, lebih banyak masa untuk memeperbaiki diri sendiri bila berniaga.
  • Darah muda dan lebih berani menghadapi risiko mempunyai kekuatannya tersendiri. Di usia muda mungkin lebih kreatif dan inovatif dalam melakukan sesuatu yang lain daripada yang lain dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Satu tindakan yang boleh memberi pulangan pada perniagaan!
  • Di usia muda juga semangat pastinya lebih berkobar-kobar dalam ingin mencapai kejayaan. Gunakan semangat ini sebagai picu motivator diri sendiri untuk meneruskan momentum dalam mencapai impian!

WAKTU TERBAIK MEMULAKAN PERNIAGAAN?

Tidak kira waktu! Apa yang penting adalah anda mulakan perniagaan sekarang. Anda sendiri yang perlu menjadikan waktu ini waktu yang terbaik dalam memulakan perniagaan.

Sekiranya ingin memulakan perniagaan, jangan fikir negatif pada diri sendiri. Jika berfikir negatif, maka sampai bila pun kita tidak akan mengambil langkah pertama. Senarai diatas saya sediakan untuk anda lebih fokus kepada sebab-sebab yang positif mengapa anda patut memulakan perniagaan!

Teringat saya pada satu quote…

Adakalanya kita akan menyesal dengan apa yang kita telah lakukan. Tetapi, adakalanya juga kita akan menyesal dengan apa yang kita TIDAK LAKUKAN…

Jangan pula satu hari nanti, 2 tahun akan datang, 5 tahun akan datang atau 10 tahun akan datang, anda terfikir kembali. Kalau la aku mulakan perniagaan 10 tahun dulu, kan ke hidup aku dah berubah….

*Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya selama 6 bulan+. Alhamdulillah Program saya telah membantu melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia sejak 2005 lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

Pengambilan terbaru bermula tidak lama sahaja lagi.

girls