All posts by Irfan Khairi

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Hijrah saya ke Dubai untuk perniagaan

Pertama kali di hadapan Burj Khalifa Dubai 2014!

Esok, InshaAllah saya akan berangkat ke Dubai untuk entah kali yang ke berapa. Sejak tahun lepas lagi, setiap bulan akan ke sana mengendalikan 3 perniagaan saya di sana, iaitu IK Institute of Business, syarikat software saya FLOW dan juga perkhidmatan consulting untuk perniagaan-perniagaan antarabangsa.

Cuma kali ini, perasaannya lain sedikit…

Pertama kali saya menjejakkan kaki saya di Dubai adalah pada November 2014 atas jemputan mengendalikan talk di sana khusus untuk usahawan Muslim.

Memberi talk bersama rakan saya, Peter Gould di Dubai 2014

Sememangnya saya telah mengendalikan talk di London, LA, New York, Barcelona, Paris, Korea, Japan, India dan beberapa bandaraya/negara lagi, tetapi jemputan saya di Dubai mempunyai tarikannya tersendiri.

Berkemungkinan besar pada ketika itu, UAE adalah satu-satunya negara Islam yang menjemput saya kendalikan talk di luar Malaysia.

Kali pertama melihat bandaraya baru Dubai, tersangatlah canggih dengan banggunan tertinggi dunia, Burj Khalifa tersergam di situ. Di shopping center dan lapangan terbang pula berkumandang seruan azan setiap kali masuk waktu solat. Tidak seperti negara bukan Islam lain, makan minum di Dubai adalah sangat mudah (walaupun agak mahal!). Mungkin gabungan ini juga menjadi penarik untuk saya sering ingin memulakan sesuatu di Dubai.

Menaiki Metro Dubai

Teringat saya pada tahun 2014, ketika menaiki Metro Dubai (macam LRT/MRT), saya lalui bandar-bandar Dubai yang agak terancang. Di sana, terdapat Automobile City, Sports City, Media City, Academic City, Financial Center, Knowledge Village kesemuanya dirancang rapi pembangunan.

Ketika Metro tersebut melalui billboard besar “Dubai Internet City”, ketika itu terdetik di hati saya, bahawa satu hari nanti, saya perlu mempunyai perniagaan di Dubai!

Dubai Internet City. Pusat tertumpu Microsoft, IBM, Cisco, Facebook, Google dan lain2…

Mana taknya, Internet adalah hidup saya. Sejak memulakan perniagaan Internet, tahun 2000 hingga kini, ia telah menjadi gaya hidup saya. Bak kata, kalau terputus wi-fi, memang saya akan gelisah.

Bukan sebab tiada akses Facebook atau YouTube, tetapi lebih lagi kerana perniagaan saya bergantung 100% pada Internet sejak dulu lagi.

Melihat “Dubai Internet City” dari Metro Dubai, saya hanya mampu berangan ketika itu. Bermula dengan angan-angan itu, ia umpama telah menanam benih dalam diri saya sendiri untuk berusaha ke arah itu.

Sejak pertama kali melakukan talk di sana, saya mula mendapat lagi jemputan ke Dubai. Tetapi tidak sehingga setahun kemudian, saya mendapat jemputan oleh Al Jazeera, kali ini bukan di Dubai tetapi di Qatar. Sebuah nama yang tidak asing lagi dalam media antarabangsa membuatkan saya lebih yakin bahawa ilmu yang saya miliki dalam bidang perniagaan dan Internet mempunyai permintaan yang baik di Timur Tengah.

Terpilih antara 16 Media Catalyst serata dunia bersama rakan-rakan di Al Jazeera, Qatar

Tambahan, saya mula mendapat perhatian dan lebih ramai kenalan di sana, membuatkan saya mulakan langkah saya untuk membina sesuatu di Dubai. Dalam perniagaan, pastinya “networking” itu adalah sangat penting. Memulakan sesuatu di negara orang, pastinya memerlukan sokongan sebaik yang mungkin dari kenalan yang sudah sedia ada di sana.

Secara senyap, saya telah merancang langkah saya untuk memulakan sesuatu di Dubai ketika itu. Pada awal tahun 2016, ketika itu semakin serius saya mengambil keputusan untuk memulakan Irfan Khairi Institute of Business di Dubai.

Jun 2016, IK Institute of Business, Dubai dilancarkan.

Program Irfan Khairi Institute of Business, Dubai

Alhamdulillah, perniagaan saya dan jenama saya di Malaysia telah dikenali. Antara umur saya 30 tahun hingga 40 tahun, saya banyak berusaha melahirkan ramai usahawan di Malaysia. Kini, umur saya dah memasuki 4-series (bak kata orang, life begins at 40), matlamat saya adalah untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan di peringkat global pula.

Dan Dubai merupakan pusat, bukan sahaja dari segi lokasi geografi tetapi juga dari segi ekonomi dan infrastruktur yang dapat membantu saya mencapai matlamat ini pula InshaAllah.

Esok InshaAllah saya akan bertolak ke Dubai sekali lagi, mungkin untuk 10-12 hari kali ini.

Tetapi kali ini perasaannya lain sedikit oleh kerana telah pasang niat sekiranya ada rezeki, akan berpindah terus ke Dubai satu hari nanti…

InshaAllah akan ke Dubai esok!

Bukan akan meninggalkan Malaysia, tetapi sekiranya saya berpusat di sana, maka lebih mudah untuk kembangkan lagi perniagaan saya di sana pula, dan sebulan sekali akan pulang ke Malaysia untuk kendalikan program-program saya di sini masih.

InshaAllah, inilah hijrah saya seterusnya dalam bidang perniagaan. Mudahan dipermudahkan satu hari nanti!

Kejayaan perniagaan saya paling manis bukan pendapatan RM1,000,000

Kejayaan paling manis buat saya bukanlah ketika saya berjaya menjana pendapatan RM1,000,000 yang pertama…

Tetapi lebih 10 tahun kemudian apabila nama saya tertera di dalam buku teks murid-murid sekolah!

Buku teks Perniagaan Tingkatan 4 tahun ini!

Alhamdulillah, tahun ini adalah kali ketiga nama dan sedikit kisah saya tertera di dalam buku teks sekolah. Kali ini, untuk buku teks Perniagaan Tingkatan 4 pula.

Teringat saya kali pertama ketika kisah saya dikongsikan dalam buku teks murid Darjah 2 sekolah rendah sejak beberapa tahun lalu. Perasaan yang tidak dapat saya gambarkan semula dalam bentuk penulisan lebih-lebih lagi apabila anak-anak saya sendiri belajar mengenai saya di sekolah.

Cinta (kiri) ketika darjah dua dan Kasih (kanan) ketika darjah 5

Apabila saya tanya pada Ikhlas, anak saya yang ke-tiga, apa yang dia lakukan dalam kelas ketika cikgu mengajar mengenai saya di dalam buku teks, dengan nakalnya Ikhlas menjawab dia melukis misai pada gambar saya 🙂

Kali ke-dua kisah saya dikongsikan adalah untuk buku aktiviti Darjah 5 pula. Anak perempuan saya ke dua, Kasih pula berpeluang melakukan aktiviti kelas dengan ayahnya sebagai bahan aktiviti.

Sememangnya saya telah melalui pelbagai turun naik perniagaan sejak 17 tahun yang lalu dan pelbagai pengalaman manis yang dilalui. Namun, bagi saya, diberi peluang menjadi isi di dalam buku teks pelajar sekolah adalah kenangan yang paling manis sekali!

Sangat berat tanggungjawab yang dipikul apabila menjadi ikon perniagaan untuk murid-murid sejak di bangku sekolah lagi, namun InshaAllah tanggungjawab tersebut saya redhai dengan penuh kesyukuran.

Terima kasih kepada anda yang sentiasa memberi sokongan!

Mulakan perniagaan dengan cara menjual produk ORANG LAIN

Ramai yang hendak mulakan perniagaan, tetapi, sering kali dengan alasan tiada modal atau tiada produk sendiri.

Pada tahap permulaan, tidak perlu pun mempunyai modal yang besar atau perlu produk jenama sendiri. Melainkan anda seorang yang dikenali, mempunyai jenama, dan mempunyai modal yang besar, maka baru saya cadangkan anda memiliki produk sendiri.

Apa yang boleh dilakukan adalah, pilih bidang perniagaan yang ingin dijalankan, contoh bidang pemakanan, kemudian hubungi syarikat ‘Contract Manufacturing’ ataupun yang dikenali sebagai ‘OEM’ (Original Equipment Manufacturer) untuk menghasilkan produk pemakanan berjenamakan anda sendiri. Contoh syarikat OEM adalah seperti ini.

Tentunya memerlukan modal yang agak besar untuk menghasilkan produk sendiri, menyimpan stok, promosi dan lain lain.

Sebaiknya, sebelum memulakan perniagaan sebegini, iaitu menghasilkan produk berjenama sendiri (tentunya gah mempunyai produk jenama sendiri!), apa kata cuba, belajar dan cari pengalaman dulu dalam bidang perniagaan dengan menjual produk orang lain terlebih dahulu.

Mulakan dengan menjual produk orang lain dulu…

Bayangkan, sekiranya anda tidak boleh menjual 10 atau 100 unit produk orang lain, bagaimana anda hendak menjual 1000 atau lebih unit produk berjenamakan anda kelak?

Nasihat saya sama juga seperti sekiranya anda ingin memulakan apa sahaja perniagaan. Cari pengalaman terlebih dahulu dalam bidang perniagaan tersebut. Mungkin kerja makan gaji untuk beberapa bulan atau tahun untuk mencari pengalaman.

Diri saya sendiri, kerja makan gaji sebagai seorang konsultan di sebuah syarikat bernama NetMedia selama 2 tahun lebih untuk mencari pengalaman sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan Internet yang berkaitan. Tanpa pengalaman, pastinya jalan memulakan perniagaan adalah lebih sukar.

Berbalik kepada ingin memulakan perniagaan, apa kata pada tahap awal, cuba jual produk orang lain terlebih dahulu. Cari minat dan juga bidang anda, kemudian, jadi agent kepada perniagaan yang sedia ada.

BioGuard membuka peluang untuk agent

Sebagai contoh, sekiranya minat anda adalah dalam bidang bercucuk tanam, apa kata anda cuba menjadi agent kepada syarikat BioSense yang menghasilkan racun serangga organik yang berkualiti, BioGuard. BioSense juga telah mengeluarkan modal promosi dan penjenamaan, dengan cara ini anda telah jimat dari segi pemasaran.

Apa yang anda perlu lakukan adalah menjadi agent kepada syarikat mereka dan bina perniagaan anda sendiri dalam bidang penjagaan tanam-tanaman dan pertanian. Cara ini ianya lebih mudah untuk anda mendapat pendapatan sampingan dan mulai mengatur langkah untuk bergerak lebih jauh di dalam bidang perniagaan.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ajen Bioguard, sila ke www.pestvanish.com atau hubungi terus 06-6011607 atau 019-6222360 dan bercakap dengan Doktor Rokiah.

Workshop PERCUMA: Strategi Survival Perniagaan Ketika Ekonomi Down.

Salam semua!

Suka saya menjemput anda pada hari Rabu, bersamaan 29hb March ini, saya akan mengadakan sesi Workshop Percuma di pusat latihan saya di Mutiara Damansara bertajuk…

Strategi Survival Perniagaan Ketika Ekonomi Down!

Khusus kepada usahawan dan bakal usahawan terutamanya usahawan offline, saya akan kongsikan berdasarkan pengalaman perniagaan saya 17 tahun bagaimana hendak maintain dan tingkatkan lagi pelanggan dan perniagaan walaupun dalam keadaan ekonomi tenat.

Sepanjang pengalaman perniagaan saya sebagai seorang usahawan telah melalui 3 keadaan kegawatan ekonomi. Tambahan, ketika saya memulakan perniagaan juga ketika ekonomi down.

Terdapat 4 strategi yang saya lakukan yang Alhamdulillah bukan sahaja dapat maintain perniagaan saya selama 17 tahun, malah dapat kembangkan ke peringkat antarabangsa.

Strategi tersebut adalah “P4” yang akan menunjukkan…

  • Cara mendapatkan pelanggan pada kos yang jauh lebih rendah
  • Cara bersaing dengan pesaing lebih hebat ketika ekonomi down
  • Cara merancang ‘backup plan’ sekiranya apa yang dilakukan kini tidak menjadi
  • Cara memaksimakan sumber sedia ada dalam meningkatkan keuntungan

Sesi workshop ini adalah percuma sahaja dan tempat adalah terhad berdasarkan first come first serve basis sahaja. Jadi, anda perlu melakukan tempahan/booking tempat anda sekiranya anda ingin menyertai sesi workshop percuma ini.

Workshop:           Strategi Survival Perniagaan Ketika Ekonomi Down.
Waktu/Tarikh:    9.00 malam, Rabu 29hb March 2017
Penyampai:         Irfan Khairi
Lokasi:                   Ruang@IKSB, 16-1 Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 PJ

Workshop percuma ini adalah terbaik untuk anda yang…

  • Kini menjalankan perniagaan offline dan mendapati keadaan ekonomi memberi kesan kepada perniagaan anda
  • Sukar untuk mendapat pelanggan oleh kerana pelanggan semakin berhati-hati ketika keadaan ekonomi kini
  • Menjalankan perniagaan yang mempunyai pesaingan yang sengit
  • Bakal ingin memulakan perniagaan pada tahun ini.

Sekiranya anda ingin mengetahui Strategi 4P Survival Perniagaan Ketika Ekonomi Down dalam meningkatkan perniagaan anda ketika ekonomi down, minta untuk anda lakukan booking dengan cara menghantar email kepada    dengan tajuk email “Strategi Survival Perniagaan Ketika Ekonomi Down.” bersama nama anda, nombor HP anda dan jumlah peserta/tempat booking.

Kami akan menghantar confirmation email apabila tempat anda ditetapkan.

Jumpa anda di sana!

-Irfan Khairi
Kuala Lumpur

Saya pernah ditipu pekerja, business partner dan pelanggan!

Ragam manusia pelbagai. Tidak kira dalam hidup harian atau dalam bidang perniagaan. Dalam bidang perniagaan, saya sendiri tidak lari dari ditipu oleh pekerja dan rakan niaga. Tidak kira berapa tahun pengalaman kita dalam bidang perniagaan, sikap sebenar seseorang hanya Allah swt sahaja yang tahu.

Mungkin pada mulanya, semua kelihatan baik dan lancar. Tanpa kita ketahui, satu hari nanti kita akan terkena oleh mereka.

Ditipu rakan niaga…

Pernah juga saya ditipu rakan niaga, yang hanya mahukan wang pelaburan dari saya pada awal perniagaan, tetapi keuntungan perniagaan tidak dikongsikan. Atas dasar percaya kepada seorang kawan, tiada perjanjian hitam putih dilakukan.

Kes sebegini bukan jarang didengar, malah ramai yang telah melaluinya. Ada juga perniagaan yang jatuh bankrupt atas dasar percaya pada mulut rakan niaga.

Sememangnya silap saya yang masih mentah dalam perniagaan ketika itu oleh kerana ia mengajar saya untuk asingkan “kenalan” dan “perniagaan”. Apa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan perlu dihitam putihkan. Perlu mempunyai perjanjian yang ditandatangani yang bergelar kontrak.

Sememangnya adakalanya mempunyai hitam putih pun, boleh lagi seseorang yang berniat jahat akan menipu juga. Tetapi, sekurang-kurangnya dengan adanya hitam putih boleh dikenakan tindakan undang-undang. Ini akan mempermudahkan kita satu hari kelak.

Sudah beberapa kali perniagaan saya mendapat bantuan undang-undang apabila terdapatnya kontrak yang ditandatangani. Tanpa perjanjian bertulis sebegitu, pastinya sekadar perang mulut sahaja tanpa kesudahan.

Ditipu pekerja…

Begitu juga apabila undang-undang menyebelahi saya apabila seorang pekerja ditangkap mencuri beberapa puluh ribu ringgit dari perniagaan. Tak disangka seorang yang dipercayai sanggup melakukan sebegitu setelah bertahun-tahun lamanya bersama dalam perniagaan.

Bagaimana perkara ini berlaku tanpa disedari?

Maklumlah, apabila seseorang mempunyai niat yang tidak baik, pastinya mempunyai cara, dalam melakukan niat tersebut. Ada saja jalannya seperti mengambil sedikit demi sedikit hingga pihak pengurusan tidak sedar selama berbulan atau bertahun.

Tambah-tambah sekiranya kita mudah mempercayai seseorang itu, maka lagi mudahlah seseorang pekerja menipu kita. Mudah-mudahan dijauhkan dari kita semua.

Teringat saya tentang kes seorang pekerja bank satu waktu dulu yang membeli kereta Lamborghini dengan cara mencuri wang bank. Apa yang dilakukan hanyalah mengambil beberapa sen dari setiap pengguna sehingga mengumpulkan berjuta wang dari penipuan tersebut! Pengguna dan pihak bank pada awalnya tidak sedar oleh kerana jumlah yang diambil terlalu kecil untuk setiap pengguna!

Sedangkan pihak bank pun boleh ditipu pekerja, apatah lagi kita yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan bukan?

Namun kes pekerja yang mencuri dari perniagaan saya, akhirnya pekerja tersebut dikenakan tindakan undang-undang dan dipenjarakan.

*Gambar hiasan sahaja. Tak sanggup letak gambar sebenar bekas pekerja tersebut.

Ditipu pelanggan…

Ada juga kes dimana ditipu pelanggan. Di mana, pelanggan berjanji akan membayar untuk perkhidmatan yang diberikan. Namun, setelah perkhidmatan diberikan, hutang pelanggan dari sehari menjadi seminggu. Dari seminggu menjadi berbulan. Dan dari berbulan menjadi bertahun-tahun sehingga pelanggan tidak menjelaskan bayaran untuk perkhidmatan itu.

Pernah tak anda memberi pinjaman wang kepada kenalan atau keluarga yang meminta-minta? Mungkin dengan muka kesian tersebut, kita pun berilah pinjaman. Namun, bila masa untuk bayar balik pinjaman tersebut, begitu liat mereka hendak lunaskan. Apa yang jadi, kita yang memberi pinjaman tersebut pula berasa segan untuk meminta balik pinjaman itu! Pada mulanya masa meminta dengan muka kesian, tetapi apabila hendak bayar balik, tarik muka bengang pula.

Begitulah keadaannya dalam perniagaan bila pelanggan berhutang dan sukar untuk membayar. Kita pula yang malu hendak meminta.

Sedangkan dalam Islam juga digalakkan menjalankan perniagaan secara tunai dan bukan secara hutang.

Teringat saya nasihat perniagaan Abdul Rahman bin Auf, seorang sahabat Rasulullah yang sangat berjaya dalam bidang perniagaan, nasihatnya adalah hanya jalankan perniagaan secara tunai sahaja. Dan tidak berhutang. Sangat tepat dan setuju dengan nasihat ini!

17 tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan mengajar saya pelbagai perkara. Ada turun naiknya perniagaan, ada suka dukanya dalam perniagaan. Namun, semua cabaran tersebut perlu diredhai dan terima dengan sepenuh hati.

Dalam perniagaan, teknik dan strategi perniagaan boleh kita belajar. Namun, sifat dan sikap manusia sentiasa menjadi tanda tanya oleh kerana kita sendiri tidak tahu hati budi seseorang itu.

Pernahkah anda mengalami keadaan seperti ini? Jika pernah, maka tahniah kerana inilah pahit manis yang perlu dilalui oleh seseorang yang bergelar usahawan. Jangan putus asa kerana cabaran sebegini akan menguatkan lagi anda dalam dunia perniagaan!

Apa yang saya buat dengan wang RM 1 JUTA?

Ramai yang tanya saya, apa yang saya buat dengan pendapatan RM1,000,000 ketika berumur 25 tahun. Maklumlah, untuk seorang yang berumur 25 tahun, jumlah tersebut adalah agak besar.

Jawapan mudahnya adalah, sebuah rumah dan satu kereta.

Kereta pertama saya. Kini boleh dilihat di luar pusat latihan saya
Ruang@IKSB menjadi company car!

Namun, jawapan yang lebih panjang bukanlah seperti ramai yang akan sangka. Rumah yang dibeli bukanlah rumah hebat bungalow besar. Atau kereta yang dibeli bukanlah kereta sports kereta import impian. Tetapi hanyalah sebuah apartment kecil, dan kereta tempatan, Perodua Kembara.

Teringat saya ketika menjalankan perniagaan Internet. Ketika itu saya tinggal di apartment sewa. Sebuah studio flat, tiada berbilik, di situ juga tempat tidur dan kerja. Saiznya dalam lingkungan 3×3 meter sahaja. Cuba bayangkan – ya, memang kecil!

Memang ketika itu saya masih lagi muda di awal 20-an, belum mendirikan rumah tangga, belum mempunyai tanggungan apa-apa.

Waktu inilah terbaik untuk mulakan perniagaan bak kata ‘you have nothing to lose!’.

Kenalan mengatakan saya seorang yang ‘workaholic’ oleh kerana waktu kerja (masih bekerja makan gaji ketika itu) 9 pagi hingga 5 petang di pejabat. Pejabat pula berdekatan dengan flat dan hanya berjalan kaki sahaja. Sengaja menyewa flat yang dekat kerana ingin jimat.

Tetapi satu lagi sebab saya memilih flat tersebut adalah kerana ia betul-betul dihadapan sebuah rumah yang besar dan mewah! Setiap hari ketika melakukan kerja di komputer saya, saya akan menjenguk diluar tingkap untuk perhatikan rumah tersebut dan dalam hati, satu hari nanti, saya akan memiliki rumah mewah seperti itu!

Waktu luar pejabat 5 petang hingga 2 pagi pula menjalankan perniagaan di Internet. Namun, saya tidak kira saya seorang ‘workaholic’ kerana apa yang saya lakukan adalah sesuatu yang saya minat dan menggembirakan saya.

Sehingga hari ni, saya tidak menganggap kerja sebagai kerja oleh kerana ‘kerja’ yang saya lakukan adalah amat seronok! Lebih seronok dari menonton TV, surf Internet, dan membuang masa ke perkara yang lain.

Oleh kerana seronok dan minat dengan apa yang lakukan, walaupun gagal dalam perniagaan Internet pada tahun pertama (12 bulan hanya dapat balik modal sahaja), tetapi saya tetap teruskan.

Kejayaan saya bukanlah cara mudah, short cut ataupun semalaman. Tetapi 3 tahun berusaha menjayakan perniagaan di Internet untuk mencapai keuntungan RM1,000,000.

Pendapatan saya bukanlah umpama durian runtuh

Oleh sebab pendapatan saya bukanlah umpama durian runtuh, tiba-tiba mendapat sejumlah wang yang besar. Tetapi sedikit demi sedikit, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan tahun demi tahun, baru mendapat keuntungan RM1,000,000 itu, maka saya sangat sayang dan berkira dengan setiap sen yang dikumpul oleh kerana ianya atas usaha yang keras!

Sebab itu, rumah yang besar dan kereta idaman bukan keutamaan saya ketika itu. Sayang sangat hendak berbelanja besar pada dua perkara ini.

Tambahan, sekiranya membeli rumah bunglow dan kereta mewah, bukannya cukup RM1,000,000 bukan? paling tidak memerlukan RM2 juta… RM3 juta ketika itu. Dan sekiranya ini pilihan saya, maka apa gunanya mempunyai RM1 juta sedangkan kita masih perlu berhutang.

Rumah pertama saya adalah apartment kecil sahaja

Oleh sebab itu, rumah pertama saya adalah apartment kecil sahaja walaupun bergelar jutawan. Tetapi Alhamdulillah saya dapat membayarnya secara cash. Tiada berhutang. Ingat lagi ketika itu harganya adalah sekitar RM200,000 sahaja di Ampang.

Bermula dengan hanya studio flat tanpa bilik, dan kemudian memiliki apartment kecil adalah satu upgrade kepada saya! Sekurang-kurangnya saya tahu bahawa sekiranya terjadi apa-apa pada diri saya, atau hilang punca pendapatan saya, saya masih memiliki apartment untuk melindungi saya, isteri dan anak-anak. Biarlah kecil, tetapi sudah selesa bukan sahaja secara fizikal, tetapi secara mental juga selesa oleh kerana tiada berhutang.

Kemudian tiba masanya untuk membeli kereta pula. Walaupun kereta idaman saya adalah Porsche (ketika bersekolah, saya meletakkan poster kereta Porsche di belakang pintu bilik saya untuk tatapi setiap hari), dan memang cukup duit untuk membeli Porsche ketika itu, namun, saya mengambil langkah berhati-hati. Apa gunanya berkereta mewah sekiranya berhutang sekali lagi.

Kereta pertama saya adalah Perodua Kembara

Oleh sebab itu, kereta pertama saya adalah Perodua Kembara. Dibayar secara tunai juga pada harga dalam lingkungan RM50,000.

Jadi, di mana perbelanjaan wang RM1,000,000 saya ketika itu? Jawapannya hanya membelanjakan RM250,000 pada sebuah apartment dan kereta kecil- tanpa hutang.

Rata-rata kini apabila dilihat usahawan yang baru mencapai kejayaan yang kecil, ataupun bukan usahawan yang baru naik pangkat dalam pekerjaan, terus membeli rumah besar dan kereta besar. Apa yang jadi, hutang juga besar dan kemudian meletakkan diri mereka sendiri dalam satu kitaran bekerja, untuk membayar hutang. Mat salleh menggelarkannya “rat race”. Sebab itu agama kita tidak bersetuju pada konsep berhutang. Apatah lagi yang perlu bayar interest.

Bayangkan apa akan terjadi sekiranya punca pendapatan anda terhenti.

Bayangkan apa akan terjadi sekiranya punca pendapatan anda terhenti. Bayangkan keadaan anda kini. Bayangkan pula keadaan anda dan keluarga anda. Berapa tahun, bulan atau minggu anda dapat survive sekiranya punca utama pendapatan anda terhenti? 6 bulan? 3 bulan? 1 minggu?

Oleh kerana fikirkan soalan ini masak-masak, sebab itu saya tidak membelanjakan wang RM1,000,000 pada kemewahan. Tetapi pada sesuatu untuk melindungi diri dan keluarga sekiranya hilang punca pendapatan.

Inilah kisah saya lebih 15 tahun yang lalu…

Kini, syukur Alhamdulillah, perniagaan telah berkembang bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara juga. Pelajar dan pelanggan consultation juga tempatan mahupun global. Apabila pendapatan lebih, dan asas gaya hidup hidup telah dilindungi, maka tak salah untuk bermewah sedikit pada rumah, tanah, melancong, dan kereta.

Ohw ya, Alhamdulillah kini saya memandu kereta Porsche yang merupakan kereta idaman ketika kecil lagi di poster sebalik pintu bilik saya. Namun saya tidak akan lupa perjalanan saya yang bermula dengan hanya kereta Kembara yang merupakan kereta pertama saya. Kini, kereta Kembara itu masih disimpan sebagai company car sebagai peringatan untuk saya. Rumah pula telah upgrade ke rumah yang lebih besar dan selesa untuk keluarga.

Nasihat saya, tidak perlu bekejar-kejar memiliki rumah besar atau kereta mewah, bercuti di luar negara sekiranya itu bukan dalam kemampuan kita. Kadang kala kita lihat seseorang itu segak bergaya, berumah besar dan kereta mewah bercuti di luar negara diletakkan di Instagram dan upload di Facebook, cuma pada hakikatnya, hutang keliling pinggang dan hidup sentiasa tertekan di dalam kitaran rat race. Mudahan dijauhkan keadaan ini dari diri kita, keluarga dan kenalan!

PS: Harap dapat kongsikan perkongsian ini kepada kenalan2 anda! 🙂

Dari seorang pemalu menjadi speaker antarabangsa!

Tahun lepas saya telah dijemput untuk memberi ceramah/talk di 4 buah negara. Termasuk Spain, Korea, USA dan India. Tidak termasuk mengendalikan pelbagai program di Dubai, UAE di “IK Institute of Business, Dubai”. Juga telah membina rangkaian kenalan perniagaan dari serata dunia.

Namun, satu ketika dulu, saya seorang yang sangat-sangat pendiam dan berat mulut. Teringat saya ketika di bangku sekolah, memang tidak pernah angkat tangan untuk cuba menjawab soalan guru. Ketika aktiviti berkumpulan, pastinya tidak mahu berinteraksi sesama rakan sekelas. Waktu rehat tengah hari pula, selepas makan, akan ke perpustakaan membaca buku. Waktu pendidikan jasmani pula pastinya menjadi pelajar terakhir dipilih untuk satu-satu pasukan kerana saya tidak pandai berkawan. Adakalanya, hendak bersama rakan-rakan juga akan rasa kurang selesa.

Ketika tingkatan 2. Cuba cari yang mana saya 😉

Mat salleh menggelar orang seperti saya sebagai “introvert”

Mat salleh menggelar orang seperti saya sebagai “introvert”. Iaitu seorang yang pemalu, dan tidak suka bergaul dengan orang ramai. Tidak kira apa gelarannya, yang pasti, saya lebih selesa berseorangan, berdiam diri dan tidak bergaul. Biarlah orang lain yang menjawab soalan-soalan guru sebab jika saya jawab takut pula salah! Nanti lagilah malu…

Ketika saya di sekolah, saya seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Di sekolah rendah, keputusan UPSR pula gagal dalam Bahasa Malaysia (walaupun kini telah menulis 7 buah buku dan kolumnis majalah/akhbar), keputusan SPM juga gagal dalam Prinsip Akaun (walaupun kini menjalankan perniagaan peringkat global).

Tetapi, apa yang mengubahkan saya? Dan bagaimana seorang yang “introvert” boleh berjaya dalam bidang perniagaan yang memerlukan komunikasi, keberanian & keyakinan?

Teringat saya tahun 2005, ketika saya “dipaksa” untuk memberi talk di hadapan peserta-peserta mengenai perniagaan Internet. Ketika itu hanya dalam 30 peserta di dalam bilik seminar. Itupun dijemput oleh seorang speaker lain. Badan terasa berpeluh, tangan menggigil, apa yang nak disampaikan juga saya terlupa, terasa sakit perut pun ada! Ruang untuk saya berikan talk, hanyalah 20 minit ketika itu, tetapi terasa umpama 2 jam!

Selepas itu, saya mula mendapat lagi jemputan mengendalikan talk dan ceramah. Sememangnya bukan bidang saya. Sejak tahun 2000 hingga 2004 saya hanya fokus kepada perniagaan Internet saya yang menjana pendapatan RM1,000,000 bekerja seorang diri. Malah, disebabkan saya seorang yang pendiam dan suka berseoranganlah saya memilih perniagaan Internet!

Tetapi, pesan seorang guru yang saya sangat hormati…

“Irfan, kalau sudah ada ilmu, tidak baik untuk simpan untuk diri sendiri sahaja. Kongsikan ilmu itu supaya orang lain pun boleh dapat manfaat”

Saya gagah juga walaupun dalam ketakutan untuk berkongsi ilmu perniagaan bermula tahun 2005, lebih 12 tahun yang lalu. Pada mulanya, terasa seperti paksa rela. Tetapi, niat itu memang ada. Keperibadian saya yang merupakan seorang yang pendiam menyukarkan saya untuk berhadapan dengan orang ramai.

Tak kenal maka tak cinta

Namun, bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Yang bermula sebagai “terpaksa” diberikan masa, saya mula dapat lihat betapa seronoknya menyampaikan ilmu. Tambah-tambah lagi bila ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Tentunya pada mulanya, saya hanya dijemput untuk berbicara selama 20 minit, yang saya rasakan bagai 2 jam. Tetapi, hari ini, berbicara 2 jam pula saya rasa tak cukup dan tak puas oleh kerana ingin menyampaikan lebih banyak lagi!

Sekiranya ingin berubah, lakukannya sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan sehingga kita terasa selesa. Dulu, hendak kehadapan bilik darjah untuk presentation kelas pun saya tak berani. Tetapi, sekarang bercakap di depan peserta luar negara pun tiada masalah!

Dalam apa sahaja yang kita lakukan dan inginkan perubahan, pastikan kita sentiasa practice. Bak kata practice makes perfect. Pertama kali saya berbicara di depan orang ramai adalah pada tahun 2005. Manakala pertama kali saya dijemput untuk mengendalikan talk di luar negara adalah pada tahun 2014. Antara tahun 2005 hingga 2014 pastinya telah beratus kali mengendalikan talk dan ceramah. Setiap kali melakukan, setiap kali menjadi lebih baik.

Matlamat usahawan global sejak 2006!

Dan akhir sekali, dalam apa sahaja matlamat yang ingin dicapai, pastikan mempunyai matlamat yang jelas! Matlamat saya untuk menjadi usahawan dan speaker di peringkat antarabangsa telah saya pasang sejak tahun 2006 lagi. Kalau tak percaya klik di sini posting di blog saya mengenai idea saya ketika itu “Irfan Khairi Academy of E-commerce”, (Click BACK pada browser untuk datang ke sini semula) yang hanya menjadi realiti 10 tahun kemudian pada 2016, “Irfan Khairi Institute of Business, Dubai”.

Hanya 10 tahun kemudian matlamat tercapai…

Adakalanya, matlamat tidak akan tercapai seperti mana dan bila kita inginkan. Tetapi, apa yang penting adalah untuk mempunyai matlamat yang jelas dan sentiasa istiqamah dalam mencapainya. Rezeki Allah swt telah tetapkan untuk kita. Itu adalah janji Allah swt. Apa yang kita perlu lakukan adalah berusaha untuk mendapatkannya sama ada 1 tahun, 5 tahun, atau 10 tahun!

Tidak kira apa pun keadaan anda, sama ada anda orang yang pendiam, tiada keyakinan diri, introvert, pemalu, dan sewaktu dengannya, tidak kira apa sahaja matlamat anda, pastinya anda boleh mencapainya InshaAllah.

Sejak kecil, saya sememangnya seorang yang introvert, tidak sehingga umur saya 20-an baru dapat melihat potensi diri saya dalam bidang perniagaan. Sekiranya anda, atau anda mempunyai kenalan seperti ini, jangan dirisaukan oleh kerana dengan kemahuan sendiri, dan pendedahan sikit demi sedikit, kita dapat mengubahkan diri kita sendiri.

Kepada ibu atau bapa yang mempunyai anak yang seakan ini, pastinya akan rasa risau dan sedih melihat anak yang tidak mahu bergaul dengan orang lain.

Nasihat saya, tidak perlu risau atau sedih. Banyakkan memberi bimbingan sedikit demi sedikit. Bantu mereka mencari apakah yang diminati oleh mereka dan beri sokongan. InshaAllah, tunggu masa dan rezeki, mereka akan dapat lihat potensi diri sendiri dan menjadi insan yang hebat satu hari nanti- jauh lebih hebat dari saya!

Kini anda telah tahu perjalanan saya dari seorang pemalu/introvert dan menjadi usahawan dan speaker peringkat global. Apa kata anda kongsikan kisah ini kepada kenalan anda yang anda rasa juga seorang introvert!

“Baby Tanaman” Terima Kasih BioGuard! – IK Duta BioGuard

Terima kasih BioSense!

Terima kasih BioSense kerana mengambilkan saya sebagai duta produk BioGuard, racun kawalan serangga organik! Sekiranya anda sayangkan tanam-tanaman dan ingin menggunakan BioGuard, lawati laman web mereka di www.PestVanish.com 

Berikut adalah iklan pemasaran video “Baby Tanaman” yang dihasilkan untuk BioGuard oleh team IKSB.

3 tip pemasaran video online:

  1. Jangka masa video jangan terlalu lama. Jangka masa terbaik untuk video adalah kurang dari 2 minit 30 saat oleh kerana inilah jangka masa purata orang ramai menonton video di Internet.
  2. Pastikan video mempunyai mesej yang bermanfaat dan bukan hardselling daripada awal sampai akhir, tidak seperti iklan di TV.
  3. Fikirkan “storyline” ataupun jalan cerita yang ingin disampaikan supaya mempunyai awal, pertengahan dan penutup cerita.

Sekali lagi, terima kasih BioGuard kerana mengambil saya sebagai duta produk untuk produk tempatan yang berkualiti ini.

Juga, sekiranya anda ingin IKSB membantu pengiklanan, promosi duta produk online anda, hubungi 03-77292277 dan bercakap dengan kami. 

Skrip pemasaran video BioGuard:

Kita amat sayang bayi kita… sedari awal kita menjaganya dengan penuh rapi dan sepenuh kasih sayang.

Seperti bayi yang membesar… tanaman yang hijau juga memerlukan penjagaan yang rapi dan sepenuh perhatian.

Di awal pembesaran inilah berbagai-bagai ancaman yang akan berlaku kepada tanaman kita.

Samalah juga dengan bayi. Di awal pembesaran, akan mudah dijangkiti berbagai penyakit.

Takut juga ancaman dari kuman-kuman yang selalu ada di sekelilingnya.

Sebagai mana kita utamakan kepentingan di dalam penjagaan bayi sedari awal pembesaran, kita juga seharusnya mengutamakan penjagaan tanaman-tanaman kita sedari awal lagi, supaya ianya tumbuh segar, sihat dan terhindar dari berbagai ancaman…

Saya, Irfan Khairi, Aktivis hijau ingin sarankan, gunalah Bioguard untuk penjagaan rapi tanaman anda sedari awal pertumbuhannya!

Lawati Facebook BioSense untuk banyak maklumat-maklumat menarik mengenai pengawalan serangga perosak.

Saya pernah dimarahi, ditengking dan diberi kata-kata kesat!

Sebelum saya menjadi speaker antarabangsa,  sebelum saya bergelar jutawan, sebelum saya mengenali perniagaan Internet, dan sebelum anda mengenali saya lagi, saya pernah bekerja sebagai seorang tukang cuci di sebuah pasaraya selama 2 tahun.

Ya, saya juga bermula dari bawah!

Bekerja sebagai cleaner selama dua tahun, mengajar saya pelbagai perkara. Maklumlah, kita sebagai tukang cuci akan dipandang sebagai tukang cuci sahaja- pendatang luar pula tu. Kena marah dan tengking oleh supervisor adalah perkara biasa. Tetapi, terpaksa tahan juga oleh kerana ingin mencari wang untuk menambahkan ilmu. Jauh dalam hati saya tahu, ketika itu hanyalah pengalaman sementara untuk mengumpul wang sebelum mula mengejar cita-cita saya.

Tahun 1998 ketika bekerja sebagai tukang cuci pasaraya “Kwik Save” selama 2 tahun

Ada satu ketika itu, sedang sibuk saya mengemop lantai pasaraya, saya tidak sedar bahagian belakang batang kayu mop saya terlanggar rak minuman berkabonat. Beberapa botol minuman berkabonat jatuh pecah berkecai di lantai dan pastinya tindak balas air ber gas itu menjadikan keadaan lebih teruk lagi.

Akibat bunyi bising itu, supervisor pencuci lari bergegas kepada saya dan apa lagi, pastinya saya dimarahi dan dijerit.

Pelbagai kata-kata kesat pun dilemparkan kepada saya, maklumlah mat salleh tersebut mungkin kurang pendidikan, maka kata-kata lucah pun diberikan.

Memang salah saya oleh kerana lalai, dan saya terima.

Tak lama kemudian, pengurus pasaraya pula datang oleh kerana terdengar kekecohan itu. Cepat-cepat saya minta maaf kepada pengurus pasaraya itu dan apa saya lakukan, saya keluarkan dompet saya dari poket belakang seluar, dan bertanyakan kepada pengurus pasaraya…

“Please tell me how much. I want to pay for the drinks”.

Oleh kerana saya tahu salah saya, tidak sengaja memecahkan beberapa botol minuman karbonat itu, saya pun ingin membayar ganti rugi kepada pengurus pasaraya itu.
Namun, balasan yang saya dapat amat berbeza dengan supervisor tukang cuci yang mengherdik saya. Pengurus pasaraya tersebut dengan bersahaja berkata

“Don’t worry you don’t need to pay. Accident happens. But are you ok?”

Bukan sahaja tidak mahu menerima wang saya, tetapi ditanya pula sama ada saya tidak tercedera kerana itu yang dirisaukan apabila terengar bunyi botol-botol pecah.
Ketika itu, saya dapat lihat betapa bezanya perangai manusia didepan mata saya sendiri. Seorang supervisor pencuci yang menengking dan mengherdik, seorang pula pengurus pasaraya yang mengambil berat dan memahami.

Kita sebagai manusia, perlu memilih cara kita sendiri. Pilihan bukan pada tangan orang lain, pada persekitaran, pada pangkat dan darjat, atau pada kenalan dan keluarga. Tetapi pilihan datang dari diri kita sendiri untuk membentuk diri sama ada hendak jadi seorang yang baik ataupun tidak.

Dua tahun saya bekerja sebagai tukang cuci tetapi itulah dua tahun yang paling banyak mengajar saya tentang erti kesabaran dengan karenah orang, sabar dalam mencari ilmu, sabar dalam berusaha. Untuk berjaya, kita akan bertemu pelbagai karenah manusia. Untuk berjaya, kita perlu mencari ilmu. Dan untuk berjaya juga, pastinya ilmu sahaja tidak cukup sekiranya tidak berusaha.

Dua tahun selepas menjadi tukang cuci, saya telah kumpulkan wang yang cukup untuk mulakan perniagaan di Internet. Dan sejak itu, tidak lagi menoleh belakang!

Perniagaan ke luar negara

Cara mengembangkan perniagaan ke luar negara

Sejak tahun 2016 tahun lepas, seperti mana ramai followers saya di Facebook dan blog tahu, saya telah menubuhkan sebuah business school di Dubai iaitu Irfan Khairi Institute of Business.

Mulai awal tahun ini, saya telah menubuhkan satu lagi perniagaan iaitu sebuah software company, FLOW yang berpusat di Dubai Marina, yang merupakan antara lokasi termahal di Dubai.

Sejak itu, ramai yang bertanyakan pada saya bagaimana hendak membawa atau menubuhkan perniagaan di luar negara?

Perkongsian saya kali ini saya akan jelaskan beberapa langkahnya berdasarkan pengalaman saya, tak kira sama ada anda ingin memulakan perniagaan di mana pun di dunia.

Perniagaan ke luar negara

1. 2-3 bulan untuk selidik di Internet

Sebelum melakukan apapun keputusan, pastikan anda melakukan penyerlidikan dulu mengenai negara yang ingin anda tuju. Undang-undang dari segi menjalankan perniagaan berbeza mengikut negara. Begitu juga mengikut industri. Sesetengah negara akan memakan perbelanjaan yang besar untuk memulakan perniagaan, berbandingkan dengan negara lain.

Kini penyelidikan boleh dilakukan dihujung jari sahaja. Google sahaja dan anda akan mendapat pelbagai jawapan. Luangkan masa beberapa hari atau minggu atau bulan hanya untuk penyelidikan oleh kerana lebih banyak informasi yang anda perolehi, akan menyiap sediakan anda untuk membuat keputusan yangi negara terbaik kelak.

Selidik juga kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh kerajaan negara tersebut. Seringkali seperti Malaysia juga terdapat kemudahan dan peluang yang dibuka untuk warga asing (kita!) memulakan perniagaan mengikut skim-skim tertentu.

Tak lupa juga, hubungi kementerian-kementerian tertentu di Malaysia untuk mendapatkan bantuan atau sekurang-kurangnya maklumat. Walaubagaimanapun, saya tidak menggunakan cara ini.

2. Lawatan sambil belajar (seperti di sekolah dulu-dulu)

Apabila telah lengkap dengan maklumat, lawati negara tersebut. Bukan sekali tetapi beberapa kali. Di sinilah kemampuan dari segi kos amat penting. Penyelidikan secara online sememangnya banyak membantu, tetapi dengan menghadirkan diri di negara tersebut dan memantau dengan mata sendiri pastinya akan memberi pengalaman yang berbeza.

Bukan untuk makan angin tetapi hadiri program atau ekspo yang berkaitan dengan industri anda untuk memahami simpang siur perniagaan yang akan dimulakan. Oleh kerana anda telah melakukan penyelidikan secara online berbulan sebelum ini, lawatan anda akan menjadi semakin mudah oleh kerana anda tidak datang dengan tangan kosong, tetapi dengan minda yang penuh dengan maklumat.

Maklumat yang telah diperolehi dan lawatan ke program/aktiviti/expo/seminar mengenai industri anda akan membuatkan anda lebih rapat dan memahami industri anda di negara tersebut.

Sebelum menubuhkan perniagaan di UAE, Dubai, sekurang-kurangnya saya telah melawat Dubai 5 kali.

3. Bina hubungan, kenalan, contacts dan sewaktu dengannya

Ketika lawatan, kenali dengan ‘players’ atau mereka yang teratas dalam industri anda. Tak semestinya paling atas, tetapi usaha semana yang mungkin untuk mendapatkan contacts yang berkualiti- bukan kuantiti. Tak penting berapa banyak kad bisnes yang anda dapat edar atau kumpul. Apa yang penting adalah untuk anda bina hubungan dengan beberapa orang yang terpilih.

Bagaimana anda tahu hendak membina jaringan dengan siapa? Itulah pentingnya penyelidikan di langkah (1) tadi. Penyelidikan bukan sahaja untuk perniagaan anda, tetapi juga untuk mengenali orang-orang yang penting dalam industri anda, bakal pesaing anda, perniagaan yang anda ingin bekerjasama dengan dan pelbagai lagi.

Ketika lawatan saya di Dubai sebelum memulakan perniagaan, saya telah membina jaringan kenalan dengan ramai usahawan-usahawan di Dubai. Kini mereka saya tidak menganggap rakan perniagaan, tetapi rakan yang baik yang sering berjumpa dan bawa keluar mengeteh (di Dubai pun ada juga mengeteh. tapi kami minum teh Karak… bukan highway Karak di Malaysia!)

4. Cuba, try, test 3x

Sememangnya setelah kita melawat sesuatu negara itu, dan berkenalan dengan orang-orang mereka, kita pun bersemangat untuk mulakan perniagaan. Jangan tergopoh. Kerana memulakan perniagaan di sesuatu negara yang lain banyak sungguh cabarannya. Sekiranya perniagaan kita di Malaysia kelaut, nasihat saya jangan lagi fikirkan membawa perniagaan kita ke atas laut (oversea). Inilah namanya lawak antarabangsa. (krik… krik… krik…)

Apa yang anda perlu lakukan kini adalah, dengan kenalan yang telah dibina, cari peluang untuk memulakan sesuatu yang kecil bersama mereka. Ertinya, lakukan JV yang kecil supaya anda dapat “merasa” berniaga di negara orang. Peluang ini juga diambil untuk mengumpul pengalaman praktikal daripada segala bacaan penyelidikan anda.

Mulakan sesuatu projek kecil berkaitan dengan perniagaan anda dengan bantuan rakan niaga di sana. Mat salleh kata “test the waters”. Dan lakukan ini bukan sekali dua sahaja, tetapi 3-4 kali atau lebih kerana anda ingin betul-betul faham dengan pasaran anda sebelum melaburkan wang yang lebih besar!

5. Masa untuk keputusan

Setelah menyelidik, melawat, mengenali dan mencuba, tiba masanya untuk lakukan analisa. Tiba masanya untuk membuat keputusan adakah berbaloi membawa perniagaan anda ke negara orang? Mampukah anda dengan kapasiti tenaga dan modal anda untuk memulakan empayar perniagaan anda di negara orang yang jauh dari Malaysia sebagai orang asing? Adakah syarat dan peraturan sesuatu negara itu dapat memudahkan perjalanan anda memulakan dan mengembangkan perniagaan anda? Sanggupkah anda berjauhan dari kenalan dan keluarga di Malaysia untuk memulakan perniagaan yang anda sendiri belum pasti akan berjaya di negara orang? Dan seribu satu lagi persoalan…

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan ke luar negara, tidak semestinya di Dubai. Oleh kerana kos hidup di UAE, Dubai adalah sangat tinggi (Nasi goreng di Food Court pun harga RM50) tetapi terdapat negara-negara lain yang lebih mudah dan murah seperti Indonesia (pasaran Muslim yang sangat-sangat besar seperti mana yang dilakukan oleh Dato Vida dan Dato Alif Syukri) dan 195 negara lain di Dunia. Dunia sangat besar sekiranya kita membuka mata, minda dan peluang untuk diri kita sendiri.

Namun, setelah berkongsikan pengalaman saya memulakan perniagaan di luar negara ini, teringat saya bertahun-tahun yang lalu. Tahun 2000 ketika perniagaan saya hanya bermula seorang diri dari rumah. Iaitu perniagaan di Internet.

Betapa pantas masa berlalu kini saya telah menjalankan perniagaan selama 17 tahun. Dari zaman bujang trang tang tang hingga kini berumah tangga dan 4 orang anak. Walaupun perniagaan saya menjangkau ke luar negara, tetapi keputusan saya 17 tahun lalu untuk memulakan perniagaan Internet dengan cara yang betul telah membawa saya ke tahap saya kini.

Satu ketika dulu, saya juga seperti anda yang membaca tulisan saya ini. Tidak kira tahap mana pun anda berada. Sama ada baru hendak memulakan perniagaan, melakukan perniagaan seorang diri, mempunyai beberapa pekerja, gagal dalam perniagaan atau perniagaan telah berkembang pesat di Malaysia. Alhamdulillah saya telah melaluinya. Mudahan, apa sahaja matlamat dan cita-cita perniagaan anda akan tercapai pula. Saya doakan!

Irfan Khairi
KL – Dubai

PS: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet atau kembangkan perniagaan sedia ada anda, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial yang akan bermula dalam masa terdekat ini. Maklumat lanjut di www.OpenEducation.com.my