*TERKINI: INDIVIDU / SYARIKAT YANG TELAH MENGGUNAKAN NAMA SAYA TELAHPUN DIKENAL PASTI DAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEDANG DIJALANKAN. JANGAN DISANGKA PIHAK BERKUASA TIDAK DAPAT MENCARI PESALAH SIBER YANG HANYA MENYOROK DISEBALIK EMAIL “ANONYMOUS” SAHAJA. DENGAN KEMUDAHAN CANGGIH ZAMAN INI, TIADA MASALAH UNTUK MENCARI PESALAH SIBER DI MANA SAHAJA. SEMOGA KISAH INI MENJADI AMARAN DAN PERINGATAN PADA MEREKA YANG MELAKUKAN KESALAHAN/JENAYAH SIBER*
Sejak kebelakangan ini berlaku penyebaran email SPAM di Internet menggunakan nama saya sebagai penghantar email mempromosikan skim membina jaringan networks sambil mendapat pendapatan.
Harapnya, anda TIDAK MEMPERCAYAI email sedemikian oleh kerana saya tidak pernah pun melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan anda mencari network atau downline melalui Internet.
Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.rahsiainternet.com/penting.htm untuk kes-kes yang sering berlaku yang menggunakan nama saya.
Sering kali juga saya mengambil tindakan undang-undang untuk menangani isu ini dan pemilik perniagaan akan dikenakan tindakan.
Contoh email spam yang menggunakan nama saya:
====================
From: irfan khairi
Sent: Tuesday, December 23, 2008 8:52:29 PM
Subject: ((BARU)) RM50 JE.SETIAP HARI DAPAT RM300 – RM1000
Salam
Terlebih dahulu saya ingin mohon maaf atas kehadiran email ini.Hanya sekadar untuk berkongsi sahaja.
Sekiranya anda tidak ingin menerima email ini lagi sila sekat email irfan121212@gmail.com
Setiap hari saya mengutip purata RM300 – RM1000 sehari terus ke Akaun Maybank saya.
sila lihat bukti bayaran terkini 22/12/08 dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
saya baru je join pada 6/12/2008 dah dapat RM17,700.00 (lihat id mentor dalam xxxxx)
klik disini untuk lihat bukti
klik sini utk daftar
Tertekan dengan masalah kewangan yang membelengu diri, saya nekad untuk mencuba menyertai xxxxx melalui emel yang dihantar oleh seorang kenalan memandangkan risikonya amat rendah (iatu modal Cuma RM50)
Pada hari pertama saya Join saya dapat SMS dari upline yang menyatakan dia telah menyusun downline dibawah ID saya dan saya menyemak akaun maybank saya. Alhamdulillah, hari pertama sahaja saya dah balik modal!!!!
Kini saya tidak lagi teragak – agak nak berbelanja takut bajet lari, hutang JPA masa saya belajar dulu pun dah dapat saya settlekan.
Bila dah macam ni, Barulah saya Terfikir Mengapa Irfan Khairi sukakan perniagaan Internet!
Ia betul2 Menjadi dan Memang Internet Sungguh berkuasa!
So, kepada Anda yang berminat untuk menyertai kami di xxxxx untuk cari duit lebih, sila aktifkan akaun anda segera melalui laman web berikut:
Selepas anda membuat pendaftaran dan mengaktifkan ID anda, secara automatik saya akan dapat tahu anda berada dibawah group saya melalui e-mail yang dihantar oleh Admin
xxxxx.
DALAM RANGKAIAN SAYA,
(ANDA DIBERI PILIHAN)
PLAN A – JADI NETWORKER YANG AKTIF SEPERTI SAYA
ANDA AKAN MENJANA SEHINGGA RM51,900 BAGI SATU AKAUN
PLAN B – “˜SLEEPING PARTNERS”™
JOINT DAN DUDUK DIAM-DIAM, TAPI MASIH BOLEH DAPAT INCOME..BIAR SAYA YANG CARIKAN DOWNLINES UNTUK ANDA.
SETIAP HARI SAYA MENERIMA PURATA 6 ““ 10 PENYERTAAN BARU UNTUK DISUSUN DAN DIATUR. IA BERGANTUNG SECEPAT MANA ANDA BERTINDAK UNTUK MENDAFTAR DAN SAYA AKAN SUSUNKAN DIBAWAH ID ANDA UNTUK SEGERA ANDA BALIK MODAL DAN BINA NETWORK ANDA.
(Nota: Sesiapa yang menyertai group kami juga akan diberikan cara bagaimana untuk mendapatkan BERIBU – RIBU e-mail list bagi mempromosikan ID anda melalui Yahoo Groups)
PILIHAN DI TANGAN ANDA!!!!
KELEBIHAN
1. New babies. Biz ini TIDAK akan menjadi TEPU!!!! (klik FAQ web untuk detail)
2. Spilover (Limpahan keluar). Dengan formula (SLEEPING PARTNERS) ini, tanpa menaja tapi masih boleh dapat income.
SETIAP HARI, BERPULUH – PULUH orang di SELURUH NEGARA join ekoleksi.com. ( cuba lihat disebelah kiri web xxxxx bhgn ‘Latest Member’ tiap- tiap jam ada sahaja penyertaan baru yang masuk.). Jangan tunggu ramai orang dah masuk baru nak aktifkan ID, kerana bila network dah jd besar dan berkembang ID anda akan terkebawah!!!
“Dunia bisnes internet, baik yang berupa penjualan produk ataupun perkhidmatan adalah suatu yang baru dalam budaya bisnes kebanyakan bangsa didunia. Masyarakat di negara kita juga kurang faham, menjadi takut dan bimbang untuk berurusan bisnes melalui internet. Kita tidak perlu menunggu orang lain untuk merintis jalan melaksanakan bisnes internet. Anda perlu mengambil inisiatif, melangkah terus menguasai dan memahaminya dan keyakinan serta tindakan positif, anda akan berjaya kelak. Dunia adalah pasaran. Pasaran dunia memberi dimensi baru dalam bisnes internet.”
Robert Kiyosaki: “orang terkaya di dunia membina network, tapi orang lain hanya mencari kerja.”
====================
Semoga anda tidak percaya email-email sebegini dan pesan-pesanan kepada kenalan anda yang terima email sebegini.
Actually saya pun percaya, pembaca-pembaca tip Satu Minit, semuanya tahu kalau email macam tu bukan dari saya
Selalu yang tertipu dengan benda-benda camni adalah orang yang takde latar belakang Internet dan juga tidak kenal saya. Mereka yang mudah tertipu juga yang sering percaya buat duit ni senang!
Jadi golongan yang mudah tertipu sebegini pastinya bukan pembaca Tip Satu Minit kan?
Sebab-sebab saya mengambil tindakan undang-undang:
1. Email sebegini yang mempergunakan nama saya telah menjatuhkan kredibiliti saya sebagai pakar perniagaan Internet kerana melibatkan saya dengan skim-skim piramid sebegitu. Sebagai seorang pakar perniagaan Internet dan perunding perniagaan Internet, salahguna nama sebegini adalah satu “fitnah” yang mencemarkan dan menjatuhkan nama, imej dan maruah saya.
2. Sebagai seorang motivator di IPT-IPT tempatan, email sebegini juga mencemarkan kredibiliti saya sebagai pakar motivasi dan penceramah bebas. Menyamarkan nama saya di dalam email menganggu kredibiliti saya sebagai seorang motivator kepada generasi-generasi muda. Oleh yang demikian, ianya adalah perkara yang saya pandang amat serius.
3. Dengan menyamarkan nama saya, dan bertujuan mengaburkan mata orang ramai yang kurang pengetahuan perniagaan Internet untuk turut serta skim buat duit sebegini. Ianya adalah satu tipu muslihat untuk melariskan jualan kepada skim cepat kaya yang diri saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat.
4. Penyebaran email sebegini menjatuhkan jenama saya di mata pelanggan koporat yang melantik saya atau bakal melantik saya sebagai duta perniagaan mereka. Sekali lagi, pencemaran sebegini akan merugikan pihak saya dalam memperolehi peluang-peluang menjadi duta untuk masa yang akan datang. Oleh yang demikian, langkah yang tegas mesti dilakukan.
5. Pihak yang menggunakan nama saya dikatakan telah mendapat keuntungan melebihi RM20,000. Wang tersebut adalah hasil daripada penipuan, maka, ia dikira sebagai kegiatan jenayah siber. Sebarang jenayah siber adalah tanggungjawab bersama untuk dibawa ke muka pengadilan.
6: Sebagai seorang di dalam industri perniagaan Internet, dan sering dilihat sebagai “ikon” perniagaan Internet Malaysia, sekiranaya saya tidak melaporkan dan mengambil tindakan undang-undang, maka ia hanya menjatuhkan martabat perniagaan Internet di Malaysia. Makin ramai orang tidak akan percayakan industri perniagaan Internet. Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas, ia akan menunjukkan kesungguhan industri ini dalam mencegah dan membenteras skim-skim buat duit sebegini.
7: Sekiranya saya tidak mengambil tindakan undang-undang, lepas ni, semakin menjadi-jadilah dengan sewenang-wenangnya sesiapa sahaja akan mempergunakan nama saya untuk kepentingan masing-masing. Jadi, untuk melindungi diri saya sendiri dan juga rakan-rakan usahawan Internet yang lain atas segala tuduhan di masa yang akan datang, tindakan undang-undang mesti dilakukan.
8: Dan yang penting sekali adalah, tindakan undang-undang di ambil supaya tiada lagi orang ramai tertipu dengan skim-skim sebegini di Malaysia dan rakyat Malaysia lebih mengetahui tentang kesalahan skim sebegini!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
salam…saya kerap kali menerima email seperti itu…tapi saya tahu email tue bukan datang dari irfan khairi yang asli… saya x baca pun..delete terus…
dahsyatnya org yg anta email tu…
pakai nama IK…pastu guna nama Robert Kiyosaki lak tu…
inilah sandiwara dunia 🙂
Actually saya pun percaya, pembaca-pembaca tip Satu Minit, semuanya tahu kalau email macam tu bukan dari saya 🙂
Selalu yang tertipu dengan benda-benda camni adalah orang yang takde latar belakang Internet dan juga tidak kenal saya.
Mereka yang mudah tertipu juga yang sering percaya buat duit ni senang! 🙂
-ik
selalu saya terima email sampah macam tu. nama irfan khairi yang mereka gunakan.
saya tidak percaya sebab mereka promote MLM.
email macam ini selalu terima dalam inbox friendster.
Betul apa yang IK katakan tu dan saya sokong sangat. Selalu yang tertipu mcm ni org yang xda latar belakang dalam internet. Setiap dengar yang senang terus nak masuk je. Buat duit bukannya senang pun, kadang kala tipu dan duit habis lesap macam tu saja. Saya lagi selesa jika ada produk sendiri dan buat ebook sendiri adalah lebih baik.
Menggunakan nama irfan khairi sbgai spam platform dah salah bag1 saya. Lagi2 tak profesional langsung dan tak beretika.
Mungkin mereka yang tertipu ni hanya nak buat duit senang saja tapi tak mengkaji apa yan telah berlaku kebelakangan ni banyak duit yang lesap.
Saya memang tahu email2 mcm tu bukan dari dr.irfan sbbnya kalau ada pun hanya melalui newsletter dan subscribe saja.
Selalunya macam ni apa yang akan IK lakukan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya? Saya pun rasa kesal dengan mereka yang tertipu, maklum sajalah..IK kan mentor sy semasa sy menyertai workshop. Jadi bagi mereka yang tertipu ni harap2 dapat membuat kajian semula.
iyeee…saya pun setiap hari mendapat email yang menggunakan nama irfankhairi. Tapi awal2 lagi saya dah tahu..irfan celup jer buat begitu..
Salam;
Memang dah tahu bukannya dari IK yang sebenar.Kalau betul namanya mungkin sama dengan IK,tak sepatutnya membuat SPAM untuk mencari downline.Tak ada etika.
Kepada semua yang terima emel SPAM..delete je..
YA ALLAH…teruk nya perangai manusia zaman nie….suka pakai nama org..pada IK jgn bombang kami xkan percaya langsung pasal benda semua nie….
Salam,itulah jadinya apabila kita sentiasa beranggapan bahawa dengan mudah sahaja wang akan datang bergolek kepda kita,dan ini juga membuktikan bahawa masih terdapat mindset yang salah oleh sesetengah pihak terhadap wang,harap IK dapat bersabar. 🙂
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
Hai IK,
selama ni saya as a reader je kat blog ni..
tapi utk post ni saya nak comment.
mmg BETUL, kalau saya pun tak akan percaya email tu dari IK…dari ayat, symbol2 koma ke,titik ke,seruan! ke even smiley emoticon pun, boleh tau mana IK ORI mana IK CLONE.
hehe…anyway,continue read your blog as a silent reader. *wink*
apalagi IK..
Saman la barang sejuta dua..hehe
RBaggio_10
tu la hanya jauhari mengenal manikam..nampaknya ramai yang telah celik IT dan tak tertipu dgn email spam begini….irfan khairi hanya akan hantar email pada email subcriber dan juga pembeli2 produk beliau….
salam tuan ik.
ya,baru last week ada org dtg kat saya perkenalkan cara pelaburan di internet.dia mention nama tuan ik yg dah jadi jutawan.dia perkenalkan tentang cari org /cari downline.
yang syoknya atas masjid tu,lepas solat asar.
mula2 sy dgr aje,buat2 macam x pernah dgr nama tuan ik.lepas tu bila dia habis cerita,sy pun bg tahu yg sy ni pernah pegi course tuan ik,siap bayar rm800 lg. lepas tu dia pun terus terdiam.dari reaksinya,sy rasa dan blh baca yg dia sendiri pun x pernah jumpa tuan ik.
biasa lah manusia…
may b sy blh kongsi tip sy d sini..
kebiasaannya kalau ada peluang bzness yg betul-betul blh buat duit,biasanya jarang di war warkan atau diceritakan kepada org lain,kecuali bzness tersebut bermaksud kepentingan diri sendiri dan mengambil kesempatan atas org lain..
wallahuaklam..
salam. saya pun pernah dapat email yang macama tu. mulanya ingatkan betul daripada irfan tapi bilacek balik bayaran akaun kepada nama lain, baru perasan ini semua scam. berhati-hati,ok?
Salam Ik,
Kalau saya pun marah dan hangin kalau nama digunakan untuk kepentingan peribadi. buat pula skim yang diragui lak tu. manusia ni banyak betul songehnya
buat apa la IK nk spam…
xyah spam pon ramai yg nk ikot IK…
hehehehe…
🙂
saya sebagai pembaca tips 1 minit juga selalu dapat email ni.Selalunya tanpa berfikir panjang saya terus delete.Tiada faedahnya saya membukanya sebab tajuknya sudah cukup buat saya ketawa.
wakil takaful etiqa
http://www.takafuletiqa2u.com
org dh jutawan n ada pangkat doktor takkan sibuk ngan downline RM50….TOO CHILDISH
Dapat tangkap tu, sunatkan aje skali lagi bang! Aku ni sampai bertampal kepale memikiorkan cara nak buat bisnes… Die senang2 aje menipu orang… buat la bagi cantik sikit… Kodok bole la ko tipu… Eh, aku pulak yg terlebih emosi… ngeh2!
All the best bro!
Yun.6ixers
Ini sudah lebeh! Kena ambil tindakan undang-undang sebelum ramai yang terkena ya IK. Almaklumlah dalam suasana ekonomi yg tak menentu, org boleh fikir cara mudah je. Kan? Terutamanya “orang kita”, 🙂
Asslmkum My Mentor..
IK, perkara2 mcm nie selalu terjadi dan yg sering menjadi mangsanya pada penipuan ini kebanyakkannya terdiri dari bangsa kita..kaum melayu.Rasa simpati dan kesian pd mangsa-mangsa penipuan ini ada tp persoalannya sampai bilakah minda org2 melayu nie akan berubah??? Asyik fikirkan keuntungan tanpa berusaha sedikit utk mendapatkan sesuatu kejayaan.
Pd nasihat saya pd IK agar sering berwaspada kerna ini merupakan satu muslihat atau cara utk menjatuhkan imej IK sbg Usahawan yg berjaya.Tindakan membuat laporan pd pihak polis adalah tindakan yg wajar & bijak kerna ia dpt mengelakkan IK dr tuduhan Akta AMLA (Anti-Money Lundering Act).
Wsslm.
Salam IK,
Saya memang benci spam! Lagi pula ia melibatkan nama orang-orang yang famous! takde idea lain ke diorang ni?
Saya memang betul-betul bengang dengan orang-orang yang seperti ini di mana mereka mengambil jalan pintas untuk berjaya juga untuk kepentingan diri mereka sahaja tanpa memikirkan kesusahan orang lain.
Satu lagi adalah seperti skim-skim cepat kaya ni… Tak pernah yang terhapus atau kurang bilangannya malah akan bertambah setiap hari samada menerusi mail order konvensional atau Internet.
Yang kesiannya orang lain yang join skim ini. Berhati-hatilah ye rakan-rakan…
-Daya Glokal Enterprise
http://dayaglokal.blogspot.com
http://glowglokal.com
Gune nama ik?? name die x best kot,sian kat die… =)
sukasuka88.blogstarz.my
oh dear…thats lame..
memang kita nak cari duit bukan perkara senang, tanpa usaha dan ketekunan kita takkan mudah untuk dapat duit. Sy harap saudara Irfan bersabar dgn dugaan ini. Semakin besar dugaan maka semakin besar ganjaran yg akan diganti oleh Allah.
tak habis-habis…
Just take legal action on these people.
WanZ
pergh..
siap ade guna nama IK sebagai cara promosi
SPAM2!
act..saya penah dapat email macam ni jgk
tp mmg x percaya langsung
=)
when are they going to stop using this CHEAP methods?!tak professional langsung..and cara tulisan dia pun juah berbeza dgn IK so definitely org pun bleh tahu..
assalammualaikum,
memang benar, e-mail ini telah saya terima boleh dikatakan setiap hari sejak 2-3 bulan lepas…saya cuba e-mail balik ke e-mail address yg tertera supaya jgn lagi menghantar e-mail spt itu kepada saya, tapi saya dapat balik “notification failed to send”…
so, mcmana nak block dia from sending the e-mail to my address?
http://www.freewebs.com/sihatbiz
Email ni pun saya pernah dapat. Saya abaikan jer sebab yakin ia bukan IK. Saya kan ada langgan newsletter IK. 🙂
Setuju yang email sebegini boleh mempengaruhi golongan yang baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan internet. Sebab mereka biasanya akan teruja lebih-lebih lagi dijanjikan dengan pulangan yang lumayan.
Harap2 si penghantar email ni lekas sedar dengan perbuatan yang tak beretika tu.
Sy mmg subscribe newsletter IK.
Pertama skali dpt e-mail yg tu, ble baca ayatnya mmg berbeza ng newsletter IK. Jd sy tau itu SPAM.
Bg golongan baru, yg dgr nama IK tu, mungkin mudah percaya bahawa e-mail tu mmg dr IK.
Sehingga skg, sy masih dpt e-mail yg sama, harap IK ambil tindakan. hehehe
Dapat dan terus delete 🙂
sepandai-pandai tupai melompat…
“hantu” yang menggunakan nama saya telah pun dikenal pasti. tak lama lagi dapat lah surat saman tu… baru tau langit tinggi rendah 🙂
Don’t mess with the IK!
-ik
cayalah(.com) IK!
mcm mana agaknya rupa ‘hantu’ tu ek..
*TERKINI: INDIVIDU / SYARIKAT YANG TELAH MENGGUNAKAN NAMA SAYA TELAHPUN DIKENAL PASTI DAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEDANG DIJALANKAN. JANGAN DISANGKA PIHAK BERKUASA TIDAK DAPAT MENCARI PESALAH SIBER YANG HANYA MENYOROK DISEBALIK EMAIL â€ANONYMOUS†SAHAJA. DENGAN KEMUDAHAN CANGGIH ZAMAN INI, TIADA MASALAH UNTUK MENCARI PESALAH SIBER DI MANA SAHAJA. SEMOGA KISAH INI MENJADI AMARAN DAN PERINGATAN PADA MEREKA YANG MELAKUKAN KESALAHAN/JENAYAH SIBER*
GREAT!
that criminal must have very little knowledge about IT, and thought he/she can get away with it.
yes. semoga ianya menjadi iktibar utk kita semua.
hai.. ada jugak orang teruk macam ni.. bukan ape, kalau nak buat bisnes tu jangan la guna nama orang lain, x berkat rezeki tu.. sekarang nin macam-macam cara orang nak cari reziki cara haram ni
Betul apa yang IK katakan tu disebalik email yang digunakan tu kemudahan canggih dapat digunakan. COntohnya jika pengguna email menggunakan email yang tidak mempunyai nama sebenar ianya akan dikesan menggunakan nama secondary email yang ada.
Ini salah satu yang saya dapat beritahu dan kongsikan bersama. Sebenarnya banyak cara yang boleh dapat diketahui namun cukup 1 sahaja lah yang saya dapat beritahu. Tak nak lebih. Hehehe!
Saya berharap Tuan Irfan Khairi dapat memaafkan saya. Saya telah meneliti laman web ini dan saya amat berminat sekali dengan perniagaan internet dan insyaallah saya akan menyertai workshop IK pada 11hb Januari ini.
Sebab-sebab saya mengambil tindakan undang-undang:
1. Email sebegini yang mempergunakan nama saya telah menjatuhkan kredibiliti saya sebagai pakar perniagaan Internet kerana melibatkan saya dengan skim-skim piramid sebegitu. Sebagai seorang pakar perniagaan Internet dan perunding perniagaan Internet, salahguna nama sebegini adalah satu â€fitnah†yang mencemarkan dan menjatuhkan nama, imej dan maruah saya.
2. Sebagai seorang motivator di IPT-IPT tempatan, email sebegini juga mencemarkan kredibiliti saya sebagai pakar motivasi dan penceramah bebas. Menyamarkan nama saya di dalam email menganggu kredibiliti saya sebagai seorang motivator kepada generasi-generasi muda. Oleh yang demikian, ianya adalah perkara yang saya pandang amat serius.
3. Dengan menyamarkan nama saya, dan bertujuan mengaburkan mata orang ramai yang kurang pengetahuan perniagaan Internet untuk turut serta skim buat duit sebegini. Ianya adalah satu tipu muslihat untuk melariskan jualan kepada skim cepat kaya yang diri saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat.
4. Penyebaran email sebegini menjatuhkan jenama saya di mata pelanggan koporat yang melantik saya atau bakal melantik saya sebagai duta perniagaan mereka. Sekali lagi, pencemaran sebegini akan merugikan pihak saya dalam memperolehi peluang-peluang menjadi duta untuk masa yang akan datang. Oleh yang demikian, langkah yang tegas mesti dilakukan.
5. Pihak yang menggunakan nama saya dikatakan telah mendapat keuntungan melebihi RM20,000. Wang tersebut adalah hasil daripada penipuan, maka, ia dikira sebagai kegiatan jenayah siber. Sebarang jenayah siber adalah tanggungjawab bersama untuk dibawa ke muka pengadilan.
6: Sebagai seorang di dalam industri perniagaan Internet, dan sering dilihat sebagai â€ikon†perniagaan Internet Malaysia, sekiranaya saya tidak melaporkan dan mengambil tindakan undang-undang, maka ia hanya menjatuhkan martabat perniagaan Internet di Malaysia. Makin ramai orang tidak akan percayakan industri perniagaan Internet. Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas, ia akan menunjukkan kesungguhan industri ini dalam mencegah dan membenteras skim-skim buat duit sebegini.
7: Sekiranya saya tidak mengambil tindakan undang-undang, lepas ni, semakin menjadi-jadilah dengan sewenang-wenangnya sesiapa sahaja akan mempergunakan nama saya untuk kepentingan masing-masing. Jadi, untuk melindungi diri saya sendiri dan juga rakan-rakan usahawan Internet yang lain atas segala tuduhan di masa yang akan datang, tindakan undang-undang mesti dilakukan.
8: Dan yang penting sekali adalah, tindakan undang-undang di ambil supaya tiada lagi orang ramai tertipu dengan skim-skim sebegini di Malaysia dan rakyat Malaysia lebih mengetahui tentang kesalahan skim sebegini!
Saya bukan ahli fikir yer, bagi tau awal2…tak promosi apa2..saje jer nak join ruangan master Ik 🙂
Mcm mana dengan kes guna nama master Ik ni? IssshhX3…Nasib org ni tak tau lah mcm mana skrang & masa akan dtg..Cian jgk, atas kesilapan guna nama master IT Malaysia. Bahana yang dapat..tapi bagaimana pula sekiranya ada ibu bapa yg ingin memberikan nama anak2 mereka ifan khairi di masa depan? mcm nama Mahathir Mohammad yang sebelum ini menjadi nama anak2 mereka?
saman 1 juta IK!! dpt jadi jutawan dgn cara yg pantas 😉
salam buat semua…menarik gak kes ni…semoga jadi pengalaman yg kompom takkan dapat dilupakan…
tapi let say kebetulan nama brader tu irfan gak…newbie, takde pengalaman lagi dlm dunia IT, tapi ada usaha…walaupun silap usahanya, mungkin boleh kasik amaran keras dulu…mentor dia balik…kalau kena saman besar terduduk kawan…
tapi kalau dah sah company yg buat strategi…dgn segala hormatnya lah…proceed
just a thought…not being negative
memang dah jadi lumrah dunia… pasal WANG manusia akan lakukan apa saja. Tak kiralah dgn cara apa pun. Ye lah kalau boleh semua nak jadi mcm Irfan Khairi, IKON Jutawan Internet M’sia. Bg yg x berapa nak tahu sgt psl biznez ni memang mudah kena tipu.(Mcm saya ler tu)
Bagi kita umat Islam ni jgn lupa pembalasan Akhirat nanti… What U give..U get back! so pikir ler sendiri.
Salam saudara irfan saya amat menyokong
Assalamualaikum…irfan..how do you do? do you remember me miza and my hubby . we run a stationery shop in Rawang when we attend your introduction talk at mid valley. Just a note to say hi and hope to meet you soon when you are free. Regards – Miza
Salam kepada Saudara Irfan Khairi. Saya baru memulakan perniagaan internet diatas kepercayaan saya kepada saudara. Saya cuma iklankan apa saja, syukur pada Allah,ada tindak balas, cuma kadang2 kelam kabut saya untuk melayani kehendak dari pelanggan. Terima kasih dari saya.