Passion is more important than brains & talent

Ada istilah ni yang berbunya:

Passion is more important than brains & talent

Maksudnya, passion (keghairahan/minat) adalah lagi penting daripada kebijaksanaan & bakat. Sememangnya saya setuju oleh kerana terdapat 2 jenis orang yang saya sering jumpa:

Jenis pertama, adalah mereka ada banyak idea. Idea pun hebat-hebat belaka, takde yang tak hebat 🙂 Tetapi, sekadar idea sahaja dan tersimpan dalam kepala. Mungkin “idea perniagaan” atau apa sahaja, tetapi, hanya sekadar tersimpan dalam fikiran dan tidak melakukan apa pun untuk mereliasasikan apa di kepala.

Jenis kedua pula, mempunyai banyak idea. Idea pun tak kurangnya hebat. tetapi, mereka mempunyai passion/keghairahan/minat dalam diri sendiri untuk melihat idea tersebut terhasil. Dengan passion, sesuatu idea itu akan menghasil. Tetapi, tanpa passion, itulah dianya… tersimpan dalam kepala sahaja.

Alhamdulillah, saya fikir diri saya adalah yang ke-dua. Saya memang banyak idea… dan saya terus implementasikannya kerana mempunyai passion/keghairahan atas segala idea.

Nasihat saya, sekiranya anda tergolong dalam golongan yang pertama tu, sekiranya anda mempunyai idea- katalah your next big idea, apa kata anda terus kan sahaja implementasikannya. Dengan terus memulakan sesuatu idea, ia kaan memberi momentum dan passion kepada anda.

Jangan hanya simpan di kepala sahaja kerana, diberi beberapa hari… beberapa minggu, beberapa bulan… hilanglah segala idea dan passion keatas idea tersebut! 🙂

Selamat bercuti!
=====

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, sertai Workshop Perniagaan Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

37 thoughts on “Passion is more important than brains & talent

  1. hey,first time dapat post first kat sini.I love this blog and all IK punya tips.

    yea,passion is the most important thing if nak jadi succesful.
    if without passion kalau gaji beribu pun,its not going to be an enjoyable life..

    donald trump pernah cakap “if u love your job,stop thinking and calling it a job”

    even die pun tak pernah ambik holiday becoz he dont see his job as a job.its his passion.

    no wonder he can be a billionaire.

    again,IK,good tips:)

  2. Akak sebenarnya jenis kedua. Tapi,(ada tapi)oleh kerana ada “X” factor, akak buat plan B je dulu. Cuba tengok kat tepi laut. Dlm ramai org tu, berapa % yg betul2 mandi kat dlm air laut, berapa % yg cuma rendam kaki je, berapa % yg duduk kat atas pasir laut & berapa % yg duduk @ jalan-jalan kat tebing. Jadi, sebab takut idea hilang begitu je, tahun depan InsyaAllah dapat direalisasikan. Yg ni takde tapi,tapi lagi..

  3. Salam semua,

    Perlu ada kesemua tersebut, insyaAllah boleh berjaya..

    Passion saja tanpa kebijaksanaan kadang2 hanya syok sendiri.. So pada saya Passion + Brain adalah penentu kejayaan.. memang benar Passion is the most important.. kita perlu gunakan passion secara bijak..

    Bakat pulak boleh diasah, kalu demi minat kita usahakan sesuatu lama2 pasti akan mahir, tak semua bakat adalah anugerah sejak azali, bakat juga boleh dimiliki jika dilatih dgn betul..

    Dalam bisnes, saya setuju Passion yg akan menyebabkan kita mulakan langkah pertama.. selepas itu gunakanlah kebijaksanaan kita untuk jana income melalui apa yg kita suka.. selepas dah bergelumang dlm bisnes baru kita sedar sebenarnya kita memang berbakat..

    sekadar pandangan dr saya 🙂

    HAFIZ
    http://bisnes-impian.blogspot.com
    Jumpa di Seminar IMPIAN esok!

  4. Salam IK dan rakan-rakan,

    Ya, semua idea hebat yang terhasil jangan ditangguhkan. Terus buat, kerana ia akan jadi lebih bermakna untuk anda kelak!

  5. Salam IK,yep tips kali ni Ik sekali lagi tekankan tentang passion,betul-betul penting passion dalam hidup kita ni yer 🙂

    Hmm..IK ada x cara utk kita jadi suka kepada perkara yang kita buat? 🙂

  6. betul tu..tengok mcm saya blaja accounting tapi di sebabkan xder passion …so hanya berkubur jer laa…..yang penting minat buat duit dlm internet…huhu..

    TQ IK

  7. Alhamduliah, another good tip from IK.

    Bagi saya, passion is a starter. Tanpa passion, kita mungkin tak akan memulakan sesuatu usaha. Saya bersetuju dengan komen Hafiz dimana selepas passion, barulah kebijaksanaan akan menentukan kejayaan usaha kita itu dengan izin Allah. Melalui pengalaman saya sendiri, saya ada passion untuk menceburi diri dalam bidang perundingan pemasaran kerjaya (career marketing consultation)walaupun bukan senang nak generate income dalam bidang ini, tapi insyAllah, saya akan cuba sedaya upaya untuk berjaya.

    Sekadar berkongsi pandangan

    http://www.resumeweassist.com/blog
    We can help you attain your career goals!

  8. Apa yang saya nak katakan disini?
    YEAH!Its true!
    =)
    Minat yang mendalam dalam sesuatu bidang merupakan sesuatu yang penting dalam memulakan asas perniagaan

    Blogging Tips | IT | Website & Graphic Design

  9. Saya suka sgt tip ni. Terima kasih kepada IK yang sudi berkongsi tip ni.

    Idea akan datang dan berkembang dengan sendirinya bila kita passion membuat sesuatu kerja yang kita minat.

    Kalau sekadar hari-hari duduk berfikir pasal nak mencari idea perniagaan saje tapi apa pun tak jalan… takut jadi angan-angan Mat Jenin saje nanti…

  10. dalam kepala sy selalu muncul idea-idea mcm mana nak buat duit online sehinggakan sy rasa keliru tak tahu nak lakukan apa dulu 🙂

    Benarlah passion yg membuatkan kita semakin bersemangat melaksanakan sesuatu.

  11. Passion is more important than brains & talent :

    Terima kasih atas artikel ini, irfan.
    Ia benar2 membangkitkan semangat saya. Sejak dua tiga menjak, keadaan ekonomi dan bisnes agak meruncing.. sedikit demi sedikit, goyah jugak semangat.

    Dengan baca tips Irfan, senang hati saya.. terima kasih.

  12. kadang2 minat kita tak same dengan apa yang kita buta..so kita akan buat kerja dengan tidak rela…kita lebih suka mencari alsan untuk melupakan apa yang terpaksa di lakukan…

    mcam saya, saya minat akuanting tapi terpaksa untuk belajar jadi cikgu bahasa…saya melaukan kerja dengan terpaksa…tension…give up…huhuhu

    mcm mane ek?

  13. Passion atau keghairahan untuk melakukan sesuatu dan penuh dengan minat menjadikan seseorang itu bangkit kembali daripada kegagalan. itu yang membezakan orang yang memulakan bisnes kerana minta atau hanya kerana ikut-ikutan

  14. betul nizam orang yg ikut2 akan berenti bila tak berjaya tanpa kaji semula kelemahan….tp org yg minat ni…bila gagal dia kaji balik kegagalan tu…

  15. setuju sangat. idea ni semua orang ada, tetapi minat dan keghairahan tidak semua orang ada untuk merealisasikan idea. impian tinggal impian sahaja jika hanya ada banyak idea sahaja 🙂

    saya? baru sedar bila baca tulisan IK ni. sebelum ni banyak idea je tapi tak buat. sekarang dengan passion ni aplikasikan kesemuanya 🙂

  16. Robert Kyosaki dalam bukunya menyebut,
    Passion is between hate and love.
    Buatlah sesuatu yang anda suka dan minat.
    Anda akan mendapat hasil yang terbaik.
    Thanks IK.

  17. salam..

    bagi saya, minat dan usaha itu perlulah bergerak selari kerana ia saling lengkap melengkapi,

    dengan minat, tapi tanpa usaha, tak jadi gak.
    dengan usaha, tapi kurang minat, tak jadi gak.

    itu pendapat saya la. ada lain ke?

  18. Saya setuju,..

    Tapi lagi setuju dgn post lepas,..gabungan 3 elemen,..

    Passion >> Skill >> Hardworking

    Passion >> Buat kita enjoy kerja yg kita buat. Passion akan memberi semangat & motivasi terutamanya dlm memulakan sesuatu. Passion juga penting utk memastikan semangat, motivasi, rajin, usaha etc. sentiasa MAINTAIN kalu dh start buat sesuatu. Ini yg paling penting & paling susah >>MAINTAIN. Passion pada permulaan shja akan jadi hangat2 taik ayam 😉

    Skill >>> Skill maksudnya bagi saya mahir dlm segala macam aspect yg diceburi. Katakan restoran kena mahir management (operation, marketing, manpower, strategy, finance, kreatif, Akaun & etc). Kalu tak mahir boleh jgk upah org tp kena bayar gaji ;)Tp yg paling penting, kena mahir guna masa, tenaga, & kepakaran org lain 😉

    Hardworking >>> Kalu kerja & usaha kita sama dgn org lain. So, hasilnya pun tak lari jauh mcm org lain jgk. Kalu kita usaha lebih, Insyallah hasilnya pun akan lebih jgk. Tuhan kan MAHA ADIL 😉 “Nasib sesuatu kaum tdk akan berubah sehingga mereka merubanya sendiri” 😉

    sekadar renungan bersama 😉

    Sarif
    Kota Kinabalu
    http://bagusbah.blogspot.com

  19. O yeaa,.. terlupa plk satu hal,..

    Skill >>> Ini jugk termasuk ilmu. dan skill ini lah yg akan drive passion tersebut samada bidang yg kita ceburi akan berjaya atau tidak.

    Berhati-hati kpd sesiapa yg mempunyai passion / keghairahan yg terlampau tinggi. Ini akan membuat kita rasa terburu-buru terutamanya dlm membuat keputusan. Silap buat keputusan, padah jawapnya 😉

    Thanx to Mr Irfan,..saya sentiasa ikuti blog ini utk memantapkan lg ilmu didada. Terutamanya tips motivasi utk MAINTAIN motivasi dan semangat saya supaya terus kekal & berdaya saing dlm bidang yg saya ceburi.

    Cuma satu pepatah yg saya sentiasa ingat bila dlm keadaan susah & menguatkan kembali semangat saya terutama time jatuh,..

    “Bukan Senang Mau Senang”

    Ini lah pepatah pembakar semangat 😉 & kadang2 akan membuatkan saya menitiskan air mata.

    Once again. Thanx! 😉

  20. Jika kita ingin melakukan sesuatu..kite mesti pakar tentang bidang tersebut. Macam mana kalau kita ‘minat’ dalam bidang tersebut tetapi belum begitu pakar..adakah kita harus teruskan atau lupakan saja dan buat perkara yang mmg kita dah pakar?Ape pendapat Irfan…atau kawan2 yg lain?

  21. saya memang banyak idea nak buat, terutama sekali menjejaki langkah saudara Irfan untuk menjadi jutawan. Keghairahan memang mesti ada untuk kita capai sesuatu matlamat. Saya akan usaha bersungguh-sungguh sehingga impian saya akan tercapai, seiring dgn tip2 yg bergna dr saudara Irfan.

  22. Yup, passion amat penting untuk maintain bermotivasi dan bersemangat setiap hari.

    Er, IK, ada tips tak cemana IK maintain passion, keghairahan dan minat tu supaya sentiasa ‘membara di jiwa’..

    Sebab, masalah kebanyakan orang adalah, susah nak maintain passion, keghairahan dan minat ni.

    -ShueQry-

  23. Ramai usahawan-usahawan yang gagal didalam perniagaan kerana kurangnya passion.

    Kat M’sia ni ramai orang yang berminat dengan perniagaan ni. bukak sekejap pastu tutup. sebabnya adalah kerama kurangnya passion didalam mengusahakan perniagaan tu.

    apabila dah passionate tentang perniagaan tu, kena la tumpu betul-betul kepada 1 perniagaan sahaja. orang kita ni fikir nak cepat kaya. belum stabil bisnes 1 dah mula bisnes 2. so macam mana nak berjaya….

    Passion is Road To Success

Leave a Reply

Your email address will not be published.