Anda hanya perlu minta

Kadang kala, bila kita perlukan sesuatu bantuan dari seseorang atau pihak untuk perniagaan kita, kita hanya perlu MINTA sahaja. Jangan malu/segan, just MINTA. Ada yang takut-takut nak minta sesuatu, kerana segan, atau malu, atau takut “nanti tak dapat!”. Pendapat saya…

  • Kalau tak minta, jawapannya adalah 100% takkan dapat punya.
  • Kalau minta, jawapannya menjadi 50%-50% mungin dapat bantuan tersebut atau mungkin tidak dapat. Tetapi, kebarangkalian dapat sudah bertambah berbanding dengan tak minta langsung 🙂
  • Kalau minta, disamping memberi sesuatu kembali sebagai manfaat pada orang yang diminta, jawapannya sudah 70% anda akan dapat apa yang anda minta!

So, lain kali perlukan bantuan, jangan malu atau segan untuk meminta bantuan. Hendak lebih hebat dan menambahkan kebarangkalian mereka akan membantu anda, berikan sebab dan manfaat kepada mereka dan bukan hanya mengharap mereka 100% membantu anda sahaja 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

32 thoughts on “Anda hanya perlu minta

  1. Biasanya cara ni selalu diajarkan dalam bidang jualan. saya pernah diberitahu juga iaitu anda kena minta barulah anda dapat. sebelum tu kenalah bina satu hubungan yang dipanggil raport, kiranya orang yang diminta merasa senang hati untuk mnedengar dengan kita.

    Cara yang paling senang ialah banyak mendengar dan kurangkan bercakap. Praktis selalu akan menjadikan ia lebih baik.

  2. Ok, paling kuat alasannya takut kena “reject”. Bukan macam “Reject Shop”. Reject-reject pun, tapi org tetap datang, sebab quality.

    So, waktu IK nak dapatkan sponsor tu, ada tak rasa “kemungkinan” kena reject. Mungkin taklah kan, sebut nama je org dah percaya. Jadinya, masih ada hubungkait dengan kredibiliti.

  3. Betul tu. Saya setuju. Teringat ketika dahulu dimana saya tidak suka diberi bahagian drumstik jika makan di KFC. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk meminta bahagian yang lain. Sejak daripada itu saya mula makan bahagian ayam kegemaran saya. 🙂

  4. kekadang kita tidak bertindak untuk meminta kerana kita RAGU-RAGU…apabila anda ragu-ragu anda sebenarnya telah mencipta HALANGAN untuk tidak BERTINDAK!

  5. Salam,

    Kalau nak effectivekan cara untuk meminta sesuatu, networking kenalah kuat, yakni perlu ada ramai kenalan yang seangkatan dengan apa yang kita buat ataupun yang akan memperolehi keuntungan atau kebaikan daripada kita. Disinilah “raport” memainkan peranan yang penting seperti Nizam ketengahkan seperti di atas. Oleh itu, binalah network anda untuk kebaikan bersama. InsyAllah.

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips on effective career marketing

  6. Betul betul IK Cakap ni.

    Selalunya orang yang tak buka mulut dan tidak tanya dialah yang rugi.

    Sekiranya tidak tanya manalah kita akan tahu masalah mereka kan. Tak semestinya kita boleh bantu semua orang tetapi mungkin ada orang lain yang kita kenal yang boleh membantu.

    Itulah, jadi jangan lah segan segan untuk dapatkan bantuan. 🙂

    Orang Singapore
    http://www.fadzuli.com

  7. Salam bro IK & comenter2 semua,

    Betul la erk. Kekadang kita nie cepat buat andaian.
    Apa pun tips yg pendek dan ringkas nie amat menarik sekali.
    Boleh la try JV camnie.. 😀

  8. Betul tu …Memang kita kena minta juga tapi perasaan malu tu masih ada lagi …kalau nak hilangkan rasa malu tu kita beri ayat power2 (cerita kan kebaikan orang yg kita nak minta tu) dulu lepas tu batu ler kita minta …hehe

  9. Irfan.. saya setuju tuu.. nak mintak tolong Irfan bagi komen pasal blog saya

    1. Apa pandangan irfan
    2. Apa perlu saya upgrade
    3. Dan nasihat2 lain
    4. Apa sevice yang irfan boleh bantu

    INGAT TANAH, INGAT JURUKUR

  10. Kalau tak minta confirm tak dapat. Dalam Islam pun kalau kita tak berdoa(minta) kpd Allah swt mana mungkin kita dapat apa yg kita nak.

  11. Benda yang simple tapi kalau tak di praktiskan boleh merugikan diri…So,kdang2 kita terlalu pandang tips2 yang hebat2 sehingga melupakan tips2 asas.Kalau takde asas yang kuat camne nak berdiri kukuh 🙂

  12. Saya bersetuju dengan saranan Dr Irfan, iaitu kita jangan segan meminta, jika kita memerlukan bantuan. Tetapi, kita digalakkan juga memberi. Ini kerana mengikut hadis nabi “Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima”. Falsafah disebaliknya ialah dalam kita mengharumi kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain.

  13. salam IK, saya cuma nak tanya pasal bayaran permulaan program impian nie, dlm blog u cakap dgn RM500 dah bole start program impian nie, tapi ada hamba allah offer pada sy untuk join program nie dengn permulaan RM5K, betul ker?? boleh kasi info sikit

  14. teringat pulak kisah rakan saya yang berjaya meminta kurang dalam pembelian kereta dan usaha beliau bersungguh-sungguh membuahkan hasil…sebagai pengajaran kita yang meminta pertolongan perlu la seorang yang bersungguh-sungguh dan untuk mendapatkan ilmu dari orang lain kita perlu mempunyai basic knowledge baru lah kita boleh meminta tolong..

  15. Assalamualaikum!

    Persoalan minta-meminta ni, bergantung juga pada APA YANG DIMINTA. Kita wajar minta hanya yang baik-baik. Mudah-mudahan natijahnya baik pula. Saya setuju kita sebenarnya semua hanya meminta pada yang satu, Allah. Macam ayat 29 Surah Ar-Rahman (antara surah kesukaan saya).

    Manusia ni berperanan sebagai perantara atau penyebab dan pelaksana. So jika ada manusia yang memenuhi permintaan kita, kita mesti berterimakasih pada mereka dan lebih dari itu pada Allah kita panjatkan kesyukuran.

    Bila meminta, kita penuh pula dengan harapan agar permintaan dipenuhi. Penting pula kita tahu cara-cara nak meminta. Kalau minta dan asyik tak dapat, alangkah kecewa.

    Akhirnya, kenalah belajar terima dan redha jika permintaan kita kena reject. Kita tahu yang kita dah mencuba dan berusaha menurut batas-batas kita. Fine, result itu pasti yang terbaik dan penuh hikmah buat kita.

    Salam dari Adilla.

  16. Betul tu saya setuju kita kena MINTA.

    Saya ingat nak guna modal sendiri utk membesarkan projek petanian. Seorang otai beritahu buatlah pinjaman kerajaan. Kerajaan dah sediakan peruntukan kenapa tak ambik. So saya mohon kini sedang tunggu jawapan. Harap-harap dapat kalo dapat separuh pun ada juga …. 🙂

  17. Saya memang setuju. Dulu saya malu nak meminta pertolongan. Tapi kehidupan mengajar saya untuk berani demi untuk kemajuan diri dan untuk keluarga saya.

    Sekarang ni saya baru sahaja menjalankan project A Buck for MUTT. Di mana saya meminta sumbangan sebanyak SATU US DOLLAR sahaja (lebih kurang RM4) untuk menjalankan misi MUTT Club: Mongrels Unite for Tolerance & Truth. Sebagai ucapan trima kasih, saya menyumbangkan 30 ebooks dengan hanya SATU US DOLLAR.

    Di sini saya meMINTA pembaca-pembaca di sini untuk memberi sumbangan dan sokongan kepada misi dan impian saya di…

    http://abuckformutt.chetztv.com

    Terima Kasih Bebanyak.

    Chetz Yusof
    ~ We’re here on earth for a reason/purpose. Do you know your purpose? I know mine -> http://abuckformutt.chetztv.com ~

  18. Saya pun sekarang belajar meminta business kad dari org lain apabila exchange business kad kat KLCC. Walaupun byk rejection , saya tebalkan muka tahan malu hanya Allah sahaja tahu perasaan ini.

  19. saya amat bersetuju dengan abg.Irfan. kadang2 kita memang memerlukan bantuan didalam perniagaan.. bukan tak boleh buat sendiri. tapi buat apa kita nak sia2 kan bantuan yg banyak kat luar tu.. so mintak je. kalau tak nanti rugi.

    masa saya mula2 membuka perniagaan batik dulu. memang susah nak nak minta bantuan. almaklumla..org masih ragu2 dengan kebolehan kita dan setakat mana kemampuan perniagaan kita. ditambah pula dgn umur sy yg sgt2 muda. baru 20 thn. lagi la kurang keprcayaan mereka. akan tetapi bila kita dah memulakan perniagaan dan menunjukkan potensi maka amat mudah utk kita beroleh bantun.. pendek kata.. kita perlu memulakan dulu.

    http://www.faizmazlan.blogspot.com

  20. Apa khabar saudara irfan? Semoga di rahmati Allah.

    Saya nak minta kpd saudara irfan, kalau tak keberatan buat workshop mini di melaka.

    Saya baru bersalin anak ke 7, saya menyusukan baby saya. Saya amatlah berminat dengan workshop irfan tapi tempatnya jauh, susah bagi saya nak handle semua, apatah lagi saya bekerja.

    Satu lagi saya buta dalam bidang internet, terutamanya bina website sendiri. Nak daftar domain name dengan web hosting pun saya takut kena tipu.

    Saya minta sangat ne. Terima kasih membaca permintaan dari saya. Terima kasih banyak-banyak.

  21. Bagaimanapun, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang meminta. Ia bermaksud juga janganlah kita kedekut dengan ilmu untuk dikongsikan. Lebih banyak ilmu yang dikongsikan, lebih banyak ilmu yang Allah akan berikan. InsyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published.