Nama anda, jenama anda!
Dalam perniagaan, satu tip untuk memudahkan anda dalam membina jenama perniagaan:
Namakan perniagaan anda dengan nama anda!
Contoh: Irfan Khairi Sdn Bhd / atau Irfan Khairi Design / Irfan Khairi Arts
Mengapa?
- Syarat utama untuk membina jenama yang hebat adalah memberi nama yang unik kepada perniagaan anda. Nama anda sendiri adalah unik.
- Perniagaan yang mudah diingat adalah perniagaan yang mempunyai personaliti. Anda adalah personaliti perniagaan anda sendiri.
- Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang membina perhubungan. Manusia membina perhubungan dengan manusia- dan bukan sekadar nama perniagaan yang tidak ada kena mengena.
Cuba anda senaraikan 10 jenama-jenama barangan mewah yang anda kenali. Mercedes, Loreal, Armani, Yves Saint lauren, Versace dan sebagainya… besar kemungkinan hampir semuanya adalah “Nama” pengasas (atau nama seseorang)!
Tak salah menggunakan nama yang bukan nama anda. Tip ini hanya untuk memudahkan orang mengingati jenama anda, gunakan nama anda dalam perniagaan! 🙂
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
salam
saudara IK, dengan keadaan krisis ekonomi skrg, mampu ke perniagaan internet meraih pendapatan yang lumayan?
saya akan menyertai worksyop jutawan internet tapi bimbang sekiranya duit yang saya akan laburkan lebur begitu sahaja. kewangan saya pun cukup2 makan je….. tapi saya nak usahakan untuk menjadi bebas kewangan. cadangan?….
Salam IK.. 🙂
Bagus gak idea nie.. 🙂 tp ada org biz ckp xelok letak nama kite sendiri..Apa pendapat IK?Kalau org putih sedap la namenye, cube kalau org jawa misalnya TUMIRAN ART DESIGN, 1st mst org gelak punye..kalau org putih sebut x ke pelik bunyinyer..Ini sekadar pendapat..Tiada kena mengena dgn sesiapa..
Yup memang betul tu,banyak lagi yang dah berjaya dengan menggunakan nama sendiri sebagai jenama produk seperti Burger Ramli,Biskut Noraini dan etc
Yup, betul kata IK.
Penjenamaan perniagaan anda lebih mudah jika gunakan nama sendiri.
Orang akan mudah ingat dan tak tertanya-tanya siapa dia tuan punya syarikat…
Hohoho! Menarik.. Apa pun akan try wat penjenamaan semula la nampaknya First Full Earn. 🙂
Thanks bro IK with a nice sharing and good info u sharing with us.
Salam Sdr Irfan,
Tips yang memang baik.
Membina nama dan jenama. Saya rasa inilah masalah utama kebanyakan perniagaan kecil, termasuk perniagaan saya sendiri. Bukan senang nak membina jenama, dan menamakan perniagaan dengan nama sendiri merupakan satu permulaan yang baik. Seperti yang dinyatakan, networking juga amat penting, tetapi bagi sesetengah orang (termasuk saya) perkara ini memang susah. Tetapi mahu tidak mahu, ia tetap perlu dilakukan untuk memajukan perniagaan.
Terima kasih kerana menganjurkan kursus e-book sekali lagi. Saya akan cuba mendaftar sebelum kehabisan tempat!
My husband nak gunakan nama i utk company dia, but then nama tu ada org dah ambik.
p.s: Sedap kot nama tu…hehe 🙂
Tengah memikirkan candangan yang diberikan. Kalau letak nama baju jenama Izzuan rasa-rasanya ada orang belitak saudara IK? 🙂
btl tu irfan..nama mmg melambangkan sesuatu..lbh2 lagi bisnes kita..kdg2 org pikir, ltkkan nama kita sbg jenama, cam nmpk xgempak..tak internasional..hehe
Salam semua… err.. nama syarikat juga biasanya kita boleh kenal melalui jenis pekhidmatan atau barang yang diniagakan…kalau seni hujungnya ada perkataan Art sebagai contoh..kalau perfileman ada perkataan Studio atau Picture…
Saya setuju dengan pandangan IK. Cuma buat masa ni saya sendiri lebih selesa menggunakan nama yang bleh membri inspirasi kepada diri dan perniagaan. Ada yang berpendapat kalau bisnes menggunakan nama biasanya ia adalah dikategorikan sebagai kerja sendiri / ‘self-employed.’ Walau bagaimanapun tip daripada IK banyak mebantu saya dalam membina bisnes.. Cayalah!
Ya, saya amat setuju dengan saudara Irfan. Sememangnya penjenamaan sesuatu perniagaan dengan menggunakan nama sendiri memang berkesan. Mcm saudara irfankhairi dan salah seorang yg saya kenal iaitu kevinZahri. Bila sebut sahaja nama, orang ramai dah tahu saudara irfankhairi berkaitan dengan perniagaan internet dan saudara Kevin berkaitan kesihatan.Satu lagi, dengan menggunakan nama sendiri, amat mudah untuk orang mencari website kita di internet. Taip jer Irfan Khairi, terus keluar. Menggunakan nama sendiri memang berkesan 🙂
Pada pandangan saya jenama memang sangat penting. Ia menjadi kelebihan kepada sesuatu perniagaan apatah lagi dengan menggunakan nama sendiri sebagai jenama…
Bagaimanapun rasanya masih perlu element2 lain bagi menyokong kejayaan perniagaan kita…contohnya dari segi kualiti, jenama tanpa kualiti rasanya susah nak berkembang.
salam IK,
Ya, selalu dalam mencari nama syarikat/bisnes orang akan pening kepala, sudahlah masa nak daftar kat SSM 4-5 kali kena reject sebab nama bisnes itu orang lain dah guna dulu.
Tetapi mereka selalu lupa perkara yang paling dekat dengan diri mereka iaitu nama mereka sendiri.. 🙂
er, situasi saya sedikit konpius.
Sebab pertama, nama saya bertindih dengan nama Dr Mohd Shukri Abdullah. Jadi, agak sukar untuk saya branding menggunakan nama sendiri dalam industri.
Namun, oleh kerana mahukan kelainan, saya ambik webname “Shueqry” dan jenama “iMotivasi”.
Dulu, saya pernah guna nama yang pelik dan nama samaran tapi nampaknya, kurang berhasil dan kini, saya gunakan nama saya sendiri untuk bina jenama.
p/s kalau nama kita dah diambil macam mana? Boleh IK kongsikan tips?
Saudara IK,
Menggunakan nama sendiri sebagai satu jenama memang baik, tetapi ianya tidak berkesan jika kita tidak mempromosikan nama tersebut…
Sebagai contohnya Irfan Khairi dipromosikan sebagai Jutawan Internet..maka nama IK jadi terkenal dipelosok tanah air..cuba bayangkan jika IK hanya dipromosikan sebagai usahawan internet biasa-biasa sahaja …sudah tentu tiada orang akan pandang 🙂
Apa pendapat IK..?
Zurina,
Saudari nampaknya kelihatan ragu-ragu dan berada dalam dalam dilema..!
Ada kemungkinan pelaburan anda untuk menyertai worksyop lebur begitu sahaja jika sekiranya anda tidak mengambil tindakan atau mungkin selepas itu anda tidak mendapat bimbingan lanjut…
Jadi saya sarankan anda untuk membina keyakinan dan kepercayaan dalam diri anda terlebih dahulu…terlalu was-was dengan bisikan negatif dalam minda kekadang membuatkan anda sering menemui kegagalan…
Harap saya dapat membantu saudari…untuk lebih lanjut bolehlah dapatkan maklumat di http://www.pemikirkaya.com
Salam kekayaan,
THINKERICH
em..ada juga yg guna nama singkatan macam Irfan Khairi ia akan guna IK Design…
Bagaimana pula jika meletakkan nama perniagaan berserta angka?
saya dalam proses membina kredebliti,nak jadi jenama lambat lagi kot.saya tengah berusaha ke arah tu.
untuk Zurina & diri sendiri,
…mostly, orang yg kaya ada yakin dalam diri sendiri, untuk dapatkan yakin perlu ada pendedahan, dan pendedahan awal perlukan 1st step. belum cuba belum tahu!
…im sensitive bout name, he..
Salam,
Tips hari ni,nama kita adalah jenama perniagaan kita yer ??
Betul tu,dalam perniagaan internet,kalau letak nama sendiri akan lebih memudahkan yer tak,cth IK sendiri 🙂
Terima kasih IK sebab sudi bagi tips ni 🙂
bagus tips kali ini…tentu terlalu ramai yang pening untuk memilih jenama.
jika memilih nama, ada antara kita sudah bias dengan nama samaran atau nama pendek. bagi mereka ini sudah pasti tidak akan selesa jika menggunakan nama penuh untuk branding.
contoh; seseorang itu sudah dikenali dengan nama ajis dan nama penuhnya pula aziz ahmad(sekadar contoh), sudah tentu akan berasa kekok untuk bertukar kepada aziz…ini kerana mungkin dia sudah di panggil dengan nama ajis sejak 30 tahun yang lalu. dalam situasi begini, jika ajis bertukar nama ke aziz, mungkin dia akan rasa kekok…
apa pendapat anda?
*nama aziz/ ajis sebagai contoh sahaja, tiada kaitan dengan sesiapa.
Ina says : “ada org biz ckp xelok letak nama kite sendiri”.
Sapiah says : Tak elok jadinya kalau kita tak jaga kredibiliti. Jangan buat sampai orang menyumpah kita disebabkan servis tak bagus kat mereka.
Ina says : “Kalau org putih sedap la namenye, cube kalau org jawa misalnya TUMIRAN ART DESIGN”
Haha..Sedap juga, bahasa kita, budaya kita. Lidah kita mudah je nak sebut. Omputeh pun akan belajar sebut kalau mereka dah selalu dengar dan mungkin mereka nak tau pasal business. So, what?
hmm bagus juga ni…
tp aku dh pakai zyzyx design studio dh lama, so xleh nk tukar balik hehe 😀
yeahh!!! betul tu branding yang tepat
Salam,
Memang bagus idea ni, tapi saya ada soalan, bagaimana kalau kita tubuh sesebuah perniagaan berkongsi dgn org lain (ada biz partner) Mcm saya skg dgn my sibling, jadi kne bincang nama yg sesuai.. Apa pndapat IK?
Salam;
Bab nama ni..awal-awal penggunaan memanglah rasa pelik, tapi bila dak lama dan selalu disebut pasti ianya akan BEST..
Yes..penting nye jenama dlm perniagaan…
macam sy gabungan antara 2 name…partner busines saya iaiti:-
Kamarul & Muzrie = Kamrie
make tertubuhlah Kamrie Corporation 😀
Sekarang ni duk highlight name ini dimane2…insyallah makin meningkat naik…
Assalam alaikum,
Cik Zurina, bagi saya pelaburan ke bengkel Tuan Irfan bukan sahaja pelaburan bagi tujuan bisnes sahaja, malah ia pelaburan kepada kefahaman kita kepada dunia internet.
Izinkan saya berkongsi kepada Cik Zurina.
Pada awalnya saya seorang yang skeptik dan tidak percaya internet ini dapat mencipta jualan. Saya mencuba membuka mini site sendiri untuk membuktikan anggapan saya salah.
Sebaliknya berlaku. Bermula pada bulan Mei sehinggalah sekarang, saya sudah menghasilkan 13 mini-site menjual produk yang saya suka, iaitu buku! Baik buku tulisan saya sendiri dan buku yang saya pilih untuk dijual. Kerana saya biasanya menjual buku orang lain yang saya telah baca dan puas hati ia mesti dibaca orang lain
Dalam dunia bisnes internet, apa yang ditekankan ialah konsep bisnes berteraskan kepercayaan. Itulah modal yang mengembangkan bisnes online seperti Lelong, E-bay dan lain-lain.
Dalam kegawatan ekonomi bagi saya bisnes yang mahu masuk ke dunia online perlu fokus kepada;
1. Mempertahankan operasi bisnes sedia ada
2. Menguar-uarkan jenama bisnes
3. Mencari bakal pelanggan baru di luar premis sedia ada
4. Mengembangkan keuntungan bisnes
Bertahan, survival, mencipta dan barulah mengembangkan keuntungan adalah langkah untuk masuk ke bisnes menggunakan internet.
Dalam kes cik puan Zurina, mungkin pengurusan risiko melalui pengurusan belanjawan adalah langkah awal. Kemudian mendaftar ke bengkel Tuan IK.
Paling penting perlu aplikasi perkara yang sudah dipelajari.
Nota : Bengkel seperti ini dan seumpamanya juga menjadi tempat business matching sesama usahawan lain. Bergantung kepada inisiatif sendiri.
ZAMRI MOHAMAD
Penulis Buku Sepenuh Masa di Malaysia
http://www.zamrimohamad.com
saya azizi ali…
saya yakin saya akan menggunakkan nama saya sendiri untunk membuat sesuatu,
lagi pun saya berjaya mencipta nama saya dalam bidang network marketing,
saya xlah bole menyanyai mcm siti,mawi..
saya juga bkn pelakon nak jadi terkenal..
tetapi dlm network marketing saya boleh mencipta nama, sekarang hampir 10,000 org knal saya…
IK sila2 lah ke blog saya…
semoga jumpa lagi…
Salam..
Saya pulak … gunakan nama tempat kelahiran saya.
sandvillage@WanitaMelayu.com
Aslkm…
sedikit pertanyaan untuk sesiapa yang sudi jawab…
Penjenamaan tu patut digunakan pada url saja atau nama website atau sebagusnya pada kedua-duanya sekali.?
Newbie.!!
Biasanya dua-dua sekali…
Contoh terdekat, Irfan Khairi 🙂
pakai dua2
sebenar nye sy nie nk msk workshop tu. .tp sy da buta it.bole ke. .
Salam saya bru nk daftarkan jenama pakaian kanak2 sesuike guna nama sendiri TQVM
Betul tu kadang-kadang bila kita nak menjual produk atau perkhidmatan apa yang orang sering tanya siapa yang menjualnya, apa yang dijualnya, bagaimana dia menjualnya dan mengapa perlu aku membelinya..Ini dinamakan penjenamaan keatas sesuatu produk yang boleh dipercayai.
betul tu.. mcm kami… guna nama Lemang Jais.. jadi.. tiap kali nak raya atau open house org ingat lemang jais. Tuannya pulak org panggil Jais Lemang.. ok le tu..
Related!! just beneath, are numerous totally not related sites to ours, however, they are surely worth going over
jenama perlu dikomersialkan kalau mahu di kenali … sebenarnya bukan jenama tetapi usaha untuk mempopularkan jenama yang akan memberi impak positif
Salam… saya ada buat kek dan hantar dan jual di gerai. Saya tak tahu nsk letak nama apa? Bolehkah tusn tolong beri pendapat.
Cadang nak guna nama sendiri tapi macam tak best je..
tq ik..sgt membantu,..sy sedang mencari jenama sediri..nak sangat letak nama sendiri..tapi xtahu membantu ke x dari segi marketting,..alhamdulillah..ilmu yg sgt membantu..thanks a lot
Nak tanye la saya peniaga burger….
Nak cari idea nama perniagaan Susah sngat nk fikir kan….. Sampai buntu kepala di fikir kan…… Nak cari nama paling baik n gempak……. Rakan2 leh bagi contoh tak untuk bagi nama paling bagus untuk mcm nama saya muhammad hafez tp kalau bagi sengkatan untuk nama perniagaan saya….??
assalam, mohon cadangan jenama yg sesuai dgn perniagaan berasaskan pakaian seperti tudung…
yealah….terlepas pandang nama perniaggan guna nama sendiri…Toyota, honda, yamaha dll semua nama org jepun yer tak…mulai skrg tukar jenama perniagaan kpd nama sendiri…
Mmg sya nak ltak nama sendri kat perniagaan sya..tp..nama sya trlalu sgt2 unik nya…nama org dlu..hahaha..mcm pelik jer bunyi nya…Kasmawaty collection…mak aiiii nak nangis d baca…tolong bagi idea
Salam semua..
Saya nak tanya..bole ke kita gabungkan 2 perniagaan dlm 1 nama syarikat..
Saya berniaga air, dlm pada masa yg sama menternak..
Bole x letak nama syarikat cth
……………Food & Farm..