Menambahkan pelanggan perkhidmatan anda

Hujung minggu ini buat pertama kali saya akan kendalikan Workshop Mini (separuh hari) Pelanggan Tanpa Had. Khamis lepas, saya ada kongsi beberapa tip di WW Astro Awani mengenai bagaiamna ANDA boleh menambahkan prospek dan pelanggan perkhidmatan anda dengan menggunakan Internet sahaja.

Berikut adalah klip dari You Tube saya dah upload 🙂

Sedikit maklumat tambahan susulan tip2 saya di atas:

1: Saya mention blog boleh menambahkan prospek sehingga 300-400 (atau lebih) prospek sehari. Tetapi, hakikatnya kebanyakan blog diluar sana pelawat tidak sampai 50 orang pun sehari. Jadi, blog masih perlu dipromosikan!

2: Laman web social networking seperti Facebook boleh menjadi platform menambahkan pelanggan. TETAPI, 90% yang menggunakan facebook untuk menambahkan pelanggan melakukan kesilapan, sehingga ianya menjatuhkan kredibiliti mereka sendiri, dan bukan menambahkan kredibiliti. Kredibiliti apabila jatuh, ianya amat sukar untuk naikkan semula.

3: Suka saya ulang kembali 4 perkara penting dalam mendapatkan prospek dan pelanggan untuk perkhidmatan kita: Tambahkan kredibiliti >> Tambahkan keyakinan >> Bina perhubungan >> Promosi perkhidmatan

Sekiranya anda menjalankan perkhidmatan dan ingin ketahui strategi bagaimana anda boleh menambahkan bilangan prospek dan pelanggan anda setiap hari (tanpa had!), kita jumpa di Workshop Mini Pelanggan Tanpa Had pada hari Sabtu, 8hb November ini.

Tajuk: Pelanggan Tanpa Had
Tarikh: 8hb November 2008
Waktu: 8.45-1.00
Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

34 thoughts on “Menambahkan pelanggan perkhidmatan anda

  1. Betul tu…Saya sangat setuju dengan tips IK mengenai kredibiliti.”Kredibiliti apabila jatuh, ianya amat sukar untuk naikkan semula.”

    Oleh itu jagalah kredibiliti itu dengan elok. Susah hendak dapat pelanggan jika pelanggan tidak percaya dengan kita.

  2. Promosi…. Promosi…. Promosi…. Promosi…. Promosi…. Promosi….

    Tinggalkan comment kat sini pun di kira promosi kan…

    teruskan promosi.

  3. Pasti saya akan ke workshop ni untuk manfaat diri sendiri dan perniagaan saya. Harap kawan-kawan yang lain dapat ambil peluang ini dan harap juga tahun depan masih ada lagi program seperti ini.

  4. Pada pendapat saya yang telah menyertai workshop mini yang terhangat pada 25 hb. Oktober yang lalu,Irfan juga turut menekankan pada bahagian yang terakhir iaitu “PROMOTION”.

    Walau produk kita sebaik mana pun, tapi tanpa promosi yang betul, kita takkan ke mana. Sudah semestinya workshop mini Pelanggan Tanpa Had ini adalah pelengkap ilmu kepada workshop yang yang sebelumnya.

    Beruntunglah kepada kengkawan yang dapat join kursus mini pada hari Sabtu ini. Saya masih tidak berkesempatan lagi sebab terikat dengan minggu peperiksaan.

    Harapan saya agar irfan dapat adakan kursus pada hari Sabtu ni pada masa-masa yang akan ye irfan… Ramai lagi yang di luar sana macam saya yang masih ingin menyertainya..

  5. Yup apa yang faizul katakan tu adalah betul. promosi… promosi…promosi..promosi dan dr.irfan pun cakap teruskan promosi dan jangan berhenti untuk melakukan promosi.

    Tinggalkan komen kat sini pun promosi juga, sbbynya dapat meningkatkan traffic laman web.

  6. Salam IK,

    Ada plan nak buat seminar di utara ka?

    Kredibility & promosi yang mantap akan memastikan kejayaan dalam apa-apa bidang yang diceburi. Bagi saya, tengah membina kredibility sebagai penasihat pemasaran kerjaya dan pada masa yang sama membuat promosi memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. InsyAllah, semoga saya berjaya.

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  7. Saya setuju 100% yang promosi memainkan peranan penting dalam meningkatkan jualan. Jika boleh promosi mestilah amat berkesan dan peratus prospek bertukar menjadi pelanggan semaksimum mungkin.

    Kadang-kadang saya perasan, setiap kali saya update blog, mesti ada perkembangan, iaitu sale. Saya harap mempunyai masa untuk menghadiri woksyop yang berguna ini satu hari nanti bagi meninglatkan bisnes yang dijalankan.

  8. Salam…

    Satu soalan jer,bila Ik nak buat workshop kat Melaka???

    Kalau buat kat Melaka,saya orang first daftar 🙂

    p:S-tu pun kalau cukup duit ler 😉

  9. Salam IK,

    Ya. Sesungguhnya ramai yang mampu berniaga tetapi untuk menambahkan jumlah pelanggan masih lagi kurang. Banyak lagi teknik yang masih tak di praktikkan atau mungkin tak tahu akan teknik promosi menyebabkan suatu bisnes tiada peningkatan.

    wassalam
    http://www.glowglokal.com

  10. Totally agree that the more we promote the greater prospek we get!

    Saya juga realize, jika saya bekerja lebih keras atau bak kata Team700 kena sibukkan diri mempromosi, saya dapat lebih prospek untuk hari tersebut…!

  11. Saya rasa kan page yang kurang menarik dan nmpk biasa2 kadang2 kita meraguinya… Kadang2 terfikir adakah ianya benar???

    Letaklah banyak mana testi pun, tp nampak ayat berlakon. Adakah ini cara yang berkesan pada ketika ini???

    Untuk mendapatkan sale mesti susah walau kita promot banyak mana pun kan…

  12. Salam.

    Saya SETUJU SANGAT dengan pendapat faizul pada no.15 tu.

    Irfan sendiri menggunakan nama orang yang popular seperti Nizal Mohammad, Manan Ngah, Noor Hafiza Saharuddin @ Fifi,Razzi Rahman, Azizi Ali.

    Terus terang saya nyatakan, kalau tak ada nama seperti tu, saya pun rasa tak yakin…

    Irfan tolong bagi komen sikit… Saya percaya bahawa jika kita mendapat testimoni dari orang yang popular macam tu sedikit sebanyak, ia akan mempengaruhi minda pelanggan kita untuk membeli…

    tapi… macama mana pula untuk meyakinkan pelanggan kita jika testimoni kita tu diberikan oleh orang kebanyakkan yang rata-ratanya tiada mempunyai pangkat dan kedudukan… maksud saya orang biasa.

    Nampaknya kena kejarlah orang-orang yang ada nama di mata masyarakat ni untuk beri testimoni terhadap produk kita pulak… tujuannya untuk menarik perhatian… betul ker macam tu…. atau ada cara lain…?

  13. tak semestinya guna mereka yang berpengaruh untuk dpt kepercayan.memang tak dinafikan dalam bisnes orang ada nama boleh beri kekuatan tambahan,tetapi beberapa kerat je yang boleh guna khidmat mereka.cuma strategi promosi tu yang penting,byk kaedah promosi lain yg boleh dicuba dan yg paling baik adalah melalui promosi dengan memberi faedah kepada bakal pelanggan,kongsikan ilmu yg ada,jangan hanya promosi hanya untuk menjual sahaja tetapi yg penting untuk membina kepercayaan dengan bakal pelanggan…

  14. …saya setuju dengan pendapat Amirul, tapi sebelum tu, marketing kenalah kuat!

    …IK belajar menyanyi dah! harap2 lebih mantap dan serak dari suara Razzi, hehehe…

  15. Saya amat setuju. Kreadibiliti memang penting dalam mempromosikan diri kita secara maya. Ia dapat membantu banyak perkara dalam mempromosikan website kita.

  16. Tidak semestinya kita memerlukan komen dari orang-orang yang ternama untuk menambahkan pelanggan.

    Untuk menyakinkan seseorang pembeli dan menambahkan pelanggan ada banyak cara :-

    1) Pamerkan gambar anda yg sebenarnya
    2) Daftarkan nama sykt dan pamerkan nama sykt di web jualan anda
    3) Letakkan no telefon
    4) Letakkan komen beserta gambar si komen dan jika boleh tunjukkan gambar bukti keberkesanannya produk anda, ini adalah lebih bagus
    5) Selalu memberi sesuaut percuma yang berguna kepada pelawat
    6) Pamerkan gambar sykt dan alamat sykt di web jualan
    7) Walaupun ada web jualan, blog tetap penting untuk mempromosi web jualan tersebut. Letakkan link blog pada web jualan, agar si pembeli tahu tuan empunya masih bergerak aktif berniaga
    8) Sekarang di blog-blog telah wujudnya tempahan iklan. Carilah blog yg mempunyai trafik tinggi untuk membuat pengiklanan.
    9) Selalu bergerak aktif secara profesional di forum-forum dan blog-blog yg seanteronya. Rakan-rakan seperjuangan juga boleh membantu mempromosikan walaupun tidak pernah berjumpa.
    10) Buat video ringkas tentang perniagaan anda dan upload ke youtube dll

  17. Herm.. Saya rasa apa yang faizul katakan tu tak dapat dinafikan adakalanya testi tidak asli. Kalau nak nampak lebih profesional adalah baik jika dapatkan testi yang asli daripada pembeli dan orang lain akan melihat bahawa testi tersebut bukan 1 rekaan ataupun ataupun saja2 nak muatkan laman web. Namun adakalanya produk dah bagus dan dan minisite/ laman web pun boleh tahan dapat dilihat dengan susunan elemen2 yang teratur serta tipografi/font yang sesuai dan menarik, tetapi jika sales letter tidak dapat membuat sebarang belian ianya pasti menimbulkan masalah kerana laman web tidak mendapat sebarang belian daripada customer.

  18. Tahniah Abang Irfan.

    Saya mula blogging sejak 2005 lagi. Mungkin Abg Irfan masih ingat bagaimana kita mula berkomunikasi. 😉

    Komen Irfan kat blog saya yg mula2 masih saya simpan rapi sampai sekarang. Ia satu suntikan semangat buat saya selama ni.

    Mengenai blogging, memang tak disangkal kehebatannya. Saya dikenali oleh kawan2 dan pelanggan melalui blog! 😀

    Saya ada tulis satu artikel analisis mengenai kemungkinan teknik yg Irfan guna untuk dapatkan trafik ke blog IrfanKhairi.com ni. Sudi kira membacanya di blog saya.

    Thanks!

    ps. Satu demi satu buat bengkel mini ya. Teringat saranan Abg Irfan pada 2006 dulu. 😉

  19. tiada gunanya kalau produk bagus tapi takde promosi…ibarat kalau kari kepala ikan yg kita makn tu sedap, kita sanggup datang balik ke kedai tersebut walaupun jarak perjalanan jauh.

  20. salam

    “pelanggan kita membeli produk/servis kita atas kepercayaan mereka pada diri kita” , membina kredibiliti adalah penting untuk wujudkan follower, pembelian berulang & referral bisnes…

    amen

  21. Assalam,
    info di blog ni sgt membantu cuma masih tidak berkesempatan utk join program IK. Apa pun wish all the best to all marketers & para usahawan di luar sana 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.