Internet untuk menambahkan prospek perkhidmatan anda

Sering saya ditanya oleh kenalan-kenalan saya dalam bidang perkhidmatan (seperti ejen insurans, ejen kewangan, ejen
hartanah, konsultan, penasihat, pemilik nursery dan sebagainya…), bahawa mereka tidak mempunyai produk untuk dijual di Internet.

Maka, apa gunanya perniagaan Internet?

Pemikiran begitu adalah salah! Internet boleh digunakan untuk menjana prospek berlipat kali ganda jumlahnya. Tidak semestinya anda mempunyai produk fizikal untuk menjalankan perniagaan Internet. Perkhidmatan anda sendiri adalah “produk” anda.

Sekiranya anda melihat laman-laman web luar negara (terutamanya barat), ramai yang mengendalikan perniagaan perkhidmatan menggunakan Internet untuk menambahkan bilangan pelanggan mereka. Di Malaysia, masih ramai yang tidak tahu kaedah ini dan hanya bergantung kepada perjumpaan empat mata untuk mendapatkan prospek dan pelanggan.

Salah satu contoh menjana prospek adalah melalui BLOG seperti blog ini. Blog ini boleh menarik dalam lebih daripada 1,000 pelawat setiap hari. Ini bermaksud, lebih 1,000 prospek setiap hari. Untuk berjumpa lebih 1,000 individu secara peribadi sebagai prospek setiap hari adalah agak mustahil. Tetapi, dengan kebolehan Internet, ia menjadi realiti.

Sekiranya anda, kenalan atau keluarga anda menjalankan karier dalam bidang perkhidmatan, gunakan Internet untuk menambahkan bilangan prospek, menambahkan pelanggan dan juga meluaskan pasaran anda. Terutamanya dalam keadaan ekonomi menurun ini, mereka yang menjalankan perkhidmatan perlu mendapatkan alternatif lain untuk menambahkan pelanggan.

ps: Β Sertai Workshop Jutawan Internet untuk mempelajari setiap detail bagaimana menggunakan Internet untuk perluaskan pasaran bidang perkhidmatan, klik di sini untuk maklumat lanjut.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

27 thoughts on “Internet untuk menambahkan prospek perkhidmatan anda

  1. Salam Semua,

    Sebenarnya, sebagai seorang yang mengendalikan perniagaan berasaskan perkhidmatan, saya rasa kehadiran di Internet bukan satu pilihan, tetapi kewajipan. Selain daripada mendapatkan pelanggan atau prospek baru menerusi pencarian search engine, kita juga boleh memanfaatkan Internet untuk menyerlahkan keupayaan kita. Dalam hal ini, woksyop Sdr Irfan banyak membuka mata.

    Sekarang kalau pelanggan tanya “What is your credentials?” Saya tidak lagi menghantar brosur atau faks…saya terus kata “You can visit my website for credentials and visit my blog to evaluate my ability”. Sungguh mudah.

    Tapi paling best, Internet membolehkan saya bekerja dari rumah bersama keluarga, sedangkan pelanggan tak tahu pun kita bekerja dari rumah.

    Selamat berkhidmat!

  2. Sekarang ini prospek melalui online lebih ramai dan level of trust pelanggan Malaysia juga tinggi berbanding dahulu.

    Bercerita mengenai kepercayaan, buku saranan saya ialah Speed Of Trust oleh Stephen MR Covey. Katanya, lebih tinggi trust kos pengendalian lebih rendah.

    Saya tidak menafikan kos saya turun dari segi pemasaran dan lain-lain sejak menggunakan internet sebagai medium. Cuma kena rajin sedikit dalam promosi awal.

    7 daripada 10 pelanggan saya baik berbentuk bengkel penulisan, bengkel pengurusan dan hendak membeli buku datangnya dari laman web saya. Yang beli buku kebanyakkan luar dari Kuala Lumpur, khususnya Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan. Ada juga dari Brunei. Sama halnya dengan training, kebanyakkan jemputan di luar KL.

    Terima Kasih Tuan IK atas idea dan panduan diberi.

    Nota: Buku saya Rahsia Bisnes Mamak kini sudah terbang ke Australia dibaca oleh usahawan restoran Melayu di sana. Semuanya dengan izin Allah melalui kuasa internet.

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis Buku di Malaysia
    http://www.zamrimohamad.com

  3. Kaedah merekrut ahli/prospek untuk pasaran perniagaan dengan internet adalah berkali ganda lebih mudah.Email adalah cara paling efektif untuk promosi tapi sebagai seorang IM yang baik harus menitik beratkan kaedah rekrut terbaik.

    http://syokbeb.com

  4. Rasanya jual servis dalam internet paling mudah dilakukan sebabnya, tak ramai service provider gunakan medium ni untuk menjual servis mereka.

    IK dulu pun start dengan servis bukan? Kalau agen hartanah nak offer service dia online, senang jerk. Letak laman web, explain naper dia orang yang patut dipilih, persuade, pastu sediakan form yang detailed (supaya tire-kicking prospects keluar/orang yang tak betul-betul berminat daripada laman web tu).

    Senang-senang… kan bagus kalau diorang aplikasikan offline marketing ke online. takde jauh beza, kecuali mediumnya.

  5. Yup internet ni amat luas sekali…

    Saya setuju dengan Razali Rasman, ia perlu jadi satu kemestian pada hari ini…

    It makes it easy for POTENTIAL clients to find you and furthermore the cost of promotions is almost zero if you know how to do it.

    Its just your time spent marketing it. πŸ™‚

    Dari Singapore,
    Fadzuli
    http://www.fadzuli.com

  6. Salam;
    Amat setuju dengan pendapat gunakan internet untuk menambahkan prospek, menambahkan pelanggan dan meluaskan pasaran anda.

    Inilah masa nya untuk anda memulakan strategi merancang untuk menambah pendapatan sampingan anda semasa kemulut ekonomi semasa sekarang ini !

    Keadaan ekonomi yang semaking meruncing di Amerika Syarikat sedikit sebanyak memberikan kesan di rantau ini dan Malaysia tidak terkecuali. Walaupun bahangnya masih belum terasa namun saya dan anda perlu mengambil satu pendekatan positif untuk meningkatkan cash flow dan memastikan perbelanjaan berada di tahap yang boleh di kawal.

    Bertindak Sekarang – Masa Untuk Menjana Pendapatan Sampingan Di Internet..

    .

  7. masa pada awal tahun ni, saya berfikir sama ada nak buat freelance buat website atau mengajar orang buat website berasaskan php.

    akhirnya saya pilih mengajar orang buat website berasaskan php. pada mulanya macam payah sikit, tapi setelah aktif dalam forum.
    nama saya amat dikenali dalam dunia cyber ni

    lepas tu banyak juga dapat email mintak ajar dia orang buat php terutama pelajar tahun akhir, dia orang nak siapkan projek.

    cuma sekarang saya tengah fikir nak mengajar melalui internet sahaja, macam video conferen, tapi dalam plan lagi.

    tak tahulah apa patut saya tambah servis kat website saya tu πŸ˜€
    nantilah saya fikir dulu

  8. Yup saya masih belajar cara ini…saya dah tgk kebanyakan ajen insurans atau konsultan menggunakan cara ini untuk mencari prospek atau lead…inysallah saya akan cuba cara ini untuk mendapat prospek

  9. Kehadiran IK dalam bidang ni telah memberi peluang dan keyakinan yang lebih tinggi terhadap rakyat malaysia.

    Sebelum ni, ramai orang agak ragu-ragu nak memulakan perniagaan internet di malaysia…

  10. Tepat pada masanya & ini yang saya nantikan juga. Saya lebih kepada perkhidmatan untuk kanak-kanak di Taska. Sebut “Taska”, ramai juga yang pandang endah tak endah akan misi saya. Anda, bagaimana?

  11. Saya dalam bidang Network Marketing benar2 merasakan kelebihan Internet yang merupakan alat perhubungan tanpa sempadan bangsa, usia, negara, warna kulit, agama, paras rupa dll. Melalui internet , perniagaan berasaskan Network Marketing menjadi semakin mudah, semakin popular dan semakin diminati ramai. Walaupun beberapa bulan, network saya berkembang melebihi 200 orang downline termasuk ke Singapura.
    Puas hati kerana ilmu dari workshop IK dapat memajukan bisnes saya. Walaupun website saya biasa saja, but it works!

    http://www.StrategiBisnes.com

  12. internet dan blog adalah antara agen marketing yang paling power pada hari ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk ambil kesempatan ini.

  13. Saya amat bersetuju dengan pendapat IK tentang peripentingnya penggunaan blog,sebagai satu alternatif menjana prospek.

    Saya sendiri menggunakan blog sebagai wadah untuk memperkukuhkan kredibiliti saya sebagai seorang penasihat kewangan.

    Dengan hanya mencipta satu “post” sahaja,saya dapat berkomunikasi maklumat penting dengan ratusan client,di bawah jagaan saya.

    Blogging is definitely the way! πŸ™‚

    Helmi Hakim
    http;//www.helmihakim.com

  14. prospek…prospek….:)

    skang ni dgn adenye tenet…x yah jumpe pun boleh dpt propek and dpt close kes…
    hebat2…:)

  15. YA, saya setuju dengan saudara IK. Kita mempunyai masa yang terhad. Kita tidak boleh memenuhi kehendak semua orang dalam sehari. Sebab itulah wujudnya medium blog. Ia mudah. Sekali update, beritanya sampai meluas ke pelanggan.
    πŸ™‚

  16. Salam,

    Kini internet menjadi satu medium perhubungan dan pencarian imformasi yang paling murah dan efektif.. Dengan adanya medium ini, byk membantu ramai org mencipta peluang perniagaan..

  17. Salam,

    saya pun baru berjinak2 mengunakan internet utk bisnes saya (industri perkhidmatan).

    Industri perkhidmatan ni kebanyakannya dikawal dan dihadkan pengiklnan perkhidmatan mereka oleh badan-badan professional bidang tersebut. Susah jugak lah nak promosikan bisnes tanpa melanggar etika dan peraturan.

    anyway, doakan usaha saya berjaya.

  18. Salam ceria IK dan rakan-rakan,

    Sememangnya Mat Salleh dah lama aplikasi kaedah pemasaran di Internet ni.

    Cuma kita usahawan/peniaga di Malaysia ni
    baru nak sedar betapa ‘power’nya kuasa Internetnya.

    Macam saya sendiri, memang dah pun mengamalkan kaedah ini. Terbukti mudah dan murah kosnya.

    Semua kerja promosi dilakukan melalui Internet. Tak perlulah nak susah-susah buat apointment, trafik jam, duit minyak, duit tol… kalau customer tak caya suruh dia datang sendiri ke pejabat.

    Memang senang kerja dan jimat belanja.

    Apa orang kata, work smart… not hard!

    Hahaha…. thanks IK kerana memberi kesedaran ini kepada ramai orang.

    ikhlas dari,

    Zaki Yusof
    http://www.JomTraining.com

  19. Selaras dengan perniagaan perkhidmatan saya, kebanyakkan pelanggan saya adalah menerusi internet dan referral and they will come and visit my blog.

    Tapi rasanya saya masih perlu pengetahuan dalam bidang ini untuk memperkemaskan lagi perkhidmatan saya dimana suatu hari nanti pelanggan saya akan menemui saya di alam maya…hehehehe… guna webcam untuk sidang konsultansi.

    Jadi bagi pelanggan saya di utara, selatan dan pantai timur tidak perlu datang ke Putrajaya.

    Moga ini akan menjadi kenyataan.

    http://www.asasteguh.com

  20. Saya berasa amat bersyukur memandangkan terdapatnya medium pengiklanan yang murah dan cepat, saya dapat mengembangkan perniagaan yang berasaskan perkhidmatan perkahwinan dengan lebih berkesan. Saya sekarang menerima lebih kurang 1000 pelawat sehari pada website saya sehinggakan tidak menang tangan untuk handle pelanggan walaupun perniagaan saya hanya ‘home base’ & masih baru..insyaallah saya akan mengembangkan lagi perniagaan ini dan mempunyai sebuah butik pada masa akan datang..terima kasih kepada IK kerana tips-tips perniagaan yang berguna..semoga IK bahagia..
    http://rinssuzana.fotopages.com
    http://www.rinssuzana.com

  21. salam IK dan semua pembaca sekalian…saya mendapat idea untuk memulakan perniagaan melalui internet ni melalui blog IK….minat berniaga tu mmg dah ada.Selain menjual batik kepada kawan2,saya beranikan diri pasarkan produk melalui internet….alhamdulillah,rupa2 mmg ramai yg berminat dengan produk yg sy jual.Walaupun masih baru dalam perniagaan internet ni,sy mmg dah nampk betapa besar pasarannya kerana dah berjaya dapat 7orang pemborong dalam masa sebulan…..mmg terbukti internet medium pengiklanan yang terbaik…..

  22. saya setuju dengan pendapat diatas.Memang sesuai untuk meluaskan pasaran takaful yang sedang saya lakukan sekarang. (cuma saya masih belum lagi mempunyai blog sendiri)

    mencari perlindungan takful? hubungi kami di Etiqa Johor:
    mns01j@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.