Hari ini saya nak minta pendapat anda & berbincang sedikit…
As many of you know, saya seorang speaker (bukan “speaker” macam kotak pembesar suara tu! :)). Dan saya sering mengendalikan talks seluruh malaysia dan ada kalanya luar Malaysia.
Nak katakan saya ni “pakar motivasi”, atau “trainer”, atau “motivator”, atau “pensyarah”, atau “penceramah” saya rasa bukan. Sebab most of the time, saya kongsikan pengalaman saya sahaja. So, saya tak tahu lah saya di kategori yang mana.
Anyway, soalan saya adalah tak kira apa yang anda panggil, dalam seorang “speaker”, apakah ciri-ciri yang membuat anda suka melihat/mendengar/tertarik/tak boring/tumpukan sepenuh tumpuan dan sebagainya? Jadi…
What makes a good keynote speaker?
Pendapat anda amat dihargai supaya boleh saya implementasikannya! tak lupa juga, bagi mereka yang berminat untuk menjadi speaker, boleh mempelajari melalui perbincangan ini apa yang diperlukan untuk menjadi seorang speaker yang hebat 😉
ps: bagi anda yang pernah melihat saya buat talk, pasti dah tau gaya & cara saya.
pps: sekiranya anda inginkan saya untuk buat talk untuk majlis anda (kecuali majlis perkahwinan), boleh hubungi krew saya di sini.Â
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Bagi saya Ik adalah sebagai ‘motivator’. Hadir IK dlm hidup saya sewaktu saya sedang mencari arah tujuan hidup akan datang. Waktu itu kami baru saja terima rezeki yg lama kami nantikan. Kata IK, laburkan pada diri sendiri dulu.Langkah pertama adalah ke workshop IK. Paling penting, speaker tak buat saya rasa nak tidur.
Hi IK,
lama tak tinggal komen kat blog IK ni…hehe
selalu datang baca je…
bagi saya, saya suka speaker yang nampak bersemangat (jd semangat jg), pandai buat lawak (tak nagtuk)…
Han
Saya sukakan speaker yg;
1. ada gimik
2. suka berkongsi cerita
3. funny
4. bersemangat
5. selalu beri idea/fikir yg luarbiasa
6. ada interaksi dengan penonton
7. time management nya bagus
8. bercakap dari hati dan pengalaman sendiri
Itu sahaja. Harap dapat membantu. 🙂
Saya suka speaker yang santai dari segi penampilan dan persembahannya, tidak terlalu formal, terlalu ikut protokol…
Cara penyampaiannya straight forward, takda ayat berbunga-bunga atau meleret-leret.
🙂
Assalamualaikum,
Ini pertama kali saya meninggalkan komen dalam blog IK.
Saya pernah mengikuti woksyop Sdr Irfan pada Julai tahun lepas dan mendapati ia amat berguna dan membantu saya mengembangkan perniagaan saya di Internet.
Bagi saya sebagai pendengar atau peserta, perkara paling penting yang perlu ada pada seorang speaker ialah ilmu dan keupayaan menyampaikan ilmu itu dengan jelas. Saya rasa dalam hal ini, memang Sdr Irfan berjaya melakukannya.
Kedua ialah gaya penyampaian yang bersahaja dan menarik yang membolehkan penonton memberi tumpuan, terutamanya jika acara atau seminar mengambil masa sehari suntuk.
Saya rasa perkara pertama paling penting dalam seminar berbentuk panduan kerana itu sebab utama pelanggan sanggup membayar jumlah wang yang besar untuk mendengar seorang speaker. Namun bagi penceramah motivasi pula, saya berpendapat perkara kedua lebih penting, kerana matlamat utamanya ialah untuk menyuntik semangat kepada para hadirin.
Diharapkan maklum balas ini dapat membantu.
Terima kasih sekali lagi.
Salam,
Tuan Irfan, bagi saya tuan memang seorang Speaker, sebab Speaker lebih aktif,lebih banyak bercakap dari Peserta. Walaubagaimanapun, bagi mengajak Peserta sentiasa turut serta(dengar & respon) dalam sesi seminar, Tuan boleh merujuk Pakar2 seperti Tony Robbins atau Harv Eker. Mereka ada identiti sendiri bila ‘interact’ dengan peserta.
Contohnya seperti Tony – Say Aiii !!!
Harv Eker – True or True ? Sekadar perkongsian, Tuan Irfan lagi mahir sebenarnya. 🙂
Saya mengikuti perkembangan IK dari awal mula keluar TV hingga ke hari ini. Memang perubahan yang sangat ketara saya perhatikan in term of cara penyampaian. Kalau dulu nampak agak nervous, sekrang nampak full of confident..tahniah!
Pada saya good speaker adalah speaker yang pandai berinteraksi dengan audiences..tidak stereotype..
Lebih best kalau ada unsur2 humor @ kecindan, untuk menarik perhatian audiences (tapi tidaklah melawak sepanjang masa sampai lari daripada topik yang nak dibincangkan / atau membuat lawak bodoh yang boleh mengurangkan kredibiliti seseorang speaker tu)
tapi yang penting sekali, speaker tu seoran yg betul2 berpengetahuan ttg perkara yang disyarahkan. Lebih baik kalau dia seorang real player dalam bidang tersebut..
just my 3 cents
Saya suke speaker yg bercakap dengan suara yg jelas, kuat sedikit & tak tersekat-sekat. Kalau dapat letak sikit sense of humour lagi bagus..mmg takkan buat saya ngantuk..
Lagi satu kalau seseorg speaker tu dapat masukkan contoh2 dari pengalaman beliau sendiri. Mcm Dr. Fadilah Kamsah, saya mmg tak bosan dengar motivasi dia kt oasis tu.
Saya tak pernah saudara IK buat talk tp kalau yg dekat Awani tu pernahla tgk..you also best…
Saya tertarik kepada seorang Speaker yang berkongsi pengalaman beliau secara ikhlas dalam topik tertentu. Ia ibarat siri “Kisah Benar’dalam tv satu waktu dulu.
Yang pasti, topik yang hendak dibawa oleh speaker tersebut mestilah apa yang ingin didengar oleh audience.Selain dari menghuraikan “bagaimana untuk …bla, bla, bla …”, beliau harus menyelitkan pengalaman sebenar beliau (+ve or -ve) dalam setiap langkah tersebut.
Pendapat saya sama seperti Amalia dan Shukor
Ada sedikit penambahan ,
rupa paras juga penting , naluri manusia sukakan pada keindahan..
Yang paling utama KEIKHLASAN,
Seorang pendengar dapat merasa seseorang itu ikhlas atau tak , lain auranya.
Assalamu’alaikum Saudara Irfan,
Alhamdulillah saya berpeluang mendengar saudara bercakap dalam dua perjumpaan.
Dari segi isi yang disampaikan, memang bernas dan padat, cuma mungkin saudara boleh perbaiki pergerakan saudara.
Saya dapati saudara banyak bergerak ke depan dan ke belakang, umpama kapal tersangkut sauh.
Jika pergerakan sebegini mungkin dapat dikurangkan, saudara akan kelihatan lebih profesional.
Bagi penyampaian saudara pula yang bersahaja, saya menyukainya kerana ia tidak membosankan.
Harap ini membantu.
Eid Mubarak!
Ihsan @ Deen
Malay to English Translation Service Provider
http://www.SimplyTranslate.net
Bagi saya, first thing that we sholud do ialah wujudkan ikatan dengan pendengar. Contohnya, sebelum bermula, apa kita jumpa pendengar, berkenalan, dengar masalah mereka dan so on….
so, dengan ini, pendengar akan ada good first impression. Kita akan dilihat sebagai concern dan down to earth. Lagi bagus, kalau kita dapat kongsi apa yangkita bincangkan sebelum mula tadi waktu tgh berucap. Ni akan lebih menaikkan lagi saham kita (n_n)
Kadang-kadang bagi saya peserta takut untuk approach kita dan mulakan sesuatu tapi mengikut orang lain. Jadi kitalah patut mulakannya. Jumap orang ramai. Jadi, bila kita dah wujudkan culture 2 dr awal lagi, hubungan orang ramai ngan kita will not look like between two strangers.
Dengan ini, ia akan participants’ participations. Mereka tidak akan rasa inferiority (yang saya rasa masalah dalam ASIAN people). Majlis akan lebih meriah dan tidak akan bosan.
Kenapa kita perlu jadikan majlis biasa ( yang tida VIP dan so on)menjadi majlis rasmi – penuh dengan tense, formality.
Kadang-kadang saya rasa, berbanding meletak speaker di hadapan dan berbaris2 peserta di hadapan speaker, apa kata kita letak speaker di tengah2 dan jangan letakkan peserta dalam barisan yang membosankan.
Letakkan mereka dalam bulatan atau berkumpulan. Lebih organik dan meningkatkan perbincangan. Speaker juga akan dilihat lebih mengambil berat semua peserta dan bukan hanya peserta di bhagian depan.
Yang penting adalah bagaimana kita menjalin ikatan dengan peserta. Jika peserta dapat melihat dan mengaitkan diri diri mereka di dalam apa yang disampaikan, peserta akan dapat lihat cita-cita bukan angan-angan kosong.
p/s : Bilalah dapat jadi speaker macam IK ni (n_n). Nak sangat jadi tapi xde peluang…hehhehe ( suka tgk TD Mahathir bagi ucapan…cuba teka kenapa?)
http://www.helmiasyraf.com
hullabaloo_bard@yahoo.com
Salam,
Pendapat saya:
Untuk menjadi speaker yang hebat, sememangnya perlu melengkapkan diri dengan bukan sahaja ilmu-ilmu berceramah, tetapi juga ilmu yang anda ingin kongsikan dengan orang ramai,supaya orang bersemangat untuk mendengar.
Salam Semua,
Pendapat akak, Speaker yang baik adalah yang dapat sesuaikan penyampaian dengan keadaan. Kongsi informasi dengan ikhlas dan bersemangat jadi audience pun bersemangat juga untuk mendengarnya. Dan approachable jadi orang tak segan untuk tegur walaupun lepas kelas/workshop.
Kalau yang hadir ramai, lebih baik cara motivational tetapi bila kelas kecil, boleh lebih personal. Gunakan kes2 sebenar boleh buat participants relate dan ianya lebih menarik dari theory semata2. Banyakkan interaksi dan soal-jawab to keep both audience and speaker alert.
Tentang exercise atau games dalam kelas tu kena tengok2 juga. Kalau orang2 muda ok lah tapi kalau yang datang lebih matang, ada masanya tidak sesuai…
bg saya, speaker yg best:
*xwat sy ngantuk
*informasi yg disampaikan mestilah bersesuaian n up to date
*bg teguran tp xmenyampahkan
askm,
lama dh x bg komen kt sini..hehe
bagi sy, IK adalah seorg yg ada gaya tersendiri & unik..Dalam list sy ni ada beberapa org yg sy amat kagumi sewaktu menghadiri sesi perkongsian mereka..Antaranya adalah:
1. Sifu sy Cikgu Gan Ah Seng – a phenomenal icon!
2. Sifu, Cikgu Azman Ching – lincah & bersuara lantang!
3. Bakal Jutawan, Sdr. Abu Zaid (kuching) – orang muda yg bijak berkata-², lots of ideas sewaktu sharing.
4. Bekas Pencuci Kereta, Sdr. Irman Harmi (kuching) – dr seorang pencuci kereta kpd jutawan, hanya berkelulusan tingkatan 3 tp gaya bahasa & penyampaian sgt menyentuh perasaan.
5. Bakal jutawan, Sdr. Salleh Pawi (kuching) – veteran yg agresif seperti anaknya, Abu Zaid tp lebh menjurus kpd personal reflection & self thinking sewaktu berucap.
6. En. Nor’e Fadzwie (kuching) – sentimental & tenang semasa berucap di depan tp his words has pierced yor heart deep inside!
Salam..
Seronok juga dapat meneliti pendapat2 group blog Earth Fun Carry nie..
Saya sukakan penyampaian yang kreatif tapi logik, spontan dan ada isi, kalau selit2kan dengan pengalaman atau lawak sikit, barulah ada ‘kick’..
Salam.
Personally, sy sgt suke keynote presented by Steve Jobs. Klu de masa try la tgk his style 😉
btw, sini ada link in case nk buat research skit: http://www.businessweek.com/smallbiz/content/jan2008/sb20080125_269732.htm
Hi…
Speaker yang hebat bagi saya pula:
1)Mampu menarik minat audiens
2)Faham & jelas apa yang nak dikongsikan
3)Kalau boleh selit lawak sikit2-xlah ngantuk
P:S-Nak sangat tengok cara IK bagi talks,tengah kumpul duit le ni 🙂
salam,
…suka speaker yg serius dan firm tapi masih cute dan lucu.
Salam,
Bagi saya, saya sukakan speaker yang;
– gaya penyampaian yang jelas & tersendiri.
– selamba, ceria & friendly.
– mampu memotivasikan peserta yang hadir.
– tidak menyampaikan point-point kritikal
(penting) secara terus-menerus.
Kalau boleh beri sikit masa kepada peserta
untuk menerimanya.
– menyelitkan unsur jenaka dalam penyampaian.
Sekian saja pandangan dari saya.
Terima kasih.
Salam IK!,
Apa yang penting, pada saya terdapat 2 kriteria bagi seorang penceramah. Yang pertama adalah ilmu yang ingin di sampaikan apakah ia sampai kepada pendengar dan pendengar faham. Yang ke-dua adalah ia tidak membosankan.Mungkin boleh di selitkan unsur jenaka, games dll.
Pasti jika ada kedua-dua itu harga yang di bayar amat berbaloi untuk pelajar/pelatih seminar/ceramah dsbgnya yang mereka sertai….
IK, anda adalah sifoo saya pada bulan Julai 2007… So far emmmm… memang memuaskan kerana ilmu yang anda berikan seketul-seketul masuk dalam minda (cuma ada yang saya tak praktikkan aje tu… hehehehe)
Rasa tak cukup satu hari seminar wokshop jutawan Internet tu…
Thanks IK untuk ilmu yang sifoo curahkan,Wassalam.
http://www.glowglokal.com
bg saya, saya lebih suka yg berbentuk santai..xterlalu formal..ada two way communication..ada jokes,..byk memberi motivasi kat audience,..ada pop kuiz ke(ada hadiah ler)..presentation still related ngan tajuk..bersemangat..high level confident..tau adat budaya setempat:cth bila dtg kelantan pandai kecek klate,hehehe..tu je…
tq..
aslm.
saya pernah pergi course yg tdk mmbosankan iaitu apabila presenter menunjukkan idea2nya menggunakan mind map. Ia mengikut fitrah otak manusia utk memahami, melihat idea yg disampaikan dan mengingat semula. Ia tidak memenatkan dan membosankan seperti persembahan power point yang biasa(urutan poin dari atas ke bawah). penggunaan mind map ini telah berjaya menyampaikan strategi dan arahan kepada keseluruhan team dalam masa 3 hari sahaja semasa pembinaan semula world trade tower yang runtuh disebabkan letupan di US.
utk sesi brainstorming bagi peserta dengar muzik baroque, walau mengantuk camna pun ia berjaya meningkatkan konsentrasi peserta, cubalah!
website percuma anyone?
http://www.000webhost.com/80028.html
richbloom.blogspot.com
Hi..
Saya rasa kalau nak jadi speaker tu kenalah pandai bercakap(namapun “speak” ye tak)
tapi saya fikir perasaan malu yang melampau yang akan menyebabkan kita takut tak tentu pasal untuk bercakap
P:S-IK dulu pun pemalu orangnya tapi sekarang dah jadi speaker(cayalah)
Bagi saya IK seorang speaker / motivator yang baik. Cara anda sungguh santai dan bersahaja… Good looking…
Kena pndai buat suasana jadi ceria, tidak hambar dan juga tidak meleret-leret. hai…namyak pulak pantang larangnya. Memang penting sebab menjadi speaker ini, ia bermain dengan emosi pendengar.
Bisnes TDTone
selain dari mempunyai fakta@content, seorang speaker tu harus pandai mengolah supaya audien lebih tertarik..salah satunya adalah sense of humor..
SALAM.
Bukan senang nk jadi speaker atau motivator atau seangkatan dengannya.
Nak bercakap depan org 10,30, 50,@ 100 org satu perkara yang perlu dirancang dgn rapi.
Sekadar nk berkongsi.Sy dulu penah bg talk utk buat marketing utk produk.1st time sy bg talk participant lebih kurang 80 org mcm tu.Bayangkan dari pg ke ptg.kite kene control crowd.Maknya 80 kepala kene hadap.Samapai ke ptg tinggal lebih kurang 30org sj yg stay bayangkan!Tp bile dah lama2 pasti yg dtg 100org dan yg balik ptg pun100 org.hehehe
Tp itu adalah pengalaman yg ajar kita bagaimana nk bg org dgr kite ckp,ilmu kita dan idea2 kite.
Dan bg sy ianya bergantung pd speaker cara nk tarik org.
Saya x penah dgr live mcm mana saudara IK bg talk.So semstinya xleh la nak komen hehehe.
Pendapat saya kite kene moderate la .sebab participant lain2 background.kene pandai2 selit la.
Sekadar pendapat.
pada saya yg penting speaker jgn membanggakan diri sehingga membosan pendengar.yang penting suasana biarlah santai dan bersahaja.jangan lupa buat lawak untuk menghiburkan pendengar..
sesungguhnya apa yang keluar dari mulut kita adalah apa juga yang keluar dari hati kita. berkata2 dengan mulut sahaja tanpa penyertaan dari hati/kalbu akan menyebabkan orang yang mendengar tidak masuk pada hati nya… setakat masuk angin keluar asap. sesuatu yang keluar dari kalbu yang ikhlas akan menyerap masuk kesanubari orang yg mendengarnya. kekuatan datangnya dari dalam diri yg benar2 mengucapkan apa yang keluar dari mulut sendiri. kekurangan luaran akan dapat diatasi seandainya kekuatan dalaman melebihi segala-galanya. nawaitu dan ikhlas itulah kunci bagi segalanya2nya. semoga berjaya dalam setiap apa yg diceburi. niat dihati… aku ingin cari lebih agar dapat kuberikan yang lebih juga. semakin berisi semakin tunduk.jagalah hati agar tetap bersih semana bersihnya muka yang handsome tu… dari akak… mayang sari
i think we just make it simple. No need to think too hard.
Salam!
Saya lelaki dan semestinya speaker yang menarik bagi saya adalah yang berlawanan jantina. Hehehe, itu salah satunya dan yg. lain2 speaker mesti jadi speaker yang sebenar serta mempunyai pengenapnya atau pelengkapnya termasuk player, amplifier dll. yg. sempurna… fahamkan maksud saya ni IK.