Mengiklan melalui brochure dan pamphlet sering di lihat sebagai tidak efektif- mungkin kerana sekiranya kita sendiri menerima brochure atau pamphlet, kita akan terus buangnya ke tong sampah!
Kali ini, disini satu tip bagaimana untuk menggalakkan penerima terus membaca brochure anda.
Bentukkan brochure anda dalam format soalan dan jawapan. Berikan soalan, dan kemudian, berikan jawapan kepada soalan tersebut.
Pakar psikologi mengatakan bahawa dengan memberi soalan, secara automatik (separa sedar), pembaca akan lebih cenderung terus membaca untuk mengetahui jawapannya. Soalan-soalan seperti:
- Anda mempunyai masalah jerawat yang teruk? Baca selanjutnya untuk mengetahui cara rawatan yang mudah!
- Bagaimana kami dapat membantu anda?
- Apakah manfaat rawatan ini kepada anda?
- Di manakah lokasi kami?
- Berapakah harga rawatan ini?
! dan seterusnya!
Dan sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet, anda boleh gunakan tip ini untuk menggalakkan lebih ramai pelawat membaca apa yang anda ingin katakan- dan mengubah mereka menjadi pembeli! Rujuk http://www.rahsiainternet.com/workshop sebagai contoh.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
tip yang menarik dan praktikal dari terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan pembaca.
thanks, i need that. busy creating good pamphlet since yesterday. still planning the best ways to promote my own biz. but not in the internet. not yet. planning to open my own kiosk during the school holiday.
i realize that in order to promote our products esp using pamphlet, we have to really THINK what are the factors/phrases/graphics that will easily catch our soon-to-be customers/buyers.
now, i’ve got the place to do biz, i finally choose my products, do my promotion, n thinking of the best ways to do the packaging of the products n blablabla…
who says that doing biz is easy??????
p/s: sori yea you all. kena asah b.i ni. next week dah mula keje after 2 months cuti.berkarat pulak nanti.
Assalamualaiku……………..
Memang sudah banyak idea digunakan untuk menghasilkan brousher dan pamplet,tetapi tak berhasil.InsyaAllah saya akan mencuba apa yang diajar oleh Irfan.Tidak salah mencuba tapi ‘mungkin’ salah kalau tak mencubanya
Terima Kasih
Betul dalam buku pun ada explain gak benda ni yang lebih kurang sama.. Apa yang kita tulis tu kena buat pembaca nak baca dan baca lagi sampailah abis… Thanks .
betul tu….
ramai org menyangka penggunaan brochure dan pamphlet adalah publisiti yg salah walhal promosi offline sama pentingnya dgn promosi online (tv pun kira online juga)
terima kasih kpd Irfan atas panduan yg diberikan
memang betul saya selalu buang brosur yg tdk menarik & x faham maksud. yg punyai soalan & jawapan yg selalu saya simpan utk reference & simpan maklumat,bila perlu kita akan call.
My experience: Pernah menggunakan khidmat pengedar akhbar utk mengedarkan pamphlet melalui akhbar. Kos percetakan dan upah memasukkan ke dalam akhbar mencecah RM300. Malangnya hasilnya kurang memberangsangkan. Mungkin brochure yg dibentuk kurang memberi impak pada penerima, atau mungkin teknik pemasaran yg begitu agak kurang berkesan. Sekarang mencuba pemasaran melalui internet pula. We’ll se how…
Asmk..
Dr IRFAN.. 1st website yg I lawat sebaik shj on komputer, ruangan Tip 1 minit nie lah of course..
Thank you kerana tak lokek menyampaikan ilmu..
Hakikatnya, kami para pembaca telah berada di bawah ‘payung’ seorg ‘guru perniagaan’ bernama IRFAN KHAIRI..
Guru mengaji.. sekian2, Guru seni mempertahankan diri.. sekian2..
Mungkin 1 day, nama2 top biz IT yg bakal melonjak, bila check ‘sapa tok guru depa..?’ (bahasa Kedah), tgk2 ooohhh.. IRFAN KHAIRI..
To Dena, apakata ‘plan’kan produk asam keping, belacan dsbnya, kalau possible buat Franchise brand “DENA’S” .. Riezal pun boleh tolong bekalkan stok asam keping.
Sebab benda nie setiap hari org guna seluruh Malaysia.. Yang nampak dikedai kalau ada pun ‘cop kilang cina’ , melainkan beli dekat pasar malam yang org Melayu juallah, itupun tanpa ‘product measurement’..
Dr IRFAN, tq v much atas nasihat2 unggul dari hari ke hari..
Sebenarnya I dah habis baca buku ‘RAHSIA JUTAWAN INTERNET TERBONGKAR’ , menyedari pengetahuan mgn IT memang asalnya tumpul, I go on beli CD Kursus 3 dlm 1 tp I belum go thru’ lagi isinya..
Lepas ni dlm planning nak join seminar u pulak..
Pamphlet berbentuk soalan dan jawapan memang berkesan kerana ia akan meningkatkan minat pelanggan untuk mengetahui perkara itu dan seterusnya akan menjadi pembeli kepada produk kita, mahirkan diri kita dgn soalan2 dan jawapan2 yang sering ditanyakan oleh pelanggan, sekiranya permasalahan mereka terjawab, keuntungan akan menghampiri kita…
Betul tu ..brochure dan pamphlet dalam bentuk soal jawab memang berkesan.
Saya rasa mungkin jangan tulis panjang2 sangat, nanti jemu pula orang nak baca. betul ke ?
pada …mana lebih baik, brochure dan pamphlet yang bersoalan dan jawapan secara terperinci atau yang berbentuk maklumat asas..untuk pendetailannya: “sila tanya kami”.
Teknik menulis brochure atau pamphlet
Satu lagi topik menarik, kerana pada pandangan saya sendiri, soalan yang ditimbulkan dalam pamphlet seharusnya diikuti dengan jawapan, ini kerana manusia mempunyai sifat ingin tahu apabila mendapat sesuatu berita.
Kita selalunya tidak mahu berfikir lama untuk mencari jawapan didalam setiap persoalan. Oleh itu dengan menyediakan soalan berserta jawapan, mereka yang membaca pamphlet ini, umpama menyetujui setiap kata-kata dan isi didalamnya.
Peratus keberangkalian mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut produk dan perkhidmatan kita adalah semakin besar. Oleh itu, rancang dan selidik dahulu sebelum kita mewujudkan soalan di dalam pamphlet kita, agar ianya tidak lagi dan mengelirukan pembaca.
😉
Ramai org tidak berani dan memandang rendah penggunaan brochure dan pamphlet. Sebaliknya kita kena berusaha dengan lebih kreatif dan inovatif agar promosi dan jualan kita berjaya. Insyaallah segalanya pasti berjalan lancar.
assalamualaikum…
terima kasih kasi tips yang amat berguna. saya memang tengah plan nak design satu brochure utk sek henry gurney. nak iklankan perkhidmatan yang diorg sediakan. dah lama cr idea…thank a lot idea ni nampaknya amat menarik.
cuba kita bandingkan dua brosur..satu menarik, satu kurang menarik… kebanyakan yg dipilih ialah yang menarik…cuba cari idea yang lebih baik untuk menghasilkan brosur yg lebih menarik…manusia sukakan sesuatu yang menarik….Thanks
(keluar tajuk jap, blh yer irfan?)
saya tertarik dengan ebook bljar bahasa arab (di atas). dan baru jer subscribe kepada mailing list ustaz, nak test dulu sebelum beli, hehheh…
berkenaan topik ini, bagaimana menulis pamplet dan brosur, ada benarnya juga tulisan irfan tu. sebab selalunya saya akan buang jer pamplet yang diberi. terlalu sarat dengan maklumat, dan membosankan. maklumat utama pulak tak dihighlightkan. so, pembeli tak tahu pun apa sebanrnya yg nak disampaikan.
itulah serba sedikit pandangan saya yang berdasarkan pengalaman sendiri ini…
Rupanya nak buat brochure atau pamphlet nie kena ada teknik yang betul juga.Patut la bila saya buat & edarkan pada pelangan diorang buat acuh tak acuh saja.Yang lebih mengecewakan lagi ambil pun tak nak.Menang saya kena banyak belajar lagi la dalam promosi mempromosi nie.
kalau macamtu buat website yang mengandungi banyak persoalan, tertanya-tanya…
contohnya ; albert-einstein-wrong.com
website ni tak wujud lagi, tapi
sebagai contoh
thank IR fan….
saya masih menyimpan satu pamplet dalam almari
saya sudah setahun….
Brilliant teknik dari Irfan. Soalan dan jawapan. Soalan pula perlulah menepati apa yg nak disampaikan dan jawapan haruslah tidak panjang dan mengelirukan, ringkas, padat, direct to the point dan menepati tujuan asal. Perlu juga dipertimbangkan format dan size tulisan yg hendak dipaparkan dan warna kertas yg hendak digunakan. Seringkali saya menerima phamplet dan brochure yg membosankan ditambah dgn size tulisan yg kecil. Mungkin phsychology manusia harus diambilkira disini. Cari sesuatu yang ‘catchy’ dari segi tulisan dan gambar sebagai menarik minat pelanggan.
Selain yang katakan tadi, faktor grafik, imej dan warna brochure atau pamphlet juga memainkan peranan.
Seringkali pelanggan saya ingin memasarkan perniagaan mereka tetapi hanya membekalkan gambar produk/barang yang ‘tangkap muat’ sahaja. Tiada tarikan langsung. Gambar yang kusam, kabur dan tidak fokus. Ada yang dimuat turun dari internet sahaja yang kebanyakkannya beresolusi rendah dan hasilnya pecah bila dicetak. Perlu diketahui, resolusi gambar/imej untuk internet dan percetakan adalah berbeza. Percetakan memerlukan resolusi serendah 300 dpi bagi menghasilkan gambar yang menarik berbanding internet yang kebanyakkannya 72 dpi shj.Kecuali gambar tersebut (yg dimuat turun) sekadar utk gambar belakang/hiasan atau sebagai watermark sahaja.
Brochure atau pamphlet yang baik perlukan gambar atau imej yang diambil (snap) khas untuk brochure atau pamphlet tersebut.Barulah menarik!
Brochure atau pamphlet yang dibuat sambil lewa akan membuatkan orang ramai yang melihat brochure atau pamphlet anda juga turut memandang sambil lewa juga.
Dan jgn lupa masukkan format “Soalan & Jawapan”
😉 Semoga Berjaya!
Hello all.. I pun setuju sgt ngan benda tu I penah baca kat internet yang menjelaskan bahawa rata-rata dari pengunjung yg akhirnya membuat pembelian kat internet yg mana ayat d mulakan dengan persoalan “How to…” . I sendiri pun lebih suka meneruskan pembacaan yg penuh dengan misteri dan akhirnya misteri d selesaikan oleh satu benda iaitu produk yg ingin d jual. Thank You.
assalamualaikum..
sememangnya teknik in berkesan menarik perhatian ramai orang, samalah kalau seorang pendidik, klu nak buat soalan peksa pun guna aras penyelesaian masalah ni.HOW adalah kata kunci yang menarik minat pelajar untuk jawab soalan tu berbanding dengan soalan factual yang tentunya bagai pecah kepala nak mengingatnya semula.
Syukran Cikgu Irfan atas tip bernas hari ni
satu teknik yg bagus. tak leh hanya melalui internet jer
bagaimana untuk membina brochure atau pamphlet yang menarik? ianya semudah ABC, mudah saja, anda digalakkan untuk mengumpul sebanyak mana brochure atau pamphlet di pasaran, pergi lah expo, kedai, seminar atau apa saja upacara yang diadakan. Kumpulkan semua brochure atau pamphlet yang anda perolehi, bawa brochure atau pamphlet tadi berjumpa 20 atau 30 rakan anda.. tanya mereka, mana yang paling menarik, tentunya pilihan majoriti rakan-rakan adalah yang perlu anda utamakan. selamat meniru, selamat berjaya
Wa tips ni memang best saya akan melakukannya.
Tips yang tepat sekali. Kebanyakan syarikat sekadar mengeluarkan phamplet N brochure tanpa memikirkan kehendak pelanggan. That’s why kalau kita tengok kualiti produk jepun bagus sebab every angle yang hendak dikeluarkan mestilah mempunyai kepuasan pelanggan. Begitu juga dengan phamplet ynag hendak dikeluarkan mestilah menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami terutamanya kepada sasaran produk tersebut. Setiap sasaran mempunyai kaedah yang berbeza-beza. Perlu banyak melakukan penyelidikan serta pengamatan terhadap saingan perniagaan.
sebaik sahaja baca tips ini saya terus edit broucher yang ada..
memang benar seperti yang di kata oleh pakar kita itu, minda manusia memang akan terangsang untuk mengetahui sesuatu apabila dicetus persoalan kemuadian beri jawapan.mungkin ini kesan dari zaman persekolahan…baca soalan dan jawab
Terima kasih Irfan,sebenarnya telah bertahun saya membuat pamplets tapi kurang berkesan. Kemungkinan tiada atau kurang pengetahuan saya dalam hal ini.Mungkin saya boleh mencuba selepas ini..
Assalamualaikum..
Sy mmg sedang mencari sumber2 atau idea2 yg inovatif untuk mereka pamphlet yg menarik.
Cdgn yg diberikan sedikit sebanyak memberi idea kepada sy.
Thanks Irfan.
Baru saya faham.. nak mencipta atau merekacipta sehelai pamphlet memerlukan idea kreatif agar dapat segala persoalan.. Kalau pamplet cantik sahaja tak berguna kalau tiada isinya…
menarik, thanks bro kongsi ni,
saya tengok bro memang berbakat dalam menjayakan perniagaan internet..
I’m really fascinated with the writing skills together with with the page layout on your website. Is it a paid for theme or do you colorize it for you by yourself? Either way keep up the excellent quality writing, that it is rare to discover a good blog such as this one nowadays..
salam maaf nak tanya..ada tak contoh procedure/syarat-syarat yang diperlukan untuk pertandingan mereka pamplet ? tq..