Cara menjadi kreatif dan menjana idea

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, menjadi kreatif dan sering menjana idea adalah satu advantage.

Bagi diri saya sendiri, saya sering rasakan saya seorang yang kreatif dan banyak idea. So, sini ada beberapa tip yang saya ingin kongsikan bagaimana saya menjana idea…
  • Bergembira & berseronok- idea hebat sering datang bila kita sedang seronok atau bergembira. Contoh, kalau saya tengok ketika workshop jutawan Internet, sesi brainstorming idea, kumpulan yang banyak idea hebat, pastinya datang dari kumpulan yang banyak gelak/bising/ketawa… they are having fun! Idea mudah datang bila kita have fun!
  • Fikir macam budak- Budak-budak banyak idea. Lihat sahaja anak-anak kita (atau anak-anak orang kalau belum ada anak :)). Sebabnya, budak-budak tak meletakkan had atau limit pada sesuatu penyelesaian. Kita yang dah dewasa selalu meletakkan “limit” pada sebarang penyelesaian. Sebab itu, kita menjadi tidak kreatif. jadi, fikir seperti budak 6 tahun! (mungkin budak juga sering gembira… sebab itu dapat banyak idea?)
  • Ketahui bahawa ada BANYAK penyelesaian kepada apa sahaja masalah. Bukan hanya SATU! Bila kita fikir hanya ada sATU penyelesaian, kita akan berusaha cari SATU CARA tersebut. Bila fikir SATU, tiada idea yang datang kerana kita akan fikir untuk mendapatkan SATU YANG PERFECT/SEMPURNA. Bila berfikir, fikir BANYAK penyelesaian. Bila memikirkan terdapat BANYAK penyelesaian, kita akan rasa bebas berfikir macam-macam dan tidak hadkan idea kita.

So, di atas adalah 3 tip saya selalu gunakan untuk menjana idea dan menjadi kreatif 🙂 Sebagai tambahan, maksud “kreatif” adalah “menambah nilai” atau “improve”. Kalau kita fikir begini, lagi mudah untuk jadi kreatif walaupun kita bukan orang yang kreatif!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

27 thoughts on “Cara menjadi kreatif dan menjana idea

  1. Assalamualaikum,

    Bila IK kata ‘fikir macam budak’, membuatkan saya lebih jauh berfikir; bahawa kita ini selalu fikir sebagai diri kita sendiri sahaja. Kita sepatutnya dalam banyak keadaan kena berfikir sebagai orang lain. Pasti penyelesaian kepada apa juga masalah akan lebih senang dicari. Ada waktunya kita kena berfikir sebagai budak-budak. Ada masanya kita kena berfikir macam orang tua. Ada ketikanya kita kena berfikir macam remaja. Banyak waktu juga kita kena berfikir sebagai orang yang susah dan menderita. Yang pentingnya kita kena terus berfikir dan pemikiran kita itu perlu dari pelbagai sudut fikir. Cara fikir juga perlu pelbagai. IK & semua, selamat maju jaya! Selamat terus berpuasa dan menjalani ibadah di bulan mulia.

  2. Apa khabar semua? Lama tak muncul di sini 🙂 Sibuk pindah rumah.

    Best tips IK hari ni. Lain daripada tips yang biasa kita dengar. Bila kita sedih, memang otak kita akan berfikir dengan lambat. Tapi bila kita tenang dan gembira, otak bekerja dengan pantas.

    Jauhi kerisauan, tingkatkan kegembiraan. Banyak zikir dan baca Quran di bulan Ramadhan ini. InsyaAllah, happy sokmo 🙂

  3. sangat setuju
    Apabila dalam keadaan yang gembira , idea kita akan membuak-buak sehingga tidak terkawal… oleh itu, kenalah selalu sediakan pen/kertas/buku nota / taip saja di henfon sewaktu idea tengah meletup…
    kena turunkan/tulis… takut idea tersejat plak… ahaks…

    Salam Ramadhan…selamat berpuasa

  4. Salamz,
    Cakap tentang berfikir kreatif, saya teringat 14 tahun lepas… masa tu saya ke workshop UPSR (so boleh kiralah umur saya, ahaks!). Motivator tu membuka minda saya sehingga hari ini, cara berfikir secara kreatif! Nampak mudah tetapi kadang2 kita terlupa.
    Mula2, semua peserta perlu berdiri dan kami disuruh fikirkan 3 nama bunga di dalam hati. Kemudian, motivator tu sebut nama-nama bunga (mawar,raya,kekwa,kenanga dan sebagainya) dan jika nama bunga yang beliau sebut, sama dengan apa yang difikirkan, maka bolehlah duduk. Masa tu saya dah cuak sebab nama bunga yang saya fikir tak pun disebut-sebut… Bila tinggal saya seorang je yang belum duduk, motivator tu pun tanya, apa nama bunga yang saya fikir. Jadi saya pun cakaplah “Carnation, Tulip & Teratai”. Lepas itu motivator tu cakap tahniah dan terangkan, yang kita semua perlu berfikiran kreatif dengan cara berfikir lain daripada yang biasanya orang akan fikir. Jadi teknik tu selalu saya guna bila nak jawab soalan dalam peperiksaan terutamanya untuk penulisan. Alhamdulillah OK!
    Saya setuju dengan IK, kreatif ialah menambah nilai@improve. Jadi saya kira, bagus juga dalam hidup kita untuk jadi kreatif, sebab banyak dokumentari tentang orang-orang yang berjaya yang saya tengok, dapat disimpulkan mereka semua memang kreatif! Tengok saja pengasas mp3, Napster,Kazaa,Youtube,Facebook dan banyak lagi!

    Selamat mencuba dan Salam Ramadhan!

    Ikhlas,
    Natikah Nurbiani J
    http://www.perekaweb.com

  5. Agak bagus tips hari ni, kadang-kadang susah gak nak jadi kreatif ni, jadi untuk mudah jadi kreatif, bak kata IK: Sebagai tambahan, maksud â€kreatif” adalah â€menambah nilai” atau â€improve”. Kalau kita fikir begini, lagi mudah untuk jadi kreatif walaupun kita bukan orang yang kreatif!

  6. sy setuju.. nk jana idea kene tenang gembira dan santai.

    IK, untk pengetahuan IK, saya baru sahaja mengetahui dan mengikuti web ini, dan saya baca tip2 yg lalu dn kini..dn sy dapat memperbaiki kelemahan dlm diri.

    boleh tak sy ingin mengetahui bagaimana untuk saya mengikuti workshop jutawan internet. sy betul2 teruja ingin mengikutinya

  7. Great! Ape yg IK sarankan semue benar.. tapi nak idea dpd IK.. mcm mane nak pasarkan brang2 yang tak tahan lame.. contohnye kueh raye (sesuai ngan mase skrg bulan ramadhan sibuk promote kueh raye)… kalu tempahan dari UK cm ner nak pasarkan.. takut2 rosak bile sampai ke tgn customer???

  8. Kreativiti menghasilkan inovasi, menghasilkan sesuatu yang masih belum ada di pasaran. Produk inovasi biasanya mendapat sambutan hangat kerana orang ramai mahu mencuba terlebih dahulu. Jika mahu bisnes kita mendapat keuntungan yang tinggi, pilihlah untuk menjual produk inovasi hasil kreativiti.

  9. Selain itu, bagi saya apa kata try cara ni. Sebelum tidur tulis masalah kita. Contohnya apa yang kita hendak. Esok, insyaAllah adalah idea yang akan kita dapat. Apabila ada idea yang terlintas terus tulis. Menjana idea kreatif dengan kuasa minda separa sedar…. 🙂

  10. Salam & Selamat Berpuasa,

    Lagi satu cara yang effective untuk menjadi kreatif ialah dengan berbincang ataupun berkongsi idea seperti brainstorming ataupun brainwriting (idea ditulis). Jgn simpan kecuali dengan competitor :)Melalui cara ini, setiap pandangan dapat dinilai dan difikirkan bersama dan InsyAllah kreativiti akan datang. Tapi yang penting ialah dalam perbincangan must have fun & saling hormat menghormati…Jgn kritik idea orang lain walaupun idea bersebut sounds silly. Mungkin idea itulah yang akan membuahkan kreativiti.

    Selamat mencuba..

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  11. Salam n selamat berpuasa… Dalam bulan puasa ni tips lagi menarik. Saya rasa IK ni boleh jadi motivator untuk budak sekolah juga.. 🙂

  12. berfikiran macam budak2?
    menarik jugak dengar tapi jangan sampai perangai jadi cam budak2 sudahle..
    🙂
    Yups saya setuju dengan post kali ni..Sebenarnya bukan setakat idea kreatif, ape2 pun akan datang bila kita happy n fun…
    Kegembiraan merangsang kita berfikir luar dari kotak..

  13. salam semua selamat berposa,,,,

    menjadi kreatif dan menjana idea

    idea kepada kreatif
    atau
    kreatif kepada idea
    jd senang cerita idea kreatif anda mnjadikan ia lebih menarik…

    saya lebih suka mencari idea di pasar borong atau di tempat yg berhampiran jalan utama..kerana ..apabila dah dapat idea kreatif dan terus mempunyai pemasaran…

    idea dtg kadang3 time kita susah..contoh pantang tengok sesuatu pasti ADA idea nak mulakan perniagaan

    tapi yg best bila idea dijana dengan kreatif ia lg hebat….

    idea kreatif yg menyebabkan sesuatu itu deterima oleh masyarakat kita…

    conth IK kita…tabik hormat dengan idea kreatif beliau…

  14. â€Cara menjadi kreatif dan menjana idea”

    Idea ketika Bergembira & berseronok :
    Sewaktu bekerja dikelilingi kanak-kanak dibawah usia 7 tahun, saya terfikir untuk mempunyai perniagaan sendiri seperti institusi penjagaan, institusi pendidikan, khidmat pengangkutan,menjual barang permainan, buku,pakaian, makanan, barang perhiasan, produk kesihatan dll. Segalanya yang berkaitan dengan kanak-kanak.

    Fikir macam budak :
    Kalau kita ternampak budak cuba meniti kayu ditempat yang agak tinggi. Kita selalu kata “jangan, nanti jatuh!”. Sepatutnya kita kata “hati-hati, jangan sampai terjatuh”. Dan budak itu akan terus meniti dengan hati-hati, sambil kita memerhati.

    Ketahui bahawa ada BANYAK penyelesaian kepada apa sahaja masalah. Bukan hanya SATU!:
    Seperti yang saya nyatakan tadi, banyak idea perniagaan yang datang sewaktu itu. Tapi semuanya mungkin tak dapat direalisasikan buat masa ni atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi, timbul pula penyelesaian lain, selepas ke workshop IK iaitu menjalankan perniagaan dari rumah, dengan modal yang agak rendah disamping menguruskan urusan rumahtangga. Hebat tu !

  15. Assalamualaikum…

    ‘Kebekuan’ itu sesuatu yang menakutkan. Jadi bergembira dan berbahagia itulah perasaan yang sebolehnya dan sentiasa diingini oleh semua. Bergembira, berbahagia mahu pun perasaan seronok ini memang mampu membuat kita lebih kreatif dan melahirkan idea-idea positif. Maklum perasaan yang berbunga-bunga pasti hasilnya adalah kewangian.

    Saranan dari buku 566 Kata-Kata Hikmah: Dr Aidh menyeru,

    ” Biasakan diri anda untuk melakukan kegiatan-kegiatan yang membuat anda gembira. Setelah anda menentukan apa sahaja yang dapat membahagiakan anda, jauhkan persoalan lain dalam fikiran anda. Fokuskan perhatian pada semua perkara yang menggembirakan dan lupakan semua perkara yang tidak menyenangkan anda. Anggaplah keputusan anda untuk meraih tercapainya kebahagiaan ini sebagai sebuah percubaan yang menyenangkan dengan tingkat keseriusan yang sebenarnya.”

    Ini dapat dikaitan dengan pemikiran kanak-kanak. Kenapa? Kanak-kanak mana sempat nak memikir masalah kerana mereka hanya ingin dan nampak kesukaan dan keseronakkan. Mereka tidak mahu kalah dalam menawan kegembiraan. Kita yang dewasa ni kekadang terlupa nak fikir gembira kerana terlalu memandang besar semua permasalahan dalam hidup.

    Sememangnya benar penyelesaian terhadap sesuatu masalah itu biasanya tidak terhad kepada satu cara. Sekali lagi Al Insyirah menegaskan TIDAK MUNGKIN DUA KEMUDAHAN MENEWASKAN SATU KESUKARAN. Ini janji Allah dan ia pasti benar. Tugas kita ialah berfikir, usaha, tawakkal dan redha.

    Salam dari Adilla.

  16. hehe..biler difikirkan balik,bila jadik budak memang kite akan jadi lebih kretif. antara sebabnya ialah

    1.) Tidak takut untuk membuat kesilapan atau kesalahan.

    2.) Kanak-kanak biasanya jelas dengan matlamat mereka untuk mencapai sesuatu (tak banyak fikir)

    3.) Anak kecil akan meraung-meronta dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajatnya tercapai.

    terima kasih encik irfan khairi atas tips kali ini, terbukak rasanya minda..hehe

    http://www.kisahjutawan.blogspot.com

  17. Saat yang sesuai untuk kita menjadi kreatif adalah semasa sedang happy,biasanya saat begini fikiran akan lebih tenang dan stabil.Tidak mustahil kebanyakkan idea kreatif ini datang ketika minum kopi di warong2 bersama teman,dimana ketika itu banyak gelak ketawa dan lawak2 tak masuk akal,tetapi sebenarnya jika difikirkan kembali ia adalah idea kreatif yang datang secara sepontan.

  18. Sy setuju dgn idea IK, dan juga kita perlu memperluaskan skop pemikiran kita. Tidak hanya terhad kepada satu aspek sahaja.

  19. salam,
    mmm..bergembira dan berseronok??..best tu..Thanks IK, tip yang amat berguna..Jadi, lepas ni tak perlulah kite stress kerana ia akan mengurangkan daya kreativiti kita..

    ==========================================
    Ketahui rahsia terbaru meningkatkan minat
    kanak-kanak untuk belajar di :
    http://www.kamusgambar.com/
    ==========================================

  20. Sentiasa Berfikiran POSITIF dan anda sebenarnya mengambil 1 langkah TERBAIK dlm hidup anda iaitu ‘mendekatkan KEJAYAAN yg akan dicapai dekat kpd anda'(Memprogramkan mindset kearah kejayaan)

  21. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri pernataan ini â€aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan” ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.

    ==========================================
    Dapatkan maklumat mengenai cara promosi terkini dalam Network Marketing dan teknik buat website PERCUMA di :
    http://www.goonline.ws
    ==========================================

Leave a Reply

Your email address will not be published.