Perbelanjaan membesarkan anak

Hari ini di WW “Wanita & Wang” Astro Awani saya menjemput Abang Abu (ikon Mentor Jutawan) untuk membincangkan mengenai “kos/perbelanjaan membesarkan anak” bersama pengacara, Dangsuria, Linawati & Zul (baru!)- kini WW sudah berformat baru, bukan lagi one-on-one interview, tetapi perbincangan 360 darjah- which is great!. Episod kali ini, keseluruhannya membincangkan topik berkenaan.

 

all.jpg
Set baru & konsep baru WW, “Wanita & Wang”, Astro Awani

 

Quite an interesting topik, dan saya nak bawa perbincangan ke sini kerana saya rasa amat bermanfaat topik ini diperbincangkan- especially untuk yang sudah mempunyai cahaya mata, terutamanya dalam keadaan harga-harga yang naik.

  • Adakah mahal perbelanjaan membesarkan anak? Apakah antaranya perbelanjaannya?
  • Perbelanjaan membesarkan anak paling tinggi adalah dalam “pendidikan”. Apakah langkah-langkah anda?
  • Apakah tips-tips dalam mengurangkan beban dalam perbelanjaan membesarkan anak?

 

ik.jpg
IK suka dengan konsep baru!

 

aa.jpg
Abang Abu, ikon Mentor Jutawan

Saya & Abang Abu memberi pendapat yang sama iaitu untuk menanam sikap mendidik anak-anak mengenai wang pada usia muda. Kerana pada usia muda, anak-anak lagi mudah tangkap isu mengenai wang kalau ianya diperbincangkan. Cuma, masalahnya, ibubapa kurang bincangkan wang dengan anak-anak mereka… so, daripada persoalan di atas, macam mana nak menangani ini juga?

Mari bincang!… oh ya, tip-tip dan pendapat dari abang2 & kakak2 yang dah senior (anak2 dah besar) pun highly appreciated! 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

40 thoughts on “Perbelanjaan membesarkan anak

  1. Ada ibu bapa yang kata mahal jugak kos nak besarkan anak ni, tapi kadang-kadang jika diteliti ramai yang sanggup habiskan duit demi kemewahan anak,kalau boleh semua keinginan anak diturutkan. Jadi ini sedikit sebanyak merosakkan mereka kerana ilmu kewangan tidak dikongsikan dengan anak-anak

  2. Bagi saya yang ada 2 anak, suami seorang yang bekerja dan berpendapatan sederhana :-

    Kawal perbelanjaan, perlu bezakan antara kehendak dan keperluan. Elakkan pembaziran.

    Kalau nak bawa anak keluar, pastikan anak diberi makan dirumah. Jadi, bila kat luar takdelah mereka meragam sangat.

    Selalu pesan anak yang dah sekolah tu, beli apa yang perlu. Baki yang ada, ditabungkan.

    Menabung untuk keperluan pendidikan akan datang walau sekecil mana jumlahnya.

    Paling penting, kalau boleh jangan tambah hutang!

  3. Salam Ik,
    saya sangat setuju dengan pandangan Ik dan AbgAbu, mendidik anak2 tentangan ilmu wang dan menabung.

    Sikap yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak dan berbelanja dengan cermat sidikit sebanyak membantu mereka memahami tentang penjimatan dan merancang perbelanjaan.

    Didik anak2 dari kecil mengenai ilmu wang dan galakan menabung, sikit2 lama2 jadi bukit..Ini dapat memotivasikan anak2 dan ibu bapa sekaligus mengurangkan beban kita mengenai perbelanjaan membesarkan anak.

    Lebih awal kita sedar dan merancang lebih mudah kita hadapi hari2 yang bakal lebih mencabar.
    Insyallah,Aliy

  4. Adakah mahal perbelanjaan membesarkan anak? Apakah antaranya perbelanjaannya?

    Jwpn: – Sememangnya Mahal , tambahan lagi dgn kos harga barang yg melambung tinggi ini (X silap saya kadar inflasi Malaysia sekarang dah cecah 7.5%). Itu belum masuk kos kesihatan ( (Peratus kenaikan 15% setahun)-anak yang membesar selalu terdedah dgn masalah ini . Kos pendidikan juga sangat meningkat 6% setahun.
    (Cuba bayangkan 10 tahun akan datang kos pendidikan yang perlu ibu bapa tanggung , akan datang belum tentu senang mendapat pinjaman pendidikan dari kerajaan).

    Perbelanjaan membesarkan anak paling tinggi adalah dalam â€pendidikan”. Apakah langkah-langkah anda?

    Jwpn :-

    – Saya mengambil pelan simpanan pendidikan dgn faktor compound antara 9-12% untuk jangka masa 20 tahun walaupun anak masih kecil. Bermula awal sangat bagus kerana nilai mencarum sedikit boleh mencapai sasaran kos pendidikan 20 tahun akan dtg.

    – Membuat caruman kedalam unit amanah dgn nilai compound 12-15% dgn jangka masa 25 tahun untuk simpanan waktu mendatang.

    – Membeli insuran dgn sum insured =( Nilai gaji tahunan * 20 tahun * nilai compound 6% ).

    – Ada “Multiple stream of income” + pasif income.

    Apakah tips-tips dalam mengurangkan beban dalam perbelanjaan membesarkan anak?

    Jwpn.

    – Berjimat cermat dlm perbelanjaan , beli “Yang Mana Perlu” bukan “beli ikut nafsu” agar wang lebihan boleh digunakan plan kewangan diatas.

    – Berkerja part time untuk menambah pendapatan keluarga.

  5. Tambahan jawapan di atas :-

    Untuk mendapatkan tips2 mengurangkan perbelanjaan dan menambah pendapatan cth tip2 berjimat petrol , tip2 mengurangkan byran cukai pendapatan , teknik2 menguruskan kad kredit dan belanjawan ,cara menambah pendapatan keluarga dan sebagainya. Saya syorkan anda melanggan majalah “Personal Money” (rm 9.00) di kedai2 buku & majalah.

  6. Tak ada masalah dalam perbelanjaan membesarkan anak kalau pasangan ibubapa tadi sudah ada lebihan aliran tunai (positive cashflow) setiap bulan.

    Jika masih gagal, perbaiki keadaan tersebut terlebih dahulu. Baru kita boleh cerita pasal simpanan utk pendidikan ke, tabung itu, tabung ini, jimat di sana, jimat di sini, dsb.

    Ini kerana bila kita hendak mengajar anak erti perbelanjaan berhemah,keperluan menabung dan konsep berhutang, ibubapa sendiri mesti jadi contohnya.

    “Kepimpinan Melalui Teladan”

  7. Very-very interesting topik, I have two sons. Masih kecil…4 and 7, but very demanding.

    Hehe…selalu juga explain tentang MAHAL sesuatu barang, tapi setakat mana dia nak faham, budak lagi. Umur berapa yang kita kena serius jelaskan pada mereka??

    Tapi hari tu, yang 7years old tu kelakar jugak. After I explain, kalau nak beli toys…you have to sell the product at my shop…dia pun bersungguh-sungguh berdiri kat depan kedai promote barang2 hahaha… all because nak beli toys. Funny! 😆

  8. Kalau nak mendidik anak supaya menabung, saya rase time ni la yg seswai sgt.. bulan depan dah nak puasa and then lps puasa raye.. Anak2 mesti syok bile dpt duit raya, mcm mereka nak beli. tak sampai sebulan dah habis duit tu.

    Lagi elok kalau ibu bapa yg pegang duit anak tu. Duit simpankan dlm akaun bank, akaun tabung haji anak2 ke..

    Nanti bila mereka dah besar, bole guna duit tue nak buat smbung belajar pun boley. tak perlu buat pinjaman..

  9. That right bro razzi(remember me), interesting topik!!! Walaupun baru brape bln melangkah alam perkahwinan, perlu plan dari skg…
    Why bro said funny?? coz ur son promote brg. Ni adalah 1 tips yg berharga utk didik anak.

    Aisyah dpat tips ni dari pengalaman ABG ABU, That time join “PROGRAM MAP UTK KAYA” kat s’pore.Ni la cara dia train anak dia time tu anak abg abu nak mntak play station ketika umur 8thn(kalu tak silap, plz btol kan abg abu)

    His son need to sale somthg. At the end of the story, anak dia dah dpt utg dari sale, dah tak jadi nak bli playstation & continue bt sale. Now dah jadi bisness boy. Hebatkan!!

    Kadang2 kta kne traing ank gimana susah nak dapatkan wang…

  10. wah…. kisah abg abu yang dikongsikan di WW dan Map untuk Kaya, lebih kurang macam kisah Razzi… hebat. Sah! Razzi ada “minda jutawan”. 🙂

    ringkasan: abang abu mengajar anaknya to raise own money untuk beli toys. anaknya perlu generate “idea perniagaan”.

    sehingga kini, anak abg abu telah menjadi usahawan muda yang berjaya (tak silap baru umur belasan tahun)… 🙂 terlupa. semua kerana didikan untuk “make own money”.

    lepas tu, bila dah pandai buat duit sendiri, terus taknak beli toys… sebab sayangkan duit 🙂

    -ik

  11. Salam.

    Kos untuk perbelanjan anak memang lah memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Setiap anak memang ada rezekinya. Tetapi itu semua bergantung pada daya usaha orang tuanya untuk menyara perbelanjaan anak. Contoh untuk membeli susu bayi paling koman pun RM20 untuk setin. Dalam sebulan sekurang-kurang memerlukan 4 tin. Belum dikira duit lampin, pakaian dan upah mengasuh, jika kedua-dua orang tua bekerja. Jika sakit bawa ke kinik, jumpa doktor untuk rawatan, paling koman pun RM30 termasuk konsultansi dan ubat-ubatan. Kesian bagi mereka yang berpendapatan kecil & sederhana dan mempunyai anak ramai.

    Bila anak masuk mencecah umur 5-6 tahun, mula memikirkan tentang pelajaran mereka. Disini akan dikira tentang yuran persekolah, tambang bas, duit poket dan sebagainya.

    Saya fikirlah setelah anak-anak membesar, kita perlu tekankan pada anak-anak betapa perlunya pelajaran dan ilmu perniagaan, betapa pentingnya untuk mencari duit. Bukan ‘gila’ duit, tapi bila ada duit ini akan menjana kehidupan harian mereka yang makin mencabar ini. Kita lihatlah paper hari ini, untuk balik kampung berhari raya pun, kena bayar tambang yang mahal.

    Last sekali tips-tips untuk mengurangkan beban dalam perbelanjaan membesarkan anak, tiada pilihan lain, ibu bapa terpaksa bekerja keras untuk mencari wang lebih dengan cara berkerja atau berniaga sendiri secara online atau offline.

  12. topik yg bgs……
    sy boleh amalkan apabila sudah kawen nanti…..
    boleh dpt ilmu tmbhn drp sume yg kat sini yg dah kawen n ada nak…….
    berguna utk mase dpn…….
    sy pun akan mula bekerja x lame lg…..
    hehehehehe……….

  13. Pergh..

    Perkongsian yang hebat dari abg-2 dan kakak2 semua..

    Akan cuba saya try.. 🙂 Anak baru sorang sebulan.. 🙂 Kalau boleh umuq dia 21 tahun dah jadi jutawan.. :)) Amin..

    Apa pun perlu tanamkan minat menyimpan dan berniaga..

  14. salam dr dan semua pembaca ,

    Muhammad Ahshik umur dia sekarang 12 tahun. but start niaga usia 9 tahun.

    Anyway thanks for Dr Irfan . You are making the community progress in the right direction.

    Internet , business and financial. the way to go.

  15. salam ik dan semua….

    saya masih boleh dilabelkan seorg anak dan kita semua pernah jadi seorg anak….

    masa tu kita xpernah fikir pun..yang mak dan bapak kita nie berduit atau tidak…yg tau main mintak aje…

    sebenarnya disinilah kelemahan organisasi keluarga kita ..bila minta pasti dapat punya la…

    mak dan bapak saya pernah kata dekat saya…
    kalau ko nak benda atau item yg berkaitan pendidikan mak dan bapak akan support, tapi jika ia adalah berkaitan dengan minatmu, hobimu, atau permainanmu..ko carilah duit sendiri…

    tapi kalau xsilap saya perbelanjaan untuk seorng anak dari masa dilahirkan sehingga anak itu mencapai menduduki sijil SPM telah mencapai perbelanjaan RM 500 000 ( ini spm tahun 2001) SEKARANG TAK TAU LAA…….ini untuk golongan sederhana

    JADI JIKA ANAK DI AJAR MENABUNG ADALAH CARA YG TERBAIK…

    SAYA DULU SUKA JUAL MAINAN UNTUK MENDAPATKAN MAINAN YG LAIN- HE HE HE HE…

    SALAM…

  16. Assalamualaikum…

    Dalam hal kos membesarkan anak-anak, pasti ibu-bapa yang merasa kesannya. Itu kewajiban semua yang bergelar ‘parents’. Seperti isteri adalah amanah Allah kepada si suami, begitu pula anak menjadi amanah Allah kepada kedua-dua suami juga isteri.

    Kos membesarkan anak, utamanya melibatkan kesihatan dan besarnya adalah pendidikan. Untuk kedua-dua ini ibu-bapa tidak harus berkrompomi dan mesti memberi yang terbaik menurut kemampuan masing-masing. Pendirian kami, biarlah kita tak berumah terlalu besar, berkereta terlalu mewah atau berpakaian terlalu bergaya, jika penjimatan dan tabungan mesti dilakukan demi membesarkan anak-anak.

    Namun tak dinafikan sikap anak-anak sekarang tak sama macam masa kita kecil-kecil dulu. Mereka memang demanding. Anak-anak saya juga begitu. Mereka sering dapat apa yang diminta terutama dari segi makanan, pakaian, permainan atau bercuti (ini kerana kami pun tak sampai hati nak menyekatnya) tak macam masa saya kecil-kecil dulu.

    Saya dulu pernah pakai kasut yang berlubang di tapak selama beberapa bulan kerana takut nak bersuara minta ganti pada bapa. Maklum arwah bapa agak garang@tegas. Lastly cakap pada mak (mak jadi orang tengah) dan barulah dapat tukar. Puncanya saya amat faham bapa bergaji kecil dan nampak kepayahannya hendak membesarkan 6 orang anak, memang berhempas pulas. Anak-anak sekarang tidak melihat kesukaran jadi mereka kurang faham.

    Apa pun anak-anak patut kita galakkan cemerlang di dalam pendidikan duniawi juga ukhrawi. Hanya itu saja yang terbaik sebagai bimbingan dalam melayari hidup akan datang. Ini kerana jika kita hanya meninggalkan wang, ia akan habis. Melalui ilmu wang boleh dicari.

    Salam dari Adilla.

  17. Salam!

    Mengenai mengajar anak untuk belajar menjana wang sendiri demi memenuhi impian mereka tu, saya bersetuju dan akan cuba terapkan pada anak-anak saya. Rasanya mereka dah boleh faham. Insyaallah.

    Saya nak ambil kesempatan mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK pada IK dan semua. Bulan terbaik beramal kerana janji bagi pahala yang berganda.

    Salam.

  18. Amat setuju!

    Financial education memang harus diterapkan sejak kita kecil lagi. This is how Robert T. Kiyosaki(Best Selling Author ‘Rich Dad Poor Dad’) diajar oleh Rich Dad beliau semasa kecil.

    Financial education untuk anak-anak kita is a must!

  19. Kena ajar anak hargai duit. Biar dia tau bukannya senang nak cari duit. Mcm dr cerita anak abg abu, budak pun jadi sayang nak bazirkan duit bila dah tau nilai duit dan nilai susah payah mendapatkan duit tu.

    Klu anak mintak apa2, dan di luar kemampuan kita, explain yg benda tu mahal… dan offer alternatif yang lebih murah, yang setara dengan kemampuan kita sebagai ibu bapa.

    Saya masih belum mencapai financial freedom, so money is always an issue in my family. Anak2 selalu dengar kami berbincang tentang duit, tentang apa nak buat utk majukan bisnes dan improve our lives. So, setakat ni anak2 faham situasi ni dan willing utk tolerate dlm bab membeli-belah ni.

    Sbg ibu bapa kita mmg nakkan yg terbaik utk anak2… betapa mahal pun perbelanjaan yg harus ditanggung, bukan satu isu di sini. Yg penting kita usahakan yg terbaik demi anak2 yg diamanahkan Allah kpd kita…

  20. Alhamdulillah,selama ini anak2 saya telah didedahkan dengan dunia kehidupan sebenar, masa susah dan masa senang bersama2. Anak sulung dan anak kedua saya dah pandai menyimpan dan berbelanja secara berhemah dgn menggunakan wang dari pinjaman pelajaran MARA dan biasiswa JPA.

    Sikit2 lama2 jadi banyak…. Bukan setakat menyimpan di dalam ASB bahkan dah mula melabur dalam Unit Amanah utk pelaburan jangka panjang.

    Wallahualam

    http://www.asasteguh.blogspot.com

  21. Nice Topic
    Susu badan adalah cara terbaik utk membesarkan baby. Banyak fadilat & manfaat. SO jom promote susu ibu. sbb dgn susu ibu baby lebih rapat kepada ibu kalau susu yg satu lagi nanti dia rapat kepada yg satu lagi

  22. Bila diimbas balik, ada segelintir ibu bapa yang tidak suka anaknya buat bisnes atau jual barang atau buat apa2 kerja untuk dapatkan duit sewaktu cuti sekolah semata-mata kerana alasan supaya anak fokus pada belajar. Ayat yang saya biasa dengar “budak tu belajar lagi, buat apa nak suruh-suruh jual barang. Sekarang masa dia concentrate belajar…”

    Fazidah
    http://www.bengkungmoden.com

  23. Interesting topics.Hidup hari ne mmg segala perbelanjaan untuk hidup tinggi termasuk untuk membesarkan anak2.Jadi kena berjimat cermat.Membeli hanya yg perlu jgn ikut nafsu.Ajar anak jgn demanding.Ikut keperluan semasa.Kita didik anak-anak dari kecil. Tanggunjawab kita sebagai ibubapa kerana anak2 adalah kain putih kt yg mencorakan sedari awal kelahirannya.

  24. Ishh..! Takkanlah belajar 24 jam. Apa pun Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-51 dan Selamat Berpuasa untuk semua.

  25. salam semua,

    Dalam keadaaan ekonomi sekarang dan mempunyai 2 org anak yg masih kecil masing2 1 dan 2 tahun, saya memang terpaksa berjimat dalam berbelanja. Masa kecil ni keperluan utama anak2 adalah susu dan lampin. Upah pengasuh sekarang ni minimum pun RM250 sorang.

    Sebagai ibubapa, susah payah membesarkan anak2 boleh dijadikan inspirasi utk mencari rezeki lebih utk anak2. Bila anak2 dah besar nanti perlu dikongsi liku2 dan perit jerih mecari duit dan amalan menabung kepada anak2 supaya mereka sedar realiti hidup dan keperluan pengurusan kewangan yg baik.

    Semoga anak2 lebih rasional dalam meminta-minta dan tahu bezakan antara kepeluan dan kemahuan.

    Hafiz
    http://www.reseller.senang-online.com
    Promosi Broadband MERDEKA 2008

  26. IK SAID : wah!. kisah abg abu yang dikongsikan di WW dan Map untuk Kaya, lebih kurang macam kisah Razzi! hebat. Sah! Razzi ada â€minda jutawan”. ”

    Razzi said : WOW!!…thank you sifu! thank you!! hehehe…tanpa bro sedar tuh, gua cayalah!! Muga-muga cepat-cepatlah bro menjadi jutawan ikut jejak sifu jugak! InsyaAllah!

    …tak sangka ya, dari sekecil 7-8 tahun lagi kita dah kena ajar anak making money. Bro tu tak fikir faktor umur anak tu cuma secara tak sengaja menyuruh dia berniaga di kedai, bro fikir nak untung je hehehe…

    p/s : thanks aishah! Sure bro ingat you…how’s your marriage life?

  27. Hebat,. interesting..Semua kata2 di response column ni benar belaka.Saya punya ramai anak..alhamdulilah,sehingga harini..anak2 masih dalam tuned kita..ini berkat kefahaman isteri2 atas dasar budget dan sokongan dlm membesarkan anak2.adakala kita terlalu tegas..tapi demi kebaikan tak ada yg salah.
    Yg benarnya..anak2 adalah acuan ibubapa/penjaga
    nya sendiri.

    Ahmadzul.

  28. Wah,topik menarik,sememangnya pepatah melayu pun ada kata,melentur buluh biar dari rebungnya,walaupun takde anak lagi,tapi pendidikan melalui teladan yang saya perolehi dari ayah dulu memang berbaloi,punya susah nak mintak duit,dan kena bagi sebab munasabah kalau perlukan sesuatu,maksod saya, siap kene present betul-betul…dats why saye lebih rela meniaga daripada mintak duit kat ayah dulu…

    http://www.kisahjutawan.blogspot.com

  29. hola!

    setuju dgn abg abu n bro razzi, i thot of applying that to my kids too, but afraid they MAY look like being forced…

    hmm…

  30. Sememangnya mendidik anak memerlukan kos yang tinggi, anak saya umur 6 tahun, tadika Rm 230 + Rm 40 tuisyen + Rm 80 Transpot, tu blom lagi yang home tuisen (One by One Tuisen) Rm 30 sejam..He..tapi kita kena selalu ingatkan anak betapa susah mencari duit…dan YANG PALING PENTING. bila anak nak beli sesuatu, JGN TRUS IKUTKAN…bagi dia berfikir ttg kepentinga barang tu..cthnya, anak saya suka beli beg,semua jenis beg dia nak beli especially beg Barbie, dan saya letakkan 1 syarat, klu nak beli beg tu, kena pakai dlu beg yang lama,sampai dah koyak baru beli yang baru..then bila balik rumah, dia trus cari beg lama yang dia dah humban entah kemana dan dia mula sangkut beg tu..bila pergi kemana mana, dia bawa beg tu, jd dia dah tak tgk beg lain lagi..and dah tak humban dah beg tue.. it’s work..dia dah mula berjimat cermat..Alhamdulillah..

    tapi memang saya menitik beratkan ttg wang dengan anak anak saya,..Sebab ms kecik saya tlg mak jual kuih bawak jln kaki 1 taman, dan depan mata saya tgk sendiri betapa susahnya mak nak mencari duit,tido pun tak sampai 3 jam sehari, kul 3 dah kena berjaga melenyek tepung..sampaikan saya nak tido pun tak sampai hati..ms tu umur saya 12 tahun(darjah 6) sampai skg pun masih tbayang2 mak melenyek tepung..IBU TUNGGAL YANG MEMBESARKAN 10 ANAK..so.. dari situ la saya automatik jadi seorang yang berjimat..sayangkan duit sebab dh tau betapa susah nya nak cari duit..

    bro razzi>for me, start skg dah mula borak serius ttg duit dgn anak..even anak i umur 3 tahun(2nd one) i dah cerita ttg jimat dan sayang duit dgn dia..dan tanpa saya sedar, 1 hari, dia bgtau maksedara dia, dengan pelat nya dia bgtau..”ibu tate tena timpan tuit nak beli batu laye..”
    maksudnya..
    ibu kata kena simpan duit nak beli baju raya..hik.hik..hik..

    tergelak saya mendengarnya..

    saya rasa anak kecik lagi mudah faham apa yang kita terangkan…dan Alhamdulillah, anak saya tak pernah nak mintak duit untuk pergi beli gula gula..(sebab ddari kecik saya ajar keburukan makan gula2).. tapi 1 jer.. memang kena cakap berulang kali, sebab anak kita ni mudah lupa…memang kena selalu sangat cerita ttg susahnya nak cari duit..supaya dia faham,dan bila dia dah faham, percaya lah,, 1 hari nanti pasti dia yang sound kita balik…
    anak sulong saya sound saya beli kasut.. dia ckp
    “kenapa ibu beli kasut baru? kan kat umah ada kasut lagi..” piunggg…terpinga pinga saya malu sendiri, dan disitu saya belajar “KEPIMPINAN MELALUI TELADAN”

    aida6907.blogspot.com

  31. saya dari kecik lagi minat duit..hehe..nak beli aiskrim la..game la..tapi tak semuanya dapat..haha..mak ckp kena blajar pndai2 baru dapt..susah tue..last2 berjaya jugak 😛

  32. Wah…semakin tip-top IK nie. Kadang-kadang sekarang nie kita tengok ramai yang dah capai kejayaan, lebih2 lagi dalam dunia perniagaan. Tapi, yang membezakan dikalangan mereka ini adalah cara dan konsep yang digua pakai dalam memajukan diri dan bisnes. Ini yang kita harus belajar. Chayookkk….

    Bisnes TDTone
    http://www.BisnesTDTone.com

  33. Sebut pasal anak,susah macam mane pun membesarkan mereka,anak adalah rezeki kita yang tidak ternilai..jaga lah mereka kerana mereka adalah amanah kita..

  34. Pandangan saya masyarakat melayu mesti buat perubahan dalam sistem pendidikan keluarga dimana ilmu kewangan seharusnya diberikan semasa usia awal lagi bagi mengelakkan masyarakat melayu mengalami masalah kewangan yang teruk dan senario sekarang ini membimbangkan dimana masih ramai lagi yang tidak mementingkan simpanan dan pelaburan untuk masa depan.

  35. Ala klu nk kaya n loaded betol2 klu dah kawin jgn pancut dlm la bro. sndiri tembak sendri tanggung la bro

Leave a Reply

Your email address will not be published.