Wang atau Kebahagiaan- yang mana pilihan anda?

Sering saya ditanya…

Mana satu nak dipilih? Wang atau kebahagiaan? Mana yang lebih penting?

Infact, di TV pun ketika “live” 2-3 kali soalan begini ditanya. Dan jawapan saya… kenapa perlu pilih satu?

T Harv Eker (jutawan & penulis buku kekayaan) pernah berkata apabila di tanya soalan yang sama:

Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?

Sering kali, yang bertanya soalan begini, adalah mereka yang sedia tidak mempunyai wang. Atau, mereka yang mempunyai wang, tetapi, mengabaikan kebahagiaan hidup.

Teringat pesanan Dato Dr Fadzilah Kamsah dalam Mentor Jutawan: Kita perlu imbangkan kekayaan & kebahagiaan. Dalam erti kata lain, perlu pilih kedua-duanya… bukan memilih SATU sahaja 😉

Lepas ni, kalau saya terima soalan yang sama, boleh saya jawap seperti T Harv Eker…

Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?

Lebih direct… dan membuat orang berfikir. Mengapa perlu pilih SATU sahaja? Boleh tak kita miliki kedua-dua sekali!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

34 thoughts on “Wang atau Kebahagiaan- yang mana pilihan anda?

  1. yer sy setuju

    kenapa perlu pilih salah satu…dalam soal apa sekalipun berusahalah untuk memilih kedua-duanya sekali

  2. Assalamulaikum..

    Persoalan ini selalu juga dibincangkan dalam kehidupan seharian kita..saya rasa kedua-duanya amatlah berkait rapat. jadi, saya rasa pilihan wang dan kebahagiaan adalah pilihan yang tepat. Saya juga rasa jika seseorang tak nak wang, saya rasa diaorg tak akan layari website IK kan?..

  3. Eh Sifu?…hampir sama pulak entri kita kali ni. Bro lak tulis “LOVE OR MONEY?” at my blog.

    Mainly bro cerita tentang you laa Sifu, my personal thought of you setelah sekian lama kenal and “how irfan khairi balance money & kebahagiaan”…

    Eh kalau kawan-kawan semua nak tahu lebih lanjut kisah IK & hidup & Cinta, through my perspektif…

    go here >> http://www.razzirahman.com/blog

  4. mmg dalam islam pun diajar bagaimana nak wasatiah.. wasatiah ni bukan sahaja sederhana dalam pelbagai hal tetapi ia lebih kepada keseimbangan hidup.. mcm kesihatan kene jaga baik walau muda maupun tua.. masa senang jgn lupa di masa susah, atau masa tinggi jgn lupa di bawah… konsep wasatiah ni yg spttnya kita fahaminya, diberi bahagia, kekayaan dan lain2 anugerah kenelah mensyukurinya.. then Allah akan lipatgandakan apa jua nikmat jk bersyukur… mmg betul kita boleh pilih apa jua yg terbaik dalam hidup.. yg penting kene bersikap positif..

  5. Ada yang kata “money cant’ buy happiness”. Tapi wang boleh menolong kita menuju kebahagiaan, yelah kalau duit takde, camne nak makan, nak bagi anak-anak sekolah dan lain-lain lagi.Tengok pulak sekarang ni krisi minyak yang tak tentu, walaupun wang bukanlah segalanya, tapi kita tetap perlukan wang.Jadi kedu-duanya tetap penting dalam hidup kita,barule ada “balancing’, macam kereta…

  6. Fuh…

    Betul la erk.. Napa nak pilih satu ja ..

    Tapi dalam hidup kekadang perkara-2 yang memerlukan kita memilih.

    Tapi bila kita buat pilihan 2-2.. Pilihan yang bijak..

    “Saya mesti PILIH!!!” bank rakyat punya slogan.. 🙂

  7. saya nak komen pasal kata T Harv Eker, macam kelakar pulak bunyinya.

    Kalaulah saya disoal macam ni,

    “Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki! mana satu pilihan anda?”

    Jawablah taknak dua-dua!

    Kalau saya disoal macam ni pulak,

    “Mana satu nak dipilih? Wang atau kebahagiaan? Mana yang lebih penting?”

    Jawablah nak dua-dua!

    Dalam Islam, kita mesti sentiasa sederhana dalam semua perkara termasuk wang dan kebahagiaan.

  8. Assalamualaikum ik…

    lama sangat2 tak hantar comment n baca blog ik ni…
    class dh start, so busy sangat2…
    ari ni baru ah de masa….

    bestnya topic ari ni….
    pilihan….
    kebahagian…
    wang….
    kenapa mesti ada pilihan…
    ambik jer dua2…
    kan senang…
    siapa yg tak nak wang…
    siapa yg tak nak bahagia…
    gila cakap kalau tak nak dedua tu…
    so, usaha sampai boleh dapat dedua tu…

    cakap senang…nak buat memang payah…
    hehehehehe

    k..
    Assalamualaikum….

  9. Assalamualaikum!.

    Ada quote juga menyebut “Money cannot do everything but without money we cannot do anything” jadi fikir2 kan lah..pape pun pndai2 lah balance kan…ekekk

  10. Ada org mungkin bahagia walaupun tak berwang.. dan ada org tak rasa bahagia walaupun memiliki kekayaan dan segala harta benda yg diidamkan dlm hidup ni… Ada pasangan bergaduh sbb tak cukup wang, ada jugak yg bergaduh sebab tak cukup kasih sayang… walau dari segi material dia langsung tak kekurangan.

    Pokok pangkalnya adalah kesederhanaan, keseimbangan, dan keutamaan macam yg lain2 dah cakapkan tadi.

    Bagi saya dua2 pun penting. Ada wang.. kita boleh menuju ke arah kebahagiaan. Mmg money can’y buy happiness/love.. tapi dgn adanya duit, kita dapat memastikan org sekeliling kita mendapat yg terbaik dalam hidup mereka… Be it education, investment, insurance, etc.

    Takde duit pun, kita masih boleh bahagia. Tapi bak kata Irfan dan Dr Fadzilah Kamsah, buat apa kita tak pilih untuk jadi org yg berduit? Tak salah berusaha untuk lebih berjaya dalam hidup dan naik ke satu tahap lagi dlm hidup kita. So, pilihlah kedua2nya….

  11. Saya akan pilih kedua-duanya…Seperti IK :)..Kedua-duanya membuat sy lebih positif untuk menjalani hidup dgn selesa..Syukur..

  12. yup kenapa nak pilih satu kalo boleh pilih dua. saya pun dah penah dengar Mr T Harve Ekar masa seminar dia kat malaysia.

  13. Assalamualaikum..

    Kah!kah!kah!! Brother Zamri lawak tu menjadilah!. Kalau potong rambut tak sakitkan. Malah makin segak dan kemas penampilan seseorang.

    Wang atau bahagia? Lihat saja kisah Rasulullah. Asal dari keturunan baik-baik, datuknya pembesar (dah tentu banyak wang bukan?) dan dihormati. Kemudian dia diduga dgn pemergian satu demi satu ahli keluarganya yang disayangi. Pasti kebahagiaan menurun waktu tu, malah sedih dan kehilangan. Penghormatan pun makin berkurang. Itu persediaan mental yang diberi padanya sabagai salah satu persiapan menjadi Rasul.

    Setelah melepasi itu, beliau dikurniakan Allah dgn kehadiran Siti Khadijah. Ini compensation pada ketabahan Rasulullah. Wanita tercantik dan ahli perniagaan terkaya waktu tu. Sanggup berkorban harta dan nyawa demi Islam dan Rasulnya. Logiknya kenapa? Kerana nak menegakkan agama pun perlu pada material. Nak beli kuda atau unta nak berperang dgn musuh Islam mesti dengan wang. Material perlu pada wang.

    Kesimpulannya wang adalah alat. Kebahagiaan adalah matalamat. guna alat nak capai matalamat. Jangan leka sangat dengan alat, sampai matalamat kabur dan berkubur. Tu yang jadi mak bapa kerja siang malam, anak terabai dan memacam lagi. Sedangkan matalamat awal kerja nak memenuhi keperluan rumahtangga dan anak-anak.

    Allah lebih tahu!

    Salam dari Adilla.

  14. Assalamualaikum Semua,harap sihat..!

    Thanks to Abg Irfan..

    Duit boleh kita cari dan sentiasa ada..
    Tp kita kena ingat,duit juga boleh habis..!
    Kebahagian penting untuk kita semua, kita hidup nie sementara jerr..

    Pastikan kita mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat.

    Topik yang di bincangkan nie,bukan satu pilihan.Tp itu adalah yang perlu kita miliki. 🙂

    Selamat Menyambut Ramadhan

  15. setuju ngan master hater, kebahagian itu untuk selamanya..bukan hanya didunia shj..

    wang itu penting tapi tidak sepenting mencari kebahagian yang kekal abadi..

  16. Anyway..wang dan kebahagiaan amat penting dan ia saling memerlukan antara satu sama lain dalam zaman millenium ni..lain lah zaman tengku kudin dulu. Itu sebab saya masih bergelar mariners.

  17. ye saya sokong brother love kite ni (Razzi Rahman). Bagi saya MONEY or LOVE ? saya akan jawab MONEYLOVE..Kebahagiaan adalah segala-galanya. Ibu Bapa, Isteri, Anak dan keluarga adalah segala-galanya. Duit pula bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit. Jadi jawapan saya ialah MONEYLOVE..

    ==========================================
    Ketahui rahsia terbaru meningkatkan minat
    kanak-kanak untuk belajar :
    http://www.kamusgambar.com/
    ==========================================

  18. haha…memang pun. Skang nie segala-galanya prlukan dwet. Keadaan ekonomi, politik xmenentu. So….xke xnak, skang nie kita kena create our own skill to generate money.

    Stuju x???
    Bisnes TDTone

     

  19. Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki! mana satu pilihan anda?

    Lebih direct! dan membuat orang berfikir. Mengapa perlu pilih SATU sahaja? Boleh tak kita miliki kedua-dua sekali!

    dicadangkan, maksudnya LEBIH SUBJEKTIF JIKA DISOAL:

    OLEH PEROMPAK YANG SEDANG MEMEGANG KAPAK DITANGANNYA DAN SEDANG BENGANG DENGAN ANDA KERANA TIDAK BEKERJASAMA :

    saya beri anda pilihan, SAMAADA NAK KEKALKAN kedua belah tangan sahaja ATAU KEKALKAN kedua belah kaki sahaja ! yang mana satu yang awak nak?

    Lebih direct! dan membuat orang berfikir. Mengapa perlu pilih SATU sahaja walaupun dalam keadaan tertekan? Dalam hati mesti kita mahu miliki kedua-dua sekali DAN akan cuba sedaya upaya untuk memujuk perompak itu agar tidak meneruskan niat jahatnya. Begitulah juga dalam penghidupan, walaupun panorama penghidupan kita kelihatan agak rakus dan kejam, kita haruslah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kedua-duanya. ataupun lebih senang lagi dikatakan “the survival of the fittest” , hanya yang kuat dari pelbagai perspektif(daya tahan mental,kreatif,danpenghidupan kini yang lebih mencabar. lain lain) akan mendapat kesemuanya (wang, kebahgiaan, penghidupan sempurna) dalam zaman kini. – adios – mariam akmar 15 tahun, methodist school ACS

  20. MENGAPA HARUS MEMILIH,SEDANGKAN KITA BERHAK UNTUK MEMILIKI KEDUA-DUANYA SEKALI…
    -renung-renungkan,selamat beramal-

  21. wang adalh metarial,kebahgiaan adalah hati
    sekiranya wang dan kebahgian bergabung hati bersatu.sekiranya salah satu tiada akan hancur lah ia.

  22. Kedua-duanya pun penting. Kewangan satu keperluan yang boleh berubah menjadi kehendak, satu lagi betul-betul keperluan sampailah pas mati nanti. Kebahagiaan sangat-sangat perlu kewangan perlu sebagai alat.. tak gitu

  23. lo sya.. mang duit yg lbih pnting nie skrg..
    c0z sya mc single g.. lum ada familY g,
    hehehehehe… s0 tda pya susa fkir kebahagaian luk… pkai yg ada luk, bak kata pepatah, tanam2 padi luk, sementara tgu jagung masak…

  24. Memang duit tu penting…tapi x kanlah sampai satu sen pun x de…maknanya cukup mkn cukup pakai…serba sederhana..saya nak tanya..bolehkan duit beli hati dan perasaan..beli kebahgiaan…satu je jawapannya…kalau saya saya pilih kebahagiaan…apalah guna duit banyak kalau jiwa hati dan perasaan kita kosong…duit boleh beri kebahagian..tapi sementara….kita boleh beli semuanya..tapi kebahagian yang hakiki bukan berlandaskan duit semata mata…biarlah hidup cukup mkn..daripada kaya berharta tapi jiwa kosong.

Leave a Reply

Your email address will not be published.