Mentor Jutawan: Dato’ Hussamuddin, Pengasas Karangkraf

mentorlogo-small.gifApabila menjalankan perniagaan, pada mulanya ramai yang bermula seorang diri (kecil-kecilan). Seperti Dato Hussamuddin, pengasas Kumpulan Karangkraf (penerbit majalah terbesar di Malaysia). Tetapi, apabila perniagaan berkembang, pastinya kita akan menambah juga pekerja untuk melancarkan lagi kerja dan menambahkan lagi keuntungan.

Perniagaan saya Irfan Khairi Sdn Bhd dikira perniagaan kecil-kecilan dengan hanya kurang dari 5 pekerja (ketika ini). Pada asalnya saya menjalankan perniagaan Internet seorang diri. Tetapi, sering saya kagum dengan syarikat-syarikat besar yang mempunyai beratus… atau beribu pekerja! Jadi, soalan saya kepada Dato Hussamuddin adalah…

===================

Apa success principle Dato”™? Sebab saya pergi ke Karangkraf, memang sangat ramai pekerja dan bagaimana Dato”™ handle ramai pekerja?

Dato’ Hussamuddin: OK, di Karangkraf sekarang kita ada 1100 karyawan. Tetapi saya tak rasa susah handle mereka, kerana saya memberi ruang kepada setiap insan yang ada di Karangkraf untuk berkembang dengan pace mereka sendiri.

Saya percaya, kalau kita beri seseorang kepercayaan, dia akan boleh berkembang. Jadi di Karangkraf, saya percaya kepada memberi peluang. Saya beri mereka tanggungjawab, dan biar mereka berkembang. Sebab itu, 30 majalah dan 1 suratkhabar yang kami buat, sekarang kami buat trend baru, Sinar Harian Kelantan, Sinar Harian Terengganu, Sinar Harian Pahang, dan Sinar Harian Selangor. Setiap team diberi autonomi untuk mengendalikan majalah mereka sendiri.

Saya bagi peluang, saya bagi ruang, saya bagi guideline dan saya delegate kuasa dan authority kepada setiap orang untuk berkembang. Ia ibarat anak, kalau kita kongkong sangat, anak itu akan jadi memberontak. Tapi kalau kita bagi galakan, garis panduan, anak tersebut boleh berjaya. Itulah prinsip yang kami amalkan.

===================

Ulasan jawapan: Pastinya perniagaan anda juga satu hari nanti memerlukan pekerja, oleh itu, tip dan strategi Dato Hussamuddin adalah sangat-sangat berharga!

Saya juga pernah menyebut terdapat banyak tip-tip tersirat dalam jawapan mentor-mentor jutawan ini. Melihat jawapan di atas, anda nampak tak apa yang tersirat? Sekiranya tidak, saya akan sebutkan…

Perasan tak Dato Hussamuddin menggelarkan pekerja-pekerjanya “Karyawan”. Walaupun saya menyebut “Pekerja”. Ini menunjukkan tahap penghargaan Dato Hussamuddin kepada pekerja-pekerja/karyawannya. Next time bila anda baca semula Mentor Jutawan, baca perlahan-lahan dan cuba dapatkan tip-tip tersirat mentor-mentor jutawan anda!

Teringat saya kepada Mr. Walt Disney (pengasas Walt Disney… Disneyland). Beliau menggelarkan pekerjanya sebagai “Cast members”!

mentorlogo-small.gifSekiranya anda belum lagi memiliki Mentor Jutawan, dapatkannya di sini hari ini. Memang hot in the market dan terlalu banyak permata-permata yang amat berharga di dalamnya. Klik di sini untuk membaca keseluruhan Mentor Jutawan.

Bagi pemilik blog, anda juga boleh menyertai program affiliate mentor Jutawan di sini untuk mendapat pendapatan sampingan.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

14 thoughts on “Mentor Jutawan: Dato’ Hussamuddin, Pengasas Karangkraf

  1. panggilan nama khas memang menunjukkan appreciation kepada setiap pekerja yg ada.
    bila kita menghormati dan menghargai orang lain, orang akan melakukan perkara yg sama kepada kita.
    saling menghormati memang amalan yg sangat digalakkan oleh Islam.

    http://wordsofsaramsak.blogspot.com

  2. “kepercayaan” adalah permata di dalam diri sendiri untuk berkembang, di situ lah peluang dan pilihan ujud untuk menjadi satu “kuasa” di dalam apa sahaja yang kita lakukan, sebaik-baik manusia adalah orang yang banyak memberi manafaat kepada orang lain, dengan satu “kuasa”, SAYA PERCAYA ANDA, ANDA BOLEH.

  3. Bila kita diberi peluang, bakat kita akan berkembang dan semakin terserlah. tambahan pula bos kita menghargai apa yang kita lakukan. Walaupun modal hanya menggunakan biasiswa.Tapi Dato’ Husamuddin tidak menjadikan itu batu penghalang untuk berjaya. Sehinggalah Karangkraf yang ade hari ini. Sy sangat tertarik dengat kisah ini

    http://novelmelayu.blogdrive.com

  4. Salam semua..

    Dato’ Husammudin mengingatkan saya agar fokus dengan perniagaan utama kita..walaupun banyak peluang dalam bisnes baru namun sebenarnya bisnes kita yang sedia ada masih banyak ruang untuk dikembangkan..

    Saya sebenarnya sedang berkira-kira ingin melabur dalam perniagaan baru(hasil keuntungan percetakan saya)namun pesan ‘mentor penerbitan & percetakan’ ini memberikan saya idea ‘bisnes-bisnes baru’ yang masih dalam ruang lingkup penerbitan dan percetakan…

    Sejujurnya, ebook mentor jutawan sangat sangat sangat bermanfaat…

    Moga dirahmati semua..

    Hj.Hayat :
    “…terus melangkah!”

  5. yea mereka yang memiliki blog berpeluang mendapatkan ebook tersebut sebagai rujukan. mentor jutawan semakin panas dan terhangat masa kini…

    mereka yang ada mailing list yang besau lagi suka hati laa jadinya… syabas laa kepada mereka yang dah dapat komisen.

    komisen oh komisen… mari mari mari mari… hehehehee…

  6. Kisah Dato’ Husammudin dalam ebook ini, meneraju Karangkraf sejak berpuluh tahun dulu memang amat mengkagumkan!

    Yang bestnya, he sticked to it. Nama pun tak tukar. Betul-betul fokus.

    Sometimes, bro agak kecewa dengan beberapa kawan-kawan yang join workshop Ik, spend so much money tapi tidak fokus, asyik nak buat mcm2 busines, Bro dah ada untuk free guide ni… tp sibuk nak buat tu lah ini lah, hingga satu pun tak terbuat. Itulah yang Dato Husammudin terangkan…FOKUS! 🙁

  7. hah….kalo blh saya nak bertukar crite sikit jer…dato` ni sedare rapat jugk dengan kwn serumah saya..saya ni student la….ok kisahnya yg saya tahu dato` ni ayahnya jugak tauke kedai buku…..keluarga dato` ada sebuah kedai buku kecik di kelantan kalau tak silap..tapi dato` ni selalu pergi kedai ayah dia dengan adik beradik yg lain lepas sekolah…

    tapi yg menarik tentang dato` ni ialah beliau dan keluarganya mampu bukak bisnes cetak buku yg besar dan hanya bermula daripada sejarah kedai buku yg kecik…

    kalau dekat karangkraf org2 kuat dia pun mcm anak-beranak jugak…

    syabas dato & karangkraf!

    http://www.batikofmalaysia.com

  8. Perkara yang mendorong saya membeli ebook ini adalah kerana Dato’ adalah bos saya. Syabas dan tahniah….semoga saya dan generasi saya akan turut mencipta kejayaan seperti Dato’. Amin!

  9. la…yeke Liza. Owh…pndai amik ati bos nie. Bagus. tapi xrugi kita membeli ebook cmnikan. yela..kalau kita nak berjaya seperti merekakita kena cedok ilmu, tip serta pengalaman daripada mereka-mereka nie.

    ======================================
    Bisnes TDTone

  10. saya tertarik dengan kata2 Dato’Hisahamudin yang mengatakan kejayaannya berdasarkan kepercayaan, peluang dan juga guideline serta delegate kuasa bersama authority kepada kakitangannya.Begitulah cara yang paling betul dan sesuai dalam sesebuah organisasi…Tq Dato’ dan IK kerana sudi berkongsi Ilmu Kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.