Pakar psikologi mengatakan bahawa manusia melakukan sesuatu kerana dua perkara sahaja iaitu untuk mendapatkan kebahagiaan atau megelakkan kesengsaran.
Antara dua itu pula, secara psikologi mengelakkan kesengsaraan memberi lebih motivasi untuk melakukan sesuatu.
Dengan pengetahuan ini, anda mempunyai satu teknik motivasi yang hebat. Iaitu, fikirkan kesengsaraan atau kesusahan yang di alami oleh mereka yang hidup dikelilingi hutang. Mereka yang tidak berjaya. Mereka yang gagal dalam perniagaan.
Jadikannya untuk membakar semangat anda supaya anda elakkan diri anda dari kesusahan dan kesengsaraan. Sekiranya anda sendiri pernah mengalami kesusahan dan kesengsaraan, maka, kesan motivasi ini adalah lebih hebat!
Sebab itu ramai yang berjaya kini asalnya hidup susah. Mereka secara psikologi mempunyai teknik motivasi yang hebat- tanpa disedari!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
“Kebahagiaan dan Kesengsaraan
adalah pilihan…….
pilihlah untuk BAHAGIA”..
kesusahan dan kesengsaraan adalah cikgu yang hebat.. sememangnya saya akui 🙂
Betul tu . Kekadang motivasi kita jatuh mendadak.. Nak mengekalkan motivasi itu lebih susah daripada untuk mendapatkannya. Motivasilah yang menentukan kita mudah atau susah mencapai kejayaan selain ketentuan Ilahi..
Helo Irfan…hehhe i dah tukar e-mail i. Topik hari ni kebahagiaan VS kesengsaraan. Kita memang akui manusia yang dilahirkan ke dunia ini tidak mempunyai nasib yang serupa. Ada yang bahagia dan ada yang sengsara. Usaha untuk mencapai kebahagiaan bagi mereka yang sedia sengsara pastinya akan mendapat bekalan yang amat berharga untuk mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang manusia sejati. Tidak seperti mereka yang hidup bahagia apabila berada di ruang sengsara pastinya akan mampu mendefinisikan erti kesengsaraan dengan lebih mendalam. Hanya mereka yang mahu mengambil iktibar dari pengalaman hidup masing-masing dan mereka yang menyedari di mana tapak kaki berpijak akan mampu mendominasi Kebahagiaan VS Kesengsaraan untuk diubah menjadi Kebahagiaan & Kebahagiaan. Thank U.
manusia belajar daripada kegagalan. kegagalan tu satu kesengsaraan. masalahnya ramai yg tak belajar daripada kegagalan
Selama ini saya sering bersedih jika kesengsaraan selama ini. Kini, saya sedar kesengsaraan itu bermakna sebenarnya. Bila difikirkan semula, ia akan mematangkan pemikiran dan jati diri kita sebagai manusia.
…a rush of blood into your head…
hem bila kita tersepit biasanya kita akan alirkan banyak darah dalam kepala, kita akan banyak berfikir, kalau ditambah dengan nafsu jahat, mungkin idea kita akan jadi jahat, tapi tak semua orang berfikiran jahat kan?… so call adrenalin…
Jika kita tidak pernah mengalami kesengsaraan maka kita tidak akan paham apa itu erti kehidupan dan pengorbanan.
sebut pasal kesengsaraan…
sudah sememangnya dari kecil saya tak pernah merasai kebahagiaan, kasih sayang sejati. kehidupan saya penuh dengan kesengsaraan, kesedihan, kepedihan, kesakitan.
tapi saya belajar sesuatu daripada semua itu – saya mengerti bagaimana untuk menjadi kuat, tabah dan sabar. saya masih sengsara kerana karenah manusia. cuma bezanya sekarang ini saya sudah bersedia dan sedang berusaha keras keluar daripada kepompong ‘kesengsaraan’ tersebut. kini saya cuma bayangkan kejayaan dan kebahagiaan di masa depan. dengan pertolongan Allah dan tunjuk ajar dari irfan, saya berharap saya akan berjaya membuktikannya…
satu artikel yang ditulis oleh tentang nasib..bukan nasib yang menentukan hidup kita, tapi kita yang menentukan nasib hidup…untuk mengubah nasib, kita perlu berubah
â€Kebahagiaan vs Kesengsaraanâ€
Sutu topik yang menarik untuk saya berkongsi dengan semua.
Dahulu seingat saya, semasa zaman kanak-kanak (tahun 80an) keluarga saya pernah mengalami kegawatan ekonomi. Saya yang dilahirkan disebuah tanah rancangan Felda melalui detik perit ini dengan membantu bapa saya memetik buah sawit (ketika umur 11 tahun), membantu ibu saya menoreh getah.
Namun keperitan dan kesusahan ini kami berjaya melaluinya dan kami sekeluarga (7 beranak) dapat mengerjakan umrah di tanah suci mekah dengan hasil titik peluh kedua ibubapa saya selama ini.
Saya diberikan pelajaran dan kini, kerana kebahagian keluarga kami dan kesusahan yang kami lalui, akhirnya saya sudah ada perniagaan sendiri. Perniagaan berasaskan internet.
Terima kasih Mak, Terima kasih ayah.
kasih sayang@bahagia tak datang dgn sendiri. kita perlu BERUSAHA untuk mendapatkannya dan berusaha untuk mengekalkannya.
kerana inilah manusia sanggup berbuat apa sahaja atau berbuat apa yg perlu untuk mengekalkan bahagia itu. sebabnya mudah iaitu mereka tidak mahu sengsara.
pada saya,kesengsaraan yg sebenarnya ialah bila kita tiada kasih sayang dari Allah, keluarga, saudara mara, jiran tetangga, dan seluruh manusia.
selain itu spt kata saudara Irfan kesusahan itu boleh menjadi motivasi untuk kita berjaya. kata2 ini mmg betul terutama jika kita aplikasikan dlm perniagaan jika kita berniaga atau apa shj kerjaya kita.
ttp saya mmg percaya bisnes apapun mmg boleh menghasilkan pendapatan yg lumayan jika kita bermula dan menjalankannya dgn strategi dan pengetahuan yg betul. barulah boleh bahagia jika bisnes berjaya. betulkan…
dan saya amat bersetuju dgn kata2 miclee diatas. tq krn menyedarkan saya ttg sesuatu yg penting dlm hidup saya dgn kata2 awak tu.
…akhirnya wahai saudara irfan, disbbkan kata2 miclee diatas saya ada sbb yg kukuh untuk memulakan bisnes. dan saya dah tahu bisnes apa saya nak mulakan, tq dgn tip2 saudara selama lbh krg 2 minggu saya baca. barulah ada semangat nak baca buku n lihat cd saudara yg saya beli seminggu yg lalu. [tak buka lagipun.]
Mcm mana nak menghadapi kesengsaraan masalah kesempitan kewangan ?
“Sengsara” akan mengajar kita makna kehidupan. Anggaplah segala kegagalan yang kita lalui sebagai ilmu. Setiap kali kita gagal bermaksud kita belajar teknik yang salah untuk berjaya.
Alangkah baiknya kalau kita semua tahu “Apakah potensi, minat, hobi, kelebihan, kekuatan, harta dan keupayaan diri kita sebenarnya”, Semua maklumat ini penting supaya kita boleh berusaha ke arah betul-betul potensi kita. Barulah boleh excel, sebab kita buat apa yang kita minat. Kawan-kawan macam mana kita boleh kenal diri kita sendiri?? Marilah kongsi idea
Kebahagian adalah penentuan hidup kita sendiri.Kita perlu berfikir secara rasional dan jangan mengikut perasaan dan hawa nafsu semata-mata.Jika kita hendak bahagia, kita boleh bahagia ,cuma mungkin kita tidak tahu jalan untuk menuju kebahagian itu.
Ramai yang berjaya hari ini pada mulanya memang orang susah. Teringat pada pengalaman yang di lalui oleh Chef Li.
salam..
no komen.. sengsara mmg boleh memotivasikan seseorang. itupun kalau dia nak berubah. Hmm.. isu kesengsaraan/masalah persorangan ni boleh buat duit jugak ni.. (ade sesape nampak kick start nya?) hehe.. selamat berjaya.
kebahagian & kesengsaraan adalah lumrah hidup setiap insan yg dijdkn Allah dimuka bumiini.sebagai org Islam kita kena redha apa saje yg Allah uji kita.kita jgn menyesal,mengutuk, marah,benci; bila kita susah, merana dan sengsara hidup..ini semua mainan hidup didunia yg fana.yg penting bila susah & sengsara kita perlu byk bersabar dan kuatkan iman & semangt.esk pasti baik..mendung tdk gelap berpanjangan…& panas akan menjelma.bykkan doa…tp perlu syukur dulu..walu pun susah..kita bersyukur: kalu tak ada kasut baru x apa kerana ada org x ada kaki pun!bila senang lg kena byk syukur jgn lupa atan…byk sedekah & bantu org susah yg memerlukn bantuan.Allah tdk akan mengubah nasib seseorang kalu dia sendiri tdk mengubahnya, amin.
siraman motivasi yang menyegarkan……smile
Bahagia dan sengsara 2 benda yang tidak dapat dipisahkan. untuk bahagia kadang2 perlu hadapi seribu kesengsaraan. Bila dah sengsara susah pulak untuk mengapai bahagia. kekuatan jati diri perlu ada agar bila kita dapat tempuh kesengsaraan untuk mencapai impian kita untuk bahagia.
saya budak baru lepasan ipta..amat berminat ngan bidang keusahawanan dan perniagaan..sesiapa yang sudi memberi tunjuk ajar amatlah dihargai…
Sememangnya kehidupan penuh cabaran yang kita perlu tempuhi.Kalau kita tiada kesabaran dan ketenangan untuk berfikir sejenak.Pasti kita akan sengsara dalam meniti kehidupan ini.Jangan putus asa dan teguhkan prinsip anda.
Hakikat untuk menerima kenyataan kehidupan bila menghadapi kesengsaraan memang menyakitkan. mcm2 rasa malah secukup rasa dilalui. disinilah kita memerlukan motivasi. Motivasi yang membina ke arah berfikir secara positif, kita akan mendapat semua kebaikan yang tersembunyi di sebalik semua masalah yang terpaksa kita hadapi.
kita sebagai insan sememangnya perlu suntikan semangat secara berterusan untuk menghadapi hidup dengan lebih yakin lagi!
Cume fikirkan sejenak, BUKAN SUSAH NAK SUSAH DAN BUKAN SENANG NAK SENANG. Kesengsaraan dahulu memberi kesenangan kemudian. Betul tak…?
setiap yg berlaku, saya percaya ada hikmahnya… kesengsaraan lebih bermakna bagi sy kerana mengajar sy menjadi lebih matang dan menjadikan sy bukan anak manja yg tak reti berdikari….
tapi kebahagian yang terindah adalah yg datang kesusahan….
macam la jadik cleaner sbb nak kumpul duit semata2x nak beli buku dan mengikuti krusus…
waktu terus berputar seiring dengan pergantian siang dan malam. kehidupan merupakan suatu perjalanan yang dimana didalamnya pasti akan melewati suatu percobaan. untuk menhadapi cobaan itu memerlukan kesabaran, dan ketabahan yang dibaringi dengan DOA KEHADIRAT ALLAH SWT.karena dibalik itu semua pasti ada hikmahnya.
Kesusahan yang mengajar kita menjadi orang yang tahu menilai hidup. Usaha yang tepat dan tindakan yang cepat mengubah kehidupan ke satu arah yang dituju iaitu kebahagian dan kesenangan. Tetapi ia tidak mudah seperti yang ditulis dan disebutkan. Terima kasih Tuhan.
inilah kehidupan kita sebagai manusia didunia berpasang pasangan , yang tua dan yang muda, tinggi rendah,kaya miskin, begitu juga dengan kebahgian dan kesengsaran semua ini lah yang menjadikan kita lebeh hebat lagi kalau kita renungkan dengan halus…
Selalunya saya jumpa blogger yg serius dalam kupasan topic nie… tapi kupasan awak nampak bersahaja.. tq dari peminat blog awak… 🙂