Harga melewatkan kerja (procrastinate)

sleep.jpgSekiranya ada satu sahaja MUSUH untuk membuatkan kita tidak berjaya & mengeluarkan segala potensi diri, ianya adalah procrastinate. Atau melewatkan-lewatkan masa kerja.

Bayangkan ini. Apabila anda membaca sesuatu info yang amat berguna yang anda sendiri tahu ianya boleh membantu anda- tidak kira dari Tip Satu Minit ini, atau dari buku, atau dari majalah… adakah anda terus lakukannya, atau anda menangguhkan? (walaupun tahu ianya boleh membantu anda mencapai kejayaan)

Sebagai contoh, 2 tahun lepas saya menulis tip ini:

Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.

Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?

Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang! (Post: September 2006“Baca Jangan Tak Baca”)

books.jpgTip itu saya tulis kira-kira 640 hari lepas. Sekiranya anda mengimpimentasikannya, anda telah meluangkan 640 jam membaca buku sejak membaca tip tersebut sehingga kini. Ia juga secara purata bermakna anda telah membaca 90 buah buku berkaitan dengan bidang anda.

Berapa ramai agaknya yang telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas? Insyaallah saya sendiri telah membaca 90 buah buku sejak 2 tahun lepas kerana saya amalkan kaedah membaca 1 jam sehari ini.

Jadi, apakah harga melewatkan sesuatu? Dalam kes ini, membaca 90 buah buku anda telah kerugian. Dalam tip atas saya juga ada menyebut, untuk menjadi pakar industri anda perlu membaca >100 buah buku. Bererti, by now anda perlu lagi 10 buku sahaja lagi.

Tetapi, sekiranya anda melewatkan masa/kerja dan tidak melakukannya, jauh lagi perjalanan… 100 buku lagi!

Sekiranya anda memulakan perniagaan Internet 3 tahun lepas ketika buku RJJIT mula keluar. Tidakkah anda rasa by now anda sudah berpengalaman 3 tahun menjalankan perniagaan Internet? Adakah mustahil, dengan 3 tahun pengalaman anda boleh menjana sekurang-kurangnya RM2,000-RM3,000 extra income online secara part time melalui perniagaan Internet (side income)? Saya rasa tidak.

Dengan extra RM2,000-RM3,000 setiap bulan, tidakkah ia membantu dalam keadaan harga minyak & barangan semakin naik ini? Saya rasa ya.

Procrastination adalah musuh utama dalam mencapai kejayaan. Pakar motivasi Anthony Robbins menggelarkannya “the silent killer”.

Post kali ini, panjang sikit (mungkin tip 2 minit kut) 🙂 adalah untuk anda fikir sejenak. 3 tahun lepas… 2 tahun lepas… 1 tahun lepas… atau tahun ini.

Ada tak sesuatu yang anda tahu anda perlu ubahkan diri anda kearah kebaikan membina diri anda sendiri, tetapi anda terpedaya dengan “the silent killer” ini dan tidak melakukan apa-apa?

Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan datang. Bagaimanakah keadaan kita sekiranya kita terus melewat-lewatkan kerja dimana kita sendiri tahu ia adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.

Mungkin bagi anda ianya bukan membaca buku atau memulakan perniagaan Internet seperti contoh di atas. Tetapi, mungkin anda pernah terfikir satu masa dulu untuk menulis buku? atau untuk mula menjimat sekurang-kurangnya RM300 sebulan? atau hendak mencuba sesuatu pertandingan? atau hendak memulakan perniagaan part time lain? atau hendak berjumpa lebih ramai prospek sekiranya anda sudah memulakan perniagaan? atau hendak membawa keluarga pergi bercuti luar negara? atau hendak buat ‘surprise’ pada orang yang tersayang? atau apa sahaja… (tak semestinya berkaitan dengan wang je) 🙂

Untuk mengetahui harga melewatkan kerja (procrastinate), Bayangkan 3 tahun akan datang. Atau 5 tahun akan datang. Atau 10 tahun akan datang. Think about it 😉

ps: Workshop Jutawan Internet. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

27 thoughts on “Harga melewatkan kerja (procrastinate)

  1. waa..tak sangka saudara Ik tanya semula tentang post yang lepas. Secara jujurnya takdalah menggamalkan membaca 1 jam sehari. Tetapi 20 minit adalah. Hingga kini, sudah hampir membaca 40 buku. Jauh lagi dengan IK.90-40=50..Jauh bezanya. Kena rajin lagi macam ni…=)

  2. Procrastinate memang adalah virus yang kuat yang bakal menghadkan pergerakan kita…

    Jangan procastinate…jgn jadi Bob the last minute manager..mesti jadi on time on target manager 😉

    so far…belum mencapai 90 buku…tapi hampir2 kepadanya..membaca ni..kalau kita dh berjaya tanamkan as habit dalam diri.kita akan addicted..percayalah 🙂 and membaca seronok 😀

  3. Wow!! IK, tips you hari ni memang betul-betul membakar semangat. Terkena tempias…. pedas dan berbisa. Keep it up and keep going to wake us up. Thank you.

  4. Salam IK,

    Macam mana IK baca sehari 1 jam tu? Adakah buku yang sama atau yang berlainana tiap2 hari? Style saya, saya mesti habiskan satu buku satu hari 🙂

  5. Saya rasa sgt ‘terpukul’ dgn tip yg. satu ni.. betul2 kena btg. idung.. betapa ruginya saya ada mindset “alaahh.. esok masih ada.. nantilah dulu”.mulai hr ni.. saya sematkan azam, tak nak lagi procrastinate!!

  6. Assalamualaikum ik…
    lama gila rasanya tak hantar coment n baca tips seminit…baru jer habis practcl..tu sibok sket..hehhehheheh

    saya dah baca tips dr.ik…3mint…tak boleh baca laju2 sgt..tak paham nanti..heheheh

    yup..saya antara individu kat muka bumi Allah ni yg slalu lewatkan kerja…slalu jer “jap lagi lah..” “alah, nanti boleh…” “ada lagi 2 minggu, lex ah”…

    banyak btul dah saya bazirkan…tu yang tak berjaya2 lagi tu…hehhehehe

    anyway..thanks so much 4 d great tips today…memang btul2 kena kat batang hidung lah…hehehehehe

    wish me luck..heheheh..n so u dr.ik..

  7. … and I call it Laziness, in my context. 🙂
    No matter how many ideas we had in mind, but procrastinating makes us lose it all.
    That’s how the Chinese gain success, while the bumiputera still struggling to succeed. Maybe we do not appreciate Time as they do. Their ancestors working too hard to make their living here, and why don’t we try to learn from them? If it’s not in our blood before, we can start it from now on, and teaching the same value to our children.
    That’s my experience and what I’ve been through while working with a Chinese company before and working with Bumiputera company now. Just say, Private Company worker VS Government worker. You can already see the difference. Procrastinating seems to be “famous” in government company rather in private company.
    Oh well, that’s what I had in mind. Just my 2 cents some ppl say. 🙂


    ~ Critics make us better. Without critics, we are going nowhere. That’s what critics are for; for us to achieve success. – Naomi Liz ~

  8. Wow..this post is really interesting..insyaallah, akan di praktikkan..kalau yang naik public transport tu [macam saya], gunakan masa menunggu dan waktu perjalanan utk membaca..pergi 30 minit, balik 30 minit..dah cukup sejam..hehe..

  9. Menangguhkan Tabiat Menyimpan Wang juga adalah sesuatu yang amat merugikan…
    Jika anda benar-benar ingin menjadi KAYA dan masih belum memulakan sebarang simpanan hingga ke saat ini…SIMPAN lah sekarang jangan tunggu sampai esok!

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

    Motivasi kekayaan, Kewangan & Peribadi

  10. Setuju dengan kareema, masa tu lah kita boleh luangkan masa membaca buku 🙂

    Sekarang dah jarang baca, sebab buku dah habis baca semua, asyik ulang baca semula.

  11. wahhh….pedihnya…..saya pun dah 3 tahun mengenali tentang perniagaan internet ni,tapi masih merangkak lagi disebabkan sikap ni la,suka bertangguh dan banyak alasan…

    berazam nak start terus lepas nih…

  12. Saya sendiri suka bertangguh kerja.
    Merasakan masa itu masih bayak lagi. padahal masa tak menunngu kita. Tapi sikap malas adalah punca mengapa saya suka sangat bertangguh kerja. So saya kena buang sikap malas ni.

  13. Salam!

    Termasuk juga saya ke dalam golongan pengamal menangguhkan tindakan. Kerap pula memujuk diri dengan dengan ayat-ayat ‘sambung esok jelah’, ‘tak perlu tergesa-gesa’ dan bermacam-macam lagi le. Itu faktor dalaman kiranya. Memang perlu rombakan. Sendiri pun masih dan wajib belajar.

    Tertanya juga saya, bagaimana dengan distraction luar. Misalan, keputusan diambil yang bakal melibatkan banyak pihak dan berkesudahan kepada ‘penangguhan kerja’. Apa cara terbaik menanganinya? Ibarat ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’.

    Rugi, sememangnya tak dinafikan. Not only in the sense of monetary value. Satisfactionary value juga. Bulan, bintang dah perpusing-pusing atas kepala….( boleh pitam lah!)

    Namun bagusnya tip kali ni. Saya nyata ambil sebagai ‘wake up bell’. Saya hargai ingatan dan teguran dalam tip ni. Ya, amat wajar berpesan-pesan dengan kebenaran juga kesabaran.

    Wassalam.

  14. Kalaulah kita buat bisnes di kala muda, bayangkan betapa banyaknya pengalaman yang kita sudah perolehi? Mungkin jutawan seperti IK dah…

    Alhamdulillah, dengan ada internet lebih ramai orang dapat brmula berniaga ketika masih muda atau lepas sekolah secara kecil-kecilan…

    Ramai orang2 yang dah umur lebih 30 tahun baru nak mula berniaga dan rasa menyesal kerana tidak memulakan awal.

    Internet menjadikan kita tiada alasan untuk tidak mula berniaga!

  15. Assalamualaikum ik…

    Tips hari ni bagus sgt, hrp dpt lbh byk lg tip yg jd wake up call cam ni. Tq ik.

    Bertangguh utk mulakan kerja dan malas membaca adalah tradisi masyarakat disekeliling kita, xdinafikan, sy pun tkena gak ni.

    Confucius Quotes:

    “No matter how busy you may think you are, you must find time for reading, or surrender yourself to self chosen ignorance”.

    -dr google home page.

  16. “Dulu lain..sekarang lain” 😀

    Itulah salah satu iklan semasa ASN baru dilancarkan. Bagi yang bertindak awal… sekarang dah mendapat labanya 😉

    “Kegagalan yang sebenar adalah gagal untuk bermula atau mencuba”

  17. huhuhuuh….sesuatu maklumat yang amat berguna!! Kadang2 kita just baca sekali.. lupa dan x amal 2 yang kita cepat lupa.. 🙂 nice sharing bro IK..

  18. terima kasih IK.Saya adalah sebahagian dari mereka yang suka menangguh keje.Bayangkan saya mengenali peluang internet 4tahun lepas tp baru bertindak tahun ini.Saya mula membaca secara serius mulai awal tahun 2008.Walaupun lambat,sekurang2nya saya telah bertindak.Jangan tangguh apa2 keja sekalipun kerana kita juga yang kerugian.Pesanan ikhlas untuk diri sendiri dan pembaca sekalian.

  19. Salam semua.

    Terima kasih IK kerana telah menyedarkan kita tentang kepentingan membaca dan kerugian yang akan kita hadapi apabila kita tidak mengamalkan amalan membaca dalam diri kita. Tapi membaca sahaja tu senang tapi yang susahnya ialah untuk mengamalkan apa yang dibaca tu. Bagi saya, membaca tu ialah untuk mendapat ilmu, tapi dengan ilmu sahaja tidak berguna tanpa amalan..

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  20. betul tu..
    Akibat tidak membaca menyebabkan banyak info terbaru tidak dapat diketahui…
    Melewatkan tindakan juga menyebabkan banyak peluang terlewat..
    Alangkah bagus kalau saya cepat 1 tahun mungkin saya telah berjaya lebih dari kini…
    Tapi walau pun lambat kena sentiasa terus berusaha

  21. huhu..setuju sangat dengan anda..saya ni jenis yang kerap sangat wat kerja last minute. rasa susah betul nak buat keje on time. Bila baca tulisan anda, terasa le pulak…pasnih memang kena usaha berubah,dah tahu punca masih lagi belum berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.