Bagaimana untuk fikir di luar kotak?

Saya suka topik fikir diluar kotak ini. Semalam kita katakan ianya penting, tetapi, persoalannya, bagai mana hendak kita mencapainya?

Berfikir diluar kotak perlu menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada sudut yang berbeza, serta berbeza dari status quo.

Berita baiknya adalah ianya boleh dilatih. Caranya adalah dengan banyak bertanyakan soalan; BAGAIMANA / HOW?

  • Bagaimana hendak memudahkan kerja ini?
  • Bagaimana hendak mempercepatkan kerja ini?
  • Bagaimana hendak megurangkan kos?
  • Bagaimana hendak menambahkan kualiti, di samping mengurangkan kos?
  • Bagaimana hendak melakukan dengan lebih efisyen?

… dan sebagainya! Menurut pakar motivasi Anthony Robbins, hidup anda akan bertambah baik selaras dengan soalan-soalan yang anda tanya pada diri anda. Dengan bertanyakan soalan, ia melatih anda untuk berfikir. Penuhi hari anda dengan bertanyakan soalan dan memberi jawapan yang bernas.

Seperti perkara-perkara lain, practice makes perfect. Dan berfikir di luar kotak adalah sesuatu yang anda boleh anda practice, to make it perfect!

Kalau ada cerita mengenai “Thinking outside the box” , boleh kongsikan lagi supaya sama sama dapat lebih memahami maksud dan konsepnya! Klik pada comments! 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

41 thoughts on “Bagaimana untuk fikir di luar kotak?

  1. SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

    Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

    #Hatinya selalu berniat suci
    #Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
    #Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
    #Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
    #Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

  2. Betul tu tak cuba, tak tahu.. Pokok pangkal kena cuba melatih diri.. Saya juga sering setiap masa cuba memikirkan sesuatu yang unik untuk perniagaan internet. Dulu di sekolah, saya mengambil subjek rekacipta dan kami diajar bagaimana untuk mendapatkan idea yang unik dan salah satunya mengaplikasikan benda yang sedia-ada untuk melahirkan suatu inovasi yang baru.. 🙂 Pendek kata, nak berfikir di luar kotak memerlukan caranya dan dah beritahu antara tekniknya.

  3. zoomer.fotopages.com

    Saya selalu cuba untuk berfikir di luar kotak. Memang sedikit rumit, tapi mengesankan. Antara soalan yang kerap bermain di fikiran:
    – Bagaimana hendak mencari pasaran
    – Bagaimana untuk mempromosi cara agresif
    – Bagaimana utk menjadikan produk sangat berkualiti
    – Bagaimana untuk memberi khidmat yg terbaik
    – Bagaimana untuk membuat pelanggan gembira,
    dan sebagainya.
    Saya sedang mencari jawapan. Sebahagiannya sedang dieksperimentasi untuk menghasilkan jawapan yg terbaik. Saya berharap menjelang hujung tahun, setiap soalan itu akan terjawab.
    Setiap hari saya duduk di depan PC, berfikir dan berexperimentasi… What if…

  4. lepas baca post semalam mengenai berfikir dil uar kotak, saya asyik berfikir jer macam mana la nk berfikir di luar kotak. macam2 saya cuba. dan nampaknya ari ni irfan dah menulis tips bagaimana berfikir di luar kotak. hmmm, baguskan…

    Bagaimana nak memudahkan ibu menyusu mmrah susu di pjabat
    Bagaimana mndapatkan mainan pintar utk anak2
    Bagaimana mnydiakan maklumat brguna utk ibu2 mnyusu

    ‘di atas sekadar cubaan utk berfikir luar kotak’

    http://www.oh-so-natural.blogspot.com

  5. Betul kata untuk berfikir di luar kotak, kita perlu mencipta soala-soalan yang jarang kita tanya kepada orang lain..Contohnya, kita tanya..pergi KL naik aper?..kemudian kita tanya..camner nak kurangkan kos untuk pergi ke KL di samping dapat menjimnatkan masa?…

  6. Helo..good morning. Latihan yang berterusan membantu kita mencapai tahap pemikiran yg hebat. Tanyalah kepada semua orang yg telah mencapai kejayaan gemilang apakah rahsia d sebalik kejayaan yg d capai. Mudah sahaja utk mengetahuinya iaitu berusaha berulang – ulang kali sehingga mampu menguasai rahsia-rahsia agung dari anugerah yg tak ternilai kepada manusia iaitu otak. – Sekian Terima Kasih –

  7. Berfikir luar kotak.Bagaimana? cuba berfikir secara lateral atau gila2 bukan gila.Macam Edward De Bono.

  8. Asalamualaikum,

    Rupanya senang je. Tanya banyak-banyak How?…How?…. Pastu jawab sendiri.

    Bagus! Bagus!……….

  9. ok jugak .. pastu kalu boleh ambik kotak dan try masuk dalam kotak… apa yang akan jadi. dah tentu gelap gulita, kalu kena dengan caranya, kotak tersebut akan terang benderang.

  10. Salah satu cara berfikir di luar kotak ialah dengan menggunakan kaedah analisis sifat.

    Perhatikan prosesnya:
    Saya ada banyak jam – jam tangan terpakai kat rumah (maklumlah jam2 tangan pasar malam murah2. So, sebulan sekali tukar baru). Sambil duduk bersantai pada satu petang, saya pun terfikir: “Nak buat apa dengan jam banyak2 ni ?” Maka saya pun terfikir tentang mencari kegunaan alternatif jam.

    Saya ambil kertas dan pensil dan senaraikan sifat – sifat jam yang ada dalam koleksi saya. Berikut adalah senarai sifat – sifat jam tersebut:

    1. berwarna keemasan
    2. gunakan bateri syiling
    3. penutup bateri ‘water resistant’ – tak boleh dimasuki air
    4. tali jam kulit binatang
    5. ada bunyi tik-tik
    6. ada skru pemulas untuk membetulkan kedudukan jarum jam
    7. ada 3 jarum penunjuk waktu
    8. banyak gear kecil kat dalam jam
    9. boleh diikat pada pergelangan tangan
    10. boleh diselam dalam air
    11. penutup permukaan jam dibuat daripada kaca

    Cukuplah tu. Banyak dah.

    OK, ambil salah satu sifat tersebut. Katalah kita ambil sifat no 7: “ada 3 jarum penunjuk waktu.”
    Senaraikan benda – benda / perkara – perkara yang memerlukan penggunaan jarum.

    a. jahit baju
    b. jahit luka pada kulit badan yang terkoyak
    c. perubatan acupuncture
    d. injection
    e. berbekam

    Mmmm…. daripada 4 senarai di atas, terbitlah idea – idea berikut:

    i. disamping boleh digunakan untuk mengetahui waktu, jam boleh juga digunakan untuk menjahit baju. Ambil saja jarum2 jam tu dan jahitlah baju anda yang terkoyak.

    ii. cipta jarum2 jam supaya ia boleh juga digunakan sebagai penjahit luka yang terkoyak. Sangat berguna ketika kemalangan.

    iii. anda pening, migraine, etc. Gunakan jarum jam anda sebagai alat acupuncture. Cucuklah kat mana-mana yang patut. Sesuai pada bila2 masa dan di mana sahaja.

    Drpd proses di atas, saya telah menukarkan persepsi biasa “jam untuk tengok waktu” kepada fungsi – fungsi alternatif.

  11. Dlm buku tulisan frank tibolt ada diselitkan kisah 2 org peguam. 1 tua dan 1 muda. peguam yg tua tu dtg dgn pakaian selekeh dan nampak tidak bermaya berbanding peguam muda yg segak dn kemas berpakaian. Peguam muda menjangkakan bahawa dia akan memenangi kes itu dan begitu juga dgn para hadirin tetapi apabila tamat sesi perbahasan dan keputusan yg dibuat. Peguam tua menang kes tu. Peguam muda bertanya pada peguam knp dia kalah? Peguam tua berkata: Org muda, jangan lupa kuasa ‘ULANG’. Peguam tua hanya ada 1 point shj yg diulang2 hingga meyakinkan hakim.

    ermm… relevan ke tak komen sy dgn topik irfan?

  12. SALAM…

    MUNGKIN DIANTARA KITA TELAH MENGAMALKAN KONSEP FIKIR DILUAR KOTAK. CUMA KITA HANYA TIDAK DISEDARKAN DENGAN PERKARA TERSEBUT. TAPI BILA GUNA ISTILAH (THINSK OUT OF BOX) YANG BARU DIPERKENALKNAN NI BARU KITA BERKATA…OOOOOO..BEGINI RUPANYA FIKIR DILUARKAN KOTAK..PADAHAL KITA TELAH PUN PERNAH MELAKUKANNYA..

    “PROSES UNTUK REFRESHMENT”

    BYE

  13. Best best ada panduan bagaimana kita boleh berfikir di luar kotak…

    Kalau sebelum ni orang suruh fikir di luar kotak macam mana nak fikir asyik2 dapat idea itu jugak… baru la faham ada panduan.

  14. Awat (kenapa) fadzli buat lawak antarabangsa..?
    Jarum jam pelbagai guna.. apakata fadzli rekacipta , kemudian kita semua pakat2lah beli keluaran canggih fadzli..
    Pendapat FATAH pun sungguh geliga, apakata kita sama2 masuk dalam kotak (FATAH masuk dulu), barulah kita mengerti apa itu fikiran di luar kotak..
    Gurau aje yea..
    Riezal nak lariskan jualan asam keping..? Bagi nama laman web, meh ler kawan2, kita support riezal..
    Cadangan saya, apakata riezal sponsor
    ‘pembungkus nasi lemak’ , dan besarkan tulisan ‘ASAM KEPING XXRAY .. MENYEDAPKAN MASAKAN ANDA.. CUBALAH HARI INI ; RIEZAL NO. TEL:012-3456789’..
    Rasa terliur pulak nak cuba asam keping produk riezal..

  15. oooo macam tu cara berfikir diluar kotak. Kita perlu gunakan kreativiti dalam pemikiran, cari cara penyelesaian pada sudut yang berbeza. Fahamlah saya macam tu…. Tq Irfan

  16. sembahyang hajat mintak dengan tuhan ditengah malam, itulah cara yang paling berkesan….ianya bunyi RITUAL(but it is sound right)….tapi hakikatnya paling berkesan.
    …tak percaya,try cuba buat.

    abang ku pernah menubuh syarikat kontraktor elektrik lesen C class pada usia 27 tahun.(dialah paling muda)…hidupnya agak senang dari pandangan luaran(masa ni dia tak sembahyang),,tapi dari sudut dalaman bagai orang nak gila,…..dua tahun kemudian bankrup,masalah selisih paham dalaman…tapi kini dia jadi kuli,dalam perancangan ingin menbina semula empayar baru….dibantu oleh tiga saudara yang berkelulusan elektrik semua……mungkin suatu hari nanti muncul
    Tera Contruction Berhad….insyAllah, klntn.

  17. kalau ada laptop, boleh bercakap secara percuma dengan kawan anda seperti talifon…..cuma menggunakan sotware BUNYI….bunyi dilaptop anda macam bunyi di talifon, macam tu la…guna messenger voice…..tak payah bayar mahal-mahal.

  18. Pemikiran Di Luar Kotak:
    – Pemikiran Kreatif
    – Pemikiran Yg Tidak Stereotype
    – Pemikiran Yg Positif dlm setiap perkara
    negatif
    – Pemikiran Yg Menampakkan Peluang Dlm
    Setiap Masalah

  19. assalamualaikum… berfikir di luar kotak??? kotak rumah? kotak pejabt? kotak premis perniagaan? kotak televisyen? kotak kertas?

    dengan idea luarbiasa? memang luarbiasa jika kena caranya.

    stoking punya pasal pun bleh menjadikan seseorang tu kaya.

    belum lagi pasal tin susu, kotak, botol dan lain-lain di sekeliling kita.

    kotak penalti boleh la buat masa nih. kotak kertas yang dipungut dan dijual dengan harga 15sen sekilo. besi terbuang yang dikitar semula dan macam2 lagi lah.

    apa lagi yer?? idea lapuk ada la… hehe.

  20. perh… time kasih kawan2…

    saya nih baru je start cuti..abes exam dah..nak kata menganggur tak juga.. sebab website pun tgh buat..itu pun salah satu pekerjaan juga 🙂 cume hasil je belum ada .. hehe

  21. aku baru tahu pasal laman web ni..(dah ketinggalan aku ni) tapi syukur dapat info/ilmu yg berharga.

    Kalau ade satu hal nak selesai,ambil pen dan kertas kosong. Tulis apa je cara logik atau tak logik nak selesaikan benda tu.Selepas 10 atau 20 atau 30 cara kita list out kita dapat keputusan
    yang terbaik dan di luar KOTAK.
    Kan…Kan Betul ke irfan

  22. salam…
    saya adalah pelajar ipt yang sedang membuat assingment bertajuk “berfikir di luar kotak”
    berkaitan pendidikan.
    sesiapa yang ada maklumat tentang berfikir diluar kotak bolehlah kiranya membantu saya ek…

  23. Assalamualaikum semua yg beragama Islam dan selamat sejahtera kepada yg bukan beragama Islam.

    Saya memang suka dengan topic “Berfikir di luar kotak” dan ayat ini pertama kali saya dengar dari rancangan realiti TV “The Apprentice”. Apa yg saya boleh simpulkan, untuk mendapatkan sesuatu hasil “di luar kotak”, seseorang itu mestilah dipenuhi dengan ilmu yg banyak. Seperti yg mana disarankan oleh tentang pelaburan ilmu. Bila seseorang itu mempunyai ilmu yg banyak, beliau akan “mengeluarkan” pelbagai jawapan dari soalan-soalan yg ditanya pada diri sendiri. Sekiranya ilmu banyak, jawapan yg terkeluar banyak, dan sekiranya ilmu kurang, jawapan pun akan kurang. Bila jawapan kurang, maka kuranglah “source”. Bila jawapan banyak baru kita boleh memilih yg terbaik yang berada “di luar kotak”. Sekian terima kasih.

  24. Big Bos saya selalu mengingatkan kami:

    Untuk mendapatkan hasil yang luar biasa.
    Cara Pemikiran kita mesti diubah menjadi luar biasa, cara kerja kita mesti luar biasa, pergaulan kita mesti dengan cara luar biasa, strategi kita mestilah luar biasa….. dan serba-serbinya mestilah LUAR BIASA, barulah kita bleh jadi insan luar biasa. -So semuanya mesti diluar kebiasaan- “OUT OF BOX” lah tu kut.

  25. Asalammualikum. carilah kuasa yang ada pada diri sendari……… anda semua ada kuasa tersebut…….. iaitu kuasa minda separa sedar..

  26. “Jangan ditanya MENGAPA ianya terjadi, tetapi tanyalah BAGAIMANA ianya boleh berlaku”

    Saya rasa quote ini juga merujuk kepada berfikir di luar kotak.

  27. Jangan hanya berfikir di luar kotak tapi hanya berfikir je tanpa meLAKSANAKANnya.
    Actions speak louder than WORDS. Jangan takut melakukan kesilapan atau mengalami kerugian, jika itu yg kita perlu utk belajar dan improve diri kita. Bertatih dulu untuk berlatih, berenang kemudian untuk menang. Ni peribahasa apa ni da..?

  28. tajuk ni perlu imiginasi tinggi(jauh)dia mcm kita kena pikir mcm s.muzaffar di bln.masa di bln (luar kotak) apa dia pikir, balik kebumi hidup nyata di dlm kotak. Alaa..dia lebih kurang mcm crita “labu-labi” daa..ish.ish.ish……

  29. sebenarnya, abg boleh mengeluarkan buku yang bercorak motivasi terutamanya kepada golongan remaja untuk menjadi cetusan semangt untuk berjaya bila dibaca.ape yang dibuat oleh abg adalah bagus, tetapi, kite perlu sedar bahawa bukan semua berminat dlam berniaga.. macam saya tidak berminat dalam perniagaan, tetapi saya suka melihat kejayaan seseorang untuk dinjadikan pembakar semangat. saya nak juga tahu biographi abg. kalau nak menolong lepasan siswazah, mentaliti remaja sekarang ialah, tidak mahu kerja keras, tetapi mahukan hasil yang banyak dan yang paling penting sekali, dalam masa yang singkat.. itu yang kena kikis dalam pemikiran diorang…

  30. lagi satu, sikap orang melayu ni, tidak boleh melihat org lain lebih dari die. itu adalah bagus, tetapi, kena ambil dari sudut yang positif. org kite ni, kalau seseorang itu berjaya dalam satu bidang, mereka akan ikut bidang tersebut. macam dah takde hala tuju. contoh yang senang dilihat, perfileman melayu. kalau buat citer seram, semua penerbit akn buat filem seram jugak.. merepek.. walaupun saya masih 18 tahun, tapi saya sedih melihat nasib orang2 kita ini,.. terlalu bergantung pada org lain.. nak diberi tongkat, baru nak jalan…

  31. 1.Berfikiran POSITIF
    2.Ubah Sikap
    3.berkenalan dengan orang yang BERJAYA.
    4.Merancang aktiviti,masa depan&pendapatan.
    5.Pelajari ilmu2 asalkan anda:-
    *mahu belaja,boleh diajar&jgn kurang ajar*
    6.Ambil tindakan selepas mempelajari ilmu
    7.ubah strategi(cara)jika GAGAL.
    8.CUBA,cuba & cuba…smpai BERJAYA.

  32. saya ni dah bermacam2 cuba berniaga tapi belum lagi ada yang bejaya..dah mcm2 cara befikir dlam kotak ke luar kotak ke masih tak menjadi..dimana silapnya sebenarnya..

  33. *eyta
    mungkin silapnya cuma kerana anda selalu “mengaduh nasib..” atau kerana anda selalu mencuba bermacam² jenis.

  34. saya ada satu task ‘berfikir di luar kotak’..memang pelik n mencabar minda..macam mana u all nak jual ‘sehelai’ kertas tisu biasa tu ‘secara menjaja’ dengan harga sehelai tisu sahaja RM5.00..ingat,sehelai saja tau,bukan se pek..kalau sesiapa tahu bleh share..i’m still searching for the answer..or maybe memang tiada jawapan pon utk task ni..

  35. assalamu’alaikum & selamat sejahtera

    saya baru 2 bulan praktikal di sebuah bengkel kereta yang menjalankan kerja2 upgrade kereta lumba, servis & baik pulih kereta biasa di Shah Alam…baru2 ni saya terima 1 task drpd bos..dia suruh saya sediakan proposal untuk membuka perniagaan francais sebagai satu langkah memperkenalkan bengkelnya di sekitar Selangor…saya dh cuba fikir cara2 nk mnjlnk’nya tp buntu…so saya hrp ada yang sudi berkongsi ilmu, pendapat @ pndgn dgn saya berkenaan masalah ni…

  36. nak jual tisu RM 5 sehelai.. qualiti tisu itu mestilah tahan lama, & pelbagai kegunaan selain boleh lap mulut, peluh muka, lap hingus, mungkin boleh digunakan untuk meembersihkan muka & melembabkan muka ( wet tisu . maksudnya kegunaanya 2 dalam satu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.