Bagi tahu orang lain

Adakalanya apabila kita umumkan matlamat kita, atau beri tahu pada orang lain, ia akan mendesakkan kita untuk mencapai matlamat tersebut.

Bill Gates sebelum beliau mencipta program (yang menjadi asas Windows) telah memberitahu syarikat yang ingin membeli perisian tersebut bahawa programnya telah siap dan beliau akan hantar dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Pada hakikatnya, ketika itu, Bill Gates tidak mempunyai apa pun!

Dengan memberitahu pihak lain, ia bertindak seperti satu “deadline” serta meletakkan tekanan untuk mencapai matlamatnya.

Pernahkah anda mencuba strategi ini? Beritahu pihak lain mengenai matlamat anda dan deadline (tak kira di kutuk atau diperli), ia akan bertindak sebagai satu booster untuk anda mencapainya.

Kalau tak capai, malu lah… sebab dah bagi tahu orang!

Cerita saya pula:

Tahun 2004, di seminar Azizi Ali, saya sebagai peserta bukan penceramah! Belum menulis buku RJJIT pun lagi, adalah orang pertama yang menyahut cabaran Azizi Ali untuk ke depan dewan di hadapan lebih kurang 80 peserta dan umumkan matlamat saya. Sehingga kini saya masih ingat matlamat yang saya umumkan ketika itu:

“Dalam masa 2 tahun, saya akan menjadi pakar perniagaan Internet yang dikenali Malaysia sepertimana Azizi Ali menjadi pakar kewangan Malaysia! Saya juga akan menjalankan seminar perniagaan Internet* seperti mana Azizi Ali menjalankan seminar kewangannya” (kalau tak percaya boleh tanya Azizi Ali sendiri!)

ps: Umum online tak kira ok! sebab orang tak kenal anda dan tak dapat lihat muka anda… kiranya anda masih boleh “sembunyi” lagi 🙂

*Workshop Jutawan Internet… Klik di sini

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

32 thoughts on “Bagi tahu orang lain

  1. Wah..Matlamat dah tercapai la ni..

    Saya pulak…

    “Saya akan menulis buku pertama saya dalam tahun ini.”

    Semoga azam 2008 ni tercapai.Saya sedang berusaha kearah itu sekarang ni.

  2. Agak2 perlu ke pegi seminar Azizi Ali tu? Sebab saya masih rasa bersalah utk melepaskan apa yang dipegang sekarang untuk mencuba full potential diri sendiri … memang tak bagi tahu orang lain lah nampaknya.

  3. bebas hutang, awak pergi je seminar tu jika awak mahu, xsalah untuk mencuba kemampuan diri sendiri…selagi xdicuba xtahu:)

  4. boleh ajerk nak bagitahu org lain.tapi kena make sure ape yg kita ckp tu kita usahakan.nanti org ckp “cakap tak serupa bikin lak“..hoho..parah..parah…

    tapi kalau saya,saya tak adalah keberanian sampai tahap dewa lak nak cakap something yg masih `tak ada apa-apa lagi`…pastu nak bgtau org da siap.cukup sekadar “saya dalam proses untuk buat projek xxx.insyaallah dalam beberapa hari lagi akan siap.“

    hmmm..biasanya saya akan cakap dan beritahu org bila about 50%-70% da siap.hehe…tapi org mcm Bill Gates and Irfan Khairi ni memang ade semangat dan keutuhan yg tinggi.coz that both of them berani untuk bagitau org lain walaupun tanpa `sehelai kertas` lagi yg diconteng.betul tak?hehe.

  5. Matlamat saya ialah “Aku berjaya menjadi jutawan dengan nilai aset bersih sebanyak RM1,000,000 pada tahun 2012. Seterusnya mencapai kebebasan kewangan lima tahun berikutnya dan menyumbang kepada kerja amal dan kebajikan untuk semua”.

    atlamat ini saya dah buat tahun 2006 dan saya tampalkan di bilik tidur. Sekarang dalam usaha untuk mengumpulkan satu juta tersebut. Saya yakin dan percaya ia boleh dicapai sebagaimana jutawan-jutawan lain lakukan.

  6. Salam IK,
    Mudah2an dah dapat peluang makan sup tulang diSingapura 🙂 Lama rasanya KakSalmah tak beri komen disini.

    Kak Salmah baru sahaja pulang dari menghadiri Seminar Azizi Ali jadi faham dengan apa yang IK tulis tu. Tentang pertanyaan “BebasHutang”, jika ada masa dan kemampuan baik hadiri seminar2 sebegini sebab banyak yang boleh dipelajari. Bila kita perlu berbuat sesuatu tentang pekerjaan, perniagaan atau kewangan, kita sudah ada ilmu yang boleh bantu kita buat keputusan yang terbaik. Selain daripada itu, dapat juga network dengan mereka2 yang sama tujuan jadi dapat sokongan moral & idea antara satu sama lain.

    Tentang nak bagi tahu orang lain pasal matlamat ni, Akak masih lagi tengah dok pikir ni…

  7. Setuju dgn pendapat Kak Salmah, tak rugi pergi seminar ni. Macam Bro IK tulis kat Nota Jutawan, tempat terhangat utk melaburkan RM1000, RM5000 atau RM10000 ialah invest kat diri sendiri, iaitu meningkatkan ilmu!Beli buku, CD motivasi, join seminar dan sebagainya.

    Saya pun dah dok canang2 kat kawan2 kat tempat kerja nak tender resign. Dah nampak dah matlamat kian jelas!

  8. tujuan hidup saya ialah mandapat segulung ijazah tanpa perlu melalui program diploma…
    so,saya decided nak ambil stpm walaupun saya dpt tawaran utk progrsm dip…tapi ramai org kata saya tak akan berjaya sebab stpm susah lebih2 lagi kelas sains…jadi saya sahut cabaran ini dgn mengatakan saya boleh masuk university dan dapatkan segulung ijazah….jadi saya sangat berusaha dan letakan
    goal…

  9. Saya menggunakan teknik yang sama dalam melancarkan kursus fotografi saya. Saya cuma akan siapkan beberapa tajuk penting untuk kursus dan terus ‘jual’ kursus tersebut. Dalam masa yang saya sendiri janjikan, saya akan siapkan jugak segala syllabus, nota dan lain-lain persediaan kursus.

    Teknik ini sangat berkesan, berupaya menjadi pendorong kita untuk meet dateline.

    Hasnuddin

  10. kalau kak salmah nak mkn sup tulang singapura, saya boleh temankan ; )

    betul tu, saya dah pun beritahu 2 3 org yang saya akan bina laman web saya sendiri dlm masa terdekat ni..dan sedang dlm proses..

    seperti yg IK kata, anggap iany sebagai satu “deadline”.

    kalau website saya tak siap dlm bulan ni(latest mid jun) malulah saya..hehe

  11. KIta adalah apa yang kita fikirkan.

    Apa yang saudara IK katakan adalah benar!
    Kalau nak tahu lebih lanjut..bacalah Buku
    Think and Grow Rich by Napoleon Hill.

    Ada 6 step to success… and part of it ialah apa yang IK kongsikan bersama kita semua.
    TQ IK!

    WanZ

  12. Enjoy pulak rasenya baca matalamat orang lain. Tapi… nak umum matalamat sendiri, rasenya sanggup lagi buat pengumuman Puasa/Raya. Macam IK sebut – malu jika tak kesampaian. Tapi ‘rules’ pelajar, wajar kita jawab soalan pensyarah. Mesti ada sebab ia ditanya kan!

    Matalamat saya:

    Nak usaha lebih membaiki kelemahan2 diri dan kenali kekuatan untuk melangkah lebih jauh.

    Nak menggandakan rezeki kewangan kurniaan Allah kpd 3X dalam masa 3 tahun mendatang.

    Lain dr tu, Ni yg tak sape tau (kira ekslusif le) nak belajar menulis dan jadi penulis kot!.(Cecita yg tak pernah diusahakan sejak sekolah menengah dulu – walau minat abis)

  13. Assallammualaikum semua,
    Tahukah anda bahawa jika anda lebih banyak melayan minda anda sendiri dengan mencampur aduk persepsi negetif orang-orang di luar sana atau ketakutan yang tak munasabah, anda menempah tenaga tersebut untuk terus subur hingga anda rasa terbeban. Betul tak?

    Harus diingat: jiwa, emosi dan minda tiada satu pun yang serupa dlm dunia ini. So, ANDA ADALAH UNIK! ISTIMEWA! Terokailah ia sedalam-dalamnya. Percayalah……

  14. Saya baru joint network biz tapi uncle saya kata “why” & “desperate for money ke?”. Interpretasi paling teruk pernah saya dengar pasal network biz. Ingat dia nak bagi support tapi…Tak tahu nak explain macam mana rasa nya. Topik ni bagi idea supaya bila jumpa dia nanti saya umumkan matlamat saya iaitu dlm. masa 3 bln, saya akan capai tahap 1K, 6 bln. 5K dan 20K dlm masa 12bln walaupun part time & sekadar jual supplement drink.

  15. Matlamat saya adalah untuk menjadi usahawan jutawan herba internet yang berjaya dan selesaikan loan rumah serta kereta saya dalam masa 5 tahun.

    Syed

  16. Tips yang baik dan memang berkesan kalau di praktikkan…

    Kalau kita dah umum, tak mungkin kita langkah ke belakang. pasti ke arah realisasikan..

    saya pernah guna cara ni untuk satu projek. mase tu progress 0. lepas umumkan pada sekelompok orang, sy mesti bekerja ke arah merealisasikannya, menjelang due date. sy letak spesifik date lg.

    agak-agaknya saya berjaya tak capai. sure i did, exactly pada due date nya.

    its always, mind over matter

    kita kena berani menyatakan matlamat kita. itu bukti kita kenal dan benar-benar nak kan matlamat tu 🙂

  17. Salah satu pendekatan yang cukup baik untuk menolak kita ke arah matlamat kita ..

    Ianya juga seperti satu AKUJANJI kepada diri kita yang secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi diri kita…

    Salam Kekayaan,

    THINKERICH

  18. Assalamualaikum X2!

    Tumpang lalu sikit. Saya ada soalan terbuka ni. Agaknya apa yg buat seseorang rasa malu nak ‘step forward’. Cth awal, dlm menyatakan matalamat kita pd org lain. Ini ada kaitan dgn ‘rendah diri’ atau ade lain-lain faktor.
    ? nak atasi. ‘Keliru’ pulaklah!.

    Wassalam.

  19. Adilla, bagi saya adalah faktor diri sendiri yang belum bersedia/rela untuk bertempur demi mengejar cita2. Maklumlah, bila bertempur, mesti melakukan pengorbanan.

  20. Salam,

    memang satu azimat yang boleh membakar semangat jika kita bg tahu org lain tentang perkara yg ingin kita lakukan, klu x buat malu la kt diri & kengkawan…hehe

  21. Lama tak hantar comment kat sini. Hai jg untuk Adilla mungkin pendapat saya kat bawah tu bleh membantu. Maaf sekiranya ada cacat cela dgn pendapat tersebut.

    Tu pasal org kita masih terpengaruh dgn cerita Mat Jenin. Kita selalu disalah tafsir olh mereka yg tak ada matlamat. Kita ada matlamat kita sendiri dan berusaha utk mencapainya. Salah tafsir antara “matlamat” dgn “angan-angan” memang dah melekat lama d kepala orang2 kita. Jauhi mereka yg sering memberi pandangan negatif. Sekiranya kita gagal mencapai matlamat tetapi telah berusaha dgn sedaya upaya maka kita ada bekalan utk ke hadapan lg iaitu “pengalaman”. Hanya ada 3 perkara yg akan org lain ( si pemberi pandangan negatif )terfikir sekiranya matlamat yg kita sdg usahakan tu tak tercapai.

    1. ” Kan aku dah cakap , memang tak dapat punya , engkau ni berangan jer banyak ”

    2. ” Takper la , tak tercapai pun engkau dah berusaha , mungkin belum ada rezeki ”

    3. ” Waahh , tahniah akhirnya engkau dapat jugak. maaf selama ni aku tak support kau ”

    Baiklah secara nisbahnya 1:2 ( 1 negatif : 2 positif ). Maka pilihlah yg dua positif utk kita semakin maju dan ambil lah yg 1 negatif tu utk menjadi bahan bakar semangat kita yg semakin terpadam.

    Yang Ingin Berkongsi
    – Miclee –

  22. Assalamualaikum semua,

    Akhir bulan lepas, saya pernah tinggalkan comment dalam salah satu article IK dalam blog ni, tak salah saya tentang penggagguran di Malaysia. Saya menulis dalam comment tersebut, dalam 1-2 bulan lagi, saya akan release blog saya tentang Career Marketing Program (CMS), Walaupun saya tak reti macam mana nak setup blog pada masa tu tapi selepas saya buat announcement, immediately tergerak untuk saya belajar dan menyiapkan blog tersebut dan alhamduliah 2-May yang sudah saya dah release blog CMS saya (dalam seminggu je siap):). Tips yang IK sampaikan ni memang terbukti berkesanlah…Terima kasih

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  23. Ahh Goal Settings!!

    Terima Kasih atas peringatan ini. Saya selalu juga beri pesanan kepada rakan saya tentang menyuarakan matlamat mereka pada masa ke semasa..

    Target saya mesti dapat Keuntungan bersih $10,000 pada bulan July!!

  24. Tumpang lalu sikit. Saya ada soalan terbuka ni. Agaknya apa yg buat seseorang rasa malu nak ’step forward’. Cth awal, dlm menyatakan matalamat kita pd org lain. Ini ada kaitan dgn ‘rendah diri’ atau ade lain-lain faktor.
    ? nak atasi. ‘Keliru’ pulaklah!.

    Adilla,

    Perasaan malu yang biasanya timbul setiap kali nak ‘step forward’ adalah kerana sikap dan cara berfikir seseorang. Kebanyakan cara orang berfikir ialah dengan terlalu cepat memberi alasan kepada diri sendiri sedangkan ianya belum dicuba.

    Sikap tidak yakin dengan keupayaan diri dan seringkali berfikir yang bukan-bukan turut menyumbang kepada permasalahan ini.

    Kita juga seringkali dikaitkan dengan perasaan malu sekiranya gagal mencapai matlamat yang telah kita war-warkan kepada semua.

    Walhal kegagalan yang kita terima sebenarnya adalah salah satu pencapaian yang perlu kita nilaikan berdasarkan usaha kita.

    Adilla,

    Cara untuk atasi perkara ini mudah sahaja iaitu dengan merubah cara minda anda berfikir.

    “Fikirkan apa yang ingin anda lakukan, sebaliknya pedulikan apa yang orang lain akan perkatakan tentang diri anda!”

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  25. Teringat mendiang Lim Goh Tong , dia bagi tau “satu hari nanti aku nak bina tempat pelancongan kat atas tu” masa tu dia dok lepak2 kat kedai kopi kaki bukit genting .

    Orang kata dia gila, tapi skang orang yang dok gila berjudi kat tempat dia . kah3

  26. Assalamualaikum!

    Thanks pd Bebas Hutang dan Thinkerich atas nasihat dan tunjuk cara anda berdua. Lepas ni kena pergi ‘combat’ le. Pengorbanan pasti ditagih. Teringat lak pengorbanan Rasulullah memartabatkan Islam. Terharu dan terkesima dan terpukul jugak!

    Oh ye, sape nak jadi ‘Sarjan Saunders’ (maaf kalau salah sebut dan eja) kita ye? IK kot. Seperti katanya dlm “Nota Jutawan Nota Motivasi” – TOGETHER WE CAN ACHIEVE THE GOALS.
    (baru je khatam buku tu – 4 hari je. Kena baca lg 20 kali)

    Semoga semua yg dh menyatakan matalamat diberikan Allah ketabahan rohani dan kekuatan jasmani dalam usaha menggapai impian hidup….

    Wassalam.

  27. Assalamualaikum semua,
    Disini sy ingin bkongsi pengalaman sy. sebenarnya sy mempunyai satu perangai yg sy x bole ubah. sy sebenarnya mempunyai perniagaan mnjual dan menerima tempahan mnjahit kain langsir tapi kadang2 sy memberi consultant free utk design dalaman rmh kpd pelanggan sy dgn percuma.yg sy ingin ceritakan disini perangai sy yg tidak pandai berkata “tidak” iaitu apabila pelanggan menyuruh sy design satu fesyen langsr atau kerja yg bkaitan design dalaman yg x pernah sy jahit atau lakukan tapi sy akan menerima tempahan tu dan berkata “boleh tiada masalah” padahal sy belum pernah buat.Alhamdulilah buat setakat ni sy x kecewa dgn kerja sy malahan sy dapat rasakan setiap kali sy melakukan tugasan sy akan berpuashati dan gembira sekiranya pelangan sy gembira.matlamat sy ialah ingin menjadi seorang designer dalaman satu hari nanti. wasalam….

  28. Pernah umum secara online dan offline tapi tak beritau secara detail tentang matlamatnya…
    Boleh ke??…

Leave a Reply

Your email address will not be published.