Fikirkan tak boleh!?

Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa “Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal”. Setiap kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di mana Eddy Murphy menjadi seorang yang gemuk Professor Sherman) dan ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan bersenam sambil berkata “Yes I can!! Yes I can!”.

Anda juga perlu menjadi seperti ini (bukan menjadi gemuk!). Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan “tidak boleh” kepada “Saya Boleh! Saya Boleh”. Teknik melawan fikiran tidak boleh ini dinamakan affirmation dan walaupun bunyi kelakar (corny), ia amat efektif. Ulangkan dengan megucap “Saya boleh” berkali kali… perlu ucapkan! Bukan cakap dalam hati sahaja…

Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan “Fikirkan Tak Boleh”.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

25 thoughts on “Fikirkan tak boleh!?

  1. Minda separa sedar menerima semua apa yang kita fikirkan dan percayai..

    Kepercayaan, keyakinan dan usaha yang kuat akan membuahkan kejayaan..

    Orang kata, tak cuba tak tahu! 🙂

  2. Saya setuju dengan pendapat tentang fikiran sesetengah orang yang mudah mengalah dengan mengatakan TIDAK BOLEH di dalam MINDSET mereka untuk menceburkan diri di dalam perniagaan. Perkara yang sama juga pernah berlaku kepada saya suatu ketika dahulu. Antara sebab utama yang sering saya fikirkan sebelum memulakan perniagaan ialah DI MANA HENDAK MENCARI MODAL? dan juga SIAPA TARGET UTAMA PASARAN PRODUK KITA?

    Saya telah di ‘BRAINWASH’ SEBANYAK 5 KALI oleh seseorang yang hari ini menjadi mentor saya di dalam biz. Setiap kali itu jugalah saya memberikan alasan yang sama iaitu MODAL & MARKETING! Akhirnya dipendekkan cerita, setelah 5 kali saya DI BRAINWASH, saya mengambil langkah berani mati dengan menceburkan juga diri di dalam perniagaan dengan menggunakan lesen perniagaan sykt lain, tanpa modal yang besar dan pasaran yang telah tersedia ada melalui pertolongan MENTOR saya itu td.

    Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus tanpa ilmu yang cukup di dada di dalam bidang perniagaan, dalam ertikata ‘MAIN-MAIN’, saya mula mendapati bahawa saya ada potensi untuk menceburkan diri secara serius di dalam perniagaan. Sehingga hari ini, saya tidak akan akan menoleh ke belakang lagi. Perniagaan bagi saya adalah bidang kerjaya sepenuh masa. Saya telah berjaya menubuhkan 2 buah sykt iaitu yang pertama menumpukan kepada bidang kontrak & pembekalan, dan juga sebuah lagi berasaskan industri pembuatan produk pencucian & pembersihan. InsyaAllah jika tiada aral melintang sebuah lagi bakal menyusul menjelang akhir tahun ini.

    Semua ini bermula daripada FIKIRAN SAYA YANG MENYATAKAN TIDAK BOLEH PD AWALNYA!

  3. saya rasa tip ni boleh diapply dalam semua aspek kehidupan, bukan bisnes sahaja.

    saya sendiri setiap kali nak buat benda-benda baik yang saya susah nak buat/tak pernah buat, saya akan buat pep talk (betul ke dipanggil pep talk?)ni.Contohnya kalau saya nak puasa sunat ke, tapi malas, I will tell myself (physically saying it) “I’m fasting today, I’m fasting today” dan alhamdulillah, selalunya saya akan berjaya buat. Ataupun, nak kemas rumah di kala saya sangat malas, cuci tandas, etc etc.

    Dalam bisnes pun camtu jugak bila saya rasa malas atau takut nak mulakan sesuatu, saya akan cakap dengan diri saya, “you can do this, you can do this ” Kalau Irfan boleh buat ngape saya tak boleh,kan?:)

  4. mmg betul, blm cuba blm tau. kadang2 untuk memulakan langkah itulah yg susah. saya ingin berkongsi pengalaman yg tiada kena mengena dgn biz. tp boleh diaplikasikan didlm apa jua keadaan sekiranya kita rasa kita “TIDAK BOLEH”.
    saya berkahwin ketika di thn akhir pengajian n pregnant ketika sdg sibuk menaip untuk menyiapkan tesis. suami pd ketika itu keja di WPLabuan ttp stlah berbincang kami mengambil keputusan utk tnggal berjauhan krn ada ura2 dia akan kembali ke semenanjung iaitu subang. jd saya mengisi borang posting n minta tempat posting yg berdekatan dgn subang iaitu area shah alam n subang. dipendekan cita saya ditawarkan tempat di banting. syukur saya ada classmate yg tnggal dibanting lalu dia mengaturkan agar saya tnggal dibilik sewa sementara saya boleh cari rumah yg sesuai. lgpun saya pregnant 8 bln ketika itu. slps inilah kisah “KATAKAN BOLEH” ini bermula dimana slps bersalin saya perlu balik semula kebanting utk bekerja. ketika itu ibu mertua n suami meminta saya menyerahkan anak sulung saya agar dijaga oleh ibu mertua. mrk risau saya tdk dpt menjaga anak seorg diri dibanting. terus terang saya katakan saya sendiri TAKUT sebenarnya. ttp saya memandang SEKELILING n melihat KE LUAR dimana ramai ibu n bapa tunggal BOLEH menjaga anak2 sendiri tanpa bantuan pasangan. apa yg boleh mereka lakukan saya juga BOLEH!!!! berkat doa saya n sokongan keluarga saya mampu lakukan, seorg ibu muda yg tngal jauh keluarga [kedah]. susahnya hanya Allah shjlah yg tahu. TTP SAYA BERJAYA KELUAR BELENGGU TIDAK BOLEH TADI KRN SAYA TDK MEMANDANG KPD ORG YG TDK PERNAH BUAT CTH SPT IBU SAYA/IBU MERTUA SAYA dimana mrk surirumah yg berkahwin n tngal berdekatan dgn ibubapa mrk. SAYA MELIHAT ATAU MENGAMBIL CTH P ORG YG PERNAH N BERJAYA MELAKUKANNYA.
    dlm ertikata lain fikiran kita mesti terbuka n melihat sekeliling kita. bkn hanya sekadar melihat malah berfikir n mengambil iktibar n cuba melakukan tanpa ada rasa ragu2. INSYAALLAH, KITA PASTI BOLEH.
    skrg saya bahagia bersama 4 org anak n 8 thn usia perkahwinan dimana 5 thn pnya saya tinggal berjauhan suami. saya besarkan sendiri 3 org anak saya.

    MORAL OF THE STORY: JADIKAN KERAGUAN ITU SBG SATU DORONGAN UNTUK KITA MENGAMBIL RISIKO TTP PD MASA YG SAMA FIKIR N KAJI DAHULU SBLM MENGAMBIL SBRG TINDAKAN. PASTIKAN RISIKO ITU BERBALOI DAN SENTIASA YAKINKAN DIRI KITA BOLEH MELAKUKAN APA SHJ JIKA KITA MAHU.

  5. Yezaa jika kau fikirkan kau boleh pasti boleh lakukan kalau tak boleh memang buat apa……

  6. Banyak cara untuk membangkitkan minda bawah sedar.Minda bawah sedar akan mudah dibangkitkan apabila otak berada di gelombang alfa. bukan kete alfa romeo 😀 tetapi gelombang alfa.Gelombang ini boleh didapati ketika kita rehat seperti di air terjun.ketika menunaikan solat.

  7. Asalamualaikum,

    Hebat sungguh teman-teman kita sekarang, alhamdulillah.

    Bila mulakan insyaallah terbakarlah sisa-sisa tenaga yang lemah tidak bermaya, malas dan bertangguh,nak cuba tapi tak mula, nak buat tapi masih dalam kepala,nak melangkah tapi nak tunggu kawan dan banyak lagi NAK…nya tapi….masih tak yakin dan percaya pada diri sendiri.

    Dalam perjumpaan dengan ejen-ejen saya, saya sering mengulang-ulangkan bahawa fikiran kita memang sentiasa memilih yang negatif secara otomatik. Tak boleh!….susah!…. orang tentu tak nak!…ada lagi yang lebih baik dari kita!…dan macam-macam lagi. Sampai mereka dah jemu kot dengar benda yang sama dari saya selalu sangat.

    Bila ulangkan benda yang sama, saya memanglah SETUJUUUU….sangat. Hanya mereka yang selalu sebut saya boleh akan rasa lega walau pun masih belum boleh lagi.

    Tugas kita berdoa dan usaha, usaha dan terus usaha. Insyaalah kejayaan akan datang juga akhirnya.

  8. Syabas Pn Dena kerana mempunyai semangat yg kental membesarkan anak2.
    Sedikit juga petikan pengalaman.Minda kita kena memainkan peranan.Jgn sampai ia dikuasi oleh perasaan atau semangat yang negatif.Sebagai cthnya saya pernah membuat ujian semasa membuat operation tonsil di Selangor Medical Centre.Saya membuang kedua-dua belah tonsil saya kerana saya setiap minggu mesti demam yg amat sangat.
    Sebelum tiba waktu operation tu saya dah set kan minda saya yg mengatakan “TIDAK” kepada sakit.Jadi selepas operation tu saya Alhamdulillah boleh minum,makan.Kawan saya yg dulu pernah buat operation tonsil sebelum saya dan selepas pun kata waktu dia susah nak makan,bila menelan sakit.Badan sakit2.
    Ternyata tips yang saya dapat ketika membaca saya praktikkan dan terbukti Alhamdulillah berkesan.Jadi kesimpulannya,terletak pada kita lawan perasaan yang mengatakan TIDAK.Tukarkan menjadi YA.INSYA’ALLAH..AMIN…

  9. Salam

    Betul.darin setuju dengan tips yag nie
    Bila kita berkata kita boleh melakukan nya
    sebenarnya separuh dari kejayaan telah berada dalam genggaman kita..andai kita berkata tidak sebenarnya kita sudah gagal sebelum berusaha
    sebab dalam boleh itu terletaknya keyakinan..tanpa keyakinan sia-sia belaka.

  10. You can win if you want..
    If you want it, you will win..
    Ooh come on take the chance..
    Saya pun terlupa siapa penyanyinya..
    Apapun kita yang kena cuba ubah situasi sebelum situasi mengubah kita..
    Jadi, FIKIRKAN BOLEHHH..!!!
    Dalam kamus kehidupan orang Muslim juga tidak boleh ada ‘SIFAT PUTUS ASA’.. Wallahua’lam!

  11. Perkara yang tidak boleh di dalam biz pasti ada jalannya untuk diBOLEHkan…

    1) Modal
    Penyelesaian : Cari jenis biz yang memerlukan modal yang kecil ttp mendtgkan hasil tetap & berpanjangan. Cth: Biz berasaskan IT spt membina laman web, e-dagang, insurans dsb. Jika berminat di dalam kerja-kerja kontrak & pembekalan, jgn menongkah arus dengan hanya memikirkan utk mendptkan projek2 besar shj, dptkn kerja2 kecil yg margin utgnya lbh baik dan dptkan kerja hanya pd PAYMASTER yang terbaik (Payment kurang sebulan).

    2) Pemasaran
    Penyelesaian: Kaedah pemasaran secara tradisional iaitu secara direct selling dan jualan runcit yang memerlukan kedai adalah sgt memeritkan & memerlukan belanja yang besar. Sedangkan pada masa skrg produk hasilan pertanian & pembuatan kampung pun boleh dipasarkan secara meluas melalui internet, promosi yang berterusan melalui surat khabar, yellow pages dll. Ini semua memerlukan kos yang agak minima dan kurang berisiko di mana org akan cari kita bkn kita yang mencari pelanggan.

    3) Jenis Perniagaan
    Penyelesaian: Di dalam biz tiada jalan mudah utk berjaya. Oleh itu, jgn memilih jenis2 perniagaan berdasarkan kepada minat sahaja. Sebagai permulaan ceburi apa sahaja jenis perniagaan yang ada sama ada dalam bentuk online mahupun offline. JGN MEMILIH! Katakan YA sahaja apabila ada pelanggan yang memerlukan brgan yang tidak ada dalam senarai jualan kita. Cth: Katakan kita membuka kedai perabot jati, tetapi ada pelanggan yang dtg ke kedai kita hendakkan perabot yang lain, cthnya kabinet dapur. Jgn katakan TIDAK kpdnya, katakan ADA. Selepas itu carilah kwn2 lain yang mengusahakan biz perabot kabinet dapur, dptkan harga dan bincang semula dengan pelanggan anda. Kalau Pelanggan anda setuju, maka disitulah indahnya BIZ ini.

    4) Networking / Jaringan Perniagaan
    Penyelesaian: JGN TAMAK! Anda tidak akan berjaya di dlm biz jika anda bersendirian. Wujudkan jaringan perniagaan anda seberapa luas yang anda mampu. Jgn wujudkan jurang antara org berpangkat dgn org kebykkan, semuanya adalah KAWAN. Penyertaan anda sebagai peserta atau sebagai pelawat di dalam ekspo2 & seminar perniagaan sgt2 diperlukan utk meluaskan skop perniagaan anda. Selepas networking anda KUAT, modal telah menjadi perkara yang kedua, ketiga dan seterusnya, krn selepas itu anda mampu utk membekalkan produk2 dgn jumlah kuantiti yang besar secara cdt, dgn syarat Perniagaan anda adalah GENUINE.

    5) Risiko
    Penyelesaian: Dalam biz risiko mmg memainkan peranan sbg penybb utk membantutkan niat murni anda utk berjaya di dlm biz. Cari jenis perniagaan yg kurang berisiko tinggi pd peringkat awal. Tetapi risiko boleh diminumkan dengan perancangan yang rapi, matlamat untuk mencapai kejayaan yang berterusan (bkn hangat2 tahi ayam), tidak mudah putus asa, jgn fikir hendak CEPAT KAYA, Rukun yang fardhu jgn ditinggalkan, perbykkan bersedekah & berbuat amal jariah. Doa & usaha perlu berjalan seiring. Harus diingat, Ujian Allah bukanlah hanya ketika kita susah shj, ttp senang juga merupakan ujian Allah utk melihat sama ada HambaNya itu tahu erti bersyukur @ Tidak.

    Semua ini adalah hasil pengalaman saya yang serba kekurangan di dlm biz. Saya rasa kita perlu berkongsi untuk menjana ekonomi org Islam & Melayu setara dgn bangsa2 lain yang telah lama berjaya. Insya ALLAH kita akan berjaya selagi ada usaha & kudrat kita yang tidak pernah kenal erti PUTUS ASA. Wasalam.

  12. FIKIRKAN BOLEHH memang boleh.. hehehe TINDAKAN yang penting… saya rasa saya selalu boleh, tapi banyak benda yang saya rasa boleh saya tak buat.. dan setakat ini saya dah kerugian berbelas ribu sebab tak buat apa yang saya rasa boleh buat… tapi sekarang tidak lagi… semua bende yang saya boleh saya akan jadikan kenyataan… alhamdulillah sekarang ni saya dah banyak belajar, saya dah study banyak buku dan artikel, doakan saya supaya dapat gunakan ilmu yang ada untuk BAINATKAN apa yang BOLEH… AMINNN… (apa yang boleh? biarlah rahsia hehehe)

  13. ****kita hendaklah melawan perasaan tidak yakin dalam diri kita****

    sapa nak jadi hero, ada syaratnya: salah satunya
    1. beli kereta volvo(buruk atau baru)
    dijadikan teksi….pasti anda dikenali
    seluruh dunia dan disaman berjuta ringgit.

  14. bagaimana mengenali conman?
    salah satunya:
    1. dapat membantu orang dua perkara berbeza dalam satu tajuk perbincangan. contohnya:
    -dia menjanjikan akan membantu anda dalam hal memperolehi tapak perniagaan dengan bayaran tertentu….dalam masa sama anda berlakon(berpura) dengan dia ingin meminta pertolongan dalam hal lain pula,….contohnya:nak tender projek…kedua-duanya diyakinkan dapat membantu anda(dalam masa sama) 99% dia adalah pembohong!

  15. apa yang tak boleh..?? kenangkan..kita semua asal dari tubuh kecil yang bogel tanpa pakaian..tanpa akal yang pintar…semuanya datang dari BELAJAR…,celikkan pandangan dan hati kearah…suasana alam yang berjaya…suasana manusia yang berjaya..jgn biarkan dikelilingi suasana negatif,lemah dan kurang proaktif…barulah mind set jadi super!

  16. ASSALAMMUALAIKUM N SALAM SEJAHTERA…

    I memang setuju dgn pendapat n pendapat2 u all yg berdasarkan pengalaman sendiri.. tapi jika mahu yakinkan diri lg just say
    ‘I BELIEVE I CAN FLY’
    ‘I BELIEVE I CAN TOUGH THE SKY’
    sedutan lagu i believe i can fly… pnynanyi tak ingat…sowi…
    Dan bagi remaja gagal dalam cinta..
    ‘USAH DIRAYU PADA YANG TAK SUDI DAN JANGAN DINANTI PADA YANG TELAH PERGI..’
    juz nyayi… ‘DUNIA BELUM BERAKHIR BILA KAU PUTUSKAN AKU ,MASIH RAMAI LAGI TEMAN KU DI SINI MENEMANI KU’
    DAN YANG SENTIASA AKAN MENYAYANGIMU..KELURGA DAN PENDIDIKMU…
    be breave n be cool.. jangan terikat dengan pandangan orang kerana kakak saya kata 10 orang akan beri 10 pendapat YANG berlainan..tutup mata kamu ingat ibubapa kamu,ingat cita2 kamu..dan tumpukan pada sasaran..insyaALLAH kejayan dan KEYAKINAN MILIK KITA..
    BYE GUYZ N GIRLZ… saya akhiri dengan assalammualaikum..

Leave a Reply

Your email address will not be published.