IK di pesta buku PWTC

Update terbaru…

1: Alhamdulillah, belakang saya dah ok! So, workshop jutawan Internet sabtu lepas berjalan dengan lancar- walaupun ada kalanya saya terpaksa duduk ketika mengendalikan talk 😉 terima kasih peserta2 yang amat memahami keadaan. semuanya sporting belaka!

2: Oleh kerana sudah sihat tubuh badan, aktiviti kembali seperti biasa. Semalam saya mempunyai sesi bertemu pembaca di Pesta Buku PWTC, memang ramai yang datang tak putus. Terima kasih atas sokongan anda! Kita jumpa lagi tahun depan ok, insyaallah dengan beberapa lagi buah buku baru.

Aktiviti yang sebelum ini saya batalkan pun, ada juga yang saya terima kembali oleh kerana sudah sihat. Saya sebelum ini tak pernah pun membatalkan aktiviti pada minit terakhir- disebabkan sakit belakang, terpaksa juga. So, untuk tidak mahu mengecewakan peserta, ada (tak semua) aktiviti saya terima kembali. Thanks for the patience and understanding 🙂

cakar.jpg3: Satu lagi matlamat saya tercapai! Dari dulu lagi saya nak sangat bertemu Ustazah Siti Nor Bahyah- sebab saya dan isteri memang meminati beliau. Cakar Harimau tu! Sepatutnya, Ustazah Nor Bahiyah dan suami Ustaz Wan Akasyah mempunyai sesi bertemu pembaca semalam. Tetapi, terpaksa di postpone sebab ada talk di Johor dan flight delay… sesinya berlangsung semalam juga (selepas sesi saya).

Jadi, semalam, dapatlah saya dan isteri makan petang bersma Ustazah Bahiyah dan keluarga! Seronok dapat jumpa dan bersembang… macam mana ustazah di TV, macam tu lah gayanya in real life 😉

Tip hari ini saya dapat dari Ustazah ketika saya tanya bila masanya Ustazah sempat menulis buku?

Ustazah pesan (saya olahkan 100% semula sebab tak ingat word for word), cuba lakukan seperti sambil menyelam, teguk air atau  pepatah English, “killing 2 birds with one stone”. Ustazah ceritakan bahawa beliau membuat ceramah, di samping itu, mendapatkan seseorang untuk transcribe ceramah tersebut untuk dijadikan buku. Untuk duduk berdepan dengan PC dan menaip, memang tak sempat!

So, bila saya fikirkan kembali… hmmm… banyak idea boleh dapat di situ. Dalam kita melakukan apa sahaja, boleh tak ianya dijadikan perkara yang lain?

Anda juga perlu fikir begitu… tak kira apa sahaja anda lakukan, boleh tak ianya dijadikan sesuatu yang lain yang boleh mendapat keuntungan?

Teringat saya tentang industri filem. Dalam penggambaran membikin filem, pada waktu yang sama, penggambaran “The making of…” juga di lakukan. Dan keuntungan boleh dapat melalui filem utama… serta “the making of…” apabila di jual pada pihak TV. Di samping itu, “The making of…” juga mempromosikan film utama kita.

Sama seperti yang dilakukan oleh Ustazah Nor Bahyah! Insyaallah, kalau ada rezeki boleh jumpa lagi.

ps: Saya personally gembira oleh kerana semua pakar motivasi yang saya hormati telah saya jumpa dan berkenal termasuk Ustazah Norbahyah, Dato Fadzillah Kamsah, Dr Tuah & Dato Azman Ching. Kesemuanya pada satu ketika dulu memotivasikan saya dari jauh sahaja (buku & ceramah) sehingga jadi IK yang anda kenali kini!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

16 thoughts on “IK di pesta buku PWTC

  1. hi abg Irfan,

    seronok sgt dpt join workshop 12/4…abg irfan mmg class…still dpt melayan karenah peserta walopun kurang sihat.ada satu soalan yg abg irfan tak jawa(lupa la kot..:D)…cara2 nak protect e-book guna adobe.ada masa email to me kay..thanks

  2. hi abg irfan,

    seronok sgt dpt join workshop last saturday.abg irfan mmg class…sabar layan karenah peserta.ada satu soalan yg abg irfan tak jawab (lupa la tu kot…:D)…cara2 utk protect e-book guna adobe.bila free boleh tak abg irfan email to me yer…thanks a lot..nice knowing u.

  3. alhamdulillah  dah sihat…owh!tips untuk menulis buku yg IK bagi tu berguna jugak kan… 🙂

  4. Tahniah IK di atas kejayaan anda dan juga syukur kerana sudah pulih. 🙂

    Wah, patutla Ustazah dapat siapkan banyak buku dalam tempoh setahun. begini caranya. saya pun tak terfikir begitu,, jadi lepas ni makin banyaklah buku saudara IK kan? hehe

    Radzi Tajuddin
    http://www.myiphone.com.my
    -Beli iPhone secara Online-

  5. hhuhuuhuhu.. tahniah!apa pun saya pun teringin sangat jumpa mereka.. 🙂 pasal bnyk info serta motivasi saya peroleh dari mereka.. melalui pembacaan atau audio. dengan IK pun banyak motivasi serta idea untuk IM nie.. thanks IK! Tapi yang paling sangat la ni nak jumpa adalah IK! 🙂
    (bila la masa nak jumpa IK selain pergi kursus!) 🙂

  6. Tak sempat jumpa IK semalam..Bro Zamri Nanyan sempat la..

    Semalam borong buku sakan…5 buku untuk santapan minda..Hari last baru dapat p,nasib baik sempat p sana.. 🙂

  7. Salam,

    Saya dah lama jadi peminat buku Ustzh Siti Nor Bahyah. Selama ni saya agak-agak je, bagaimana caranya dia menulis buku dgn banyak dalam setahun. Akhirnya hari ni saya dapat jawapan yg betul! Thanks IK!

    Ada satu lagi tips yg boleh mempercepatkan penulisan buku..Saya jumpa tip ini dalam buku Secret of Internet Millionaires

    Penulis buku tersebut mengesyorkan,

    “Tak perlu lagi taip buku kita. Gunakan sahaja sejenis software yang boleh menukarkan rakaman suara kepada text..Alasannya, manusia boleh bercakap dengan lebih cepat berbanding menaip”

    So, cara ini memang boleh menjimatkan masa dan tenaga menaip :p

    Selamat Mencuba!

  8. Saya juga memasang impian yang sama, mahu bertemu pakar-pakar motivasi yang saya kagumi satu hari nanti, terutama Azman, Fadzilah Kamsah, Tuah, Shukri, Fazley dan Irfan sendiri..

    -Shueqry-

Leave a Reply

Your email address will not be published.