Sering saya dengar keluhan ini:
Saya dah kerja keras setahun dua… tapi sampai hari ni tak berjaya juga!
Untuk menjawab keadaan ini sekiranya anda tergolong dalam keadaan ini, saya ingin ibaratkan sebagai kerja “pemecah batu”.
Zaman-zaman dulu, kalau nak pecahkan batu, perlu lakukan manually. Zaman sekarang guna machine… tapi, kita lihat zaman dulu lah ye.
So, zaman dulu, untuk memecah batu, perlu lakukan manually. Dengan penukul besar, pekerja perlu bertalu-talu mengetuk batu tersebut. Ketuk 10 kali… macam tu juga rupa batu tu. Ketuk 50 kali, macam tu juga rupa batu tu. Tak pecah pecah… ketuk 100 kali pun, tak pecah juga…
Tetapi, ketuk kali yang entah keberapa, terus batu tersebut pecah berkecai!
Walaupun, kesemua ketukan tersebut adalah pada kekuatan yang sama, maksudnya, bukan ketukan yang terakhir itu kuat daripada yang lain- semua sama kekuatan sahaja. Lambat laun, batu tersebut akan berpecah berkecai dengan satu ketukan sahaja- yang entah keberapa. Tetapi, ia akan mustahil pecah tanpa pukulan-pukulan sebelumnya!
Kejayaan anda juga perlu diibaratkan sebegitu. Kesemua usaha anda akan diambil kira- walaupun tak nampak dilihat kejayaannya atau pulangannya pada zahirnya, tetapi, ia perlu diteruskan secara konsisten sehingga anda jumpa “pukulan” terakhir tersebut! Pukulan terakhir tersebut akan menunjukkan hasil daripada kesemua uasaha-usaha anda sebelum ini.
******
Begitu juga dalam perniagaan. Sememangnya usaha yang berterusan diperlukan untuk mencapai kejayaan perniagaan. Tiada istilah “cepat kaya” dalam perniagaan – dari pengalaman saya sendiri dan juga rakan2 usahawan lain yang berjaya, tiada yang cepat kaya.
Untuk berjaya dalam perniagaan Internet, pastinya ilmu, strategi dan teknik perlu diaplikasikan dengan dengan teratur dan penuh kesabaran untuk berjaya. Program Intensif 6-bulan Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, telah berjaya membantu ramai ushawan Internet dalam memulakan dan menjayakan perniagaan Internet mereka. Sekiranya anda ingin menyertai pengambilan seterusnya, klik di sini untuk maklumat lanjut.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
wahhh…..minta2 time tu sihatlah abg irfan…
apa pun yang mahu dicapai, perlu usaha yang berterusan. cabaran adalah lumrah yang perlu ditempuhi oleh sesiapa yang inginkan kejayaan.
Irfan,
Betul sekali.
Yang membezakan orang berjaya dgn yg tidak adalah kesabaran mengetuk hingga kepada ketukan terakhir tu.
Walau bagaimana pun tak ramai yg sanggup kerana ianya senang disebut tapi sukar dibuat. Sebab itulah kejayaan adalah milik kelompok yg kecil saja.
seperti yg abg Ifran kata “Sudah bekerja keras tapi! tak berjaya juga!”…
Disebalik kejayaan seseorang terdapat begitu banyak “tahun-tahun” yang tidak berjaya.
Cth terbaik Colonel Harland Sanders (KFC). Dia mengambil masa lebih 34 tahun untuk berjaya menjadi salah seorang yang restaurateur yang berjaya didunia…
nice…
ala… sok ke nk g pwtc?
sy dh g mggu lps… igt nk jmpe ..
x pe la… x de pluang…
but i already bought ur latest book…
n i like it… ^_^
emmm…
i need to ask u about dis…
o anyone expert about internet busnes…
perigiduit.com tu btul ke?
x tipu??
dh dftr tp x byar lagi…
bkn x prcaya tp sangsi…
i know nothing bout internet busness…
help me plz..
salam IK, satu kupasan yg baik. Sesungguhnya, saya amat percaya yg usaha yg kita lakukan tak semestinya di ‘bayar’ tunai oleh Nya.Ada kalanya dianugerah pd waktu dan ketika yg tak disangka. Usaha berterusan dan ia pasti akan dimasukkan ke dalam ‘mangkuk usaha’ yg hanya Dia yg tahu masa sesuai utk dikurniakan/beri balasan.salam.
Menarik artikel ni.. dengan cerita macam ni orang akan lebih mudah ingat dan sentiasa bersemangat walaupun dah banyak kali di lakukan usaha tersebut kene ambil kira juga usaha-usaha yang sebelumnya yang banyak membantu sebelum mencapai kejayaan.
kadang-kadang kena perhatikan batu jugak kan?
kalau batu tu besar ( sebab pilihan hati nak besar ), semakin perlukan banyak ketukan…begitu sebaliknya..
tapi, kalau ketukan tu berbeza alatannya..Berbeza jugak la outputnya..
“alatan” tu le yang nak dicedok dari IK…hehehe 🙂
wah! saya akan cuba mintak kebenaran balik kelas awal..sob2 kelas habis jam 4… insyaALLAH….ada rezeki esok, dapat jumpa  🙂
semoga cepat sembuh
cerita ni mcm gali telaga juga…
kalau gali telaga, jangan sesekali berhenti dan gali yang lain pula kalau tak jumpa air…
teruskan gali, sampai masa jumpa lah air tu…hehe
kalau tukar gali yang lain, mungkin sampai tua pun tak jumpa air…hehe
yela kan…gali-gali takde air, gali yang lain pula…
ni jadi katak si katak lompat lah ni…hehe
han
pastikan kita berjumpa ok..
Don’t ever give up!usaha bukan diukur dengan selama mana tetapi sebanyak mana usaha kita dah sekuat mana kita boleh bertahan untuk mencapai kejayaan. Sentiasa ingat semua dtg mengikut kehendakNYA yang penting kita perlu terus berusaha tanpa mengalah!you will be rewards..harinya akan tiba!;)
tip yg xpernah disangka2… tp mmg ada kebenarannya… org yg putus asa sebenarnya tidak sedar yang kejayaan sebenarnya sudah sangat2 hampir dengan mereka… jgn berhenti mencuba!
Salam Abg Irfan..
Btol tue, kita krja kena lar konsisten, tak blh nak krja and trus nakkan hsilnyer..
Ohya, Abg Irfan, application untuk MIBO tu dah pnuh ker??
Awesome! Surprisingly motivated tips!
Tq Irfan.
Apa khabar Irfan pagi ni? Harap dpt jmpa ptg ni.
Askum…
mesej dalam tip ini juga bermaksud segala usaha anda sebelum ini juga diambil kira. segala usaha sebelum ini dikumpulkan dan result akan anda dapat hasil usaha yang terkumpul itu (walaupun tidak dapat dilihat).
btw, sejak workshop semalam (walaupun kena duduk at times), belakang saya semakin ok, dan insyaallah saya akan berada di PWTC pukul 3 nanti!
-IK
Betul tu Han… macam gali telaga dan macam kura-kura yang walaupun lambat tapi tetap berusaha untuk sampai ke matlamatnya.
Anyway, thanks for all your tips during the workshop.
Ye betul, kalo baru sekali cuba nak terus kaya tak dptla kan. mana ada yg leh senang2 dapat. kalo senang sgt, nt kita tak hargai kesusahan.
apapun wish u to get well soon.
ermm..tol tue ramai yang berhenti ditengah jalan give up bila sesuatu yang diharapkan hasilnya belum nampak lagi..patutnya buat n terus buat tanpa henti..macam saya walaupun saya buat perniagaan networking seperti siput buta yang jalan terbalik [kira lambatler]tetapi saya percaya dengan usaha yang berterusan tanpa henti akan berolehi kejayaan..cabaran itu penting untuk menguji tahap mental dan fizikal kita..buat n terus buat yerk sampai berjaya!!….pu3
i agree with you Irfan. perjalanan dalam perniagaan ibarat kata kita pemandu bas ekpress. Ada permulaan dan ada akhirnya.walau apa cabarannya, kita hendaklah sampai ke tempat yang dituju!
alhamdulillah sihat.
saya terkesuma seketika apabila baca dan fahami tip pada hari ini.
benar! tip ini akan saya jadikan satu kekuatan untuk lakukan apa sahaja.
Tadi jumpa Irfan kat telaga biru booth. Thanx for the autograph…:-)
Semuga lekas sembuh. Amin…
td gi PWTC nampak you ngan family kat area kaunter tu je, lepas tu pergi kat gerai telaga biru tu, tunggu2 takde pung nampak you ….nak mintak tolong sikit boleh tak? I nak dapatkan buku you yg first tu …boleh ke order terus you?…I dah pegi byk bookstore tapi seme ckp takde…
Bagus la IK dah sihat,
macam cerita seberkas kunci la pulak,last kunci tu sebenarnya yang dapat membuka pintu.
betul tak?
semangat nak cuba tapi masih blank cara nak create web untuk jualan diinternet dari A sampai Z (pelanggan order, bayar, kita supply etc) i.e a whole complete proses..to get it going.
Any advice? Read your book tapi masih blurrr..
Masaalahnya dengan dunia ini ialah terlalu ramai orang cuba mengharungi hidup ini dengan tidak banyak berusaha-Kent Ruth betul ke?
setahun dua, belum boleh capai kejayaan(kalau sekolah kira baru darjah1 or 2), kejayaan adalah usaha yang berterusan dgn konsisten
Betul tu..tiada jalan mudah utk berjaya..mcm skim cepat kaya..
Yg penting kena usaha dgn konsisten..
tp dlm erti kata yg mcm mane kita perlu mgalah & menerima hakikat bahawa rezki kita bkn dlm perniagaan..?? IK pn pnah buat atikel berkait dgn hal ini iaitu “mungkin rezki kite dlm bidang yg lain”
Ambik iktibar dakwah nabi kita muhammad s.a.w…berapa tahun berdakwah untuk melihat islam kembali mekar di seluruh dunia.hasilnya sehingga kini dakwah islam itu masih diteruskan dan semakin hebat dgn tersedia pelbagai medium..sabar dan teruskan berusaha..bg sy,rezeki itu sudah tersedi ada.cuma bagaimana cara dan ikhtiar untuk menjemput rezeki..wallahu’lam
syukur sy trlihat nasihat ni…memang btul pe yg tuan ckapkn..sy usaha dh 5 thn semakin lama smakin nmpk pe yg sy usahakn..sy hmpir give up hmpir2 tggalkan pe yg sy usahakan..sy masih brpegang pe yg tuan katakan…iaitu buat apa yg anda suka…sy telah lama tggalkan pkjaan yg sy x minat n sy usahakan pe yg sy minat tapi faktor keadaan hmpir2 sb kan sy give up tetapi apabila sy melihat nasihat tuan lagi sekali hati sy brsemangat utk usahakan pe yg sy minat walau trpksa brsabar mnunggu 6-7 thn
Usaha berterusan tanpa jemu, yang menentukan kejayaan hanya Yang Maha Esa. Bulatkan tekad, tawakkal dan doa. In Sha Allah kejayaan pasti datang.