Jutawan SoHo

Secara jujurnya, untuk menjadi “Jutawan” soho ni, bukan senang. Saya pun tak pernah kata jadi jutawan kerja senang… orang lain ada la kata senang jadi jutawan- tapi bukan saya 😉

Untuk jadi jutawan…

  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000,000 kepada 1 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100,000 kepada 10 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10,000 kepada 100 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000 kepada 1,000 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100 kepada 10,000 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10 kepada 100,000 orang….
  • Atau apa sahaja in between!

Ramai antara kita dengan skill yang ada, hanya yakin dan berkebolehan menjual sesuatu yang berharga antara RM10-RM100. Sekiranya anda tergolong di sini dalam perniagaan SoHo anda, maksudnya, anda memerlukan antara 10,000 – 100,000 pelanggan.

So, fikirkan pula, untuk mendapat berpuluh-puluh ribu pelanggan… berapa lama masa anda akan ambil? Lama bukan?

Tetapi here’s the good news!

Dengan bermula menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM10, anda akan menjadi lebih yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100. Apabila anda yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100, anda akan menjadi yakin menjual seusatu yang memberi keuntungan RM1,000.

Apabila sampai tahap ini, anda hanya perlu 1,000 pelanggan sahaja untuk menjadi jutawan soho!

Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. So, start small… start a SoHo. Walaupun anda tidak boleh jadi jutawan dalam sekelip mata, tetapi, dengan cara yang betul, anda boleh mendapat extra income untuk anda & keluarga.

Seperti saya kata, untuk menjadi jutawan SoHo seperti saya, bukanlah perkara yang senang dan boleh goyang kaki untuk mencapainya. Rujuk berita saya di Kosmo “RM1 juta tiga tahun”.  Tetapi, untuk mendapat pendapatan RM2,000-RM3,000 secara SoHo, adalah agak mudah 🙂

============= Aktiviti =============

Aktiviti berkaitan dengan SoHo dari IKSB:

  1. Workshop Jutawan Internet masih lagi dibuka… Klik sini sekiranya berminat menceburkan diri dalam Soho perniagaan Internet.
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

17 thoughts on “Jutawan SoHo

  1. thanks for a nice tips.. kadang-kadang kita terlepas pandang semua nie. kerana terlalu ingin menjadi jutawan seperti saudara IK :), kita lupa untuk menyediakan diri tentang perkara-perkara sebegini.
    maka ramai yang terjebat dengan program goyang kaki dapat 1 juta 😮
    Apa pun sesuatu yang bagus kepada saya di awal pagi.. 🙂 thanks again..

  2. slmt pg irfan,
    saya dah bele dgn MIBO saya join ni…hehe
    tak tahu nak buat apa dah…(tak reti sgt nak jumpa org)…
    ada tak cara untuk saya dapat jalankan MIBO ni?

    tapi skrg ni, income online saya agak bagus juga…
    bagi pandangan irfan, apa yang patut saya buat skrg???
    tingkatkan lagi income online atau cuba buat MIBO ni?

    harap irfan dpt tolong…hehe

    han

  3. masalahnya ramai yang nak jadi jutawan segera. mudah terpengaruh… dapat2 sikit2 aje mula laa nak mengeluh. lambat laa itu laa ini laa… akhirnya yang dikejar tak dapat yang ditabungkan hilang sekelip mata…

    bukan kaya sekelip mata. papa sekelip mata…

    lebih wajar dipanggil cara nak papa sekelip mata?

    “bagaimanakah mahu papa sekelip mata” takder orang mahu punya jadi papa sekelip mata…

    habiskan satu juta dalam masa satu bulan untuk jadi bilinaire pulak…. macam cerita mr os tajuk citer apa entahnya…

  4. Tersangat lah…. betul… dan saya pun x harap nak jadi jutawan semudah satu kliks saja. Inilah tips dari jutawan yang sebenarnya…. Realllistik

  5. Untuk memendekkan nya yer lah RM10 x 100 000 , susah kan ???

    So

    RM50 x 20 000

    atau

    4 produk sekali gus , satu RM50 so

    RM x 5 000

    Untuk jadi jutawan dalam masa 365 hari dengan menjual 4 produk berharga RM50 , perlu mendapat pelanggan sebanyak 55 untuk satu hari .

    Pergh . jadi satu laman web perlu menerima 15 pelanggan setiap hari .

    Anggaran kos iklan dan pemasaran sebulan untuk mendapat 15 pelanggan sehari sekitar RM1500-RM2500 .

    Waaaah

  6. tgh tunggu shah utk ‘on’ MIBO, semoga Allah swt memberikan jln ni sbg salah satu jejakjutawan saya, Insya-Allah…I can do it!

  7. salam IK,bercakap mengenai ingin menjadi kaya ni, ibarat hujan yg turun. Kita suka suasana selepas hujan (dingin/nyaman) tetapi cuba elak semasa hujan (basah/becak/leceh dll).Ya, ingin terus jadi senang tetapi tidak mahu lalui susahnya.tk

  8. MIBO kat hilton selasa 15hb april ni brp jam? 1/2 day ke full day ke? Tkt berapa? Macamana nak dptkan full info pasal MIBO ni?

  9. percaya dan yakin pada diri sendiri, tidak kira berapa pun keuntungan, dengan usaha yang berterusan pasti terjual apa yang kita promosikan, yang penting never,never,never give up….!!!

  10. askm.. lupe plak nk tanye..
    kursus MIBO 2 pukul brape ek ?
    i hope i dpt join skali MIBO ni soon.. i’allah.

  11. salam IK & semua sahabat

    saya benar2 teruja utk mendengar taklimat MIBO.
    Insyallah jumpa disana..Ingin berkongsi petikan ini : Sebagai orang Islam kita mesti lakukan yang terbaik setiap hari. Itu perkara asas dan tidak ada yang luar biasa. Berfikiran positif & fokus apa yang kita buat merupakan satu ramuan yang lengkap..Amin

  12. Salam,
    semua anak-anak ku,

    saya telah pun 56 tahun, wanita sangat teruja dengan pelan MIBO, JANGAN BERLENGAH LAGI.
    jika tidak orang lain akan mencuri peluang yang sangat bagus ini.
    saya baru joint MIBO dan hari ini dah boleh access portal MIBO.
    bercadang nak guna blog seperti nasihat irfan.
    blog saya buat sendiri dalam keadaan yang kurang faham.
    saya akan mula hari ini. juga.

    saya nak mula satu produk saja iaitu- VOIP.
    HARI NI DAH DAPAT SATU CUSTOMER.
    apa macam.ok tak.

    kak zainun.

Leave a Reply

Your email address will not be published.