Anda sebagai CEO syarikat anda

Mulai hari ini, anggap diri anda sendiri memiliki syarikat dan anda sebagai CEO syarikat anda. Syarikat anda bernama: SAYA Sdn Bhd

SAYA Sdn Bhd mengeluarkan produk: Diri anda sendiri.

Dengan memikirkan anda sebgai sebuah syarikat, anda bertanggungjawab kepada diri anda sendiri untuk perbaiki:

  • Production
  • Kualiti produk anda
  • Latihan
  • Development
  • Komunikasi
  • Strategi
  • Produktiviti
  • Perkembangan
  • Kewangan

Satu strategi dalam buku-buku motivasi dan kewangan adalah untuk fikirkan diri anda sebagai “Self Employed”. Fikirkan anda adalah syarikat SAYA Sdn Bhd dan bertanggungjawab atas produk anda sendiri: DIRI ANDA!

Tidak kira apa pekerjaan anda kini, anda adalah CEO syarikat anda sendiri!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

18 thoughts on “Anda sebagai CEO syarikat anda

  1. slmt pg irfan…
    memang lah…kalau kita fikir tu syarikat kita, kita akan buat dgn baik sebab takut rugi…hehe

    han

  2. Dari apa yang senaraikan tu, ada beberapa perkara yang sedang saya perbaiki dan upgrade diri saya iaitu latihan, strategi, perkembangan & kewangan… 🙂

  3. Salam IK. Dengan menganggapi kita sebagai satu enterprise perniagaan akan menjadikan kita sentiasa aktif dan cergas, perlunya Pelan Pemasaran dan Strategi , penjenamaan kita mesti ditentukan (spt seorang yg jujur dan berhemah)dan cara kita memasarkan diri kita.salam,tk.Syamsul.

  4. Salam IK

    Sejujurnya saya kurang bersetuju dengan pandangan saudara. bagi saya berfikir begitu sahaja tidak cukup.saya lebih setuju dengan tindakan keberanian dalam menguruskan perniagaan sendiri. hanya pandangan..

    Radzi Tajuddin
    http://myiphone.com.my
    Beli iPhone secara online

  5. radzi, cuba baca betul-betul tip ni. IK tujukan tip ni bukan untuk pemilik perniagaan. untuk orang yang bekerja makan gaji, perlu fikir diri sebagai self-employed. itu maksudnya.

  6. Sudah ada syarikat sendiri, maka berfikir dan bertindak untuk memajukan perniagaan yang diusahakan supaya bertahan dan berkembang maju

  7. Salam IK.

    Antara pengajaran paling berharga yang saya perolehi dari workshop IK adalah setiap daripada kita mempunyai keunikan dan ‘passion’ tersendiri yang boleh ditukarkan kepada produk atau servis yang bermanfaat kepada masyarakat. Disebabkan tip tersebut, saya mencari dan mencari dan mencari…..(keunikan dan ‘passion’) sehinggalah akhirnya berjumpa dan berhasil. Alhamdullillah dan terima kasih banyak IK. Walaupun tip tersebut simple tetapi benar2 berharga bagi saya.

  8. Memang betul, jika anda anggap diri itu sebagai CEO (atau lebih dikenali ada tanggungjawab pada diri sendiri) setiap apa yang di lakukan pastinya dengan cermat dan teliti walaupun anda bekerja di bawah orang.
    Bila kita puas hati dengan kerja kita sendiri,orang lain pun mudah kerja dengan kita kecuali yang dah tentunya tak sukakan kita (macam ni tak dapat nak menolong)

  9. sekadar berkongsi maklumat, bagi saya setuju atau tidak apa yang diutarakan oleh IK sebenarnya pilihan kita, itu mungkin senarai semak pada diri sendiri untuk lebih positif terhadap segala tindakan kita di dalam menjalankan perniagaan. andai kata kita tak perbetulkan diri sendiri siapa yang tolong perbetulkan jangan ingat CEO itu hanya di dalam perniagaan sahaja. CEO ialah ANDA, ANDA, ANDA DIRI ANDA SENDIRI, BUKAN PERNIAGAAN ANDA.

    JIWA ITU LAKSANA CERMIN.

  10. Ramai yang mampu untuk membuka syarikat sendiri dan dan tidak kurang juga ramai yang bangkrup kerana gagal menguruskan syarikat dengan betul.

    Yang paling penting bukan setakat minat dan pengetahuan sahaja.Pelaksanaan juga adalah amat penting.Sama-samalah kita fikir-fikirkan 🙂

  11. Menarik. Saya rasa ianya lebih menambah motivasi dan cara kita berfikar dan melakukan sesuatu kerja. Walaupun masih belum memiliki nya kita sudah mula berfikir sebagai seorang CEO. tq IK

  12. assalamualaikum.saya adalah pelajar sekolah.saya berminat dalam perniagaan.sudah pelbagai laman web yang saya jumpa,malangnya,tiada panduan untuk mula berjinak-jinak dalam perniagaan dengan betul.adakalanya lain-lain yang dinyatakan dalam permulaan mengenal dunia perniagaan.saya inginkan panduan yang tepat sebelum saya melangkah masuk ke alam universiti.saya sudah menyalin hampir setebal kamus dewan tentang perniagaan.semuanya demi kebaikan saya.saya harap encik irfan khairi boleh membantu saya dalam menguruskan perniagaan sebelum melangkah ke universiti kelak.sekian

Leave a Reply

Your email address will not be published.