Sekiranyaย anda tertanya-tanya, pada masa lapang, apa yang saya buat… jawapannya: Baca BUKU atau tengok DVD!
Saya ni dengan buku & DVD memang tidak dapat dipisahkan… buku, mungkin anda boleh agak, saya selalu baca buku. DVD? bocor rahsia… saya memang gila wayang! Dari kecik sampailah dah besar ni…
Mungkin ada yang terbaca sejarah saya, antara perkara yang memotivasikan saya ketika muda-muda dulu mencapai kejayaan adalah selebriti2 barat kerana mereka melakukan apa yang mereka minat (berlakon atau menyanyi) disamping menerima bayaran yang amat lumayan- rumah besar-besar mcm istana!
Kalau keluar, memang selalu saya akan beli buku & dvd.
Buku, saya selalu beli buku-buku perniagaan, buku motivasi & buku biografi orang-orang yang berjaya.ย Pengakuan terbuka: Novel saya tak pernah baca… tak kira novel mat salleh atau novel melayu ๐ Kalau membaca memang gila, selalunya beratus ringgit habis pada buku setiap bulan. Buku terbaru adalah: Business the Richard Branson Way. Sebuah buku mengenai pengasas Virgin Group… “the rebel billionaire”! Belinya semalam, habis pun semalam… selalunya begitulah, kalau beli buku, hari tu juga habis baca… paling kuat 2-3 hari habis.
Saya recommend anda baca buku sekurang-kurangnya sejam sehari… kalau ikut cara ini, seminggu pasti habis satu buku!
Kalau DVD pula, saya tengok semua jenis film! Tak kira, action ke, adventure ke, drama ke, comedy ke… semuanya tengok.ย Tak kira film glamour atau film tak glamour, saya tengok juga. Kadang-kadang, film yang tak glamour ni lagi best dari film-film glamour dan menang bayak film awards. DVD juga, sebulan beratus ringgit habis macam buku- jangan terkejut!ย Film terbaru saya tengok beberapa hari lepas “In the Valley of Elah”. Memang best!
Seminggu mesti saya tengok 2 DVD!
Bagi saya, tengok DVD adalah cara saya relaxkan otak saya dari memikir perniagaan… Golf? Tak pernah main! Apa lagi nak buat? ๐
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Buku, saya tak kira penulis… beli sahaja buku2 ilmiah yang berkenaan dengan perniagaan & motivasi.
DVD juga, tak kira pelakon… tetapi, antara pelakon favourite saya: Kevin Spacey, Nick Cage & Johnny Depp
cuma peringatan… jangan banyak sangat tengok DVD. pastikan anda lebihkan bahan ilmiah daripada hiburan! ๐
-IK
IK tak main sukan pada waktu lapang?
Saya pula banyak membaca buku2 ilmiah.. nak tengok DV ni jarang rasanya, tapi banyak main playstation untuk hilangkan stress bila balik keje.. ๐
hutang> jarang bersukan sekarang. dulu2 bersukan… sekarang waktu siang selalu sibuk. malam shj free…
dlie> actually main game seperti ps2 lagi recommended dari menonton DVD menurut research. bila main game, kita menggalakkan otak kita berfungsi dan interact. tetapi, kalau menonton film, otak hanya menerima sahaja film… tiada interaction ๐
saya recommend main game dari menonton film untuk hilangkan stress… sebab tu juga saya ada PSP and bawa ke mana-mana. kalau dalam flight pun boleh main PSP dengan staff ๐
Yalah IK, apa aktiviti luar (sukan) yg IK buat? lama jgak x tgk movie nih, haha ๐
Hehe…rupanya abg Irfan pun kaki game jugak.
Saya pun selalu bwk PSP ke mana2 saya pergi. Saya baru habiskan game God Of War. Abg Irfan suka main game apa?
Salam IK, ok juga dpt tahu berkenaan aktiviti sdra di waktu lapang (oe kerja); baca buku dan tgk DVD. Saya amat setuju dgn perlunya kita disiplinkan diri utk membaca (1 jam sehari atau lebih) dan bagi minda kita makanan yg diperlukan. Tgk DVD atau buat aktiviti yg kita suka boleh juga bantu kita caj bateri (baca:motivasi) yg lemah.salam,Syamsul.
suka baca buku dan tengok dvd rupanya.. jutawan ik dengan jutawan dot dot memang x sama..jutawan dot dot bila lapang main golf,jutawan ik bila free tgk dvd…
Sekarang banyak beli & baca buku ilmiah & motivasi yg berkaitan dgn perniagaan. Kebiasaannya, kami akan pergi sekeluarga. Nak tanamkan minat membaca kat anak anak.
Menonton tu …… Memang dah kurang sangat, bila balik kampung aje baru tengok DVD ( anak buah beli ).
Assalamualaikum Irfan…
Bagusnya hobi membaca Irfan,sy pun suka buku2 macam tu:-)
Tapi sy tak suka sgt tgk dvd atau wayang, skali-skala blh la. sy lbh suka dgr muzik atau main game..
Tips yg Irfan bagi di atas kelihatan sungguh ikhlas. Tq.
Waahh!! Abg Irfan layan PSP!
Saya pun suka tengok wayang, tengok kat pawagam. DVD jarang beli coz saya biasa tengok satu movie tu sekali je, kecuali filem yg betul2 best.
Banyak gak buku yg saya dah beli, tapi masih banyak lagi dalam list buku2 yg saya nak beli tapi tak terbeli-beli lagi. Masa utk tambah koleksi ni.. 4-13 April ni ada Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC. Boleh borong buku banyak2. Abg Irfan ada kat sana tak nanti?
Huhu…saya pun selalu beli buku tentang perniagaan, motivasi n jutawan-jutawan. Tapi 1 minggu biasanya baru bleh habis 1 buku…Kalau free sangat hari tu baru bleh prabis baca dlm 1 ari je.
Layan cerita memang salah satu cara nak release stress. Saya baru je habis Japanese ama : Hana Kimi, memang sakit perut gila layan cerita tu. Sedar tak sedar semua tention dah hilang. Kadang-kadang hiburan tu perlu jugak nak enjoy hidup ini mcm abg Irfan kata sblm ini. Kalau kerja 12 jam 7 hari seminggu dan 12 bulan sethun(fulltime IM) tanpa hiburan bleh jd physco la jawabnya.
Lagu pun salah satu medium yang berguna untuk hilangkan stress, lagu nashid la. Kalau dengar lagu AMOK bertambah sakit ada la kepala ni…hagaga
Bersukan tu saya no komen sebab dah 2 bulan tak pergi tendang bola. Sibuk dengan hal-hal duniawi sekarang. hehe
~ecaros~
http://www.tipebiz.com
Tertinggal pulak satu lg tip yang selalu saya guna untuk hilangkan stress…hehe.
Set wallpaper komputer korang dengan gambar yg dapat menenangkan jiwa korang. Memang berkesan punya. Tambah-tambah pula kalau wallpaper awek cantik + seksi…Fuh!! ^_^” Hagaga.
Tapi tip ini memang berkesan la walaupun xde research yg proof. Korang cuba r tip ini menang berkesan punya tambah pula bagi yang hadap monitor berjam-jam buat business internet.
Kalau lihat gambar anak kecik ke, bini lawa ke, awek cantik ke atau rumah besar ke boleh la tenangkan minda ni berserabut n motivate dari masa ke masa. Lebih kurang “Anjakan tiba-tiba” la…hehehe
~ecaros~
http://www.tipebiz.com
Suka beli jugak buku terutama berkaitan personal development.
Cuma bab nak habiskan membaca tu nak kena tingkatkan displin lagi.
Bro main PS2 ler ataupun nak canggih tahap dewa main PS3 , baru best ๐ .
Untuk rehatkan diri saya , selain dari menonton DVD , avatar the last air bender , main ps2 saya suka “press” motor kat highway dari Jawi sampai Georgetown pastu patah balik , best woo ๐ .
selalunya sy download dvd dari internet..
saya pun kaki dvd gak.. ๐
Lama benar tidak tonton DVD, sekarang saya jadikan Youtube sebagai ‘DVD’ saya. Menonton ceramah tokoh-tokoh motivasi, business dan lain-lain. Beri idea dan keyakinan apabila melihat tokoh-tokoh ini. Rasanya penerbit Malaysia perlu gunakan habis-habisan Youtube bagi mengetengahkan tokoh-tokoh berilmu. Hmm disebabkan projek buku bertambah, saya membaca seperti bekerja pula :O
ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com
Laman Kempen http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Saya hobi tgk youtube je huhu. Pun lama tak layan dvd.
kalau bersukan, dulu2 main bola. sekarang dah takde masa… tapi exercise tu, masih lakukan.
psp pula, sekarang layan game Killzone ๐ also, selalu main Tekken dengan staff2 (multiplayer) ps2 pun main juga… xbox pun ada. but xbox360 & ps3 takde sebab takde masa nak melayan dah ๐
insyaallah pesta buku pwtc saya ada di sana… dah 3 tahun berturut-turut- mesti beri sokongan kepada industri buku malaysia punya ๐
-IK
untuk kesihatan badan dan minda..bersukan atau melakukan aktiviti riadah amat digalakkan….
mak aii..rajin gak main xbox dengan psp. Aku layan jin online je. hoho…
apapun. rehat dihujung minggu itu lebih santai dengan air sirap ais!
suka on 9 je,, huhu
dear irfan, u should try bowling…
tak reti main? campak je janji hilang stress.. hahaha
sy nak cadangkan irfan organise game bowling utk merapatkan lg network irfan ni.. time ni la kita nak kenal yg lain2 physically, maklum la asyik berkomunikasi secara maya je…
tp fee nanti kasi murah sikit ehh ๐
assalamu alikum wr.wb.
salam kenal buat kamu..
sungguh luar biasa bisa jadi jutawan diumur semuda itu.. kalau bisa saya diajarkan tentang perniagaan.. mohon dikirim via email sj ilmunya.. sy bergelut di MLM.. PT.KLINK INDONESIA.. tks.
baca buku best…. dulu masa sekolah suka baca buku penyiasatan… Sekarang ni pulak buku motivasi terutamanya tentang kewangan… Paling hati terbakar baca buku Menjejaki Jutawan Senyap oleh Rusly